Sosiobudaya Dlm Kelas2015

34
Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063 Isi Kandungan Soalan A 2 Difenisi Kepelbagaian Etnik 2 Ciri-ciri kepelbagaian etnik Pengenalan 3 Konsep Budaya 3 Tindakan yang boleh diambil oleh guru dalam 4 mengatasi masaalah kepelbagaiaan sosiobudaya didalam bilik darjah Soalan B 11 Bincangkan beserta contoh bagaimana sekolah 11 sekolah yang berlainan jenis di Malaysia dapat menangani murid-murid belbagai sosio budaya. Rumusah 19 Refleksi 20 1

description

edu sem5

Transcript of Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Page 1: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Isi Kandungan

Soalan A 2

Difenisi Kepelbagaian Etnik 2

Ciri-ciri kepelbagaian etnik Pengenalan 3

Konsep Budaya 3

Tindakan yang boleh diambil oleh guru dalam 4mengatasi masaalah kepelbagaiaan sosiobudaya didalam bilik darjah

Soalan B 11

Bincangkan beserta contoh bagaimana sekolah 11 sekolah yang berlainan jenis di Malaysia dapat menangani murid-murid belbagai sosio budaya.

Rumusah 19

Refleksi 20

Rujukan 25

1

Page 2: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Soalan A

Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk menangani masaalah kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah beserta contoh-contoh yang sesuai

untuk menyokong hujah-hujah anda.

1.0 Difenisi Kepelbagaian Etnik

Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Budaya dan Pembelajaran

(EDU3106), yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai isu dan cabaran

pendidikan yang bakal dihadapi dalam tempoh sedekad akan datang iaitu dengan mengambil

kira kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia. Selain itu, di dalam

tugasan individu ini juga terkandung penulisan refleksi mengenai saranan tentang budaya

sesebuah sekolah yang menepati konteks kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia yang harus

dibaiki kelemahannya serta membuat penambahbaikan berdasarkan isu dan cabaran yang

bakal dihadapi.

Jadi, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat dari

ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas

iaitu mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat

resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota

masyarakat. Malah, kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara

seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina

dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang

asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Maka, secara tidak langsung setiap etnik

mempunyai sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.

2

Page 3: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Menurut Kamus Dewan edisi keempat pula menyatakan budaya dapat ditakrifkan

sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara

berfikir dan berkelakuan. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini

sudah tentu akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan

secara umumnya dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya. Oleh yang demikian, gabungan yang mantap

antara guru, murid dan sekolahlah yang memainkan peranan penting untuk menjayakan sistem

pendidikan di Malaysia ini.

2.0 Ciri-ciri kepelbagaian etnik

2.1 Konsep Budaya

Budaya merangkumi nilai, kepercayaan, tingkah laku dan objek-objek material yang meliputi

cara hidup sesebuah kelompok manusia tertentu. Budaya ialah manifestasi apakah yang kita

fikirkan, apakah yang kita percayai, apakah yang kita nilai, bagaimanakah kita bertindak,

apakah yang kita kata dan apakah yang kita ada. Budaya ialah warisan sosial- satu jambatan

yang menghubungkan masa kini kepada masa lampau dan yang menjadi petunjuk kepada

masa hadapan. Mengikut ahli sosiologi, budaya perlu dilihat dari dua sudut, iaitu budaya bukan

material yang mencerminkan aspek intangibel, iaitu idea-idea yang dibentuk oleh ahli dalam

masyarakat dan budaya material, iaitu bahan-bahan artifak yang dicipta oleh ahli masyarakat.

