Spesifikasi Pencucian

28
LEMBAGA TABUNG HAJI Senarai Semakan Dokumen Tender Mencuci dan Membersih di Bangunan Tabung Haji 1. Syarat-Syarat Am 2. Kenyataan Tawaran Sebutharga: - Nombor Tawaran - Tajuk Tawaran - Tarikh Tutup dan Masa - Mengisi / Cara Penyerahan Borang - Kelayakan Kontraktor / Bidang - Spesifikasi, Borang Ringkasan Sebutharga dan Maklumat Penender - Keterangan Lanjut - Pembekalan - Contoh - Tempoh Kontrak - Harga Tawaran - Setujuterima Sebutharga - Deposit / Cagaran - Surat Menyurat dari Penender - Keputusan Sebutharga 3. Lampiran-Lampiran: - Spesifikasi Tawaran Perkhidmatan - Lampiran A. - Spesifikasi Kerja - Lampiran A1, A2 A3 & A4 - Borang Ringkasan Sebutharga - Lampiran B - Borang Profail Syarikat - Lampiran C - Borang Pengalaman Kerja Penender - Lampiran C1 - Pelan Tapak - Lampiran D 1

description

info

Transcript of Spesifikasi Pencucian

SPESIFIKASI TAWARAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN

LEMBAGA TABUNG HAJI

Senarai Semakan Dokumen Tender

Mencuci dan Membersih di Bangunan Tabung Haji 1. Syarat-Syarat Am

2. Kenyataan Tawaran Sebutharga:

Nombor Tawaran Tajuk Tawaran Tarikh Tutup dan Masa Mengisi / Cara Penyerahan Borang Kelayakan Kontraktor / Bidang Spesifikasi, Borang Ringkasan Sebutharga dan Maklumat Penender Keterangan Lanjut Pembekalan Contoh Tempoh Kontrak Harga Tawaran Setujuterima Sebutharga Deposit / Cagaran Surat Menyurat dari Penender Keputusan Sebutharga3. Lampiran-Lampiran:

-Spesifikasi Tawaran Perkhidmatan-Lampiran A.-Spesifikasi Kerja

-Lampiran A1, A2 A3 & A4-Borang Ringkasan Sebutharga

-Lampiran B-Borang Profail Syarikat

-Lampiran C

-Borang Pengalaman Kerja Penender-Lampiran C1-Pelan Tapak

-Lampiran D

Tandakan ( ) jika telah diterima serta dilengkapkan.

LEMBAGA TABUNG HAJI

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

1. NO. RFQ : 2015100202. TAJUK:

PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT TH DAERAH SANDAKAN, SABAH3. TARIKH TUTUP, MASA DAN LAWATAN TAPAK:

Tawaran tender, tarikh tutup dan lawatan tapak beserta taklimat adalah seperti di dalam nota pelawaan yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Perolehan TH. Kehadiran adalah diwajibkan.4. MENGISI / CARA PENYERAHAN BORANG:4.1 Cara penyertaaan tender ini adalah menggunakan sistem on-line

e-Perolehan TH yang dikawal serta diuruselia oleh Bahagian Perolehan TH. Untuk tujuan tersebut semua penender adalah dimestikan mempunyai e-mail syarikat yang sah serta boleh digunapakai.

4.2 Penender hendaklah melengkapkan borang tender yang disertakan bersama dengan email pelawaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perolehan TH. Semua borang tender hendaklah diisi dengan lengkap, mengikut sepertimana yang ditetapkan. Sekiranya penender tidak dapat melayari sistem yang disediakan sila hubungi Bahagian Perolehan TH melalui telefon 03-20542056 atau 03-20543278.

4.3 Syarikat diwajibkan memasukkan harga bagi setiap line di dalam RFQ.4.4 Syarikat diwajibkan juga membuat imbasan (scan) bagi lampiran B, B1 dan Lampiran B2 dan dilampirkan (attachment) dalam system ePS.5.KELAYAKAN PEMBEKAL / BIDANG:

5.1 Hanya pembekal-pembekal Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan masih dibenarkan mengambil bahagian serta berdaftar dengan TH adalah layak menyertai tawaran ini.

