Solat jumaat1

10
SOLAT JUMAAT Kelas:1 IB Aniq,Anas,Haiqal ,Haziq

Transcript of Solat jumaat1

Page 1: Solat jumaat1

SOLATJUMAAT

Kelas:1 IBAniq,Anas,Haiqal,Haziq

Page 3: Solat jumaat1

Dalil;Firman Allah SWT:"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Page 4: Solat jumaat1

Hadis:

Sabda Rasulullah SAW"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Page 5: Solat jumaat1

Hukum Solat JumaatMeninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Page 6: Solat jumaat1

Syarat wajib:

Islam - tidak wajib bagi orang kafir.Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Page 7: Solat jumaat1

Syarat sah:

1.Didirikan di dalam waktu Zuhur.2.Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.3.Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu4.Didahului dengan dua khutbah

Page 8: Solat jumaat1

Niat Solat Jumaat

Page 9: Solat jumaat1

Ancaman Solat JumaatHadith: Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?Huraian Hadith: Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama

Page 10: Solat jumaat1

TAMAT