Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

download Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

of 17

Transcript of Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    1/17

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER 2 / 2012

    HBEF1503

    SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

    NO. MATRIKULASI : 790202125063001

    NO. KAD PENGNEALAN : 790202-12-5063

    NO. TELEFON : 013-8517922

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : Pusat Pembelajaran W.P. Labuan

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    2/17

    ISI KANDUNGAN

    1.0 Pendahuluan 1

    2.0 Perpaduan Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan 2

    2.1 Laporan Razak (1956) 3

    2.2 Laporan Rahman Talib (1960) 5

    2.3 Akta Pelajaran 1961 6

    2.4 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 6

    3.0 Falsafah Pendidikan Negara - Dalam Konteks Perpaduan 6

    4.0 Kelemahan Sistem pendidikan Malaysia - Dalam Konteks

    Perpaduan 7

    4.1 Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran 7

    4.2 Pengisian Kurikulum dan Kokurikulum 8

    4.3 Hasrat Merealisasikan wawasan 2020 9

    4.4 Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris 9

    5.0 Cadangan Meningkatkan Perpaduan Melalui Pendidikan 10

    5.1 Mengadakan dan menganjurkan program keseluruhan 11

    bersama murid dan guru yang melibatkan sekolah

    kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil).

    5.2 Mengkaji semula kurikulum di sekolah kebangsaan dan 11

    sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) iaitu dengan

    mewajibkan mengambil bahasa mandarin atau bahasa tamil.

    5.3 Elemen-elemen kebudayaan, pemakanan dan adat resam 12

    perlu diterapkan dalam persekitaran sekolah

    5.4 Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum perlu seiring dengan

    keperluan masyarakat yang menekankan nilai-nilai jati diri,

    mempunyai sifat patriotisme dan bertoleransi yang harusdiperkasakan.

    6.0 Kesimpulan 13

    7.0 Apendiks 14

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    3/17

    HBEF1503

    1.0 Pendahuluan

    Sejarah kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia telah melalui proses yang

    amat panjang. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo

    ketika itu di dominasi oleh orang asli, orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

    Namun demikian pada waktu itu memang terdapat penghijrahan daripada kaum dan etnik

    lain tetapi lebih kepada sekitar kepulauan Melayu. Namun demikian, corak masyarakat

    dan budaya ketika itu adalah lebih kurang sama kerana dari segi rumpun Melayu.

    Ledakan migrasi telah berlaku semasa era penjajahan British bermula dari

    tahun1786 hingga 1957. Faktor utama pendorong kepada migrasi semasa era kolonial

    British adalah di sebabkan faktor ekonomi yang dijlankan oleh pihak penjajah. Kaum

    Cina daripada negara China adalah merupakan kaum terbesar yang berhijrah ke Tanah

    Melayu semasa era penjajahan British. Faktor pendorong kepada penghijrahan kaum

    Cina adalah di sebabkan oleh kemiskinan dan penderitaan di negara meraka. Kemasukan

    kaum Cina ke Tanah Melayu bertujuan bagi menampung keperluan tenaga buruh

    terutamanya dalam sektor perlombongan.

    Kaum India daripada India selatan adalah merupakan kaum kedua yang terbesar

    berhijrah ke Tanah Melayu semasa era penjajahan British. Negara India semasa zaman

    tersebut turut mempunyai masalah tersendiri menyebabkan penduduknya berhijrah ke

    negara lain. Tujuan kemasukan kaum India semasa zaman penjajahan British adalah dari

    sudut faktor ekonomi iaitu bagi menampung tenaga buruh dalam sektor perladangan.

    Negeri Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali daripada tumpuan migrasi ke

    negeri tersebut. Namun demikian, di Sabah dan Sarawak migrasi lebih tertumpu kepada

    masyarakat Indonesia dan Ceylon atau sekarang dikenali sebagai Sri Lanka. MasyarakatIndonesia terdiri daripada etnik Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Manakala masyarakat

    Ceylon terdiri daripada kaum Sinhalese.

