Solat jenazah

5
SOLAT JENAZAH Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar. Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri? Persediaan solat jenazah: Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.

description

 

Transcript of Solat jenazah

Page 1: Solat jenazah

SOLAT JENAZAH

Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.

Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?

Persediaan solat jenazah:

Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada

mayat.

Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.

Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.

Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.

Page 2: Solat jenazah

Cara solat jenazah:

1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.

2. Mengangkat takbir pertama ( �ُر� �َب �ْك َا للُه� � (َا berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

3. Mengangkat takbir kedua ( �ُر� �َب �ْك َا للُه� � kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar (َاRasulullah s.a.w seperti berikut.

Page 3: Solat jenazah

4. Mengangkat takbir ketiga ( �ُر� �َب �ْك َا للُه� � .kemudian membaca doa seperti berikut (َا

Page 4: Solat jenazah

5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir ( �ُر� �َب �ْك َا للُه� � .kemudian membaca doa berikut (َا

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

Selesai beri salam, boleh membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.