SPNB Soalan 2.docx

32
1 1.0 PENGENALAN. Perjanjian Pangkor 1874 merupakan satu titik yang menandakan bermulanya campur tangan British dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu. 1 Bermulanya campur tangan British ini sememangnya banyak memberikan perubahan kepada keadaan di negeri-negeri Melayu, atas medium politik kolonialismenya dan ekonomi kapitalismenya, pelbagai dasar-dasar baru telah diperkenalkan atas satu tujuan utama iaitu memperoleh keuntungan dan eksploitasi hasil bumi dengan lebih terancang. Sesetengah perubahan yang diimplementasikan itu biarpun secara tidak langsung memberikan manfaat kepada penduduk sekitar, namun tidak dinafikan juga bahawa jelas terlihat sesetengah dasar yang dilaksanakan itu juga memberikan kesan negatif kepada masyarakat terutamanya kesan yang banyak mengubah wajah asal di negeri-negeri Melayu. Kesan kedatangan Barat pada abad ke-19 ini adalah sangat berbeza dengan kedatangan mereka pada awal abad ke-16 dahulu. Negara-negara Eropah menuntut monopoli dagangan jadi mereka memulakannya dengan pusat-pusat perdagangan berkubu. Sebagai penyelesaian terakhir, mereka menakluki negara-negara rakan dagangan mereka bagi menjamin bekalan dan hak ekslusif.” 2 Sekiranya rentetan sejarah itu ditelusuri, tingkah laku pihak British dapat disamakan seperti seekor anak Singa yang pada mulanya agak jinak dan boleh dijadikan sebagai rakan sehinggalah sampai satu keadaan dimana, anak singa tersebut telah menjadi dewasa dalam keadaan rakus dan sukar dikawal. Buktinya terlihat dimana sehingga September 1873, British pada keseluruhannya mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal negeri Melayu. Hal ini dibuktikan dimana D.G.E Hall menyatakan bahawa pengambilan Pulau Pinang pada tahun 1789 oleh Syarikat Hindia Timur itu hanyalah atas alasan untuk kepentingan dari segi pertahanan angkatan lautnya dan tidak sama sekali bercadang untuk meluaskan lagi kuasa politiknya di Tanah Melayu. 3 Namun, menjelang abad ke-19, British dilihat telah mula tidak mematuhi dasar yang 1 Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara Bangsa, Pahang, PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd, 2003, hlm 63. 2 Mahathir Bin Mohamad, Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, Selangor, MPH Group Publishing Sdn Bhd, 2012, hlm 57. 3 Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 24.

Transcript of SPNB Soalan 2.docx

30

1.0 PENGENALAN.Perjanjian Pangkor 1874 merupakan satu titik yang menandakan bermulanya campur tangan British dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu.[footnoteRef:1] Bermulanya campur tangan British ini sememangnya banyak memberikan perubahan kepada keadaan di negeri-negeri Melayu, atas medium politik kolonialismenya dan ekonomi kapitalismenya, pelbagai dasar-dasar baru telah diperkenalkan atas satu tujuan utama iaitu memperoleh keuntungan dan eksploitasi hasil bumi dengan lebih terancang. Sesetengah perubahan yang diimplementasikan itu biarpun secara tidak langsung memberikan manfaat kepada penduduk sekitar, namun tidak dinafikan juga bahawa jelas terlihat sesetengah dasar yang dilaksanakan itu juga memberikan kesan negatif kepada masyarakat terutamanya kesan yang banyak mengubah wajah asal di negeri-negeri Melayu. Kesan kedatangan Barat pada abad ke-19 ini adalah sangat berbeza dengan kedatangan mereka pada awal abad ke-16 dahulu. [1: Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara Bangsa, Pahang, PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd, 2003, hlm 63.]

Negara-negara Eropah menuntut monopoli dagangan jadi mereka memulakannya dengan pusat-pusat perdagangan berkubu. Sebagai penyelesaian terakhir, mereka menakluki negara-negara rakan dagangan mereka bagi menjamin bekalan dan hak ekslusif.[footnoteRef:2] [2: Mahathir Bin Mohamad, Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, Selangor, MPH Group Publishing Sdn Bhd, 2012, hlm 57.]

Sekiranya rentetan sejarah itu ditelusuri, tingkah laku pihak British dapat disamakan seperti seekor anak Singa yang pada mulanya agak jinak dan boleh dijadikan sebagai rakan sehinggalah sampai satu keadaan dimana, anak singa tersebut telah menjadi dewasa dalam keadaan rakus dan sukar dikawal. Buktinya terlihat dimana sehingga September 1873, British pada keseluruhannya mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal negeri Melayu. Hal ini dibuktikan dimana D.G.E Hall menyatakan bahawa pengambilan Pulau Pinang pada tahun 1789 oleh Syarikat Hindia Timur itu hanyalah atas alasan untuk kepentingan dari segi pertahanan angkatan lautnya dan tidak sama sekali bercadang untuk meluaskan lagi kuasa politiknya di Tanah Melayu.[footnoteRef:3] Namun, menjelang abad ke-19, British dilihat telah mula tidak mematuhi dasar yang ditetapkan dengan beberapa sorotan peristiwa yang membuktikan keingkaran British terhadap dasar tersebut. Bermula dengan peristiwa seperti Perang Naning 1831-1832, campur tangan Anderson dalam hal-ehwal sempadan di antara Selangor dan Perak[footnoteRef:4] sehinggalah membawa kepada wujudnya jawatan residen di dalam negeri-negeri Melayu melalui Perjanjian Pangkor yang dikatakan sebagai titik peralihan tersebut. Keadaan ini berlaku disebabkan kekacauan dan perebutan kuasa di negeri-negeri Melayu itu sendiri yang menjadi elemen penarik manakala pengambilalihan kerajaan British oleh Parti Konservatif yang menyokong penuh dasar imperialisme itu dilihat sebagai satu elemen penolak.[footnoteRef:5] [3: Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 24.] [4: Pada tahun 1825, Gabenor Fullerton mengarah Anderson untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian antara Selangor dan Perak. Anderson seterusnya menandatangani perjanjian dengan Selangor pada 20 Ogos 1825 manakala dengan Perak pada 6 September 1825. Melalui perjanjian-perjanjian ini, Perak dan Selangor bersetuju untuk tidak menyerang satu sama lain. Sungai Bernam ditetapkan sebagai sempadan antara Perak dan Selangor.] [5: Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 26-27.]

Kemasukan unsur asing yang berteraskan perspektif barat dan tidak menghiraukan norma masyarakat Melayu telah mula meresap ke dalam negeri-negeri di Tanah Melayu. Mereka mula memainkan peranan sebagai pembuat polisi, pentadbir dan sebagai usahawan yang telah mempengaruhi keseluruhan sistem masyarakat Melayu. Tidak dinafikan ramai sejarawan yang melabel bahawa zaman kolonial sebagai zaman pembangunan.[footnoteRef:6] Namun begitu, dalam kerancakan menilai hasil tangan kolonial sebagai karakter pembangun, terlindung satu intipati dasar kolonial yang dilihat bermain disekitar sistem kenegaraan Melayu itu sendiri. Satu sistem kenegaraan yang diwarisi dari Kesultanan melayu Melaka lagi yang menjadi perlambangan kepada orang Melayu. Justeru itu, tulisan ini akan menilai dan cuba mengupas sejauhmana unsur kenegaraan Melayu itu masih kekal dan wujud dalam sistem kolonial British dengan berpaksikan jeda masa 1874-1957 dimana berlakunya era penjajahan di negeri-negeri Melayu. [6: Mahadzir Mohd Khir, Kuasa Melayu Satu Analisi Peralihan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2012, hlm 7.]

Sistem kenegaraan dapatlah dikatakan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat, budaya, sosial, politik, ekonomi dan sejarah Malaysia. Istilah kenegaraan secara umum membincangkan hal ehwal sebuah negara. Manakala kata dasar daripada kata terbitan kenegaraan itu ialah negara. Menurut kamus dewan edisi keempat, negara didefinisikan sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan, kawasan yang berada di bawah kekuasaan kerajaan tertentu. Istilah negara atau state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan, undang-undang dan budaya.[footnoteRef:7] [7: Mohd Syariefuddin Abdullah et al, Kenegaraan dan Ketamadunan, Selangor, Oxford Fajar Sdn Bhd, 2009, hlm 1-2.]

2.0 SISTEM POLITIK. 2.1 Sistem Politik Negeri-Negeri Melayu Zaman Pra-Kolonial.Kajian Sejarah menggambarkan masyarakat Melayu Pra-kolonial sebagai masyarakat feudal berdasarkan gabungan beberapa kumpulan yang menjadi kelompok yang lebih besar dengan mempunyai raja atau pembesar sebagai ketua, disamping adanya kelompok lain yang tidak bergabung dan tidak mengakui kekuasaan raja.[footnoteRef:8] [8: A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm 91.]

Berdasarkan pernyataan di atas, telah menjelaskan bahawa sistem politik di negeri-negeri Melayu pada zaman pra-kolonial merupakan satu sistem pemerintahan yang berasaskan sistem feudal. Sistem feudal adalah satu sistem yang berkonsepkan setiap kerajaan mempunyai raja atau sultan sebagai ketua serta berkuasa mutlak ke atas kerajaan dan rakyatnya. Sistem ini adalah bersifat warisan atau turun temurun.[footnoteRef:9] Sekiranya dikatakan bahawa semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) itu, konsep kesultanan adalah berasaskan empayar, namun semasa abad pra-kolonial ini, konsep kesultanan tersebut diasaskan pada negeri yang sempadannya ditentukan oleh faktor geografi dan sungai yang menjadi jalan perhubungan yang penting pada masa ini.[footnoteRef:10] Justeru itu, sistem beraja yang diamalkan oleh negeri-negeri Melayu pada abad ini dapatlah dikatakan sebagai satu kesinambungan daripada sistem beraja yang diamalkan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. [9: Mohd Syariefuddin Abdullah et al, Kenegaraan dan Ketamadunan, Selangor, Oxford Fajar Sdn Bhd, 2009, hlm 124.] [10: A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm 100.]

Negeri adalah merupakan unit politik terbesar dalam sistem politik masyarakat Melayu zaman Pra-Kolonial. Raja atau Sultan merupakan individu yang berada di puncak pemerintahan sesebuah negeri.[footnoteRef:11] Raja atau Sultan ini mempunyai kedudukan yang sangat tinggi bahkan juga sebagai lambang perpaduan negeri. Raja atau Sultan ini berperanan sebagai ketua pemerintah dan berkuasa penuh dalam pentadbiran. Malah titah perintah raja adalah undang-undang bagi sesebuah negara. Raja atau Sultan juga berperanan sebagai ketua hakim dan berkuasa dalam menjatuhkan hukuman mati, berkuasa dalam melantik para pembesar negeri, menjadi ketua tenter, berkuasa dalam membuat perhubungan antarabangsa, menyelaraskan sistem cukai juga sebagai ketua agama islam.[footnoteRef:12] Kekuasaan seseorang raja tidak dipersoalkan sesuai dengan tarafnya di puncak politik tradisional dan bersesuaian dengan konsep bahawa raja (sebagaimana yang diterima oleh orang Melayu) adalah khalifah yang memerintah umat Islam.[footnoteRef:13] Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya konsep daulat dan derhaka yang menjadi asas kesetiaan rakyat terhadap raja atau sultan. Konsep daulat merupakan satu konsep yang memperlihatkan kesetiaan rakyat terhadap raja dimana terdapat ketentuan khas seperti adat istiadat, konsep pertabalan, istiadat penyembahan, bahasa pertuturan yang khas yang dikenali sebagai bahasa dalam. Sifat kesucian seorang raja atau sultan juga dihubungkan dengan alat kebesaran yang biasanya berbeza mengikut negeri kecuali alat yang umum. Konsep derhaka pula merupakan satu konsep yang melambangkan keingkaran kepada raja dan dipercayai bahawa orang Melayu yang ingkar akan menerima pembalasan daripada kuasa ghaib akibat kemurkaan raja. [11: Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 18.] [12: Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara Bangsa, Pahang, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 2003, hlm 116.] [13: A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm 96.]

Dalam menjalankan pentadbiran, raja dibantu oleh beberapa orang pegawai yang juga dikenali sebagai menteri. Pembesar diberikan gelaran bergantung kepada tanggungjawab yang dipegang, misalnya orang besar berempat, berlapan, berenam belas dan tiga puluh dua.[footnoteRef:14] Pembesar berempat adalah jawatan yang merangkumi jawatan sebagai Bendahara (penasihat utama kepada sultan), temenggung (Ketua polis yang berhak menjalankan undang-undang dan menjamin keselamatan negeri), Laksamana (ketua angkatan laut dan darat), syahbandar (menjaga kepentingan para saudagar yang berdagang dan memungut cukai).[footnoteRef:15] [14: Ibid, Hlm 96.] [15: Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara Bangsa, Pahang, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 2003, hlm 117]

Unit politik yang seterusnya ialah unit politik peringkat daerah atau jajahan. Daerah atau jajahan dibentuk oleh sempadan sungai yang menjadi jalan perhubungan antara daerah sama ada di sebelah sungai besar atau di lembah anak sungai. Pemerintah tertinggi di peringkat ini ialah seorang pembesar yang dilantik oleh raja atau sultan. Pembesar yang dilantik ini kebiasaannya diambil dari satu zuriat yang telah lama mempunyai hubungan dengan daerah tersebut sama ada seorang pembesar itu mempunyai darah keturunan diraja atau golongan bangsawan.[footnoteRef:16] Pembesar berperanan dalam menjalankan pentadbiran tempatan, keadilan, pertahanan, memungut hasil dan pimpinan umum. [16: Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 19-20.]

Unit politik yang terkecil ialah kampung. Kampung merupakan satu unit tempat tinggal biasa dan ada kalanya menjadi unit kerjasama kekeluargaan dan ekonomi.[footnoteRef:17] Ketua bagi unit politik kampung ini dikenali sebagai penghulu kecuali bagi Negeri Sembilan. Walaupun orang biasa, tetapi penghulu mempunyai prestij sosial yang tinggi dalam mengawasi usaha sosial mereka dan berperanan sebagai perantaraan dan saluran hubungan diantara anak buahnya dan golongan pembesar.[footnoteRef:18] [17: Ibid, Hlm 20.] [18: A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, Hlm 98.]

Dalam sistem politik yang diterangkan di atas, dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu semasa zaman prakolonial adalah merupakan masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak tiga bentuk organisasi politik.[footnoteRef:19] Dimana setiap organisasi politik mempunyai ketua manakala raja atau sultan merupakan kepimpinan tertinggi peringkat kerajaan pusat yang mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. [19: Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, Hlm 128.]

2.2 Sistem Politik Negeri-Negeri Melayu Zaman Kolonial.2.2.1 Sistem ResidenPermulaan peralihan sistem politik masyarakat Melayu bermula di Negeri Perak apabila termeterainya Perjanjian Pangkor 1874. Syarat yang terkandung dalam perkara keenambelas perjanjian ini telah membawa pemindahan kuasa daripada Sultan Perak kepada seorang Residen British dimana baginda mengaku untuk menerima seorang pegawai British yang akan digelar sebagai residen.[footnoteRef:20] Jika sebelum ini, sistem pemerintahan Kesultanan negeri Perak masih meneruskan kesinambungan konsep tradisional Kesultanan Melayu Melaka dengan sedikit perubahan dan penyesuaian dengan keadaan negeri dan masyarakat. Namun, disebabkan pergolakan politik dalaman dalam kalangan pembesar, kuasa raja telah menghadapi krisis pertamanya dengan hanya diletakkan sebagai simbol sahaja. [20: Mohd Syariefuddin Abdullah et al, Kenegaraan dan Ketamadunan, Selangor, Oxford Fajar Sdn Bhd, 2009, Hlm 50.]

Pada tahun yang sama, Andrew Clarke telah berjaya menerapkan sistem residen di Selangor melalui masalah perang saudara di Klang, perlanunan dan pergaduhan kongsi gelap cina, seterusnya di Sungai Ujong (keseluruhan Negeri Sembilan pada tahun 1886) atas dasar masalah kutipan cukai dan perebutan kuasa diantara pembesar dan Yamtuan Muda. Manakala negeri Pahang telah menerima sistem residen pada tahun 1884 atas dasar penglibatan kuasa Jerman dan eksploitasi pembunuhan warga British berketurunan Cina. Tahun 1886 telah menandakan bermulanya penerimaan secara mutlak sistem residen di keempat-empat buah negeri tersebut.[footnoteRef:21] Sistem Residen yang diperkenalkan oleh pihak British ini telah diperluaskan lagi ke beberapa negeri yang ditandakan dengan termeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, dimana Siam telah menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada pihak British. Setiap negeri ini menerima seorang penasihat British bagi membantu raja ataupun sultan yang memerintah dalam urusan pentadbiran bagi memastikan tiada kuasa lain yang akan mencampuri urusan negeri-negeri ini dan seterusnya menguasai negeri-negeri tersebut.[footnoteRef:22] Manakala Johor pula hanya menerima seorang penasihat Am (General Advisor) pada tahun 1914 dan ini menandakan bermulanya campur tangan politik pihak British di seluruh negeri-negeri Melayu.[footnoteRef:23] [21: James W. Gould, The United States and Malaysia, London, Oxford University Press, 1969, hlm 65-67.] [22: Vidhu Verma, Malaysia, State and Civil Society in Transitions, USA, Lynne Rienner Publisher . Inc, 2002, hlm 27] [23: Abd Jalil Borhan, Majalah Ahkam Johor: Latar Belakang, Pelaksanaan dan Komentar, Johor, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, hlm 156.]

Sistem pentadbiran Kolonial ini telah memperlihatkan kedudukan raja hanya sebagai simbol melalui Sistem Residen dan penasihat yang menggunakan corak pentadbiran secara tidak langsung. Walaupun jika dilihat bahawa seorang Residen yang ditempatkan di negeri-negeri Melayu itu tidak mempunyai kuasa eksekutif secara nyata, namun hakikatnya, setiap perkara melainkan yang berkaitan hal ehwal agama Islam dan adat Melayu haruslah mendapat nasihat dan persetujuan daripada seorang Residen.

2.2.2 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.Sistem Residen yang diimplementasi dalam negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dikatakan mempunyai kelemahan terutamanya kuasa yang berlebihan kepada Residen. Hal ini ditambah lagi dengan masalah kewangan yang melanda Pahang. British ingin menubuhkan satu persekutuan bagi menyeragamkan pentadbiran dan meneruskan dasar Pejabat Tanah Jajahan, maka satu sistem yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah diperkenalkan.Pada tahun 1893 Sir Cecil Clementi Smith, Gabenor Negeri-Negeri Selat mencadangkan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan akhirnya pada 1 Julai 1896, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan membentuk Pesekutuan. Persekutuan ini dinamakan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dimana kuasa pentadbiran dibahagikan antara pusat dan negeri, manakala pusat pentadbirannya di Kuala Lumpur. Persekutuan ini diketuai oleh Residen Jeneral yang bertanggungjawab terhadap Pesuruhjaya Tinggi British iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura. Kuasa Residen Jeneral adalah meliputi semua hal kecuali yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Jawatan Residen masih dikekalkan namun tertakluk di bawah kuasa Residen Jeneral. Jabatan-jabatan penting diketuai oleh pegawai persekutuan yang bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.[footnoteRef:24] [24: Hairol Anuar Hj Mak Din, Sejarah Malaysia (1400-1969):Satu Evolusi, Selangor, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2009, hlm 90-91.]

Penubuhan persekutuan ini dapat dilihat menambahkan lagi kemelut kehilangan kuasa pentadbiran dalam kalangan raja-raja Melayu. Hal ini adalah disebabkan persetiaan itu tidak menentukan batasan kuasa seorang Residen Jeneral kecuali yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Justeru, hakikatnya keseluruhan kuasa undang-undang terletak pada Residen Jeneral. Kuasa raja-raja melayu menjadi semakin hilang apabila kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri[footnoteRef:25] yang bertugas menasihati Residen menjadi semakin lemah. Hal ini adalah kerana jawatan Residen itu juga tertakluk dibawah kuasa seorang Residen Jeneral yang berpusat di Kuala Lumpur. [25: Majlis yang terdiri daripada raja, pembesar Melayu, pemimpin Cina dan Residen yang bertujuan untuk membentuk satu cara menilai pandangan orang Melayu tentang segala dasar yang dilaksanakan dan memperoleh kepercayaan orang Melayu dengan cara memberitahu mereka tentang dasar-dasar pemerintah.]

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu atau juga dikenali sebagai Siams Malay State adalah merupakan gabungan lima buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor yang tidak termasuk dalam Persekutuan 1986.[footnoteRef:26] Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah berbeza dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dimana ianya bukanlah berbentuk satu pemerintahan tunggal dari segi politik. Namun ianya masih perlu menerima seorang pegawai British yang akan menasihati Sultan dalam hal ehwal pentadbiran. Dapat dikatakan kuasa raja-raja Melayu di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu tidaklah menerima nasib seteruk raja-raja melayu dalam Persekutuan 1896 kerana tugas mereka berbeza dengan residen yang lebih memerintah dari menasihat. Pentadbiran negeri dijalankan oleh pentadbir-pentadbir Melayu dengan bantuan British terutamanya dalam bidang teknikal dan pentadbiran. [26: Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 45.]

2.2.3 Dasar Desentralisasi dan Malayan Union.Desentralisasi bermaksud polisi pengagihan kuasa pusat. Dasar ini adalah merupakan dasar yang cuba dilaksanakan oleh pihak British antara tahun 1909 sehingga tahun 1939 bagi mengagihkan semula kuasa kepada sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri yang selama ini tertumpu di tangan Residen Jeneral. Pada persidangan Durbar[footnoteRef:27] yang kedua, Sultan Idris telah mengkritik beberapa hal terutamanya yang berkaitan dengan pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral yang menyebabkan mereka telah kehilangan kuasa jika dibandingkan dengan sultan di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.[footnoteRef:28] Sir John Anderson telah memulakan langkah awal untuk melaksanakan dasar ini dengan mewujudkan Majlis Mesyuarat Persekutuan, namun hal ini menimbulakan rasa tidak puas hati terutamanya kepada golongan sultan-sultan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang mengatakan bahawa Majlis tersebut boleh menjalankan peranan walaupun tanpa kehadiran mereka. Langkah ini juga dikatakan kurang berkesan kerana hanya dilaksanakan dalam skala yang kecil dan dikatakan sebagai satu beban yang besar terutamanya selepas perang dunia kedua yang menyaksikan kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku. [27: Persidangan diantara Raja-Raja Melayu bagi mewujudkan perpaduan antara sultan-sultan disamping membincangkan hal-hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang hanya sebagai badan penasihat kepada kerajaan persekutuan.] [28: Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994 , hlm 50.]

Soal desantralisasi ini mula reda sehingga sebelas tahun sehinggalah Sir Lawrence Guillemard (Pesuruhjaya Tinggi) mengumumkan rancangannya ke arah sistem ini pada hujung tahun 1923 namun ianya ditentang oleh Sir George Maxwell (Ketua Setiausaha Negeri Melayu Bersekutu) kerana cadangan ini akan menghapuskan jawatan ketua setiausaha.[footnoteRef:29] Akhirnya proses ini terhenti semasa Hugh Clifford menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat. Usaha ini diteruskan semula pada tahun 1931 semasa Sir Cecil Clementi menjadi Pesuruhjaya Tinggi. Clementi mencadangkan tiga pembaharuan iaitu menghapuskan jawatan Ketua Setiausaha dan digantikan dengan jawatan Setiausaha Pesekutuan yang jawatannya lebih rendah dari seorang residen, semua jabatan kecuali kereta api, pos dan kastam ditadbir oleh kerajaan negeri dan ketiga-tiga Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan menjadi sebuah kesatuan.[footnoteRef:30] Hal ini sememangnya ditentang oleh sultan-sultan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang sebelum ini memang merasakan mendapat autonomi mereka dan bimbang melalui cadangan ini autonomi mereka akan berkurangan. Cadangan ini mendapat perhatian daripada Pejabat Tanah Jajahan di London dan akhirnya pada tahun 1935, jawatan Setiausaha Persekutuan diwujudkan dan jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan manakala pada tahun 1939 beberapa jabatan telah diletakkan dibawah kekuasaan kerajaan negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri diperbesarkan skopnya dan berkuasa dalam menggubal undang-undang kerajaan negerinya sendiri dan pertambahan kuasa dalam bidang kewangan dan pentadbiran.[footnoteRef:31] [29: Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 165.] [30: Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 52.] [31: Ibid, hlm 53.]

Dasar yang dilaksanakan oleh British ini dilihat telah berjaya memulihkan kuasa dan pengaruh sultan dan kaum Melayu terutamanya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Namun keadaan ini tidak berpanjangan akibat meletusnya peperangan dunia kedua dan Tanah Melayu pada masa itu menghadapi serangan Jepun pada tahun 1941.Tulisan ini meletakkan isu berkenaan Malayan Union bersama-sama dengan dasar desentralisasi kerana penulis melihat dasar Malayan Union adalah merupakan satu kesinambungan dari dasar desentralisasi yang cuba dilaksanakan oleh British sebelum meletusnya perang dunia kedua. Berakar umbikan cadangan Clementi yang mencadangkan agar gabungan ketiga-tiga buah persekutuan untuk mewujudkan sebuah kesatuan.Malayan Union telah diumumkan oleh Sir George Hall Setiausaha Tanah Jajahan pada tahun 1945, dimana melalui rancangan ini Sir Harold MacMichael telah dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu. Malayan Union merupakan satu usaha untuk mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan British atas faktor kebimbangan terhadap kemungkinan akan berhadapan dengan situasi politik yang telah berubah disebabkan telah wujudnya gerakan-gerakan nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu.[footnoteRef:32] Namun begitu, rancangan kali ini sangat berbeza dengan dasar desentralisasi yang dijalankan sebelum ini kerana Malayan Union dilihat jelas menghapuskan kuasa raja-raja Melayu dan mencabar hak dan kedudukan orang melayu melalui prinsip kerakyatan jus soli[footnoteRef:33] yang cuba dilaksanakan.[footnoteRef:34] Hal ini terkandung dalam syarat-syarat Malayan Union dimana, [32: Ibid, hlm 80-81.] [33: Prinsip yang memperakui bahawa jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union ditubuhkan maka ia berhak menerima kerakyatan menerusi tempat lahirnya.] [34: Jamaie Hamil, Umno dalam Politik dan Perlembagaan Melayu, Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005, hlm 45.]

raja atau pemerintah Melayu bersetuju menyerahkan kekuasaan dan kedaulatan baginda kepada Inggeris dan baginda hanya mengambil berat terhadap perkara mengenai agama sahaja[footnoteRef:35] [35: Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 85.]

Melalui rancangan Malayan Union ini juga, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan kehilangan kuasa dengan wujudnya jawatan Pesuruhjaya Negeri yang berkuasa dalam hal ehwal kerajaan tempatan selaku ketua pentadbir di peringkat negeri. Hal ini telah ditentang oleh orang-orang Melayu melalui akhbar seperti Utusan Melayu dan Warta Negara, persatuan seperti Ikatan Melayu Johor, Gerakan Melayu Semenanjung Negeri Johor dan United Malays National Organisation (UMNO) yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar.[footnoteRef:36] Melalui peristiwa ini telah memperlihatkan buat pertama kalinya orang Melayu telah bergabung dan bekerjasama dengan raja-raja Melayu menentang Malayan Union. Akhirnya, kerajaan British menghantar Kapten L D.Grammans dan Lt. Col. D.R. Rees-Williams untuk meninjau keadaan di Tanah Melayu dan melalui tinjauan tersebut memperlihatkan bahawa orang Melayu menyambutnya dengan tunjuk perasaan sehingga membawa British untuk mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil sultan dan UMNO dalam usaha merangka satu persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang dilihat sebagai satu usaha mengembalikan kedudukan orang Melayu dan hak raja-raja Melayu.[footnoteRef:37] Kejayaan ini dapatlah dikatakan sebagai satu permulaan masyarakat Melayu bergerak secara aktif dalam politik Tanah Melayu dan kesedaran akan pemerintahan sendiri yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 yang didasari sebuah perlembagaan yang meletakkan Seorang ketua Negara adalah dari kalangan raja-raja Melayu dan mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu tanpa menjejaskan kepentingan sah kaum-kaum lain. [36: Ibid, hlm 83-84.] [37: Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 307.]

3.0 EKONOMI DAN SOSIAL.3.1 Corak Sosioekonomi Masyarakat Melayu Zaman Pra-Kolonial.Ekonomi masyarakat Melayu sebelum zaman penjajahan adalah berasaskan pertanian.[footnoteRef:38] Terdapat dua bentuk pertanian iaitu pertanian pindah dan tetap. Pertanian pindah dijalankan dengan meneroka hutan dan kemudian petani menanam padi huma dan tanaman kontan dan selepas itu kawasan baru pula diteroka. Manakala tanaman tetap yang dijalankan pula ialah sawah padi dan dusun buah-buahan. Masyarakat Melayu zaman kolonial ini dapatlah juga dikatakan sebagai masyarakat yang masih mengamalkan sistem ekonomi tradisional. Hal ini kerana menurut A. Aziz Deraman dalam bukunya Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia menyatakan bahawa, [38: Ibid, hlm 187.]

Struktur masyarakat Melayu sebelum dipengaruhi oleh kuasa British pada abad ke-19 masih berstrukturkan tradisional, walaupun telah ada kuada luar yang terawal seperti Portugis yang datang ke Tanah Melayu pada tahun 1511. Namun cara pentadbirannya disesuaikan dengan sistem masyarakat Melayu semasa dengan pengertian bahawa personel sahaja yangbaharu tetapi sistem keseluruhannya tidak dirombak.[footnoteRef:39] [39: A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm 91.]

Rowstow berpendapat bahawa masyarakat yang dikatakan sebagai masyarakat tradisi itu dikatakan sebagai sebuah masyarakat yang tidak saintifik dan rasional yang seterusnya akan mengehadkan daya pengelaran dalam bidang ekonomi. Pada tahap ini, 75% masyarakatnya masih bergantung kepada tenaga manusia dan binatang dalam aktiviti-aktiviti ekonominya.[footnoteRef:40] [40: Ahmad Shukri Mohd Nain & Rosman Md. Yusoff, Konsep.Teori, Dimensi dan Isu Pembangunan, Skudai, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2003, hlm 54.]

Melalui penyataan yang diberikan oleh Rowstow tersebut dapatlah dikatakan bahawa masyarakat zaman Pra-kolonial yang dikatakan masih mengamalkan aktiviti ekonomi tradisional itu adalah merupakan masyarakat yang mengamalkan corak ekonomi sara diri. Masyarakat melayu zaman ini lahir sebagai sebuah masyarakat pertanian dimana hasil pengeluarannya bergantung pada unit keluarga sebagai unit asas pengeluaran dan juga pada besar kecil tanah yang dapat dikerjakan. Kerjasama dan gotong royong dalam masyarakat Melayu mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan nilai masyarakat, pertalian sosial dan ekonomi mereka.[footnoteRef:41] [41: A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm 106-107.]

Tulisan ini akan melihat sistem ekonomi ini dengan mengkhususkan kepada dua golongan dalam Masyarakat Melayu iaitu golongan rakyat dan golongan pemerintah. Majoroti rakyat menjalankan aktiviti ekonomi sara diri. Namun tidak dinafikan bahawa negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu telah mula mengeksport hasil keluaran berasnya ke Pulau Pinang, Singapura dan Perak, namun menjelang akhir abad ke-19 hasil pengeluaran tersebut telah merosot. Selain mengerjakan sawah, masyarakat Melayu zaman pra-kolonial ini juga mengusahakan dusun dan menternak dimana binatang-binatang yang diternak itu dijadikan sumber makanan dan sebagai tenaga kerja dan alat pengangkutan. Terdapat juga orang Melayu yang menjalankan aktiviti-aktiviti mencari hasil hutan dan ada juga yang terlibat dalam perllombongan bijih timah secara kecil-kecilan dan biasanya hanyala sebagai kerja sambilan sahaja.terdapar beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya sistem ekonomi ini, pertamanya disebabkan oleh tenaga buruh yang terhad, kekurangan modal dan teknologi dan seterusnya dimana menurut Munshi Abdullah semasa melawat negeri-negeri Melayu di pantai timur mendakwa bahawa golongan atasan akan merampas harta rakyat bawahan dan disebabkan hal ini mewujudkan satu suasana kurangnya perlindungan ke atas harta peribadi tidak menggalakkan penduduk untuk berusaha.[footnoteRef:42] Keadaan ini dibuktikan lagi dengan pernyataan Jamaie Hamil dalam bukunya dimana menurut beliau. [42: Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 188-189.]

cara yang diamalkan ialah golongan yang diperintah mengeluarkan hasil untuk pemerintahan dalam bentuk persembahan dan cukai yang dibayar kepada golongan pemerintah yang bertanggungjawab sebagai pelindung. Implikasi polisi ini ialah rakyat hanya bekerja untuk pemerintah sedangkan pemerintah tidak melakukan sebarang perubahan baru untuk kepentingan rakyat. Ini menggambarkan sebuah budaya selesa dengan apa yang ada tanpa sebarang usaha ke arah memperbaiki keadaan sosioekonomi.[footnoteRef:43] [43: Jamaie Hamil, Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu, Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005, hlm 52.]

Sumber ekonomi golongan pemerintah pula adalah berpunca daripada tiga sumber utama iaitu datang dari pelbagai bentuk cukai, kawalan tenaga buruh dan menerusi perdagangan. Pelbagai bentuk cukai yang dipungut oleh golongan pemerintah. Cukai=cukai ini berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain antaranya ialah cukai kepala, cukai keluarga, cukai lepai dan cukai serah. Sebagai contoh, mengikut undang-undang adat melayu, cukai hasil padi yang dikenakan ialah satu per sepuluh daripada hasil pengeluaran manakala di Krian, Perak jumlah tetap yang dikenakan iaitu 30 gantang serelung. Menerusi kawalan tenaga buruh pula antara yang terpenting ialah sistem kerah yang mengkehendaki rakyat membuat yang ditetapkan oleh pemerintah sebagai ganti terhadap cukai bagi golongan yang tidak berkemampuan. Manakala menerusi perdagangan, kebiasaanya golongan raja hanya mendapat sumber pendapatan melalui kawalan ke atas perdagangan sahaja dan golongan pembesar yang akan lebih aktif dalam melaksanakan perniagaan contohnya bijih timah yang diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu sejak abad ke-8 lagi, terutamanya negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Tioman dan Pahang. Namun pada zaman pra-kolonial ini telah memperlihatkan kepesatan dalam perdagangan bijih timah sehingga menyebabkan para pembesar membawa masuk pelombong-pelombong cina dimana pada tahun 1870 bilangan pelombong cina di Sungai Ujuong berjumlah seramai 10 ribu manakala pada tahun 1872 jumlah pelombong cina di Larut mencecah 40 ribu orang. Kebiasaanya pembesar Melayu tidak terlibat secara langsung dalam kerja-kerja perlombongan.[footnoteRef:44] [44: Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 189-191.]

Aspek sosial di negri-negeri Melayu telah memperlihatkan pola masyarakat majmuk (plural society) sebelum memasuki zaman kolonial. Penghijrahan kaum Cina dikatakan telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi apabila terdapat hubungan Melaka dengan negara China, namun perpindahan beramai-ramai itu dikatakan berlaku setelah pihak Inggeris membuka Pulau Pinang (1786), Singapura (1789), dan Negeri-Negeri Selat (1826) dan penghijrahan itu bertambah pesat semasa zaman Kolonial untuk menjadi alat eksploitasi British bagi mengaut keuntungan melalui perkembangan perusahaan bijih timah abad ke 19 dan perusahaan getah pada awal abad ke 20.[footnoteRef:45] Begitu juga dengan penghijrahan masyarakat kaum India yang dikatakan telah bermula sejak sekitar abad pertama masihi lagi disebabkan oleh penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha. Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, ramai saudagar India tinggal di negeri Melaka dan menjalankan perniagaan. Penghijrahan orang India secara beramai-ramai dikatakan berlaku mulai tahun 1840 untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai dan penghijrahan ini semakin meningkat apabila tanaman getah mula diusahakan oleh syarikat Eropah di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan pada awal abad ke 20.[footnoteRef:46] [45: Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 56-57.] [46: Ibid, hlm 58-59.]

3.2 Corak Sosioekonomi Masyarakat Melayu Zaman Kolonial.Pelaksanaan dasar-dasar British di Tanah Melayu membawa kesan yang drastik dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Pihak British telah memperkenalkan pelbagai dasar di Tanah Melayu yang pada luarannya dilihat kononnya bertujuan untuk memastikan keselamatan laluan perdagangan, memastikan perlaksanaan pasaran bebas, menamatkan masalah perlanunan, membawa keamanan dan kesejahteraan, melindungi masyarakat tempatan daripada pemerintah yang menindas, mewujudkan suasana yang sesuai untuk perkembangan ekonomi dan melindungi tradisi masyarakat tempatan dari golongan imigran. Namun hal ini bukanlah tujuan utama yang ingin dilakukan oleh pihak British, tujuan utama British adalah untuk mewujudkan satu suasana yang kukuh untuk mereka mengeksploitasi hasil bumi dan mengaut keuntungan terutamanya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dasar yang dilaksanakan ini berjaya memastikan mereka mendapatkan keuntungan dan buktinya, penjajahan ke atas Tanah Melayu merupakan salah satu usaha British yang berjaya.[footnoteRef:47] [47: A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm 121.]

Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu dengan membawa sistem ekonomi kapitalis, memperlihatkan dimana kegiatan ekonomi wang yang diterapkan tersebut menjadikan masyarakat Melayu berusaha keras bagi mengeluarkan hasil getah dan bijih timah dengan mengabaikan pertanian sawah padi dan nelayan. Namun ruang lingkup mereka tidak jauh berubah dan tetap sebagai kuli. Pengenalan sistem ekonomi kapitalis meninggalkan kesan yang mendalam ke atas orang Melayu kerana mereka tidak mempunyai hak dan kuasa mengawal harga, kesemuanya ditentukan oleh pihak kolonial. Kesannya, orang melayu terus miskin. Tanah Melayu yang berpotensi telah dijadikan tempat untuk tanaman ladang oleh pihak British. Penumpuan tugas yang dipaksa untuk tanaman ladang menyebabkan tanaman agraria terabai manakala tanah pula menjadi harta yang dibolot oleh golongan borjuis tempatan dan imigran. Dalam melihat sistem ekonomi golongan pemerintah pula memperlihatkan dimana kuasa politik yang diambil oleh pihak penjajah juga bererti kuasa ekonomi feudal turt hilang. Pada zaman tradisi, pembesar melayu menguasai sektor ekonomi dalam apa juga bidang, misalnya melalui cukai lombong, sungai, hutan dan penempatan. Namun dengan kedatangan pihak kolonial, hak memungut cukai juga telah diambil oleh pihak British dan pembesar Melayu hanya diberi elaun sahaja.[footnoteRef:48] [48: Jamaie Hamil, Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu, Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005, hlm 52-53.]

Kegiatan secara langsung raja dan pembesar dalam kegiatan ekonomi, seperti perlombongan, dihadkan kepada kemampuan masing-masing dan sebaliknya pihak British menyertai aktiviti perlombongan secara besar-besaran dengan modal yang banyak. Ekonomi moden yang diperkenalkan oleh pihak kolonial amat memerlukan modal yang banyak dan menyebabkan golongan raja dan pembesar tidak dapat ikut serta kerana sistem baharu ini telah menutup sumber pendapatan golongan pemerintah ini contohnya aktiviti pungutan cukai.[footnoteRef:49] [49: Jim Baker, Crossroads a Popular History of Malaysia and Singapore, Times Book International, 1999, hlm 179]

Berdasarkan ayat The British liked the Malay but didnt respect him dan sterotaip yang popular dalam kalangan pentadbir kolonial di Tanah Melayu iaitu dengan berpendapat bahawa masyarakat Melayu adalah malas, hanya gemar berseronok dan tidak mempunyai kebolehan untuk berjaya dalam perniagaan. Pihak British bukan sahaja melaksanakan sterotaip ini berdasarkan percakapan tetapi juga melaksanakan melalui tindakan dan akhirnya telah membawa kesan yang mendalam terhadap masyarakat Melayu dimana mereka menduduki strata paling bawah dalam ekonomi di tanah mereka sendiri.[footnoteRef:50] Hal ini dibuktikan oleh Sir Frank Swettenham yang menyatakan bahawa beliau tidak merasakan bahawa masyarakat Melayu tidak mempunyai peranan dalam sistem ekonomi moden yang diwujudkan oleh pihak British. Beliau berpendapat hanya golongan Eropah dan Cina sahaja yang memainkan peranan.[footnoteRef:51] [50: Ibid, hlm 195] [51: Ibid, hlm 196.]

Situasi yang diwujudkan oleh pihak British ini mewujudkan satu sistem yang dikatakan sebagai ekonomi duaan dimana memperlihatkan wujudnya perkembangan ekonomi yang tidak seragam dimana masyarakat Melayu dibiarkan terus dengan sistem ekonomi tradisional sedangkan sistem ekonomi moden sedang giat dijalankan dengan kepesatan pelabur-pelabur luar dalam aktiviti perlombongan seperti bijih timah dan perkembangan sektor getah.Desakan ekonomi yang berlaku menyebabkan ramaii dalam kalangan orang Melayu yang menjual tanah, bergadai, meminjam wang daripada Tuan Tanah, orang tengah atau ceti untuk keperluan asas dan persekolahan anak hingga suatu peringkat apabila hutang tidak boleh dibayar, hutang berkenaan akan diwarisi oleh anak-anak dan jika masih belum luput maka tanah orang Melayu akan dirampas oleh golongan pemodal berkenaan.[footnoteRef:52] Hal ini menyebabkan pihak British telah melaksanakan Enakmen Tanah Simpanan Melayu pada Tahun 1913. Namun hal ini dilihat sebagai satu usaha kerajaan kolonial British untuk mengekalkan masyarakat Melayu untuk terus kekal dalam bidang pertanian sahaja dan kebanyakan tanah-tanah yang dirizabkan sebagai tanah Melayu itu kurang subur jika dibandingkan dengan kawasan tanah bukan milik Melayu. Hal ini menyebabkan taraf hidup petani terus kekal tanpa perkembangan.[footnoteRef:53] [52: Jamaie Hamil, Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu, Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005, hlm 53.] [53: Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 199.]

Dari aspek sosial pula memperlihatkan dasar British yang melaksanakan dasar pecah dan perintah dimana dasar tersebut telah memisahkan setiap etnik mengikut kawasan dan corak kegiatan ekonomi. Kaum Cina bertumpu di bandara-bandar, kawasan lombong serta menceburi bidang kewangan, kaum Melayu pula menceburi bidang pertanian di kawasan pedalaman bahagian barat Timur dan Utara, manakala kaum India pula bertumpu dikawasan perladangan getah sepanjang bahagian tengah Pantai Barat.[footnoteRef:54] Disebabkan kaum bukan Melayu dianggap sebagai nadi ekonomi eksport, pelbagai kemudahan disediakan meliputi hospital, bekalan air dan sekolah, namun pendududk Melayu yang menetap di kawasan luar bandar kurang mendapat perhatian kerana pihak British beranggapan bahawa orang Melayu bukan merupakan tenaga kerja yang penting. [54: Mohamad Idris Salleh et al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd,1994, hlm 60.]

4.0 UNDANG-UNDANG.4.1 Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu Zaman Pra-Kolonial.Undang-undang Melayu lama merupakan satu peraturan dan ada tistiadat yang diperturunkan daripada generasi yang lampau untuk menjaga keselamatan negara dan menjamin kedudukan raja-raja. Undang-undang lama ini berasal dari peraturan yang tidak ditulis tetapi kemudiannya telah dicatatkan. Undang-undang Melayu lama ini memainkan peranan dalam menjaga keselamatan dan ketertiban dalam masyarakat Melayu tradisional. Undang-undang Melaka atau dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka adalah merupakan naskhah undang-undang Melayu yang tertua sekali dimana kandungannya turut menyelitkan berkenaan dengan undang-undang laut Melaka yang membicarakan beberapa peraturan bagi orang-rang yang belayar di Laut.[footnoteRef:55] [55: Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 130-133.]

Semasa zaman pra-kolonial di negeri-negeri Melayu, terdapat juga beberapa buah undang-undang yang dilaksanakan berasakan negeri antaranya ialah,4.1.1 Undang-Undang Perak.Undang-undang Perak turut dikenali dengan judul Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan. Undang-undang ini dikatakan dibawa oleh Sayid Hussein Al-Faradz dari Hadramaut yang seterusnya digunakan oleh anak cucunya yang kebanyakannya menjadi menteri di Perak sejak beberapa generasi.[footnoteRef:56] [56: Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-Undang di Malaysia: Sebelum dan Menjelang Merdeka, Kuala Lumpur, Utusan Publications and distributors Sdn Bhd, 2004, hlm 10.]

Undang-undang ini menghuraikan syarat-syarat memegang sesuatu jawatan kerajaan seperti untuk menjadi raja, penghulu, kadi, imam, khatib, pegawai kerajaan dan tidak ketinggalan syarat-syarat untuk menjadi pawang dan bidan. Sementara peraturan-peraturan adat istiadat pula menerangkan cara-cara mengadap raja dan memilih raja. Undang-undang ini juga turut membicarakan hukuman jenayah, undang-undang pertanian dan penternakan. Akhir sekali undang-undang ini membicarakan undang-undang kekeluargaan yang menyentuh soal perkahwinan, perceraian dan lain-lain.[footnoteRef:57] [57: Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 137.]

4.1.2 Undang-Undang Pahang.Menurut Winsted terdapat dua manuskrip Undang-Undang Pahang iaitu Maxwell 17 dan Maxwell 20. Maxwell 17 telah diterjemahkan pada tahun 1819 oleh Naina Ahmad Lebai Bin Nakhoda Muhammad Hussein, manakala Maxwell 20 telah diterjemahkan pada tahun 1884 oleh Luakang bin Muhammad Rashid iaitu dari naskhah asal milik DatoSri Andika Raja.[footnoteRef:58] [58: Liaw Yock Fang, A History Of Classical Malay Literature, Indonesia, Yayasan Pustaka Obor Indonesia, 2013, hlm 434.]

Undang Pahang menampakkan pengaruh dari undang-undang Melaka. Pengaruh Islam adalah amat ketara di dalam undang-undang ini. Undang-undang ini mengandungi tiga bahagian iaitu undang-undang yang berkaitan dengan adat lembaga negeri, undang-undang jenayah dan undang-undang bukan jenayah.[footnoteRef:59] [59: Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 135.]

4.1.3 Undang-Undang Kedah.Undang-undang kedah adalah merupakan undang-undang terawal yang dilaksanakan di negeri Kedah. Undang-undang ini banyak diresapi oleh pengaruh Islam dan bertarikh Tahun 1893. Berdasarkan tarikh yang tercatat padanya dapatlah dikatakan bahawa ia merupakan undang-undang paling akhir diperkenalkan di Kedah sebelum kedatangan pihak Inggeris.[footnoteRef:60] [60: Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-Undang di Malaysia: Sebelum dan Menjelang Merdeka, Kuala Lumpur, Utusan Publications and distributors Sdn Bhd, 2004, hlm 8.]

Undang-undang Kedah terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya ialah, undang-undang pelabuhan,undang-undang Tembera, hukum kanun DatoStar dan undang-undang 1784.[footnoteRef:61] [61: Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, Hlm 136.]

4.1.4 Undang-Undang Johor.Undang-undang Johor yang bertarikh tahun 1789 telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Thomas Braddel pada tahun 1855. Undang-undang Johor ini adalah merupakan undang-undang yang berteraskan undang-undang Melaka dan undang-undang Laut. Namun terdapat perbezaan diantara undang-undang Johor dan undang-undang Melaka dalam menghuraikan berkaitan hukum dalam agama Islam. Undang-undang Johor menghuraikan peraturan tersebut dengan lebih ketat apabila menyentuh soal-soal agama seperti diadakan undang-undang tentang orang yang murtad dan orang yang meninggalkan sembahyang.[footnoteRef:62] [62: Ibid, hlm 137.]

4.2 Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu Zaman Kolonial.Pihak British sebenarnya telah memperkukuh dan memperkenal undang-undangnya secara tidak rasmi dengan berperingkat-peringkat. Pelaksanaan undang-undang am Inggeris berhubung perkara-perkara jenayah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bermula di Perak pada tahun 1884 dengan pemakaian Kanun Jenayah Negeri-Negeri Selat yang berdasarkan Kanun Jenayah India melalui arahan majlis bertarikh 28 Jun 1884. Pemakaian ini telah diperluaskan ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang lain. Ia kemudiannya dimasukkan ke

dalam Bab 45 Edisi Semakan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1936. Cara yang serupa juga telah digunakan untuk membawa masuk undang-undang keterangan Inggeris. Ordinan keterangan Negeri-Negeri Selat yang berdasarkan akta keterangan India telah mula diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1893 melalui peraturan makhamah. Di Perak undang-undang itu mula dipakai setahun berikutnya melalui perintah majlis No 9, 1894, yang kemudiannya diikuti oleh Negeri Sembilan dan Pahang. Sementara itu undang-undang Tanah Inggeris telah dimulakan pemakaiannya pada tahun 1897. Kanun Acara Jenayah Inggeris pula mula diperkenalkan pada tahun 1900. Demikian juga dengan undang-undang Kontrak Inggeris. Ia mula dipakai di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan pada tahun 1899 dan Pahang pada tahun 1900.[footnoteRef:63] [63: Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-Undang di Malaysia: Sebelum dan Menjelang Merdeka, Kuala Lumpur, Utusan Publications and distributors Sdn Bhd, 2004, hlm 33.]

Permulaan pelaksanaan undang-undang Inggeris secara rasmi telah bermula di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan penggubalan serta pelaksanaan Enakmen Undang-Undang Sivil dalam tahun 1937. Ia kemudiannya telah dikembangkan ke Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu sebagai Ordinan Undang-Undang Sivil (peluasan 1951). Selepas negeri-negeri tersebut bergabung menjadi sebuah persekutuan pada tahun 1948. Pada tahun 1956, ordinan tersebut telah digantikan dengan undang-undang Sivil 1956 yang pemakaiannya merangkumi Pulau Pinang dan Melaka. Dengan pelaksanaan undang-undang Sivil tersebut bermakna segala kes sivil adalah tertakluk di bawah prinsip undang-undang Inggeris.[footnoteRef:64] [64: Noor Aziah Mohd Awal, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia, Selangor, International Law Book Services, 2003, hlm 30-31.]

5.0 AGAMA ISLAM5.1 Kedudukan Agama Islam Sebelum Penjajahan.Agama Islam menjadi agama anutan orang Melayu sejak lebih lima ratus tahun dahulu.[footnoteRef:65] Kepercayaan beragama menjadi ejen pengubah sosial yang sangat penting bagi masyarakat Melayu tradisional terutama dalam membetulkan akidah mereka. Sebelum kedatanga Islam, masyarakat melayu menganut agama Hindu dan Buddha yang berasal dari India. Melalui kemunculan dan perkembangan agama Islam pada abad ke-13M, kita dapati pengaruh Hindu-Buddha mulai luntur dan akhirnya hampir luput dari masyarakat Melayu.[footnoteRef:66] [65: Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm 48.] [66: Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara Bangsa, Pahang, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 2003, hlm 139.]

Sebagaimana yang telah dijelaskan tadi, kedatangan Islam ke Tanah Melayu sememangnya memberikan kesan yang sangat besar terhadap masyarakat Melayu. Selain memperbetulkan akidah orang-orang Melayu, Islam juga berjaya mengubah sistempolitik dan pentadbiran masyarakat Melayu.Dalam aspek pentadbiran, Islam memainkan peranan yang sangat penting. Contohnya kesultanan Melayu Melaka memperlihatkan dominasi Islam dalam banyak aspek seeprti yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.[footnoteRef:67] Satu dimensi kenegaraan Melayu ialah undang-undangnya yang ternyata berunsurkan Islam, malah sebahagian daripadanya adalah bersumberkan Al-Quran. Penanaman pengaruh Islam ini berjalan dalam jangka waktu yang lama kerana kewujudan undang-undang negeri-negeri Melayu yang lain dapat memperlihatkan pengaruh agama Islam tersebut, walaupun mengalami perubahan dari semasa ke semasa.[footnoteRef:68] Manakala dalam sistem politik masyarakat Melayu pula telah memeperlihatkan pengaruh Islam itu telah membawa beberapa perubahan, misalnya sistem feudalisme Hindu yang digunakan sebelumnya telah digantikan dengan sistem feudalisme Islam zaman kerajaan Abbasiyah, tamadun Islam juga telah memberi corak keislaman dalam sistem Kesultanan Melayu, contohnya, konsep diraja telah diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja.[footnoteRef:69] [67: Ibid, hlm 140.] [68: Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm 50.] [69: Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 66-67.]

Di peringkat kampung pula, imam masjid adalah merupakan individu yang sangat berpengaruh. Dalam peringkat masyarakat ini, imam verperanan dalam memastikan bahawa masyarakatnya melaksanakan kehidupan berteraskan Islam dan segala pertelingkahan yang berlaku diantara anggota masyarakat akan diselesaikan melalui hukum Islam.[footnoteRef:70] [70: Rahim Syam Norhale, Mendekati Kebudayaan Melayu, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm 130.]

5.2 Agama Islam Semasa Zaman Penjajahan.Kedudukan Islam sebagai sumber undang-undang di Tanah Melayu telah mula tergugat dengan kedatangan penjajah-penjajah Eropah. Namun begitu, apa yang dilakukan oleh penjajah British berbeza sama sekali dengan apa yang dilakukan oleh Portugis dan Belanda. Bermula pada tahun 1807, British telah mengisytiharkan Piagam Keadilan dimana sebuah makahamah tinggi ditubuhkan dan Undang-Undang British dikuatkasakan. Bermula dari situasi ini, peranan pengaruh Islam dalam sistem perundangan telah disishkan dan telah hilang sebahagian besar daripada pengaruh dan kewibawaannya. Hal ini jelas terlihat apabila terlaksananya undang-undang Sivil 1956 di Tanah melayu yang berteraskan prinsip Common Law.[footnoteRef:71] [71: Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm 51.]

Walaupun agama Kristian tidak begitu berpengaruh, kedatangan agama ini sedikit sebanyak melambatkan proses penyempurnaan intelektualisme dan rasionalisme Islam dan melewatkan pengislaman rantau ini sepenuhnya. Suatu corak kehidupan yangdiharapkan berlainan sama sekali daripada sebelumnya (dalam erti kata sebenar jika gerakan rasionalisme Islam disempurnakan) menghadapi jalan yang digelapkan oleh British apabila British mengasingkan agama (Islam) dan adat daripada politik. Pengasingan ini menjadikan orang Melayu menganuti agama yang dianggap sebagai agama akhirat semata-mata dan masyarakat melayu moden lahir dengan semangat dan kejiwaan yang disemaikan oleh materialisme Barat.[footnoteRef:72] [72: A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm 118-119.]

Apabila persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948, sifat-sifat asas kerajaan-kerajaan negeri termasuk kedudukan Islam sebagai agama negeri dikekalkan. Hal ini menerangkan bahawa sememangnya sebelum zaman penjajah lagi agama Islam adalah merupakan agama rasmi bagi negeri, contohnya perlembagaan negeri Johor merupakan perlembagaan bertulis paling awal di Malaysia di mana ia memperuntukkan bahawa raja hendaklah seorang yang berbangsa Melayu, berdarah raja, berketurunan raja-raja Johor, lelaki dan beragama Islam, manakala perlembagaan Terengganu (1911) dalam bab 51 telah memperuntukkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi bagi negeri tersebut.[footnoteRef:73] [73: Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm 51.]

6.0 BAHASA MELAYU.6.1 Kedudukan Bahasa Melayu Zaman Pra-Kolonial.Sebelum Inggeris bertapak di negeri-negeri Melayu, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Sebelum penjajahan Inggeris, Bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.Franscois Valentine yang menulis pada tahun 1726 menyatakan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan di alam Melayu. Oleh sebab perlu untuk memahami bahasa Melayu, maka tulisan yang berbentuk kamus mulai disusun sejak abad ke-15. Misalnya sudah terdapat senarai perkataan Melayu-Cina dalam tulisan Cina yang dipercayai ditulis sebelum Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511. Pada tahun 1603 Frederick Hout, Gabenor Pulau Ambon telah menerbitkan senarai perkataan bahasa Melayu-Madagaskar, pada tahun 1701 T. Bowrey telah menyusun kamus Melayu-Inggeris, seterusnya dilakukan oleh William Marsden pada tahun 1812, dan Swettenham pada tahun 1896.[footnoteRef:74] [74: Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 26.]

Hal ini menerangkan bahawa sebelum kedatangan kuasa kolonial British di negeri-negeri Melayu telah memperlihatkan bahawa bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang banyak menyumbang dalam bidang penulisan kesusasteraan, ilmu teologi dan falsafah. Apabila Islam berkembang di Tanah Melayu, banyak bahasa Arab dalam pelbagai bidang ilmu telah dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu.[footnoteRef:75] [75: Ibid, hlm 25.]

Dalam melihat kedudukan bahasa Melayu di negeri-negeri Melayu adalah amat sesuai untuk melihat corak pendidikan kerana sesuatu bahasa itu mencapai kedudukan yang tertinggi apabila ianya dijadikan medium ilmu. Sebelum tahun 1874, sememangnya sudah terdapat sekolah-sekolah Melayu iaitu bermula pada tahun 1821 dimana Penang Free School membuka cawangannya di Gelugor, tahun 1855 ditubuhkan Sekolah Melayu di Teluk Belanga dan di Kampung Gelam pada tahun 1856. Pada tahun 1872, A.M Skinner, Inspektor Negeri-Negeri Selat mewujudkan Bahasa Melayu Sekolah berasaskan kelas-kelas Al-Quran. Skinner menetapkan pelajaran pelajaran Al-Quran dipisahkan daripada pelajaran bahasa Melayu.[footnoteRef:76] [76: Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 210-211.]

6.2 Kedudukan Bahasa Melayu Zaman Kolonial.Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.Jumlah sekolah Melayu di Negeri-Negeri Selat pada tahun 1872 sebanyak 16 buah dan bilangan ini meningkat kepada 189 buah pada tahun 1882. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sekolah Melayu telah mula dibuka di Kelang pada bulan sptember 1875. Pada tahun 1884 telah ditubuhkan pula Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan di Teluk Belanga (Singapura) dan sebuah lagi di Pulau Pinang. Kemuncak perkembangan bahasa Melayu di Tanah Melayu apabila Inggeris memperkenalkan sistem tulisan rumi di bawah pengendalian R.J Wilkinson. Pada tahun 1904, usaha telah dilakukan untuk membukukan bahasa Melayu. Pelajaran kesusateraan lama juga dikekalkan bagi mengekalkan warisan kegemilangan lama.[footnoteRef:77] R.O Winstedt dilantik oleh kerajaan untuk membuat kajian dan mengemukakan cadangan bagi kemajuan pelajaran Melayu pada tahun 1916 yang mendorong kepada tertubuhnya Maktab Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1924, Pejabat karang-mengarang telah dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Maktab Sultan Idris[footnoteRef:78] [77: Ibid, hlm 211-212.] [78: Ibid, hlm 220-221.]

Namun begitu, matlamat utama sistem pendidikan vernakular Melayu ini hanya sekadar untuk menjadikan anak-anak Melayu lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka. Bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa yang lebih tinggi prestijnya semasa zaman kolonial British. Sekolah Inggeris dilihat memainkan peranan penting dalam melahirkan golongan elit pentadbir Melayu. Maktab Melayu Kuala Kangsar adalah merupakan Sekolah Inggeris yang berjaya melahirkan kadet-kadet Melayu berpendidikan Inggeris untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.[footnoteRef:79] [79: Ibid, hlm 219.]

Namun begitu, segala perkembangan-perkembangan yang wujud itu sebenarnya telah mengembangkan lagi alam kesusateraan dan kesenian Melayu. Keadaan ini telah memungkinkan bahasa Melayu menjadi bahasa kesusateraan dan diperteguh dengan cita-cita serta perkembangan baharunya menjadi bahasa moden antarabangsa dalam apa-apa juga bidang keilmuan. Hal ini dibuktikan dengan melihat pelajar lepasan Sekolah Melayu tetap memberi sumbangan penting. Ramai tokoh lahir khususnya lepasan Maktab Pendidikan Sultan Idris seperti Senu Abdul Rahman, Syed Nasir Ismail dan beberapa lagi pejuang nasionalis tanah air.[footnoteRef:80] Perkembangan ini akhirnya mencapai kemuncak bahasa Melayu setelah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuaan 1957 sebagai bahasa rasmi Persekutuan. [80: A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm 123.]

7.0 ANALISIS.Bahagian ini akan melihat sejauhmana elemen kenegaraan Melayu itu masih wujud dalam satu kerangka sistem negara kolonial British dalam tempoh 1874 sehingga 1957. Melihat dari aspek politik, sememangnya sistem beraja adalah merupakan elemen kenegaraan Melayu yang menjadi fokus perbincangan. Sebelum memasuki zaman kolonial pada tahun 1874, sistem beraja itu memperlihatkan kekuasaan seorang yang bergelar raja atau sultan sebagai seorang pemerintah yang berkuasa mutlak dan berperanan dalam segenap aspek pentadbiran sesebuah negeri. Bermulanya zaman kolonial, merupakan bermulanya wujud keadaan yang menggugat sistem beraja Melayu tersebut iaitu melalui pengenalan sistem Residen. Walaupun British mengekalkan kedudukan raja sesebuah negeri, namun, skop peranan dan kuasa seorang raja atau sultan telah berkurang dan hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Hal ini berlanjutan sehinggalah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dimana menurut Perlembagaan Persekutuan 1957, menyatakan, Ketua Negara bukan politik dinamakan Yang Dipertuan Agong[footnoteRef:81] [81: Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm 344.]

Perkataan bukan politik tersebut jelas menyatakan bahawa raja-raja melayu kekal sebagai ketua tertinggi namun sebagai satu entiti yang dipisahkan dari politik dan pentadbiran sebuah negara. Hal ini memperlihatkan bahawa sistem beraja itu masih kekal jika dilihat dari segi structure tetapi tidak dari segi substance.Dalam aspek ekonomi pula, masyarakat Melayu dilihat memainkan peranan aktif dalam perkembangan ekonomi negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan Inggeris, terutamanya golongan pemerintah yang mempunyai hak dalam mengutip cukai dan dalam mengawasi laluan perdagangan. Selepas kedatangan pihak Inggeris, struktur ekonomi negeri-negeri Melayu telah berkembang dari sistem ekonomi yang ditakrifkan sebagai ekonomi tradisional berubah memasuki fasa ekonomi moden. Namun struktur baru itu hanya untuk pihak Inggeris dan golongan pemodal asing, masyarakat Melayu tetap sama. Masyarakat Melayu diasingkan dari ekonomi moden Inggeris dan ditempatkan di bahagian luar bandar dan pedalaman. Keadaan ini menyebabkan rata-rata masyarakat melayu adalah miskin selepas kemerdekaan. Walaupun, dasar tanah Inggeri seperti Enakmen Tanah Simpanan Melayu pada tahun 1913 dilihat sebagai satu medium perlindungan British bagi melindungi masyarakat asal Tanah Melayu, namun hakikatnya, ianya adalah alat untuk terus memastikan masyarakat Melayu itu terus bergiat hanya dalam aktiviti pertanian dan tanah-tanah yang dirizabkan itu kebanyakannya bukanlah tanah yang bersifat kelas pertama iaitu kuran produktif dan tidak subur.Dari aspek undang-undang pula jelas memperlihatkan dimana undang-undang Melayu lama yang digunakan oleh pemerintah di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan Inggeris itu semakin berkurangan pengaruhnya. Hal ini adalah melalui penerapan undang-undang Am Inggeris yang dilaksanakan oleh pihak Inggeris secara berperingkat-peringkat sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1956 dengan pengwujudan Undang-undang Sivil 1956. Semenjak dari saat itu, sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, undang-undang tersebut terus relevan.Aspek agama Islam pula sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu. Buktinya, dapat dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 yang memperlihatkan perkaitan diantara keduanya. Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang yang ditakrifkan sebagai Melayu itu ialah seseorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.[footnoteRef:82] [82: Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm 48.]

Perkara 3 (1) menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan.[footnoteRef:83] [83: Ibid, hlm 48.]

Jika dilihat dari segi struktur, elemen Islam itu terus kekal dalam aspek kenegaraan Melayu, namun, itu hanyalah jika dilihat dari segi struktur. Tulisan ini melihat pemerintahan kuasa Inggeris di negeri-negeri Melayu menandakan bermulanya pemisahan aganma Islam itu dari politik. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, undang-undang Melayu lama rata-ratanya adalah dipengaruhi oleh elemen Islam. Namun, selepas pengenalan undang-undang Am Inggeris di Tanah Melayu adalah merupakan undang-undang yang bukan berteraskan agama Islam. Namun apa yang masih tidak jelas dengan perkara 3(1) yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan itu ialah ianya hanya menyatakan bahawa Islam adalah sebagai agama rasmi Persekutuan bukan Persekutuan sebagai sebuah negara Islam. Hal ini menjadi petanyaan dan masih kabur sehingga kini. Adakah situasi ini sama dimana agama Kristian sebagai agama rasmi di negara seperti Denmark, Ireland, dan Norway, begitu juga dengan penerimaan agama Buddha sebagai agama rasmi di Thailand. Kekaburan dalam erti kata lain menimbulkan persoalan adakah penerimaan agama Islam ini sebagai agama rasmi dalam bentuk sebuah negara sekular.[footnoteRef:84] [84: Ibid, hlm 55.]

Aspek bahasa pula memperlihatkan perkembangan sepanjang tempoh pemerintahan kuasa kolonial itu di Tanah Melayu. Jumlah bilangan Sekolah Melayu yang dibuka juga bertambah bilangannya. Namun perlu disedari bahawa sepanjang tempoh pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa yang menduduki prestij tertinggi terutamanya dalam melantik kadet-kadet pentadbiran dalam kalangan Melayu. Namun, segala perkembangan itu digunakan terutamanya oleh tokoh-tokoh nasionalis Melayu untuk terus memartabatkan bahasa Melayu yang sehingga kini kekal dan utuh sebagai bahasa Rasmi bagi persekutuan.

8.0 KESIMPULAN.Kehadiran kuasa kolonial British di Tanah Melayu menjelang abad ke-19 adalah amat berbeza dengan kehadiran mereka pada abad sebelumnya. Sepanjang tempoh pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu sememangnya tidak dinafikan bahawa sememangnya elemen kenegaraan itu masih kekal sehingga ke hari ini. Unsur-tradisi seperti Raja, Melayu dan Islam itu masih kekal sebagai unsur lama dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Namun, turut tidak dinafikan bahawa unsur-unsur kenegaraan Melayu itu turut berubah disebabkan penyesuaian yang dilakukan oleh pihak Inggeris bagi memudahkan mereka mengeksploitasi hasil bumi Tanah Melayu dan mengaut keuntungan semaksima mungkin.Seorang sarjana Belanda menyatakan bahawa, Orang Barat bersikap hipokrit apabila mereka mengatakan bahawa Baratlah yang membawa tamadun ke rantau ini. Hal ini kerana, orang Barat yang mula-mula datang ke rantau ini bukanlah ahli yang terlindung dalah asuhan kebudayaan Barat, tetapi lebih tepat dianggap sebagai penjajah atau pengkhianat kemurniaan pemerintahan Melayu atau paling elok mereka hanyalah ahli Perniagaan[footnoteRef:85] [85: A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm 118.]

Era selepas perang dunia kedua memperlihatkan dimana masyarakat Melayu itu mula menyedari bahawa kapitalisme dan politik Barat hanya ditujukan untuk kepentingan mereka sendiri. Barat memberi pengertiaan baru terhadap politik, pentadbiran dan undang-undang, sementara memperteguh kuasa raja dan kesetiaan rakyat, tetapi pada hakikatnya mengekalkan kekuasaan sebenar di tangan mereka. Pengertian dan bentuk baharu negara difahami apabila negara mencapai kemerdekaan dan berlaku perpindahan kuasa daripada penjajah. Pelbagai kesan pengaruh Barat dipupuk bagi kemajuan negara disamping menimbangkan unsurnya yang tidak sesuai dengan elemen keperibadian dan kenegaraan Melayu.

RUJUKANA. Aziz Deraman. 2001. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd Jalil Borhan. 2002. Majalah Ahkam Johor: Latar Belakang, Pelaksanaan dan Komentar. Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Shukri Mohd Nain & Rosman Md. Yusoff. 2003. Konsep,Teori, Dimensi dan Isu Pembangunan. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.Hairol Anuar Hj Mak Din. 2009. Sejarah Malaysia (1400-1969): Satu Evolusi. Selangor. Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamaie Hamil. 2005. Umno dalam Politik dan Perlembagaan Melayu. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. James W. Gould. 1969. The United States and Malaysia. London. Oxford University Press.Jim Baker. 1999. Crossroads a Popular History of Malaysia and Singapore. Times Book International. Liaw Yock Fang. 2013. A History Of Classical Malay Literature. Indonesia. Yayasan Pustaka Obor Indonesia. 2013.Mahadzir Mohd Khir. 2012. Kuasa Melayu Satu Analisis Peralihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahathir Bin Mohamad. 2012. Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Selangor. MPH Group Publishing Sdn Bhd. Mohamad Idris Salleh et al. 1994. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia 1800-1969. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Mohd Syariefuddin Abdullah et al. 2009. Kenegaraan dan Ketamadunan. Selangor. Oxford Fajar Sdn Bhd. Noor Aziah Mohd Awal. 2003. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia. Selangor. International Law Book Services. Rahim Syam Norhale. 1985. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi. 2002. Kenegaraan Malaysia :Isu-Isu dan Perkembangan. Pahang. PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.Vidhu Verma. 2002. Malaysia, State and Civil Society in Transitions. USA. Lynne Rienner Publisher Inc. Zaini Nasohah. 2004. Pentadbiran Undang-Undang di Malaysia: Sebelum dan Menjelang Merdeka. Kuala Lumpur. Utusan Publications and distributors Sdn Bhd. Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. 2003. Pendidikan Negara Bangsa. Pahang. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.