6. SPESIFIKASI DAN BORANG SEBUTHARGA

6.1 Spesifikasi tawaran perkhidmatan ini disediakan seperti di Lampiran A-A4.6.2 Pembekal-pembekal dikehendaki memenuhi borang-borang berikut:-

a) Borang Sebutharga / Tender- Masukkan di dalam Sistem e-Perolehan TH.b) Borang Ringkasan Sebutharga dan kadar harga Lampiran B dan B1.

c) Borang Jadual Kadar Denda/Pemotongan Lampiran B2.d) Borang Maklumat Penender - Lampiran C dan C1.

6.3 Borang-borang tersebut mestilah dikembalikan bersama borang sebutharga berkenaan serta salinan fotokopi Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Sijil Kementerian Kewangan Akuan Pendaftaran Bumiputra.

7. KETERANGAN LANJUT

7.1 Sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini hendaklah dikemukakan kepada:-

a) Pejabat TH Daerah SandakanLot 80 & 81, Blok HS-08,Sandakan Harbour Square,90000, Sandakan, Sabahb) Cawangan Perolehan

Bahagian Pentadbiran

Lantai 35, Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Nota: Mengikut bangunan/pejabat cawangan yang berkenaan

8. PEMBEKALAN

8.1 Pembekal hendaklah berurusan terus kepada TH Daerah Sandakan, Sabah.8.2 Semua barang-barang / pembekalan dibawah kontrak ini mestilah barang-barang keluaran semasa yang baru, tulin serta belum digunakan kecualibagi tujuan ujian mutu dikilang pembuat ( static running ).

8.3 Bekalan barang-barang hendaklah dari buatan tempatan sahaja melainkan bagi barang-barang yang tidak boleh diperolehi dari sumber-sumber tempatan.

9.CONTOH:9.1 Penender dikehendaki mengemukakan contoh apabila diminta mengikut bilangan dan pada masa yang ditentukan. Contoh-contoh ini hendaklah ditanda dengan butiran dalam tender dan nama penender. Penender-penender yang tidak mengikut arahan tidak akan dipertimbangkan.

10.TEMPOH KONTRAK:

10.1 Tempoh kontrak bagi tawaran perkhidmatan ini adalah 36 bulan ( 3 Tahun ) sahaja.

11. HARGA TAWARAN:

11.1 Harga yang ditawarkan hendaklah meliputi semua kos seperti cukai, pembukusan, penghantaran / pengiriman, pengangkutan dan lain-lain. Harga adalah didalam Ringgit Malaysia ( RM ). Sekiranya barang adalah diimpot, sila nyatakan harga termasuk cukai Kastam dan tanpa cukai Kastam.

12. SETUJUTERIMA SEBUTHARGA:

12.1 TH akan memberi notis bertulis ( Surat Setujuterima ) kepada pembekal / penender yang berjaya apabila sebutharganya dipersetujui.

12.2 Notis itu boleh mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai tambahan kepada syarat-syarat atau sebagai pengubahsuaian yang dilampirkan bersama ini. Oleh yang demikian sebutharga itu tidak boleh disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada penender menyatakan bahawa syarat tambahan atau yang diubahsuaian itu diterima.

12.3 Apabila dipersetujui, suatu kontrak / dokumen perjanjian kontrak akan disediakan. Maka suatu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat diantara TH dengan penender itu mengikut syarat-syarat kontrak ( termasuk syarat-syarat tambahan atau diubahsuai yang tersebut itu jika ada ) dan tidak apa-apa perjanjian atau syarat-syarat lain walau dari apa jenis pun boleh disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini.

12.4 TH tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. 13. SURAT MENYURAT DARI PENENDER:

13.1 Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebutharga tidak akan dilayan. TH juga tidak akan melayan sebarang surat menyurat daripada penender-penender mengenai sebab-sebab sebutharga mereka tidak berjaya.

14. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD:

14.1 Sebutharga yang dibuat dengan tidak mengikut arahan-arahan diatas tidak akan dipertimbangkan. Pihak TH tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah sekali atau pun mana-mana tawaran sekali pun. Keputusan mengenai sebutharga yang dikeluarkan adalah muktamad.

