Sosialis (Nov Dis 2014)

16
Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mail: [email protected] > m/s 4 > m/s 5 RM1 RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYAT NOV-DIS 2014 PSM parti yang sesat? > m/s 12 & 13 Hong Kong: Revolusi Payung > m/s 6 Surat terbuka kepada Azmin Ali selaku MB Selangor baru Temuramah khas bersama Luis Britto Garcia EKONOMI KEPERLUAN SIAPA? baca lanjut di m/s 8 & 9 Apakah masalah dengan Bajet 2015? PSM, PAKATAN RAKYAT & PRU -14 baca lanjut di m/s 5

description

Topik: Bajet yang sesat jalan, Wilson Parking, Revolusi Payung, 12 Tahun Punk, Poster dan Protes, Masyarakat Hamba Abdi

Transcript of Sosialis (Nov Dis 2014)

Page 1: Sosialis (Nov Dis 2014)

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772partisosialis.org E-mail: [email protected]

> m/s 4

> m/s 5

RM1 • RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYATNOV-DIS 2014

PSM parti yang sesat?

> m/s 12 & 13

Hong Kong: Revolusi Payung

> m/s 6

Surat terbuka kepada Azmin Ali selaku MB Selangor baru

Temuramah khas bersamaLuis Britto Garcia

EKONOMI KEPERLUAN SIAPA?

baca lanjut di m/s 8 & 9

Apakah masalah dengan Bajet 2015?

PSM, PAKATAN RAKYAT & PRU -14 baca lanjut di m/s 5

Page 2: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 20142 PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan.

Bendera dan Lambang

Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan.

Matlamat Parti Sosialis

Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup.

Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan.

Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional.

Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak.

Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya.

Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan.

Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama.

Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan.

Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian.

Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional.

Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan.

Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan.

Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis?

Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti.

Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat.

Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan.

Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya.

Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Parti Sosialis lebih mementingkan isu-isu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda,Brickfields,50470 Kuala Lumpur.Tel: 603-22747791Fax: 603-87374772Email: [email protected] web: http://partisosialis.org/

Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

DASAR PERJUANGAN

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami.

Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu)

Nama: ________________________________________

Alamat: _________________________________________________________________________________________________________________________________

Telefon: _____________________________________

Faks: _____________________________________

Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PSM CENTRE

Hantar kepada Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda, Brickfields50470 Kuala LumpurTel: 603-22747791Fax: 603-87374772Website- http://partisosialis.org/

Langganlah Akhbar

Sekarang!

Bajet 2015 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada Oktober yang lalu nampaknya hanyalah cuba memujuk rakyat supaya jangan membantah perlaksanaan cukai regresif, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang bakal berkuatkuasa pada bulan April tahun hadapan. Asas untuk pengurusan kewangan dan dasar ekonomi negara kita masih tidak berubah, iaitu masih kekal dengan falsafah ekonomi yang melakukan apa sahaja untuk memastikan yang kaya terus kaya, manakala rakyat miskin terus kekal miskin dan hanya boleh mengharapkan sedekah daripada kerajaan yang “bermurah hati” setiap kali pembentangan bajet. Sememangnya kita dapat tahu melalui pembentangan Bajet 2015 bahawa, penambahan sebenar untuk pendapatan kerajaan daripada pelaksanaan GST pada tahun depan hanya RM 5.6 bilion, selepas ditolak kutipan cukai daripada benda yang dikenakan cukai SST sebelum ini dan juga barangan yang dikecualikan GST. Daripada jumlah ini, sebanyak 87.5% (RM 4.9 bilion) akan "diagih semula" melalui bantuan kebajikan seperti BR1M. Golongan pendapatan rendah dapat BR1M, tetapi GST datang dari mana? Daripada semua rakyat yang membeli barangan dan perkhidmatan termasuklah yang miskin juga. Sementara itu, golongan maha kaya akan menikmati pengurangan dalam cukai pendapatan. Maka, yang miskin kekal miskin, yang kaya lebih kaya lagi. Pemberian BR1M untuk mengurangkan impak dasar ekonomi yang memeras rakyat seperti cukai GST, bagaikan

memberikan plaster kepada seseorang selepas menikamnya berkali-kali, hanya untuk melegakan kesakitannya.

Selain pemerasan dari segi ekonomi, kerajaan BN masih meneruskan cengkamannya dalam ruangan politik dengan menggunakan akta zalim yang ketinggalan zaman untuk menyekat kebebasan bersuara. Perarakan untuk kebebasan dan keamanan yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia, yang menyaksikan penyertaan yang menggalakkan daripada peguam-peguam dan juga anggota masyarakat sivil, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk mempertahankan ruangan kebebasan kita dan berjuang untuk demokrasi yang sejati.

Perjuangan rakyat Hong Kong yang menduduki jalanan untuk lebih sebulan demi menuntut demokrasi sebenar, seperti juga dengan perjuangan rakyat di tempat yang lain, boleh dijadikan pedoman dan inspirasi untuk kita meneruskan perjuangan demokrasi di bumi Malaysia. Rakyat di negara jiran kita, Indonesia, walaupun menjatuhkan kediktatoran Suharto pada tahun 1998, tetapi masih meneruskan usaha mereka untuk memperjuangkan ruangan demokrasi yang lebih, dan membolehkan seorang yang bukan daripada elit lama akhirnya menjadi Presiden negara tersebut selepas 16 tahun Reformasi. Memang tiada alasan untuk rakyat Malaysia berputus asa dalam perjuangan kita melawan kezaliman dan kerakusan rejim UMNO-BN. ##

Page 3: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 2014 3PARTI DAN FRON

Perak: Tuntut Pelaksanaan Gaji Minima

PSM Perak telah mengadakan satu aksi bantahan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perak, di Ipoh, pada 2 Oktober yang lalu. Aksi PSM tersebut bertujuan untuk mendesak Jabatan Tenaga Kerja supaya memantau pelaksanaan gaji minima di kalangan pengawal keselamatan sekolah-sekolah.

Sebelum itu, PSM Perak juga

mengadakan satu aksi protes di

Jabatan Pendidikan Negeri Perak,

dan sejurus selepas aksi tersebut,

Jabatan Pendidikan Negeri telah

menaikan kadar bayaran kepada

semua kontraktor di Perak untuk

menaikkan gaji ke tahap gaji minima

yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kontraktor tiada alasan untuk tidak

membayar gaji yang cukup kepada

pekerja. Pekerja patut mengadu

kepada JTK jika tidak dibayar gaji

yang cukup dan tunggakan gaji

sejak Januari 2014.

M. Sarasvathy, Timbalan Pengerusi PSM, telah mengadakan satu mesyuarat bersama dengan petani-petani di Sungai Kroh, Kampar, Perak, untuk membincangkan tindakan yang perlu diambil untuk mempertahankan kawasan pertanian yang diusahakan oleh para petani tersebut daripada pengusiran paksa.

PSM Sungai Siput telah mengadakan satu mesyuarat bersama pemilik tanah blok C, di pekan Karai, Sungai Siput (U), untuk berbincang tentang isu jual beli dan urusan sewa tanah yang diduduki

oleh mereka sejak 20 tahun yang lalu.

Sungai Siput

Pejabat Ahli Parlimen Sungai Siput telah melancarkan kelas bimbingan percuma di kawasan Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) Perlop I dan Kampung Kapor, yang terletak dalam kawasan parlimen Sungai Siput. Sukarelawan diperlukan untuk setiap hari Selasa (5-7pm) dan hari Khamis (8-10pm), bagi menjayakan kelas bimbingan percuma yang bertujuan untuk memberikan solidariti kepada kanak-kanak di tempat pedalaman. Sesiapa yang bersedia menghulurkan bantuan, sila hubungi Shazni Bhai di talian 017-4938425.

SemenyihPSM Semenyih telah mengadakan satu mesyuarat bersama Jawatankuasa Penduduk Ladang Semenyih pada 14 Oktober yang lalu, untuk membincangkan tawaran perumahan alternatif bagi bekas pekerja ladang di situ.

S. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, turut bersama dengan penduduk Kampung Chubadak Tambahan pada 31 Oktober yag lalu di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, dalam satu protes bantahan

terhadap perobohan rumah oleh pihak pemaju. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis telah bertindak secara kasar pada 23 Oktober yang lalu dalam satu operasi merobohkan rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Kampung Chubadak

Bekas pekerja Ladang Victoria, Padang Serai, Kedah, bersama dengan penyelaras PSM, telah menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Kedah pada 12 Oktober yang lalu, untuk meminta campurtangan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah perumahan mereka yang berlanjutan sejak 15 tahun yang lalu. Bekas majikan, Sime Darby berjanji menaikkan jumlah pampasan dan pekerja memohon agar kerajaan negeri menawarkan tanah/rumah kepada mereka. Pihak Kerajaan Negeri Kedah berjanji akan mengatur mesyuarat dengan semua pihak terbabit demi mencari satu jalan penyelesaian yang adil untuk bekas pekerja.

Kedah

Satu diskusi khas tentang protes di Hong Kong telah diadakan pada 15 Oktober yang lalu di Kajang, anjuran Pustaka Kiri. Choo Chon Kai, Penyelaras Biro Antarabangsa PSM, telah membentangkan informasi tentang latar belakang sejarah dan faktor sosio-ekonomi yang menimbulkan keresahan rakyat Hong Kong terhadap pemerintah

Beijing yang cuba mengenakan pelbagai sekatan terhadap proses demokrasi di Hong Kong.

Satu sesi perbincangan dalaman khas (SPD) berkenaan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) telah diadakan pada 2 November yang lalu di Kuala Lumpur. Anggota-

Petani Perak TuntutHak untuk Bercucuk Tanam

Gabungan Selamatkan Petani

dan Peternak Perak telah

menyerahkan satu memorandum

kepada Pejabat Menteri Besar

Perak di Ipoh pada 30

September yang lalu, untuk

meminta satu temujanji supaya

berjumpa dengan Menteri

Besar itu sendiri. Gabungan

Selamatkan Petani dan

Peternak Perak telah

ditubuhkan pada 7 September

yang lalu, dengan sokongan

daripada PSM Perak, dengan

tujuan memperjuangkan hak

tanah dan juga hak untuk

bercucuk tanam bagi para

petani di sekitar negeri Perak.

anggota PSM yang hadir dalam SPD tersebut telah berdebat secara hangat tentang strategi untuk PSM dalam PRU yang akan datang.

Page 4: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 20144 NASIONAL

Cukai orang terkaya adalah rahsiaDalam ucapan di Parlimen pada 7 Oktober yang lalu, Dato Seri Anwar Ibrahim telah memberi statistik berikut:

Nama Billionaire Kekayaannya pada 2009 Kekayaannya pada 2014 Robert Kuok RM 42 bilion RM 55 bilion

Ananda Krishnan RM 27 bilion RM 33 bilion

Teh Hong Piao RM 10.8 bilion RM 18 bilion

Syed Mokhtar Shah Al-Bukhary RM 6 bilion RM 11.1 bilion

Mokhzani Mahathir RM 1 bilion RM 4.2 bilion

Azman Hashim RM 2.8 bilion RM 4.1 bilion

Tiong Hiew King RM 3.5 bilion RM 3.8 bilion

Selepas itu, Anwar mendedahkan bahawa biasanya orang terkaya di Malaysia dapat elakkan diri daripada bayar cukai dan meminta Menteri Kewangan supaya memberitahu kepada Dewan berapakah cukai yang dibayar oleh tiap satu billionaire yang disenaraikan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan menjawab bahawa “Lembaga Hasil terikat kepada peruntukan kerahsiaan maklumat percukaian individu di bawah seksyen 138 Akta Cukai

Pendapatan dan tidak boleh mendedahkan amaun cukai individu yang dibayar oleh mereka.”

Mengapa kerajaan perlu berselindung di belakang peruntukan undang-undang yang tidak masuk akal untuk mengelakkan diri daripada mengumumkan jumlah cukai yang dibayar oleh mereka yang kaya raya ini? Adakah sebab-sebab lain mengapa cukai yang dibayar oleh orang-orang terkaya ini tidak boleh didedahkan? Adakah kerajaan tidak mahu rakyat dapat tahu tentang berapa banyak cukai yang sebenarnya dielakkan oleh orang-orang terkaya ini? ##

Keluhan warga tuaMengikut kajian kerajaan, pada tahun 2013, adanya 1.5 juta rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas. Warga tua ini menghadapi masa hadapan yang penuh dengan kepahitan. Kurang daripada 15% antara mereka mempunyai pencen pesaraan kerajaan ataupun pencen PERKESO. Oleh kerana gaji rendah di Malaysia, kebanyakan warga tua kita tidak ada simpanan wang selain daripada KWSP. Majoriti besar daripada mereka telahpun menghabiskan wang simpanan KWSP untuk menyelesaikan pinjaman bank, mengahwinkan anak-anak dan perbelanjaan harian selepas berhenti kerja. Sebelum sampai umur 65 tahun, ramai antara mereka dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan, pembantu stesen minyak, pembantu di kedai makan dan sebagainya. Tetapi apabila berusia lebih daripada 65 tahun, kerja ringan juga tidak dapat dilakukan oleh ramai kerana masalah kesihatan, dan warga tua berkenaan terpaksa bergantung kepada anak atau saudara mara. 40% daripada keluarga di Malaysia mempunyai pendapatan sekeluarga di bawah RM 3000 sebulan. Keluarga-keluarga ini menghadapi masalah dalam membayar balik pinjaman bank dan perbelanjaan harian sendiri. Oleh itu, mereka tidak mampu menjaga ibu bapa mereka yang berusia 65 tahun ke atas dengan sempurna. Perkara ini sering menyebabkan ketegangan hubungan antara isteri dan suami dalam sesuatu keluarga, dan menyakitkan hati warga tua berkenaan. Inilah kepahitan yang dialami oleh ramai warga tua di negara kita. Selepas berkorban (kerja kuat tetapi gaji rendah) untuk membangunkan negara, dan membesarkan anak-

anak mereka, tetapi apabila sampai ke penghujung hayat, mereka terpaksa hidup sebagai pengemis. Adakah ini cara menunjukkan penghargaan kita terhadap sumbangan dan pengorbanan mereka?

Berapa kos untuk mewujudkan Skim Pencen Warga Tua? 1,500,000 x 85% = 1,275,000 (Bilangan warga tua yang tidak menerima pencen pesaraan ataupun PERKESO) Jika dibayar pencen sebanyak RM 300 sebulan seorang 1,275,000 x RM 300 x 12 bulan = RM 4.59 bilion setahun. RM 4.59 bilion bukanlah jumlah yang kecil, tetapi kita harus letakkannya dalam perspektif yang betul.

