SQ3R (surve,question,read,recite,review

5
SQ3R MUHAMAD HIZAMI NOR SANI SARMI UNDANG MORINI GIPIS

description

survey question read recite review adalaha salah satu teknik yang boleh digunakan untuk pengajaran di dalam kelas. Selain mudah dilakukan ianya juga dapat meningkatkan kemajuan murid dalam kemahiran membaca dengan cepat *teknik ini digalakkan digunakan kepada pelajar yang mempunyai kemahiran dan keupayaan pemahan bacaan yang sederhana dan baik sahaja

Transcript of SQ3R (surve,question,read,recite,review

SQ3R

SQ3RMUHAMAD HIZAMINOR SANISARMI UNDANGMORINI GIPIS

1DEFINISIS - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.KONSEPTeknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941).Langkah PengajaranTajuk : Pencemaran SungaiAktiviti:Guru memberikan petikan teks kepada murid-murid tentang pencemaran sungai.Murid perlu Survey (kaji) tentang tajuk, arahan dan ringkasan, gambar, huruf besar yang dihitamkan, seterusnya teka apa yang akan dibaca selepas ini untuk mencari isi-isi penting dalam petikan tersebut.Murid perlu menyoal (question) diri mereka untuk membantu minda fokus apa yang telah dibaca tentang petikan tersebut supaya mereka dapat menjawab soalan yang yang telah dikemukakan. Contohnya ialah apakah yang menyebabkan pencemaran sungai berlaku? Murid perlu membaca (read/baca) petikan teks tentang pencemaran sungai sambil menyediakan soalan di sebelah untuk mempertingkatkan ingatan murid tentang petikan yang dibaca.

Seterusnya, setelah murid habis membaca sesuatu bab dalam petikan, murid perlu berhenti seketika untuk mengingat semula apa yang telah dibaca (recite/kaji semula) . Ingat semula soalan-soalan yang telah ditulis tadi dan menjawab dalam minda. Jika tidak dapat jawab, murid perlu membuka semula muka surat yang telah dibaca dan cari semula jawapan tersebut dengan pantas.

Akhir sekali, murid perlu menyusun maklumat yang telah diperoleh di dalam minda dan mula proses untuk mengingati semula. (review/ulang) Bagi mengukuhkan ingatan tentang apa yang dibaca, murid perlu menulis nota di atas kertas tentang isi-isi penting dengan menggunakan ayat sendiri.