Lampiran A

LEMBAGA TABUNG HAJI

SPESIFIKASI TAWARAN PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH BANGUNAN/PEJABAT TH DAERAH SANDAKAN SABAH(A) KAWASAN PERKHIDMATAN

Kawasan-kawasan yang memerlukan pembersihan adalah dari dalam bangunan ke kawasan luar bangunan. Kawasan tersebut adalah seperti berikut:

1. Ruangan Dalam Pejabat/Kaunter Pejabat TH Daerah Sandakan, Sabah1.1 Zon A : Lantai/Tingkat bawah( Keluasan : 1,744 KP )

1.1.1 Kaunter 1.1.2 Ruang Menunggu Pendeposit 1.1.3 Tangga pejabat /Tiles /luar pejabat / koridor TH )1.1.4 Keseluruhan dinding termasuk cermin dan pintu utama

1.1.5 Bilik Perbincangan

1.1.6 Ruangan keseluruhan back office

1.1.7 Tandas lelaki dan wanita1.1.8 Semua kerusi anggota dan kabinet borang

1.1.9 Cermin dalam dan luar lobby pejabat

1.2 Zon B : Lantai/Tingkat 1 ( Keluasan : 826 KP )1.2.1 Ruangan pejabat Am TH,1.2.2 Bilik Pengurus 1.2.3 Pantry1.2.4 Tandas Lelaki dan Wanita1.2.5 Bilik Server1.2.6 Bilik Fail1.2.7 Tangga 1.2.8 Karpet laluan ke bilik pengurus 1.3 ZON C : Lantai / Tingkat 2(Keluasan : 826 KP )1.3.1 Tangga

1.3.2 Bilik Mesyuarat

1.3.3 Surau Lelaki dan Wanita

1.3.4 Bilik Utility

1.3.5 Ruang Menunggu depan bilik mesyuarat

1.3.6 Tandas Lelaki dan Wanita

1.3.7 Tailes laluan ke bilik Mesyuarat

1.4 ZON D : Lantai / Tingkat 3 ( Keluasan: 826 KP )1.4.1 Tangga 1.4.2 Bilik Stor Pejabat

1.5 ZON E : Lantai / LOT 80 ( Ruangan Penyewa)( Keluasan 826 KP )

1.5.1 Dari ruang lobi tingkat bawah hingga ke tingkat 3

Nota:Mengikut kesesuaian bangunan/pejabat cawangan berkenaan.

2. Kawasan Umum ( Luar Bangunan )(Keluasan: 1,068 KP)3.1 Kawasan Luar Ruang Legar/Lobi Utamai) Keseluruhan kawasan luar/ kaki limaii) Keseluruhan dinding cermin, siling dan tong-tong sampah.

iii) Semua papan tanda yang ada.

3.2 Kawasan Luar Sekeliling Bangunan

i) Keseluruhan laluan turun dan naik.

ii) Keseluruhan kawasan belakang bangunan

iii) Keseluruhan longkang di sekeliling bangunan.iv) Semua papan tanda yang ada.

3.3 Kawasan Luar Banguan ( Bumbung )

i) Longkang/Gutter sekeliling bumbung

3.4.Kawasan Mesin ATM/CDM

i).Semua kawasan bertailes

ii).Mesin ATM / CDM

iii).Dinding Cermin dan Pintu Cermin termasuk

dinding dan siling

Nota:Mengikut kesesuaian bangunan/pejabat cawangan berkenaan.

(B) SPESIFIKASI KERJA

Spesifikasi ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu:

1. Kerja-Kerja Harian.

2. Kerja-Kerja Mingguan.

3. Kerja-kerja Bulanan.

4. Kerja-kerja Tahunan

1. Kawasan Ruang Pejabat (Pejabat TH, 4,800 sahaja).1.1 Spesifikasinya adalah seperti di Lampiran A1.

2. Kawasan Umum

2.1 Spesifikasinya adalah seperti di Lampiran A2.3. Dinding Luar

3.1 Spesifikasinya adalah seperti di Lampiran A3.

4. Pembekalan Kemudahan/ Alatan Tambahan.

4.1Spesifikasinya adalah seperti di Lampiran A4.

(C) TENAGA PEKERJA

1. Untuk memastikan kerja-kerja disempurnakan, pemborong hendaklah menyediakan pekerja secukupnya pada masa yang ditetapkan seperti berikut:

1.1Penyelia

: Satu (1) orang yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya

tiga (3) tahun dengan bangunan tinggi serta sijil BICS.

1.2Pekerja Am (Pencucian) : 2 orang

Nota:Mengikut kesesuaian bangunan/pejabat cawangan berkenaan.

2. Kontraktor adalah bertanggungjawab dengan sepenuhnya terhadap kelakuan dan tatatertib pekerja semasa bekerja di dalam kawasan TH.

3. Pekerja-pekerja yang dilantik mestilah warganegara atau mempunyai dokumen yang sah serta beragama Islam dan berumur tidak melebihi 50 tahun. Pekerja dikehendaki memakai pakaian seragam serta tandanama/pas pengenalan diri yang lengkap. 4. Kontraktor hendaklah menyediakan pekerja yang mahir dalam mengendalikan dan menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan ini. Pemborong juga dikehendaki mengemukakan senarai nama-nama pekerja berserta dengan no. kad pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport jika berjaya dalam tawaran ini.

5. Pihak TH berhak mengarahkan Kontraktor jika pada pendapat TH pekerja tersebut didapati menyeleweng atau berkelakuan kurang sopan atau tidak berkualiti yang mana boleh merosakkan nam baik dan imej TH. Pekerja-pekerja Kontraktor yang dilantik hendaklah mematuhi syarat undang-undang buruh Malaysia yang dikuatkuasakan dari masa kesemasa.

6. Kontraktor bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan dan keselamatan atau kerosakan tehadap harta benda dan apa-apa milik TH, pegawai TH atau orang awam. Segala perkara diatas sekiranya berlaku disebabkan oleh Kontraktor, pekerjanya atau agensinya semasa melaksanakan perkhidmatan, Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk membayar gantirugi bagi keadaan yang tersebut diatas.7. Kontraktor dengan perbelanjaan sendiri dikehendaki mengambil insuran-insuran pekerja dan tanggungangan awam (Workmen compesition and public liabity ) melalui mana-mana syarikat insuran yang berdaftar. Polisi insuran hendaklah berkuatkuasa sepenuhnya sepanjang tempoh kontrak ini berjalan atau tempoh lanjutan kontrak jika berkaitan. Satu salinan polisi insuran hendaklah dikemukakan kepada pihak TH bersama surat perjanjian.8. Bagi maksud kesempurnaan dan kelicinan perjalanan kontrak ini, Kontraktor hendaklah menempatkan sepenuh masa seorang penyelia yang bertanggungjawab menerima apa-apa arahan yang akan diberikan kepadanya oleh TH dan hendaklah dianggap sebagai telah diberitahu kepada Kontraktor. Penyelia hendaklah sentiasa berada di kawasan TH dan mengawasi kerja-kerja yang dilakukan. Beliau mestilah seorang yang amanah dan boleh membuat keputusan apabila diperlukan. Penyelia dikehendaki melaporkan diri tiap-tiap hari di Pejabat Pentadbiran Bahagian Pengurusan Hartanah TH untuk mengemukakan jadual kedatangan harian pekerja, jadual pusingan kerja dan juga menerima teguran atau arahan baru atau kedua-duanya.

(D) CARA DAN WAKTU BEKERJA

1. Perkhidmatan ini secara umumnya perlu dijalankan mengikut waktu pejabat sepertimana yang berkuatkuasa di TH tetapi permulaan kerja-kerja harian dikehendaki bermula pada pukul 07.00 pagi kecuali bahagian/ruang yang berkunci yang perlu dilakukan pada waktu pejabat dan berakhir pada pukul 04.30 petang.

( Waktu perkhidmatan kontraktor tidak kurang 8 jam sehari)2. Hari bekerja adalah hari bekerja biasa bagi TH tidak termasuk hari minggu atau cuti umum, kecuali bagi tujuan persiapan majlis rasmi TH / lain-lain majlis seperti diarah oleh Pegawai TH. Maka sekiranya persiapan yang diperlukan bagi maksud upacara rasmi TH jatuh pada hari minggu atau cuti umum, Kontraktor hendaklah bertanggungjawab menguruskannya.

3. Sekiranya Kontraktor perlu menjalankan kerja-kerja diluar waktu pejabat, maka permohonan bertulis hendaklah dimajukan kepada TH (3) tiga hari sebelum kerja dijalankan. Peraturan ini dikecualikan kepada kerja-kerja yang diarah sendiri oleh TH.

4. Sekiranya ada kerja-kerja lebih masa seperti D (3) diatas atau keperluan upacara seperti D (2) diatas, maka pihak Kontraktor adalah bertanggungjawab mengadakan dan pihak TH tidak akan membayar sebarang tambahan.

(E) KEPERLUAN BAGI MAJLIS/UPACARA RASMI LTH

1. Kontraktor adalah bertanggungjawab mengadakan pembersihan tertentu dengan lebih teliti , sempurna atau dengan lain perkataan mengadakan mutu kerja yang lebih baik daripada kerja-kerja harian yang biasa bila mana ada sesuatu upacara/majlis rasmi pada sebelum, semasa dan selepas majlis berkenaan.

2. Sekiranya keperluan ini jatuh pada hari minggu atau cuti umum, maka Kontraktor adalah bertanggungjawab menguruskannya dan tertakluk kepada perkara D (2) dan D (3).

3. Sewaktu majlis atau upacara berjalan, Kontraktor bertanggungjawab mengadakan pekerja-pekerja Standby bagi memberi perkhidmatan yang berkenaan secara on call sepertimana yang diarah atau diperlukan oleh TH.

4. Menempatkan sekurang-kurangnya 1 orang pekerja yang tetap setiap majlis yang diadakan.

Nota:Mengikut kesesuaian bangunan/pejabat cawangan berkenaan.(F) TEMPOH KONTRAK

1. Kontrak ini adalah untuk tempoh 36 bulan. Permohonan melanjutkan kontrak boleh dipertimbangkan sekiranya perkhidmatan yang diberikan sangat memuaskan (prestasi A atau B). Walaubagaimanapun TH atau Kontraktor oleh menamatkan kontrak ini dengan memberi sebulan notis bertulis.

2. Kontraktor tidak dibenarkan sama sekali memberi kontrak ini atau melantik sub-kontraktor untuk semua atau sebahagian daripada kerja ini kepada mana-mana pihak.

(G) PEMBAYARAN

1. Pada akhir setiap bulan Kontraktor dikehendaki mengemukakan Jadual Kedatangan Pekerja beserta lampiran kerja bulanan bagi tujuan penyediaan sijil siap kerja dan GRN sebelum invoice/bil dikeluarkan oleh kontraktor untuk tujuan pembayaran. TH berhak membuat pemotongan ke atas bayaran itu sekiranya didapati kerja-kerja yang dijalankan tidak memuaskan atau tidak dibuat langsung.

2. Pemotongan bayaran adalah mengikut jadual seperti di Lampiran B2.(H) CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

1. Adalah tanggungjawab kontraktor membayar semua caruman yang dikehendaki dibawah Ordinan KWSP bagi semua kakitangan/pekerja yang diambil.

2. kontraktor dikehendaki dan bertanggungjawab mematuhi Ordinan KWSP yang sedang berkuatkuasa seperti yang dikanunkan, termasuk syarat peraturan dan pindaan.

(I) PEMBUANGAN SAMPAH SARAP

1. Sampah sarap dikutip setiap hari mestilah dimasukkan ke dalam karung plastik (polythene bag) yang diadakan sendiri oleh kontraktor dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di tapak pengumpulan sampah.

2. Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor bagi memastikan tong sampah ditempat yang disediakan ini tidak ada sampah sarap yang terdapat bertaburan disekelilingnya. Sekiranya berlaku ia perlu dipungut dan dikemaskan dengan segera, walaupun iannya berpunca dari pihak lain.

(J) KELENGKAPAN DAN KEMUDAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN

1. Bahan Kimia

1.1 Jenis-jenis bahan kimia cucian mestilah yang diperakui dan dari jenis yang bermutu tinggi (superior quality). Ianya hendaklah dinyatakan dalam borang tawaran bagi tujuan penilaian dan digunakan selanjutnya dalam pengendalian kontrak.

1.2 Sekiranya pihak TH merasa perlu menukar jenama yang lain dan harganya setanding dengan bahan kimia cucian yang dinyatakan dalam borang tawaran, kontraktor adalah tertakluk kepada arahan TH. Selain daripada jenama yang dinyatakan jenama-jenama bahan kimia cucian yang lain boleh juga digunakan setelah mendapat persetujuan bertulis dari TH.

1.3 Sekiranya kontraktor didapati menggunakan bahan kimia cucian selain dari yang dinyatakan atau tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak TH, maka kontraktor adalah sebagai melanggar syarat-syarat perjanjian. Tindakan yang diambil bagi perkara ini adalah:

i)Membuat potongan bayaran ATAU

ii) Menamatkan kontrak

1.4 Bahan kimia cucian yang digunakan bagi tujuan pencucian kadangkala boleh merosakan permukaan lantai, perubahan permukaan dan mendatangkan kesan sampingan pada persekitaran. Maka kontraktor mestilah mematuhi peraturan penggunaan bahan-bahan (literture of the products) tersebut.

2. Peralatan

2.1 Semua peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis-jenis yang berkualiti dan mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

2.2 Senarai peralatan yang utama perlu diadakan adalah seperti berikut:

i) Mop

ii) Penyapu

iii) Tuala kecil dan besar

iv) Window Squeeze

v) Lamp Wool

vi) Dust Pan

vii) Baldi Besar dan Kecil

viii) Dust Mop

ix) Mop Bucket

x) Extention Pole

3.Mesin-Mesin3.1Mesin-mesin yang dibekalkan hendaklah dari jenis-jenis yang berkualiti dan bersesuaian serta mencukupi bagi melaksanakan perkhidmatan pembersihan.

4.1 Senarai mesin-mesin utama yang perlau disediakan adalah seperti berikut :

i) Buffing Machine

ii) Scrubbing Machine

iii) Auto Scrubbing Machine

iv) Dry Vacuum

v) Wet & Dry vacuum

vi) Blower

vii) Water Jet High Pressure

viii) Carpet Machine

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN :BIL BUTIRAN

1.

2.

Syarikat yang berjaya adalah dikehendaki menyempurnakan kerja-kerja perkhidmatan mencuci dan membersih Bangunan Ibu Pejabat TH Mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam kontrak.

Kegagalan syarikat yang menyempurnakan kerja-kerja berkaitan adalah tertakluk kepada tindakan yang akan dikenakan oleh TH dibawah peraturan Perolehan berpusat mengenakan penalty ke atas nilai kerja.Nota :Pertanyaan mengenai sebutharga ini sila hubungi Pn. Vivi Haslinda bt. Abdullah menanggung tugas Unit Pentadbiran / Hartanah Pej No: 089 273117 dan Fax No: 089-228 985 )

Lampiran A1SKOP KERJA

(RUANG PEJABAT)

BILBUTIRAN KERJAKEKERAPAN

1.KERJA-KERJA HARIAN

1.1 Membersih dan vacuum habuk serta kotoran di atas karpet.

1.2 Membuang sampah dan membersih tong sampah.

1.3 Membersih dan mengelap cermin di kawasan ruang legar dan pejabat.

1.4 Membersih dan mengelap meja, kerusi, kabinet, kaunter dan lain-lain tempat menampung habuk yang tidak dinyatakan serta mengemas kembali susun atur sedia ada.

1.5 Membersih dan menyembur pewangi pada telefon.

1.6 Membersih dan membuang habuk pada alas kaki (jika berkaitan).

1.7 Mop lantai berkemasan jubin.

1 x sehari dan bila diperlukan

2 x sehari dan bila diperlukan

1 x sehari dan bila diperlukan

1 x sehari dan bila diperlukan

1 x sehari dan bila

diperlukan1 X sehari dan bila diperlukan1 X sehari dan bila diperlukan

2.

BILKERJA-KERJA MINGGUAN2.1 Membersih dan mengelap semua cermin dalam pejabat dan bilik-bilik sekatan.

2.2 Membersih dan mengelap papan-papan tanda , gambar-gambar, komputer dan lain-lain peralatan yang dibenarkan.

2.3 Membersih sawang labah-labah pada dinding, siling, tingkap, kabinet bingkai pintu dan bahagian lain.

2.4 Menyelenggara pokok bunga hiasan dalaman dan memeriksa serta pastikan alas pasu bunga tidak menakung air (jika berkaitan).2.5 Buffing lantai berkemasan jubin

BUTIRAN KERJA

2 x seminggu dan bila diperlukan

2 x seminggu dan biladiperlukan2 x seminggu dan bila diperlukan

1 X seminggu dan bila diperlukan

1 x seminggu dan bila diperlukan

KEKERAPAN

3.KERJA-KERJA BULANAN

3.1 Mencuci, membersih dan shampu keseluruhan permaidani/ karpet di dalam pejabat dan ruangan lain yang berpermaidani.3.2 Mencuci dan membersih Difusser lampu dan aircond grill.

6 bulan sekali dan bila diperlukan.

1 X sebulan dan bila diperlukan.

Lampiran A2SKOP KERJA

(KAWASAN UMUM)

BILBUTIRAN KERJAKEKERAPAN

1.

KERJA-KERJA HARIAN

Ruangan Tandas

(Tiap-tiap Aras)

1.1 Mencuci, membersih, menggosok dan mop lantai tandas dengan menggunakan bahan pencuci yang sesuai.

1.2 Mencuci dan membersih dinding-dinding, cermin muka dan keseluruhan bahagian lain termasuk pintu dalam tandas dengan menggunakan bahan pencuci yang sesuai.

1.3 Mencuci, membersih dan menggosok basin basuh tangan, mangkuk tandas,flush cistern dan urinal dalam tandas dengan menggunakan bahan pencuci yang sesuai.

1.4 Memastikan pewangi yang sesuai diletakkan serta suasana dalam tandas sentiasa berbau wangi dan bersih.

1.5 Membuang sampah serta mencuci dan membersih tong sampah.

Ruangan/ Bahagian Lain

1.6 Memungut dan membuang sampah daripada tong-tong sampah, bakul-bakul sampah, tempat habuk rokok dikaki lima, lobi lif dan kawasan luar aras lobi serta aras-aras lain.

1.7 Mencuci dan membersih keseluruhan lif (penumpang/tempat letak kereta/bomba/barang) serta meletakkan pewangi didalamnya (jika berkaitan).1.8 Mencuci, membersih dan kerja-kerja buffing keseluruhan kawasan ruang legar, laluan tengah, lobi lif serta mop dengan bahan pencuci termasuk mencuci dan mengelap dengan bersih dinding dan pintu .

2 x sehari dan bila diperlukan

2x sehari dan bila diperlukan

2 x sehari dan biladiperlukan

Setiap hari dan bila diperlukan

2 x sehari dan bila diperlukan

2 x sehari dan bila diperlukan

Setiap hari dan setiap masa bila diperlukan

Setiap hari dan setiap masa bila diperlukan

2.1.9 Mencuci, membersih dan mop lantai aras lobi utama dengan menggunakan dust mop yang sesuai (jika berkaitan).

1.10 Menggilap lantai aras lobi utama dengan menggunakan mesin penggilap

yang bersesuian serta spray buff

dengan bahan pencuci yang dibenarkan.

1.11 Menyapu, mencuci dan membersih di

kawasan luar lobi utama termasuk

kawasan service road dan laluan naik dan turun (jika berkaitan).

1.12 Mencuci, membersih dan menyedut habuk pada floor Mat.1.13 Mencuci, membersih dan mengelap keseluruhan cermin dikawasan umum menggunakan bahan pencuci yang dibenarkan/ sesuai.

1.14 Menyapu, mencuci dan membersih keseluruhan kawasan tempat letak kereta semua aras termasuk ramp naik dan turun.1.15 Mencuci, membersih dan mengelap semua bahagian dinding termasuk pintu-pintu bilik mekanikal, tangga dan lain-lain yang berada di kawasan umum semua tingkat.

KERJA-KERJA MINGGUAN.

2.1 Membersih dan mengelap papan-papan tanda, kaki kerusi, bingkai-bingkai

gambar, rak-rak, bawah meja /kerusi

serta alatan keselamatan bangunan dan

kemudahankemudahan lain.2.2 Mencuci dan membersih sawang-sawang

sarang labah-labah pada dinding, siling

dan penjuru-penjuru bangunan serta bahagian lain.2.3 Mencuci dan membersih keseluruhan

kawasan luar bangunan, tempat letak

kereta, longkang-longkang dan sekeliling bangunan menggunakan Water Jet Pressure dengan menggunakan bahan kimia (jika berkaitan).

2.4 Mencuci dan membersih keseluruhan

kawasan bumbung (jika berkaitan).

3 X sehari dan bila diperlukan

3 X sehari dan bila diperlukan

2 X sehari dan bila diperlukan

1 X sehari dan bila diperlukan

1 X sehari dan bila diperlukan

1 X sehari dan bila diperlukan

1 X sehari dan bila diperlukan

1 x seminggu dan bila diperlukan

1 X seminggu dan bila diperlukan1 X seminggu dan bila diperlukan

2 minggu sekali dan bila diperlukan

3.KERJA-KERJA BULANAN

3.1 Mengisi dan menabur bahan klorin ke dalam longkang dan dibersihkan dengan menggunakan water jet pressure (jika berkaitan).

3.2 Membersih dan meracun pokok-pokok renek (liar) dan rumpai di sekitar

bangunan (jika berkaitan).

3.3 Mencuci, membersih dan menyental (scrubbing) permukaan lantai berkemasan jubin menggunakan mesin yang bersesuaian dan bahan kimia yang dibenarkan.3.4 Mencuci dan membersih bilik mekanikal

(Suis Utama, Komputer dan lain-lain)

2 bulan sekali dan bila diperlukan

1 X sebulan dan bila diperlukan

2 bulan sekali dan bila diperlukan

3 bulan sekali

Lampiran A3

SKOP KERJA (MENCUCI DINDING LUAR BANGUNAN)

BIL BUTIRANKEKERAPAN

1. BAHAGIAN/ RUANGAN/ KAWASAN

(Dinding konkrit, cermin, aluminium cladding, signboard, bumbung dan kubah) Jika berkaitanMencuci dan membersih menggunakan bahan kimia yang bersesuaian serta dibenarkan untuk semua kategori bangunan.

1 X setahun

2.TENAGA PEKERJA

2.1 Kontraktor mestilah menyediakan tenaga pekerja yang mahir dan

mencukupi dengan melantik seorang ketua (mempunyai BICS dan layak mengendalikan gondola) yang khusus bertanggungjawab ke atas kerja-kerja di atas.

2.2 Kontraktor juga adalah bertanggungjawab mengadakan polisi insuran

khusus untuk kerja diatas (Public Libility dan Workmen Compensation) dan juga tanggungjawap ke atas pekerja yang berkenaan. Insuran tanggungan tersebut hendaklah dibuat melalui syarikat insuran sah dan berdaftar.

3.KEMUDAHAN DAN ALATAN KERJA

3.1 Kontraktor mestilah menyediakan semua kemudahan dan peralatan yang mencukupi termasuk peralatan keselamatan semasa berada didalam gondola termasuklah alat perhubungan awam seperti Walkie-Talkie mengikut sepertimana yang digunapakai oleh pengurusan bangunan.

3.2 Sistem gondola adalah disediakan oleh pihak TH tetapi sekiranya berlaku kerosakan disebabkan oleh kontraktor , pekerjanya atau agensinya, kontraktor adalah bertangungjawab membaikinaya atau menanggung segala kos pembaikanya (bagi bangunan menara yang mempunyai sistem gondola).

Lampiran A4

SKOP KERJA-KERJA LAIN/ TAMBAHAN

BILBUTIRANKEKERAPAN

1.JENIS PERKHIDMATAN

1.1 Susunnatur kelengkapan didalam Dewan Besar, Mini Teater untuk majlis-majlis rasmi TH. (Kadar harga per majlis hendaklah dimasukkan di Lampiran B1).

1.2 Susunatur (meja, kerusi, alas meja, skirting dan peralatan berkaitan) didalam dewan besar, bilik seminar dan kawasan yang ditetapkan oleh TH di semua kompleks (Kelana Jaya, Bayan Lepas & Kota Kinabalu)

1.3 Membentang dan mengemas permaidani, sejadah serta penempatan mimbar untuk sembahyang Jumaat (jika berkaitan).

1.4 Mengemas dan menyusun kerusi di kaunter pendeposit (jika berkaitan).

1.5 Mencuci dan membersih kerusi-kerusi, sofa dan sebagainya di Dewan Besar dan kaunter. (Kadar harga per unit hendaklah dimasukkan di Lampiran B1).

1.6 Membekal dan menyelenggara alat pewangi di dalam Bilik pegawai TH (Sewaan).

Mengikut keperluan (Anggaran 4 kali sebulan).

Mengikut keperluan (Anggaran 8 kali sebulan)

1 x seminggu (setiap hari Jumaat)

Mengikut keperluan

Mengikut keperluan

Tiap-tiap bulan dan bila diperlukan

2.TENAGA KERJA

2.1 Kontraktor hendaklah menyediakan

tenaga kerja yang mencukupi bagi

melaksanakan kerja ini.

2.2 Segala kos adalah di bawah

tanggungjawab kontraktor.-

-

PAGE 14