SSK1043 Senibina Komputer Bab 3a BIOS

21

Transcript of SSK1043 Senibina Komputer Bab 3a BIOS

Mengenalpasti Kod Beep

Beep

CodeSemakan Punca

1x Lulus POST Semakan POST berjaya

2x Error parity memory Memory rosak

3x Kegagalan base 64K memory Memory rosak

4x Timer tidak berfungsi Motherboard rosak

5x Error processor CPU rosak

6x Kegagalan 8042 gate A20 CPU / Motherboard rosak

7x Processor exception CPU rosak

8x Kegagalan memory video Grafik Kad rosak (khususnya memory GC)

9x Kegagalan ROM checksum BIOS rosak

10x Kegagalan CMOS checksum Motherboard rosak

11x Kegagalan cache memory CPU / Motherboard rosak

BIOS Setup

1. BIOS mengandungi program yang digunakan untuk membuat

ketetapan (settings) bagi komponen komputer

2. Data konfigurasi ini akan disimpan dalam satu cip memori yang

dipanggil complementary metal-oxide semiconductor (CMOS).

CMOS ini dikuasakan berasingan dari semua komponen lain dengan

menggunakan baterinya yang tersendiri. Sekiranya bateri ini

kehabisan kuasa, kesemua data konfigurasi BIOS akan hilang

3. Untuk memasuki program BIOS, pengguna perlu menekan kekunci

tertentu ketika POST sedang berjalan. Lain komputer, menggunakan

kekunci tertentu yang berbeza. Namun secara umumnya, kekunci

Delete adalah norma biasa yang digunapakai.

BIOS Setup

1. BIOS mengandungi program yang digunakan untuk membuat

ketetapan (settings) bagi komponen komputer

2. Data konfigurasi ini akan disimpan dalam satu cip memori yang

dipanggil complementary metal-oxide semiconductor (CMOS).

CMOS ini dikuasakan berasingan dari semua komponen lain dengan

menggunakan baterinya yang tersendiri. Sekiranya bateri ini

kehabisan kuasa, kesemua data konfigurasi BIOS akan hilang

3. Untuk memasuki program BIOS, pengguna perlu menekan kekunci

tertentu ketika POST sedang berjalan. Lain komputer, menggunakan

kekunci tertentu yang berbeza seperti Esc/F1/F2/F10/Ins/Ctrl-

Esc/Ctrl-Alt-Enter. Namun secara umumnya, kekunci Delete adalah

norma biasa yang digunapakai dan semakin menjadi normanya

sekarang ini..

Asas Kekunci kawalan BIOS:

1. ENTER

- Biasanya digunakan untuk memilih menu atau sub-area

2. Arrow key

- Digunakan untuk bergerak antara setting, (walaupun ada juga dalam

sesetengah kes, ia digunakan untuk mengubah selected setting

3. (PageUp/PageDown) atau ( + / - )

- Kedua - dua kekunci ini biasa digunakan untuk mengubah susunan /

ketetapan / nilai dalam setting

4. TAB

- Boleh juga kadangkala digunakan untuk bergerak antara section atau setting

5. ESC

- Digunakan untuk ‘naik’ satu level dalam menu hierarki, atau dalam sesetengah

program BIOS digunakan untuk terus Quit (keluar) dari program tersebut

Contoh paparan

program BIOS I

Contoh paparan

program BIOS 2

Ketetapan BIOS yang paling asas:

1. Main

- Section ini mengandungi parameter asas yang kita gunakan untuk melakukan

ketetapan bagi membolehkan sistem berfungsi secara asasnya.

- Elemen yang terkandung dalam section ini biasanya adalah seperti : Date, Time,

Daylight Savings, Primary Master/Slave, Secondary Master/Slave, Floppy, Halt On

2. Advanced BIOS Features

- Section ini mengandungi feature yang lebih advanced bagi mengawal bagaimana

komputer kita berfungsi. Ia berupaya meningkatkan kecekapan sistem dan ada juga

feature yang boleh ditetapkan enable / disable sekiranya komputer mempamerkan

masalah.

- Elemen yang terkandung dalam section ini adalah seperti: Internal/External cache.

Quick POST/Boot, Boot Sequence, S.M.A.R.T for Hard Disc, Power On Delay, Boot

Up System Speed

3. Advanced Chipset Features

- Section ini membolehkan pengguna untuk ‘tweak’ parameter kawalan chipset.

Kebanyakan setting ini biasa untuk fine-tuning kawalan system cache, memory dan

I/O buses untuk mengoptimumkan performance

- Elemen yang terkandung dalam section ini adalah seperti: Cache Timing, DRAM

Parity Checking, Single Bit Error Report, System BIOS Cacheable, Turn-Around

Insertion, Memory Hole, Recovery Time.

Ketetapan BIOS yang paling asas:

4. PCI / PnP Configuration

- Section ini memberi pengguna kawalan ke atas PCI Bus dan Plug-and-Play (PnP).

PCI Bus secara amnya mampu berfungsi tanpa sebarang ‘tampering’ atau ‘tweaking’

- Elemen yang terkandung dalam section ini biasanya adalah seperti : PCI IDE Bus

Master, Automatic Resource Allocation, PCI, IRQ and DMA setting, Available PCI

Interrupt (1st, 2nd, 3rd), PCI VGA Palette Snoop

5. Power Management

- Section ini mengandungi setting yang boleh digunakan untuk mengawal sistem

automatik kuasa, sistem komputer

- Elemen yang terkandung dalam section ini adalah seperti: Global Power

Management, Video Power Down, Hard Disc Power Down Timeout,

Standby/Suspend Mode Timeout, IRQ Wake-up Event

6. Integrated Peripherals

- Section ini mengawal komponen integrasi (built-in) komputer. Contoh komponen

adalah seperti serial/paralll port, floppy/disc drives, integrated Video/sound/network.

- Elemen yang terkandung dalam section ini adalah seperti: Integrated Floppy

Controller, IDE Controller, Serial Port 1/Port 2, Parallel Port, PS/ 2 Mouse

Enable, USB Enable

Ketetapan BIOS yang paling asas:

7. Security / Password Setting

- Section ini memberi pengguna kawalan akses pada 2 komponen: Sistem Komputer

(pasca POST) dan program BIOS. Kebanyakan program memberi 2 jenis akaun

bagi akses pengguna: Supervisor dan User.

- Elemen yang terkandung dalam section ini biasanya adalah seperti : Supervisor

Password, User Password

8. Exit Setup

- Terdapat 2 cara untuk keluar dari program BIOS. Pertama, dengan menekan

kekunci ‘ESC’ dan; Kedua dengan bergerak pada section ini dan memilih antara 2

pilihan samada keluar tanpa ‘save’ atau ‘Discard Changes’ (baca: abaikan)

perubahan yang telah dilakukan semasa dalam program BIOS.

- Elemen yang terkandung dalam section ini adalah seperti: Save and Exit Setup dan,

Exit Setup Without Saving

APA ITU BOOT DEVICE PRIORITY ?

ATAU BOOT SEQUENCE ?

Ia merupakan kawalan setting yang membolehkan

kita menetapkan perkakasan yang sistem komputer

perlu akses terlebih dahulu bagi memulakan

komputer

Kenapa ? Apa fungsinya ?

1. Meningkatkan prestasi komputer

2. Membuat instalasi perisian Sistem Operasi (OS)

3. Troubleshooting sistem komputer melalui

Recovery Disc

Apakah perkakasan yang boleh

ditetapkan Boot Sequence tersebut ?

1. CD / DVD

2. Hard Disc

3. Floppy Drive

4. Removable

5. Network

Bagaimana kaedah mengakses

setting Boot Sequence ?

1. Melalui BIOS > Advanced BIOS Features

2. Dengan menekan kekunci F8 atau F12 pasca

POST

Langkah - Langkah Mengubah Boot Sequence:

1. Langkah 1

- Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan memulakan semula (restart)

komputer dan masuk BIOS. Kebanyakan komputer akan memaparkan mesej seperti

“Press F(x) to enter setup”. X adalah variable kerana tidak semua komputer

menekan kekunci yang sama.

Langkah - Langkah Mengubah Boot Sequence:

2. Langkah 2

- Apabila telah berada di dalam BIOS, cari section yang spesifik berkenaan Boot

Sequence / Boot Priority. Kebiasaannya ia berada di dalam “Advanced BIOS

Features”. Ada juga program BIOS yang menamakan segmen ini “Advanced Boot

Option”.

- Gunakan kekunci anak panah (“arrow”) untuk bergerak dalam BIOS dan bergerak

pada option First, Second, Third Boot Device.

- Lihat pada sidebar untuk mengetahui kaedah atau papan kekunci yang digunakan

untuk menukar boot sequence. Kebiasaannya adalah menekan kekunci + atau –

untuk mengerakkan pilihan ke atas atau bawah

Langkah - Langkah Mengubah Boot Sequence:

3. Langkah 3

- Apabila telah selesai, bergerak pada section EXIT dan memilih pilihan “Yes” pada

soalan “Save configuration changes and exit now ?”

Langkah - Langkah Mengubah Boot Sequence:

5. Langkah 5

- Selepas keluar dari BIOS, komputer akan memulakan proses POST semula dan

mengesan perkakasan Boot Sequence yang telah ditetapkan. Bagi amali instalasi

OS menggunakan CD/DVD atau thumbdrive, satu mesej “Press any key to boot

from xxx”. Apabila melihat mesej ini keluar, tekan sahaja mana - mana kekunci bagi

mengaktifkan pilihan anda. Kekunci perlu ditekan semasa mesej tersebut

dipaparkan SAHAJA. Sekiranya mesej telah hilang dan tiada kekunci ditekan,

komputer akan boot-up default melalui Hard Disc dan masuk sistem operasi sedia

ada.

Langkah - Langkah Mengubah Boot Sequence:

- Dan sekiranya pengguna menekan kekunci pada masanya, proses instalasi OS

akan bermula.