STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH...

13
KERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan Bahagian B, dan dua soalan Bahagian C. Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C. Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan. Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda kurung [ ]. 1

Transcript of STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH...

Page 1: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

KERTAS SOALAN CONTOH

944/1 STPMEKONOMI

KERTAS 1

(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan Bahagian B, dan dua soalan Bahagian C.

Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong. Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 944/1

1

Page 2: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 Masalah kekurangan dalam ekonomi merujuk kepada keadaan apabila

A kuantiti sumber tidak mencukupi untuk memenuhi semua kehendak manusia

B kuantiti sumber tidak mencukupi untuk dimiliki oleh setiap individu dalam sebuah negara

C kuantiti barang yang dikeluarkan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas manusia

D kuantiti barang yang dikeluarkan tidak cukup untuk diagihkan secara percuma kepada setiap individu dalam negara

2 Yang manakah yang menganjakkan keluk kemungkinan pengeluaran ke kanan?

A Kerajaan meningkatkan subsidi minyak.

B Kerajaan melaksanakan dasar upah minimum.

C Kerajaan melalui syarikatnya menemui telaga minyak baru.

D Kerajaan meluluskan undang-undang melarang wanita bekerja di luar rumah.

3 Sistem ekonomi pasaran bebas memperuntukkan sumber

A untuk kegunaan yang berfaedah

B supaya agihan pendapatan adalah saksama

C untuk kegunaan yang diutamakan oleh masyarakat

D supaya perbelanjaan mengurus kerajaan adalah minimum

4 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) terhadap barang X.

Kuantiti diminta terhadap barang X berubah daripada Q1 kepada Q2 kerana

A harga barang X turun

B cita rasa terhadap barang X bertambah

C cukai jualan terhadap barang X bertambah

D harga barang pengganti terhadap barang X turun

944/1

2

Q1 Q2

D

D

0Kuantiti

Harga

Page 3: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

5 Fungsi permintaan pasaran bagi barang X diberi seperti yang berikut: Qx = 8000 – 1000Px,

dengan Qx = kuantiti X (unit),Px = harga X (RM).

Jika dalam pasaran terdapat 1000 individu yang masing-masing mempunyai fungsi permintaan yang serupa, berapakah kuantiti diminta oleh setiap individu jika harga ialah RM2.00 seunit?

A 6 unit

B 7 unit

C 8 unit

D 9 unit

6 Penawaran bagi keluaran sektor pertama adalah tidak anjal kerana

A kos pengeluarannya sangat rendah

B jangka masa pengeluaran yang lebih panjang

C hasilnya diperoleh dalam jangka masa pendek

D ia merupakan keperluan asas kepada pengguna

7 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D0) dan keluk penawaran (S0) sebelum cukai bagi suatu barang.

Jika kerajaan mengenakan cukai terhadap pengeluaran barang tersebut, keseimbangan baru ialah pada

A titik P

B titik R

C titik S

D titik T

944/1

3

S2

QD0

0Kuantiti

Harga

D0

D1

D1

D2

D2

S0

S0

S1

S1

S2

PT

S R

Page 4: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

8 Gambar rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk penawaran apabila subsidi diberikan oleh kerajaan.

Sekiranya subsidi adalah RM4.00 per unit, berapakah pertambahan lebihan pengguna?

A RM70.00

B RM80.00

C RM180.00

D RM200.00

9 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan.

Jika fungsi permintaan bagi keluk permintaan tersebut ialah Qd = 40 – 2P, berapakah nilai

keanjalan pada titik E?

A 2

B 3

C 4

D 5

10 Keanjalan penawaran bagi barang Y ialah 0.8. Jika kuantiti yang ditawarkan berubah daripada 100 unit kepada 140 unit, berapa peratuskah perubahan harga bagi barang Y?

A 20%

B 30%

C 40%

D 50%

944/1

4

Harga (RM)

010

E

Kuantiti (unit)

0Kuantiti X (unit)

Harga (RM)

D

S0

S0

S1

S1

12.00

9.008.00

50 70

D

Page 5: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

11 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran sebuah firma.

