STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan...

28
STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA TERHADAP PRESTASI AKADEMIK: KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) UTM. AMANI BINTI ABD KARIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan...

Page 1: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA

TERHADAP PRESTASI AKADEMIK:

KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA

SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) UTM.

AMANI BINTI ABD KARIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi
Page 3: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi
Page 4: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA TERHADAP

PRESTASI AKADEMIK: KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA

SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) UTM.

AMANI BINTI ABD KARIM

Laporan Projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi
Page 6: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

iii

Dedikasi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Syukurku atas segala kurniaan-Mu

Selawat dan Salam atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W

Buat Suami tercinta

Abdul Hadi bin Ismail

Terima Kasih atas pengorbanan dan sumbangan

Buat Ayah dan Ibu yang tersayang

Abd Karim bin Hassan & Khatijah binti Hassan

Ku Pohon Doa Restu Kalian dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian

Buat Penyelia yang dikagumi..

Ustaz Abdullah bin Sulong

Syukran Jazilan

Terima Kasih atas tunjuk ajarmu

Buat Pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang

disanjungi..

Terima kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini, semoga

segala jasa dan tunjuk ajar kalian dirahmati Allah hendak-Nya.

Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan...

Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi,

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Terima kasih atas segala-galanya.....

Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.

Page 7: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke

atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang diutuskan untuk membawa

rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdullah bin

Sulong selaku penyelia dan pembimbing saya kerana sanggup meluangkan masa

keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar, menyumbang tenaga serta melontarkan

buah fikiran.sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun

Islam dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang

banyak memberi dorongan dan sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan

yang banyak membantu menyumbangkan idea dan bahan sampingan.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga segala usaha yang dilakukan

akan mendapat keberkatan Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini dapat

memberi manfaat kepada semua pembaca.

Page 8: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan melihat hubungan dan pengaruh terhadap faktor pengurusan

masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani

aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi akademik pelajar. Kajian ini

dijalankan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian

Islam) di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik

yang mengandungi 37 item telah diedarkan kepada 135 responden yang terdiri daripada

pelajar tahun satu hingga empat SPI. Walau bagaimanapun hanya 115 sampel yang

mengembalikannya. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai ά = 0.925. Ianya dianalisis

secara diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan

Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. Hasil analisis menunjukkan

bahawa prestasi akademik dan persepsi pelajar terhadap strategi belajar berkumpulan

adalah tinggi pada tahap min 4.12 dan 4.22. Di samping itu, faktor pengurusan masa,

interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan juga berada pada tahap

tinggi iaitu 4.12, 4.29, 4.14 dan 4.38. Analisis secara inferensi juga dilakukan

menggunakan pekali Pearson (r) dan regrasi (r²) untuk melihat hubungan dan pengaruh

yang wujud antara kedua-dua angkubah. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan

yang signifikan bagi faktor pengurusan masa dengan nilai r = 0.426, interaksi ahli

dengan nilai r = 0.634, kandungan perbincangan dengan nilai r = 0.710, dan ketua

kumpulan dengan nilai r = 0.412. Dapatan kajian juga mendapati terdapat pengaruh bagi

faktor pengurusan masa dengan nilai r²= 0.181, interaksi ahli dengan nilai r² = 0.402,

kandungan perbincangan dengan nilai r² = 0.504 dan ketua kumpulan dengan nilai r² =

0.170.

Page 9: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

vi

ABSTRACT

The purpose of the study is to identify the relationship and influence of study

group activities and the factors that time managment, group communication, discussion

topic and group leader toward student’s academic achievement. The research had been

performed at the Faculty of Education, UTM. A set of questionnaires containing 37

items had been distributed to 135 samples from first until fourth year students of the

Bachelor of Science with Education (Islamic Studies) UTM, only 115 set been collected.

Pilot research shows that ά = 0.925 and analyzed descriptively to obtain the frequency,

percentage and mean using Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows.

The analyzed result shows that student’s academic achievement and student’s perception

about study group strategy has high level mean 4.12 dan 4.22. In addition, the factors

that time managment, group communication, discussion topic and group leader has high

level mean 4.12, 4.29, 4.14 dan 4.38. Data obtained were analyzed by inference statistics

using Pearson correlation (r) and regression (r²) to see relationship and existing

influence between the two variables. The result shows that there are significant and

relationship for factor time managment with the value r = 0.426, group communication

with the value r = 0.634, discussion topic with the value r = 0.710 and group leader with

the value r = 0.412. The result also shows that there are influence for factor time

managment with the value r²= 0.181, group communication with the value r² = 0.402,

discussion topic with the value r² = 0.504 and group leader with the value r² = 0.170.