            Schein (1985) menganggap intipati budaya ialah andaian-andaian asas dan

kepercayaan yang dikongsi oleh warga organisasi. Andaian-andaian dan kepercayaan ini

beroperasi secara tidak disedari sehinggakan warga organisasi menganggap amalan dan nilai

organisasi sebagai ’biasa sahaja’ dan tidak perlu dipersoal. Aspek inilah yang menyukarkan

organisasi berubah kecuali jika andaian-andaian dan kepercayaan yang berakar umbi dan tidak

disedari ini dipersoal dan dikaji oleh warga organisasi. Sebagai contoh, sistem pengaliran dan

pendekatan sekolah mendisiplinkan pelajar dipercayai yang paling baik dan tidak perlu

dipersoal. Selagi kepercayaan tidak berubah, maka sukarlah untuk sekolah berubah. Satu lagi

sebab mengapa budaya sukar diubah ialah kerana budaya sukar difahami kerana bersifat

3

Page 4: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

implisit dan kita hanya dapat melihat dari aspek luaran melalui tingkah laku amalan-amalan,

rituals dan upacara (ceremonies).

            Bagaimanakah kepercayaan dan nilai ini dapat dicerminkan dalam bentuk luaran

budaya? Nias dan rakan-rakan (1989) memerihalkan proses ini dengan mengesan lapisan luar

budaya itu dahulu. Cuba kita gambarkan proses pembentukan budaya sebagai lapisan bawang

yang dipotong memanjang. Mengikut Nias, tingkah laku dipengaruhi oleh norma-norma dan

peraturan, yang mencerminkan nilai-nilai ahli kelompok sosial itu. Nilai-nilai warga organisasi

tentang apa yang dianggap baik dan penting ini pula merupakan ekspresi kepercayaan mereka

yang sukar difahami oleh orang luar kerana nilai itu dikongsi dan difahami oleh kelompok sosial

itu sahaja dan jarang disuarakan. Sistem kepercayaan yang dikongsi yang menjadi inti pati

budaya sesebuah organisasi inilah yang sukar diubah dan perlu diambil kira jika sesebuah

organisasi itu mahu berubah.

3.0 Tindakan yang boleh diambil oleh guru dalam mengatasi masaalah kepelbagaiaan

sosiobudaya didalam bilik darjah

3.1 Di Dalam Bilik Darjah

Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia,

(2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut

beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:

Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid

secara aktif;

Berpandukan bahan – bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian

semasa, potensi dan kemajuan murid;

Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan

kepelbagaian sosio-budaya murid – muridnya.

4

Page 5: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial

murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas

atasan atau bawahan. Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan

oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan

kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk

mengelakkan murid – murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah

disiplin yang sukar dikawal.

Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan.

Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar

murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira

latar belakang sosial dan kecerdasan individu.

Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan

strategi boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid – murid

sedemikian.

Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa

Melayu hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan memberi peluang

sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi

peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai

unsur bias kepada mana – mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama

rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan

jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan

murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

5

Page 6: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali.

Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti

pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid

tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.

3.2 Diluar Bilik Darjah

Dalam konteks negara membangun, Malaysia memerlukan pemimpin yang bukan

sahaja mempunyai latar belakang akademik yang memuaskan, tetapi juga cekap

menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan yang sentiasa berubah. Bagi mencapai

keperluan ini, rancangan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah mempunyai falsafah

yang berlandaskan kepada nilai-nilai hidup, moral dan disiplin, di samping berusaha

memperluas skop pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai aspek hidup, selain ilmu

yang didapati di bilik darjah . Berdasarkan falsafah seperti yang dinyatakan di atas, maka

usaha-usaha telah diambil untuk melaksanakan rancangan kokurikulum di

sekolah dengan memberi penekanan kepada aspek-aspekseperti:

(a) Memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk melibatkan diri dalam

kegiatan sosiobudaya mengikut pilihan pelajar berdasarkan kepada minat dan

keupayaan masing-masing melalui penglibatan dalam persatuan dan pertandingan

dan juga sambutan perayaan bagi setiap kaum

(b) Memberi pendedahan kepada murid tentang isu-isu penting berkaitan dengan

pembangunan negara melalui kegiatan-kegiatan khidmat masyarakat seperti dengan

melakukan aktiviti gotong royong, menderma bahan bacaan di pusat sumber dan

pelabagai lagi aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah .

(c) Mencungkil dan memajukan bakat-bakat terpendam murid dalam bidang kebudayaan

dan sukan. Di samping itu, dapat mempertingkatkan minat dan bakat kecemerlangan

yang sudah wujud.

6

Page 7: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

(d) Melalui kegiatan kokurikulum ini adalah diharapkan agar sosiobudaya masa kini

dipertahan serta diperkembangkan.

3.3 Pengurusan Dan Pentadbiran

Pihak pengurusan dan pentadbiran ( Sekolah ) dan guru-guru haruslah

memastikan persekitaran di sekolah adalah persekitaran yang sejagat dan segala

kemudahan serta keperluan sesuai dengan semua kaum. Begitu juga dengan sudut-

sudut di sekolah, bahan-bahan dan juga aktiviti yang dijalankan.

Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur adalah seperti pejabat, pusat sumber

sekolah (PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang permainan,

kawasan rekreasi , sudut-sudut pembelajaran memainkan peranan dalam membentuk

sekolah yang dapat mengintegrasikan kaum dengan baik .

Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan.

Di sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga

perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang

berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan

Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan

masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong-penolong

kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh

guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar.

7

Page 8: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Pusat sumber sekolah pula memainkan peranan memaksimumkan pendedahan

maklumat dan bahan kepada pengguna. Guru tidak lagi dianggap sebagai satu-satunya

punca pengetahuan dalam proses P&P di bilik darjah, tetapi lebih berperanan sebagai

fasilitator pembelajaran. Fasilitator mempunyai tanggungjawab dengan memberi

kesempatan kepada murid menggunakan keupayaannya secara optimum. Peranan

murid pula diubah dari pada pasif kepada penglibatan dan pelakuan yang aktif. Di antara

kemudahan-kemudahan yang disediakan di pusat sumber sekolah ialah bilik bacaan

yang selesa, bahan-bahan cetak, carta, peta, transparensi, slaid, pita rakaman audio dan

video dan pelbagai koleksi buku bacaan pelbagai bahasa.

Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan

jasmani dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan

jasmani sememangnya perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu

melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Selain itu, ekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan keparcayaan dan

nilai dalam masyarakat. Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik

tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murid juga haruslah sentiasa diingatkan agar

sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan

pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti

yang dirancang oleh pihak sekolah.

Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang

diusahakan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah bagi memastikan perpaduan dipupuk

di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya.

Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral

ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan

murid. Guru memainkan peranan penting bagi menjayakan kembali program ini8

Page 9: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

3.4 Kurikulum Dan Kokurikulum

Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif,

kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat

pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan

formal dan interaksi di sekolah.

Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan

warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat.

Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti

aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya. Menyertai aktiviti kokurikulum juga

membolehkan para pelajar mengenali dan memahami budaya dan adat resam kaum-

kaum lain di Malaysia.  Hal ini juga dapat mewujudkan rasa bangga dalam kalangan

pelajar dengan budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Dengan menyertai

aktiviti-aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar dapat menyihatkan badan dan

mencerdaskan otak serta dapat membina keyakinan diri dalam mengharungi kehidupan

dan ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan berlakunya gejala sosial yang

melibatkan pelajar kerana masa lapang pelajar telah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan

kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang

berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli

akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini

akan mengeratkan hubungan sesama mereka. Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum,

perpaduan kaum dapat diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai

kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk

menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak

9

Page 10: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar

yang cemerlang

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri

seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan

secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru

mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapat di antara warga sekolah dan

sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam

persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna

terhadap amalan hidup murid.

Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.

10

Page 11: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Soalan B

Bincangkan beserta contoh bagaimana sekolah sekolah yang berlainan jenis di

Malaysia dapat menangani murid-murid belbagai sosio budaya.

