Srt Sumbangan

download Srt Sumbangan

of 1

description

surat sumbangan

Transcript of Srt Sumbangan

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA MAS 06400 POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN email:[email protected] Tel: 04-7170179

KEDAH AMAN MAKMUR. BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI

Ruj. Kami:SKTM 60/002/17( )

Tarikh:23.08.2015

Kepada,

Dato Hj Ahmad bin Ishak,Ketua Pengarah FAMA @Pengerusi FAMA Corporation Sdn Bhd,Fama Point Building, Lot 17304, Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,68100 Batu Caves,Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN SET PERALATAN PA SISTEM UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah kami memohon jasa baik dato agar dapat menyumbang Set Pa System seperti lampiran yang disertakan:

3.Sebagai makluman pihak tuan, set PA Sistem tersebut amatlah diperlukan bagi melaksanakan segala aktiviti sekolah seperti majlis rasmi, mesyuarat, kuiz, pertandingan akademik, perhimpunan sekolah dan perhimpunan harian. Set PA system yang sedia ada telah mengalami kerosakan dan tidak boleh diperbaiki lagi.

4.Sehubungan dengan itu, saya mewakili pihak sekolah memohon jasa baik dato sekiranya dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan aktiviti sekolah seperti dinyatakan di atas.

Kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(DURATULAIN BT MD NOR)Guru BesarSk Telaga Mas06400 Pokok Sena, Kedah.