Sosiolinguistik Lanjutan

28
BBM 5203: SOSIOLINGUISTIK LANJUTAN Oleh: Nik Suhaida binti Razak No. Matrik: GS 41220 Tajuk: Bahasa Dan Kesantunan Mempunyai Kaitan Yang Rapat. Huraikan.

description

Kaitan antara Bahasa dan Kesantunan Bahasa

Transcript of Sosiolinguistik Lanjutan

Slide 1

BBM 5203:SOSIOLINGUISTIK LANJUTAN

Oleh: Nik Suhaida binti RazakNo. Matrik: GS 41220

Tajuk: Bahasa Dan Kesantunan Mempunyai Kaitan Yang Rapat. Huraikan.Definisi Konsep

KesantunanKata santun diberi makna oleh Kamus Dewan sebagai halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan.Oleh itu, kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.Secara umum, ia merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.Kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun.

Kesantunan bahasa tercermin dalam tatacara berkomunikasi.Ketika berkomunikasi, kita harus tunduk kepada norma-norma budaya yang hidup dalam masyarakat . Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka dia dituduh sebagai orang yang aneh, egois, sombong, tidak beradat atau tidak berbudaya.Zaba (1950) membincangkan aspek kesantunan perbuatan. Beliau mengatakan bahawa budi bahasa bukan sekadar penggunaan bahasa semata-mata.Perlakuan dan tingkah laku seseorang, seperti amalan berjabat tangan, menunjukkan muka yang manis, cara duduk yang tertib dan disenangi, melayan tetamu dengan menghidangkan juadah, membongkokkan badan ketika melintas di hadapan atau di belakang orang lain, serta menggunakan ibu jari bukan jari telunjuk, apabila mahu menunjukkan sesuatu perlu dititikberatkan juga.Penggunaan bahasa yang santun tidak lengkap tanpa disertai oleh perlakuan yang mulia itu.Konsep Kesantunan MelayuSifat santun dan kesantunan boleh didefinisikan sebagai halus budi bahasa dan pekerti dalam kelakuan berinteraksi dan berkomunikasi. Dalam pengertian orang Melayu, kesantunan dikaitkan dengan tiga komponen keperibadian atau sahsiah seseorang manusia, iaitu:Fiil perangai dan budi pekertinya yang membawa kepada tindak-tanduk perbuatan dan aksinya.Budi bahasa dan tutur katanya yang membawa kepada budi bicara dan percakapannya.Hati budi, iaitu kalbu dan akalnya.

Konsep kesantunan bagi orang Melayu tidak boleh dipisahkan daripada agama, iaitu Islam.Kesantunan ialah sebahagian daripada akhlak bukan setakat etika dan moral sahaja.Sememangnya perlakuan dan tindak-tanduk yang beretika dan bermoral dianggap baik dan murni kerana menyumbang dan memanfaatkan manusia dan makhluk yang lain.Namun, dalam pengajaran agama Islam, segala perlakuan dan pertuturan yang baik mesti disertai dengan niat yang ikhlas, iaitu hanya untuk mendapat keredhaan Allah Khaliknya semata-mata.

Kesantunan Bahasa dari Sudut Agama

Bahasa menurut huraian Islam, berkait rapat dengan akal. Manusia disebut haiwan natiq atau rational animal disebakan adanya dua unsur itu pada dirinya.Dikaitkan dengan ciri manusia sebagai haiwan yang berakal dan berbahasa.Sebagai makluk yang istimewa dan mulia, manusia wajib menjaga kemuliaan akhlak dan salah satu tanda kemuliaan akhlak manusia ialah kesantunan bahasanya.Bahasa menjadi wahana atau saluran akal untuk melahirkan idea, fikiran dan bahkan perasaan seseorang sehingga dapat disampaikan kepada pihak lain.Bahasa menjadi wahana yang menerima dan mentafsirkan idea, fikiran atau perasaan daripada pihak lain sehingga penerima idea, fikiran atau perasaan itu faham dan mungkin memberikan gerak balas atau respons. Peranan Bahasa dalam Pembentukan Kebudayaan dan Tamadun Manusia

Bahasa menjadi alat pemerolehan dan pengembangan ilmu dalam Surah al-Baqarah, ayat 31, dijelaskan bagaimana Allah mengajar Adam tentang nama sekalian ciptaan dan kejadian di alam, iaitu sebagai bukti pemerolehan ilmu memerlukan alatnya, iaitu bahasa.Bahasa menjadi alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi) pembentukan sahsiah yang bermula dengan institusi keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan formal (seperti sekolah), media massa dan masyarakat berlangsung dengan menggunakan bahasa sebagai alat penyaluran sistem nilai, adat, kepercayaan dan kebudayaan keseluruhannya.Bahasa menjadi tali pengikat persefahaman dan perpaduan baik dalam kalangan sesama bangsa, kaum atau suku mahupun dalam kalangan antara bangsa, kaum dan suku yang berlainan, bahasa menjadi alat yang membentuk persefahaman dan perpaduan. Hal ini disebut dengan jelas dalam al-Quran, Surah al-Hujarat, ayat 13.Prinsip utama agama Islam dalam kaitannya dengan kesantunan bahasa berbung secara langsung dengan dua perana utama manusia di muka bumi, iaitu: 1. menyeru kebaikan (amar maruf) 2. mencegah kemungkaran (nahi mungkar)Peraturan Bahasa sebagai Asas KesantunanBahasaKesantunan bahasa diukur berdasarkan kepatuhan bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat.Setiap masyarakat atau bangsa mempunyai peraturan bahasa masing-masing.Sebahagian peraturan itu bersifat sejagat seperti penggunaan panggilan hormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan bertatasusila.Ada sebahagian pula bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau bangsa seperti bentuk-bentuk panggilan kehormat menurut sistem susun lapis masyarakat, protokol dalam pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat berkenaan.Prof. Emeritus Dato Dr. Asmah Haji Omar dalam bukunya Setia dan Santun Bahasa (2002), merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa, iaitu:Peraturan linguistikPeraturan sosiolinguistikPeraturan pragmatik Kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan itu secara bersepadu menjadi asas kesantunan bahasa.Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya ialah orang yang sedapat mungkin berbahasa dengan menitikberatkan ketiga-tiga peraturan bahasa itu.Peraturan Linguistik

Peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi, dan tatabahasa.Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.Peraturan Sosiolinguistik

Berkaitan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi tulisan).Contohnya, penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat, yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.Penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan konteks dalam masyarakat, baik disebabkan oleh faktor hubungan antara pembicara dengan khalayak, faktor suasana (misalnya antara suasana rasmi dengan suasana tidak rasmi), faktor bidang yang tertentu mahupun faktor media (lisan atau tulisan).Contohnya, dalam urusan rasmi dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul. Penggunaan gelar (seperti Tun, Tan Sri, Dato , Dato Seri dan yang lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.Dalam suasana tidak rasmi masih memerlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara.Contohnya, orang yang bergelar tetap perlu disapa dengan gelar yang dimilikinya. Kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.Seorang anak saudara yang seusia lebih atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetapp perlu menyapa ayah sadara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya, misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.Peraturan Pragmatik

Menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi. Berkaitan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.Contohnya dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya memerlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain. Dalam bidang ilmiah, ilmu yang berkaitan dengan peraturan pragmatik disebut retorik.Antara yang dipentingkan termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.Misalnya, dapat dilihat wacana jenis penceritaan, pemaparan, penghujahan dan pembujukan. Kesantunan Bahasa sebagai Warisan Kebudayaan Bangsa

Sekian banyak unsur yang menggambarkan wujudnya kesantunan bahasa dirakamkan dalam pelbagai karya persuratan (seperti hikayat, syair, pantun, gurindam dan seloka) dan tradisi lisan (seperti pelipur lara, wayang kulit dan menora). Bentuk bahasa yang banyak mengungkapkan kesantunan bahasa ialah peribahasa, sama ada dalam bentuk yang dikenal sebagai simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, perbilangan mahupun kata hikmat.Telah wujud adat istiadat dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman sebagaimana yang digambarkan dalam karya-karya persuratan seperti dalam Sejarah Melayu.Contoh peribahasa yang menekankan pentingnya menjaga kesantunan bahasa ketika berkomunikasi termasuklah: - bercakap siang pandang-pandang; bercakap malam dengar-dengar. - terlajak perahu dapat ditarik; terlajak kata buruk padahnya. - kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya.Dalam bentuk pantun pula, diungkapkan pentingnya kesantunan bahasa seperti pada contoh yang berikut:

Tingkap papan kayu bersegi,Sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi,Tinggi bangsa kerana bahasa.

Anak Cina menimbang madat,Dari Makasar langsung ke Deli;Hidup di dunia biar beradat,Bahasa tidak berjual beli.

Kesantunan Bahasa dalam Surat Rasmi

Surat rasmi terbahagi kepada dua jenis surat berbentuk formal, iaitu surat rasmi peribadi dan surat rasmi organisasi.Menurut Ab. Razak Ab. Karim (2006) dalam konteks surat rasmi Melayu, aspek tingkah laku tidak dibincangkan kerana ia melibatkan pemeran atau penulis yang tidak bersemuka tetapi ia lebih membincangkan kepada aspek budaya bahasa yang diukur berdasarkan penggunaan bahasanya sama ada bersopan, halus ataupun tidak.Pandangan beliau adalah bertepatan dengan pandangan Dell Hymes (1974), yang menyatakan ada empat faktor yang menjadi penentu kesopanan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Penentu tersebut ialah siapa yang bercakap, dengan siapa, di mana, mengapa dan bagaimana.Agus Syahrani (2014) menyatakan strategi komunikasi dan kesantunan yang ditetapkan dalam sesuatu budaya mempengaruhi kesantunan berbahasa komunikasi bertulis tersebut.Daripada aspek bahasa, kebanyakan surat rasmi atau warkah rasmi menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami.Irdawati Zahid (2011) menyatakan aspek kesantunan dalam penulisan surat rasmi adalah bergantung kepada strategi langsung dan juga strategi tidak langsung. Ia lebih berfokus kepada penggunaan strategi langsung, iaitu tanpa bantuan prosidi. Ia penting agar tidak menimbulkan salah faham kepada pemeran atau pembaca surat berkenaan. Aspek Kesantunan Bahasa dalam Surat Rasmi

Panggilan Hormat

Dalam penulisan sesebuah surat rasmi, panggilan hormat dituju kepada penerima surat.Panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya.Misalnya, Tun perlu dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat tertenu, iaitu Yang Amat Berbahagia. Tetapi jika kebetulan orang yang bergelar Tun itu memegang jawatan, katakan Perdana Menteri, maka panggilan hormat kepadanya pada jawatan yang disandang.Jadi, dalam menentukan panggilan hormat, dua ukuran yang dapat dijadikan asas ialah gelar dan jawatan.Antara kata panggilan hormat yang biasa ditemui dalam penulisan surat rasmi ialah Yang Berbahagia, Yang Amat Bahagia dan sebagainya.

Kata Ganti Diri

Kata ganti diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.Bentuknya bergantung sama ada kata ganti nama diri itu digunakan dalam urusan rasmi atau dalam suasana tidak rasmi.Dalam komunikasi tulisan rasmi, kata saya digunakan dalam situasi seperti surat, memo, laporan, pengakuan dan perakuan dan pengesahan.Selain itu, kata ganti diri yang sentiasa ditemui dalam penulisan surat rasmi ialah kami dan kita.

Gaya Pengungkapan

Pemilihan KataAntara perkara penting yang diperhatikan dalam aspek gaya pengungkapan ini termasuklah: - pemilihan kata - pemilihan ungkapan - keberkesanan ayat - keutuhan wacana Pemilihan Kata

Pemilihan kata ialah tahap yang melebihi tahap tatabahasa daripada segi penguasaan binaan kata, termasuk dalam retorik, iaitu penggunaan bahasa untuk mencapai keberkesanan komunikasi.Kata-kata yang digunakan bukan sahaja mesti betul daripada segi tatabahasa tetapi mestilah juga bertenaga dan jelas dalam menyampaikan sesuatu mesej.Pemilihan kata amat penting untuk memastikan kesantunan bahasa terpelihara.Sebagai contoh, sesuatu masalah hendaklah dinyatakan dengan jelas dengan menggunakan kata yang tepat maknanya; misalnya kemerosotan prestasi pelajar dalam peperiksaan lebih tepat dan jelas daripada masalah yang tidak diingini dalam prestasi pelajar.jelas bahawa kata kemerosotan memberikan makna yang lebih langsung dan pasti daripada penggunaan kata masalah yang memerlukan tafsiran yang tidak pasti.

Dalam penulisan surat kiriman rasmi, pemilihan kata haruslah tepat untuk menyampaikan maksud kepada pembaca surat.Contoh pemilihan kata dalam surat rasmi; mohon tajaan buku., mohon sumbangan, perkara di atas adalah dirujuk.Keutuhan Wacana

Asas keutuhan wacana ialah lengkapnya bahagian-bahagian yang perlu ada dalam sesuatu wacana itu.Pada dasarnya, wacana yang lengkap ialah wacana yang mempunyai tiga bahagian utama, iaitu pendahuluan, badan dan penutup. Kandungan surat rasmi, misalnya, perlu bermula dengan pendahuluan, diikuti oleh tujuan dan maklumat, dan diakhiri dengan penutup.Dalam hubungannya dengan kesantunan bahasa, amat penting dititikberatkan persediaan untuk melengkapkan ketiga-tiga bahagian wacana yang penting itu.

Kesimpulan

Sememangnya, kesantunan dan bahasa mempunyai perkaitan yang amat rapat antara satu sama lain.Keindahan dalam bahasa dijelmakan dalam pertuturan dan pengungkapan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas, benar dan penuh pengajaran serta memberi sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya.Oleh itu, kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat.