STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD...

12
STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN TINDAKAN PENGOSONGAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN / BENCANA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI DAN KLINIK-KLINIK KESIHATAN KOTA TINGGI 1.0 TUJUAN STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) SOP ini disediakan bertujuan untuk : 1.1 Pegawai / kakitangan dan orang awam dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa kecemasan / bencana seperti kebakaran atau gempa bumi yang memerlukan tindakan pengungsian bangunan pejabat dan klinik 1.2 Warga PKDKT dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat dan teratur semasa berlaku kecemasan / bencana 1.3 Kemudahan dan peralatan yang sedia ada dapat digunakan mengikut perancangan untuk menyelamatkan diri 1.4 Pemindahan keluar warga PKDKT/Klinik dan pelanggan daripada bangunan dapat dilakukan dengan teratur dan pantas 2.0 DIBANGUNKAN OLEH 2.1 Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan - rujuk Carta Organisasi JK Keselamatan EKSA PKDKT 3.0 KUMPULAN SASARAN PENGGUNA SOP 3.1 Pegawai Keselamatan Pengurusan 3.2 Penolong Pegawai Tadbir 3.3 Pengawal Keselamatan 3.4 Pegawai pegawai 3.5 Staf Sokongan

Transcript of STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD...

Page 1: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

PELAN TINDAKAN PENGOSONGAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN /

BENCANA PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI DAN KLINIK-KLINIK KESIHATAN

KOTA TINGGI

1.0 TUJUAN STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

SOP ini disediakan bertujuan untuk :

1.1 Pegawai / kakitangan dan orang awam dapat bertindak dengan tenang dan

selamat semasa kecemasan / bencana seperti kebakaran atau gempa bumi

yang memerlukan tindakan pengungsian bangunan pejabat dan klinik

1.2 Warga PKDKT dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan

selamat dan teratur semasa berlaku kecemasan / bencana

1.3 Kemudahan dan peralatan yang sedia ada dapat digunakan mengikut

perancangan untuk menyelamatkan diri

1.4 Pemindahan keluar warga PKDKT/Klinik dan pelanggan daripada bangunan

dapat dilakukan dengan teratur dan pantas

2.0 DIBANGUNKAN OLEH

2.1 Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan - rujuk Carta Organisasi JK

Keselamatan EKSA PKDKT

3.0 KUMPULAN SASARAN PENGGUNA SOP

3.1 Pegawai Keselamatan Pengurusan

3.2 Penolong Pegawai Tadbir

3.3 Pengawal Keselamatan

3.4 Pegawai –pegawai

3.5 Staf Sokongan

Page 2: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

3.6 Orang awam / Pelawat yang berada di bangunan PKD/Klinik

4. PENGGUNAAN SKOP SOP

SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan ketika kecemasan / bencana

dilaksanakan secara jelas, seragam, terancang dan memenuhi segala prosedur

keselamatan di mana-mana lokasi atau bangunan PKD/Klinik.

5. RINGKASAN PROSEDUR

Secara umumnya, jika berlaku kecemasan / bencana, tindakan-tindakan berikut perlu

diambil dengan segera iaitu :

5.1 Memastikan bunyi alarm automatik / membunyikan alat pengera manual /

wisel

5.2 Cuba lawan kebakaran jika kebakaran yang berlaku adalah kecil

5.3 Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat / Pegawai Keselamatan

5.4 Pegawai Keselamatan membentuk Pasukan Emergency Response Team

(ERT) secara adhoc

5.5 Menghentikan mesin / proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa

5.6 Memastikan semua dokumen penting disimpan dan dikunci dengan selamat

5.7 Mengosongkan bangunan dengan teratur dan pantas

5.8 Bergerak ke tempat berkumpul atau Assembly Point dengan teratur dan

pantas

5.9 Mengambil kedatangan untuk dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan

Jabatan / Pasukan Emergency Response Team

5.10 Pegawai Keselamatan Jabatan / Pasukan Emergency Response Team (ERT) /

Pengawal Keselamatan perlu menyampaikan keseluruhan maklumat kecemasan /

bencana kepada Komander Operasi Bomba yang tiba di lokasi.

