Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

24
Sosiologi Dari Wikipedia bahasa Melayu Jump to: navigation , search Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan , kumpulan sosial , dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat). Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat . Jadual isi kandungan [sorok ] 1 Pengenalan 2 Sejarah 3 Cabang utama 4 Bidang khusus 5 Topik sosiologi utama 6 Lihat juga 7 Pautan luar [Sunting ] Pengenalan Sosiologi yang muncul pada abad ke-19 dianggap sebagai tindak balas akademik tentang gaya kemodenan ; apabila dunia semakin kecil dan lebih bersepadu, pandangan hidup manusia tentang dunia semakin mengecil dan tersebar. Ahli sosiologi berharap, melalui ilmu ini dapatlah kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan

Transcript of Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Page 1: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

SosiologiDari Wikipedia bahasa Melayu

Jump to: navigation, search

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat).

Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

Jadual isi kandungan

[sorok] 1 Pengenalan 2 Sejarah 3 Cabang utama 4 Bidang khusus 5 Topik sosiologi utama 6 Lihat juga

7 Pautan luar

[Sunting] Pengenalan

Sosiologi yang muncul pada abad ke-19 dianggap sebagai tindak balas akademik tentang gaya kemodenan; apabila dunia semakin kecil dan lebih bersepadu, pandangan hidup manusia tentang dunia semakin mengecil dan tersebar. Ahli sosiologi berharap, melalui ilmu ini dapatlah kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan (mencari persamaan) antara kita, dan juga untuk membentuk "penawar" (antidote) kepada perpecahan atau krisis moral masyarakat.

Para sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya meladeni masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan peranan jantina dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencongan daripada, atau

Page 2: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan perceraian; dan proses mikro seperti interaksi interpersonal

Ahli sosiologi sering kali bergantung kepada kaedah kuantitatif untuk menghurai corak hubungan sosial, dan untuk membina model model yang boleh membantu dalam meramal perubahan sosial dan kesannya kepada manusia. Sesetengah ahli sosiologi pula berpendapat kaedah kuantitatif (seperti wawancara terarah, diskusi berkumpulan, dan kaedah etnografi) mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap proses sosial. Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua dua kaedah secara serentak. Keputusan daripada kedua dua kaedah ini boleh digunakan untuk menguatkan hujah antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai corak am sosial, manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami bagaimana seseorang individu bergerak balas terhadap perubahan sosial.

[Sunting] Sejarah

Sosiologi merupakan bidang kajian yang agak baru berbanding bidang sains social lain termasuk ekonomi, sains politik, antropologi dan psikologi.

Istilah ini dicipta oleh Auguste Comte, yang berharap untuk menyatukan semua kajian mengenai manusia -- termasuk sejarah , psychologi dan ekonomi. Skema sosiologinya merupakan yang biasa untuk abad ke-18; dia percaya semua kehidupan manusia melalui tahap sejarah yang jelas berbeza dan bahawa, sekiranya seseorang dapat memahami proses ini, seseorang itu dapat menghasilkan penawar bagi kesemua masalah penyakit sosial.

Akhirnya, sosiologi tidak menggantikan sains sosial yang lain, tetapi salah satu dari mereka, dengan penekanan tersendiri pada segi subject matter dan kaedah. Hari ini, kajian sosiologi mengkaji organisasi manusia dan institusi sosial, kebanyakannya melalui kaedah bandingan. Ia memusat terutamanya pada organisasi kompleks masyarakat pengilangan (industrial society).

[Sunting] Cabang utama

Fungsionalisme Teori konflik Interaksionisme atau Teori Tindakan Sosial, dan Interaksionisme bersimbol

[Sunting] Bidang khusus

Ahli sosiologi mengkaji pelbagai topik yang luas. Untuk mendapatkan gambaran mengenai bidang yang dirangkumi, lawati Persatuan Sosiologi Antarabangsa - International Sociological Association's Research Committee's page yang menyenaraikan topik seperti Penuaan, Seni, Pertelingkahan Bersenjata, Bencana, Penyelidikan Masa Depan, Kesihatan, Undang-undang, Rehlah, Migrasi, Penduduk, Agama, Pelancungan,

Page 3: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Wanita dalam Masyarakat, Kerja, dan banyak lagi. Persatuan Sosiologi Amerika - American Sociological Association's sections page menyenaraikan seksion merangkumi kebanyakan topik yang sama, termasuk yang lain.

PendidikanDari Wikipedia bahasa Melayu

Jump to: navigation, search

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

[Sunting] Secara kasar

Pendidikan bermula sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan dan berlaku sepanjang hayat.

Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharap oleh sesetengah penjaga yang memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam kandungan dengan harapan ia akan berkesan (mengajar) bayi mereka sebelum kelahiran.

Sesetengah yang lain, pergelutan dan kejayaan kehidupan seharian adalah lebih bererti daripada persekolahan rasmi. Seperti kata Mark Twain: "Saya tidak pernah mengizinkan persekolahan menjejaskan pendidikan saya."

Ahli keluarga mempunyai kesan pembelajaran yang amat mendalam -- sering kali lebih mendalam dari yang disedari mereka -- walaupun pengajaran ahli keluarga berlaku secara tidak rasmi.

Kini, komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, sama ada sebagai alat bantu mengajar (Internet dan CD-ROM) atau pun melalui pendidikan atas talian (pendidikan jarak jauh).

Page 4: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Pengenalan

Masyarakat yang maju dan saintifik adalah hasrat Wawasan 2020 . Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik.

Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Fikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki amat penting.

Agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class? akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 )

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Masa dan pelbagai faktor lain menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud dalam pendidikan. Ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan.

Perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap organisasi adalah perubahan. Carnall ( 1991 ) . Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan menghadapinya, mahu atau tidak mahu. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di alaf baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari dan persaingan antara kelompok atau negara semakin meningkat.

Pihak yang ingin membuat perubahan secara langsung akan berhadapan dengan pelbagai rintangan . Perubahan yang ingin dilakukan melibatkan pelbagai implikasi positif, implikasi negatif yang dijangka dan tidak dapat diramalkan. Sekiranya perubahan yang ingin dilakukan tidak telus, penolakan dan sabotaj akan terjadi.

Oleh itu pengurus yang berjaya perlu memahami setiap fungsi organisasi dan melihat bagaimana ianya akan berubah dan kesan sampingan daripada perubahan tersebut. Perancangan perubahan pula melibatkan rekabentuk, operasi, penggunaan teknologi dan pengurusan organisasi.

[Sunting] Definasi

1. Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan tidak dapat dielakkan apabila sudah tiba masanya (Carzo dan Yanouzas)

2. Tekanan ialah satu keadaan atau situasi dalaman atau persekitaran yang memerlukan penyesuaian ke atas organisasi. Sebarang bentuk tekanan cenderung untuk membangkitkan usaha berlebihan dan penerimaan aktiviti yang baru. ( Goldenson, 1970 ).