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya

dengan kepelbagaian budaya serta amalan masing-masing mengikut kaum, sudah tentu

kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini akan memberi salah

satu kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya

iaitu terutamanya dalam konteks bilik darjah yang melibatkan suasana ketika

mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khasnya. 

Justeru, kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah inilah yang akan

memberi impak tersendiri terhadap penimbulan isu dan cabaran yang bakal dan perlu

dihadapi oleh saya sendiri dalam tempoh sedekad akan datang. Jadi, sudah tentu

kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan bilik darjah meliputi

implikasi terhadap guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Kegagalan guru, murid

serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosialbudaya inilah yang akan

menyebabkan sistem pendidikan menjadi tidak seimbang dan iklim pembelajaran yang

11

Page 12: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

berkesan kepada semua murid daripada pelbagai kaum dan latar belakang juga tidak

dapat diwujudkan. Namun stikma ini perlu di hakis agar beban ini tidak lagi membelenggu

masyarakat Malaysia dimasa hadapan.

Oleh yang demikian, mengikut norma, golongan pendidik iaitu guru merupakan

agen terpenting yang mampu membina serta membentuk kefahaman dan penghayatan

dalam diri sendiri, bangsa dan agama. Begitulah yang sepatutnya berlaku dalam sekolah-

sekolah jenis kebangsaan dan kebangsaan, Guru bertanggungjawab dalam memberikan

pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang lain.

Jadi salah satu cabaran mengenai tanggungjawab inilah yang harus dipikul dan

dilaksanakan dengan amanah oleh seorang guru terutamanya saya sendiri bagi

melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan menghormati budaya

orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada proses mencapai

perpaduan.

Sesungguhnya cabaran yang lain ialah dari segi kerenah murid yang datang dari

pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang disampaikan sesuai dengan

gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya

akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik

darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik

dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik,

usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya.

Seterusnya, di dalam ruang lingkup bilik darjah juga, sudah tentu saya juga perlu

membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang sesi

pengajaran kerana Malaysia menggunakan kurikulum yang sama bagi semua pelajar.

Sebagai seorang guru, perkara ini perlu diketahui kerana setiap pelajar mempunyai

budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.

12

Page 13: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Jadi, jangkaan haruslah bersuaian dengan kelas sosial tanpa sebarang unsur

‘bias’ atau pelabelan murid. Malah sudah tentu dalam tempoh sedekad akan datang

perkara ini turut akan menjadi isu kerana kemungkinan besar taraf sosio ekonomilah

yang menjadi jurang sistem pendidikan dan sudah tentu perkara ini menjadi cabaran

besar kepada saya sebagai guru kelak dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak

didik saya.

Selain itu, semua guru yang mengajar di dalam kelas haruslah menjalankan tugas

dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus membezakan

bangsa murid serta tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Jadi bagi

menangani isu yang mungkin timbul ini, sudah tentu saya sebagai guru akan cuba

mengelompokkan murid dari kaum dan jantina berlainan ditempatkan dalam satu

kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Jadi, sebagai guru

juga sudah tentu persepsi buruk terhadap sekelompok pelajar yang berlainan jantina juga

haruslah dikikis. Contohnya, berkaitan tentang persepsi pelajar lelaki malas dan nakal.

Guru juga digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid.

Sesungguhnya murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari

kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak pilih kasih. Jika tidak ia akan

menimbulkan isu yang kurang menyenangkan. Hukuman juga pada masa akan datang

mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana kemungkinan besar guru sendiri yang akan

dipersalahkan. Jadi cabaran yang perlu saya hadapi ialah dari segi tanggungjawab dalam

membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang mereka

dan berusaha menangani masalah-masalah yang timbul.

13

Page 14: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Manakala, isu lain yang harus ditangani pula ialah dari segi kebijaksanaan dalam

mengendalikan murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok,

berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Jadi sebagi guru, saya juga perlu

menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Namun begitu, langkah-langkah

pencegahan perlu dilakukan untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti

pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api

perkauman dikalangan murid.

Malah, sebagai guru juga saya tidak harus menyentuh atau mempertikaikan

kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid kerana isu ini sangat sensetif. Setiap

kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama

murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Jadi yang menjadi cabaran kepada

saya pada masa akan datang sudah tentulah perlu mencari jalan dan merancang aktiviti

pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti

murid.

Selain itu, isu aspek bahasa juga harus diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sebagai contoh, murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek

bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik

darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek ini haruslah

dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata

kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik

darjah.

Di samping itu, mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam

sesuatu aktiviti pengajaran juga adalah salah satu cabaran yang dapat mengubahsuai

pengajaran mengikut kesesuaian dengan pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran

berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.

14

Page 15: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Jadi saya dapati, guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai

pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan

memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka

pendek dan jangka panjang.

Demi memastikan objektif tercapai, perancangan yang rapi meletakkan

keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan,

kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan

berkomunikasi. Jadi sebagai seorang guru kemahiran mengurus dan mentadbir haruslah

dikuasai. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti kemahiran ICT serta

kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang

jelas.

Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya ini turut memberi kesan terhadap murid. Murid-

murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan

persekitaran. Oleh itu, isu yang mungkin timbul ialah dari segi kewujudan murid pelbagai

kaum dan sosiobudaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang

berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, sebagai seorang guru sudah tentu ianya

memberikan cabaran dari segi pengurusan murid. Jadi murid perlu dibersihkan minda

dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan

jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.

Penggunaan bahasa standard juga perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam

kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun

dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran

berjalan lancar. Jika tidak isu yang akan timbul ialah dari segi penggunaan laras bahasa

yang tidak betul dan bercampur aduk dalam kalangan murid. Jadi penggunaan laras

15

Page 16: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

yang betul perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan

salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut

membantu murid mencapai kematangan sosial.

Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam

kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki

dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara

berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan

lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan

penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama dan hal ini akan menjadi isu

dan cabaran jika ianya tidak dikawal sejak kawal lagi, tambahan pula murid-murid dalam

tempoh sedekad ini adalah generasi yang penuh dengan cabaran kehidupan. Banyak

perkara yang akan menjadi impak secara langsung terhadap pelajar terutamanya dalam

kemelut sosial ini.

Selain itu, agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif.

Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses

sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya

proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Jadi kelas yang mempunyai

pelbagai kaum dan sosiobudaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Untuk

itu, cabarab yang dihadapi ialah dari segi perlunya aktiviti yang di rangka berupaya untuk

menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan yang

tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan

antara kaum akan terjalin.

Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah

disiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai

contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya

yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Jadi isu ini perlulah ditangani

16

Page 17: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

dan sudah tentu memberi cabaran kepada saya untuk terus peka terhadap perubahan

murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat

di kawal dan di ubah sikapnya.

Isu seterusanya ialah berkaiatan dengan sekolah. Sistem pendidikan negara

mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian

sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti

sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh

itu, cabaran bagi sekolah ialah perlunya aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti

bagi mengatasi kepelbagaian sosiobudaya ini.

Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam

masyarakat. Kemungkinan besar dalam tempoh sedekad ini, perkara ini akan diserahkan

seratus peratus kepada pihak sekolah kerana ibu bapa tiada masa lagi untuk anak-anak

kerana urusan kerja yang banyak. Oleh itu, isu-isu yang timbul ini sudah tentu perlu

diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosiobudaya mereka. Murid

juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh

sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap

murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

Elemen isu yang seterusnya ialah berkaitan kurikulum yang merujuk kepada

perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi

penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada

norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di

sekolah. Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di

kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai

kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum

seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.

17

Page 18: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri

seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan

secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru

mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan

sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam

persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna

terhadap amalan hidup murid

Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai

konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal

seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap

kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal

pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan

memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke

arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya

masyarakat setempat.

Kesimpulannya, segala perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi

seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk

memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas

nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan

memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf

dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang

mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah

negara yang berbilang kaum dan kaya dengan kepelbagaian budaya serta amalan

masing-masing mengikut kaum, sudah tentu kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem

18

Page 19: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

masyarakat majmuk ini akan memberi salah satu kesan secara langsung kepada

perkembangan sistem pendidikan secara umumnya.

RUMUSAN

Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran banyak

membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

kepada setiap pelajar dan sudah tentu menarik kesungguhan serta usaha untuk mencipta

pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai

dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan yang cukup baik

kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah.

Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-

pelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih

bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata. Jadi jelaslah

bahawa dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat

dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih

besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan,

19

Page 20: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan

perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan

kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya,

kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat. Kepelbagaian sosiobudaya di antara murid

memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dan jelaslah bahawa dalam menguruskan sebuah kelas yang mempunyai

pelbagai etnik murid adalah amat mencabar kewibawaan seorang guru.Tuntasnya,

tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan

kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia

pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini

kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai

latar belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti,

bahasa, status ekonomi keluarga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku

dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar untuk terus

belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

REFLEKSI

Sepanjang menjalankan Kerja Kursus bagi Budaya dan Pembelajaran ini, syukur

Alhamdulillah banyak input-input dan perkara baru yang saya perolehi. Secara tidak langsung,

tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang

subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut banyak memberikan impak yang besar bagi

saya untuk memahami dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan tajuk yang berfokus kepada

isu dan cabaran pendidikan yang bakal dihadapi kelak dalam tempoh sedekad akan datang

yang melibatkan kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia.

20

Page 21: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Malah, sudah tentu isu dan cabaran ini jelas menunjukkan bahawa gurulah merupakan

agen utama yang bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan awal kepada pelajar

untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang lain. Jadi inilah salah satu cabaran yang

harus dipikul dan dilaksanakan dengan amanah oleh seorang guru terutamanya saya sendiri

bagi melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan menghormati budaya

orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada proses mencapai perpaduan.

Berdasarkan keseluruhan tugasan individu ini, saya berpendapat bahawa segala isu

dalam bilik darjah mengenai pendidikan dari segi kepelbagaian sosiobudaya ini dapat diatasi

dan ditangani melalui budaya yang diterapkan di sesebuah sekolah itu sendiri. Salah satu cara

untuk menangani isu ini ialah dari segi budaya sekolah dalam sistem penyampaian pendidikan

itu sendiri. Jadi dalam hal ini gurulah yang harus berusaha  memberikan pendidikan yang

seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan

ini akan menghakis isu sikap prejudis dalam menangani kepelbagaian sosiobudaya murid,

khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini

satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi

menyeronokkan.

Jadi cara yang pertama sekali guru seharusnya meransang intuisi murid melalui set

induksi. Ini bererti  meransang sifat ingin tahu murid dalam langkah set induksi pada setiap

permulaan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, memulakan pelajaran dengan sesuatu

yang luar biasa atau dengan rentak dan irama. Memulakan pelajaran dengan satu set arahan

atau melalui satu pengumuman, memberikan soalan mencabar, menggunakan kiasan, atau

aliran mengejutkan. Apabila murid sudah bersedia dan mendapat gambaran tentang p&p yang

bakal dijalankan, maka guru mampu mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua murid

untuk melakukan aktiviti seterusnya dalam proses p&p.

21

Page 22: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Selain itu, dalam penyampaian isi pelajaran, nilai-nilai murni hendaklah diserapkan

secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian dalam proses pengajaran.

Guru perlu menanamkan asas sosialisasi yang positif agar wujudnya semangat setiakawan,

penerimaan, menghormati orang lain, mematuhi arahan dan peraturan, serta menggunakan

bahasa yang baik dalam pertuturan mereka. Menerusi penerapan nilai dalam pengajaran

afektif, usaha untuk membentuk perubahan sikap, watak, perilaku, adab sopan dan akhlak

dalam kalangan murid yang tidak digubal dalam kurikulum nyata dapat dijayakan secara

berkesan oleh seseorang guru. Hal ini sudah pasti dapat menggalakkan interaksi sosial sekali

gus menyatupadukan semua murid yang terdiri daripada berbilang kaum.

Pengukuhan menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku

Pedagogi Untuk Asas Pendidikan, ialah suatu kemahiran yang digunakan oleh guru bagi

mengubah tingkah laku murid dengan sempurna. Murid yang dapat menunjukkan kebolehan

dan pencapaian seperti yang dijangkakan perlu diberi pujian atau bentuk-bentuk penghargaan

lain. Ini dapat mendorong mereka untuk terus belajar dan menyukai pelajaran tersebut.

Tujuannya ialah untuk menarik dan mengekalkan perhatian murid dalam satu-satu masa

pengajaran. Guru hendaklah sentiasa mengukuhkan tindak balas positif yang ditunjukkan murid

agar perbuatan itu akan terlazim dan menjadi satu kebiasaan. Peneguhan yang dilakukan

hendaklah sama rata antara murid terutama jika murid terdiri daripada berbilang kaum.

Terdapat empat bentuk peneguhan yang boleh dibuat iaitu dengan galakan secara lisan,

galakan secara gerak-geri dan gerak isyarat, galakan dengan cara menggunakan jawapan

murid, dan galakan dengan cara ganjaran. Guru bertanggungjawab menyekat aktiviti-aktiviti

yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum atau pembentukan kumpulan berdasarkan

etnik semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penghapusan perilaku negatif seperti

ini  perlu dilakukan agar tindakan murid ini tidak sampai sehingga meniupkan api perkauman

mereka. Oleh itu, kemahiran pengukuhan, penghapusan, dan pelaziman dalam p&p sangat

penting untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid sekolah rendah.

22

Page 23: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Motivasi juga boleh dijalankan oleh pihak sekolah atau guru itu sendiri bertujuan

merangsangkan minat murid kearah bahan, isi pelajaran, dan pengajaran guru. Oleh yang

demikian, guru perlu berusaha kuat untuk mempelbagaikan elemen-elemen motivasi. Bagi

memastikan murid mengekalkan perhatian mereka sepanjang p&p, beberapa komponen

penting motivasi yang perlu dititikberatkan iaitu daya penampilan guru, pergerakan guru dan

intonasi suara, alihan arah deria serta melibatkan murid. Kesemua komponen ini perlu ada

dalam diri guru kerana murid sentiasa memerhatikan tindakan semasa p&p. Komponen seperti

alihan arah deria dan melibatkan murid juga perlu dikuasai guru agar murid tidak hilang fokus

dan lebih aktif semasa p&p berlangsung sekali gus termotivasi. Jadi secara tidak langsung isu

berkaitan penggunaan bahasa juga dapat diatasi disamping tingkahlaku murid-murid.

Pemilihan sumber seperti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) juga berfungsi

untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid, murid dengan guru,

dan murid dengan murid. BBM mampu memudahkan murid membentuk konsep dengan betul

dan menerima pejaran dengan cepat. Dalam konteks kesesuaiannya, seseorang guru perlu

memastikan sesuatu BBM yang dipilih sesuai dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal

diajari. Bagi bilik darjah yang dihuni oleh berbilang kaum, seseorang guru perlu memastikan

BBM yang digunakan sesuai untuk semua kaum dan budaya yakni tidak menimbulkan resis

kepada mana-mana murid. Hal ini sangat penting agar murid tidak berasa ditindas.Hal demikian

kerana mungkin dapat mendatangkan implikasi negatif kepada individu murid.

Begitu juga dengan penggunaan contoh-contoh untuk pemahaman murid. Guru

digalakkan menggunakan contoh yang kokrit, praktis dan berkesan. Contoh-contoh yang boleh

mendatangkan isu perkauman dalam sesebuah bilik darjah perlu dielakkan penggunaannya

agar murid tidak mendapat tanggapan salah terhadap budaya lain. Manakala melalui penilaian,

guru dapat menentukan sama ada berjaya atau tidak muridnya menyerap maklumat yang

disampaiakan. Memandangkan pengajaran kurikulum tersirat tidak dapat dijui melalui ujian

23

Page 24: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

kertas dan pensil, maka pemerhatian dapat dianggap teknik yang bertepatan bagi mengukur

keupayaan, kemahiran serta perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid.

Seseorang guru perlu mencatat kemajuan dan kelemahan setiap individu murid untuk

membuat pengubahsuaian bagi p&p seterusnya. Sekiranya seseorang guru mendapati p&p

yang dijalankan tidak mencapai objektif yang sepatutunya, pentaksiran perlu dilakukan serta

tindakan susulan perlu diambil. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid perlu dinilai

dan direkodkan agar guru dapat melihat perkembangan afektif muridnya dan boleh melakukan

sesuatu untuk menggalakkan perubahan ke arah kebaikkan sekali gus dapat membentuk

kendiri murid yang positif.

Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut

selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu

aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di

kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-

pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material

bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di

sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini

disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan

latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan

akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu,

penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu

dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi

masyarakat di masa akan datang.

24

Page 25: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Tuntasnya, usaha berterusan yang dijalan oleh pihak sekolah di atas akan berjaya

sekiranya semua pihak sama ada guru itu sendiri bekerjasama dalam menangani isu dan

cabaran yang bakal dihadapi. Sejajar dengan matlamat Negara yang ingin tampil sebagai

sebuah Negara maju menjelang 2020, maka perkembangan dan kemajuan sistem pendidikan

hendaklah seimbang dan tidak ada seorang warga Negara pun yang tercicir atau ketinggalan

terutama dalam arus pembangunan Negara. Ini adalah penting kerana setiap masyarakat

merupakan golongan yang sangat bekerpentingan dalam kewujudan Negara Malaysia, maka

keperluan dan kehendak mereka dalam pendidikan haruslah tidak boleh diabaikan atau di

pandang ringan sahaja. Ini adalah menjadi satu tugas yang perlu digalas oleh warga pendidik

dengan jayanya dalam memahami perbezaan corak budaya, etnik atau bangsa seseorang

murid itu di dalam bilik darjah. Ini adalah penting dalam memastikan kesinambungan

pengajaran yang berkesan dapat dikekalkan dengan baik dan saksama demi melahirkan

seorang individu yang seimbang, selaras dengan matlamat dasar Pendidikan Kebangsaan.

RUJUKAN

Choong Lean Keaw, (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah - Suatu Pandangan Lengkap. Kuala Lumpur :

Utusan Publications

25

Page 26: Sosiobudaya Dlm Kelas2015

Budaya Dan Pembelajaran EDU 3063

Syed Ismail b. Syed Mustapa& Ahmad Subki bin Maskon, (2010). Budaya dan

Pembelajaran.Puchong,Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Laman web:

www. 1malaysia .com.my/ ( 25 Februari 2011)

www.wikipedia.org/wiki/ 1Malaysia ( 25 Februari 2011)

www. 1malaysia .org.my ( 25 Februari 2011)

http://www.pmo.gov.my/ ( 28 Februari 2011)

www.penerangan.gov.my ( 28 Februari 2011)

http://www.slideshare.net/khalidipda/edu3106-kuliah4implikasi-kepelbagaian-sosiobudaya ( 28 Februari 2011 )

http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/konsep-matlamat-objektif.html ( 28 Februari 2011)

26