Spaghetti carbonara senang

1
Spaghetti Carbonara Senang! Bahan-bahan (4-5 orang makan):- 1) 300-350g spaghetti 2) 1 tin sos spaghetti carbonara Prego 3) 1 tin cendawan butang 4) 4-5 batang sosej 5) 8-10 ekor udang saiz sederhana 6) 3-4 ulas bawang putih 7) 1 labu bawang besar 8) 1/2 cawan susu segar 9) Serbuk lada hitam 10) Air, minyak dan garam secukupnya Cara-cara:- 1) Rebus spaghetti dengan air secukupnya. Masukkan juga garam dan sedikit minyak bersama-sama air. Siap dan toskan. 2) Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. 3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan. 4) Masukkan udang dan sosej. Biarkan seketika. 5) Masukkan sos carbonara Prego. 6) Toskan cendawan butang dan potong kepada beberapa bahagian. Masukkan cendawan butang. 7) Seterusnya, masukkan susu segar dan juga sedikit air. Biarkan reneh seketika. SIAP! 8) Untuk dihidangkan, tabur sedikit serbuk lada hitam ke atas hidangan. *Minyak dimasukkan semasa merebus spaghetti bagi mengelakknya melekat. *Air yang ditambah adalah mengikut kesesuaian. Bagi saya yang suka sos spaghetti yang tidak terlalu pekat, saya tambah 1 cawan++ air ketika mereneh sos. *Bagi saya, garam tidak perlu dimasukkan kerana masin sos Prego sudah cukup. Less Salt. =D

Transcript of Spaghetti carbonara senang

Page 1: Spaghetti carbonara senang

Spaghetti Carbonara Senang!

Bahan-bahan (4-5 orang makan):-

1) 300-350g spaghetti2) 1 tin sos spaghetti carbonara Prego3) 1 tin cendawan butang 4) 4-5 batang sosej5) 8-10 ekor udang saiz sederhana6) 3-4 ulas bawang putih7) 1 labu bawang besar 8) 1/2 cawan susu segar9) Serbuk lada hitam10) Air, minyak dan garam secukupnya

Cara-cara:-

1) Rebus spaghetti dengan air secukupnya. Masukkan juga garam dan sedikit minyak bersama-sama air. Siap dan toskan.2) Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. 3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.4) Masukkan udang dan sosej. Biarkan seketika.5) Masukkan sos carbonara Prego.6) Toskan cendawan butang dan potong kepada beberapa bahagian. Masukkan cendawan butang.7) Seterusnya, masukkan susu segar dan juga sedikit air. Biarkan reneh seketika. SIAP!8) Untuk dihidangkan, tabur sedikit serbuk lada hitam ke atas hidangan.

*Minyak dimasukkan semasa merebus spaghetti bagi mengelakknya melekat.*Air yang ditambah adalah mengikut kesesuaian. Bagi saya yang suka sos spaghetti yang tidak terlalu pekat, saya tambah 1 cawan++ air ketika mereneh sos.*Bagi saya, garam tidak perlu dimasukkan kerana masin sos Prego sudah cukup. Less Salt. =D