SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

download SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

of 12

Transcript of SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    1/12

    SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A)

    Arahan

    Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.

    Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

    Contoh Jawapan

    1. Ayah sedang menebas semak samun dengan menggunakan sabit.

    2. Ibu pula sedang menanam pokok bunga di dalam pasu.

    3. Adik membantu ibu memasukkan tanah ke dalam pasu bunga.

    4. Abang pula memasang tali pada ampaian.

    5. Kakak menyapu daun-daun kering lalu melonggokkannya.

    ArahanTulis limaayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    2/12

    Contoh Jawapan

    1. Sebuah keluarga sedang bersiar-siar di taman bunga.

    2. Lelaki itu membawa anak lelakinya yang sakit ke klinik.

    3. Budak perempuan itu sedang membantu ibunya di dapur.

    4. Seorang kakak sedang mengajar adiknya membaca buku.

    5. Wanita itu bersalam dengan suaminya yang hendak ke tempat kerja.

    Arahan

    Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

    Contoh Jawapan

    1. Dua orang murid sedang menggunakan jejantas untuk menyeberangi jalan raya.

    2. Murid-murid menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan raya.

    3. Seorang ibu memimpin tangan anaknya semasa hendak melintas jalan raya.

    4. Murid-murid melintas jalan raya di lintasan belang.

    5. Murid-murid melintas jalan raya apabila lampu isyarat pejalan kaki menunjukkan hijau.

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    3/12

    uasana di halaman rumah.

    Cadangan Jawapan:

    1. Tiga orang kanak-kanak lelaki sedang bermain guli.

    2. Seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggang basikal.

    3. Tiga orang kanak-kanak sedang membeli ais krim.

    4. Seorang wanita sedang mengangkat pakaian di ampaian.

    5. Dua orang kanak-kanak perempuan sedang bermain anak patung.

    Suasana di sekolah.

    Cadangan Jawapan:

    1. Seorang murid sedang melukis mural pada dinding.

    2. Seorang murid lagi sedang mewarnakan mural itu.

    3. Seorang murid yang lain membawa bekas berisi cat ke situ.

    4. Beberapa orang murid menanam pokok bunga di kawasan sekolah.

    5. Tiga orang murid sedang mengecat bangku di taman sains.

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    4/12

    Suasana di bank.

    Cadangan Jawapan:

    1. Pengawal keselamatan ditugaskan untuk mengawas keselamatan pelanggan di bank.

    2. Lelaki itu sedang mengambil nombor giliran.

    3. Wanita itu sedang mengisi borang pengeluaran wang.

    4. Beberapa orang kakitangan bank sedang berurusan dengan pelanggan di kaunter.

    5. Para pelanggan menunggu giliran dengan sabar.

    Suasana di hospital.

    Cadangan Jawapan:

    1. Doktor yang bertugas sedang memeriksa seorang kanak-kanak lelaki.

    2. Wanita itu menemani anak lelakinya yang sedang diperiksa oleh doktor.

    3. Jururawat yang berdiri di sebelah doktor itu mencatatkan sesuatu pada kad laporan pesakit.

    4. Seorang ibu menyuapkan makanan kepada anak lelakinya yang terlantar sakit.

    5. Seorang jururawat sedang membantu seorang pesakit berjalan.

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    5/12

    ULASAN BM BAHAGIAN C UPSR

    CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

    Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan

    kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

    Esok, 16 Mei merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Amira. Hari Guru yang akan

    disambut esok cukup bermakna baginya. Dia ingin meraikan sambutan Hari Guru itu sebagai

    mengenang jasa dan pengorbanan gurunya. Dia tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan hari

    yang penuh bermakna itu.

    Amira berhasrat untuk memberikan sekuntum bunga mawar dan sekeping kad sempena hari

    tersebut kepada guru kesayangannya, Cikgu Nadia. Amira tahu bahawa gurunya pasti gembira

    dengan pemberian ikhlas itu. Dia juga sedar bahawa bukan sekadar pemberian sekuntum bunga

    mawar serta sekeping kad yang menjadi ukuran tanda dia menghormati serta patuh kepada gurunya.

    Dia juga berazam untuk mematuhi disiplin serta belajar dengan bersungguh-sungguh. Peningkatan

    prestasi akademiknya dalam semua mata pelajaran UPSR nanti pasti akan membuatkan gurunya

    menjadi lebih gembira.

    Sambutan Hari Guru tahun ini membuatkan Amira lebih bersemangat demi mencapai cita-cita

    murni serta impiannya di samping ingin merealisasikan harapan ibu bapa dan guru-gurunya.

    Kata nama Kata bantu Nilai Ayat daripada petikan (huraian)

    Kita perlulah prihatin Mengingati hari guru

    Kita mestilah Menghargai jasa Meraikan sambutan hari guru

    Kita hendaklah Baik hati Memberi hadiah kepada guru

    Kita haruslah rajin Belajar bersungguh-sungguh

    Kita patutlah bertanggungjawab Merealisasikan harapan ibu bapa dan guru-guru

    Contoh jawapan:

    Kita perlulah prihatin dengan mengingati hari guru. Selain itu, kita mestilah menghargai

    jasa gurudengan meraikan sambutan hari guru. Seterusnya, kita hendaklah baik hatidengan

    memberi hadiah kepada guru kita. Kita haruslah rajinbelajar dengan bersungguh-sungguh untuk

    meningkatkan prestasi akademik. Akhir sekali, kita patutlahbertanggungjawabmerealisasikan

    harapan ibu bapa dan guru-guru.

    CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

    Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan

    kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

    Esok, 16 Mei merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Amira. Hari Guru yang akan

    disambut esok cukup bermakna baginya. Dia ingin meraikan sambutan Hari Guru itu sebagai

    mengenang jasa dan pengorbanan gurunya. Dia tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan hari

    yang penuh bermakna itu.

    Amira berhasrat untuk memberikan sekuntum bunga mawar dan sekeping kad sempena hari

    tersebut kepada guru kesayangannya, Cikgu Nadia. Amira tahu bahawa gurunya pasti gembira

    dengan pemberian ikhlas itu. Dia juga sedar bahawa bukan sekadar pemberian sekuntum bunga

    mawar serta sekeping kad yang menjadi ukuran tanda dia menghormati serta patuh kepada gurunya.

    Dia juga berazam untuk mematuhi disiplin serta belajar dengan bersungguh-sungguh. Peningkatan

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    6/12

    prestasi akademiknya dalam semua mata pelajaran UPSR nanti pasti akan membuatkan gurunya

    menjadi lebih gembira.

    Sambutan Hari Guru tahun ini membuatkan Amira lebih bersemangat demi mencapai cita-cita

    murni serta impiannya di samping ingin merealisasikan harapan ibu bapa dan guru-gurunya.

    Kata nama Kata bantu Nilai Ayat daripada petikan (huraian)

    Kita perlulah prihatin Mengingati hari guru

    Kita mestilah Menghargai jasa Meraikan sambutan hari guru

    Kita hendaklah Baik hati Memberi hadiah kepada guru

    Kita haruslah rajin Belajar bersungguh-sungguh

    Kita patutlah bertanggungjawab Merealisasikan harapan ibu bapa dan guru-guru

    Contoh jawapan:

    Kita perlulah prihatin dengan mengingati hari guru. Selain itu, kita mestilah menghargai

    jasa gurudengan meraikan sambutan hari guru. Seterusnya, kita hendaklah baik hatidengan

    memberi hadiah kepada guru kita. Kita haruslah rajinbelajar dengan bersungguh-sungguh untuk

    meningkatkan prestasiakademik. Akhir sekali, kita patutlahbertanggungjawabmerealisasikan

    harapan ibu bapa dan guru-guru.

    12. Contoh soalan UPSR

    Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada petikan di bawah

    Sahabatku Fadhil,

    Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai

    lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya.

    Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami

    manfaatkandengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri, dan

    Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang,Kami

    kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.

    Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang

    kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya ke Underwater

    World,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris sebelum masuk untuk

    mengelakkan kesesakan.

    Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli barang-

    barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli cenderamata untuk

    kawan-kawan dan keluarga.

    Nilai yang diperoleh ialah kita patut menghargai masa dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti

    melawat dalam negara.Selain itu, kita mesti menghormati guru dan mendengar nasihat mereka agar

    kita sentiasa selamat.Seterusnya kita mestilah berdisiplin dengan beratur sebelum memasuki sesuatu

    tempat untuk mengelakkan kemalangan.Di samping itu kita hendaklah berjimat-cermat dengan hanya

    membeli barang-barang yang penting sahaja.Akhirnyai,kita sepatutnya prihatinterhadap kawan-kawan

    dan keluarga dengan membeli cenderamata kepada mereka sebagai tanda ingatan.

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    7/12

    LATIHAN 04

    Siva membantu Zaid yang mengalami kecederaan semasa berlari dalam acara 4 x 100 meter. Dia

    membalut luka pada lutut Zaid dengan berhati-hati. Zaid menyesal kerana menuduh Siva mencuri

    duitnya. Zaid memohon maaf kepada Siva kerana berprasangka terhadapnya. Zaid menceritakan

    perkara yang sebenarnya. Duit Zaid sebenarnya tidak hilang tetapi tertinggal di dalam kereta

    ayahnya. Zaid berasa malu terhadap Siva kerana tidak bersikap adil kepadanya. Walaupun Zaid

    menuduh mencuri duitnya, tetapi Siva tidak berdendam dan sudi merawat lukanya. Siva telahmemaafkan Zaid dan menghargai persahabatannya dengan Zaid selama ini.

    Jawapan:

    Nilai atau pengajaran daripada petikan di atas ialah kita mesti membantu rakan kita yang berada

    dalam kesusahan. Kita perlu menunjukkan sikap baik hati walaupun terdapat perselisihan faham

    sebelum ini. Perasaan dendam harus dielakkan dalam persahabatan. Selain itu berterus teranglah

    sekiranya terdapat keraguan. Sekiranya kita telah melakukan kesalahan, tindakan yang perlu adalah

    insaf atas kesalahan tersebut. Sikap pemaaf penting dalam menjalinkan semangat setiakawan.

    Latihan Contoh 2:

    Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan

    kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

    Buah delima pelbagai rasa,

    Dipetik sebelum waktu senja;

    Dari kecil hinggalah dewasa,

    Ibu bapa membelai penuh manja.

    Dalam sungai dipasang bubu,

    Masuk seekor anak kelisa;

    Sungguh mulia jasamu ibu,

    Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

    Limau kasturi jangan dilupa,

    Beli juga sebungkus asam jawa;

    Tidakku lupa padamu bapa,

    Sanggup berkorban harta dan nyawa.

    Kacang dicampur santan kelapa,

    Nasi berulam pucuk pegaga;

    Terima kasih ibu dan bapa,

    Bersyukur kita hidup bahagia.

    Jawapan Contoh 2:

    Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan. Sebagai

    seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita

    dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya

    ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih

    kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik.

    Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati

    dan menghormati mereka.

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    8/12

    BAHAGIAN B KARANGAN

    Kebaikan Menabung Wang

    Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang

    masa depannya dengan baik.

    Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.Walaupun menabungmengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap

    sabar dan sentiasa berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah

    ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung.

    Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila

    kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita dapat mengeluarkan simpanan kita

    untuk digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'.

    Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan

    ini.Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan.

    Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita hendaklah bijak dalammerancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih terjamin.

    Tulis karangan yang bertajuk, Faedah Membaca

    Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan

    membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari

    atau tidak oleh diri individu tersebut.

    Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam

    pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk

    menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

    Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk

    menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan

    duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang

    gangguan.

    Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika

    keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti

    novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.

    Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuklulus dengan baik dalam

    peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar ituuntuk lulusdengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang

    diberikan oleh pihak sekolah.

    Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang

    apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

    http://www.lulus.com/http://www.lulus.com/
  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    9/12

    Bagaimanakah kita mengenang jasa ibu?

    Ibu kita ialah insan yang bertanggungjawab melahirkan dan membesarkan kita.Tanpa kehadiran

    mereka,sudah pastinya kita tidak akan hidup di muka bumi ini. Oleh itu,sebagai seorang anak kita

    hendaklah menghormati,menghargai dan menyayangi seorang ibu kita.

    Kita juga hendaklah menyedari dan tugas berat yang terpaksa dipikul oleh ibu ita untuk membesarkan

    kita sehingga menjadi manusia yang berguna. Mereka tidak pernah merungut atau menyesal dengankehadiran kita. Malah mereka amat menyayangi kita dan sanggu berkorban apa-apa sahaja untuk

    kebahagian kita.

    Sebagai seorang anak yang mengenang jasa,kita mestilah berusaha untuk membalas jasa ibu

    kita.Walaupun ibu tidak pernah meminta dan menagih sebarang balasan,namun ini kita sendiri patut

    sedar dan insaf atas pengorbanan inu selama ini.

    Kita hendaklah menghormati ibu dan jangan sesekali menyakiti hati perasaan ibu. Hidup kita tidak

    akan selamat sekiranya kita mereka,mustahil kita dapat mencari gantinya semula.

    Harta benda yang banyak dan wang ringgit yang berjuta-juta belum tentu dapat membalas jasa ibu

    kita. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada kita tidak bernilai harganya dan tidakdapat diukur dengan anak ringgit dan emas sekalipun.

    Kita juga mestilah menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap ibu,apalah lagi di saat usia ibu yang

    sudah meningkat dan memerlukan perhatian. Hanya kasih sayang yang abadi dapay mengukur sejauh

    mana kita sanggup membalas jasa dan pengorbanan ibu terhadap kita.

    Tulis sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergoyong-royong:.

    Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,

    Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah

    syarahan yang bertajuk Faedah Bergotong-royong.

    Hadirin sekalian,

    Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau

    mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang

    dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

    Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan

    menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk

    dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos

    untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin.

    Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

    Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan

    amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan

    sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini

    dilakukan.

    Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara

    ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat

    yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak

    bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    10/12

    Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan

    diri dahulu.

    Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.

    Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

    Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat

    dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan

    baik.

    Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan

    memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan

    langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

    Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera

    perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk

    menjamin kesihatan yang baik.

    Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan

    peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap

    imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

    Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang

    berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah

    menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

    Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan

    penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi

    memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

    Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan

    Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat sahaja ciptaan

    seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia kini. Jadi,

    memang banyak sumbangan yang wujud.

    Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih mudah untuk

    dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk atau mesin pembasuh

    pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikankehidupan manusia lebih produktif.

    Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan

    terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu tempat yang lain dengan

    mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan

    memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit

    sahaja.

    Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. Kini

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    11/12

    sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk memperoleh

    pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Manusia menjadi

    semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini.

    Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa.

    Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah berubah. Hasil

    teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik

    kehidupannya.

    Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap kehidupan

    kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua kesan buruk itu

    ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan sains dan

    teknologi ini.

    Contoh Karangan Ucapan Sempena Hari Guru

    Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru danrakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Gurukepada semua guru di sekolah ini.

    Hadirin sekalian,

    Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yangamat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itumarilah kita menghargai jasa guru.

    Rakan-rakan sekalian,

    Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbingkita hingga kita dapat mencapai

    kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjanghayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca danmengira.

    Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala

    nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.Rakan sekalian,

    Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Merekasedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalahpendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah

    Sesungguhnyajasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untukmenerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan keranatidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .

    Sekian , terima kasih.

  • 8/14/2019 SPOT PENULISAN UPSR 2013.docx

    12/12

    Kelab Kajian Tempatan sekolah kamu akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran RTM

    di Angkasapuri Kuala Lumpur. Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen tersebut

    untuk memohon kebenaran.

    Kelab Kajian Tempatan,

    Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati,

    23000, Dungun,Terengganu.

    ____________________________________________________

    Pengarah,

    Stesen Penyiaran RTM,

    Angkasapuri,

    50164 Kuala Lumpur. 10 MEI 2013.

    Tuan,

    Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran RTM

    Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati akan

    mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran RTM di Angkasapuri.

    2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid

    tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di RTM.Tambahan pula televisyen

    merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada murid-murid.

    3. Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :

    Tarikh : 25.MEI.2013

    Masa : 9.00 pagi

    Ahli : 35 orang termasuk 3 guru pengiring

    4. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat meluluskan permohonan kami. Kerjasama daripada

    pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

    Sekian.

    Yang menjalankan tugas,

    (NUR AIN NASUHA BT NASRAN)

    Setiausaha Kajian Tempatan,

    Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati.