sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang...
Transcript of sssss - fp.utm.my · Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan yang...
ii
PENGAMALAN NILAI KEBERSIHAN, KERJASAMA DAN
KEJUJURAN DI KALANGAN PELAJAR KIMPALAN DAN FABRIKASI
LOGAM SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI ABONG MUAR
ISKANDAR BIN ABD GHANI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)”
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
DEDIKASI
Buat ayahanda dan bonda, terima kasih atas
pengorbanan dan doa restu kalian
Abd.Ghani Bin Puteh
Khalijah Binti Keliwon
Istimewa buat keluarga tersayang,
Isteriku Ismayati Binti Zainuddin
Zuriatku anugerah Illahi yang tidak ternilai,
Isma Izzat dan Isma Aliesya
Terima kasih atas kasih sayang, bantuan,
dorongan dan pengorbanan kalian yang tak ternilai ertinya.
Kejayaan yang dikecapi ini adalah untuk kita bersama.
Tidak lupa
Al-fatihah untuk kekanda yang disayangi Zaharah Binti Abd Ghani yang telah
kembali ke Rahmatullah pada 29. 01. 2004
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala Pujian dan Kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah (s.w.t.). Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Mohammad (s.a.w) yang telah diutuskan oleh
Allah (s.w.t) bagi memimpin manusia ke jalan kebenaran dan juga kepada para
sahabat-sahabatnya.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat
saya menyiapkan Kertas Projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada pensyarah pembimbing Projek Sarjana Muda Iaitu En
Jamaluddin Bin Ramli di atas segala bimbingan, pendapat, nasihat dan teguran yang
diberikan sehingga siapnya Kertas Projek ini.
Tidak lupa juga saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia (BPPP), Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pengetua, guru-guru serta pelajar
Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Muar dan rakan-rakan
yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan Kertas Projek ini.
Semoga Allah memberkati jasa baik tuan-tuan semua.
Akhir kata saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepada pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung dalam menjayakan projek ini.
Wassalam.
Iskandar Bin Abd Ghani
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat pengamalan nilai murni di kalangan pelajar
Kimpalan dan Fabrikasi Logam Sekolah Menengah Teknik Sungai Abong, Muar
semasa menjalankan kerja amali di bengkel. Secara khususnya kajian ini cuba
mendapatkan maklumbalas mengenai pengamalan nilai murni di bengkel dari aspek
kebersihan, kerjasama dan kejujuran. Kajian dijalankan berbentuk deskriptif. Data-
data dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian dan
diedarkan kepada responden setelah ujian keesahan dijalankan terlebih dahulu.
Responden adalah seramai 60 orang dan kesemuanya digunakan dalam kajian ini.
Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS 11 (Statistical
Package For Social Science). Hasil analisis ini dinyatakan dalam bentuk kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan nilai min
keseluruhan amalan kebersihan berada ditahap yang tertinggi iaitu 4.46 diikuti
dengan aspek kejujuran dengan minnya 3.90 dan aspek kerjasama iaitu minnya 3.37.
Masih terdapat segelintir pelajar yang tidak mengamalkan nilai murni dan ianya perlu
disedarkan bagi meningkatkan pengamalan nilai murni tersebut. Beberapa cadangan
telah dikemukakan oleh pengkaji kepada pihak yang berkenaan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to observe the practice of good values among the
welding and metal fabrication students at Sekolah Menengah Teknik Sungai Abong,
Muar during practical at the workshop. Specifically, this research tried to get the
response on the practices of good values from the cleanliness, cooperation and
honesty aspects. It was done descriptively. Sets of questionnaire were used as the
research instruments after the validity test was conducted. The whole populations of
60 students were used as the respondents. Data were analyzed using the Statistical
Package For Social Science program (SPSS, Version 11) and the results were shown
in the form of frequencies, percentages, mean and standard deviations. Cleanliness
showed the highest mean (4.46) followed by honesty (3.90) and cooperation (3.37).
These values showed that the welding and metal fabrication students of SMT Sungai
Abong practiced all the three good values mentioned during practical at the
workshop.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN STATUS TESIS ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI JADUAL xv
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
x
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Penghayatan 7
1.8.2 Nilai 8
1.8.3 Murni 8
1.8.4 Nilai-Nilai Murni 8
1.8.5 Pelajar 9
1.8.6 Sekolah 9
1.8.7 Sekolah Menengah Teknik 10
1.8.8 Bengkel 10
1.8.9 Kebersihan 10
1.8.10 Bekerjasama 11
1.8.11 Kejujuran 11
1.9 Penutup 12
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Falsafah Pendidikan Negara 14
2.3 Nilai-Nilai Murni Dalam Islam 15
2.4 Penghayatan Nilai-Nilai Murni Di Sekolah 18
2.5 Nilai-Nilai Murni Dalam Falsafah
Pendidikan Negara 19
2.6 Kesimpulan 20
2.7 Penutup 21
xi
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Populasi Kajian 23
3.4 Sampel Kajian 23
3.5 Instrumen Kajian 23
3.5.1 Bahagian A : Latar Belakang Pelajar 24
3.5.2 Bahagian B,C Dan D : Item Soal Selidik 25
3.6 Kajian Rintis 26
3.7 Prosedur Melakukan Kajian 27
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 28
3.9 Prosedur Anilisis Data 29
3.10 Had Kajian 29
3.11 Penutup 30
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISA DATA
4.1 Pengenalan 31
4.2 Analisis Responden 32
4.3 Analisis Responden Mengikut Jantina 32
4.4 Analisis Responden Mengikut Bangsa 33
4.5 Analisis Responden Mengikut Tingkatan 33
4.6 Analisis Responden Mengikut Bidang Elektif 34
xii
4.7 Analisis Responden Sewaktu Menjawab
Soal Selidik 34
4.8 Analisis Persoalan Kajian Bahagian B 35
4.9 Analisis Persoalan Kajian Bahagian C 38
4.10 Analisis Persoalan Kajian Bahagian D 42
4.11 Analisis Keseluruhan Nilai Min Dan Sisihan Piawai 46
4.12 Rumusan 46
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 47
5.2 Perbincangan 47
5.2.1 Persoalan Kajian 1 48
5.2.2 Persoalan Kajian 2 49
5.2.3 Persoalan Kajian 3 50
5.2.4 Persoalan Kajian 4 52
5.3 Rumusan 52
5.4 Cadangan 54
5.5 Cadangan Penyelidik Pada Masa Akan Datang 55
BIBLIOGRAFI 57 - 59
xiii
SENARAI LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Borang Soal Selidik 60
B Salinan Surat Kebenaran EPRD 67
C Salinan Surat Kebenaran JPN Negeri Johor 69
xiv
SENARAI SINGKATAN
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
FPN Falsafah Pendidikan Negara
KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah
SMT Sekolah Menengah Teknik
BPG Bahagian Pendidikan Guru
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statistical Package For the Social Sciences
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SKM Sijil Kemahiran Malaysia
SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian 25
3.2 Skala Likert 26
3.3 Peratus Dan Min 26
3.4 Pengkelasan Mengikut Skala Likert 29
4.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 32
4.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 33
4.3 Analisis Responden mengikut Tingkatan 33
4.4 Analisis Responden Mengikut Bidang Elektif 34
4.5 Analisis Responden Sewaktu Menjawab
Soal Selidik 34
4.6 Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan
Piawai Kesedaran Kebersihan 35
4.7 Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan
Piawai Kesedaran Bekerjasama 39
4.8 Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan
Piawai Kesedaran Kejujuran 43
4.9 Analisis Nilai Min Dan Sisihan Piawai
Keseluruhan 46
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa ini gejala sosial di kalangan remaja belasan tahun menjadi isu
dan perbualan hangat di dalam media, di kalangan ahli masyarakat mahupun
institusi-institusi pendidikan. Fenomena ini begitu ketara kerana kurangnya
penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
Kerapuhan iman yang dimiliki oleh pelajar telah menyebabkan mereka
sanggup melakukan banyak perkara yang melanggar tatasusila mereka sebagai
seorang pelajar. Menurut Nik Abdul Rashid (1978), antaranya adalah melawan
dan memeras ugut guru, merosakkan harta benda guru, memperlekeh-lekehkan
dan tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan serta berani
melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak bermoral seperti merokok,
melepak, ponteng sekolah, tidak menghormati guru, penyalah gunaan dadah dan
jika di bengkel Kimpalan Dan Fabrikasi Logam sering berlaku perkara seperti
kecurian alatan, kehilangan projek sesama pelajar, cepat berputus asa dalam
menyempurnakan projek yang diberi mengikut spesikasi yang ditetapkan.
Di negara ini masyarakatnya amat peka kepada perkara yang berkaitan
dengan akhlak, disiplin, moral pelajar-pelajar dimana mereka sentiasa diperhati,
2
diikuti dan dinilai oleh masyarakat. Fenomena ini berlaku adalah disebabkan
pelajar-pelajar inilah yang akan menjadi tonggak kepada ketamadunan sesebuah
bangsa dan negara dimasa akan datang.
Menurut Nik Abdul Rashid (1978) lagi, antara punca berlakunya
permasalahan ini adalah disebabkan tipisnya pengetahuan iman seseorang
terhadap keagamaan dan nilai-nilai yang baik yang diistilahkan sebagai nilai-nilai
murni. Dengan adanya nilai-nilai yang baik akhlak seseorang itu dapat dijaga dan
disemai dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Sejarah telah
mengambarkan kemerosotan akhlak sememangnya berlaku dimana satu peristiwa
pembunuhan yang pertama di muka bumi ini iaitu Qabil membunuh Habil.
Pelajar mahupun remaja merupakan tunjang kepada pembangunan sosial
dan ekonomi yang kuat kepada sesebuah negara. Justeru itu, mereka menjadi
tumpuan utama dalam pembangunan insan di sesebuah institusi pendidikan
kerana remaja lebih banyak menghabiskan usia mereka di situ. Menurut Amla
(1994), dasar kerajaan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) sejak beberapa tahun dahulu lebih menekankan kepada
penghayatan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah dan bengkel. Justeru itu sukatan pelajaran yang dibentuk berdasarkan
KBSM telah mencadangkan nilai-nilai yang dianggap relevan dapat diserapkan
dalam semua mata pelajaran. Nilai-nilai murni tersebut adalah terdiri daripada
baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih saying, keadilan,
kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan,
kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.
Sekiranya nilai-nilai murni ini dapat disemai dengan sempurna di
kalangan pelajar, maka institusi-institusi pendidikan dan negara akan terhindar
dari masalah sosial dan lebih produktif serta bermutu dari segala aspek. Amla
(1994).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Di sesebuah negara, pelajar-pelajar di sekolah merupakan aset yang
penting dan amat berharga. Merekalah yang akan menjadi harapan negara untuk
memimpin generasi akan datang, pengerak kemajuan, penyambung budaya,
pelopor pembangunan dan sebagainya bagi sesebuah masyarakat. Menurut Tajul
Ariffin (1992) pengamalan nilai-nilai murni penting kepada setiap pelajar agar
mereka dapat menghubungkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan
kesedaran bahawa sumber ilmu secara mutlak adalah hak Tuhan. Oleh itu apabila
kita memperkatakan kemerosotan akhlak di kalangan pelajar, seringkali dikaitkan
adakah penerapan nilai-nilai murni yang diserapkan tidak mendatangkan kesan
dan dapat dihayati sepenuhnya.
Oleh itu penghayatan nilai-nilai murni amat penting kepada setiap pelajar
agar mereka dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk dirinya, masyarakat
dan negara. Justeru itu penerapan nilai-nilai murni di bengkel sekolah juga harus
diutamakan supaya keselamatan diri dan alatan terpelihara sepanjang masa.
Penghayatan nilai-nilai murni ini amat penting kerana masih ada
berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kemalangan diri,
kerosakan alatan dan mesin, kecurian, pembaziran, kebersihan dan tidak
mematuhi peraturan bengkel. Sepatutnya masalah ini tidak timbul lagi kerana
pelajar-pelajar telahpun didedahkan dengan nilai-nilai murni.
1.3 Penyataan Masalah
Keadaan pengajaran dan pembelajaran di bengkel adalah jauh berbeza
berbanding bilik darjah. Ini kerana bengkel dipenuhi dengan pelbagai alatan dan
mesin yang sentiasa perlu diawasi oleh semua yang menggunakannya. Oleh
4
sebab itu pelajar mestilah sentiasa mematuhi segala peraturan dan arahan yang
telah disediakan. Disebabkan masih terdapat di kalangan pelajar yang tidak
mematuhi arahan dan peraturan maka timbullah masalah pengurusan dan
pembelajaran di bengkel. Ini dapat dibuktikan dengan ada lagi sampah yang tidak
dibersihkan sepenuhnya ketika meninggalkan bengkel. Terdapat juga peralatan
yang masih belum disimpan dengan semporna ketika meninggalkan kelas di
bengkel. Dengan ini menunjukkan pelajar masih tidak mengamalkan, amalan
kejujuran dalam menjalankan kerja sesama mereka secara berkumpulan.
Berdasarkan penyataan masalah pengkaji ingin mengenalpasti
penghayatan nilai murni di kalangan pelajar Kimpalan Dan Fabrikasi Logam
Sekolah Menengah Teknik Jalan Sungai Abong, Muar semasa menjalankan kerja
amali di bengkel. Pengkaji hanya menumpukan pada aspek kebersihan,
kerjasama dan kejujuran.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan bagi mengetahui kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar Kimpalan Dan Fabrikasi
Logam berdasarkan kebersihan, bekerjasama dan kejujuran semasa menjalankan
kerja amali di bengkel. Objektif khusus kajian ini ialah :
i. Mengenalpasti amalan kebersihan semasa menjalankan kerja amali di
bengkel di kalangan pelajar Kimpalan dan Fabrikasi Logam.
ii. Mengenalpasti amalan kerjasama semasa menjalankan kerja amali di
bengkel di kalangan pelajar Kimpalan dan Fabrikasi Logam.
5
iii. Mengenalpasti amalan kejujuran semasa menjalankan kerja amali di bengkel
di kalangan pelajar Kimpalan dan Fabrikasi Logam.
iv. Mengenalpasti perbandingan amalan ketiga-tiga nilai iaitu kebersihan,
kerjasama dan kejujuran berdasarkan nilai min keseluruhan dan sisihan
piawai.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian adalah seperti berikut :
i. Sejauhmanakah pelajar mempraktikan amalan kebersihan
semasa menjalankan kerja amali di bengkel?
ii. Sejauhmanakah pelajar mengamalkan amalan kerjasama semasa
menjalankan amali di bengkel?
iii. Sejauhmanakah pelajar mempunyai amalan kejujuran semasa
menjalankan amali di bengkel?
iv. Sejauhmanakah perbandingan amalan ketiga-tiga nilai iaitu kebersihan,
kerjasama dan kejujuran berdasarkan nilai min keseluruhan dan sisihan
piawai?