SSM DAKWA 9,806 SYARIKAT DAN · PDF filekerana melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta...

3
1 SSM DAKWA 9,806 SYARIKAT DAN PERNIAGAAN KUALA LUMPUR 28 Mac – SSM telah mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah terhadap 9,806 syarikat, pegawai syarikat dan perniagaan kerana melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sepanjang tahun 2011. Ketua Seksyen Perhubungan Awam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, tindakan pendakwaan ini meliputi tiga jenis kesalahan lazim yang dilakukan oleh syarikat dan juga pengarah syarikat iaitu: i) Kegagalan syarikat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di bawah peruntukan seksyen 143(1) Akta Syarikat 1965 melibatkan 2,542 kes; ii) Kegagalan syarikat menyerahsimpan penyata tahunan syarikat di SSM di bawah kesalahan seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965; dan iii) Kegagalan pengarah syarikat membentangkan penyata kewangan yang diaudit dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di bawah seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965. “Selain itu, terdapat 68 kes lagi turut difailkan atas pelbagai kesalahan lain di bawah Akta Syarikat,” katanya.

Transcript of SSM DAKWA 9,806 SYARIKAT DAN · PDF filekerana melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta...

Page 1: SSM DAKWA 9,806 SYARIKAT DAN  · PDF filekerana melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sepanjang tahun 2011

1

SSM DAKWA 9,806 SYARIKAT DAN PERNIAGAAN

KUALA LUMPUR 28 Mac – SSM telah mengambil tindakan pendakwaan di

mahkamah terhadap 9,806 syarikat, pegawai syarikat dan perniagaan

kerana melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 dan

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sepanjang tahun 2011.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),

Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, tindakan pendakwaan ini

meliputi tiga jenis kesalahan lazim yang dilakukan oleh syarikat dan juga

pengarah syarikat iaitu:

i) Kegagalan syarikat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di

bawah peruntukan seksyen 143(1) Akta Syarikat 1965 melibatkan

2,542 kes;

ii) Kegagalan syarikat menyerahsimpan penyata tahunan syarikat di SSM

di bawah kesalahan seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965; dan

iii) Kegagalan pengarah syarikat membentangkan penyata kewangan

yang diaudit dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di bawah

seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965.

“Selain itu, terdapat 68 kes lagi turut difailkan atas pelbagai kesalahan lain

di bawah Akta Syarikat,” katanya.

Page 2: SSM DAKWA 9,806 SYARIKAT DAN  · PDF filekerana melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sepanjang tahun 2011

2

Pada masa sama, Mohamad Shahren memberitahu terdapat sebanyak 494

kes pendakwaan berkaitan kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan

1956 turut difailkan dan daripada jumlah tersebut, 3 kesalahan lazim yang

sering dilakukan oleh golongan peniaga adalah seperti berikut:

i) Kesalahan menjalankan perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran

di bawah Seksyen 12(1);

ii) Menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran di bawah Seksyen

12(1)(c);

iii) Kesalahan di bawah Seksyen 12(2) iaitu kegagalan mempamerkan sijil

pendaftaran perniagaan.

“ Di samping itu, terdapat 45 kes yang melibatkan pelbagai kesalahan lain di

bawah akta yang sama telah difailkan,” tambah beliau.

Tegas beliau, SSM akan meneruskan aktiviti penguatkuasaan termasuk

tindakan undang-undang terhadap syarikat, pengarah dan pegawai syarikat

yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang yang dikawal selia oleh

SSM.

“Dalam konteks ini juga, orang awam dinasihatkan membuat aduan

sekiranya mengesyaki terdapat sebarang perlanggaran di bawah Akta-Akta

yang dikawalselia oleh SSM.

“Mereka boleh melayari laman sesawang SSM di www.ssm.com.my atau

hadir sendiri ke cawangan terdekat SSM di seluruh Malaysia untuk membuat

aduan,” katanya.

Beliau menambah, SSM akan terus membuat pemantauan bagi memastikan

peruntukan-peruntukan akta yang dikawal selia oleh SSM ditadbir,

dikuatkuasa, diurus dan dipatuhi oleh komuniti perniagaan.

Page 3: SSM DAKWA 9,806 SYARIKAT DAN  · PDF filekerana melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sepanjang tahun 2011

3

Serentak dengan itu lagi, Mohamad Shahren menasihatkan pengarah-

pengarah syarikat memastikan mesyuarat agung tahunan diadakan dan

menyerahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan dalam tempoh

yang telah ditetapkan.

“Para pemilik dan rakan kongsi perniagaan pula hendaklah memastikan

perniagaan didaftarkan dan pembaharuan perniagaan dibuat apabila tamat

tempoh perniagaan setiap tahun”, tegasnya.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH : 12 APRIL 2012