5.11 Pegawai Keselamatan juga perlu memaklumkan secara terperinci perihal

kecemasan kepada Pegawai Kesihatan Daerah dengan segera.

Page 3: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

6. PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN

Prosedur kecemasan ini hendaklah digunapakai semasa kebakaran. Ia menjelaskan

langkah-langkah yang perlu diambil semasa kebakaran bagi tujuan mengatasi semua

jenis kemalangan yang berlaku. Berikut adalah tindakan ketika berlaku kecemasan.

6.1 Tindakan Menyelamatkan Diri

Apabila kedengaran loceng penggera (isyarat kecemasan kebakaran), semua warga

PKDKT/Klinik dan orang awam / pelawat hendaklah :

i. Hentikan kerja serta-merta dan matikan semua punca elektrik berdekatan

anda serta cabutkan plug

ii. Hendaklah KELUAR IKUT LALUAN PELAN KECEMASAN BANGUNAN

iii. Jangan berlari, tolak-menolak dan panik

iv. Jangan berpatah-balik untuk mengambil barang yang tertinggal

v. Berikan kerjasama sepenuhnya dan patuhi arahan Pasukan Emergency

Response Team (ERT)

vi. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan iaitu di PARKIR AWAM – TEMPAT

BERKUMPUL (Assembly Point)

vii. Sila hubungi Balai Bomba terdekat di talian 07-8831444 (Kota Tinggi) atau 07-

8221444 (Bandar Penawar), atau dail TALIAN KECEMASAN 999

viii. Sila rujuk PELAN KECEMASAN/KEBAKARAN PKDKT dengan teliti

Page 4: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

6.2 Tindakan Jawatankuasa (Pegawai Keselamatan/Pasukan Emergency

Response Team (Pasukan ERT)

i. Bunyikan wisel berulang kali (jika alarm automatik tidak berbunyi) gunakan PA

sistem jika perlu

ii. Matikan semua punca elektrik dan cabut plug

iii. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam

keselamatan diri, sila jalankan usaha memadam.

iv. Jika didapati kebakaran telah merebak dan ada penghuni di bangunan tersebut,

beri arahan untuk mengosongkan bangunan.

v. Arahkan semua lapisan kakitangan/ pelanggan/ pelawat keluar bangunan

melalui pintu kecemasan (jika releven) dan tutup pintu rintangan api selepas keluar.

i. Arahkan semua lapisan kakitangan/ pelanggan/pelawat berkumpul di tempat

berkumpul (Assembly Point) PARKIR AWAM – TEMPAT BERKUMPUL dan pastikan

keadaan terkawal.

iii. Buat panggilan baris (roll-call) di tempat berkumpul dengan

menggunakan SENARAI KEHADIRAN dan semak sekiranya ada yang masih tertinggal

dalam bangunan bagi kumpulan di bawah kawalan masing-masing.

iv. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan yang

berkenaan sahaja.

v. Hubungi Pegawal Keselamatan bertugas di pondok kawalan untuk bantuan.

Jika perlu, terus hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

vi. Sedia untuk bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.

vii. Sekiranya terdapat kemalangan atau kecederaan, pastikan pesakit diberikan

rawatan kecemasan dan dihantar ke klinik/hospital terdekat (mengikut keadaan).

Page 5: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

6.3 Tindakan Pegawai Keselamatan

i Ketika berlaku kecemasan/ bencana pihak kawalan keselamatan perlu

memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan

ii. Pondok kawalan perlu di kawal rapi oleh Pengawal Keselamatan (pintu hadapan,

dan belakang) dan perlu mencegah sesiapa sahaja yang tidak berkenaan daripada

memasuki kawasan bangunan.

iii. Pegawai Keselamatan perlu membantu Pasukan Emergency Response Team

jika bantuan diperlukan

6.4 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran

i. Cara-cara Bergerak Semasa Terperangkap Di Dalam Asap

Ketika kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahului api,

panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan

menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari

kebakaran asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda

bertindak dengan cara yang salah.

2. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup. Cari jalan

lain untuk menyelamatkan diri.

3. Jika terperangkap dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh sebaiknya

merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung hingga sampai

ke tempat selamat)

4. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan/ mengaburkan

pandangan. Dalam keadaan sedemikian, gunakan belakang tangan untuk meraba jalan

menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar.

ii. Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar

Jika anda terperangkap di dalam bangunan semasa berlaku kebakaran, anda

hendaklah bertindak seperti berikut:

1. Cuba buka seberapa banyak pintu bertutup antara jarak anda dengan api.

Page 6: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

2. Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi penyelamat nyawa anda. Tutupkan

pintu di belakang anda dan jauhkan diri dari asap dan bahang. Sumbat celah-celah

pintu dan lubang angin dengan kain atau apa sahaja bahan yang sesuai bagi

mengelakkan asap masuk (pilih bilik bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan)

3. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat minta bantuan

4. Buka tingkap di atas dan di bawah untuk membolehkan udara kotor keluar dan

udara bersih masuk

5. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki dengan

baju, carpet atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan kepanasan

6. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai orang terbunuh

kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan penyelamat, jika benar-

benar tiada jalan lain lagi.

6.5 Prosedur Keselamatan Bagi Pemegang Kunci Keselamatan

Kunci merupakan satu alat penting dalam menentukan keselamatan sesebuah Jabatan.

Beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan kunci pejabat

adalah seperti berikut :

1. Pemegang kunci induk keseluruhan PKDKT/Klinik adalah dipegang oleh Pegawai

yang dilantik sahaja yang akan memegang semua kunci jabatan. Setiap pengguna

perlu mengisi Buku Rekod Kunci PKD/Klinik jika terdapat keperluan sahaja.

2. Pemegang kunci asal untuk setiap fasiliti lain di PKDKT/Klinik, adalah dipegang

oleh Ketua Jabatan/ Ketua Jururawat/ EO.

3. Untuk tujuan penggunaan di luar waktu bekerja harian; kunci perlu di ambil

daripada kotak kunci di Bilik Penolong Pegawai Tadbir/Ketua Jururawat. Walau

bagaimanapun, untuk kes-kes kecemasan di klinik, kunci bilik kecemasan dipegang

oleh Pegawai yang bertugas atas panggilan supaya perkhidmatan kecemasan dapat

diberikan dengan cepat.

4. Kunci-kunci grill untuk memasuki Pejabat/Klinik adalah dipegang oleh Pembantu

Am Pejabat/ Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dan dibuka pada waktu pagi sekitar

jam 7.30 pagi dan ditutup pada waktu petang sekitar jam 5.30 petang mengikut jadual

masing-masing. Keselamatan Pejabat /Klinik adalah di bawah tanggungjawab

Pembantu Am Pejabat/PPK ini.

Page 7: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

5. Setiap jenis kunci tidak boleh diserahkan kepada pegawai lain tanpa kebenaran

dan adalah DILARANG dibuat ‘PENDUA’ kecuali atas sebab-sebab tertentu.

6.6 Panduan Keselamatan Bagi Kawasan Parkir Kenderaan dan Kawasan Pili

Bomba

Bagi memudahkan tindakan segera diambil oleh semua pihak, berikut merupakan

beberapa perkara penting yang perlu dipatuhi bagi menjamin tiada halangan berlaku

semasa sebarang kecemasan/bencana :

i. Dilarang meletak kenderaan secara BERLAPIS (Double Parking) di perkarangan

PKDKT/Klinik pada setiap masa

ii. Meletak kenderaan mestilah secara BERUNDUR sesuai dengan dasar

pelaksanaan EKSA PKDKT

iii. Dilarang meletakkan motosikal di mana-mana kaki lima bangunan PKDKT/Klinik

i. Dilarang meletakkan kenderaan di dalam petak kuning pili bomba

7.0 TAKRIF

Takrif adalah istilah khusus untuk menjelaskan beberapa perkara yang perlu diingati

dan difahami oleh setiap warga PKDKT/Klinik serta anggota yang terlibat semasa

diancam bencana:

7.1 Assembly Point : tempat berkumpul iaitu satu lokasi yang selamat daripada

lokasi kebakaran/bencana iaitu di PARKIR AWAM – TEMPAT BERKUMPUL. Sila

rujuk PELAN KECEMASAN/ KEBAKARAN

7.3 Call Point : Loceng Penggera Kebakaran

7.4 Pasukan Emergency Response Team (Pasukan ERT) : merupakan satu

JawatankuasaAdhoc yang dibentuk oleh Pegawai Keselamatan Jabatan ketika

kecemasan/ bencana

7.5 Notis Kebakaran :

· Makluman Jenis bunyi penggera kebakaran

· Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba, dan

· Kaedah melawan kebakaran

Page 8: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

7.6 Nada Bunyi

Loceng Penggera :

7.7 Jenis-jenis kelengkapan/ peralatan bencana yang terdapat di PKD Kota

Tinggi/ sebahagian Klinik :

Bil Jenis

1. Sistem Penggera Manual / Wisel

2. Peralatan Melawan Kebakaran

Alat Melawan Kebakaran Manual:

· Alat Pemadam Api Mudah-Alih

Bunyi Loceng Berpanjangan

· Apabila mendengar loceng penggera berbunyi

berpanjangan, ataupun arahan melalui P.A sistem, tindakan

segera mengosongkan bangunan perlu dimulakan.

· Pasukan Emergency Respose Team perlu memulakan

arahan bagi membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran/

menyelamat.

Page 9: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

· Pili Bomba

· Gelung Hos (sekiranya ada)

8.0 KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB

8.1 AJK Keselamatan Induk di Jabatan/Unit perlu diberi pendedahan dan

kursus/latihan mengenai Kawalan Keselamatan dan pendedahan tentang aspek

menghadapi bencana seperti melawan kebakaran dan tanggungjawab semasa

kebakaran.

8.2 Pegawal Keselamatan perlu menghadiri latihan serta kursus yang dianjurkan oleh

Bomba.

8.3 Setiap Pejabat/Klinik mestilah melakukan aktiviti latihan pengungsian bangunan 2

tahun sekali .

9.0 PELAN TINDAKAN PENGOSONGAN BANGUNAN

Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan mencegah dan melawan

kebakaran perlu diikuti bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia terjamin.

BIL

TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB

CATATAN/

SENARAI SEMAK

1. Memaklumkan dengan segera kepada Pegawai

Keselamatan Jabatan tentang kecemasan/ bencana

yang berlaku untuk tindakan diperingkat Jabatan

Warga PKDKT/Klinik yang

berhampiran kawasan bencana

2. Pegawai Keselamatan Jabatan membentuk

Pasukan Quick Response Team secara adhoc

Pegawai Keselamatan

Jabatan/Pasukan ERT

3. Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

berserta maklumat seperti berikut:

· Maklumat ringkas pengadu

Pegawai Keselamatan

Jabatan/ Pasukan ERT

Page 10: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

· Lokasi bencana

· Peringkat bencana

· Maklumat ringkas berkaitan bencana

/maklumat mangsa yang tercedera

4. Memastikan loceng penggera yang berbunyi berterusan

(sebagai isyarat mengosongkan bangunan).

Pegawai Keselamatan

Jabatan/ Pasukan ERT

5. Bergerak dengan segera ke tempat berkumpul

(Assembly Point) mengikut Pelan Laluan Kecemasan

Warga PKD

6. Mengaturkan dan memastikan proses pengungsian

bangunan berlaku di setiap aras

Pegawai Keselamatan

Jabatan/Pasukan ERT/Warga

PKD/Klinik

7. Keluar daripada bilik kerja dan memastikan perkara

berikut diberi perhatian sebelum menyelamatkan diri

ke tempat berkumpul (bergantung kepada situasi) :

i. Wang tunai dan dokumen-dokumen penting

dimasukkan ke dalam kabinet besi dan dikunci; dan

ii. Tutup semua peralatan komputer atau matikan

suis elektrik

Warga PKD/Klinik

8. Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik jangan

berbuat bising, bertolak-tolak atau berlari

9. Bertenang dan tinggalkan tempat itu dengan secepat

mungkin.

Warga PKD/Klinik

10. Bergerak dengan posisi membongkok, jika anda

terpaksa bergerak melalui kawasan berasap.

Warga PKD/Klinik

11. Jangan memecahkan barisan semasa mengungsi, jangan

berlari potong-memotong.

Warga PKD/Klinik

12. Laporkan diri di tempat berkumpul dan jangan

tinggalkan tempat berkumpul sehingga diarahkan

berbuat demikian

Warga PKD/Klinik / Pasukan ERT

13. Pastikan berkumpul di tempat yang telah dikhaskan Pasukan ERT

Page 11: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

10.0 CADANGAN KURSUS DAN LATIHAN

10.1 Semua warga PKD/Klinik dicadangkan untuk menjalani latihan secara berkala.

Latihan hendaklah merangkumi:

• Pencegahan Kebakaran/Bencana

• Tindakan Apabila Mendengar Bunyi Penggera

Cara Menghubungi Perkhidmatan Bomba Dengan Betul

• Lokasi Dan Cara Mengguna Peralatan

• Laluan Menyelamatkan Diri

• Tempat Berkumpul

• Mengambil Kedatangan

10.2 Latihan (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih dahulu) hendaklah

dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) kali setiap dua tahun. Latihan dianggap berjaya

jika semua pekerja dapat mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul

dalam masa 25 MINIT selepas loceng penggera berbunyi.

(Assembly Point) dan mengambil kehadiran.

14. Menyemak senarai kakitangan yang berkumpul. Pasukan ERT

15. Melaporkan keadaan kepada Pegawai Bomba dan Ketua

Keselamatan Jabatan

Pegawai Keselamatan Jabatan/

Pasukan ERT

16. Memberikan rawatan awal kepada mangsa yang

tercedera

Pasukan Kesihatan/ Pasukan ERT

17. Bersedia bertindak membantu pihak bomba jika

diperlukan misalnya bantuan peralatan, maklumat

tentang tekanan air dan saluran bekalan elektrik

Pasukan ERT

Page 12: STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN …pkdkt.com/attachments/article/45/STANDARD OPERATING... · memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan ... Kepulan

10.3 Kakitangan perlu diberikan kursus dan latihan asas supaya sentiasa bersedia

jika berlaku bencana. Kursus dan latihan tersebut boleh dilakukan dua (2) tahun sekali.

10.4 Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai alat

pencegahan kebakaran dan selok-belok bangunan iaitu:

· Kedudukan alat pemadam api yang paling berhampiran dan tahu cara untuk

menggunakannya.

· Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan keluar

· Bagi keselamatan, laporkan kepada Pegawai Berkenaan jika anda tidak

mendengar isyarat amaran semasa ujian pengungsian bangunan.

a) Jika mana-mana pintu keluar atau jalan keluar di halang dengan longgokan barang-

barang

b) Jika sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan atau tidak boleh

digunakan lagi

c) Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang

11.0 PENJAGAAN KAWASAN BANGUNAN

11.1 Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih dan teratur

11.2 Bersihkan dan buang sampah sarap

11.3 Penyimpanan yang betul bahan-bahan mudah terbakar