Solat Menjana Kekuatan Ummah

4
Solat menjana kekuatan ummah Islam telah menetapkan bahawa solat lima waktu adalah teras ibadah yang paling utama. Ia menjadi alat untuk memperkukuhkan akhlak dan benteng pencegah kemungkaran. Berdasarkan besar peranan solat kepada umat Islam, maka Islam meletakkan solat sebagai tiang agama dan merupakan amal ibadah yang pertama sekali dihisab oleh Allah s.w.t di hari kiamat kelak. Ini selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w yang yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan yang pertama dihitung pada hari kiamat ke atas seseorang Islam itu ialah solat fardunya. Jika didapati sempurna solatnya nescaya berbahagia dan beruntunglah dia. Sebaliknya, jika tidak sempurna (dengan baik dan khyusuk), akan menyesal dan rugilah dia. Jika seseorang itu didapati ada kekurangan daripada sesuatu amalan wajibnya, maka Allah s.w.t memerintahkan kepada para malaikat ‘Periksalah oleh kamu semua, adakah hamba-Ku itu mempunyai amalan solat sunat yang lain; sekiranya ada amalan tersebut dapat menampung kekurangan amalan wajibnya. Kemudian cara menghitung amalan-amalan lain juga sama dengan kaedah menghitung amalan solat ini.” (Riwayat Tirmidzi) Persoalan besar timbul ialah solat yang bagaimanakah dapat mengukuhkan akhlak dan mencegah diri kita daripada terjebak dengan perkara-perkara keji dan mungkar?

description

SOLAT

Transcript of Solat Menjana Kekuatan Ummah

Solat menjana kekuatan ummah

Islam telah menetapkan bahawa solat lima waktu adalah teras ibadah yang paling utama. Ia menjadi alat untuk memperkukuhkan akhlak dan benteng pencegah kemungkaran.Berdasarkan besar peranan solat kepada umat Islam, maka Islam meletakkan solat sebagai tiang agama dan merupakan amal ibadah yang pertama sekali dihisab oleh Allah s.w.t di hari kiamat kelak. Ini selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w yang yang bermaksud:Sesungguhnya amalan yang pertama dihitung pada hari kiamat ke atas seseorang Islam itu ialah solat fardunya. Jika didapati sempurna solatnya nescaya berbahagia dan beruntunglah dia. Sebaliknya, jika tidak sempurna (dengan baik dan khyusuk), akan menyesal dan rugilah dia. Jika seseorang itu didapati ada kekurangan daripada sesuatu amalan wajibnya, maka Allah s.w.t memerintahkan kepada para malaikat Periksalah oleh kamu semua, adakah hamba-Ku itu mempunyai amalan solat sunat yang lain; sekiranya ada amalan tersebut dapat menampung kekurangan amalan wajibnya. Kemudian cara menghitung amalan-amalan lain juga sama dengan kaedah menghitung amalan solat ini.(Riwayat Tirmidzi)Persoalan besar timbul ialah solat yang bagaimanakah dapat mengukuhkan akhlak dan mencegah diri kita daripada terjebak dengan perkara-perkara keji dan mungkar?Pada dasarnya pelaksanaan solat melibatkan dua aspek iaitu pergerakan fizikal (Badaniah) dan pergerakan dalaman (Rohaniah). Pergerakan Badaniah ialah setiap pergerakan zahir anggota badan seperti takbiratul ihram, ruku, itidal, sujud, bacaan dan sebagainya.Manakala gerakan Rohaniah ialah pemusatan pemikiran dan perasaan kepada Allah s.w.t sehingga melahirkan khusyuk, tawadhu dan ikhlas semasa menunaikan solat. Oleh itu solat yang mampu mengukuhkan akhlak dan menjadi benteng kemungkaran ialah solat yang sempurna pergerakan fizikal dan pergerakan rohaniahnya.Hakikatnya, kedua-dua aspek ini saling berhubung antara satu sama lain dan menjadi penentu kejayaan dan penghalang daripada melakukan kemungkaran dalam kehidupan.Apa yang nyata, kesan daripada solat yang sempurna akan menjadikan kita sentiasa mengingati kebesaran Allah s.w.t, taat dan patuh kepada segala perintah Allah s.w.t, berakhlak mulia, mencintai dan gemar melakukan kebajikan serta benci akan maksiat dan kemungkaran. Yakinlah bahawa solat itu sangat besar fungsinya dalam memandu kehidupan kita ke jalan yang diredai Allah s.w.t.Firman Allah yang bermaksud:Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.(al-Ankabut: 45)Bagaimanapun, apa yang menghairankan kita ialah terdapat juga segelintir masyarakat yang melakukan solat, tetapi selepas solat mereka terlibat dengan pelbagai perbuatan maksiat dan kemungkaran seperti pecah amanah, rasuah, berpecah belah, mengumpat, berhasad dengki, bakhil, tamak dan pelbagai lagi sifat negatif yang lain.Golongan yang sebegini amat dimurkai Allah s.w.t sepertimana firman-Nya yang bermaksud:Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.(al-Muddathir: 42-43)Ilmu sains telah mengesahkan bahawa solat memberi kebaikan kepada manusia. Di mana sewaktu proses pembakaran tenaga, akan berlaku ketidakseimbangan dalam tubuh kita yang menyebabkan kita letih dan lesu. Justeru solat adalah salah satu kaedah bagi menyeimbangkannya ke tahap normal.Keistimewaan solat berjemaah pula boleh membantu menstabilkan cas positif dan cas negatif melalui kesan sentuhan bahu ke bahu di kalangan ahli jemaah yang berada di dalam saf.Kita ingin mengingatkan bahawa terdapat perkaitan yang kuat mereka yang sempurna melaksanakan ibadah solat, biasanya mereka juga sempurna melakukan ibadah dan amalan kebajikan yang lain. Oleh itu, marilah kita memelihara solat yang difardhukan ke atas kita, dengan memenuhi aspek jasmani dan rohani di samping memastikan anak-anak kita juga dibesarkan dengan solat yang berkualiti. Dalam usaha ke arah meningkatkan kesempurnaan ibadah solat, kita petik pandangan Imam al-Ghazali tentang kaedah solat yang sempurna, iaitu:Pertama : Sentiasa memelihara solat lima waktu tanpa sebarang alasan untuk meninggalkannya melainkan atas sebab-sebab uzur syarie.Kedua : Sentiasa memperkemas bacaan-bacaan dalam solat dan memahami maknanya bagi memperolehi khusyuk.Ketiga : Sentiasa mendidik dan memastikan ahli keluarga mengerjakan solat secara berjamaah.Keempat : Sentiasa menghadirkan kebesaran Allah, seolah-olah kita sedang berhadapan dengan Allah s.w.t.Kelima : Sentiasa malu kepada Allah s.w.t, kerana kelemahan dalam beribadah.Keenam : Sentiasa mengharapkan rahmat Allah, serta mengharapkan solat yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.(al-Mukminun: 1-2)