    Semasa zaman penjajahan British, terdapat lima jenis sekolah di negara ini iaitu

    sekolah aliran Melayu, Inggeris, Agama, Cina dan Tamil. Laporan Barnes 1950 telah

    3

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    4/17

    menjadi penggerak kepada perubahan sistem pendidikan yang lebih bercorak kepada

    nasionalisme selepas tamat Perang Dunia II pada tahun 1946 (Shahril @ Charil Marzuki

    & Habib Mat Som, 1999:9). Mengikut Laporan Barnes 1950, kewujudan sekolah

    vernakular tidak menyumbang kepada ke arah perpaduan kaum dan perlu dibubarkan

    dengan hanya mewujudkan satu jenis sekolah sahaja. Masyarakat Cina telah merasa

    tergugat dengan laporan tersebut, maka terhasilah laporan Fenn-Wu 1951 yang

    mempertahankan kedudukan masyarakat Cina. Maka, Ordinan Pelajaran ditubuhkan pada

    tahun 1952 impak daripada hasil Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951.

    Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan

    digubal berasaskan daripada Laporan Razak 1956. Seterusnya laporan ini telah disemak

    semula dan diperkukuhkan melalui Laporan Rahman Talib 1960 yang diperakukan dalam

    Akta Pelajaran 1961. Matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang

    termaktub dalam Ordinan 1957 adalah bertujuan membentuk sistem pendidikan

    kebangsaan yang akan meningkatkan perkembangan sosio-budaya, ekonomi dan politik

    negara.

    Daripada sejarah penubuhan negara Malaysia, terutamanya sesudah merdeka

    kerajaan pada waktu itu telah berusaha dan mendapati bahawa pendidikan adalah

    merupakan satu instrumen bagi menyatupadukan semua kaum dan etnik di Malaysia.

    Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat menghormati, bertoleransi,

    bekerjasama dan aspek-aspek moral bagi melahirkan pewaris negara yang berkualiti,

    bertanggungjawab, berdaya saing, bijak dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting

    untuk memupuk perpaduan dikalangan masyarakat.

    2.0 Perpaduan Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan

    Penggubalan satu-satu dasar adalah perlu bagi tujuan untuk mengatasi masalah-

    masalah masyarakat atau isu-isu politik dan sosial serta meningkatkan taraf hidup rakyat

    dalam pelbagai bidang. Selaras dengan itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal

    sebagai garis panduan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

    4

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    5/17

    HBEF1503

    Pada asasnya sewaktu selepas kemerdekaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan

    digubal bermatlamat kepada perpaduan negara, iaitu meliputi setiap kaum dan etnik

    dengan tidak mengira anutan agama masing-masing.

    Untuk mendidik rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan kebangsaan supaya

    membolehkan mereka menjadi warganegara yang berpengetahuan,

    bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik

    serta memenuhi kehendak-kehendak negara yang sedang membangun sesuai

    dengan Dasar Ekonomi Baru di samping mewujudkan satu masyarakat yang taat

    setia, berdisiplin dan bersatu padu selaras dengan Prinsip-prinsip Rukunegara.

    Berdasarkan petikan yang diperolehi daripada buku berjudul Pendidikan Di

    Malaysia (Abdullah Sani dan P.Kumar, 1990), matlamat utama Dasar Pendidikan

    Kebangsaan ialah untuk perpaduan negara dan telah termaktub dalam Ordinan 1957.

    Pada waktu itu cadangan-cadangan yang dikemukan di dalam Laporan Razak (1956)

    adalah merupakan teras kepada sistem pendidikan negara. Bagi membincangkan

    kekuatan Dasar Pendidikan Negara melalui konteks perpaduan, adalah perlu mengetahui

    asas dasar pendidikan di Malaysia yang mementingkan perpaduan antara kaum melalui

    (1) Laporan Razak 1956, (2) Laporan Rahman 1960, (3) Akta Pelajara 1960 dan (4)

    Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974.

    2.1 Laporan Razak (1956) Langkah Ke Arah Perpaduan Berbilang Kaum

    Menerusi Pendidikan

    Pemimpin terdahulu mendapati bahawa bagi memupuk semangat perpaduan

    dikalangan pelbagai kaum semasa sebelum merdeka dan sesudah merdeka adalah melalui

    pendidikan. Bertolak dari kesedaran inilah Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berasaskan

    kepada Laporan Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 telah

    diwujudkan.

    Prinsip dan cadangan asas laporan tersebut telah dimaktubkan di dalam Ordinan

    Pelajaran 1957 dan telah menjadi asas kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan pada masa

    itu. Antara cadangan-cadangan penting di dalam laporan itu adalah seperti berikut:

    5

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    6/17

    1. Penubuhan dua jenis sekolah sahaja iaitu sekolah-sekolah rendah yang

    bersendirian atau yang menerima bantuan dan sekolah-sekolah menengah yang

    bersendirian atau mendapat bantuan terus.

    2. Menukarkan sekolah-sekolah rendah yang ada sekarang kepada sekolah-sekolah

    umum dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan

    sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan bahasa pengantarnya, Bahasa Cina,

    Bahasa Tamil atau Inggeris.

    3. Menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang

    wajib di semua sekolah rendah dan menengah.

    4. Penubuhan satu jenis sekolah menengah kebangsaan terbuka secara saingan

    kepada semua bangsa, menggunakan sukatan pelajaran yang seragam untuk

    semua aliran, suatu kurikulum pelajaran yang boleh diubahsuai untuk

    membenarkan pengajaran semua bahasa dan kebudayaan Tanah Melayu serta

    mempunyai ruang untuk berbagai-bagai bahasa menjadi bahasa pengantar.

    5. Mengorientasikan semua sekolah ke arah Tanah Melayu melalui kandungan

    sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama.

    6. Mengambil langkah-langkah bagi memupuk perkembangan bahasa kebangsaan

    dan mempertingkatkan pengetahuan di kalangan penduduk di Persekutuan Tanah

    Melayu.

    Dalam sejarah pendidikan di Malaysia, Laporan Razak 1956 dianggap sebagai

    asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan di negara kita. Jika di amati satu

    persatu cadangan yang diutarakan di dalam laporan itu mendapati bahawa pendidikan

    adalah merupakan satu kaedah ke arah mencapai perpaduan berbilang kaum di Malaysia.

    Antara ciri-ciri terpenting Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai garis panduan pelajaran

    sejak waktu itu ialah:

    1. Hasrat hendak membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.

    2. Hasrat bahawa matlamat akhir bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama.

    6

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    7/17

    HBEF1503

    3. Hasrat untuk mengadakan kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling

    Malaysia dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannnya.

    4. Hasrat untuk memperkukuhkan Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan

    mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah dan pelajar.

    Cadangan-cadangan di dalam Laporan Razak (1956) telah dioperasionalisasikan

    serta dilaksanakan melalui program-program dan projek-projek pendidikan bagi

    memupuk semangat dan identiti kebangsaan di kalangan masyarakat Malaysia yang

    berbilang kaum.

    2.2 Laporan Rahman Talib (1960)

    Dasar pendidikan negara telah disemak semula oleh jawatankuasa penyemak yang

    diketuai oleh Y.B. Encik Abdul Rahman bin Talib pada tahun 1960. Tujuan semakan itu

    bagi mempertegaskan dan memperkukuhkan kemantadapan Dasar Pendidikan

    Kebangsaan. Kontek perpaduan di dalam Laporan Rahman Talib (1960) adalah seperti

    berikut:

    1. Memperkenalkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama

    2. Penggunaan bahasa rasmi untuk Peperiksaan Awam.

    Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) mempunyui matlamat

    yang sama iaitu mewujudkan perpaduan diantara kaum dan etnik melalui pendidikan.

    Impak daripada kedua-dua laporan ini melalui konteks perpaduan menerusi pendidikan

    ialah:

    1. Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama supaya murid-murid dari

    berbilang kaum dapat berhubung, berinteraksi dan memahami di antara satu sama

    lain. Persahabatan dan kemesraan yang telah dijalin di anatara mereka dapat

    dijadikan asas untuk membina perpaduan kaum.

    2. Sistem mengumpulkan sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan sekola

    jenis kebangsaan dapat memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dan

    pada masa yang sama memelihara bahasa dan budaya kaum-kaum yang lain.

    7

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    8/17

    3. Semua peperiksaan awam di sekolah-sekola menengah diadakan di dalam salah

    satu bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Bagi tujuan

    perpaduan negara, matlamatnya ialah untuk mengurangkan sekolah menengah

    yang berunsur perkauman.

    2.3 Akta Pelajaran 1961

    Akta ini digubal berpandukan syor-syor daripada Laporan Rahman Talib (1960).

    Dari segi perspketif perpaduan, akta ini dirangka iaitu dengan menetapkan satu

    kurikulum yang sama untuk semua sekolah yang berlainan aliran bagi tujuan

    mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. Kedua, penggunaan Bahasa Melayu juga

    digunakan dengan sepenuhnya di semua peringkat pengajian iaitu dari sekolah rendah

    hingga ke pusat pengajian tinggi. Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan pada waktu itu

    memperkukuhkan lagi perpaduan pelbagai kaum menerusi sistem pendidikan.

    2.4 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974

    Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan bagi mengkaji

    semula dan memperbaiki pelaksanaannya dalam mencapai matlamat melahirkan datu

    masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin sertan memenuhi keperluan tenaga rakyat

    yang terlati bagi pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam

    tahun 1979.

    Hasil daripada laporan ini, kerajaan telah memperkenalkan kurikulum baru untuk

    semua sekolah termasuklah sekolah swasta iaitu KBSR dan KBSM. Murid-murid

    dikehendaki mengikuti mata pelajaran yang sememangnya menganjurkan ke arah

    perpaduan seperti Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral, Sivik dan ilmu

    pendidikan sosial yang lain. Mata pelajaran Bahasa Malaysia diutamakan memandangkan

    fungsinya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.

    3.0 Falsafah Pendidikan Negara - Dalam Konteks Perpaduan

    Falsafah Pendidikan Negara adalah merupakan kandungan dan hasrat yang

    dihasilkan daripada Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960) dan Laporan

    8

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    9/17

    HBEF1503

    Jawatankuasa Kabinet (1979). Falsasah Pendidikan Negara adalah dinyatakan seperti

    berikut:

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke ara

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

    emaosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

    dan kemakmuran masyarakat dan negara.

    Menurut Abdullah Sani dan P. Kumar (1990), ciri paling penting Falsafah

    Pendidikan Negara ialah perpaduan, sekaligus membina sebuah negara dan membuang

    kesan-kesan sisa penjajah. Falsafah Pendidikan Negara menggariskan tiga bidang utama

    yang merangkumi keperluan individu, negara dan ekonomi. Perkembangan Individu

    dapat diperkembangkan secara menyeluruh ke arah melahirkan insan yang sempurna dan

    baik akan menyumbangkan kepada kewujudan perpaduan rakyat dan kemakmuran

    negara. Kesemua ini dapat dilaksanakan dengan sistem pndidikan negara selepas Laporan

    Kabinet (1979) dibentangkan iaitu dengan memperkenalkan kurikulum baru pada waktu

    itu iaitu KBSR dan KBSM yang menerapkan semua elemen penting bagi perkembangan

    individu terutama sekali berkaitan perpaduan melalui pendidikan.

    4.0 Kelemahan Sistem Pendidikan Malaysia Dalam Konteks Perpaduan

    Dasar Pendidikan Negara adalah merupakan asas kepada perkembangan

    pendidikan negara. Dasar Pendidikan Negara juga berubah seiring dengan perkembangan

    politik, sosiologi dan ekenomi negera. Jika di imbau kembali rentetan dasar pendidikannegara telah mula mengalami revolusi dengan terbentangnya laporan Razak 1956

    sehingga ditambah baikan dari masa ke semasa. Namun demikian, terdapat beberapa

    kelemahan dasar pendidikan negara pada masa kini terutamanya dalam konteks

    perpaduan yang perlu dikaji disebabkan negara sedang menuju ke era globalisasi.

    9

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    10/17

    4.1 Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran

    Globalisasi adalah merupakan satu cabaran kepada mana-mana negara terutama

    sekali dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat yang boleh berubah-berubah.

    Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama

    dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah

    jenis kebangsaan tamil. Isu-isu sistem persekolahan adalah merupakan isu sensitif bagi

    masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ini kerana bukan mudah untuk mencapai

    persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang

    berbeza.

    Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari segi aspek

    perpaduan. Kewujudan sekolah pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah

    jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) telah menjejaskan perpaduan kaum. Kewujudan

    sistem persekolah ini adalah tidak releven kerana jika masih lagi diteruskan maka jurang

    perhubungan masyarakat Malaysia akan semakin jauh. Ini kerana sekolah adalah

    merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu

    untuk saling mengenal antara satu sama lain.

    Secara realitinya di sekolah-sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-

    murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini

    menunjukkan jurang perbezaan yang luas antara murid-murid Melayu, Cina dan India. Ini

    disebabkan oleh masalah penggunaan bahasa yang menyebabkan berlakunya jurang

    perpaduan melalui pendidikan.

    4.2 Pengisian Kurikulum dan Ko-kurikulum

    Menurut Mukhriz Mahathir (2008) telah memberi pandangan bahawa supaya

    sistem persekolahan diwujudkan dengan menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil

    sebagai subjek wajib diambil oleh murid-murid Cina dan India. Murid Melayu boleh

    mengambil bahasa Mandarin atau bahasa Tamil sebagai salah satu subjek pilihan. Secara

    10

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    11/17

    HBEF1503

    tidak langsung cadangan ini membolehkan ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia ini

    boleh menguasai ketiga-tiga bahasa agar merapatkan jurang perbezaaan.

    Penggubalan dasar pendidikan negara melalui Laporan Kabinet (1979) telah

    menghasilkan satu kurikulum baru iaitu KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan

    KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah). Tujuan kurikulum ini diperkenalkan

    adalah bagi meningkatkan lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat. Menurut Charil

    Marzuki et al. (1995), keberkesanan kurikulum KBSR dan KBSM untuk

    menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan.

    4.3 Hasrat Merealisasikan Wawasan 2020

    Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.

    Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara

    maju menjelang tahun 2020. bagi merealisasikan Wawasan 2020, sektor pendidikan

    adalah merupakan peneraju utama dalam mencapai sasaran ke arah perpaduan negara.

    Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan

    tentang keutuhan perpaduan yang ada sekarang. Sistem persekolahan yang sedia ada

    sekarang sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat supaya dapat

    disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih terdapat segelintir pihak mahu

    pihak kerajaan mengekalkan sistem persekolahn sedia ada manakala sesetengah pihak

    memerlukan perubahan.

    4.4 Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

    (PPSMI).

    PPSMI telah diperkenalkan semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad

    pada tahun 2003 bertujuan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan

    masyarakat Malaysia. Namun demikian, pada tahun 2009 PPSMI dimansuhkan

    11

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    12/17

    sepenuhnya pada tahun 2012 akibat timbulnya masalah terutamanya dikalangan

    masyarakat Melayu.

    Antara sebab-sebab mendapat bantahan dari banyak pihak terutamanya

    dikalangan masyarakat ialah kerana:

    1. Bertentangan dengan Perlembagaan 152, iaitu memertabatkan Bahasa Melayu.

    2. Prestasi pelajar Melayu merosot dalam subjek Sains dan Matematik.

    3. Tentangan daripada pejuang-pejuang Bahasa Melayu, para cendikiawan,

    tokoh akademik, ahli poltik dan NGO yang memperjuangkan bahasa Melayu

    sebagai bahasa rasmi.

    Kesan daripada PPSMI amat dirasai oleh pelajar luar bandar apabila menunjukkan

    kemerosatan dalam subjek Matematik dan Sains berbanding pelajar yang tinggal

    dibandar. Pihak yang membantah PPSMI khuatir akan menyebabkan berlakunya jurang

    pendidikan yang besar dikalangan pelajar bandar dan luar bandar disebabkan oleh

    kelemahan penguasaan bahasa Inggeris. Impak dari segi perpaduan juga boleh berlaku

    iaitu pelajar luar bandar akan berasa segan untuk berkomunikasi dengan pelajar daripada

    bandar.

    5.0 Cadangan Meningkatkan Perpaduan Melalui Pendidikan.

    Bagi mencapai hasrat membina bangsa Malaysia yang bersatu padu, terdapat

    petikan yang diberi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad

    iaitu:

    Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kita telah

    memperkenalkan pelbagai dasar dan program dalam tempoh 30 tahun lalu selain

    Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut

    termasuk Dasar Pendidikan, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan

    Kebangsaan, Perpaduan Negara dan sebagainya adalah matlamat penting dalam

    dasar dan program berkenaan. Kemudian dasar dan program boleh menyumbang

    12

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    13/17

    HBEF1503

    ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangan masyarakat majmuk, perkongsian

    nilai dan persepsi, persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan

    yang mengekalkan warisan bangsa.

    Daripada petikan di atas menunjukkan bahasa penggubalan Dasar Pendidikan

    Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik boleh menjurus kepada perpaduan

    negara. Kajian secara berterusan tentang Dasar Pendidikan Negara perlu di teruskan dari

    semasa ke semasa disebabkan oleh faktor persekitaran, politik, ekonomi dan pemikiran

    yang semakin mencabar terutamanya dalam sudut perpaduan melalui pendidikan.

    Bagi penambahbaikan Dasar Pendidikan Negara dalam konteks perpaduan adalah

    seperti berikut:

    5.1 Mengadakan dan menganjurkan program keseluruhan bersama murid dan

    guru yang melibatkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan

    (Cina dan Tamil).

    Antara platform perpaduan pada masa kini yang dianjurkan oleh kerajaan ialah

    gagasan 1Malaysia. Usaha ini perlu dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia

    seawal peringkat pra-sekolah, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    Apabila dibincangkan Gagasan 1Malaysia, kementerian pelajaran perlu memperhebatkan

    lagi perancangan, program dan strategi dalam usaha memupuk perpaduan dikalangan

    murid dan guru dengan menggunakan medium Gagasan 1Malaysia.

    5.2 Mengkaji semula kurikulum di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis

    kebangsaan (Cina dan Tamil) iaitu dengan mewajibkan mengambil bahasa

    mandarin atau bahasa tamil.

    Dalam usaha menyatupadukan semua kaum di Malaysia, subjek Bahasa

    Mandarin dan Bahasa Tamil perlu diajar dan diperkenalkan di sekolah kebangsaan

    dengan lebih meluas. Dengan cara ini ibu bapa yang berketurunan Cina dan India akan

    13

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    14/17

    lebih tertarik menghantar anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan. Wakil

    pergerakan Wanita Umno, Datuk Norhayati Omar (Mymetro, 19 Jun 2012)

    mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya Bahasa Mandarin dan Tamil perlu

    diajar di sekolah kebangsaan. Dengan mengetahui pelbagai bahasa jurang perbezaan

    antara murid boleh dikurangkan dengan cara memperkenalkan pengajaran bahasa lain.

    5.3 Elemen-elemen kebudayaan, pemakanan dan adat resam perlu diterapkan

    dalam persekitaran sekolah.

    Bagi memupuk perpaduan berbilang kaum di Malaysia, sudah sampai masanya

    elemen kebudayaan, pemakanan dan adat resam boleh dipraktikkan di persekitaran

    sekolah. Sebagai contoh ialah dari segi penyediaan makanan di kantin sekolah.

    Pengurusan kantin perlu menyediakan menu berkonsepkan makanan pelbagi kaum agar

    setiap murid dapat mengetahui makanan tradisi kaum-kaum lain. Faktor persekitaran ini

    dapat menggalakkan hubungan yang positif antara kaum.

    5.4 Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum perlu seiring dengan keperluan

    masyarakat yang menekankan nilai-nilai jati diri, mempunyai sifat

    patriotisme dan bertoleransi yang harus diperkasakan.

    Kementerian Pelajaran perlu mengkaji semula kurikulum dan kokurikulum

    sekolah berpandukan suasana dan iklim semasa yang kian mencabar terutamanya di

    kalangan minda murid. Sebagai contoh, subjek sivik dan kewarganeraan adalah

    meruapkan subjek yang menitik beratkan pelbagai perkara dalam kehidupan. Jika

    matapelajaran ini hanya diajar sebagai teori dan tidak dipraktikkan, matlamat untuk

    melahirkan kesedaran sivik tidak akan terhasil. Malah ia akan kembali kepada asal dan

    tidak dihiraukan oleh murid yang hanya mementingkan lulus dalam matapelajaran

    tersebut. Oleh itu, langkah memperkasakan matapelajaran sivik dan kewarganegaraan

    perlu dilaksanaka dengan segera sebagai satu cara memupuk perpaduan berbilang kaum

    diperingkat sekolah.

    14

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    15/17

    HBEF1503

    6.0 Kesimpulan

    Dasar Pendidikan Negara terbentuk melalui sejarah pendidikan negara bermula

    daripada zaman penjajahan British. Perkembangan Dasar Pendidikan Negara seiring dan

    sentiasa ditambahbaik bagi memupuk perpaduan masyarakat majmuk rakyat Malaysia.

    Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi perkara asas dalam pengukuhan perpaduan

    negara ke arah yang lebih baik kerana melalui pendidikanlah menjadi peneraju kepada

    pembentukan masyarakat.

    Dasar pendidikan negara pada masa kini telah menekankan aspek-aspek nilai

    murni dalam masyarakat majmuk. Namun demikian, terdapat kelemahan-kelemahan yang

    wujud dan perlu diambil serius bagi mengelakkan perpecahan berlaku dikalangan

    masyarakat.

    Bagi mencapai matlamat perpaduan yang kukuh dikalangan kaum, kerajaan perlu

    sentiasa membuat penambahbaikan dalam Dasar Pendidikan Negara bagi menjamin

    keharmonian pelbagai kaum masyarakat Malaysia.

    (2,990 patah perkataan)

    15

  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    16/17

    APENDIKS

    RUJUKAN /REFERENSI

    Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt. Hamzah, Amirmudin Bin Udin. (2010).Implikasi

    falsafah pendidikan kebangsaan dalam pendidikan teknik dan vokasional di [Online].

    http://eprints.utm.my/14917/.[15 April 2012].

    Mior Khairul Azrin Bin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan Di Malaysia:

    Dasar Cabaran Dan Pelaksanaan Ke arah Perpaduan Nasional. [Online].

    http://www.usm.edu.my.

    Kenyataan Mukriz Mahathir dalam Utusan Online di http://www.utusan.com.my

    [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 2 Disember 2008].

    Kenyataan dalam Datuk Norhayati OmarMymetro Online di

    http://www.mymetro.com.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 19 Jun 2012].

    Mok Soon Sang. (2000).Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

    Sdn. Bhd.,edisi ketujuh.

    Abu Bakar Nordin. (1994).Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020.

    Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    16

    http://eprints.utm.my/14917/http://eprints.utm.my/14917/
  • 7/29/2019 Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan

    17/17

    HBEF1503

    Ibrahim Saad. (1986).Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Abdullah Sani & P.Kumar. (1990).Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit

    Longman Sdn. Bhd.

    17