Kuantiti buruh (unit) Jumlah keluaran (unit)

1 82 203 334 425 50

Berapakah keluaran sut apabila keluaran purata mencapai maksimum?

A 10 unit

B 11 unit

C 12 unit

D 13 unit

12 Dalam jangka panjang, apabila output belum mencapai tingkat optimum, kos purata jangka panjang

A lebih tinggi daripada kos purata jangka pendek

B sama dengan kos purata jangka pendek minimum

C lebih tinggi daripada kos purata jangka pendek minimum

D lebih rendah daripada kos purata jangka pendek minimum

13 Dalam jangka pendek firma pasaran persaingan sempurna akan mengurangkan keluaran apabila

A kos sut melebihi harga

B hasil sut melebihi kos sut

C kos purata melebihi harga

D harga melebihi kos berubah purata

944/1

5

Page 6: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

14 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk hasil sut (MR), keluk kos sut (MC) dan keluk kos purata (AC) bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Berapakah jumlah keuntungan firma ini?

A RM60.00

B RM100.00

C RM105.00

D RM140.00

15 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk hasil sut (MR), kos sut (MC), hasil purata (AR) dan kos purata (AC) bagi sebuah firma monopoli.

Jumlah hasil mencapai maksimum apabila keluaran berada pada tingkat

A OQ1

B OQ2

C OQ3

D OQ4

16 Yang manakah merupakan ciri pasaran persaingan bermonopoli?

A Pengguna mempunyai banyak pilihan

B Meletakkan harga sama dengan kos sut

C Terdapat halangan kemasukan firma baru

D Beroperasi pada keluk kos purata minimum

944/16

Harga/kos

Keluaran0 Q1 Q2 Q3 Q4 Q5

ACMC

AR

MR

15 2050

Kuantiti (unit)

Harga/Kos/Hasil (RM)

7

MC

12

AC

5

MR

Page 7: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

17 Yang berikut merupakan persaingan bukan harga kecuali

A perbezaan keluaran

B khidmat selepas jualan

C tawaran potongan harga

D tawaran hadiah percuma

18 Firma dalam pasaran persaingan sempurna memaksimumkan keuntungan apabila menggunakan buruh pada tingkat

A keluaran hasil sut buruh sama dengan kos sut buruh

B keluaran hasil purata buruh sama dengan kos sut buruh

C keluaran hasil sut buruh lebih besar daripada kos sut buruh

D keluaran hasil sut buruh lebih kecil daripada kos sut buruh

19 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran.

Kuantiti buruh (orang)

Jumlah keluaran (unit)

2 263 384 485 566 627 668 68

Jika harga keluaran adalah RM4.00 dan upah buruh adalah RM16.00, kuantiti buruh yang perlu digunakan untuk memaksimumkan untung adalah

A 3 orang

B 5 orang

C 7 orang

D 8 orang

20 Sewa kuasi adalah

A campuran sewa ekonomi dan perolehan pindaan

B perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos berubah

C sewa bangunan dan harta tetap lain yang digunakan sendiri oleh pemilik

D sewa yang diterima oleh faktor pengeluaran yang penawarannya tidak dapat ditambah

944/1

7

Page 8: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

1 (a) Bezakan antara barang ekonomi dengan barang percuma. [3]

(b) Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan bagaimana mekanisme harga menyelesaikan masalah pengeluaran barang ekonomi. [7]

2 (a) Huraikan dua sebab kerajaan campur tangan dalam pasaran. [4]

(b) Jelaskan tiga bentuk campur tangan kerajaan dalam pasaran. [6]

3 “Kenaikan harga sesuatu barang akan sentiasa meningkatkan jumlah hasil pengeluar”. Bincangkan. [10]

4 (a) Terangkan maksud ekonomi bidangan dalaman dan ekonomi bidangan luaran. [4]

(b) Terangkan dua faktor yang mempengaruhi ekonomi bidangan dalaman dan dua faktor yang mempengaruhi ekonomi bidangan luaran. [6]

5 “Firma persaingan sempurna dianggap lebih cekap daripada firma monopoli kerana firma persaingan sempurna dapat mencapai kecekapan peruntukan dan kecekapan pengeluaran”. Dengan bantuan gambar rajah, bincangkan penyataan ini. [10]

6 (a) Terangkan maksud sewa ekonomi dan perolehan pindahan. [2]

(b) Dengan bantuan gambar rajah, terangkan dalam keadaan yang bagaimana sewa ekonomi dan perolehan pindahan diperoleh atau tidak diperoleh. [8]

944/1

8

Page 9: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

1 Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran dua barang dalam sebuah negara.

Kombinasi A B C D E F

Barang pengguna (unit) 20 18 15 11 6 0

Barang modal (unit) 0 2 4 6 8 10

(a) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran negara ini. [3]

(b) Hitung kos lepas jika negara ini memilih untuk beralih pengeluaran daripada titik B ke titik D.[2]

(c) Sekiranya negara ini mengeluarkan 15 unit barang pengguna dan 2 unit barang modal,

(i) adakah kombinasi barang ini boleh dikeluarkan?

(ii) apakah yang berlaku dalam ekonomi negara tersebut? Mengapa? [3]

(d) Kemajuan teknologi menyebabkan pengeluaran barang modal meningkat sebanyak 50%, Lukis keluk kemungkinan pengeluaran yang baru dalam gambar rajah yang sama dalam soalan (a).

[2]

2 Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang adalah

Qd = 80 2P,

Qs = 20 + 4P,

dengan

P = harga (RM),

Q = Kuantiti (unit).

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2]

(b) Lukis gambar rajah keseimbangan pasaran. [3]

(c) Sekiranya kenaikan harga minyak menyebabkan fungsi penawaran berubah menjadi Qs = 4P,

(i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru, [1]

(ii) lukis gambar rajah keseimbangan baru dalam gambar rajah yang sama dalam (b), [2]

(iii) hitung perubahan lebihan pengguna yang berlaku. [2]

944/1

9

Page 10: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

3 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara keluaran dengan jumlah kos sebuah firma persaingan sempurna.

Jumlah keluaran (unit)

Jumlah kos (RM)

0 201 502 703 804 1005 1306 1807 2458 320

(a) Tentukan kos tetap firma ini. [1]

(b) Hitung kos berubah purata dan kos sut bagi setiap tingkat keluaran. [4]

(c) Sekiranya harga barang ialah RM50.00 per unit,

(i) berapakah kuantiti keluaran firma ini pada tingkat keseimbangan? [1]

(ii) hitung jumlah keuntungan yang diperoleh. [2]

(d) Berapakah harga paling rendah yang membolehkan firma terus beroperasi dalam pasaran? Mengapa? [2]

944/1

10

Page 11: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

Graf

Jika kertas graf ini digunakan untuk menjawab sesuatu soalan, kertas graf ini mestilahdiserahkan bersama dengan kertas jawapan anda.

Nombor kad pengenalan: ...................................... Nombor pusat/angka giliran: ..............................

Bahagian C[50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

1 Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira oleh kerajaan Malaysia dalam menentukan dasar luarnya. Huraikan.

2 Pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) secara amnya akan memberikan kesan positif kepada Malaysia dan negara-negara anggota lain. Perihalkan.

3 Malaysia yang terletak di rantau Asia dilaporkan mengalami pertambahan suhu sebanyak 0.5°C dalam tempoh 1901 hingga 2005. Keadaan ini akan mengancam kehidupan manusia dan persekitaran. Jelaskan.

944/1

11944/1

Sila

koy

akka

n di

sepa

njan

g ga

ris p

utus

-put

us in

i.

Page 12: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

HALAMAN KOSONGHALAMAN KOSONG

12

Page 13: STPM/S944portal.mpm.edu.my/documents/guest/BAHAN_TAKLIMAT_STP… · Web viewKERTAS SOALAN CONTOH 944/1 STPM EKONOMI KERTAS 1 (Dua jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS

944/1

13