Page 5: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

3. Tekanan ialah suatu yang mempengaruhi gerak balas fisiologi dan tingkah laku terhadap ransangan yang tidak disukai. (Appley dan Trumbull)

[Sunting] Tekanan kerja

Setiap organisasi tidak boleh lari daripada tekanan kerja. Tekanan kerja terbahagi kepada dua iaitu tekanan positif dan tekanan negatif. Kesan tekanan kerja akan bertindak sebagai satu dorongan untuk meransang pekerja supaya berprestasi baik ( Jaafar Muhamad, 1997 ).

Sesuatu tekanan itu sekiranya dianggap positif maka ia akan menjadi positif kerana tekanan adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dihalang atau dielakkan.

Hanya kematian sahaja membolehkan seseorang bebas daripada tekanan ( Sayle ( 1974).

Setiap orang harus menghadapi tekanan perubahan dengan berlapang dada. Anggaplah sesuatu tugas yang diberi itu bukan satu tekanan, sebaliknya sebagai satu tanggungjawab dan amanah kepada anda yang memang hebat. Perasaan diri yang hebat akan membolehkan melaksanakan tugas dengan yakin dan seterusnya meminta keredhaan daripada Allah Taala.

[Sunting] Jenis dan Faktor Tekanan

Sergiovanni menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan tekanan untuk perubahan individu dalam sesebuah organisasi ialah faktor personal force, birokrasi, market frame, tahap profesyen , budaya kerja , budaya masyarakat dan unsur-unsur demokrasi.

Hersey dan Blanchard ( 1983 ) menyatakan 7 jenis tekanan yang mendesak kepada perubahan iaitu paksaan, ganjaran, kepakaran, kuasa sah, personel atau rujukan, kuasa maklumat dan kuasa perhubungan.

Michael Fullan ( 1998 ) sendiri menegaskan tekanan yang membawa kepada perubahan pendidikan ialah :

1. Tekanan daripada persekitaran ang kompleks 2. Sekolah tidak boleh dipisahkan daripada dunia luar. Sekolah tidak boleh

memutuskan komunikasi dengan masyarakat sekelilingnya. 3. Adanya kepelbagaian yang memerlukan lebih banyak flekxibiliti. Dunia ini

semakin rencam sifatnya. 4. Kejuruteraan dan teknologi komputer serta teknologi komunikasi telah

merobohkan dinding sekolah. 5. Sekolah merupakan harapan terakhir untuk menyelamatkan dan mencipta semula

masyarakat.

Page 6: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

6. Guru-guru boleh buat daripada membantu ke arah generasi cemerlang di masa hadapan.

7. Pendidikan adalah penting untuk demokrasi. Warganegara yang berpendidikan sebenarya lebih mudah untuk diuruskan.

8. Pertandingan pasaran, pilihan keluarga dan pengurusan individu sendiri. 9. Pekerjaan menanti pelajar. Pendidikan sebagai persiapan atau ilang?

mengeluarkan tenaga kerja mahir dan berhemah tinggi. Sungguhpun robot boleh menggantikan tenaga kerja manusia, tetapi manusia lebih kreatif dan mudah diubahsuai.

10. Struktur yang sedia amat bercelaru.

[Sunting] Objektif Perubahan Pendidikan

Masyarakat adalah manifestasi pendidikan yang diterima. Lantaran itu masyarakat pendidikan mahukan perubahan dalam pendidikan dilakukan dengan segera. Pelbagai faktor dilihat bagi menentukan keputusan perubahan yang terbaik dan sesuai dengan kehendak serta norma masyarakat. Persoalan berkaitan dengan perubahan ini ialah :

Siapa yang akan mendapat keuntungan dan faedah daripada perubahan yang dilakukan.

Bagaimana idea tentang perubahan itu disebarkan dan diterima oleh masyarakat umum.

Biasanya perubahan pendidikan mempunyai objektif perubahan yang jelas. Namun begitu maksud dan matlamat perubahan itu tidak begitu disenangi atas beberapa alasan tertentu.

Berikut ialah beberapa objektif perubahan pendidikan

1. Mengurangkan konflik -Persekitaran masyarakat dalam sesebuah negara semakin kompleks. Pelbagai faktor yang ada akan menimbulkan persaingan sengit untuk merebut peluang-peluang dan sumber yang terhad. Faktor-faktor seperti ekonomi, teknologi, politik dan sosio budaya akan meningkatkan konflik di dalam masyarakat. Kecekapan menguruskan masyarakat majmuk dan kompleks seperti di Malaysia memerlukan perubahan pendidikan kerana pendidikan merupakan agen perubahan masyarakat yang penting.

2. Meningkatkan Daya Pengeluaran - Pengetahuan dan kemahiran rakyat sesebuah negara perlu ditingkatkan mengikut peredaran masa. Apabila ilmu setiap warga negara meningkat , produktiviti akan meningkat. Dalam sesebuah organisasi , kecekapan dan prestasi pekerja akan meningkat . Hasilnya ialah proktiviti meningkat dan pendapatan negara akan bertambah.James Worthy menyatakan kerjasama di kalangan pekerja akan bertambah sekiranya perubahan struktur dilakukan. Perlu ada tindakan pengurangan pengkhususan individu .

3. Meningkatkan motivasi - Motivasi luaran dan dalaman menyumbang kepada peningkatan penerimaan perubahan. Semakin besar motivasi dalaman semakin tinggi percubaan untuk menerima perubahan.

Page 7: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Peranan pentadbir adalah memberikan motivasi yang tinggi dan sentiasa memastikan setiap pekerjanya bermotivasi tinggi. Perubahan sukar dilakukan jika pekerja mempunyai motivasi yang rendah.

[Sunting] Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Dasar Pendidikan

Dua tokoh utama yang membicarakan topik perubahan pendidikan ini ialah Micheal Fullan dan Harold Koontz serta Heinz Weihrich .

[Sunting] Pendapat Michael Fullan

Michael Fullan (1998 ) menyatakan secara ringkas faktor yang menekan kepada perubahan dasar pendidikan iaitu :

1. Perubahan semerta dan mendadak yang melibatkan bencana alam semula jadi seperti gempa bumi, banjir, kebuluran dan sebagainya. Faktor kecemasan ini memerlukan perubahan serta merta.

2. Pendidikan dilihat mampu menyelesaikan apa sahaja masalah. Masyarakat mahukan setiap anggotanya bijak menghadapi sebarang risiko dan tidak mahu ketinggalan. Pendidikan menjadi sasaran perubahan terpenting.

3. Tekanan luar yang dibawa masuk seperti pengimportan teknologi baru dan nilai serta penghijrahan penduduk

Contohnya penghijrahan penduduk Eropah ke benua Amerika memerlukan inovasi dalam pendidikan. Nilai pendidikan di Eropah tidak lagi sesuai dengan neraca benua Amerika. Tambahan pula rasa ego menyebabkan norma pendidikan itu perlu berubah.

1. Pertentangan dalaman yang melibatkan kepimpinan teknologi membentuk rangkaian sosial yang baru dan keperluan yang terkini. Perselisihan terjadi antara nilai pendidikan dengan hasil yang diharapkan. Ia melibatkan pertembungan antara pelbagai pihak berkepentingan dan kumpulan.

[Sunting] Pendapat Harold Koontz dan Heinz Weihrich

Harold Koontz dan Heinz Weihrich berpendapat , faktor perubahan pendidikan bertitiktolak dari :

1. Peningkatan penggunaan komputer khususnya komputer mikro menghendaki guru dan pelajar mempelajari ilmu komputer. Rempuhan dan ledakan maklumat tidak dapat dinafikan. Maklumat berada di hujung jari . Sesiapa yang

Page 8: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

ketinggalkan menggunakan teknologi maklumat, dia akan ketinggalan jauh di belakang. Negara atau individu yang menguasai teknologi maklumat akan menguasai dunia.

Contohnya ialah Bill Gates yang menjadi jutawan nombor satu dunia lantaran syarikat Microsoft menguasai bidang perisian komputer. Ini diikuti dengan negara India yang semakin menguasai bidang ini. Selain itu industri dan teknologi maklumat dapat mengurangkan kadar kemiskinan, pengangguran dan kelaparan di negara India.

1. Pendidikan berterusan sehingga ke alam dewasa. Penbelajaran sepanjang hidup menjadi satu kemestian. Institusi pendidikan dan perusahaan harus mengakui keperluan pendidikan bagi orang dewasa.

Inovasi pendidikan amat perlu bagi menghadapi dunia tanpa sempadan. Kerja-kerja yang menggunakan tenaga empat kerat semakin kurang kerana kerja-kerja telah diambil alih oleh komputer dan robot. Persediaan untuk dibuang kerja memang ada apabila teknologi semakin meningkat.

1. Nisbah pekerja yang berpengetahuan akan meningkat. Keperluan kepada pekerja mahir akan berkurangan . Masa depan menghendaki lebih banyak latihan dalam pengetahuan, konsep dan kemahiran merancang.

2. Pertukaran dari industri perkilangan kepada industri perkhidmatan menghendaki latihan semula dalam persediaan untuk menghadapi jawatan baru.

3. Pilihan terhadap peluang pendidikan akan bertambah. Contohnya ,banyak syarikat telahpun menjalan program latihan mereka sendiri.

4. Mungkin akan terdapat kerjasama dan saling bergantung yang lebih besar antara sektor awam dan sektor swasta.

5. Globalisasi akan berterusan . Pengurus dalam berbagai-bagai syarikat mesti belajar untuk berkomunikasi dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Syarikat perlu membuat latihan berpandukan perspektif global.

[Sunting] Faktor Teknologi

Bidang teknologi ini terlalu luas untuk diperkatakan. Semua aspek kehidupan melibatkan teknologi.

Teknologi ini bermula dari manusia dilahirkan hinggalah manusia dikebumikan. Sejak dalam kandungan ibu, manusia terdedah kepada teknologi perubatan dan teknologi pemakanan. esihatan anak amat diambil kira. Lantaran itu kelahiran bayi dilakukan di hospital yang mempunyai kepakaran teknologi perubatan .

Manusia yang hidup tentulah mahukan kualiti kehidupan yang lebih daripada biasa. Oleh itu manusia membina rumah dengan teknologi perumahan terkini ?lengkap dengan penggunaan reka bentuk rumah 3D dan lanskap yang cantik.

Page 9: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Ini tidak termasuk kenderaan yang digunakan dan penggunaan satelit, telefon, intenet dan pelbagai teknologi komunikasi yang lain.

Bidang pengiklanan turut berubah. Media pengiklanan tidak lagi bergantung kepada media cetak seperti surat khabar. Tetapi kini pengiklanan melibatkan mel terus, email, laman web, tele-marketing, smart-shop dan katalog. Sasaran pengiklanan lebih luas kerana seluruh dunia dapat dipengaruhi.

Data menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga hampir 75 % penduduk dunia. Malangnya mereka hanya mempunyai 20-25 % daripada eksport import dan keluran dunia.

[Sunting] Gaya Hidup

Setiap organisasi perlu mengambil kira faktor gaya gidup. Masa kian berubah dan manusia tidak suka kepada sesuatu yang sama. Antara perubahan dalam gaya hidup ialah corak pekerjaaan, status perkahwinan, keselamatan , umur dana lain-lain.

Peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor kesihatan adalah disebabkan perubahan gaya hidup. Manusia semakin mementingkan kesihatan. Tambahan pula semakin banyak penyakit baru yang munvul dan gagal dicari ubat penyelesaiannya. Hospital dan klinik swasta tumbuh bagai cendawan.

Oleh itu, perubahan pendidikan amat perlu bagi memenuhi tuntutan perubahan dalam pendidikan.

Trend syarikat yarikat jualan lansung untuk produk wanita berubah kepada sistem agihan. Pusat-pusat jualan kecil ditubuhkan di bandar-bandar bagim memenuhi keperluan wanita yang semakin canggih. ( Jaafar , 2000)

[Sunting] Persaingan

Persaingan wujud di mana-mana dan tidak dapat dielakkan. Setiap organisasi dan individu akan bersaing untuk mendapatkan pelbagai kelebihan. Sekiranya organisasi dapat menewaskan pesaing, bermakna organisasi itu akan dapat keuntungan.

Oleh itu setiap organisasi akan cuba mengekalkan daya saing yang ada. Pelbagai kaedah dan perubahan dilaksanakan. Pesaing-pesaing organisasi yang melakukan perubahan dalam teknologi , gaya pengurusan dan struktur organisasi akan mampu mendorong organisasi lain untuk turut berubah dan cuba mengikut strategi pesaing.

[Sunting] Perubahan dasar politik

Page 10: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Dunia sentiasa bergolak dan bersaing di antara satu negara dengan negara yang lain. Negara-negara maju sering mengenakan nilai mereka kepada negara-negara sedang membangun. Justeru itu perubahan perlu dilakukan bagi mempersiapkan warganegara menghadapi perubahan global ini. Mahu atau tidak mahu, perubahan pendidikan perlu dilakukan agar tidak ketinggalan.

Contohnya perubahan dalam dasar bahasa . Seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Hampir seluruh warga dunia menggunakannya. Lantaran itu perubahan dalam dasar bahasa amat perlu.

Bidang pertahanan negara juga mengalami perubahan. Negara-negara jiran mempersiapkan diri dengan teknologi senjata yang canggih. Di samping itu negara-negara jiran menjalinkan hubungan erat dengan kuasa-kuasa besar. Oleh itu perubahan pendidikan perlu agar setiap warga siapsiaga dengan keselamatan negara.

[Sunting] Perubahan dalam struktur ekonomi

Tekanan ekonomi dari negara lain akhirnya akan sampai ke negara kita. Serangan mata wang secara global pada tahun 1997 menyebabkan seluruh negara dilanda krisis ekonomi.

Penstrukturan semula syarikat, penggabungan syarikat dan pemberhentian pekerja akan berlaku. Perubahan pendidikan perlu menangani semua perkara ini. Sekiranya seluruh rakyat terdidik menghadapi tekanan ekonomi, masalah kegawatan ekonomi negara kurang dirasakan.

Dasar-dasar ekonomi ideal seperti Dasar Ekonomi Baru ternyata masih belum membuahkan hasil yang dikehendaki. Apakah punca kesilapan dan kelemahan dan tahap mana yang belum diperbetulkan. Antara agenda yang perlu dirubah ialah pendidikan. Hanya perubahan pendidikan sahaja yang akan menentukan kejayaan sesebuah dasar ekonomi.

[Sunting] Perubahan Pasaran buruh

Pekerja adalah nadi kejayaan sesebuah syarikat dan negara secara keseluruhannya. Negara maju seperti Jepun amat menekankan faktor kemanusiaan ini. Pekerja adalah aset sebenar sesebuah negara dan bukannya hasil galian atau hasil pertanian.

Guna tenaga mahir dan cekap mendapat permintaan yang tinggi. Nisbah guna tenaga mahir dengan sebuah negara perlu seimbang. Semakin ramai tenaga kerja mahir, negara tersebut akan lebih mudah lentur dan mudah melompat untuk maju.

Contohnya negara India yang ramai penduduk yang dikatakan ramai lulusan universiti tidak mendapat peluang pekerjaan. Namun pasa masa kini negara india berada di hadapan

Page 11: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

dalam eran revolusi teknologi maklumat . Ini adalah kerana lulusan universiti yang ramai dimanfaatkan dalam bidang ICT.

Kesetiaan pekerja kepada sebuah organisasi juga perlu ditekankan. Jangan mudah lupakan kulit, jangan mudah lupa daratan. Tahap kesetiaan pekerja Jepun menjadi ole model?negara lain.

Keyakinan kepada pekerja akan membolehkan pemindahan teknologi. Faktor utama pemindahan teknologi kurang berkesan di Malaysia adalah kerana faktor pekerja yang selalu berubah tempat kerja.

Nilai-nilai baru seperti ini perlu diterapkan dalam pendidikan. Bukan semua nilai-nilai baik di luar itu baik kepada negara kita. Perancangan dan kajian mendalam mestilah dilakukan agar perubahan pendidikan berubah kepada positif dan tidak sebaliknya.

[Sunting] Cara Menguruskan Perubahan

Kegagalan perubahan mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu kesesuaian inovasi pendidikan yang hendak diterapkan dan kecuaian semasa melaksanakan inovasi pendidikan.

Perubahan perlu ditangani dengan cara berikut iaitu :

Perancang dan penggubal dasar pendidikan mestilah menyokong inovasi dan juga mestilah berfikir secara intergratif.

Struktur organisasi pendidikan mestilah dijadikan leper. Komunikasi di antara kakitangan menjadi lebih mudah. Tahap atau lapisan struktur yang tidak perlu hendaklah dikeluarkan.

Komunikasi mestilah di pertingkatkan terutamanya merentas organisasi dan mobiliti staf perlu digalakkan

Pihak pengurusan pendidikan perlu menonjolkan pencapaian dan kejayaan . Budaya kebanggaan perlu disemai.

Rancangan perubahan pendidikan perlu dihebahkan lebih awal dan luas untuk membolehkan masyarakat dapat membuat cadangan dan menyumbang sebelum keputusan dibuat.

[Sunting] Peringkat Perubahan

Kurt Lewin menjelaskan wujud keadaan keseimbangan apabila adanya desakan perubahan di satu pihak dan kuasa yang menolak perubahan di pihak yang satu lagi. Keseimbangan akan terpelihara dengan menggerakkan kuasa dan menghalang kuasa ...

Page 12: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Perubahan - perubahan akan melibatkan 3 proses iaitu pencairan, pergerakan atau perubahan dan pembekuan semula.

[Sunting] Peringkat pencairan

Peringkat ini adalah mencipta sebanyak mungkin motivasi untuk perubahan. Jika wujud perasaan tidak selesa dengan situasi sekarang, kita mungkin merasakan keperluan terhadap perubahan.

[Sunting] Peringkat Perubahan

Peringkat ini adalah peringkat perubahan itu sendiri. Perubahan yang berlaku melibatkan penerimaan maklumat baru, semua pihak didedahkan kepada konsep baru dan lebih telus atau melihat pada situasi dari sudut pandangan yang berlainan.

[Sunting] Peringkat Pembekuan semula

Peringkat ini akan menstabilkan perubahan itu . Sebelum ini berlaku pergolakan dan pergolakan itu perlu dibekukan atau dihapuskan. Perubahan banyak melibatkan kelakuan manusia. Jika perubahan tidak sejajar dengan sikap dan kelakuan orang lain, kemungkinan perubahan yang dibuat tidak menjadi atau tidak berkesan. Oleh itu pengukuhan kelakuan baru amatlah penting.

[Sunting] Prosedur Memulakan Perubahan

1. mengenapasti tujuan atau tujuan-tujuan perubahan yang dicadangkan oleh orang lain.

2. menjangkakan dan mengenalpasti masalah atau peluang yang mungkin memerlujkan perubahan

3. meninjau keputusan-keputusan lain ?keputusan untuk membuat perubahan utama membawa kepada hasil dan hasil sampingan.

Perubahan pada peringkat sekolah harus mengambilkira :

1. Cara-cara baru menubuhkan saluran komunikasi dula hala di antara sekolah-sekolah .

2. Menyedarkan Lembaga Sekolah yang mungkin menyedari keperluan melakukan perubahan.

3. Penilaian yang bertambah untk menguji sama ada pengkaewdahan kurikulum yang sedia wujud masih relevan atau tidak.

3 Analisis peluang-peluang pekerjaan dan gol-gol para pelajar untuk menjamin kandungan kurikulum masih sesuai dengan keperluan komuniti.

Page 13: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

1. Perhatian baru terhadap kawasan kehadiran. Adakah pola perumahan dalam komuniti menghasilkan masalah dan pengasingan.

[Sunting] Punca Penolakan Perubahan

Zaman sentiasa berubah dan beredar dengannya. Mareka yang gagal untuk berubah akan ketinggalan zaman. Tidak ada bangsa atau negara yang boleh mengasingkan diri daripada melakukan perubahan, menerima perubahan, baik perubahan dari luar, mahupun perubahan dari dalam.

Amaran bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad ?Kejayaan atau kegagalan seseorang banyak bergantung kepada dirinya sendiri. Bangsa yang dikelilingi oleh keadaan yang menekan ( force) boleh berjaya sedangkan bangsa yang mempunyai negara yang serba mewah mungkin lebih miskin dan lemah. ?

Terdapat banyak sebab mengapa manusia menolak perubahan pendidikan. Penolakan perubahan pendidikan ini dapat dikategorikan kepada faktor masyarakat , kepentingan politik dan agama.

1. Apa yang tidak diketahui akan menyebabkan ketakutan dan mendorong penolakan. Penstrukturan semula organisasi, perubahan dasar pendidikan dan lain-lain akan menyebabkan seseorang tidak pasti akan kesannya kepada pekerjaan mereka. Manusia mahu rasa terjamin dan boleh mengendalikan perubahan itu.,

2. Tidak mengetahui sebab perubahan itu juga akan menyebabkan perubahan tidak dapat diterima. Malahan , seringkali tidak jelas kepada mereka yang terbabit mengapa perubahan itu perlu.

3. Perubahan mungkin juga menghasilkan pengurangan faedah atau kehilangan kuasa.

4. Zon Selesa. Seringkali ahli organisasi berada dalam zon selesa. Zon selesa ialah suatu keadaan di mana individu berada dalam keadaan tenang, terjamin dan selamat. Rasa selamat dan perasaaan serba cukup itu menyebabkan seseoarang itu tidak mahu melakukan perubahan. Hanya tekanan yang jitu sahaja dapat meransang motivasinya untuk berubah.

Sesetengah organisasi terpaksa menerima perubahan. Faktor kecemasan fizikal yang berkaitan ialah :

1. seorang guru meninggal dunia ?memerlukan perubahan di sekolah. 2. bangunan sekolah terbakar ?perubahan terpaksa dilakukan. 3. Satu kilang yang besar secara tiba-tiba menutup operasi ?perubahan pendidikan

terpaksa dilakukan.

Berfikirlah secara positif dan kreatif. Anggaplah dan lihatlah setiap situasi yang muncul dengan tiba-tiba dan memerlukan perubahan sebagai satu peluang.

Page 14: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Sebarang perubahan memerlukan keseimbangan baru di dalam sistem itu , ia akan ditentang tetapi secara relatif tidak sering berlaku. Apabila perubahan berlaku, haluan perubahan itu akan ditentang dengan kuat.

[Sunting] Pendapat Griffiths

Griffiths menyatakan :

1. Dorongan utama bagi perubahan adalah daripada luar. 2. Kadar dan haluan perubahan berkadar secara lansung dengan kehebatan

ransangan luaran. 3. Perubahan hasil daripada penukaran ketua pegawai pentadbiran lebuih

berkemungkinan berlaku jika pegawai baru datang dari luar organisasi. 4. Jikalau ketegangan luaran terhadap organisasi meningkat berterusan , mula-mula

gerak balas organisasi itu lambat, kemudian secara berlebih-lebihan , dan kemudian runtuh.

5. Bilangan pembaharuan yang diperkenalkan berkadar songsang dengan tempoh perkhidmatan ketua pentadbir.

6. Lebih berhierarki sesebuah organisasi itu, bertambah kurang kemungkinan perubahan.

7. Perubahan dalam organisasi cenderung berlaku dari atas ke bawah. 8. Lebih berfungsi saling tindakan di antara sistem-sistem kecil dalaman bertambah

kuranglah kemungkinan berlakunya perubahan.

[Sunting] Perubahan Pengurusan Pendidikan

Dunia pendidikan mestilah peka dengan dunia luaran. Michael Fullan menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku di sekeliling dunia pendidikan menjadi tekanan lansung kepada pengurusan sekolah.

Goodland mendapati sekolah selalu menjadi sasaran perubahan. Guru dilihat sebagai agen perubahan minda. Fakta ini sukar untuk dinafikan.

Institusi pendidikan bukan sesuatu yang jumud dan tidak boleh berubah. Pendidikan bukanlah katak di bawah tempurung. Sebaliknya pendiidikanlah yang berperanan membawa manusia keluar daripada tempurung.

Pengurusan institusi pendidikan mestilah berganjak kepada perspektif baru supaya dapat berperanan secara signifikan dan berkesan dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekelilingnya.

[Sunting] Sekolah dan Persekitaran

Page 15: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya. Institusi pendidikan merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk mencapai objektif pendidikan secara berterusan.

Faktor-faktor pesekitaran akan mempengaruhi input organisasi pendidikan dan output organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya.

Penubuhan sekolah wawasan, sekolah bestari , penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan agenda nisbah sains ?sastera merupakan perubahan pendidikan yang perlu dilaksanakan segea.

Semua ini dipengaruhi oleh perubahan dalam bidang ekonomi, politik, sosiologi masyarakat dan perubahan dasar kerajaan. Sesuatu perubahan tidak sahaja berasaskan suatu himpunan keadaan : perubahan di dalam dan di luar sistem sekolah atau sebuah sekolah juga perlu difikirkan.

[Sunting] Kepelbagaian Kehendak

Citarasa dan kehendak manusia berbeza-beza. Manusia memberikan nilai-nilai tertentu kepada sesuatu perkara.

Contohnya kini perbinaan sekolah telah berubah dan menampakkan perbezaan antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Pembinaan bangunan berasaskan esign on site?dilakukan supaya sesuai dengan mukabumi , cita rasa masyarakat sekitarnya dan warga sekolah lebuh sayang kepada sekolah kerana ada ciri iri yang membezakannya.

Kegiatan ko kurikulum pula berubah daripada permainan bola sepak dan sepak takraw kepada permainan skuasy, golf, bowling dan renang. Semua ini menjadi agenda utama dalam perubahan pendidikan kerana mutu sukan negara dalam sukan-sukan ini semakin meningkat.

Secara umum beberapa persoalan tentang perubahan harus dijawab , iaitu :

1. Apakah kehendak sebenar masyarakat  ? 2. Apakah perubahan akan menambahkan masalah komunikasi 3. Adakah tanggungjawab serta autoriti diamanahkan dengan jelas. 4. Adakah pelbagai kehendak itu dapat diselaraskan. 5. Apakah kaitan kehendak ?kehendak dengan mutu pendidikan dan dengan

sokongan komuniti terhadap sekolah. 6. Apakah cadangan yang diberikan itu cara tunggal untuk menghadapi masalah

yang sepatutnya di selesaikan.

Pentadbir seharusnya bertindak bijaksana sebagai agen jalan tengah iaitu :

1. Pentadbir sepatutnya bertindak untuk menyederhanakan 2. Menentang perubahan yang tidak perlu

Page 16: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

3. Menentang perubahan yang kerap berlaku.

Tetapi kadangkala pentadbir menjadi penghalang perubahan yang perlu. Sebagai contoh ramai pengetua tidak mengikuti perubahan dunia IT. Mereka masih fobia dengan komputer.

Pengalaman pentadbir adalah harta yang bernilai. Tetapi ada perbezaan antara ua puluh tahun pengalaman?dengan etahun pengalaman 20 kali?

[Sunting] Teknologi Maklumat

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin penting. Semakin banyak syarikat swasta dan institusi pendidikan menyediakan teknologi bercorak pendidikan. Sistem pendidikan harus bersedia menghadapi era baru ini.

Antara kelebihan teknologi terbaru ialah :

[Sunting] CD ROM

Muatan CD ROM lebih banyak . CD ROM akan menggantikan buku pada satu masa nanti. CD ROM lebih judah dibawa , nipis dan murah. Semua komputer memiliki pemacu CD ROM. Segala pelajaran, nota pelajaran , soalan dan kuiz-kuiz pendidikan tersedia dalam CD ROM. Teknologi CD Writer pula menulis segala bahan ke dalam CD ROM. Disket mungkin tidak akan dipakai lagi. Oleh itu perubahan pendidikan harus mengambilkira perubahan teknologi dalam jangka masa 10 ?20 tahun akan datang.

[Sunting] Multimedia

Multimedia bermaksud pelbagai unsur dimasukkan dalam pesembahan. Antaranya ialah gambar, bunyi , animasi , kuiz dan pelbagai aktiviti lain.

[Sunting] Kameran Digital dan Perakan Video Digital

Penggunaan kamera digital dan perakam video digital akan dapat merakam seluruh benda dan peristiwa di dunia. Setiap perkataan tidak perlu lagi menggunakan deskripsi, cukup sekadar memberikan gambar tentang sesuatu perkara.

Harganya semakin murah dan dipindah ke dalam komputer dengan lebih cepat tanpa memerlukan pengimbas ( scanner ).

[Sunting] Animasi

Semua benda dan peristiwa dapat dianimasikan semula. Kita telah melihat filem animasi sepeti Jurassic Park, Toy Story, Planet Of The Ape , Final Fantasy dan lain-lain. Dinosaur

Page 17: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

dapar dihidupkan semula. Pelayaran Ferdinand Magellan dapat dilakukan semula. Sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran akan hidup dan ceria.

[Sunting] Internet

Internet telah menjadikan negara tidak mempunyai sempadan. Setiap warga dunia dapat betrkomunikasi setiap masa dan ketika tanpa bersemuka , lebih kerap, lebih mesra dan lebih murah.

Pengiklanan barangan menjadi semakin mudah , luas , meyakinkan , bertaraf dunia dan banyak pilihan. Pengguna lebih banyak pilihan dan mempunyai maklumat yang cukup untuk membeli sesuatu barangan.

Penjualan barangan dan lelongan barang tidak perlu lagi memerlukan kedai runcit tertentu. Cukup sekadar gudang menyimpan barang. Syarikat hanya perlu menerima pesanan daripada internet, dibayar melalui kad kredit yang terjamin selamat dan dihantar melalui syarikat kurier.

Pemindahan surat dan maklumat lebih murah, cepat dan pantas serta mendapat jawapan atau tindakbalas dalam masa beberapa saat sahaja.

Setiap individu, organisasi malahan apa sahaja boleh memiliki hompej. Hompej merupakan ensklopedia bertaraf dunia. Perkataan hompej tak dapat didefinasikan kerana mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya sebagai sumber rujukan, sumber pendiidikan, kamus malahan sumber hiburan.

Sebarang maklumat bertulis , bersuara , grafik malahan apa sahaja dapat dipindahkan melalui internet. Email adalah pemindahan surat elektronik secara global, tanpa sekatan dan sempadan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid tidak perlu lagi datang ke sekolah. Cukup memadai belajar secara jarak jauh dan berinteraksi dari jauh menggunakan internet. Bahan dan contoh pengajaran akan lebih luas dan fakta yang digunakan lebih tepat, bernilai , serta merta dan diketahui daripada tempat sesuatu kejadiaan itu berlaku.

Hubungan antara pihak ibu bapa, pelajar, Pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negari malahan kementerian sendiri menjadi lebih mudah. Sebuah kerajaan tanpa kertas dapat dilaksanakan.

[Sunting] Interaktif

Komputer bukan suatu bahan yang menakutkan . Sebaliknya komputer adalah media yang menyeronokkan. Melalui komputer , suara kita dapat dirakam , disimpan dan dipindahkan kepada orang lain. Kira boleh mendengar radio dan menonton filem melalui komputer dan internet.

Page 18: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Apa yang menarik ialah adanya unsur interaktif dan permainan. Kuiz dapat dilakukan melalui perisian komputer. Markah akan diberi serta merta. Mereka akan mengetahui tahap pencapaian mereka dalam sesuatu pelajaran.

Jika pelajar berasa bosan, mereka boleh memilih permainan bercorak pendidikan, simulasi, permainan bercorak peperangan , penyelesaian masalah dan sebagainya.

[Sunting] Sekolah Sebagai Institusi Sosial

Falsafah Pendidikan Negara berhasrat melahirkan generasi yang berwawasan dan menjadi generasi yang diperlukan oleh masyarakatnya.

Kementerian Pendidikan mempunyai garis panduan yang melarang pihak luar campurtangan dalam pentadbiran di sekolah. Namun kita harus ingat sekolah sebenarnya sebuah institusi sosial  :

1. Sekolah sebagai institusi masyarakat. Masyarakat di sekeliling sekolah boleh memberikan sumbangan wang ringgit, moral , material dan lain-lain kepada pembangunan sekolah.

2. Masyarakat dapat membantu membaiki disiplin pelajar. Kiranya ada pelajar yang ponteng dan menghisap rokok di luar kawasan sekolah, pihak luar tidak harus berdiam diri. Sebaliknyanya berkerjasama dengan polis , menangkap dan memulihkan pelajar berkenaan.

3. Masyarakat memerlukan tenaga sukarela dan pemimpin. Tanggungjawab melahirkan semangat sukarela dan menyemai ciri-ciri kepimpinan adalah tugas utama pihak sekolah.

4. Masyarakat mahukan anak-anaknya berugama. Oleh itu masyarakat sekitar dapat membantu sekolah dalam pendidikan Islam dan pendidikan moral.

5. Kemahiran yang dimiliki oleh ahli masyarakat dapat dikongsi bersama dengan pelajar. Contohnya ahli masyarakat yang bijak dalam permainan bowling, boleh menjadi jurulatih. Bank-bank yang ada di sekitar sekolah pula boleh memberikan motivasi kepda pelajar yang kurang minat kepada matematik. Kilang-kilang yang ada dapat menyumbangkan bahan terpakai dan mesin-mesin lama untuk dibaiki oleh pelajar sekolah teknik.

[Sunting] Pendidikan Adalah Tanggungjawab Bersama

Keutuhan institusi pendidikan adalah tanggungjkawab bersama. Deretan pakar-pakar pendidikan merumuskan Falsafah Pendidikan Negara. Negara perlu dibangunkan bagi menghadapi mengahdapi masa depan yang tidak menentu. Ramalan amalan berasaskan teori dan strategi yang berkesan bagi memastikan rakyat bersedia menghadapi sebarang rintangan ( John Naisbitt : 1990 )

Page 19: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Abad mendatang semakin banyak tekanan. Antara tekanan itu ialajh arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan. Ararahn-arahan ini perlu difahami oleh setiap kakitangan. Dengan adanya arahanlah sesauatu perubahan dapat dilaksanakan.

Setiap pihak yang terlibat harus merasakan adanya rasa kepunyaan. Biasanya arahan daripada pihak Kementerian Pendidikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Daripada negeri dipindahkan pula arahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan seterusnya ke sekolah-sekolah. Sekiranya tidak ada rasa tanggungjawab bersama, arahan-arahan tadi tidak akan berkesan dan terbantut di tengah jalan.

Dalam melaksanakan sesuatu inovasi di sekolah, pengetua menghadapi masalah guru-guru yang kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengamalkan pelajaran baru . Contohnya literasi komputer. Oleh itu pengetaua akan menyuntik sedkit tekanan kepada guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui perkembangan staf dan menghantar berkursus.

[Sunting] Pendidikan Perlu untuk Demokrasi

Pendidikan sebagai sebuah organisasi dianggap sebagai cara yang rasional untuk menyelaras dan mengawal sekumpulan manusia melalui pembinaan dan pembangunan kementerian, jabatan dan sekolah-sekolah ( Jaafar Muhamad, 1997 ).

Institusi pendidkan dilhat sebagai unit sosial yang dikenalpasti menjayakan dan mematangkan demokrasi. Setiap warga negara diberi hak menerima pendidikan percuma sehingga ke tingkatan lima. Sekiranya berjaya, bole melajutkan pelajaran ke peringksat universiti dan kolej.

Nilai-nilai demokrasi seperti kebebasan bersuara, sistem pilihanraya, sistem perwakilan dapat disemai ketika di bangku sekolah lagi. Ini adalah kerana institusi pendidkan merupakan satu kumpulan manusia yang berinteraksi melalui satu proses berstruktur untuk mencapai matlamat tertentu dan manusia adalah unsur asasnya.

Menurut Michael Fulen ( 1998 ) sekolah adalah harapan terakhir untuk menyelamatkan dan mencipta semula komuniti. Dalam proses demokrasi atau dalam mana-mana sistem, tekanan akan wujud daripada pihak pentadbiran, ibu bapa , majikan dan masyarakat secara keseluruhan/

Dalam proses melaksanakan perubahan ini, mekanisme ekanisme biokrasi digunakan . Sebagaimana kata Sergiovanni tekanan pasti akan wujud apabila berhadapan dengan karenah biokrasi. Tetapi guru sebagai kerjaya profesional tetap redha dengan tekanan. Walaupun tekanan itu mengganggu ketenangan jiwa, para guru terus berjuang untuk menghasilkan output sebaik mungkin.

[Sunting] Profesionalisme

Page 20: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Tekanan dalaman dan luaran boleh mengerakkan sesuatu perubahan yang positif. Tekanan untuk mencapai tahap profesionalisme, matlamat `zero ?defect? sekolah bestari, sekolah bertaraf dunia akan menggerakkan seseorang untuk mengejar kejayaan. Tetapi jika tekanan yang berlebihan pula akan mengganggu kesihatan mental seseorang.

Matlamat pekerja unggul, matlamat ISO 9000 dan lain-lain akan memotivasikan pekerja untuk berjaya dan menjadi pekerja cemerlang. Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan teknologi mestilah menembusi tembok sekolah .

Tekanan daripada persekitaran yang kompleks serta struktur sedia yang amat rencam amat meletihkan para pekerja, pelajar dan guru-guru. Guru dan pelajar terkejar-kerja dengan jadual pembelajaran yang tidak pernah berhenti selagi mengikuti sistem persekolahan. Bagi mengatasinya guru-guru mestlah bersikap profesional.

Tekanan untuk naik pangkat , tekanan untuk menjadi pelajar cemerlang menjadi pendorong kepada setiap individu untuk bergerak pantas. Pekerja akan bekerja lebih masa bagi mencapai kehendak atau tekanan organisasi.

Sikap profesionalisme juga dapat ditunjukkan dengan perubahan mengunakan teknologi lama kepada teknologi baru. Tidak ramai oran gyang suka dengan perubahan begini. Setiap individu berasa dirinya tidak berupaya untuk berubah kepada teknologi baru.

Ada peringkat awal sistem fail dan sistem manual lebih mudah diurus dan boleh dipercayai. Mereka berasa susah dengan teknologi komputer. Tetapi dengan adanya tekanan, maka ia akan erpaksa? mengggunakannya dan akhirnya akan menjadi satu kebiasaan.

Tekanan yang hebat dirasai oleh pengetua sekolah. Morris Et. Al. 9 1994 ) mendapati pengetua menerima tekanan kerja daripada ketua-ketua dalam hirarki sistem persekolahan dalam bentuk arahan dan peraturan. Walaupun namapkak sesuatu perubahan itu bermula dari atas, namun kejayaan sesuatu perubahan adalah bermula dari bawah. Lapisan bawah lebih merasa tekanan kerana tekanan datang dari atas dan persekitarannya.

[Sunting] Penyediaan Pelajar sebagai Pekerja

Penglibatan pemimpin bagi setiap organisasi dalam merekabewntuk, merancang dan melaksanakan program pengembangan kerjaya akan menentukan kejayaan sesuatu perubahan ( Zaidatol Akmaliah, 1990 ). Setiap perubahan yang dibuat oleh pihak atasan, akan memberi tekanan kepada pihak bawahan. Kejayaan hanya akan tercapai jika pihak bawahan sanggup melaksanakan perubahan.

Penggubalan kurikulum ke arah sektor pekerjaan akan dilakukan setiap 10 tahun sekali. Namun begitu jangka masa 10 tahun terlalu jauh untuk sesuatu rancangan jangka panjang. Kerap kali berlaku, kegagalan untuk merancang dan kegagalan itu adalah kegagalan sepenuhnya.

Page 21: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Sukatan pelajaran dan pekeliling yang diberikan akan mempengaruhi tekanan seseorang. Dalam hal ini pengetua sekolah atau ketua jabatan harus bijak. Kadang-kala sesorang pelajar itu tidak tahu apakah kerjaya akan diceburinya nanti . Sementara pelajar lain takut untuk bercita-cita kerana takut gagal mencapai cita-cita.

Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Terdapat guru-guru yang tidak peka dengan peluang yang bakal diceburi oleh pelajar.

Sepatutnya guru-guru diberi sedikit tekanan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kerjaya. Pengetahuan guru tentang kerjaya pelajar akan bertambah dengan mengadakan perkembangan staf atau menghadiri mana-mana seminar.

[Sunting] Tekanan Daripada Persekitaran

Suasana kerja juga boleh menjadi tekanan perubahan. Michael Fullan ( 1998) menyatakan terdapat pertandingan pasaran pekerjaan , pilihan keluarga dan pengurusan individu yang member tekanan kepada pihak sekolah.

Mata pelajar harus disesuaikan dengan pasaran kerja dan ekonomi. Kini sekolah tidak lagi dapat mengesan apa jenis kehidupan yang bakal dilalui oleh pelajar. Pekerjaan yang bakal menanti juga sukar diramalkan.

Semua mempunyai tekanan untuk cemerlang. Kelayakan masuk ke IPTA dan IPTA menekan setiap pelajar untuk lebih tekun belajar. Tekanan untuk mengggunakan teknologi komputer akan meningkatkan pencapaiannya dalam sesuatu bidang.

[Sunting] Menangani Perubahan

Pembelajaran merupakan aspek terpenting dalam menentukan kejayaan perubahan. Maber dan Mayon ( 1993 ) , melalui pembelajaran sesebuah organisasi akan lebih bersedia dan mampu menghadapi perubahan. Arah pemikiran akan lebih matang dan mampu membawa organisasi mencapai objektif yang telah dirancangkan.

Hellriegel , Jackson dan Slocum ( 1999 ) menyatakan , pembelajaran akan melibatkan ahli organisasi dan menyelesaikan masalah. Hasilnya produktiviti bertambah, keuntungan meningkat dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan semakin baik.

Kesilapan masa lalu dapat dijadikan teladan. Sekiranya jatuh pada kali pertama, kita akan berhati-hati untuk perjalanan kali kedua. Ini bermakan proses pembelajaran telah berlaku. Ada juga organisasi yang telah gagal terus putus asa dan berundur daripada persaingan. Hanya organisasi yang peka kepada perubahan dan menganggapnya sebagai satu pembelajaran akan dapat membentuk strategi-strategi baru di masa hadapan. ( Tucker, 1983 ).

Page 22: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

Stonham (1994) menekankan faktor persekitaran dalam menangani perubahan. Perkembangan di luar institusi pendidikan akan menentukan nasib perubahan. Jadi perancangan yang baik masih bergantung kepada faktor- faktor luar dan di luar jangkaan.

Sumber manusia juga menjadi penentu kejayaan perubahan. Kemahiran tinggi beserta intelektual yang tinggi menjadikan seseorang itu menerima perubahan yang ingin dilakukan. Pembelajaran dakan perubahan akan mewujudkan sikap positif terhadap perubahan.

De Celles ( 1995 ) menyatakan, pembelajaran merupakan aspek terpenting di dalam menjayakan pengurusan perubahan. Masalah penyesuaian terhadap perubahan sering berlaku kerana organinasi mengabaikan aspek perubahan.

[Sunting] Penutup

Secara asasnya sekolah ialah suatu institusi yang konservatif , tetapi oleh kerana perubahan di dalam kedua-dua persekitaran dalaman dan luaran , pemimpin-pemimpin pendidikan kadangkala mesti memulakan perubahan. Pada masa yang lain menentang perubahan yang tidak perlu.

Seharusnya pentadbir sekolah adalah pemimpin perubahan dan bertindak sebagai pembuat keputusan. Perubahan secara evolusi, bukan revolusi akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

[Sunting] Bibliografi

1. Ainon Mohd & Abdullah Hassan ( 1994 ) , Teknik Berfikir : Konsep dan Proses , Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

2. Aminuddin Mohd Yusof ( 1990 ) . Kepimpinan. Hulu Kelang : Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Edmund Terence Gomez ( 1990 ), Pelaburan korporat UMNO, Forum Enterpise , Petaling Jaya.

4. Paul Findley, ( 1990 ) Mereka Berani Bicara, Penerbit Mizan, Bandung. 5. Goldenson , R.M. ( 1970 ) . The Ensyclopedia of Human Behaviour Vol.2 ,

Garden City, New York. Doubleday & Co. Inc. 6. Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1997 ) , Pengurusan, Dewan Bahasa dan

Pustaka , Kuala Lumpur. 7. Hersey,P. and Blanchard,R.K., ( 1973). Grid Principles and Situationalism : Both.

A Response to Blake and Mouton, Group and Organization Studies. 8. Hussein Mahmood ( 1997 ) , Kepimpinan dan Keberkesana Sekolah. DEB Kuala

Lumpur. 9. Jaafar Muhamad ( 1992 ), Asas Pengurusan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 23: Sosiologi Pembangunan Luar Bandar

10. Jaafar Muhamad ( 1997 ) , Kelakuan Organisasi . Leeds Publications. Kuala Lumpur.

11. John Naisbitte & Opatricia Aburdene , ( 1990 ) Megatrends 2000, Avon Books international.

12. Juriah Long dan rakan ( 1992 ). Aliran dalam amalam pendidikam menjelang abad ke 21. Bangi : UKM

13. Kamaruddin Hj Kachar ( 1989 ). Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd.

14. Lee Iacocca , ( 1990 ), Iacocca ?Sebuah Autobigrafi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

15. M. Fullan, The New Meaning of Change. 16. M.Fullan and Andy Hargreavers ( 1998 ), What Worth Fighting For Out There 17. Philip K, Liam .F dan S. Jatusripitak ( 1986 ) Kompetisi Baru , Penerbit Pt.

Gramedia, Jakarta. 18. Rahim Abdullah( 1998) , Asas Pengurusan. Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd. Kuala Lumpur 19. Renato Constantino (1989 ), Pilihan Nasionalis. Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur. 20. Roald F.C ,John e. Corbally dan Raphael O.N (1997 ) , Pengenalan Pentadbiran

Pendidikan, Penerbit Universiti Putra Malaysia : Serdang. 21. Robert Ornsteion and Paul Ehrlich ( 1989 ) New World New Mind, Simon &

Schuster Inc. 22. Sayles, L.R . and Strauss, (1974). Human Behaviour in Organizations, Englewoos

Cliff , New Jersey. PrencticeHall. 23. Sindhunata , ( 1993 ), Dilema Usaha Manusia Rasional : Kritik Masyarakat

moden oleh Max Horkheimer, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 24. Tay Swee Noi dan Peter J. Smith ( 1990 ). Managing Stress ?A Guide To Asian

Living , Federal Publication ( S) Pte. Ltd, Singapura. 25. Wan Azmi Ramli ( 1991) , Pengurusan Masa kini, Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. 26. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie ( 1990 ). Pentadbiran Pendidikan. Fajar Bakti Sdn.

Bhd.Shah Alam Selangor 27. Zurina Hassan ( 1994) . Cabaran Wawasan 2020. Malindo Printers Sdn. Bhd.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan"