Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

11
Kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar perdana di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani kes ini. 1. masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program 2. mengadakan ceramah atau kempen 3. menyediakan perkhidmatan kaunseling 4. pesalah laku yang disabitkan kesalahan merogol perlu dikenakan hukuman yang berat. 5. kursus keagamaan (AR) Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan . (AR) Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang semakin leluasa di negara kita. (AR) Dalam siaran berita di radio atau di televisyen, berita-berita seperti ini begitu kerap dilaporkan. (AR) Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah imej negara kita akan terjejas. (AA) Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah harus diambil untuk membendung masalah ini. (AJ) Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. (AH) Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. (AH) Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. (AH) Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. (AC) Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. (AH) 1 SET KERTAS 1 SPM 2013

Transcript of Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

Page 1: Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

Kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar perdana di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani kes ini.1. masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program2. mengadakan ceramah atau kempen3. menyediakan perkhidmatan kaunseling4. pesalah laku yang disabitkan kesalahan merogol perlu dikenakan hukuman yang berat.5. kursus keagamaan

(AR) Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. (AR) Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang semakin leluasa di negara kita. (AR) Dalam siaran berita di radio atau di televisyen, berita-berita seperti ini begitu kerap dilaporkan. (AR) Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah imej negara kita akan terjejas. (AA) Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah harus diambil untuk membendung masalah ini.

(AJ) Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. (AH) Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. (AH) Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. (AH) Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. (AC) Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. (AH) Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.

Selain itu, (AJ) pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. (AH) Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. (AH) Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. (AH) Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. (AH) Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. (AP) Usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landaan yang betul dalam kehidupan.

(AJ) Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang perlu

1 SET KERTAS 1 SPM 2013

Page 2: Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

diurus oleh pihak kebajikan masyarakat. (AH) Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. (AH) Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. (AC) Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. (AP) Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut.

Di samping itu, (AJ) pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. (AC) Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. (AH) Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. (AH) Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. (AH) Perkara tersebut juga akanmenconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. (AP) Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut.Seterusnya, (AJ) pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. (AH) Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. (AH) Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. (AC) Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. (AH) Cara ini adalah amat efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

Kesimpulannya, (A Ksmpln) pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. (A Pnln) Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. (A Pndpt) Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung maalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. (A Pnln)Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan rohani dapat direalisasikan.

(Karangan SPM ini ditulis oleh Wong Mei Yee)

2 SET KERTAS 1 SPM 2013

Page 3: Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

Dimensi DiriJun 2007Nov 2007

Cara-cara melaksanakan amalan berjimat cermat.Mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang bertajuk “Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti”.

Jun 2008Nov 2008

Kebaikan kitar semula.Menyediakan laporan lengkap tentang Majlis Anugerah Cemerlang.

Jun 2009Nov2009

Perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan berjaya dalam temu duga.Nyatakan usaha yang patut ibu bapa lakukan untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna.

Jun 2010Nov 2010

Pengalaman menyertai pasukan sukarelawan membantu mangsa bencana alam.Peranan yang boleh dilakukan untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin.

Jun 2011Nov2011

Faedah yang diperoleh apabila mempunyai hobi.Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai cita-cita.

3 SET KERTAS 1 SPM 2013

Page 4: Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

Sejak kecil kita telah dididik mengamalkan tabiat berjimat cermat.Jelaskan kelebihannya apabila kita mengamalkan

tabiat berjimat cermat.Pergi ke belukar memasang pikat,Pulangnya lewat di hujung petang;Jikalau sentiasa berjimat cermat,Rezeki secupak terasa segantang.Indah nian pemandangan dunia,Dari timur hingga ke selatan;Sikap berjimat amalan mulia,Orang boros sahabat syaitan.

Pendahuluan] Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agarna mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.” Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehani-harian kita. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

[Isi Pertama] Hari ini kita tertawa, tetapi hari-hari yang mendatang kemungkinan kita menangis. Pepatah Melayu selalu mengingatkan bahawa “malang tidak berbau”, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan, dan kebakaran. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa menabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, “Sediakan payung sebelumn hujan.” Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang. Sikap meminta-minta tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya menambah benci kepada orang yang dipinjam sekiranya kita tidak dapat melunaskannya mengikut tempoh yang ditetapkan.

[Isi Kedua] Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak. Bak kata peribahasa, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimanakah kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita? Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.” Kita telah banyak membaca kisah kehidupan manusia yang dalam keadaan susah kerana gara-gara boros berbelanja ketika mempunyai wang yang banyak. Sebab itulah ada yang mengatakan wang itu “berhantu” menyebabkan kita terdorong untuk berbelanja mengikut nafsu, malah sesama adik-beradik juga boleh berkelahi akibat ketidakadilan pembahagian harta pusaka yang melibatkan Wang.

4 SET KERTAS 1 SPM 2013

Page 5: Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

[lsi Ketiga] Pengurusan wang yang betul dengan mengamalkan tabiat berjimat cermat mengelakkan kita terjebak dalam aktiviti ke arah kepapaan. Hari ini kita boleh meminjam wang daripada rakan atau saudara terdekat untuk menyelesaikan hutang. Namun, belum tentu hari-hari yang mendatang ada orang yang sanggup memberi kita pinjaman lagi. Oleh sebab keperluan sudah mendesak, mulalah mengambil jalan singkat dengan meminjam wang menerusi ceti haram atau dikenali dengan nama “along”. Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan along yang bermahanajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan.

[Isi Keempat] Amalan berjimat cermat membolehkan kita merebut peluang yang ada di depan mata yang bila-bila masa sahaja boleh wujud. Apabila memiliki wang di tangan, kita boleh merancang dan mencari peluang menerusi rakan-rakan yang berjaya. Sebagai contoh, jika selama ini kita hanya menyewa rumah, dengan adanya wang, kita boleh memiliki rumah sendiri. Lebih jauh daripada itu, sekiranya ada orang yang menjual tanah dengan harga yang berpatutan, kita dapat membelinya tanpa berfikir panjang kenana mempunyai wang yang secukupnya di tangan. Hal ini bermakna, kehidupan kita akan lebih bermakna kerana mampu mengubah nasib diri dan keluarga. Situasi ini tidak akan berlaku bagi mereka yang mempunyai wang “cukup-cukup makan”. Bekerja tetap dan gaji lumayan tidak membawa sebarang makna sekiranya tergolong dalam kumpulan miskin seperti kata peribahasa Melayu, “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bukan seberapa banyak wang yang kita peroleh dalam sebulan, tetapi seberapa banyak wang yang dapat kita tabung dalam bulan tersebut. Memperoleh wang satu masalah, tetapi lebih sulit tabiat untuk berjimat cermat yang boleh memberikan sinar kehidupan lebih bermakna kepada kita.

[lsi Kelima] Semulia-mulia manusia ialah mereka yang boleh membelanjakan sebahagian daripada wangnya untuk orang lain. Jika kita rajin menabung, lama-kelamaan jumlah wang yang kita peroleh akan bertambah, lalu kita boleh menderma wang kita kepada orang yang memerlukan. Amalan ini menyebabkan rezeki kita akan menjadi berkat. Allah SWT berfirman menerusi ayat al-Baqarah,”kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta”. Nabi Muhammad SAW pula bersabda yang membawa maksud, “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa-apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki”. Hal ini bermakna, amalan berjimat cermat menjadikan kita manusia yang lebih beriman kepada Allah SWT, sekali gus mengelakkan diri daripada kekufuran.

[Isi Keenam] Konsep berjimat cermat jika dihuraikan lebih mendalam bukan sahaja melibatkan wang ringgit, tetapi merangkumi semua aspek dalam kehidupan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh-membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” dan “jangan terhantuk baru tengadah”, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita.

5 SET KERTAS 1 SPM 2013

Page 6: Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

[Penutup] Sebagai kesimpulannya, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa, dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat yang sihat. Oleh itu, sebagai golongan remaja, yang masih bergantung wang ringgit daripada ibu bapa, kita hendaklah mendidik diri kita berhemat dalam berbelanja. Setiap deringan sen yang ibu bapa berikan kepada kita bukan hanya datang dari langit, sebaliknya menerusi keringat yang membasahi bumi. Jadi, eloklah kita menghargai setiap sumbangan yang kita terima dan jika ada lebihan, sejak masih di bangku sekolah kita perlu mendidik diri dengan amalan menabung.Singgah berehat di kota lama,Kuih dijamah air dihirup,Berjimat cermat suruhan agama,Jika diamal sejahteralah hidup.Turun ke ladang memetik kacang,Hendak dibuat masak lemak,Segala urusan jika terancang,Sikap membazir pasti terelak.

Kebaikan berjimat cermat1. Diri – amalan murni citra keperibadian mulia - amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga

untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah

2. Diri - menjamin masa depan yang lebih cerah.-

6 SET KERTAS 1 SPM 2013

Page 7: Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

Spot SPM 2013-01-201 Anda telah menyertai lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh persatuan sekolah anda ke beberapa tempat yang menarik. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menulis laporan tentang lawatan lersebut.Tulis laporan itu selengkapnya.2 Sifat ingin bersaing mencetuskan perlumbaan untuk memburu kejayaan. Sifat ini bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi dalam apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hidup kita.Berdasarkan penyataan di alas, sediakan teks ucapan untuk disampaikan kepada sekumpulan remaja di sebuah sekolah menengah.3 Keseimbangan dalam akademik dan kerohanian dapat menentukan kecemerlangan seseorang dalam mencapai kejayaan. Bincangkan usaha-usaha yang patut pelajar lakukan untuk memastikan seorang pelajar memperoleh kecemerlangan dalam akademik dan kerohanian.

7 SET KERTAS 1 SPM 2013

Page 8: Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

Fokus Keluarga, Masyarakat, dan SekolahJun 2007Nov2007Jun 2008Nov2008Jun 2009Nov 2009Jun 2010Nov2010 Jun 2011

Nov2011

Kebaikan-kebaikan mengadakan rumah terbuka. Kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari dalam seminggu.Hubungan baik sesama ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sebuah keluarga.Ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.Menyertai syarahan dengan tajuk “Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan Anak-anak”.Huraikan kebaikan menjalankan aktiviti bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah.Kepentingan bagi setiap keluarga meraikan hari-hari istimewa.Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa. Meminta komen tentang tanggapan yang mengatakan ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap anak-anak yang meningkat remaja berbanding ketika mereka masih di sekolah rendah.Huraikan peranan keluarga untuk menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.

Seklah anda tetah menganjurkan pertandingan menulis rencana. Anda tertarik untuk menyertai pertandingan tersebut dan memilih tajuk “Pendekatan untuk Menjaga Kesihatan Diri”Tulis teks rencana tersebut sepenuhnya. _______

Pendekatan untuk Menjaga Kesihatan Diri Oleh Normadian Abu

[Pendahuluan] Ilmu kesihatan sebahagian daripada ilmu kedoktoran yang mengandungi hukum dan peraturan serta nasihat yang harus diikuti supaya kesihatan manusia terjaga. Orang yang tidak berpenyakit belum tentu sihat dalam erti kata sebenar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang dimaksudkan dengan sihat adalah suatu keadaan jasmaniah dan rohaniah serta sosial yang tidak mengalami gangguan penyakit atau cacat. Amalan menjaga kesihatan dan kekuatan jasmani juga dituntut Islam. Mereka yang memiliki tubuh badan atau jasmani sihat akan dapat melaksanakan tugas dan kewajipan harian dengan baik. Begitu juga rohani dan jiwa yang sihat mampu menghadapi pelbagai ujian iman. Badan sihat dan iman mantap akan membina akhlak mulia. Allah SWT berfirman menerusi ayat at-Taubah (ayat 108) berbunyi, “Dan Allah mengasihi orang yang bersih”. Konsep membersihkan diri meliputi zahir dan batin. Bersih diri secara zahir adalah membersihkan diri daripada perbuatan syirik, khurafat, dan tahyul. Manakala kebersihan dari segi batin pula ialah menjaga hati dan sifat dengki, riak, sombong serta takbur.[Isi Pertama] Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, dan nyamuk. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh majlis tempatan seperti dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam iaitu kempen “Jumpa Sampah Kutip” dan kempen “Memerangi LILATI (lipas, lalat, dan tikus). Oleh itu, sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas. Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria, dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah asas untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum.

[Isi Kedua] Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, dan tahap kolesterol. Tujuan pemeriksaan dibuat adalah untuk memastikan tahap kesihatan kita berada dalam keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu iaitu, “Mencegah lebih baik daripada mengubatinya”. Bagi pesakit yang telah diserang penyakit ini, keadaannya akan boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti peribahasa “Cegah sebelum parah”. Pendek kata, kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-hospital secara berjadual.

[Isi Ketiga] Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang mengambil makanan yang berkhasiat dan beriat sesuai dengan keperluan tubuh badan seseorang. Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan, dan keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih

8 SET KERTAS 1 SPM 2013

Page 9: Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

protein. Untuk Iebih jelas, seseorang perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata, langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan diet makanan seimbang.

[Isi Keempat] Seterusnya, kesihatan kita akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah. Amalan riadah seperti berenang, jogging, menunggang basikal, dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan. Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30 minit dua kali seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Kegiatan riadah ini akan menjadi kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai dengan peribahasa, “Alah bisa tegal biasa.” Apabila melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga dan kecergasan badan akan bertambah baik. Di samping itu, seseorang dapat menghirup udara segar semasa melakukan senaman di taman-taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan atau stress selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia disarankan agar kita dapat melakukan kegiatan senaman secara teratur untuk memperoleh kesihatan yang baik.

[Isi Kelima] Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah amalan seks rambang dan bebas, melanggani pelacur, penagihan dadah dan pil-pi khayal, ketagihan arak serta lain-lainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen “Katakan Tak Nak Pada Rokok” tidak mempunyai apa-apa makna. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), sifilis, dan lain-lain. Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu, beralihlah kepada cara hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana kempen “Gaya Hidup Sihat” yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

[Penutup] Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil pemakanan seimbang, dan melakukan kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”. Apabila badan kita sihat, kita akan memperoleh ketenangan. Ketenangan hati dan jiwa mempunyai pengaruh besar dalam kesihatan rohani dan jasmani. Hal ini disentuh oleh Allah SWT menerusi surah ar-Ra’ad (ayat 29) bermaksud: “Orang beriman akan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingatlah bahawa dengan mengingati tenteramlah segala hati.”

Spot 20131 Ibu bapa sekarang lebih mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Ibu bapa tidak memberikan galakan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum terutamanya sukan.Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.2 Amalan menabung dan berjimat cermat perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan tersebut diharapkan berterusan sehingga mereka dewasa.Berdasarkan pernyataan tersebut, anda diminta menemu ramah seseorang tokoh berkaitan dengan topik tersebut.3 Sempena Hanri Ibu, anda bercadang menulis sebuah rencana yang bertajuk “Peranan Ibu dalam Menentukan Kejayaan Anak”.Tulis rencana tersebut selengkapnya.

9 SET KERTAS 1 SPM 2013

Page 10: Spm 2013 Karangan Mengikut Dimensi

Fokus NegaraJun 2007Nov2007Jun 2008Nov 2008Jun 2009Nov2009Jun 2010

Nov 2010

Jun 2011Nov2011

Tulis sebuah rencana bertajuk “Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan”.Tujuan penubuhan institusi berasaskan kemahiran.Menyertai pidato dengan tajuk “Dadah Membawa Padah”.Faktor-faktor dan langkah—langkah bagi menangani demani denggi.Kebaikan menyertai sukan lasak.Menjelaskan pernyataan tentang sejarah penubuhan negara untuk memupuk rasa cinta terhadap negara.Menulis sebuah rencana yang bertajuk “Peranan Pelbagai Pihak dalam MenanganiIsu Kenaikan Harga Barang”.Peranan rakyat Malaysia dalain menjamin kesejahteraan negara seperti yang diungkapkan dalarn link lagu Negaraku.Tulis rencana bertajuk “Potensi Industri Kraf Tangan di Malaysia”.Menyertai pertandingan di peringkat sekolah. Tajuk yang ditetapkan ialah “Kemajuan RakyatAsas Kemajuan dan Kemakmuran Negara”

10 SET KERTAS 1 SPM 2013