SOLAT JAMAK i. Jamak Takhir -...

4
SOLAT JAMAK Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : Jamak Takdim Soalt Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan Isyak dalam waktu Magrib. Syarat Jamak Takdim : i. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua. Jamak Takhir Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak. Syarat Jamak Takhir : i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua. ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat. SOLAT QASAR Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja. Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah : Musafirnya tidak bertujuan maksiat. Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam) MEngetahui solat qasar itu menjadi harus baginya Mengetahui tempat yang hendak dituj, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya Tidak boleh qada qasar soalt yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada' Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Transcript of SOLAT JAMAK i. Jamak Takhir -...

Page 1: SOLAT JAMAK i. Jamak Takhir - annajah.weebly.comannajah.weebly.com/uploads/1/1/9/0/1190367/sembahyang_jamak.pdf · Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor)

SOLAT JAMAK

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah

solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim Soalt Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan

Isyak dalam waktu Magrib.

Syarat Jamak Takdim :

i. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya

diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak

ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram

iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat

Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :

i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan

menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.

ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang

boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :

Musafirnya tidak bertujuan maksiat.

Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km

Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram

Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)

MEngetahui solat qasar itu menjadi harus baginya

Mengetahui tempat yang hendak dituj, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya

Tidak boleh qada qasar soalt yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi

solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'

Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Page 2: SOLAT JAMAK i. Jamak Takhir - annajah.weebly.comannajah.weebly.com/uploads/1/1/9/0/1190367/sembahyang_jamak.pdf · Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor)

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat

qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan

sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :

Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar

Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :

i. Solat Zohor dan Asar.

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar

kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka

iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula

seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'

Page 3: SOLAT JAMAK i. Jamak Takhir - annajah.weebly.comannajah.weebly.com/uploads/1/1/9/0/1190367/sembahyang_jamak.pdf · Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor)

Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya'

kerana Allah Taala

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya'

sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun

dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jama' Takhir dan Qasar:

i. Solat Zohor dan Asar

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar

kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana

Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Page 4: SOLAT JAMAK i. Jamak Takhir - annajah.weebly.comannajah.weebly.com/uploads/1/1/9/0/1190367/sembahyang_jamak.pdf · Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor)

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala