SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

37

Transcript of SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

Page 1: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 2: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

Masukandata

(input)

Proses data

HasilkanMaklumat(output)

Page 3: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 4: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

PROSES & PERKAKASANNYA

- Data yang dimasukkan melalui perkakasan input akan diproses

oleh sistem komputer

- Di dalam proses ini, data akan melalui pelbagai saluran

komponen yang terlibat semasa aliran proses.

- Komponen yang terlibat ini ialah : Motherboard

Processor (CPU)

Memory

Sound Card

Graphic Card

Page 5: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

MOTHERBOARD

- Papan Utama/Motherboard/Mo-Bo merupakan papan litar utama

yang menghubungkan kesemua komponen input-proses-output

- Jenis motherboard bergantung kepada soket CPU yang

digunakan

- Jenis motherboard juga bergantung kepada saiz casing yang

digunakan

- Kos perolehan sesebuah komputer juga turut dipengaruhi oleh

pemilihan motherboard. Ini kerana, terdapat 2 pengeluar utama

CPU di dunia, Intel dan AMD. Tiada perbezaan ketara dari segi

spesifikasi dan kemampuan dari 2 pengeluar utama ini. Namun,

secara puratanya, harga motherboard bagi prosesor AMD

biasanya lebih murah berbanding Intel.

- Kos motherboard juga turut mengambil kira sekiranya

motherboard berkenaan mempunyai semua komponen utama

secara built-in seperti grafik kad, audio card, network card serta

bilangan slot (PCI, PCi-e dan RAM) yang terhad

Page 6: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 7: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 8: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 9: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 10: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

MOTHERBOARD

- 2 pengeluar utama prosesor ialah INTEL dan AMD

- Prosesor atau CPU merupakan cip yang mengawal segala

aktiviti dan proses sesebuah komputer

- Ia melakukan proses translasi data bagi dipaparkan ke output

- Terdiri dari 3 komponen utama iaitu:

CU - Control Unit

ALU - Arithmetic Logic Unit

UM - Register/Memory Unit

Page 11: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 12: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 13: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 14: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 15: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 16: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 17: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

Overclocking

Overclocking adalah proses memaksa CPU atau komponen (RAM, Grafik Kad) untuk

beroperasi lebih cepat daripada frekuensi jam asal. Voltan operasi juga boleh berubah

(meningkat), yang mana akan meningkatkan kelajuan operasi asal yang stabil.

CPU Clock Speed = FSB speed * CPU Multiplier

Jadi dalam proses asas overclocking, kelajuan FSB dan Multiplier CPU ini akan diubah

ketetapannya bagi meningkatkan kelajuan sesebuah CPU

Peningkatan kelajuan CPU akan membawa kesan terhadap peningkatan suhu sesebuah CPU.

Perubahan pada ratio yang kecil (5-10%) biasanya tidak menjejaskan keselamatan CPU. Ini

kerana biasanya pengeluar CPU akan merendahkan kelajuan CPU (pada packaging) dari

kelajuan produksi asal bagi memberi jaminin CPU sekurang - kurangnya mampu beroperasi

pada kadar kelajuan seperti yang dinyatakan pada kotak pembungkusan (packaging)

CPU Speed

Kadar jam yang merujuk kepada kekerapan di mana CPU yang sedang beroperasi. Ia diukur

dalam unit SI Hertz

Page 18: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 19: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

SISTEM MEMORI

- Merupakan bahagian komponen komputer terpenting dan

berfungsi sebagai tempat penyimpanan

- Memori digunakan sebagai tempat simpanan semesntara bagi

data dan program yang digunakan oleh CPU

- Beza RAM dengan ROM adalah dari segi penggunaan ROM

hanya bagi data bacaan sahaja dan data di dalam ROM tidak

akan berubah (Read-Only Memory)

- Jenis - jenis memori: RAM (Random Access Memory)

ROM (Read-Only Memory)

Cache

Page 20: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 21: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

RANDOM ACCESS MEMORY (RAM)

- RAM merupakan singkatan bagi Random Access Memory

(ingatan capaian rawak) dibangunkan oleh Robert Dennard

- Merupakan sekumpulan cip flash memory yang saling

berhubungkait

- RAM boleh ditambah atau dikurang bergantung kepada

keperluan pengguna komputer

- Penggunaan RAM dikawalselia oleh sistem operasi komputer

supaya proses/program dapat berjalan dengan lancar

- Contoh - contoh RAM yang pernah dibangunkan

SDRAM

SRAM

RDRAM

FLASH RAM

EDO RAM

DDR3

Page 22: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 23: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 24: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

READ-ONLY MEMORY (ROM)

- ROM merupakan singkatan bagi Read-Only Memory atau Ingatan-Baca-

Sahaja.

- Maklumat atau data yang terkandung dalam ROM hanya boleh dibaca sahaja

semasa pemprosesan berlaku dan tidak boleh diubah atau ditambah

- Memori ini sering digunakan bagi menyimpan program utama dari suatu

sistem

- Data yang disimpan tidak mudah hilang walaupun bekalan kuasa diputuskan

- Contoh - contoh ROM ini termasuklah: MROM, PROM, EPROM, EEPROM,

EAROM dan NAND ROM

Page 25: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

READ-ONLY MEMORY (ROM)

MROM - Mask ROM

PROM - Programmable Read-Only Memory

EPROM - Erasable Programmable Read-Only Memory

EEPROM - Electrically Erasable Programmable Read-Only Memory

EAROM - Electrically Alterable Read-Only Memory

NAND ROM - Flash Memory

Page 26: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

NAND ROM

- Marketwatch.com pada 15 Julai 2017 melaporkan harga komputer akan menjadi semakin mahal

dan data laporan pemasaran komputer dari Gartner dan International Data Corp menyokong

kenyataan ini apabila pasaran komputer mencatat penurunan seluruh dunia.

- Salah satu punca adalah dipercayai disebabkan peningkatan harga memory. Harga DRAM

(Dynamic Random Access Memory) dan flash memory melonjak sepanjang 2016, terutamanya

permintaan bagi perkakasan cloud computing

- Faktor lain termasuklah juga flash memory NAND yang semakin mendapat tempat dalam Solid

State Drive.

- NAND merupakan sejenis teknologi non-volatile storage yang tidak memerlukan kuasa untuk

menyimpan data

- Pembangunan NAND tertumpu pada mengurangkan Cost-per-bit dan meningkatkan bilangan

kapasiti cip sebanyak mungkin bagi menyaingi hard disc konvensional.

- NAND mula mendapat tempat dalam USB thumbdrive, digital camera, mp3 player, smartphone

Page 27: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 28: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 29: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

CACHE

- Secara umumnya, cache boleh terbahagi kepada 3 jenis:

CPU cache

Disc cache

Network cache

- Disc cache menyimpan data sementara di dalam ruangan yg dikhususkan

(boleh dispesifikkan saiz) di dalam hard disc yang dipanggil DRAM. Ia akan

menyimpan data atau program yang kerap digunakan DRAM bagi memudah

dan mempercepatkan capaian semula

- Network cache pula merujuk pengkhususan cache bagi perisian aplikasi

seperti web browser, pangkalan data, network address binding dan protokol

sokongan Network File System. Cache rangkaian ini akan disebarkan

(distributed) ke pelbagai hos rangkaian bagi membolehkan akses pada skala

komputer yang lebih besar dan pantas di dalam rangkaian.

Page 30: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

CACHE

- CPU cache pula merujuk pada memori sementara berkapasiti terhad tetapi

berkelajuan tinggi yang menjadi pengantara (jambatan) bagi aliran data

antara CPU dengan RAM

- Sebagai tempat simpanan data sementara, fungsinya adalah untuk

meningkatkan kadar pemindahan (transfer) data dengan menggunapakai

cache bagi mengakses semula data yang pernah di-akses sebelumnya dan

dengan itu dapat mengelakkan dari melakukan keseluruhan proses (querying,

indexing, queue, transfer dan sebagainya), sekali lagi.

- Terdapat 3 peringkat CPU Cache: L1, L2 dan L3.

Cache Level 1 biasanya dibina secara built-in (embedded) ke dalam

CPU itu sendiri

Cache Level 2 boleh terletak di dalam CPU itu sendiri juga atau berada

pada chip yang berasingan dengan keupayaan sokongan sistem bus

yang laju antaranya dengan CPU

Cache Level 3 pula biasanya dibangunkan secara khusus bagi

meningkatkan prestasi L1 dan L2. Kelajuannya kurang berbanding L1

dan L2

Page 31: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 32: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 33: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

GRAPHIC CARD (GC)

- GC berfungsi bagi menterjemahkan data bepada output /

paparan

- Output bergantung kepada komponen yang digunakan oleh

pengguna

- Cip yang biasa digunakan dalam GC adalah dari keluaran

NVIDIA, AMD, INTEL dan VIA

Page 34: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 35: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses
Page 36: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

SOUND CARD (SC)

- SC berfungsi bagi menterjemahkan data berbentuk audio

kepada output / bunyi

- Output bergantung kepada komponen yang digunakan oleh

pengguna

Page 37: SSK1043 Senibina Komputer Bab 2D Proses

NETWORK CARD (NC)

- NC berfungsi bagi menterjemahkan segala jenis data mengikut

kepada protokol rangkaian supaya data boleh dipancarkan di

dalam rangkaian