STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) SISTEM E...

download STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) SISTEM E …jpwpkl.moe.gov.my/sistem/ehousekeeping/web/SOP.pdf · 1 STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) SISTEM E-HOUSEKEEPING JABATAN PENDIDIKAN

If you can't read please download the document

Transcript of STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) SISTEM E...

  • 1

    STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

    SISTEM E-HOUSEKEEPING

    JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    TUJUAN

    1. Tujuan penyediaan Standard Operating Procedure (SOP) Sistem E-

    Housekeeping adalah sebagai panduan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Pejabat Pelajaran Wilayah (PPW) dan

    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri KL dalam merekodkan senarai sekolah-

    sekolah yang masih belum mengemukakan maklumat kepada pihak Jabatan /

    PPW / BTPN mengikut tarikh yang telah ditetapkan secara atas talian (online).

    LATAR BELAKANG

    2. Idea pembinaan sistem ini telah dicadangkan oleh Y.Bhg. Encik Abdullah bin

    Mad Yunus, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa

    mesyuarat pengurusan supaya diwujudkan satu sistem housekeeping yang

    membolehkan sekolah yang masih belum mengemukakan maklumat yang

    diperlukan oleh Jabatan / PPW / BTPNKL dipaparkan di portal Jabatan untuk

    semakan pihak sekolah.

    3. Kertas konsep sistem ini telah dibincangkan bersama Ybhg Pengarah pada 20

    September 2013 dan telah mendapat kelulusan. Justeru itu, satu kertas

    cadangan telah diangkat untuk makluman dan persetujuan pengurusan tertinggi

    dalam Mesyuarat Pagi pada 23 Disember 2013. Mesyuarat telah membuat

    ketetapan persetujuan dan kelulusan bagi penggunaan Sistem e-Housekeeping.

    Fasa pertama pelaksanaan telah bermula pada 24 Disember 2013 di mana

    Sistem e-Housekeeping berfungsi untuk merekodkan dan memaparkan senarai

    sekolah yang masih belum mengemukakan maklumat yang diperlukan dalam

    Portal Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    (http://jpwpkl.moe.gov.my).

    RASIONAL

    4. Selaras dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan budaya inovasi dalam

    perkhidmatan awam, cadangan pembangunan Sistem e-Housekeeping wajar

    dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam capaian maklumat

    senarai sekolah yang masih belum mengemukakan maklumat secara cepat dan

    mudah oleh Jabatan, Pejabat Pelajaran Wilayah, BTPNKL serta Sekolah-

    sekolah Wilayah Persekutuan.

    http://jpwpkl.moe.gov.my/

  • 2

    5. Menerusi pelaksanaan Sistem e-Housekeeping secara atas talian sepenuhnya,

    ia secara tidak langsung dapat mengoptimumkan penggunaan ICT dalam

    meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan atas talian dari peringkat

    sekolah, BTPNKL, Pejabat Pelajaran Wilayah dan Jabatan.

    TANGGUNGJAWAB PELAKSANAAN

    6. Semua pegawai meja di Jabatan / Pejabat Pelajaran Wilayah / BTPNKL

    bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat senarai

    sekolah-sekolah yang masih belum mengemukakan maklumat. Manakala Sektor

    Pengurusan Maklumat merupakan pembangun kepada sistem ini dan memberi

    khidmat teknikal ke atas sistem ini.

    7. Pengurusan JPWPKL juga telah menetapkan bahawa pihak sekolah

    bertanggungjawab untuk membuat semakan sama ada nama sekolah mereka

    tersenarai atau tidak, serta mengambil tindakan segera sekiranya tersenarai.

    PELAKSANAAN SOP

    8. Urusan merekod dan mengemaskini maklumat sekolah yang masih belum

    mengemukakan maklumat hendaklah diuruskan dengan teliti oleh pegawai meja

    yang telah dilantik oleh Jabatan / PPW / BTPNKL.

    8.1. Sekolah yang terlibat hanyalah sekolah bantuan kerajaan seperti SK, SJK

    (C), SJK (T), SMK, SMA dan lain-lain. Sekolah swasta tidak terlibat dalam

    pelaksanaan sistem ini.

    8.2. Sistem ini terbuka kepada semua pegawai meja di Jabatan Pendidikan

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di tiga (3) Pejabat Pendidikan

    Wilayah (Bangsar/Pudu, Keramat dan Sentul) serta Bahagian Teknologi

    Pendidikan Negeri KL.

    8.3. Pegawai meja hendaklah berhubung dengan Sektor Pengurusan Maklumat

    sekiranya hendak menggunakan Sistem e-Housekeeping kerana

    penggunaan adalah berdasarkan permohonan.

    8.4. Pegawai meja hendaklah memohon kepada Sektor Pengurusan Maklumat

    untuk memasukkan nama aktiviti sekiranya tiada dalam senarai aktiviti

    dengan mengisi Borang Permohonan Penggunaan Sistem e-

    Housekeeping.

    8.5. Pegawai meja hendaklah memasukkan senarai nama sekolah yang masih

    belum mengemukakan maklumat, serta mengeluarkan nama sekolah yang

    telah mengemukakan maklumat dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

  • 3

    8.6. Setiap aktiviti perlu dipantau oleh seorang Pegawai meja sahaja sama ada

    dari Jabatan atau PPW.

    8.7. Pegawai meja adalah bertanggungjawab menentukan tarikh maklumat

    akan dipaparkan dalam Portal JPWPKL.

    8.8. Pegawai meja adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala

    maklumat yang telah dimasukkan ke dalam sistem.

    9. Pengurusan di sekolah hendaklah menyemak maklumat senarai sekolah yang

    tidak mengemukakan maklumat setiap hari bagi memastikan sekolah tidak

    tersenarai di dalam rekod. Bagi maklumat yang tarikh akhir penghantaran adalah

    dalam tempoh tiga (3) hari, paparan akan berwarna kuning. Bagi maklumat yang

    tarikh akhir penghantaran telah tamat, paparan akan berwarna merah.

    PROSES TINDAKAN

    10. Proses tindakan adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Proses Merekodkan / Mengemaskini / Melihat Rekod Dalam Sistem

    e-Housekeeping

    LANGKAH TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

    LANGKAH

    1

    Merekodkan maklumat sekolah yang

    masih belum mengemukakan maklumat

    a. Pegawai meja akan log masuk ke

    dalam sistem (default Nama Pengguna

    dan kata laluan kad pengenalan).

    *** Ia perlu diubah pada kali pertama

    memasuki sistem bagi mengelakkan ia

    disalahgunakan.

    b. Pegawai meja akan merekodkan

    senarai sekolah yang masih belum

    mengemukakan maklumat yang

    dikehendaki oleh pihak Kementerian /

    Jabatan / PPW.

    c. Maklumat tersebut yang telah

    dimasukkan hendaklah disimpan

    dengan menekan butang Simpan.

    Pegawai Meja Jabatan

    / PPW / BTPNKL

    LANGKAH 2

    Memuat naik surat berkaitan ke dalam sistem

    Pegawai meja Jabatan / PPW / BTPNKL /

  • 4

    LANGKAH TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

    a. Pegawai meja akan memuat naik surat

    berkaitan ke dalam sistem.

    b. Pihak sekolah memuat turun surat berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

    Pentadbiran Sekolah

    LANGKAH

    3

    Memaparkan maklumat sekolah yang

    masih belum mengemukakan maklumat

    ke dalam portal Jabatan

    c. Pegawai meja akan memilih senarai

    sekolah yang hendak dipaparkan di

    portal jabatan.

    d. Senarai sekolah akan dipaparkan di

    portal jabatan setelah disahkan oleh

    pegawai meja.

    Pegawai meja Jabatan

    / PPW / BTPNKL

    LANGKAH

    4

    Sekolah menyemak sama ada nama

    sekolah tersenarai dalam senarai sekolah

    yang TIDAK mengemukakan maklumat

    a. Pihak pentadbiran sekolah akan

    membuka portal jabatan.

    b. Pihak pentadbiran sekolah memilih

    modul aplikasi atas talian > e-

    Housekeeping (Sekolah).

    c. Pihak pentadbiran sekolah

    memasukkan kod sekolah / nama

    sekolah untuk memaparkan senarai

    aktiviti yang belum selesai.

    Pentadbiran Sekolah

    LANGKAH

    5

    Pihak sekolah mengambil tindakan

    sekiranya tersenarai

    a. Pihak sekolah akan menghubungi

    pegawai meja untuk mendapatkan

    makluman lanjut (sekiranya perlu)

    b. Pihak sekolah akan mengambil

    tindakan segera berdasarkan

    makluman yang telah diterima.

    Pentadbiran Sekolah

    LANGKAH Pegawai meja mengeluarkan nama Pegawai Meja Jabatan

  • 5

    LANGKAH TINDAKAN TANGGUNGJAWAB

    6 sekolah yang telah mengemukakan

    maklumat / mengambil tindakan

    a. Pegawai meja akan mengeluarkan

    nama sekolah yang telah

    mengemukakan maklumat.

    b. Nama sekolah di paparan portal akan

    dikeluarkan setelah pegawai meja

    mengesahkan status selesai.

    / PPW / BTPNKL

    SELESAI

    MEJA BANTUAN

    11. Sekiranya pihak Jabatan/PPW/BTPN/Sekolah mempunyai sebarang pertanyaan,

    sila kemukakan kepada

    Bantuan Am

    Pegawai meja bagi setiap aktiviti

    Bantuan Teknikal

    Sektor Pengurusan Maklumat

    Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Telefon : 03-6203 6023 (Am) / 6021 (Mohd Husaiful)

    Faks : 03-6203 6223

    E-mel : [email protected]

    Disediakan oleh:

    Sektor Pengurusan Maklumat

    Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Januari 2014

    mailto:[email protected]