storan

8
STORAN INGATAN PENGENALAN Setiap data atau arahan yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah sistem komputer akan disimpan buat sementara waktu di dalam Ingatan Utama yang juga dikenali sebagai storan primer (Primary Storage) seperti RAM dan daftar-daftar dalam CPU. Namun demikian storan jenis ini tidak kekal dan data yang disimpan olehnya akan hilang apabila sistem komputer dimatikan (OFF) atau sekiranya berlaku sebarang gangguan serius terhadap sistem komputer anda, contohnya gangguan bekalan elektrik. Oleh yang demikian sejenis storan yang mampu meyimpan data secara kekal amatlah diperlukan. Storan jenis ini dinamakan Storan Sekunder atau secondary storage. Unit ini mengenalkan beberapa jenis storan sekunder yang biasa digunakan sebagai storan tambahan bagi satu sistem komputer mikro. 3.1 KEPENTINGAN STORAN 3.1.1 Ruang Simpanan Storan ingatan kedua boleh menyimpan data dengan banyak tetapi menjimatkan ruang pada sistem komputer itu sendiri. Contohnya sekeping cakera liut bersaiz 3¼ inci mampu memuatkan data bercetak sebanyak 300 muka surat di dalamnya. 3.1.2 Kesahan Data Data yang disimpan di dalam storan jenis ini (contohnya di dalam cakera keras) lebih selamat berbanding dengan data yang disimpan dalam bentuk salinan kertas atau fail. Ini kerana storan jenis ini sukar dirosakkan oleh manusia. 3.1.3 Kebolehpercayaan Penyimpanan data dalam storan ini memudahkan seseorang pekerja atau pengguna mencapai data atau maklumat dengan lebih pantas dan mudah. Data tersimpan juga boleh dikongsi bersama-sama pengguna yang lain. Ini meningkatkan kepercayaan dalam tugas yang dilaksanakan oleh seseorang. 1

Transcript of storan

Page 1: storan

STORAN INGATAN 3.0 PENGENALAN

Setiap data atau arahan yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah sistem komputer akan disimpan buat sementara

waktu di dalam Ingatan Utama yang juga dikenali sebagai storan primer (Primary Storage) seperti RAM dan

daftar-daftar dalam CPU. Namun demikian storan jenis ini tidak kekal dan data yang disimpan olehnya akan

hilang apabila sistem komputer dimatikan (OFF) atau sekiranya berlaku sebarang gangguan serius terhadap

sistem komputer anda, contohnya gangguan bekalan elektrik.

Oleh yang demikian sejenis storan yang mampu meyimpan data secara kekal amatlah diperlukan. Storan jenis ini

dinamakan Storan Sekunder atau secondary storage. Unit ini mengenalkan beberapa jenis storan sekunder yang

biasa digunakan sebagai storan tambahan bagi satu sistem komputer mikro.

3.1 KEPENTINGAN STORAN

3.1.1 Ruang Simpanan

Storan ingatan kedua boleh menyimpan data dengan banyak tetapi menjimatkan ruang pada sistem komputer itu

sendiri. Contohnya sekeping cakera liut bersaiz 3¼ inci mampu memuatkan data bercetak sebanyak 300 muka

surat di dalamnya.

3.1.2 Kesahan Data

Data yang disimpan di dalam storan jenis ini (contohnya di dalam cakera keras) lebih selamat berbanding dengan

data yang disimpan dalam bentuk salinan kertas atau fail. Ini kerana storan jenis ini sukar dirosakkan oleh

manusia.

3.1.3 Kebolehpercayaan

Penyimpanan data dalam storan ini memudahkan seseorang pekerja atau pengguna mencapai data atau maklumat

dengan lebih pantas dan mudah. Data tersimpan juga boleh dikongsi bersama-sama pengguna yang lain. Ini

meningkatkan kepercayaan dalam tugas yang dilaksanakan oleh seseorang.

3.1.4 Ekonomi

Storan ini lebih menjimatkan lokasi, ruang dan kos berbanding dengan penyimpanan data secara klasik, iaitu

dengan menyimpan di dalam fail dan meletakkan fail-fail tersebut di dalam kabinet atau almari.

1

Page 2: storan

3.2 JENIS-JENIS STORAN INGATAN

3.2.1 Cakera Liut (Floppy Disc)

Cakera Liut atau disket merujuk kepada cakera yang lembut dan diperbuat dari plastik Mylar serbaguna dan

flexible. Disket pertama dikeluarkan pada tahun 1971 bersaiz 8 inci yang bersalut dengan partikel bermagnet dan

disimpan dalam pembalut kadbod. Seterusnya disket bersaiz 5 ¼ inci diperkenalkan pada tahun 1976 dan diikuti

dengan disket bersaiz 3 ½ pada tahun 1987. Kapasiti storan sesebuah disket boleh dilihat berdasarkan Jadual

3.1.1(a) berikut:

Jadual 3.1.1(a): Jenis-jenis disket berserta ciri-cirinya.

Saiz Disket Jumlah Trek Bagi Setiap Permukaan

Jumlah Sektor Bagi Setiap Trek

Kapasiti Storan

5.25" Single Side 40 8 40 X 8 X 512 bait = 160 KB

5.25" Double Side 40 9 2 X 40 X 9 X 512 bait = 360 KB

5.25" Double Side High Density

80 15 2 X 80 X 15 X 512 bait = 1.2 MB

3.5" DD 80 9 2 X 80 X 9 X 512 bait = 720 KB

3.5" HD 80 18 2 X 80 X 18 X 512 bait = 1.44 MB

3.5" XD (IBM Sahaja)

80 36 2 X 80 X 36 X 512 bait = 2.88 MB

2

Page 3: storan

3.2.2 Cakera Keras ( Hard Disk)

Perkembangan teknologi yang pesat menyebabkan keperluan ruang storan turut meningkat. Cakera keras dapat

menyimpan jumlah storan yang lebih besar kapasitinya berbanding cakera liut. Cakera keras yang pertama mula

diperkenalkan pada tahun 1957 yang dikenali sebagai 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and

Control). Ia bersaiz besar dan terdiri daripada 50 plat besi, berdiameter 24 inci dengan kapasiti storan setinggi 5

MByte. Seterusnya saiz plat besi bagi setiap cakera semakin mengecil kepada saiz diameter 14 inci dan juga 8

inci.

Setiap satunya disimpan dalam bentuk menegak serta mengandungi berdozen-dozen besi yang bermagnet. Dari

masa ke semasa saiz fizikal bagi cakera keras semakin mengecil dan akhirnya pada tahun 80-an ianya menjadi

hanya 5¼ inci. Kebanyakkan cakera keras pada masa ini mempunyai saiz diameter sebesar kira-kira 3½ inci

sahaja.

Apabila program komputer menjadi semakin kompleks, kebanyakan kapasiti storan bagi cakera keras turut

meningkat dan sehingga kini ada cakera keras mempunyai ruang storan melebihi 50GB. Cakera keras secara

umumnya merupakan plat besi yang diselaputi oksida bermagnet yang boleh dimagnetikkan bagi tujuan

perwakilan data. Istilah ‘keras’ mewakili keadaan fizikalnya yang keras berbanding cakera liut yang lembut. Ia

juga mampu menampung saiz data yang lebih besar dari cakera liut dan membolehkan capaian data dilakukan

dengan lebih pantas.

Rajah 3.1.2 (a) : Keadaan fizikal sebuah cakera keras

3

Rajah 3.1.1(b): Disket 3 ½ inci dan Disket 5 ¼ inci

Page 4: storan

Rajah 3.1.2(b) : Tetingkap menunjukkan sistem komputer yang mengandungi dua cakera keras (Drive C dan Drive D)

3.2.3 Cakera Padat (CD-ROM)

Di awal teknologi penggunaan komputer, kebanyakkan program komputer dipasarkan dalam bentuk cakera liut.

Namun apabila wujudnya masalah di mana program komputer semakin rumit dan memerlukan ruang storan yang

lebih besar, teknologi cakera liut tidak mampu menampungnya lagi. Cakera optik atau cakera padat mula

diperkenalkan ke pasaran dan mendapat perhatian ramai.

Setiap format cakera memerlukan pemacu khas bagi membolehkan proses membaca atau menulis data

dilaksanakan kepadanya. Pemacu ini juga mampu membaca data-data daripada CD-Audio dan CD-Video.

CD-ROM mampu menyimpan data antara 650 hingga 700 MB iaitu bersamaan dengan 300,000 muka surat

bercetak yang penuh dengan teks. Ia merupakan komponen baca sahaja (Read Only Memory) dan diwakili oleh

“Drive E” pada sesebuah sistem komputer bergantung kepada sistem pengoperasian yang digunakan.

Data ditulis kedalam CD-ROM menggunakan teknologi pancaran laser dan hampir sama dengan teknologi CD-

Audio Cuma CD-Audio mempunyai trek bagi audio sedangkan CD-ROM mampu membaca dan menyimpan data

dalam bentuk teks, audio, grafik, video, animasi dan sebagainya. Kelajuan pemacu CD-ROM diukur berdasarkan

kadar pemindahan datanya. Terdapat beberapa jenis CD-ROM dengan kelajuan 1X (150 Kbps), 2X (200 Kbps),

4X (600 Kbps), 10X (1500 Kbps), 52X (7800 Kbps) dan sebagainya di pasaran.

Jenis Pemacu

Nama Pemacu mampu untuk:

CD-ROMCompact Disk - Read Only Memory

Membaca CD-ROM dan CD-R

4

Page 5: storan

CD-ROM multiread

Compact Disk - Read Only Memory

Membaca CD-ROM, CD-R dan CD-RW

CD-RCompact Disk - Recordable

Membaca CD-ROM, CD-R & CD-RW. Mampu menulis sekali pada cakera yang dikenali sebagai CD-R

CD-RWCompact Disk - ReWritetable

Membaca CD-ROM, CD-R & CD-RW. Menulis seberapa banyak kali pada cakera CD-RW

DVD RAMDigital Versatile Disk - Random Access Memory

Membaca semua format CD. Membaca DVD ROM . Membaca dan menulis pada cakera DVD

Rajah 3.1.3(a) : Jadual menunjukkan jenis-jenis cakera padat dan kegunaanya.

Rajah 3.1.3(b) : Contoh pemacu cakera padat.

3.2.4 Lain-lain Storan Ingatan

Cakera WORM - Bermaksud cakera boleh tulis sekali baca banyak tetapi data selepas ditulis tidak boleh

dipadam. Data ditulis menggunakan tenaga laser yang tinggi menggunakan alat perakam CD-ROM.

Cakera R/W - Boleh ditulis dan dibaca berulang kali dengan kadar simpanan data sehingga 700 MB. Harganya

lebih mahal berbanding dengan CD-ROM tetapi boleh digunakan sebagai CD R/W atau CD-R.

Pita Bermagnet- Digunakan pada komputer yang banyak memproses data. Ia merupakan satu bahan storan

yang murah bagi tujuan pemindahan data, salinan gantian dan simpanan data jangka panjang. Pita ini dibuat

daripada Mylar (sejenis plastik) selebar ½ inci dan setebal 1/500 inci dan kelihatan seperti pita yang digunakan

oleh kaset muzik. Ia mudah rosak dan memerlukan persekitaran tanpa habuk dengan suhu dan kelembapan yang

terkawal.

5

Page 6: storan

ZIP Disket- Merupakan salah satu storan ingatan mudah alih yang paling popular, terutamanya keluaran syarikat

Iomega. Ia mampu menyimpan data diantara 100 MB hingga 250 MB dengan kos yang murah dan saiz yang

kecil (3 ½ inci).

3.3 PERBEZAAN JENIS-JENIS INGATAN STORAN

Peranti ingatan storan dikategorikan mengikut TIGA (3) perkara utama iaitu kepantasan, harga dan kapasiti

ingatan. Jadual berikut dapat menjelaskan perbezaan jenis-jenis ingatan storan berdasarkan tiga ciri-ciri tersebut.

Jadual 3.3: Perbezaan Peranti Storan Ingatan

Semakin MahalSemakin PantasSemakin Kecil

Semakin PerlahanSemakin MurahSemakin besar

Daftar- daftar dalam CPU  

       

Ingatan Cache  

       

Ingatan Utama (RAM & ROM)  

       

Cakera Magnetik (Hard Disk)  

       

Cakera Optik (CD, VCD, CD-ROM, VCD)

       

Pita Bermagnet (Pita Magnetik, Cakera Liut)

6