SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN · PDF fileLaporan perubatan/ post mortem - RM1,000.00...
-
Upload
hoangthien -
Category
Documents
-
view
222 -
download
3
Transcript of SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN · PDF fileLaporan perubatan/ post mortem - RM1,000.00...
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN INSURANS AM DAN NYAWA
BERKELOMPOK UNTUK PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
1. Perlindungan 24 jam diberikan kepada pelatih bermula tarikh lapor diri ke kem,
sepanjang tempoh latihan berlangsung dan selepas meninggalkan kem latihan sehingga
pulang ke rumah masing-masing.
2. Perlindungan kematian biasa sebanyak RM50,000.00.
3. Perlindungan kematian akibat kemalangan dan keilatan kekal sebanyak RM120,000.00.
4. Khairat kematian biasa sebanyak RM5,000.00 dan khairat kematian kemalangan
RM8,000.00.
5. Jenis tuntutan dibenarkan:-
Tuntutan Amaun (RM) Jumlah maksimum tuntutan
Syarat
Elaun wad harian
50.00 sehari
RM3,000.00 atau 60 hari
Dirawat di hospital kerajaan sahaja
Penjagaan ibu/ bapa/ penjaga
50.00 sehari
RM3,000.00 atau 60 hari
Dirawat di hospital kerajaan sahaja
Bayaran pembedahan/ rawatan segera/ kecemasan
- RM15,000.00
Dilakukan di hospital kerajaan sahaja
Perjalanan bagi ibu/bapa/penjaga termasuk tiket kapal terbang
- RM2,000.00
Disertakan bukti sokongan seperti tiket kapal terbang
Penginapan bagi ibu/bapa/penjaga
- RM1,000.00
Disertakan bukti sokongan seperti resit
Kos rawatan/ pembedahan
- RM15,000.00
Dirawat di hospital kerajaan sahaja
Laporan perubatan/ post mortem
- RM1,000.00
Dikeluarkan oleh hospital kerajaan sahaja
* Sebarang permohonan tuntutan insurans hendaklah dihantar selewat-lewatnya dalam tahun
yang sama semasa mengikuti latihan PLKN.
* Jumlah bayaran tuntutan adalah berdasarkan penilaian syarikat insurans.