spm 1

12
Frasa menarik dalam karangan 1. Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya 2. Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu 3. Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan 4. Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu 5. Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam 6. Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan 7. Alaf baharu - Masa terkini 8. Mutakhir ini - Pada masa kini 9. Seantero dunia - Seluruh dunia 10. Menikam sanubari - Merosakkan perasaan 11. Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran 12. Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek 13. Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli 14. Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan 15. Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya 16. Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan 17. Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang 18. Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan 19. Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan 20. Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani 21. Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu 22. Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum 23. Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan

description

-

Transcript of spm 1

Page 1: spm 1

Frasa menarik dalam karangan

1. Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya

2. Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu

3. Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan

4. Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu

5. Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam

6. Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan

7. Alaf baharu - Masa terkini

8. Mutakhir ini - Pada masa kini

9. Seantero dunia - Seluruh dunia

10. Menikam sanubari - Merosakkan perasaan

11. Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran

12. Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek

13. Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli

14. Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan

15. Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya

16. Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan

17. Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran

matang

18. Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan

19. Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan

20. Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani

21. Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu

22. Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum

23. Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan

24. Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa

ke semasa

25. Landasan berfikir - Cara berfikir

26. Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa

27. Mengaibkan diri - Memalukan diri

28. Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar

29. Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir

30. Alpukah - Daya usaha / inisiatif

Page 2: spm 1

31. Bacul - Tidak bersemangat

32. Badai kehidupan - Cabaran hidup

33. Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai

34. Berkongkalikung - Bersepakat

35. Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh

36. Praja - Kota / negeri

37. Prakarsa - Inisiatif / daya usaha

38. pramusaji - Pelayan tetamu di restoran

39. Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari

40. Nawaitu diri - Keinginan diri

41. Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri

42. privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan

43. Portfolio menteri - Tugas menteri

44. Pentas siasah - Dunia politik

45. Polemik - Bahas / debat / konflik

46. Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan

47. Linglung - Hilang ingatan

48. Falah - Kejayaan / kemenangan

49. interpretasi - Tafsiran / penjelasan

50. bersilengah - Bersikap tidak tahu

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat

penjuru dunia ini tentang isu …

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan

minda kita telah

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang

2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan

yang bakal menghambat.

Page 3: spm 1

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan

dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun

disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang

beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan

dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang

menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan

drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama

di negara kita ini.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan

pendapat yang menyatakan …….

Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,

sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini

boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

Kita dapat menyaksikan betapa…

Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

Lazimnya, dalam keadaan …

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …

Pada hemat saya …

Pada pandangan saya …

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

Sebagaimana yang kita ketahui

Sebagaimana yang kita maklumi

Sejak awal lagi

Sejak kebelakangan ini

Page 4: spm 1

Selain itu, pada masa ini juga

Seperti yang telah dinyatakan

Umum mengetahui bahawa

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

Bagi sesetengah orang …

Begitu juga dengan …

Begitu juga halnya dengan …

Bertitik tolak daripada itu …

Bukan itu sahaja …

Dalam hal ini …

Dalam konteks ini ..

Disebabkan keistimewaan inilah kita ..

Hal ini berlaku disebabkan

Hal ini penting dalam

Hal ini serupa dengan

Hal yang serupa berlaku apabila

Ini disebabkan

Ini membuktikan bahawa

Ini menggambarkan bahawa

Ini secara tidak langsung akan

Ini semua meninggalkan kesan kerana

Ini tentu sekali membuatkan

Jadi kita perlu

Jadi kita hendaklah

Keadaan ini tentunya

Lantaran itu sehingga kini

Yang paling nyata ialah

Dalam zaman yang serba

canggih ini …

Daripada realiti ini dapat kita

katakan bahawa …

Dengan adanya …

Dengan berbuat demikian …

Dengan perkataan lain ..

Disebabkan hal itu

Kesemua ini menyumbang kepada

Kita mengakui hakikat bahawa

Kita sering menonton di kaca

televisyen

Kita sering membaca di dada-dada

akhbar

Memandangkan keadaan yang

sedemikian

Namun sejak kebelakangan ini

Oleh itu, bolehlah dikatakan

Secara logiknya masa yang

Sejak seawal usia kemerdekaan

negara ini lagi, kita

Keadaan ini seharusnya boleh

Walaupun demikian, sejak akhir-akhir

ini

Kendatipun demikian, kita masih

Yang perlu kita pastikan ialah

Page 5: spm 1

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada

tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

Sebagai contohnya

Biar kita lihat

Biar kita ambil contoh

Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

Sebagai analoginya,

Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Intihanya,

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

Konklusinya,

Dengan ini diharapkan

Bukan itu sahaja

Mudah-mudahan perkara ini

Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah

sama dituruni, insyallah perkara ini akan …

Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

Page 6: spm 1

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

1. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta

ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu

seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

3. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne

4. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi

adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

5. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju

sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang

6. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan."

~Surah al-Hajj:77

7. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat

meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18

8. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

9. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu

memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan.

~Davey John Schwartz

10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru

besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam

melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)

11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala

rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang

kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz

12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Page 7: spm 1

13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi

perbualan penduduk langit.

16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah,

hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak;

sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu

Talib

17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka

merosakkan madu."

18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha

untuk mengejar impian hari esok.

19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah

manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat,

asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-

Baqarah:214)

20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.

21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang

membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu

dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa

oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat

dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan

digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR

23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi

masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas

dengan buah.

25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

FRASA-FRASA MENARIK UNTUK PENULISAN KARANGAN

mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang

Page 8: spm 1

mendukung kebenaran yang kita sepakati

mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni

mengambil langkah sederap

menghirup udara hasil kemerdekaan

mengikut acuan sendiri-mengundang kontroversi

menjadi cerucuk utama pembangunan

menjulang negara ke puncak jagat

menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi

menyambut gamitan menara impian

menyebabkan imej negara tercalar

menyediakan kursus dan latihan yang relevan

menyembunyikan masalah utama masyarakat

mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran

mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan

milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi

muafakat merupakan inti kepada perpaduan

negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat

nilai keinsanan yang syumul

nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat

pandangan pro dan kontra yang dipaparkan

pelbagai cabaran yang bakal menghambat

pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat

pembentukan masyarakat sakinah

pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini

perlu dibaja kembali

perubahan yang diharap masih belum menjelma

petanda kehancuran generasi

pewujudan masyarakat madani

propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

kita perlu mengorak langkah

kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini

komitmen menyeluruh agensi yang terlibat

kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu

Page 9: spm 1

Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik

makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan

mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

manifestasi kesanggupan bangsa

manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa

masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan

masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi

masalah sosial dan susila yang meruncing

masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan

melangkah dengan seribu kekuatan

melontarkan soalan yang cukup penting

melupakan cita-cita yang lebih luhur

membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

membetulkan ketidaktepatan fakta

membimbing mereka memenuhi impian

membina impian masa depan yang lebih gemilang-membongkar kepincangan

membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka

mempengaruhi minda generasi muda

mempertahankan perasaan saling bersefahaman

mempertingkat dan memperteguh kefahaman

mempraktikkan elemen tolak ansur

memudaratkan kesejahteraan rakyat

menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung

menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak

menampilkan wajah baru yang disulami tekad

menangkis tuduhan yang tidak berasas

mencapai tahap yang mencemaskan

mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya

mendapat perhatian dan liputan media massa

Page 10: spm 1

mendepani masa depan yang tidak menentu

PENDAHULUAN

"Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan."

"Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara."

"Dalam menempuh arus globalisasi ini, ibu bapa semakin alpa (lupa) terhadap tanggungjawab mereka kerana mereka terlalu obses(asyik) mengejar arus modenisasi."

"Menurut sejarah dunia, kejatuhan Empayar Rom disebabkan oleh banyaknya kes jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku."