STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

12
BAB 4: PEMBUATAN KEPUTUSAN Latihan 1 Huraikan keputusan rutin & keputusan tidak rutin yang sentiasa dijalankan oleh pengurusan organisasi. (8m) Jawapan: Keputusan Rutin Keputusan rutin digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sering wujud, masalah dapat dijangkakan dalam perjalanan aktiviti harian. Masalah ini sering berulang-ulang merupakan masalah berstruktur & boleh diprogramkan. Penyelesaian segera dilakukan untuk masalah yang dihadapi & risikonya adalah rendah. Contoh pengurus mengambil tindakan memeberi surat amaran kepada pekerja yang sering datang lambat. Keputusan Tidak Rutin Keputusan tidak rutin digunakan untuk menyelesaikan masalah yang tidak lazim, masalah baru & perkara yang tidak dijangkakan. Pihak pengurusan atasan memainkan peranan yang penting untuk menyesaikan masalah yang jenis ini. Keputusan tidak rutin dijalankan dalam menyelesaikan masalah baru, bentuk keputusan yang baru & berisiko tinggi. Contohnya, pengurusan membuat keputusan dalam menentukan hala tuju organisasi semasa kemelesetan ekonomi.

description

Latihan Pengukuhan Pengajian Perniagaan STPM Penggal 2 Bab 4-Komunikasi

Transcript of STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

Page 1: STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

BAB 4: PEMBUATAN KEPUTUSANLatihan 1

Huraikan keputusan rutin & keputusan tidak rutin yang sentiasa dijalankan oleh pengurusan organisasi. (8m)

Jawapan:

Keputusan RutinKeputusan rutin digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sering wujud, masalah dapat dijangkakan dalam perjalanan aktiviti harian. Masalah ini sering berulang-ulang merupakan masalah berstruktur & boleh diprogramkan. Penyelesaian segera dilakukan untuk masalah yang dihadapi & risikonya adalah rendah. Contoh pengurus mengambil tindakan memeberi surat amaran kepada pekerja yang sering datang lambat.

Keputusan Tidak RutinKeputusan tidak rutin digunakan untuk menyelesaikan masalah yang tidak lazim, masalah baru & perkara yang tidak dijangkakan. Pihak pengurusan atasan memainkan peranan yang penting untuk menyesaikan masalah yang jenis ini. Keputusan tidak rutin dijalankan dalam menyelesaikan masalah baru, bentuk keputusan yang baru & berisiko tinggi. Contohnya, pengurusan membuat keputusan dalam menentukan hala tuju organisasi semasa kemelesetan ekonomi.

Page 2: STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

Latihan 2Terangkan tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan rasional.

Jawapan:

Mengenalpasti MasalahPengurus mengenalpasti masalah sama ada secara ringkas jelas, tepat, & khusus. Pengurus perlu berkemahiran untuk memerhati & mentaffir masalah sera menghubungkan sesuatu masalah denagn masalah lain.

Mengutip DataMaklumat & data yang penting dikumpulkan dahulu. Data yang diperolehi dari sumber dalam dan luaran.

Menganalisis DataData yang diperoleh mestilah boleh dipercayai dan berkualiti data diproses menggunakan analisis kuantitatif dan kualititatif untuk dijadikan maklumat berguna dalam membuat keputusan.

Page 3: STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

Latihan 3Terangkan tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan rasional.

Jawapan : Mengenal Pasti MasalahMengenalpasti masalah atau peluang yang wujud dan memerlukan penyelesaian segera perlu dikenalpasti dan ditafsirkan secara ringkas dan tepat. Perlu memiliki kemahiran untuk menghubungkaitkan sesuatu masalah dengan masalah lain.

Mengutip Data Mengambil data ynag bersesuaian dengan masalah yang wujud. Data dalaman yang diperoleh ialah mengenai kapasiti pengeluaran dan data luaran membekalkan maklumat tentang peluang pemasaran.

Menganalisi DataData yang diperoleh perlu mempunyai kualiti dan mampu merebut peluang atau menyelesaikan masalah. Data diproses digunakan untuk membuat keputusan.

Page 4: STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

Latihan 4Jelaskan tiga faktor yang boleh mempengaruhi proses membuat keputusan?

Jawapan :

Faktor Sumber MaklumatKeputusan yang berkualiti dapat dibuat apabila maklumat yang diperoleh adalah tepat dan sah. Sistem maklumat pengurusan melibatkan pelbagai aktiviti untuk mendapat data yang betul.

Faktor Kecekapan Pembuat Keputusan Kecekapan seseorang melakukan sesuatu kerja menghasilkan produk yang meminimumkan kos dan memaksimumkan pengeluaran. Pembuat keputusan yang cekap dapat membantu organisasi mencapai matlamat dengan lebih mudah.

Faktor Situasi Pembuat KeputusanSituasi yang dihadapi ketika membuat keputusan seperti kepastian, risiko, ketidakpastian dan kesamaran. Situasi kepastian wujud apabila pengurus mempunyai maklumat yang lengkap dan jelas untuk mencapai matlamat.

Page 5: STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

Latihan 5Terangkan tiga kelebihan alat kuantitatif dan tiga kelebihan alat keputusan kualitatif.

Tiga kelebihan alat kelebihan

Keputusan yang dibuat didalam bentuk objektif, hasil yang diperoleh didalam bentuk angka. Hasil boleh dilihat dan membuat perbandingan tepat dan jelas.

Lebih cepat dalam membuat keputusanMempunyai teori dan sistem yang sedia ada dengan boleh mengumpul data dan disusun secara sisitematik. Data yang dikumpulkan dan disusun memudahkan proses pembuatan keputusan dibuat.

Menjimatkan kos pemprosesanMembuat keputusan dibantu penggunaan komputer. Data yang diprogramkan di komputer tidak memerulukan banyak tenaga pekerja.

Tiga kelebihan alat kuanlitatif

Membuat keputusan yang baik bagi kes pemerhatian. Kos memerlukan pengumpulan data-data dan memerlukan maklum balas dari pekerja dan pelanggan. Maklumat dikumpul dan dianalisis untuk membuat keputusan yang baik.

Sesuai untuk membuat keputusan dalam keadaan baharu. Tiada penggunaan keputusan berulang dan perlu mengumpul data yang cukup. Prosedur yang terbaik dijadikan formula membuat keputusan.

Sesuai digunakan bagi setiap keputusan yang menggunakan jangka panjang. Memerlukan kajian dan pengumpulan data dalam tempoh yang lama. Hasil keputusan merupakan hasil penemuan baharu.

Page 6: STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

Latihan 6Berikan maksud statistik dan huraikan dua contoh alat statistik.

Jawapan:

Statistik adalah kaedah mengurus dam menganalisis data atau maklumat serta membuat rumusan hasil daripada analisis data dari maklumat yang diperolehi.

Contoh alat deskriptif ialah

Min, median dan modMin, median dan mod adalah statistik mengukur kecenderungan memusat maklumat berangka julat, varian dan sisian piawai merupakan darjah serakan untuk mengukur maklumat berangka.

Carta dan graf merupakan paparan data melalui gambar rajah carta & graf untuk memudahkan membuat perbandingan.

Page 7: STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

Latihan 7Huraikan faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan (6m)

Jawapan:

Faktor kedapatan maklumatFaktor kedapatan maklumat merujuk kepada maklumat yang diperlukan itu sedia atau tidak untuk dirujuk. Ketepatan dan kesahihan maklumat mestilah jelas dan teratur.

Faktor kecekapan pembuatan keputusanKecekapan pengurus membuat keputusan berdasarkan pengalaman sedia ada dan pengalaman membuat lepas

Faktor situasi pembuat keputusanMerujuk kepada suasana atau persekitan semasa pengurus membuat keputusan. Contohnya keadaan ekonomi semasa.

Page 8: STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

Latihan 8Terangkan kreativiti dan inovasi sebagai alat pembuat keputusan kualitatif. (6m)

Jawapan:Kreativiti kebolehan menghasilkan sesuatu yang baharu. Sama ada produk, perkhidmatan, idea, atau konsep baru. Kreativiti dilakukan denagn berfikiran luar kotak dan menjangkakan situasi dan hasil yang akan datang. Seorang yang berfikiran terbuka, sentiasa memajukan diri, minda terbuka dan fleksibel mampu menghasilkan kreativiti.

InovasiInovasi adalah kebolehan unutuk membuat pengubahsuaian sesuatu yang sedia ada dalam bentuk yang lebih baik dari sebelumnya. Inovasi melibatkan konsep persepsi dan kebolehan menganalisis data. Inovasi dapat mengenalpasti peluang baru dipasaran serta bersifat fleksibel.

Page 9: STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

Latihan 9Jelaskan 2 kelebihan teknik Delphi

Jawapan:

Ahli tidak bersemuka dan ini dapat mengurangkan pertelingkahan antara ahli. Mengurangkan pertelingkahan antara ahli kerana semua ahli berkomunikasi secara bertulis sama ada surat atau email.Ini dapat menjimatkan kos pengangkutan atau penginapan. Ahli boleh memberi pandangan walaupun melibatkan isu sensitif. Ahli tidak boleh mempengaruhi ahli lain kerana identiti dirahsiakan.

Page 10: STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2-Bab 4

Latihan 10Perihalkan dua kebaikan alat pembuat keputusan kuantitatif.

Jawapan: Hasil daripada pembuatan keputusan kuantitatif dalam bentuk angka, graf, jadual adalah lebih objektif dan tepat. Pembuatan keputusan ini boleh dilakukan dengan lebih cepat dan tepat. Proses ini menggunakan komputer membolehkan penganalisis data dapat menjimatkan kos pemprosesan & masa. Persembahan dalam bentuk angka senang difahami.