Sila perhatikan – KDNK Malaysia 2014 = RM 1,000 bilion Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dalam 2014 = RM 265 bilion Ketirisan dana Kerajaan Persekutuan (mengikut laporan Ketua Audit Negara)= RM 28 bilion setahun. Jadi, RM 4.59 bilion setahun untuk pencen warga tua bukanlah sesuatu yang mustahil!!!

MARILAH KITA MENGHARGAI IBUBAPA DAN DATUK NENEK KITA!

MARILAH KITA BERKEMPEN UNTUK PENCEN WARGA TUA! ##

Parti yang sesat?Dalam muktamar PAS yang diadakan di Batu Pahat baru-baru ini, seorang delegasi telah mengritik pemimpin PAS yang bersepentas dengan pemimpin PSM kerana megikutnya, ahli PSM adalah orang yang sesat dan tidak pegang pada mana-mana kitab. Wujudnya beberapa kesilapan dalam pemahaman delegasi PAS ini yang harus kami jelaskan.

1. Langsung tiada syarat dalam PSM bahawa untuk menjadi ahli seseorang itu harus meninggalkan agamanya dan menjadi atheis. PSM berpendirian bahawa agama adalah isu peribadi dan setiap orang ahli mempunyai hak untuk mengikut mana-mana agama yang dia mahu tanpa campurtangan parti. Pada masa yang sama, tiada peruntukan dalam PSM yang mengkehendaki semua ahli pilih salah satu agama dan mengamalkannya. Isu agama diserahkan kepada setiap ahli untuk diputuskan oleh dirinya sendiri. 2. Oleh kerana PSM tidak bercampurtangan dalam fahaman agama ahli-ahli kami, kami tidak mempunyai angka-angka penganut agama Hindu, Kristian, Islam, Buddha, Agnostik* ataupun Atheis di

kalangan ahli PSM. Tetapi ramai antara ahli PSM yang pergi ke kuil Hindu, gereja dan juga masjid.

[*Pendirian Agnostik adalah a. Amat sukar untuk membuktikan kewujudan dan ciri-ciri sebenar tuhan.b. Tidak perlu selesai isu dalam (a) untuk hidup dan bertindak dalam dunia ini .]

3. Andaian bahawa akhlak yang baik hanya boleh datang daripada agama juga boleh dipertikaikan. Ini kerana, sejak kewujudannya, manusia memerlukan struktur kemasyarakatan untuk berjaya (bertahan) di dunia. Kekuatan manusia adalah dalam kebolehannya bekerjasama dan pengetahuannya yang dikumpul daripada generasi ke generasi baru. Ilmu ini yang membolehkan manusia mencipta alat dan menguasai alam sekitarnya. Mana-mana kumpulan manusia yang tidak berjaya bekerjasama telah mati kebuluran ataupun dimakan oleh binatang. Jadi, untuk berjaya, manusia mesti hidup dalam kelompok. Satu sifat yang amat perlu untuk memupuk perasaan kemasyarakatan adalah

kapasiti membaca perasaan/respon ahli-ahli lain dalam masyarakat terhadap tindakan dan percakapan kita. Jika kebal dalam perkara ini, tentu sering timbul kemarahan dan pergaduhan, sehinggakan kumpulan itu akan berpecah dan ahlinya dimakan oleh harimau! Kapasiti untuk baca perasaan orang lain telah dijadikan sebahagian pada struktur mental dan psikologi manusia. Ianya telah ditanam dalam jiwa kita. Inilah puncanya perasaan “empati” yang merupakan asas kepada nilai-nilai murni seperti keinginan membantu orang yang dalam kesusahan, menegakkan keadilan untuk semua, dan sebagainya. 4. Andaian bahawa semua orang atheis akan dihukum ke neraka juga harus dikaji balik. Kuasa memutuskan kelayakan seseorang itu masuk ke syurga bukan di tangan manusia. Tetapi saya rasa pengorbanan seorang atheis demi kebajikan orang-orang miskin akan diterima baik oleh pihak yang menentukan siapa yang akan dibenarkan ke syurga. Sebabnya

seorang atheis itu tidak ada unsur kepentingan diri dalam pengorbanannya. Ia tidak harapkan sebarang hadiah dalam akhirat kerana dia tidak percaya pada kewujudan akhirat. Pada saya, perkara yang penting sekali bukan apa yang seseorang itu kata dia percaya, tetapi cara dia melayan orang lain, terutama sekali manusia yang dalam kesusahan, cara dia mengawal nafsu ketamakan dan kepentingan diri serta cara dia memikul tanggungjawabnya sebagai “khalifah” di muka dunia.

(oleh Jeyakumar Devaraj)

Page 5: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 2014 5KHAS

Revolusi Venezuela terus ke depanTemuramah bersama Luis Britto GarciaProfesor Luis Britto Garcia, seorang sasterawan dan ahli akademik terkenal dari Venezuela, telah melawat Malaysia baru-baru ini. Luis Britto Garcia amat terkenal dengan penulisan fiksyennya, di mana tulisannya pernah mendapat anugerah Casa de las Américas. Beliau merupakan professor di Fakulti Ekonomi dan Sains Sosial di Universidad Central de

Venezuela sejak tahun 1988.

Akbar Sosialis sempat menemurah Luis Britto Garcia untuk mendapatkan pandangan beliau tentang perkembangan di Venezuela dan juga di rantau Amerika Latin.

Apakah keadaan di Venezuela selepas peninggalan Chavez yang menyaksikan serangan berterusan daripada puak kanan?

Selepas pemergian Chavez, pihak pembangkang berhaluan kanan telah melancarkan dua gelombang cubaan rampasan kuasa. Cubaan rampasan kuasa tersebut dilakukan melalui demonstrasi oleh pelajar dan gerakan para-militer Colombia. Situasi demonstrasi yang berterusan oleh kumpulan puak kanan yang cuba menggugat kerajaan Bolivarian telah berlarutan dari bulan Februari ke Jun tahun ini. Demonstrasi yang tertumpu di kawasan kelas atasan tersebut telah dibesar-besarkan oleh media.

Bagaimana dengan media di Venezuela?Media yang dikuasai oleh golongan oligarki teruskan dengan pendirian mereka yang anti-revolusi dan memalsukan berita.

Apakah pencapaian ALBA?

ALBA (Gabungan Bolivarian untuk Amerika) merupakan kerjasama antara negara yang berasaskan pampasan ekonomi ke atas rakyat, bukannya persaingan. ALBA telah berusaha untuk mewujudkan sistem komunikasi Amerika Latin, dengan adanya TeleSur, Radio ALBA dan sebagainya. ALBA telah berjaya menghapuskan masalah buta huruf. Dari segi kewangan, Bank ALBA ditubuhkan, dengan memberi kredit kepada negara-negara sedang membangun. Satu mata wang antarabangsa diwujudkan, iaitu SUCRE (singkatan untuk Sistem Seragam untuk Kompensasi Serantau), yang juga diambil daripada nama Jeneral Antonio José

de Sucre, seorang pejuang kemerdekaan Amerika Latin yang memimpin pertempuran Ayacucho. SUCRE telah menggantikan Dollar AS dalam perdagangan antara kerajaan dalam ALBA.

Dari segi pencapaian sosial, ALBA telah membantu negara-negara anggotanya mewujudkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di peringkat komuniti setempat, atas kerjasama antara negara Kuba dengan Venezuela. Sekolah Perubatan Amerika Latin (Escuela Latinoamericana de Medicina) yang dimulakan di Kuba juga ditubuhkan di Venezuela, supaya pelajar-pelajar di seluruh Amerika Latin berpeluang untuk mempersiapkan diri mereka dalam menangani penyakit-penyakit di rantau tersebut. ALBA telah melancarkan Misi Keajaiban Antarabangsa (Misión Milagro), yang memberi rawatan mata percuma kepada mereka yang menghidapi penyakit mata. Misi Keajaiban membayar rakyat di benua Amerika untuk mendapat rawatan mata di

Havana, Kuba.

Kebanyakan negara ALBA mempunyai undang-undang gaji minima dan gaji minima ditetapkan pada paras yang bersesuaian untuk menangani masalah kemiskinan. ALBA menekankan pada perlindungan ekonomi nasional dan perlindungan hak asasi manusia.

Dari segi penggunaan tenaga, negara pengeluar tenaga dalam ALBA seperti Venezuela, Ecuador dan Bolivia telah membekalkan sumber tenaga pada kadar yang murah kepada negara yang lebih miskin seperti Kuba. Negara-negara yang ditadbir oleh parti sosialis atau pemimpin berhaluan kiri seperti Bolivia, Nicaragua, Venezuela, Kuba dan Ecuador, merupakan negara yang paling komited dalam menjayakan usaha ALBA demi kesejahteraan rakyat Amerika Latin.

(sambung di m/s 15)

PSM sedia hadapi PRU-14 dengan lambang sendiri

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan Sesi Perbincangan Dalaman (SPD) khas untuk membincangkan posisi PSM dalam PRU-14 pada 2 November yang lalu di Kuala Lumpur. Empat keputusan penting seperti di bawah telah diambil:

1. Tidak menyertai Pakatan Rakyat tetapi sedia berkerjasama semasa PRU untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Semasa Kongres PSM pada Jun 2012, PSM telah mengambil keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR), dan hasrat ini telah dimaklumkan kepada pihak PR dalam satu surat bertarikh 13 September 2012.

Namun, maklumat yang terakhir diperolehi daripada PR adalah dalam surat bertarikh 1 Ogos 2013, di mana PR mengatakan bahawa permohonan PSM masih dalam pertimbangan dan meminta sama ada PSM setuju dengan Buku Jingga atau tidak, di mana PSM sudahpun memaklumkan

persetujaannya dalam Manifesto PSM untuk PRU-13, dan sekali lagi dalam surat balasan bertarikh 8 Ogos 2013.

Akan tetapi, sehingga hari ini, tidak ada sebarang jawapan daripada PR, malah semasa PRU-13 yang lalu, 3 daripada 4 kerusi yang ditanding oleh PSM berakhir dengan tiga penjuru. Sesi Perbincangan Dalaman Khas PSM bertarikh 2 November 2014 telah mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat dan niat untuk menyertai PR.

Walau bagaimanapun, PSM sedia mengadakan kerjasama pilihanraya (electoral pact) dengan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) semasa PRU-14.

2. PSM akan bertanding menggunakan logo PSM dalam semua kerusi yang dipertandingkan oleh PSM semasa PRU-14 akan datang dan bukan logo parti lain.

3. PSM juga telah mengambil keputusan untuk menambahkan kerusi yang ditandingnya di Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa PRU-14.

Dalam 3 PRU yang lepas (11, 12 dan 13), PSM hanya bertanding di 4 kerusi sahaja, iaitu satu kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN. SPD khas kali ini telah mengenalpasti kawasan Parlimen dan kawasan DUN di 5 Negeri di mana PSM ada prospek untuk meletakkan calon. Namun, perkara ini hanya akan dijadikan muktamad setelah membuat satu kajian di kawasan-kawasan tersebut.

4. PSM juga telah melonggarkan polisi tentang

syarat untuk calon bertanding dalam PRU.

Polisi yang sedia ada mensyaratkan seorang ahli (calon) mesti berkerja di satu kawasan untuk 5 tahun sebelum dibenarkan bertanding di kawasan tersebut dengan persetujuan cawangan di kawasan berkenaan dan juga mendapat sokongan daripada Parti.

Polisi baru adalah mana-mana ahli atau calon yang pernah menjadi aktivis untuk 5 tahun di mana-mana kawasan dibenarkan untuk bertanding dengan syarat mereka perlu bekerja untuk tempoh tidak kurang daripada 2 tahun di kawasan pilihanraya yang hendak ditandingnya dengan persetujuan cawangan berkenaan dan juga sokongan daripada Parti. ##

Page 6: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 20146 KHAS

ISU RAKYAT PERLU DISELESAISurat terbuka PSM kepada Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor BaruKemelut Menteri Besar Negeri Selangor yang berlarutan sekian lama akhirnya dapat diselesaikan dengan suatu hasil yang di luar jangkaan ramai. Azmin Ali yang nampaknya tidak begitu menonjol semasa kemelut Menteri Besar yang tidak berhabis-habisan akhirnya muncul menjadi pemenang dalam episod pergolakan

dalaman Parti Keadilan Rakyat, apabila mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Selangor pada 23 September yang lalu.

Sehubungan dengan perlantikan Azmin Ali menjadi Menteri Selangor yang baru, S. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, telah mengutuskan sepucuk

surat terbuka pada 28 Oktober yang lalu, menggariskan tuntutan PSM kepada Menteri Besar Selangor yang baru ini untuk menyelesaikan masalah yang tertangguh dan juga meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri Selangor. Berikut adalah kandungan surat terbuka tersebut.

Tahniah kepada saudara Azmin Ali kerana berjaya dilantik oleh DYMM Sultan Selangor untuk menjadi YAB Menteri Besar Negeri Selangor yang ke-15, setelah satu krisis yang agak panjang.

Kami daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin mempertengahkan beberapa isu penting yang memerlukan komitmen daripada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor untuk penyelesaian segera. Ada yang antara isu-isu ini adalah janji lama yang belum dikotakan lagi.

Di bawah ini, kami senaraikan 10 isu utama untuk tatapan dan tindakan YAB Menteri Besar:

Janji Pilihanraya Kerajaan Tempatan

1. PSM amat mengharapkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan akan dilaksanakan. Pemilihan secara demokratik di peringkat PBT dan kampung-kampung dapat menyemarakkan proses demokrasi peringkat bawahan dan juga untuk meningkatkan mutu dan prestasi Ahli Majlis dan Kerajaan Tempatan. Mengikut Ahli Exco yang berkenaan sebelum ini, YB Teng Chang Khim, kerajaan Selangor telah berjanji akan melaksanakan pilihanraya tempatan sebelum akhir tahun 2014, iaitu tinggal dua bulan lebih sahaja. Kami ingin mengetahui adakah janji YB Teng itu akan dilaksanakan?

2. Kami juga meminta YAB Menteri Besar supaya memulihkan semula BBTOAS (Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor) yang telah dibubarkan semasa krisis MB. Kami juga difahamkan bahawa kebanyakan pemetaan masyarakat (community mapping) kawasan orang asli di Selangor sudah siap dan kini Kerajaan Negeri harus memulakan kerja-kerja segera untuk mewartakan kawasan tersebut. Selain itu, satu cadangan enakmen “Orang Asli Land Reservation Enactment” yang juga telah disediakan oleh masyarakat orang asli dengan NGO orang asli masih tertangguh dan harus digubal secepat mungkin demi untuk menjaga kepentingan dan hak masyarakat orang asli di Malaysia.

3. Usaha untuk menggubal enakmen baru bagi melindungi pekerja ladang yang terjejas apabila ladang mereka digunakan untuk pembangunan, turut menjadi satu lagi projek terbengkalai. Inisiatif untuk menggubal enakmen ini telah diambil semasa YB Xavier Jeyakumar menjadi Exco Ladang. Satu deraf undang-undang juga

telah disediakan oleh satu Task Force Perumahan Pekerja Ladang Negeri Selangor. Namun, Task Force ini tidak berfungsi sejak 1 Januari 2012, dan juga tidak diteruskan apabila Pakatan Rakyat memerintah Selangor untuk penggal kedua pada tahun 2013. Walaupun janji untuk menggubal enakmen baru ini sudahpun diumumkan kepada media, tetapi masih belum dilaksanakakan lagi sehingga hari ini.

Skim Gaji Minima RM 1,500

4. Pada bulan November 2011, mantan Menteri Besar telah mengumumkan bahawa semua pekerja GLC di bawah Kerajaan Negeri akan dibayar gaji minima RM 1,500. Ini merupakan satu polisi yang baik dan harus diteruskan. Namun pada masa yang sama, kami mendapati bahawa ada pekerja yang diupah terus oleh Kerajaan Negeri dan pejabat-pejabat ADUN dibayar gaji kurang daripada RM 1,500. Kami berharap skim gaji semua pekerja diselaraskan dan tidak dibayar kurang daripada RM 1,500 sebulan.

5. PSM juga pernah mengadakan dialog dan menghantar memorandum yang meminta supaya semua pangsapuri kos rendah diambilalih oleh Kerajaan Tempatan. Kami juga telah meminta agar penghuni pangsapuri kos rendah yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan dua jenis cukai – iaitu cukai pintu dan bayaran penyelenggaraan. Walaupun Kerajaan Negeri pernah membuat satu kajian pilot melalui PKNS di flat-flat kos rendah yang dikendalikan oleh PKNS, tetapi sehingga kini tidak ada sebarang pelaksanaan. Banyak flat kos rendah berada dalam keadaan teruk dan amat mendukacitakan. Pengalaman menunjukkan bahawa JMB untuk pangsapuri kos rendah tidak mampu mengutip bayaran penyelenggaraan, mahupun menguruskan pangsapuri kos rendah.

6. PSM juga bersama beberapa NGO telah membentuk satu jaringan yang berkempen menuntut pada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan untuk mengawal harga perumahan, kerana harga perumahan yang terlalu tinggi amat membebankan rakyat. Kami meminta isu peneroka

bandar yang telah lama tertangguh diselesaikan segera dengan pemberian geran tanah. Kami juga mendesak Kerajaan Negeri supaya menubuhkan Badan Amanah (Trust) Perumahan yang tidak berlandaskan keuntungan, untuk membina rumah selesa dengan harga yang munasabah untuk masyarakat berpendapatan

rendah. Kami sudah sedia dengan kertas kerja yang mengandungi cadangan penyelesaian masalah harga rumah, dan ia memerlukan komitmen Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan.

7. PSM juga mendesak supaya pengangkutan awam bas dikendalikan oleh majlis-majlis tempatan supaya ia dapat memberikan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, berkesan dan murah berbanding dengan keadaan sekarang, di mana pengusaha bas swasta hanya menumpu di kawasan-kawasan tertentu demi memaksimakan keuntungan. Subsidi bas sekolah untuk kanak-kanak sekolah juga harus diteruskan dan dipertimbangkan.

8. Segala projek pembangunan mesti diluluskan dengan prasyarat ketat bagi menghalang kesan buruk terhadap alam sekitar. Wartakan semua kawasan lapang hijau, zon penampan dan hutan semulajadi agar ianya tidak dirampas dan ditukar milik untuk tujuan pembangunan dengan sewenang-wenangnya. Walaupun Kerajaan Negeri ada memberikan komitmen, kami berharap ia dapat diteruskan.

9. Isu krisis air sememangnya satu isu yang serius dan pemberian air percuma harus dinilai kembali. Pada masa yang sama, langkah penjimatan air yang lebih proaktif harus diatur supaya air bersih terawat tidak digunakan untuk aktiviti lain seperti perkebunan atau mencuci kereta. Kerajaan Negeri juga harus melihat bagaimana kita boleh menggunakan kuasa solar dan angin dengan lebih berkesan sebagai sumber tenaga alternatif yang baru, iaitu sumber tenaga yang lebih mesra alam sekitar.

10. Semasa krisis rampasan kuasa Negeri Perak yang berlaku pada tahun 2009 dan baru-baru ini semasa Krisis Menteri Besar Selangor, sering dinyatakan oleh Pakatan Rakyat bahawa satu pindaan Undang-undang Tubuh Negeri harus dibuat untuk mengukuhkan Institusi Demokrasi. Sejauh manakah PR bertekad dan

bersedia untuk melakukan pindaan perlembagaan untuk memberikan kuasa yang lebih kepada rakyat.

Isu-isu tempatan yang perlu campurtangan Kerajaan Negeri

Selain itu, terdapat juga beberapa isu tempatan yang sudah lama kami kendalikan memerlukan campurtangan segera YAB Menteri Besar:i. Flat Taman Permata Dengkil – melibatkan 400 keluarga bekas pekerja ladang yang telah dipindahkan kerana projek Putrajaya. Kini Kerajaan Negeri harus mengambilalih tanah daripada pihak Sime Darby dan memberikannya kepada Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rumah teres kos rendah dapat dibina dengan segera.ii. Projek terbengkalai - RKR Taman Petaling Utama PJS1. Perjanjian jual beli telah ditandatangani sejak 2003/2004, tetapi pemaju masih gagal membina RKR bagi 276 pembeli. TSKI telah cuba rampas tanah pemaju untuk bina rumah, tetapi pemaju berjaya menghentikannya di mahkamah.iii. Projek terbengkalai 24 tahun di Taman Sri Raya. Banyak usaha diambil oleh pembeli rumah kos rendah. Pemaju ini telah berjaya jalankan semua projeknya kecuali perumahan kos rendah. Baru-baru ini, Jawatankuasa penduduk telah menulis surat kepada DSWA selaku ADUN Kajang untuk menyelesaikan isu ini, tetapi tiada sebarang maklumbalas.iv. Beberapa isu tanah juga sudah lama mengalami masalah dan memerlukan campurtangan segera daripada pihak Menteri Besar. Antara isu tanah yang diselaraskan oleh kami yang ada pelbagai masalah status tanah yang tidak jelas adalah isu di Lot 334 dan 337 Kampung Pinang Tambahan di Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor dan Kampung Sri Tanjung di Dengkil yang melibatkan 68 keluarga.v. Pasar Awam MBSA, Kg. Baru Subang, suatu projek penswastaan UPEN. Pemindahan penjaja pasar ke bangunan sementara sejak tahun 2006, kini bangunan baru telah siap tetapi pemaju masih belum menyerahkannya kepada MBSA kerana isu IWK. 70 lebih penjaja terpaksa merengkok dalam bangunan sementara pasar yang sempit dan kotor sehingga kini.

Kami amat berharap YAB Menteri Besar dapat menyelesaikan isu-isu ini. Kami sedia membantu dan bekerjasama untuk mencari satu penyelesaian terbaik bagi isu-isu rakyat yang telah kami pertengahkan ini. ##

Page 7: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 2014 7ISU RAKYAT

1 Disember: Hari AIDS Seduniaoleh Fazriz Fadzil

Human Immunodeficiency Virus dengan nama singkatan HIV mula dikesan di Malaysia sejak awal tahun 1986. Sebanyak lebih daripada 100,000 kes telah dicatatkan (daripada lebih 36 juta kes di seluruh dunia), dan dilaporkan telah meragut seramai 16,742 nyawa (Malaysia Global Aids Report, 2014). Orang yang dijangkiti HIV ataupun People Living with HIV (PLHIV) di Malaysia majoritinya melibatkan golongan lelaki warga Malaysia, namun ia turut tersebar dengan pantas di kalangan wanita warga Malaysia dan kanak-kanak warga Malaysia; lebih 34% kes terdiri daripada golongan muda yang berusia di antara umur 13 dan 29 tahun.

Virus yang dilaporkan berpunca daripada evolusi simian immunodeficiency virus (SIV) telah dikenalpasti menjangkiti mawas liar, serta Sooty mangabey ataupun nama saintifik Cercocebus atys (sejenis monyet dunia lama). Pelbagai spekulasi diperbincangkan bagaimana jangkitan virus haiwan-ke-manusia ini berlaku, namun kajian genetik mencadangkan bahawa virus ini berkait rapat dengan kumpulan HIV-1 M yang dilaporkan kewujudannya sejak awal tahun 1910-an.

Proses mutasi HIV akan menyebabkan sistem imunisasi badan manusia gagal untuk melawannya (jika dijangkiti) dan sekiranya seseorang itu tidak mendapatkan rawatan yang bersesuian dengan kadar yang segera, ianya boleh mempercepatkan kadar jangkitan-jangkitan penyakit berkaitan sistem imunisasi ataupun dikenali sebagai acquired immunodeficiency syndrome (AIDS).

Sehingga ke hari ini, tiada vaksin yang mampu untuk melawan atau menyembuhkan HIV/AIDS. Namun dengan kemajuan sains, kepakaran dalam bidang genetik, serta kelantangan suara aktivis-aktivis sosial, rawatan high active antiretroviral therapy ataupun HAART kini telah berjaya mengurangkan impak dan kadar jangkitan yang berkait rapat dengan AIDS. Malahan, pelbagai langkah-langkah aktif pencegahan turut diperkenalkan untuk mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Selaras dengan itu juga, pelbagai program kebajikan turut diadakan oleh pihak kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama memberi bantuan

dari segi fizikal, mental dan rohani kepada PLHIV di Malaysia. Namun, semenjak pengenalan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), NGO serta aktivis-aktivis di Malaysia mula mempersoalkan kerajaan mengenai penjaminan hak-hak rakyat terutamanya berkaitan dengan akses kepada rawatan-rawatan HIV/AIDS.

1 Disember bukanlah tarikh bagi aktivis-aktivis untuk mendabik dada dengan progres atau pencapaian cemerlang yang dicapai sehingga ke hari ini dalam isu kebajikan HIV/AIDS, tetapi ianya adalah untuk memperluaskan informasi serta kesedaran umum bahawa HIV/AIDS adalah benar dan wujud. Dunia juga amat memerlukan sokongan padu daripada setiap lapisan masyarakat untuk terus memperjuangkan program-program pendidikan, pencegahan serta kawalan untuk mengurangkan kadar jangkitan HIV/AIDS. Malahan 1 Disember juga menghargai jasa-jasa mereka yang tidak jemu memperjuangkan hak-hak asasi PLHIV, dan memperingati mereka yang tewas dan yang terjejas dengan HIV/AIDS. Tema 'Getting to Zero' yang diperkenalkan sejak 2011 dan berlanjutan sehingga tahun 2015 adalah untuk mencapai sasaran tiada lagi jangkitan baru, serta untuk membuktikan dan terus memperbaiki sistem dan organisasi

yang sedia ada, agar kita mampu untuk 'melawan' HIV/AIDS dan supaya PLHIV dapat menjalani kehidupan yang normal dan sempurna.

Cukuplah dengan stigma, diskriminasi serta penyekatan hak-hak PLHIV dan mereka yang terjejas. Hari ini, Malaysia seharusnya sudah berupaya mengendalikan perbincangan di medan umum serta memecahkan tembok tabu di mana rakyat Malaysia masih malas ataupun enggan bersuara mengenai isu HIV/AIDS. Rakyat Malaysia juga seharusnya sudah mampu untuk turun padang dan bersama-sama memperluaskan perjuangan di dalam hal-hal kebajikan yang berkaitan – dan bukan hanya duduk di dalam bilik-bilik mesyuarat dan bengkel-bengkel motivasi untuk memahami realiti HIV/AIDS.

Kita tidak akan dijangkiti HIV/AIDS dengan memakai reben merah pada 1 Disember. Malahan, tiada jangkitan turut dilaporkan sehingga ke hari ini jika ianya terus dipakai sepanjang hayat kita. ##

Apa Erti Merdeka untuk Orang Asli di Malaysia?oleh Fazriz Fadzil

Seorang warga orang asli telah ditahan reman oleh pihak berkuasa setelah melaporkan kejadian pencerobohan oleh 'orang asing' di tanah pusakanya di Pulau Carey, Selangor. 'Orang asing' tersebut dikatakan berada di Kampung Bakar, sebuah perkampungan yang didiami oleh 50 orang asli Mah Meri, dan dilaporkan telah melakukan kerja-kerja pengukuran untuk pembinaan sebuah kuil agama Hindu. Menurut salah seorang penduduk kampung yang ditemuramah, sebuah jentera tolak juga dilihat mencerobohi kawasan tersebut dan memulakan kerja-kerja penerokaan tanah yang terletak lebih kurang 200 m dari Dewan Masyarkat Kampung, dan juga kira-kira 10 m dari kawasan perkuburan orang asli tersebut. Perkampungan tersebut juga dilapor tidak disenaraikan di bawah Tanah Simpanan/Rizab Orang Asli.

Pulau Carey adalah salah satu destinasi yang dikenali sebagai kediaman masyarakat orang asli. Komuniti Mah Meri, yang juga turut terkenal dengan hasil kraftangan uniknya yang mengukirkan roh-roh nenek moyang mereka, serta perayaan 'Hari Moyang'.

Walaupun diketahui umum mengenai kewujudan mereka, orang asli Malaysia masih mengalami masalah seperti kurang berkemampuan dari segi politik, ekonomi dan status sosial. Kebanyakan mereka juga mengalami masalah untuk mendapat hak kekal ke atas tanah pusaka yang telah didiami sejak turun-temurun, serta hak ke atas sumber alam semulajadi. Kebanyakan komuniti orang asli juga telah

dipindahkan ke kawasan yang baru, disangkal hak-hak tradisi, serta ada juga yang dibiarkan tanpa penjagaan dan tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bekerjasama dengan komuniti-komuniti orang asli sejak 2 dekad lalu. Beberapa perjanjian peringkat antarabangsa telah dimeterai, dan adanya kemajuan yang boleh dibanggakan. Pemeteraian dokumen Special Rapporteur on the Rights of Indigenous Peoples, dan Expert Mechanism on the Rights of Indigenous Peoples, telah menetapkan tahap-tahap minimum untuk melindungi hak-hak, kewujudan, martabat serta kesejahteraan hidup komuniti-komuniti orang asli antarabangsa. Hak-hak mereka juga dilindungi oleh United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples, ILO Convention No.169 yang merangkumi peraturan seperti Indigenous and Tribal Peoples, the Voluntary Guidelines on the Responsible Governance of Tenure of Land, Fisheries and Forests in the context of National Food Security; serta beberapa perjanjian antarabangsa dan serantau yang lain – dengan satu tujuan iaitu untuk melindungi hak-hak orang asli.

Turut diperkenalkan ialah Artikel 8(j) dalam Konvensyen Biodiversiti yang menghuraikan perkara-perkara seperti pemeliharaan serta penyelenggaraan mengenai pengetahuan, inovasi dan kegiatan-kegiatan komuniti orang asli, di mana merangkumi aspek-aspek kehidupan tradisi mereka yang berkait rapat dengan pemeliharaan/pemuliharaan serta kemampanan biodiversiti. Artikel 8(j)

juga menyentuh mengenai kemajuan-kemajuan yang boleh dicapai daripada kegiatan-kegiatan tersebut dan seharusnya dikongsi oleh pihak-pihak yang terlibat.

Namun sedemikian, kenapakah orang asli Mah Meri di Pulau Carey masih mengalami situasi yang memalukan seperti perampasan tanah tanpa pengetahuan mereka? Pengambilalihan tanah oleh pihak-pihak swasta serta individu yang tidak bertanggungjawab tanpa perundingan dan persetujuan terlebih dahulu juga memberi tamparan hebat ke atas akta-akta tanah dan alam sekitar yang sedia ada. Langkah pertama yang seharusnya diambil untuk mengelakkan perkara yang sama daripada berulang adalah dengan melibatkan komuniti orang asli terbabit dalam mana-mana projek kemajuan. Dengan sedemikian, komuniti Mah Meri boleh menyuarakan hak-hak dan menetapkan kepentingan-kepentingan mereka.

Kekurangan informasi serta data-data berkaitan komuniti Mah Meri juga meletakkan mereka di situasi yang berbahaya, seperti penyekatan hak keadilan ke atas tanah pusaka, didiskriminasi oleh pihak-pihak politik, serta berkemungkinan didakwa dan dibawa ke muka pengadilan – hanya kerana komuniti terbabit mahu mempertahankan hak-hak mereka.

Prinsip-prinsip asas komuniti orang asli, serta persetujuan-persetujuan yang dicapai melalui perundangan, pentadbiran dan projek-projek kemajuan yang melibatkan kesemua tanah, kawasan, sumber daya semulajadi serta mata pencarian komuniti orang asli Malaysia WAJIB

diwartakan serta dilindungi. Hal-hal berkaitan juga adalah WAJIB dilaksanakan sebagai bukti asas bahawa negara ini masih ditadbir berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi. Setakat ini, kebanyakan kerajaan negara, agensi-agensi PBB, bank-bank, serta pihak-pihak swasta telah mengaplikasikan prinsip-prinsip berkaitan dalam garis panduan nasional, yang juga secara langsung mematuhi dasar-dasar United Nations Development Group (UNDG).

Justeru itu, International Finance Corporation (IFC) juga turut mengariskan panduan mengenai standard-standard prestasi berkaitan alam sekitar dan kemampanan sosioekonomi. Tiga perkara yang berkaitan dengan isu komuniti Mah Meri ini ialah Standard (5) mengenai pengelakan pengambilalihan tanah; Standard (7) perlindungan hak-hak asasi orang asli; dan Standard (8) pemeliharan tapak-tapak warisan. Malahan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA), dan Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment, SIA) secara telus dan bertanggungjawab WAJIB dilaksanakan dan dipatuhi sebelum mana-mana pihak berkuasa dibenarkan untuk meluluskan projek-projek kemajuan yang berkaitan.

Sekukuh manapun dasar-dasar serta garis-garis panduan untuk melindungi hak-hak asasi orang osli, sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia masih gagal untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan komuniti Mah Meri Pulau Carey dan keseluruhan orang asli Malaysia, ia hanya akan mencerminkan jatidiri rakyat yang masih belum merdeka. ##

Page 8: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 20148 FOKUS

Hikayat Bajet yang berduriPada suatu masa dahulu, terdapatnya sebuah negara kecil di kawasan tropika. Negara ini diperintah oleh seorang raja yang bernama Bijan. Bijan bukanlah seorang pemerintah yang bijak, tetapi dia mempunyai ramai penasihat hebat daripada IMF dan Bank Dunia, untuk memberi nasihat kepadanya tentang bagaimana membangunkan negaranya. Di negara Bijan, terdapatnya banyak pokok buah sedap yang tumbuh di sepanjang jalan menuju ke lapangan di mana rakyat bekerja dan juga sungai di mana rakyatnya menangkap ikan dan mandi-manda.

Orang-orang bijak dari Barat itu telah menasihati Bijan supaya menebang semua pokok buah, kemudian menanam pelbagai kaktus dan pokok yang berduri pada dahannya. Penasihat yang bijaksana itu memberitahu pada Bijan bahawa kaktus, tumbuhan menjalar dan pokok berduri itu akan mendatangkan faedah kepada negaranya dalam jangka masa yang panjang. Maka, walaupun rakyatnya mengadakan protes demi protes, Bijan masih terus tebang banyak pokok buah dan menggantikannya dengan kaktus dan pokok berduri, seperti yang dinasihati oleh orang bijak dari luar negara itu. Selepas itu, dahan pokok-pokok berduri telah bertumbuh ke dalam jalan yang digunakan oleh rakyat untuk aktiviti harian mereka. Ini telah menyebabkan pejalan kaki yang lalu di situ terkena calar dan luka. Rakyat yang mengalami kesusahan itu telah mengadu tentang kepahitan mereka, tetapi Bijan yang menurut nasihat orang bijak dari barat itu tetap berdegil untuk tidak memotong dahan-dahan berduri itu. Akhirnya, pada hari pembentangan belanjawan negara, Bijan mengumumkan kepada rakyatnya tentang bagaimana dia merancang untuk menggunakan cukai yang

dikutip oleh kerajaan daripada rakyat. Bijan membentangkan banyak rancangan untuk menangani kecederaan yang disebabkan oleh pokok berduri dan katus, misalnya kerajaan akan memberi ubat losyen secara percuma, menjual plaster pada harga diskaun, memberi pelepasan cukai ke atas semua ubat panadol, dan memberi tunai RM 1000 kepada sesiapa yang mati akibat daripada luka yang disebabkan oleh duri pokok. Adanya sesetengah orang yang telah berfikir dengan lebih mendalam tentang masalah itu, telah menunjukkan bahawa masalah utama adalah dahan-dahan berduri yang bertumbuh di atas jalan yang digunakan oleh rakyat setiap hari. Yang pastinya, pemangkasan dahan-dahan itu sepatutnya merupakan komponen yang penting dalam mana-mana usaha ikhlas untuk menangani kecederaan yang dialami oleh rakyat. Amat mengecewakan adalah, ucapan bajet Bijan langsung tidak menyentuh tentang memangkas dahan-dahan berduri, kerana semua penasihatnya yang bijak-bijak belaka itu membantah dengan sekeras-keranya langkah-langkah sedemikian.

Dalam 25 tahun yang lepas, negara Malaysia telah menggalakkan sektor swasta untuk mengambilalih pembekalan perkhidmatan asas – air, kesihatan, perumahan, pendidikan tinggi, pembuangan sisa, kerana orang-orang yang “bijak” daripada Bank Dunia dan IMF telah memberitahu pada kita bahawa sektor swasta adalah lebih baik dan lebih efisien sebagai pembekal untuk

semua barangan dan perkhidmatan yang diperlukan orang awam. Akibatnya, kos kehidupran di Malaysia telah melambung tinggi dan hutang isi rumah sekarang telah mencecah 225% daripada pendapatan isi rumah tahunan! Beribu-ribu kakitangan peringkat rendah di jabatan-jabatan kerajaan telah diberhentikan dan kemudiannya diupah semula sebagai pekerja untuk kontraktor swasta yang membekalkan perkhidmatan kepada kerajaan, seperti pengurusan kebersihan, keselamatan, perkebunan dan sebagainya. Ini telah menyebabkan kerja yang tiada jaminan, gaji yang tidak naik, kehilangan kemudahan seperti asrama pekerja, pinjaman perumahan, pencen usia tua dan faedah perubatan.

Bukankah dasar-dasar sebegini seperti “pokok berduri” yang disebut dalam perumpamaan di atas? Tiada apa-apa dalam Bajet 2015 yang mengubah rangka dasar neo-liberal yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, dalam sektor kesihatan, langkah seperti membina lebih Klinik 1Malaysia ada disebut. Tetapi masalah utama

dalam sektor perubatan adalah kekurangan pakar perubatan yang berpengalaman di dalam hospital kerajaan. Lebih daripada 75% pakar yang berpengalaman telah meninggalkan hospital kerajaan dan bekerja di hospital swasta yang menawarkan pendapatan yang lebih lumayan. Adalah senang sekali untuk “memangkas” pokok berduri ini, kerajaan hanya perlu membekukan

penambahan katil di hospital swasta. Tiada lagi hospital swasta yang baru, dan tiada lagi penambahan wad di hospital swasta yang sedia ada. Ini akan dapat menghalang penghijrahan pakar perubatan dan memberi peluang kepada hospital kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Namun, campurtangan kerajaan seperti ini tidak terdapat dalam Bajet. Lebih teruk lagi, kerajaan berhasrat untuk menanam lagi 2 batang “pokok berduri” – GST dan TPPA! Kerajaan kita terus menanam lebih dan lebih lagi pokok berduri, dan kemudiannya memberikan plaster dan gula-gula sebagai sagu hati kepada rakyat dalam pengumuman Bajet tahunan. Kemudiannya ada begitu ramai wartawan dan pemimpin politik terikut-ikut rentak untuk memujinya sebagai “bajet rakyat”. Pemimpin negara kita terus dapat melepaskan diri daripada kepalsuan ini tahun demi tahun. Berapa lama lagi kita akan terus kekal naif dan mudah ditipu?

(oleh Jeyakumar Devaraj)

BAJET 2015:82% belanja pengurusanHanya 18% untuk pembangunan

Satu pengamatan jelas daripada pembentangan bajet tahun 2015 oleh Najib Razak ialah, kerajaan BN membelanjakan sebanyak RM 223.4billion (82%) untuk pengurusan dan hanya RM 50.5 billion (18%) diperuntukkan untuk pembangunan.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, bajet sedemikian mengungkitkan pelbagai persoalan kenapakah begitu besarnya belanja untuk mengurus Putrajaya ini? Dengan peningkatan kos hidup rakyat, pemimpin BN asyik menyeru rakyat untuk berbelanja secara berhemah dan mengikat perut, tetapi sebaliknya perbelanjaan sektor pengurusan kerajaan bertambah besar!

Adakah Kerajaan Najib ini benar-benar mendengar nasihat Laporan Audit Negara yang hampir setiap tahun mengutarakan pembaziran dalam sistem perolehan Kerajaan?

Apakah langkah yang diambil untuk menyekat pembaziran ini?

Apakah rasionalnya untuk menyeksa rakyat dengan cukai GST atas alasan menambahkan pendapatan negara jika perbelanjaan yang boros ini tidak dikawal? Najib sendiri mengakui bahawa negara akan kehilangan RM 13.8 biilion apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dipratikkan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan GST .

Walaupun GST dianggarkan akan membawa pendapatan sebanyak RM 23.8 billion, tetapi apabila ianya ditolak dengan kehilangan cukai SST sebanyak RM 13.8 billion, tolak lagi RM 3.8 billion barangan yang dikecualikan GST dan RM 4.9 billion untuk bantuan BR1M yang akan diberikan, maka pendapatan bersih yang mungkin akan diperolehi hanya RM 690 juta sahaja!

Adakah segala usaha melaksanakan GST dan membebankan rakyat ini

hanya untuk memperolehi pendapatan bersih RM 690 juta sahaja?! Jika hanya 10% penjimatan boleh dibuat kepada perbelanjaan pengurusan RM 223.4 billion, kerajaan sudah boleh memperolehi pendapatan tambahan RM 22 billion!

Bagaimana pula dengan aliran wang haram keluar dari negara. Malaysia berada di tangga keempat negara yang paling tinggi pengaliran wang haram. Kajian Global Financial Integrity menunjukkan bahawa sebanyak USD 370 billion (bersamaan RM 1.21 trillion) telah mengalir keluar dari negara kita secara haram dari tahun 2002 hingga 2011. Wang haram ini adalah hasil daripada operasi perjudian haram, rasuah, manipulasi cukai pendapatan/perniagaan, aktiviti jenayah dan lain-lain lagi. Oleh kerana sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang lemah, sejumlah wang tersebut yang sepatutnya boleh dicukai terlepas

daripada hasil pendapatan negara.

Oleh yang demikian, kerajaan pimpinan Najib harus melihat pada diri mereka sendiri

sebelum mengimplementasi dasar ekonomi atau sistem percukaian yang baru, kerana pembaziran dan perbelanjaan yang boros berpusat di Putrajaya itu sendiri. Najib telah memecahkan rekod dengan melantik sebuah kabinet yang paling besar yang terdiri daripada seramai 35 orang ! Ini hanya Menteri dan Timbalan Menteri, bagaimana pula dengan staf sokongan kepada setiap Menteri dan Timbalan Menterinya!

Siapakah yang akan menilai tugas sebenar setiap portfolio tersebut untuk menentukan sama ada ianya perlu atau tidak? Minda dan tatacara pemerintahan UMNO-Barisan Nasional menuju ke jalan yang tidak boleh diperbaiki lagi. Jentera kerajaan pimpinan Najib tidak boleh dibaikpulih lagi, malah ianya harus di tukar sepenuhnya.

(oleh A. Sivarajan)

Page 9: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 2014 9FOKUS

Bajet yang sesat jalan

Apabila rumah menjadi sumber keuntungan pemaju…

Ambil perumahan sebagai satu contoh. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, beribu-ribu keluarga miskin dari kawasan luar bandar datang ke bandar untuk mencari kerja. Oleh kerana mereka tidak dapat membeli rumah di taman perumahan, mereka membina rumah mereka sendiri di tanah lapang. Mereka tidak berhutang dengan bank. Mereka bina rumah mereka sendiri dengan bantuan kawan dan saudara mara dan dapat hidup selesa. Sekarang mana ada tanah lapang yang boleh dipakai sebegini? Semua telah diberi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri atau State Secretariat Incorporated atau MB Incorporated yang buat usahasama (joint venture) dengan syarikat pemaju swasta. Tanah kerajaan tidak dipakai untuk menurunkan harga rumah, tetapi diniagakan supaya syarikat kerajaan dapat durian runtuh. Siapa yang menanggung semua ini? Elit politik dan pemaju besar jadi kaya raya. Sementara itu, harga rumah melambung tinggi. Rakyat biasa dibebankan dengan hutang bank. Ada 2 cara kita boleh menangani masalah peningkatan harga rumah

akibat perniagaan dalam satu keperluan asas rakyat. Pertama, kita sedar tentang hakikat ini dan mengeluarkan perumahan daripada pasaran dan elakkanya daripada diperniagakan. Kita boleh memakai tanah kerajaan untuk membina rumah dan bekalkannya kepada rakyat kita yang tidak ada rumah sendiri dengan kos pembinaan sahaja. Tanpa untung dan spekulasi. Ini cara yang terbaik. Tetapi ini bukan kaedah yang terkandung dalam Bajet.

Ataupun cara kedua, kita boleh menafikan kebenaran dan teruskan perniagaan dalam perumahan. Kita beri bantuan token. Macam PR1MA. Harga rumah RM 200,000 hingga RM 450,000. Menteri Perumahan telah berkata bahawa 1.7 juta keluarga di Malaysia tidak memiliki rumah. Majoriti antara mereka berpendapatan di bawah RM 4200. Mana mereka boleh membeli rumah berharga RM 200,000? Tambahan lagi bekalan rumah PPR adalah begitu sedikit. Di Sg Siput, sudah 20 tahun tiada skim PPR walaupun ada beberapa ratus keluarga yang memerlukan rumah.

Punca masalah di mana keperluan asas diperniagakan langsung tidak diambilkira dalam Bajet. Inilah sebabnya saya rasa kecewa dengan Bajet ini.

(Berikut adalah petikan ucapan pengulasan ke atas Bajet 2015, oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput merangkap AJK Pusat PSM, pada 28 Oktober yang lalu. )

Saya nampak daripada dokumen-dokumen Kementerian Kewangan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Kewangan telah mengambil banyak masa untuk menyediakan belanjawan ini. Saya hargai usaha mereka. Tetapi saya tidak selesa dengan pendekatan yang dipakai oleh mereka untuk menyediakan belanjawan ini.

Bajet berasaskan ekonomi neo-liberal

Bajet ini didasarkan pada konsep bahawa apa yang baik untuk kaum korporat adalah baik untuk negara kita (“What is good for business is good for Malaysia”). Oleh itu, Bajet 2015 ini meneruskan hala tuju negara kita ke arah ekonomi yang neoliberal. Masalah dengan pendekatan neoliberal adalah, walaupun ia boleh membawa perkembangan keluaran kasar dalam negara ataupun GDP yang pesat, pendekatan ini menyusahkan 50% rakyat yang berpendapatan rendah. Di Malaysia, 50% daripada keluarga kita dapat

pendapatan bulanan yang kurang daripada RM 4200 sebulan. Mereka akan hadapi masalah ekonomi. Nampaknya penggubal Bajet 2015 ini tidak sedar bahawa strategi pertama dalam bajet ini iaitu “memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi” jika dilaksanakan atas prinsip neo-liberal akan bercanggah dengan strategi ke-7, iaitu “mensejahterakan rakyat”. Perancang ekonomi kita telah terima hujah-hujah pakar neoliberal daripada Bank Dunia dan IMF secara menyeluruh. Kita sudah menelan pendekatan neoliberal “Hook Line and Sinker”. Ini yang amat bimbangkan pada saya.

Adakah rakyat kita hidup dengan lebih baik? Pada tahun 1970, GDP negara Malaysia hanya RM 10.7 bilion dalam nilai mata wang pada takat itu. Sekarang GDP Malaysia adalah 1 trillion, iaitu satu ribu billion. 93 kali lebih besar daripada GDP pada tahun 1970. Nilai ringgit pada 1970 berbeza daripada nilai wang sekarang. Mengikut statistik Bank Dunia, harga barang telah naik 467% antara 1970 dan 2014. Dan jika kita mahu hitung kenaikan pendapatan per kapita, kita harus mengambilikira penambahan dalam jumlah rakyat Malaysia. 9.4 juta pada tahun 1970 berbanding 29 juta sekarang – 3.082 kali lebih besar sekarang. Oleh itu, kita harus bahagi angka 93 dengan 4.7 dan selepas itu dengan 3.1, dan kita dapati bahawa pendapatan per kapita Malaysia sekarang telah naik 6 kali ganda berbanding pendapatan per kapita pada tahun 1970. Tetapi adakah rakyat kita hidup

dengan 6 kali lebih selesa berbanding 1970? Sudah tentu tidak. Izinkan saya berkongsi realiti di Sg Siput. Beratus-ratus pekebun kecil getah merana kerana harga getah beku telah jatuh ke bawah RM 1.80 sekilo. Mereka yang menoreh kebun milik orang lain dengan kaedah “bagi dua” lebih susah lagi. Ada beratus-ratus keluarga di Sg Siput yang tidak mempunyai rumah dan menduduki rumah papan atas tanah orang lain (ground tenant). Mereka hadapi risiko diusir keluar apabila pembangunan sampai ke kawasan mereka. Ada berpuluh-puluh ibu tunggal yang tidak dapat membiayai keperluan asas anak-anak mereka kerana gaji mereka rendah – hanya RM 400 ke RM 500 sebulan, dan bantuan kebajikan yang maksimum hanya RM 450. Pendapatan mereka tidak mencukupi untuk bayar sewa rumah, bil air dan elektrik, membeli makanan dan hantar anak-anak mereka ke sekolah.

Negara kaya, rakyat susah

Saya percaya ini tidak berlaku hanya di Sg Siput. Kita ada lebih kurang 400,000 pekebun getah kecil di Malaysia. Mereka ditekan dengan harga getah rendah yang berlarutan. Kita juga ada 850,000 keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal. Mereka ini tidak dapat membesarkan anak mereka dengan sempurna. Pemakanan dan pelajaran anak-anak mereka terjejas dan kitaran kemiskinan disambung dari satu generasi ke generasi baru. 29% daripada keluarga-keluarga di Malaysia berpendapatan bulanan sekeluarga di bawah RM 3000. Mereka dalam keadaan susah. Mereka tidak dapat memenuhi keperluan asas kanak-kanak mereka. Di kawasan bandar, mereka terpaksa menginap di rumah pangsa yang sempit dan kotor. Mereka terpaksa kerja lebih masa. Mana ada masa untuk bersama dan interaksi dengan anak-anak mereka. Inilah sebab utama terjadinya masalah sosial di bandar-bandar kita. Graduan universiti pun mengalami tekanan kewangan. Mereka

dibebankan dengan pinjaman PTPTN antara RM 25,000 hingga RM100,000. Harga rumah telah melambung tinggi. Orang graduan pun tidak dapat membeli rumah mereka sendiri. Inilah situasi kita di Malaysia. GDP telah berlipat ganda dalam 44 tahun yang lalu. 20 kali lebih besar dalam nilai ringgit sebenar. Pendapatan per kapita juga naik 6 kali dalam nilai sebenar. Tetapi walaupun negara kaya, kebanyakan rakyat tidak dapat hidup selesa. Gaji hanya merupakan 33% daripada pendapatan negara. Hutang isi rumah adalah 85% daripada GDP. Jika dibanding dengan pendapatan isi rumah dalam satu tahun, hutang isi rumah telah mencecah 215%. Ramai yang hadapi masalah tekanan ekonomi walaupun negara kaya. Untuk mengendalikan masalah ini, adalah penting kita memahaminya. Punca utama adalah kenaikan kos barangan keperluan asas lebih hebat daripada kenaikan dalam pendapatan rakyat biasa. Dalam 30 tahun yang lalu, banyak keperluan asas diperniagakan. Dijadikan bisnes, mengikut syor pakar neoliberal daripada Bank Dunia dan IMF.

Apabila kesihatan diniagakan…

Satu lagi contoh adalah kos rawatan perubatan. Pada masa ini, ramai orang berpendapatan rendah pergi ke hospital swasta kerana mereka takut pergi ke hospital kerajaan. Mereka risau penyakit mereka tidak dikesan dengan betul dan mereka mungkin diberi rawatan yang salah. Persepsi ini timbul kerana tidak ada cukup pakar di hospital kerajaan. Pada masa ini, 80% daripada pakar perubatan di Malaysia sedang berkhidmat di hospital swasta. Oleh itu, tiada cukup pakar perubatan di hospital kerajaan untuk memantau rawatan yang diberi oleh doktor-doktor yang muda dan kurang pengalaman. Apakah langkah dalam Bajet untuk menangani masalah ini? Langsung tiada langkah untuk mengawal penghijrahan doktor pakar keluar dari hospital kerajaan. Ada idea ingin membuka beberapa puluh Klinik 1Malaysia, tetapi masalah utama kesihatan yang dihadapi oleh rakyat adalah kos rawatan di hospital yang

tinggi. Masalah ini senang dikendalikan. Kita harus membekukan perkembangan hospital swasta. Jangan izinkan hospital swasta baru dan juga jangan benarkan hospital swasta yang sedia ada untuk menambahkan jumlah katil. Jika pendekatan seperti ini diambil, penghijrahan doktor pakar ke sektor swasta akan dilambatkan, dan kualiti rawatan dalam hospital kerajaan dapat dipulih balik. Tetapi kerajaan kita mahu memperkembangkan Pelancongan Kesihatan. Ini sudah dijadikan satu sasaran ekonomi kita selaras dengan ajaran Bank Dunia dan IMF bahawa semua barangan dan perkhidmatan harus diniagakan.

Kita sudah Merdeka 57 tahun. Tetapi minda pemimpin kerajaan kita masih dijajah oleh orang putih daripada World Bank dan IMF yang menekankan pendekatan neo-liberal.

(sambung di m/s10)

Page 10: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 201410 ISU PEKERJA

Kilang proses sampah layan pekerja macam sampah

5 bulan tak bayar gaji

Adalah amat sedih apabila kaum pekerja yang menguruskan sampah harian kita, iaitu antara kerja yang begitu kotor dengan kondisi kerja yang menjijikkan, kini pula dihukum dengan tidak dibayar gaji untuk 5 bulan!

Pada 14 Oktober yang lalu, lebih 100 orang pekerja, termasuk pekerja tempatan dan pekerja migran dari Bangladesh dan Indonesia, berdiri bersama dengan kain rentang dan perasaan yang amat kecewa di hadapan kilang Recycle Energy Sdn Bhd yang terletak di Jalan Kacau, Kampung Pasir, Semenyih…

“Kami tidak dibayar gaji dari bulan Mei 2014 hingga sekarang, pekerja nak makan pasir kah?”, “Bagaimana kami nak raya?” ,“Kereta saya hampir kena tarik kerana tak bayar pinjaman!” – keluhan-keluhan ini meningkatkan lagi kemarahan pekerja terhadap majikan Recycle Energy Sdn Bhd.

Kesemua 167 pekerja tidak dibayar gaji sejak bulan Mei 2014 lagi. Yang lebih teruk adalah caruman KWSP dan PERKESO dipotong daripada gaji mereka tetapi tidak dicarumkan dalam tabung KWSP untuk selama satu

tahun. Begitu juga dengan bayaran kerja lebih masa (OT) yang tidak dibayar untuk lebih setahun. Ini adalah rompakan siang hari di mana titik peluh kaum pekerja bukan sahaja tidak dibayar, malah dicuri daripada mereka.

Pelbagai persoalan pastinya berlegar dalam minda kita apabila melihat keadaan begini. Bagaimana para pekerja dan keluarga mereka makan untuk 5 bulan ini? Siapa yang tanggung kos pelajaran anak-anak mereka? Bagaimana mereka selesaikan bayaran-bayaran lain seperti sewa rumah, hutang kenderaan dan lain-lain?

Bagi kaum majikan, biasanya jika satu perniagaan tumpas, mereka akan tutup dan buat perniagaan lain. Pengurusan kilang ini memang lalai kerana kilang ini ditutup akibat daripada masalah pencemaran alam sekitar dan isu-isu pengurusan, tetapi bukannya kerana tiada bisnes.

Isu ini telahpun dibawa kepada perhatian Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Bangi pada bulan Julai yang lalu. Kes difailkan dan seperti dijangka, pekerja menang di Mahkamah Buruh. Keputusan mahkamah berpihak kepada pekerja dan majikan perlu bayar kesemua tunggakan gaji sebelum 17 September 2014. Namun kemenangan pekerja adalah kemenangan kertas kosong sahaja.

Mereka menang tetapi tidak dapat apa-apa duit. Keputusan mahkamah tidak dihormati oleh pihak majikan. Adakah majikan akan dihukum kerana langgar keputusan mahkamah? Biasanya majikan akan melepaskan perniagaan yang tidak beruntung dan membenarkan bangunan ini disita. Yang menjadi mangsa adalah kaum pekerja. Majikan tidak akan dipenjara.

Pegawai JTK Bangi telah hadir ke tempat piket dan meminta pekerja sabar dan teruskan tindakan mahkamah untuk isytiharkan kilang bankrap. Adakah pegawai JTK boleh memberi jaminan bahawa pekerja akan dibayar gaji jika keadaan itu wujud?

Mengikut undang-undang syarikat di negara kita, selepas syarikat diisytiharkan bankrap, aset kilang akan jual. Jumlah wang yang diperolehi akan digunakan untuk selesaikan hutang-hutang syarikat dan pembayaran gaji pekerja adalah sebahagian daripada senarai tersebut. Hampir 99% pekerja akan jadi mangsa dan kekal tangan kosong. Maka undang-undang syarikat tidak membantu kaum pekerja. Ia hanyalah sandiwara sistem perundangan yang pro-majikan.

Situasi ini menjadi norma di Malaysia. Syarikat ini bukannya syarikat pertama dan bukan juga syarikat terakhir. Sejak 15 tahun lalu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mula berhadapan dengan kes-kes sebegini, dan kami telahpun mengutarakan

kepada kerajaan untuk membentuk satu tabung pemberhentian kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Fungsi tabung ini sama seperti KWSP dan PERKESO. Pekerja dan majikan boleh menyumbang kepada tabung ini dan duit ini boleh digunakan untuk membayar kepada pekerja untuk beberapa bulan apabila berlakunya kilang bankrap atau majikan larikan diri.

Yang dicadangkan dahulu adalah kaum pekerja hanya perlu bayar antara 50 sen sehingga RM 1 sebulan. Namun, cadangan ini tidak disokong oleh kaum majikan dan kerajaan pula tiada kewibawaan politik untuk melaksanakannya. Sehingga sekarang, tuntutan ini tidak dipandang serius oleh kerajaan. Dalam Bajet 2015, Perdana Menteri mengumumkan untuk membuat penambahbaikan Akta Buruh 1955, bolehkah kita harapkan bahawa tabung pemberhentian pekerja akan dipertimbangkan atau pekerja akan terus dizalimi oleh kaum majikan?

