sosiolinguistik

9
Sosiolinguistik

description

sosiolinguistik

Transcript of sosiolinguistik

Page 1: sosiolinguistik

Sosiolinguistik

Page 2: sosiolinguistik

• Sosiolinguistik berasal daripada gabungan sosio dan linguistik.

• Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi dengan Linguistik.

• Sosiolinguistik adalah ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.

• Maksud istillah masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa.

• Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan seperti perbezaan bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab, dll.

• Kesemuanya diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatika, dll.

Page 3: sosiolinguistik

• Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak.

• Bidang ini memberi pengertian umum, rasional dan empirikel serta bersifat umum (Soekanto, 1982).

• Linguistik memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikel, kenyataan struktur, penggolongan dan rumus bahasa.

• Kita menilai orang bukan hanya dengan apa yang dituturkan oleh seseorang tetapi juga bagaimana kedengarannya bahasa yang diucapkan.

• Timbulnya kesedaran baru dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak boleh dipisahkan antara Perilaku Bahasa dan Perilaku Sosial (Loveday, 1982).

Page 4: sosiolinguistik

• Ahli linguistik Antropologi berpendapat bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai keseluruhan yang bersifat Monolitik (Satu) (Fishman, 1968).

• Bahasa itu hanya akan bermakna dan berfungsi sekiranya digunakan dalam kehidupan seharian.

• Sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor sosial seperti bahasa dialek, bahasa pembakuan, perancangan bahasa, dll.

• Sosiologi Bahasa pula mengkaji kesan Bahasa terhadap masyarakatnya.• Aspek-aspek ini terdiri daripada norma dan nilai masyarakat, harapan

masyarakat, suasana yang wujud dalam masyarakat, dll.

• Dell Hymes (1962), bahasa yang digunakan seharian dalam perbicaraan melalui telefon, bergurau, berbual kosong, dll dikenali sebagai ‘Etngrafi’ pertuturan (The Ethnography of Speaking).

Page 5: sosiolinguistik

• Kesemua yang dibincangkan tadi dapat disimpulkan dalam 4 perkara:-

i. Ahli Sosiolinguistik percaya kenyataan sosial tidaklah boleh diselesaikan melalui jadual ataupun statistik tetapi pada kenyataannya dibangunkan dalam Proses Interaksi. Ahli Antropologi menganalisis cerita dongeng, cerita rakyat, teka-teki dan upacara keagamaan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat lama.

ii. Kajian juga dijalankan bagaimana norma-norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya pertuturan Kelas Pertengahan dan Kelas Atasan masyarakat Inggeris.

iii. Banyak indikator linguistik yang memberikan maklumat sosial bermula daripada bahasa loghat, pemilihan kosa kata dan tatabahasa. Trudgil (1974), menunjukkan perbezaan sosial orang Inggeris yang berasal dari Norway.

iv. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik juga menjadi sasaran kajian Sosiolinguistik. Lembaga seperti ‘Academie Francaise’ secara rasmi menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Peranchis.

Page 6: sosiolinguistik

• Pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi pernah diakukan sebagai satu eksploitasi bahasa.

• Bahasa Maori diajar kepada mereka yang berkulit putih di New Zealand.

• Bahasa Rusia diajar di negara blok Timur Eropah.

• Terdapat usaha untuk memasukkan bahasa pribumi ke dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika.

• Indonesia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa Nasional Indonesia seperti yang dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda mempunyai bilangan penutur yang jauh lebih ramai daripada bahasa Melayu.

Page 7: sosiolinguistik

• Aspek-Aspek Sosial dalam Bilingualisme dan Multilingualisme adalah juga penting dalam kajian sosiolinguistik.

• Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kelompok-kelompok minoriti di pelbagai negara.

• Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam amalan meminjam perkataan asing.

Page 8: sosiolinguistik

• Konferens pertama Sosiolinguistik berlangsung di University of California di Los Angeles pada tahun 1964.

• Salah satu hasil daripada konferens dirumuskan oleh Dittmar (1976). i. Identiti Sosial Penutur ii. Identiti Sosial Pendengar dalam komunikasi iii.Lingkungan sosial tempat peristiwa perbicaraan berlaku. iv. Analisis terhadap dialek-dialek sosial. v. Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur. vi. Tingkatan ragam linguistik.vii. Penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik.

Page 9: sosiolinguistik

• Dalam Budaya Malaysia, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris digunakan dengan meluasnya.

• Masyarakat Majmuk di Malaysia menggunakan kedua-dua bahasa tersebut sebagai alat komunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai situasi secara rasmi dan tidak rasmi.