Sehingga hari ini, pekerja-pekerja Recycle Energy Sdn Bhd masih “punch card” ataupun hadir kerja setiap hari, dengan harapan mereka akan mendapat gaji tunggakan mereka. Tetapi realitinya adalah, hanya kuasa pekerja yang berani berjuang sahaja mampu menyelesaikan isu mereka, dan bukan undang-undang yang lemah dan tidak pro-pekerja di bawah kerajaan kapitalis ini!

(oleh M.Sivaranjani)

(sambung dari m/s 9)

Semangat Bandung dilupakan Apabila kita imbas kembali 59 tahun dahulu, semasa Persidangan berlangsung pada Disember 1955 di Bandung, Indonesia. Pemimpin negara Dunia Ketiga telah berkumpul dan berkongsi visi mereka untuk masa hadapan negara-negara mereka:- Merdeka yang tulen- Pembangunan ekonomi yang manfaatkan rakyat- Pengagihan kekayaan negara secara yang adil. Memang usaha ini telah gagal. Ada 3 sebab utama untuk kegagalan usaha murni ini. Satu adalah kemiskinan negara-negara yang sedang membangun pada takat itu. Selepas dijajah dan dieksploitasi untuk beberapa abad, mereka tiada modal yang cukupi. Meraka tidak mempunyai teknologi dan pengetahuan ini.

Sebab kedua yang menyebabkan kegagalan visi Bandung adalah kelemahan dalam amalan demokrasi. Negara-negara baru keluar daripada masyarakat feudal, dan amalan demokrasi belum lagi matang pada takat itu. Oleh itu, tiada check and balance yang mencukupi. Dan tanpa ini pemimpin baik juga boleh jadi

korup. Sebab ketiga adalah usaha sabotaj oleh Amerika Syarikat dan Britain, misalnya Mossadeq di Iran digulingkan oleh CIA selepas beliau memiliknegarakan Anglo Iranian Oil Company. Gamal Abdel Nasser menghadapi serangan tentera Britain, Perancis dan Israel pada tahun 1956 selepas memiliknegarakan Terusan Suez. Manakala Sukarno digulingkan dalam rampasan kuasa yang didukung oleh CIA pada tahun 1965. Sekarang, sudah 59 tahun selepas Bandung. Negara-negara Dunia Ketiga sudah memperolehi kapasiti fisikal – pengetahuan perusahaan, teknologi, pengetahuan dan infrastruktur. Malangnya pemimpin kita telah hilang visi yang disuarakan oleh bapa-bapa merdeka di Bandung. Minda pemimpin negara kita telah dijajah oleh pihak Barat dan dipenuhi dengan kepercayaan neoliberal. Oleh itu, kita masih ditakluki oleh syarikat-syarikat terbesar di dunia dan pemimpin kita menari mengikut rentak mereka.

Bagaimana boleh mensejahterakan rakyat? Punca utama untuk masalah tekanan ekonomi yang dirasai oleh orang

ramai adalah pengagihan kekayaan negara yang berat sebelah. Pada takat ini:- 60% daripada pendapatan negara pergi kepada syarikat-syarikat besar.- 70% daripada pendapatan pergi kepada 20% rakyat yang terkaya. - hanya 30% daripada pendapatan negara dinikmati oleh 80% rakyat bawahan. Ada dua cara kita boleh mengagihkan pendapatan negara secara yang lebih saksama. Satu, kita boleh menaikkan gaji pekerja kita. Tetapi ini mempunyai batasannya. Jika kita naikkan gaji terlalu tinggi, ini akan menjejas prestasi ekonomi kita dengan menjejaskan daya saing negara kita di arena antarabangsa.

Kaedah kedua untuk mengagihkan kekayaan negara kita secara yang lebih adil adalah menghentikan perniagaan dalam perkhidmatan asas dan membekalkan kemudahan asas dengan harga yang murah, umpamanya: - Rumah pertama dengan kos pembinaan sahaja.- Meningkatkan kualiti rawatan di hospital awam.- Pendidikan percuma sampai ke tahap universiti.- Pencen warga tua untuk semua rakyat yang mencecah umur 65 tahun.

Kaedah kedua ini tidak akan menjejas daya saing ekonomi kita. Malah ia akan memperkembangkan pasaran dalam negeri, kerana duit yang dipakai untuk beli rumah dan bayar PTPTN sekarang boleh digunakan untuk membeli barangan daripada peniaga. Dan kita ada lebih kurang 2 juta peniaga kecil yang bergantung pada pasaran domestik. Tetapi kaedah kedua ini bercanggah dengan teori neoliberal yang berpegang pada kepercayaan bahawa lebih baik jika semua barangan dan perkhidmatan dibekalkan oleh sektor swasta. Kita kena tolak pendekatan neoliberal jika kita betul-betul mahu mencapai Strategi 7 dalam Bajet ini, iaitu mensejahterakan rakyat kita. Malangnya, saya tak nampak kesedaran ini dalam Bajet ini Saya ingin akhiri ucapan dengan syor kepada perancang ekonomi kita di EPU dan Kementerian Kewangan:- Tolong rujuk balik kepada ucapan-ucapan tokoh-tokoh kemerdekaan pada dekad 1950-an dan 1960-an. Bacalah apa yang diucap oleh Sukarno, Jawarhal Nehru, Mossadeq, Gamal Abdel Naser, dan Nkrumah. Renunglah kembali, adakah kita dah sesat jalan dalam membina negara yang betul-betul merdeka daripada kuasa barat? ##

Page 11: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 2014 11KISAH PERJUANGAN

Wilson Parking: Majikan Antarabangsa, Penswastaan & Kesatuan Sekerja Kuning

cerita asal oleh Letchimi Deviditulis semula oleh S. Arutchelvan

Mahathir dan Penswastaan

Kisah perjuangan ini berlaku pada tahun 1986, sudah lebih suku abad yang lalu. Kisah perjuangan ini berlaku pada masa yang sama dengan zaman ekonomi neoliberal mula bertapak di negara kita pada awal tahun 1980-an. Ia adalah satu dasar yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir yang mengambil alih pemerintahan UMNO-Barisan Nasional pada tahun 1981.

“Penswastaan” menjadi hukum asas pentadbiran Mahathir, sehingga semua sektor kerajaan didakwa sebagai tidak berkesan, pekerja-pekerjanya malas dan tidak mendatangkan keuntungan. Penswastaan adalah jawapan kepada semua masalah, menurut propaganda pentadbiran Mahathir.

Kita sering dengar bagaimana Telekom, TNB, Lebuhraya diswastakan pada zaman Dr. Mahathir. Penswastaan yang kurang dihebohkan adalah perkhidmatan parkir (tempat letak kereta). Kesan dasar neo-liberal kapitalis yang dibawa oleh Reagan-Thatcher di peringkat antarabangsa dan didokong oleh Dr. Mahathir di Malaysia terus mencengkam kehidupan rakyat negara kita sejak bermula pemerintahannya.

Perkhidmatan parkir kereta pada awalnya di bawah penguatkuasaan Kerajaan Tempatan (semasa zaman adanya pilihanraya majlis tempatan pada tahun 1957-1964), kemudian bertukar tangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (yang tidak dipilih oleh rakyat), dan akhirnya diswastakan. Wilson Parking adalah syarikat swasta pertama yang meneroka bidang perkhidmatan parkir. Ia adalah sebuah syarikat milik Australia dengan usahasama UMNO (pelaburan). Syarikat tersebut menguruskan 40 buah tempat letak kereta di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. V.Selvam masuk bekerja di Wilson Parking

Kisah ini diceritakan oleh V.Selvam, yang sekarang ini merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat PSM. Pada masa itu, Selvam masih berusia 26 tahun. Beliau masuk kerja pada Jun 1986 sebagai penyelia (supervisor) dan selepas seminggu dinaikkan pangkat menjadi Pembantu Operasi (Operations Assistant @ OA). Pejabatnya berpusat di Kompleks Campbell (bersebelahan dengan Balai Polis Dangi Wangi). Selvam menguruskan 8 tempat letak kereta di kawasan PJ dan KL. Semasa kerja di sana, beliau berpeluang untuk lawat dan berinteraksi dengan pekerja-pekerja, iaitu lebih kurang 38 operator

parkir kereta dan 12 orang penyelia.

Kebanyakan pekerja adalah remaja lepasan SPM dan gaji mereka terlalu rendah. Layanan terhadap mereka juga sangat teruk, tiada jaminan kerja dan mereka boleh kehilangan kerja bila-bila masa sahaja. Peraturan kerja terlalu ketat dan menindas. Pemecatan kerja kerana tidak mematuhi peraturan tempat kerja, menjadi suatu perkara biasa, di mana sekurang-kurangnya 2 orang hilang kerja dalam seminggu. Pada masa itu, ada seorang pengurus besar (General Manager) yang selalu membawa satu beg bimbit dan dalam itu hanya ada “warning letter” (surat amaran). Antara contoh kesalahan yang ditulis dalam surat amaran adalah pekerja gagal mengucap selamat pagi!

Membentuk Kesatuan Sekerja Inilah yang menjadi punca kenapa ramai pekerja berasa amat marah dan tidak puas hati. Pekerja terpaksa bersatu dan mula memikirkan tentang penyelesaian kepada penindasan ini. Sebelum itu, pekerja-pekerja pernah sekali cuba menubuhkan kesatuan sekerja (pada tahun 1984/1985), tetapi pihak majikan telah berjaya menghancurkannya (union busting) dan ramai pemimpin pekerja telah dibuang kerja. Perjuangan untuk menubuhkan kesatuan sekerja telah disambung semula pada tahun 1986. Memandangkan Selvam dalam kategori pihak pengurusan, beliau tidak boleh melibatkan diri dengan kesatuan sekerja secara langsung tetapi telah menawarkan diri untuk membantu mereka. Penglibatan Selvam pada masa itu seiring dengan kewujudan Biro Buruh INSAN (Institut Analisa Sosial) di bawah pimpinan Dr. Nasir Hashim, Dr. Jomo Kwame Sundram dan Dr. P. Ramasamy (sekarang Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang). Sebenarnya, usaha pertama menubuhkan kesatuan adalah di bawah bimbingan Jomo dan sepupu beliau Gopi yang juga merupakan

seorang penyelia di Wilson Parking. Penglibatan Selvam dan Biro Buruh INSAN dalam mengatur pekerja dan menubuhkan kesatuan telah mempercepatkan proses menganggotai National Union of Commercial Workers di bawah pimpinan M.M. Vasagam, iaitu

Setiausaha Agung pada masa itu. Permohonan untuk pengiktirafan kesatuan telah dihantar pada bulan Ogos 1986. Pihak majikan dapat merasakan kewujudan satu gerakan pekerja yang sedang berkembang tetapi mereka terlambat kerana kesatuan sudahpun memasukkan tuntuan untuk pengiktirafan. Pemangsaan dan Kesatuan Kebangsaan yang kaki Jilat Andaikata pihak majikan sedar lebih

awal akan usaha pembentukan kesatuan sekerja di Wilson Parking, pasti mereka sudah menghancurkannya. Memandangkan mereka terlambat, pihak pengurusan syarikat terpaksa mengiktiraf Kesatuan Sekerja Wilson Parking kerana 95% pekerja telah menjadi ahli kesatuan sekerja tersebut. Namun begitu, majikan mula memangsakan pekerja selepas isu pengktirafan, dan Selvam menjadi pekerja pertama yang dibuang kerja. Tetapi majikan gagal memberi alasan munasabah, maka pembuangan kerja Selvam telah dibatalkan, sebaliknya tempoh percubaan (probationary) ditambah untuk 3 bulan lagi. Malangnya, Kesatuan Sekerja Nasional pula mengkhianati pekerja Wilson parking. Tindakan Kesatuan Sekerja Nasional amat menyedihkan. Selepas pengiktirafan kesatuan pekerja Wilson Parking, Kesatuan Sekerja Nasional dan majikan Wilson Parking mula menjalin hubungan yang intim. Mereka telah bersama-sama dalam mengenalpasti ketua-ketua gerakan pekerja untuk disingkirkan. Sekali lagi, Selvam dijadikan sasaran pertama dan ini diikuti dengan 20 orang pemimpin kesatuan tempatan yang lain. Kesatuan Nasional dengan nada seiring dengan pihak majikan telah melucutkan keahlian pimpinan utama pekerja. Tindakan ini menyebabkan pemimpin-pemimpin pekerja sekaligus hilang segala perlindungan yang boleh dinikmati sebagai seorang ahli kesatuan kekerja. Angkara Kesatuan Nasional mengkhianati pemimpin pekerja ini telah menyebabkan pemimpin-pemimpin pekerja terdedah kepada pemangsaan majikan dan akhirnya dibuang kerja. Inilah modus operandi syarikat Australia yang bersekongkol dengan UMNO, dan Kesatuan Sekerja Nasional pula berjinak dengan kaum majikan.

Selvam dibuang kerja apabila tempoh percubaan kali kedua berakhir, iaitu pada bulan November 1986.

Ketua gerakan pekerja Wilson Parking dikenalpasti dan dibuang kerja satu per satu. Pada awalnya, semasa Kesatuan Sekerja mendapat pengiktirafan, salah seorang mangsa, Gopi dan pasukan pekerjanya telah dibuang kerja tetapi kerja mereka dipulihkan selepas campurtangan Jabatan Perhubungan Perusahaan (IRD). Walaupun mereka kembali sebagai pekerja, tetapi Kesatuan Sekerja Nasional tidak menyokong tuntutan mereka untuk melawan majikan mereka yang menghancurkan kesatuan sekerja. Mogok dan Penangkapan Polis

Pekerja-pekerja Wilson Parking tidak berputus asa. Walaupun tiada sokongan, para pekerja telah memulakan mogok secara spontan. Mogok ini telah melibatkan 40 buah tempat letak kereta dan mereka semua berkumpul di Ampang Park. Pada hari ketiga, majikan membuang kerja semua yang terlibat dalam apa

yang dikatakan sebagai mogok haram. Mogok ini mendapat sokongan orang ramai dan dapat bertahan untuk 2 minggu. Piket dan mogok dijalankan secara terus. Kesemua pekerja yang terlibat dalam piket akhirnya ditahan polis, iaitu lebih kurang 100 orang pekerja. Semasa membuat tangkapan, polis membawa masuk black-maria. Pekerja langsung tidak gentar apabila mereka dimasukkan dalam lori hitam polis itu. Pada masa itu, 5 orang pekerja yang berada dalam tandas semasa tangkapan berlaku, telah lari mengejar lori polis supaya mereka turut ditahan. Antara mereka adalah pekerja wanita. Begitu kuat sekali solidariti kaum pekerja pada masa itu. Pekerja wanita ini juga turut memainkan peranan luar biasa dalam Kesatuan Sekerja. Selvam menceritakan bagaimana seorang pekerja wanita, Azalina dalam satu mesyuarat dengan Kesatuan Nasional, terpaksa lompat ke atas meja untuk membidas sikap Kesatuan Nasional yang menjadi pengampu kaum Kapitalis. Konflik begitu ketara antara pekerja yang berjuang dengan Kesatuan Nasional yang menjadi kaki ampu dan perosak gerakan pekerja pada masa itu.

Kesudahan Setahun selepas mogok, Selvam berjumpa dengan Samsiah, salah seorang pekerja yang terselamat daripada dibuang kerja kerana cuti perkahwinan semasa mogok berlaku. Beliau menceritakan bagaimana akhirnya satu Perjanjian Bersama telah ditandatangani dan kini para pekerja mendapat layanan dan kebajikan yang sedikit lebih baik. Jika mereka tidak melawan, itu pun mereka tidak akan dapat. Perjuangan ini menceritakan bagaimana sistem kapitalisme neo-liberal meresap sehingga membawa kapitalis antarabangsa dan menjajah pekerjaaan yang dulunya di bawah kawalan awam. Ia juga menceritakan bagaimana Kesatuan Sekerja Nasional yang menjadi Kesatuan Warna Kuning (kesatuan sekerja yang pro-majikan), sebagai kaki penjilat atau kaki ampu majikan yang digunakan untuk memecahkan kesatuan dari dalam. Kaum pekerja dan kesatuan sekerja yang sejati hanya mempunyai satu matlamat sahaja – upah yang munasabah dan adil. Kaum Kapitalis dan Kesatuan Kuning hanya memikirkan keuntungan. Polis dan pemerintah bersama mereka untuk memastikan keuntungan kapitalis tidak terjejas. Bagi kaum pekerja, hanya solidariti dan semangat lawan yang dapat membebaskan mereka daripada rantai penindasan. ##

Page 12: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 201412 ANTARABANGSA

Hong Kong: Revolusi PayungGerakan perjuangan rakyat menuntut demokrasi di Hong Kong telah memasuki peringkat baru, apabila puluhan ribu rakyat Hong Kong mengadakan aksi “Occupy” dengan menduduki jalanraya untuk berminggu-minggu lamanya. Walaupun menghadapi kekerasan daripada pihak berkuasa dan juga ancaman samseng-samseng upahan, rakyat Hong Kong masih bertahan untuk menuntut demokrasi sejati dan keadilan sosial.

Latar belakang sejarah: Dari jajahan British ke Wilayah Pentadbiran KhasHong Kong pernah dijajah oleh kuasa British dari kurun ke-19 hingga ke tahun 1997. Apabila Hong Kong diambilalih oleh kerajaan British selepas Perang Candu pada tahun 1840-an, rakyat Hong Kong tidak pernah menikmati hak demokratik untuk menentukan nasib mereka sendiri. Apabila

kerajaan British dan kerajaan China yang berpusat di Beijing menandatangani satu kenyataan bersama pada Disember 1984 berkenaan dengan masa hadapan Hong Kong, rakyat Hong Kong itu sendiri telah dikecualikan dalam rundingan dua pihak tersebut. Rakyat Hong Kong telah

menganjurkan aksi solidariti yang paling besar di luar Tanah Besar China pada tahun 1989 bagi menyokong gerakan demokrasi rakyat China, tetapi pembunuhan ramai-ramai dan penindasan ke atas gerakan demokratik di China pada masa itu juga telah meninggalkan kesan ketakutan dan kebimbangan yang amat mendalam kepada

rakyat Hong Kong.

Selepas Hong Kong “dikembalikan” pemerintahannya kepada negara China pada tahun 1997, walaupun Hong Kong sebagai sebuah “wilayah pentadbiran khas” yang menikmati tahap otonomi yang tinggi atas prinsip “Satu Negara Dua Sistem”, tetapi rakyat Hong Kong masih tidak lagi menikmati demokrasi yang sebenar, kerana rakyat Hong Kong tidak dapat memilih secara terus Ketua Eksekutifnya melalui pilihanraya umum, tambahan pula dengan Dewan Perundangannya juga tidak terdiri daripada wakil yang dipilih sepenuhnya melalui pengundian universal.

Sementara itu, ketegangan antara Hong Kong dengan

Tanah Besar China juga menjadi semakin sengit sejak tahun-tahun kebelakangan ini, dengan menyaksikan campurtangan Beijing yang semakin menonjol dalam politik Hong Kong, ancaman pemodal besar dari Tanah Besar China yang semakin menghimpit kehidupan rakyat biasa di Hong Kong, serta ekonomi pasaran bebas tanpa kawalan yang menyebabkan masalah jurang pendapatan yang semakin serius.

Gerakan rakyat yang berterusan

Perarakan 1 Julai 2003 merupakan demonstrasi jalanan yang terbesar selepas Hong Kong “dikembalikan” kepada China. Rakyat Hong Kong juga menuntut pilihanraya yang sebenar untuk bertahun-tahun lamanya tetapi tidak menampakkan hasil akibat daripada keengganan pihak pemerintah mengambil kira suara hati rakyat biasa. Beberapa tahun kebelakangan ini, tercetusnya banyak aksi protes menentang kepincangan pemerintah Hong Kong, misalnya protes menentang projek keretapi berhalaju tinggi Hong Kong – Guangzhou pada tahun

2009-2010, gerakan menolak pendidikan nasional dalam sekolah pada tahun 2012-2013, mogok pekerja perlabuhan pada 2013, dan juga perjuangan membantah projek pembangunan di Timur Laut New Territory yang memuncak pada tahun ini.

Dalam mengembleng suara rakyat Hong Kong untuk menyatakan keinginan merealisasikan demokrasi yang

sebenar, satu gerakan “Occupy Central with Peace and Love” telah ditubuhkan pada tahun lepas, dengan mempertengahkan prinsip civil disobedience tanpa kekerasan dalam menuntut hak demokrasi. Gerakan ini mendapat sambutan hangat daripada pelbagai sektor masyarakat apabila ramai antara kumpulan masyarakat telah menganjurkan sesi perbincangan untuk melakarkan cadangan untuk pilihanraya Ketua Eksekutif. Satu referendum sivil telah diadakan pada bulan Jun yang lepas untuk

mendapatkan satu cadangan cara pemilihan Ketua Eksekutif secara demokratik.

Pada 10 Jun tahun ini, Kerajaan Beijing telah mengumumkan satu dokumen “Kertas Putih tentang Satu Negara Dua Sistem” yang dengan jelasnya menyatakan bahawa kuasa otonomi Hong Kong ditentukan sepenuhnya oleh Beiing, dan calon untuk Ketua Eksekutif Hong Kong perlu ditapis supaya orang yang berkenaan “bersemangat patriotik terhadap negara (China)”, sementara itu sistem pilihanraya juga perlu selaras dengan “keselamatan dan kepentingan negara (China)”. Kenyataan sebegini telah menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan rakyat Hong Kong, kerana ramai merasakan bahawa Hong Kong telah diturunkan statusnya kepada sekadar jajahan Beijing.

Seramai 780,000 orang mengambil bahagian dalam

referendum sivil pada akhir bulan Jun tahun ini, menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa rakyat Hong Kong menuntut penamaan calon secara terbuka untuk pemilihan Ketua Eksekutif, dan menolak cara pilihanraya yang dicadangkan oleh pemerintah Beijing, iaitu calon pilihanraya yang ditapis.

Perarakan 1 Julai tahun ini telah memecah rekod jumlah pesertanya apabila lebih 510,000 orang turun ke jalanraya pada hari itu untuk menuntut demokrasi. Seramai 511 orang ditahan pada hari keesokannya kerana enggan bersurai.

Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China telah memutus pada 31 Ogos tahun ini, bahawa calon untuk pemilihan umum Ketua Eksekutif Hong Kong pada tahun 2017 perlu ditentukan oleh satu jawatankuasa penamaan. Keputusan untuk menapis calon pilihanraya Ketua Eksekutif ini menimbulkan lebih kemarahan terhadap pentadbir Beijing.

(sambung di m/s 13)

Page 13: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 2014 13ANTARABANGSA

Apabila payung bertemu dengan gas pemedih mata(sambung dari m/s 12)

Mahasiswa-mahasiswi Hong Kong telah menyambut seruan Persekutuan Pelajar Hong Kong (HKFS) dengan mengadakan aksi boikot kelas di universiti pada 22 September yang lalu. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kuliah telah menganjurkan kuliah jalanan mereka sendiri untuk mempelajari nilai-nilai demokrasi dan keadilan sosial. Pelajar-pelajar sekolah menengah turut mengadakan aksi boikot kelas pada 26 September.

Pelajar-pelajar yang bermogok cuba memasuki “Dataran Sivik” (satu kawasan lapang di hadapan pejabat kerajaan) di Admiralty, yang ditutup oleh pihak polis. Pihak polis cuba menghalau keluar pelajar-pelajar yang berkumpul di situ dengan cara yang keras, termasuk menggunakan semburan lada hitam. Ada juga pelajar yang dikepung oleh polis di dalam Dataran Sivik.

Pada malam 27 September, orang awam yang menyokong mogok pelajar telah bergegas ke Admiralty untuk bersolidariti dengan pelajar yang terperangkap dalam pengepungan polis. Orang awam yang berhimpun di jalanan telah mengepung polis dan menuntut pembebasan para pelajar. Penganjur gerakan “Occupy Central with Peace and Love” telah mengumumkan aksi

“Occupy Central” dimulakan pada tengah malam itu.

Pada 28 September, orang awam yang datang memberi sokongan solidariti kepada pelajar semakin ramai, sehingga menutup jalanraya di Admiralty. Pihak polis cuba menyuraikan orang ramai dengan kekerasan. Gas pemedih mata telah ditembak ke arah orang ramai yang berhimpun di situ. Mereka yang berhimpun hanya mampu menangkis semburan lada hitam dan gas pemedih mata dengan payung mereka. Payung yang digunakan oleh rakyat Hong Kong untuk mempertahankan diri daripada keganasan polis telah menjadi satu simbol yang popular.

Walaupun polis menyerang orang

ramai dengan kekerasan, tetapi rakyat Hong Kong tidak mengalah. Mereka terus berhimpun semula selepas tembakan gas pemedih mata. Malahan, kebangkitan secara spontan merebak ke tempat lain. Pada tengah malam 28 September, Causeway Bay dan Mongkok turut “ditawan” oleh orang ramai yang melakukan aksi Occupy. Jalanraya di bandaraya yang sibuk ini telah ditutup oleh rakyat yang menentang kezaliman pemerintah dan menuntut demokrasi sejati.

Rakyat Hong Kong yang mengadakan aksi Occupy telah membuat benteng untuk menyekat jalanan. Ramai juga mendirikan khemah untuk perjuangan berpanjangan. Golongan yang pro-Beijing cuba mengerah samseng-samseng untuk menimbulkan kekecohan dan memukul peserta gerakan Occupy. Namun, gerakan Occupy tetap bertahan.

Eksperimen demokrasiRakyat Hong Kong yang terus menduduki jalanan untuk lebih satu bulan dalam memperjuangkan demokrasi telah menunjukkan ketekadan yang hebat untuk menentukan nasib sendiri. Kebangkitan yang hebat ini juga merupakan satu letusan akibat daripada ketidakadilan sosial yang semakin serius dalam masyarakat

Hong Kong yang didominasi oleh ekonomi kapitalis.

Kebangkitan rakyat Hong Kong juga menggegarkan elit pemerintah di Hong Kong dan menggugat kekuasaan Beijing. Tuduhan bahawa “Revolusi Payung” ini merupakan satu “revolusi warna” yang ditaja oleh kuasa-kuasa barat, hanyalah satu alasan yang digunakan oleh pemerintah untuk menafikan realiti bahawa ini merupakan kebangkitan rakyat yang spontan dan juga ketidakadilan sosial yang semakin serius dalam masyarakat Hong Kong. Hong Kong selama ini telah menjadi pusat kepada ekonomi kapitalis antarabangsa, maka tidak mungkin kuasa-kuasa kapitalis global boleh membiarkan Hong Kong terjerumus dalam keadaan “huru-hara”.

Ruangan awam yang diwujudkan di jalanan Hong Kong sepanjang aksi Occupy yang berlarutan untuk berminggu-minggu ini, telah menjadi medan untuk rakyat biasa menyuarakan keluhan mereka dan mempersembahkan kreativiti mereka, melalui seni grafik, kraftangan dan lagu muzik. Apa yang berlaku di Hong Kong merupakan satu perjuangan rakyat dalam menuntut demokrasi dan menebus kembali maruah rakyat. Ia juga merupakan satu ekperimen demokrasi dari bawah, dan mencipta sejarah untuk bandaraya ini. ##

Bolivia Morales menang pilihanrayaKemenangan untuk anti-imperialis

Evo Morales dan “Gerakan Menuju Sosiaslime” (MAS) yang dipimpinnya telah berjaya mendapat satu kemenangan yang gemilang dalam pilihanraya umum negara Bolivia yang diadakan pada 12 Oktober yang lalu.

Evo Morales, seorang aktivis politik berhaluan kiri yang menjadi Presiden Bolivia pertama yang berasal daripada kaum peribumi, telah menang dengan memperoleh undi sebanyak 61%, dengan lebih 3 juta pengundi menyokong Morales untuk memegang jawatan Presiden untuk kali ketiga. Parti politik pimpinan Morales, MAS, juga berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pemilihan untuk parlimen. Morales dan MAS telah berjaya menang undi majoriti dalam 8 daripada 9 wilayah negara tersebut, termasuk 3 daripada 4 wilayah di timur dan utara yang

menyaksikan gerakan menentang kerajaan Morales pada tahun 2008.

Morales terus mendapat sokongan daripada rakyat Bolivia, hasil daripada pencapaian yang impresif dalam dasar-dasar sosialnya dan juga peningkatan dalam standard kehidupan rakyat biasa. Kerajaan Morales telah menggunakan kekayaan negara dan pendapatan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat bawahan dengan menghapuskan buta huruf, membasmi kemiskinan dan menjalankan kempen menentang rasisme. Kerajaan Morales juga secara dasarnya mengurangkan pengaruh kuasa Amerika Syarikat ke atas Bolivia, dengan menjalin hubungan rapat dengan kerajaan

berhaluan kiri di Amerika Latin dan menyertai Gabungan Bolivarian untuk Amerika (ALBA) yang diterajui oleh kerajaan Venezuela semasa pentadbiran

Hugo Chavez.

Dalam ucapan kemenangannya di hadapan ribuan massa Bolivia pada malam pengumuman keputusan, Morales menyifatkan kemenangan pilihanraya ini merupakan kemenangan untuk “nasionalisasi menentang penswastaan” dan kemenangan untuk perjuangan “pembebasan, anti-kolonialisme dan anti-imperialisme”. Beliau juga mendedikasi kemenangan ini kepada pemimpin revolusi Kuba, Fidel Castro, dan juga mendiang Hugo Chavez.

Walaupun mendapat satu kemenangan yang besar dalam pilihanraya, Morales masih berdepan dengan cabaran hebat dalam membina masyarakat yang lebih adil dan bebas daripada pemerasan kapitalis. Berikutan dengan pengalaman di Venezuela di mana kerajaan revolusioner menghadapi masalah selepas pemimpin utamanya meninggal dunia, gerakan MAS di Bolivia juga perlu membangunkan struktur kepimpinan yang lebih luas untuk memastikan keseinambungan dalam kepimpinan perjuangan. Morales sendiri datang daripada gerakan perjuangan rakyat yang muncul menjadi pemimpin unggul dalam gelombang kebangkitan rakyat menentang dasar neo-liberal sebelum beliau dipilih menjadi presiden pada tahun 2005. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin gerakan sosial yang berpengalaman memang merupakan pelapis kepada kepimpinan untuk kerajaan yang ingin meneruskan program revolusi. ##

Page 14: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 201414 SENI

Membenih ilmu, mengakar pengetahuan

Motto masih sama, tetapi sempena ulang tahun kali ketiga, budaya Pop telah dipilih sebagai tema. 11 Oktober yang lalu di Laman

Budaya Tasik Shah Alam, telah berlangsung Buku Jalanan Tiga Tahun, meraikan B.A.C.A (Books, Arts, Culture, Activism) di jalanan oleh Buku Jalanan Shah Alam. Sambutan yang bermula jam 2 petang itu disemarakkan dengan pelbagai acara, antaranya 'Conteng-conteng', 'Pasar Percuma', 'Bengkel Gelang Si Paku Gelang', dan persembahan oleh peserta. Sesi forum bersama ahli panel Dr Azhar Ibrahim dan Saudari

Nur Hanim Khairuddin, hasil usahasama Projek Dialog, telah mengupas mengenai budaya Pop secara kritikal melalui tajuk “Dari P. Ramlee ke Rindu Awak 200%”, yang antaranya menyentuh tentang budaya Pop dalam masyarakat dan elit budaya.

Petangnya didendangkan dengan persembahan solo daripada The Venopian Solidtudes yang mengadunkan lagu-lagu bergenre

Experimenternative. Selain daripada Potluck, Dapur Jalanan Kuala Lumpur juga turut bersama hadir berkongsi makanan.

Sebelah malam pula, filem “Kami the Movie” ditayangkan disusuli dengan sesi bersama pengarahnya sendiri, Saudara Fendi Mazlan dan Saudara Norman Yusoff yang merupakan pensyarah dan pengkritik filem.

Walaupun ada yang mungkin memandang remeh usaha anak-anak muda penggerak buku jalanan ini, namun mereka terus ke hadapan

melawan penjajahan ruang awam oleh pihak yang memonopoli dengan menyemarakkan budaya berfikir dengan menjadikan ruang awam sebagai ruang wacana.

(oleh Shazni Bhai)

12 Tahun: Punk, Poster, & Protesoleh Shazni Bhai

Fahmi Reza, nama yang saya mula kenali sejak disyorkan oleh kawan-kawan untuk menonton filem “10 Tahun Sebelum Merdeka”. Pada 18 Oktober yang lalu, saya telah mengambil kesempatan berkunjung ke Five Arts Centre di Kuala Lumpur, untuk menghayati karya-karya Fahmi Reza dalam pameran “12 years of Visual Disobedience”. Pameran yang dipecahkan kepada lima bahagian – “Early Experiments”, “Reclaim Merdeka Park”, “Occupy Dataran”, “Solidarity”, dan “Student Power” menghidangkan pengunjung dengan hasil-hasil karyanya bermula seawal diilhamkan oleh muzik Punk hingga kini, sepanjang tempoh 12 tahun penglibatannya dalam aktivisme. Selain itu, pengunjung juga diceritakan kisah perjalanan oleh pengkarya sendiri.

Page 15: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 2014 15IDEOLOGI

(sambung dari edisi yang lalu)

Ini adalah bahagian ke-4 di bawah topik Materialisme Sejarah (teori saintifik mengenai sejarah perkembangan manusia) yang dianalisa dari sudut hubungan pengeluaran dalam setiap bentuk masyarakat yang pernah wujud. Dalam 2 edisi lalu, telah diberi sedikit penerangan tentang Masyarakat Primitif. Rencana ini memberikan gambaran satu lagi bentuk masyarakat, iaitu Masyarakat Hamba Abdi.

Masyarakat hamba abdi merupakan satu bentuk masyarakat yang terbahagi kepada kelas tuan hamba dan hamba abdi. Hamba abdi adalah

kelas pengeluar yang dikawal dan dimiliki oleh tuan hamba. Sistem penghambaan diamalkan di seluruh dunia pada masa yang berbeza-beza, namun memang wujud satu era “masyarakat hamba” terutamanya di Amerika (1492-1865) dan zaman Empayar Rom (150 SM - 350 TM).

Salah satu contoh masyarakat hamba abdi terawal adalah di Athens sekitar 600 SM. Solon (negarawan dan ahli parlimen yang

mengasaskan demokrasi di Athens) pada masa itu memansuhkan amalan perhambaan di kalangan warganegara Athens. Apabila rakyat negara sendiri tidak boleh digunakan sebagai “buruh paksa”, warga asing dijadikan sasaran dan undang-undang

tersebut tidak boleh pakai. Hamba-hamba ditangkap terutamanya melalui perdagangan hamba di mana suku kaum/orang asli diculik dan juga diperoleh daripada tahanan perang. Pada kemuncak era perhambaan di Athens, kira-kira satu pertiga daripada penduduk adalah hamba.

Empayar Rom cuba untuk mewujudkan masyarakat hamba selama lebih daripada 500 tahun. Rom merupakan satu empayar separuh-feudal dengan ramai petani. Hamba abdi dianggap sebagai harta di bawah undang-undang Rom. Berbanding dengan warga Rom, hamba abdi tertakluk kepada hukuman, eksploitasi seksual (pelacur biasanya adalah hamba), penyeksaan dan hukum gantung. Walau bagaimanapun, selepas beberapak ketika, hamba mendapat perlindungan undang-undang yang meningkat, termasuk hak untuk memfailkan aduan terhadap tuan-tuan mereka.

Kemahiran hamba abdi ini amat diperlukan untuk aktiviti pertanian dan ketaatan mereka terhadap Empayar Rom amat penting untuk dijadikan tentera untuk Rom melancar perang. Formulanya ialah: petani menjadi tentera yang kemudian menawan musuh yang dijadikan hamba untuk tujuan menggantikan buruh tani yang telah terkorban dalam perang. Generasi kemudian, petani pertama akan menjadi sebahagian daripada kelas tuan hamba, hamba-hamba yang ditawan di generasi sebelumnya yang menunjukkan ketaatan akan muncul sebagai tentera, dan proses ini akan berulang. Dengan cara ini, selama beberapa kurun, Rom dapat mengekalkan masyarakat hamba, di satu per tiga daripada empayarnya,

tetapi semakin lama ia menjadi semakin susah kerana kawasan semakin luas dan terlibat dalam banyak perang proksi. Banyak pemberontakan hamba yang berani akhirnya membantu mengakhiri kezaliman empayar Rom.

Beberapa daerah di bawah Empayar Ottoman juga mengamalkan perdagangan hamba. Pada satu ketika, 1/5 daripada masyarakat di Istanbul adalah hamba abdi. Di Sudan, dari tahun 1200 ke 1900, 1/3 hingga 2/3 daripada rakyat di beberapa daerah adalah hamba abdi. Begitu juga dengan daerah-daerah di Ghana (tahun 1076-1600) dan Krimea (tahun 1475-1783). Masyarakat hamba di Amerika adalah paling menyeluruh dan sifatnya yang represif dalam sejarah. Sementara masyarakat Amerika Tengah seperti Mayan, Incan dan Aztec mengamalkan perhambaan secara terhad, ketibaan orang-orang Eropah kulit berputih telah membawa bersama mereka pembunuhan beramai-ramai, keganasan dan perhambaan pada skala yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Di Amerika Syarikat, hamba abdi ditangkap di Afrika dan dibawa masuk melalui Atlantik dalam keadaan yang paling kejam sekali (1619). Hanya separuh daripada hamba abdi yang dikurung dalam kapal terselamat dalam perjalanan. Perang saudara di Amerika Syarikat telah menamatkan penghambaan secara sah (1865). Sementara itu, pada tahun 1700-an, lebih 90% peratus adalah hamba di Jamaica, Antigua dan Grenada. Di Brazil, separuh daripada populasi ialah hamba abdi yang bekerja di ladang kopi, sekitar tahun 1800.

(akan bersambung lagi)

Masyarakat Hamba Abdi

Proses Revousi Bolivarian di Venezuela telah meningkatkan tahap pendidikan di Venezuela. Peluang pendidikan telah meningkat. Kerajaan telah menyumbang dana dalam menghasilkan buku dan menggalakkan penulisan buku. Sekarang ini, 84% rakyat Venezuela membaca apa-apa sahaja bahan bacaan manakala 64% rakyat Venezuela membaca buku. Buku dijual pada harga murah supaya semua orang mampu membeli buku.

Media khidmat awam dan media alternatif telah digalakkan oleh kerajaan. Pada permulaan Revolusi Bovarian, hanya ada satu stesen TV milik kerajaan, tiada radio yang sokong revolusi dan semua media menentang proses revolusi. Tetapi,

Selain daripada perubahan dari segi sosio-ekonomi, apakah dimensi budaya untuk proses Revolusi Bolivarian di Venezuela?

sekarang ini kami ada 6 stesen TV khidmat awam, 5 akhbar harian yang tidak memusuhi proses Bolivarian. Yang lebih menggalakkan adalah wujudnya media alternatif yang bebas. Sekarang adanya 300 stesen radio komuniti di seluruh Venezula. Dengan perkembangan media alternatif ini, tiadanya monopoli maklumat. Sebelum ini, budaya nasional dipinggirkan dengan

penampilan personaliti TV yang berkulit putih, tetapi sekarang program TV mencerminkan realiti sebenar dengan penampilan penyampai TV yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Tuduhan bahawa kerajaan Venezuela cuba mengindoktrinasi sosialisme dalam pendidikan tidak benar. Pendidikan di Venezuela menekankan pada nilai sejarah, di mana subjek

sejarah, geografi dan pendidikan sivik diberikan keutamaan untuk mendidik generasi muda. Kerajaan juga mengagihkan sebanyak 1.5 juta buah komputer kepada pelajar, di mana terkandung tulisan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan lain. ##

sambung dari m/s 5 (temuramah bersama Luis Britto Garcia)

Apakah kesan kemunculan blok kuasa ekonomi baru BRIC (Brazil, Russia, India dan China) kepada ALBA dan juga usaha membina Sosialisme Abad ke-21 di Venezuela?

BRIC merupakan sekumpulan negara membangun yang kuat dari segi ekonomi dan terdiri daripada komposisi yang sangat berbeza. Kemunculannya dilihat sebagai satu kuasa yang boleh menggantikan hegemoni AS. Untuk ALBA, kemunculan BRIC membolehkan ALBA mempunyai lebih pilihan untuk menjalin hubungan kerjasama ekonomi. ALBA selama ini mengamalkan dasar diplomasi multipolar, dengan menekankan pada hubungan Asia-Afrika dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Oleh itu, kemunculan BRIC sememangnya dapat membantu dalam mengimbangi politik antarabangsa yang didominasi oleh AS pada takat ini.

Page 16: Sosialis (Nov Dis 2014)

Nov-Dis 201416 GALERI

Ruangan Informasi Sudut Komik

Berjalan untuk KebebasanMajlis Peguam Malaysia telah mengadakan satu aksi perarakan “Berjalan untuk Kebebasan dan Keamanan”, untuk membantah Akta Hasutan 1948 yang telah digunakan secara besar-besaran sejak kebelakangan ini. Aksi perarakan ini mendapat sambutan hebat daripada para peguam dan juga anggota-anggota masyarakat sivil. PSM turut memberi sokongan dan menyertai aksi protes ini.

Jangan bagi rakyat makan pasirGabungan Bantah GST dan Gabungan Protes Kenaikan Harga telah mengadakan satu aski di hadapan bangunan Parlimen pada 8 Oktober yang lalu, iaitu 2 hari sebelum pembentangan Bajet 2015. Protes tersebut bertujuan untuk membantah kenaikan harga minyak dan cukai GST yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan. Satu memorandum telah diserahkan kepada pihak kerajaan dan pembangkang Parlimen dengan tuntutan: 1. Tarik balik keputusan untuk memotong subsidi minyak; 2. hentikan pelaksanaan cukai GST; 3. Ahli Parlimen perlu mengemukakan usul tergempar untuk membincangkan isu kenaikan harga dan cukai GST.

Lagu Rakyat(Ini merupakan sebuah lagu adaptasi yang dinyanyikan dalam melodi Do You Hear the People Sing?, sebuah lagu yang terkenal dalam teater muzikal Les Misérables, yang beasaskan tulisan Victor Hugo. )

(Chorus)Mari kita laungkan sebuah lagu rakyat,Ini seruan insan yang tidak mau diperhambakan.Dengan suara yang lantang bersama pukulan gendang,Berjuang sampai kita tumpas kezaliman.

Sudikah anda sumbangkan apa saja yang ada,Tumbangkan pemerintah yang rakus lagi zalim,Kuatkan semangat kita tuntut perubahan.

ulang chorus

Di sini kita berdiri teguh dengan harapan,Wujudkan keadilan sosial untuk semua,Merdekalah rakyat kita untuk masa depan.

ulang chorus

B Neban egaradari Geng Kartun

Gaji Minima VS Gaji Cukup untuk Hidup (Living Wage)Walaupun gaji minima di Malaysia nampaknya lebih tinggi daripada negara Asia yang lain, tetapi gaji minima RM 900 ( ) hanya merupakan 54% daripada gaji yang cukup untuk hidup, iaitu RM 1566 ( ).

€196€361

sumber: Clean Clothes Campaignhttp://www.cleanclothes.org/livingwage/living-wage-versus-minimum-wage