Page 10: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENDAHULUAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI AYAT AL-QURAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

Page 11: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

viii

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Defini Istilah 11

1.9.1 Strategi 11

1.9.2 Belajar 11

1.9.3 Kumpulan 11

1.9.4 Pengaruh 12

1.9.5 Prestasi 12

1.9.6 Akademik 12

1.9.7 Pelajar 13

1.10 Kesimpulan 13

BAB 11 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Strategi Belajar Penentu Kejayaan 14

2.2.1 Kaedah Pembelajaran Menurut Islam 16

2.2.2 Kaedah Pembelajaran Pada Masa Kini 20

2.3 Konsep Pembelajaran Secara Berkumpulan 22

2.3.1 Pembelajaran 23

2.3.2 Kumpulan 24

2.3.3 Pembelajaran Secara Berkumpulan 24

2.4 Teknik Belajar Secara Berkumpulan 26

2.5 Faktor-Faktor yang Mempunyai Hubungan dalam 29

Menjalani Aktiviti Belajar Berkumpulan

2.5.1 Faktor Pengurusan Masa 29

2.5.2 Faktor Interaksi Ahli 31

2.5.3 Faktor Kandungan Perbincangan 33

2.5.4 Faktor Ketua Kumpulan 34

2.6 Keberkesanan Belajar Berkumpulan 35

Page 12: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

ix

2.7 Kajian Lepas 38

2.8 Kesimpulan 39

BAB 111 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 40

3.3 Tempat Kajian 41

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.5 Instrumen Kajian 43

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 43

3.52 Pengumpulan Data Sekunder 45

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 46

3.7 Kajian Rintis 47

3.8 Analisis Data 47

3.9 Jangka Masa Kajian 50

3.10 Kesimpulan 50

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 51

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden (SPI) 53

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut 53

Jantina

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut 53

Umur

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut 54

Aliran Pendidikan

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut 55

Tahun Kursus

Page 13: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

x

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut 55

Tempat Tinggal

4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 56

4.3.1 Analisis Prestasi Akademik Pelajar 56

4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar 57

Terhadap Strategi Belajar Berkumpulan

4.3.3 Analisis Data Mengenai Faktor Pengurusan 61

Masa Terhadap Strategi Belajar Berkumpulan

4.3.4 Analisis Data Mengenai Faktor Interaksi 65

Ahli Terhadap Strategi Belajar Berkumpulan

4.3.5 Analisis Data Mengenai Faktor Kandungan 70

Perbincangan Terhadap Strategi Belajar

Berkumpulan

4.3.6 Analisis Data Mengenai Faktor Ketua Kumpulan 75

Terhadap Strategi Belajar Berkumpulan

4.4 Bahagian C: Analisis Inferensi 80

4.4.1 Analisis Korelasi 80

4.4.2 Analisis Regrasi 83

4.5 Analisis Keseluruhan 85

4.6 Kesimpulan 87

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 88

5.2 Perbincangan 88

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 89

5.2.2 Prestasi Akademik Pelajar 90

5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Strategi 91

Pembelajaran Secara Berkumpulan

5.2.4 Kepentingan Faktor-Faktor Strategi 92

Page 14: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

xi

Pembelajaran Berkumpulan

5.2.5 Analisis Inferensi 97

5.3 Rumusan 99

5.3.1 Mengetahui Persepsi Pelajar SPI terhadap 99

Strategi Belajar Berkumpulan

5.3.2 Hubungan Strategi Pembelajaran Berkumpulan 100

dan Faktor-Faktornya Dalam Menyumbang kepada

Prestasi Akademik Pelajar

5.3.3 Pengaruh Strategi Pembelajaran Berkumpulan 100

dan Faktor Faktornya Dalam Menyumbang

kepada Prestasi Akademik Pelajar

5.4 Cadangan 101

5.4.1 Memperkasakan Strategi Pembelajaran 101

Berkumpulan di Semua Institusi Pendidikan

5.4.2 Meningkatkan Persepsi Pelajar Terhadap

Kepentingan Belajar Berkumpulan 103

5.4.3 Memberi Keutamaan Terhadap Faktor 104

Kandungan Perbincangan dan Interaksi Ahli

Dalam Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan

5.4.4 Memberi Perhatian Terhadap Faktor Pengurusan 105

Masa dan Ketua Kumpulan Dalam

Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 106

5.6 Kesimpulan 107

BIBLIOGRAFI 108

LAMPIRAN 114

Page 15: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1 Jumlah Populasi Kajian 42

Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert 44

Jadual 3.3 Maklumat Setiap Bahagian, Jenis Konstruk 45

dan Bilangan Item Soal Selidik

Jadual 3.4 Penggunaan Kaedah Statistik mengikut Pecahan 48

Objektif Kajian

Jadual 3.5 Nilai Skor Min 49

Jadual 3.6 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 49

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 53

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 54

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Tahun Kursus 55

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 55

Jadual 4.6 Taburan Keputusan PNGK 56

Jadual 4.7 Taburan skor bagi Item 1 57

Jadual 4.8 Taburan skor bagi Item 2 57

Jadual 4.9 Taburan skor bagi Item 3 58

Jadual 4.10 Taburan skor bagi Item 4 58

Jadual 4.11 Taburan skor bagi Item 5 59

Jadual 4.12 Taburan skor bagi Item 6 59

Jadual 4.13 Taburan skor bagi Item 7 60

Jadual 4.14 Taburan Min Keseluruhan Bagi Persepsi Pelajar 60

Page 16: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

xiii

Terhadap Strategi Belajar Berkumpulan

Jadual 4.15 Taburan skor bagi Item 8 61

Jadual 4.16 Taburan skor bagi Item 9 61

Jadual 4.17 Taburan skor bagi Item 10 62

Jadual 4.18 Taburan skor bagi Item 11 62

Jadual 4.19 Taburan skor bagi Item 12 63

Jadual 4.20 Taburan skor bagi Item 13 63

Jadual 4.21 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor 64

Pengurusan Masa

Jadual 4.22 Taburan skor bagi Item 14 65

Jadual 4.23 Taburan skor bagi Item 15 65

Jadual 4.24 Taburan skor bagi Item 16 66

Jadual 4.25 Taburan skor bagi Item 17 66

Jadual 4.26 Taburan skor bagi Item 18 67

Jadual 4.27 Taburan skor bagi Item 19 67

Jadual 4.28 Taburan skor bagi Item 20 68

Jadual 4.29 Taburan skor bagi Item 21 68

Jadual 4.30 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor 69

Interaksi Ahli

Jadual 4.31 Taburan skor bagi Item 22 70

Jadual 4.32 Taburan skor bagi Item 23 70

Jadual 4.33 Taburan skor bagi Item 24 71

Jadual 4.34 Taburan skor bagi Item 25 72

Jadual 4.35 Taburan skor bagi Item 26 72

Jadual 4.36 Taburan skor bagi Item 27 73

Jadual 4.37 Taburan skor bagi Item 28 73

Jadual 4.38 Taburan skor bagi Item 29 74

Jadual 4.39 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor 74

Kandungan Perbincangan

Jadual 4.40 Taburan skor bagi Item 30 75

Page 17: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

xiv

Jadual 4.41 Taburan skor bagi Item 31 76

Jadual 4.42 Taburan skor bagi Item 32 76

Jadual 4.43 Taburan skor bagi Item 33 77

Jadual 4.44 Taburan skor bagi Item 34 77

Jadual 4.45 Taburan skor bagi Item 35 78

Jadual 4.46 Taburan skor bagi Item 36 78

Jadual 4.47 Taburan skor bagi Item 37 79

Jadual 4.48 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor 79

Ketua Kumpulan

Jadual 4.49 Hubungan Antara Prestasi Akademik Pelajar 81

Dengan Faktor Pengurusan Masa

Jadual 4.50 Hubungan Antara Prestasi Akademik Pelajar 81

Dengan Faktor Interaksi Ahli

Jadual 4.51 Hubungan Antara Prestasi Akademik Pelajar 82

Dengan Faktor Kandungan Perbincangan

Jadual 4.52 Hubungan Antara Prestasi Akademik Pelajar 82

Dengan Faktor Ketua Kumpulan

Jadual 4.53 Pengaruh Antara Prestasi Akademik Pelajar 83

Dengan Faktor Pengurusan Masa

Jadual 4.54 Pengaruh Antara Prestasi Akademik Pelajar 84

Dengan Faktor Interaksi Ahli

Jadual 4.55 Pengaruh Antara Prestasi Akademik Pelajar 84

Dengan Faktor Kandungan Perbincangan

Jadual 4.56 Pengaruh Antara Prestasi Akademik Pelajar 84

Dengan Faktor Ketua Kumpulan

Jadual 4.57 Nilai Min Bagi Keseluruhan Konstruk Item 85

Jadual 4.58 Keputusan Korelasi 86

Jadual 4.59 Keputusan Regrasi 86

Page 18: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

xv

SENARAI AYAT AL-QURAN

AL-QURAN HALAMAN

Surah Al-Alaq, 98: 1-2 1

Surah Al-Maidah, 5 :2 4

Surah Al-Najm, 53: 3-4 16

Surah Al-Annam, 6: 1 17

Surah Al-Nahl, 16: 125 18

Surah Al-Waaqiah, 56 : 68-69 19

Surah Al-‘Ashr, 103: 1-3 30

Page 19: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

xvi

SENARAI SINGKATAN

a.s - Alaihimus Salam

Bil - Bilangan

Ha - Hipotesis Alternatif

Ho - Hipotesis Nol

KS - Kurang Setuju

N - Jumlah Responden

PNGK - Purata Gred Nilai Keseluruhan

r - Pekali Kolerasi

r² - Regrasi

S - Setuju

s.a.w - Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam

S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala

Sig - Signifikan

SPSS - Statistic Package For Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

x Pemboleh Ubah Bebas

y Pemboleh Ubah Bersandar

Page 20: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan

Untuk Menjalankan Kajian

C Keratan Akbar: Pembelajaran Berkumpulan Cara

Terbaik Kuasai Bahasa Inggeris

Page 21: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tuntutan supaya mencari ilmu pengetahuan dalam Islam bermula dengan

penurunan wahyu yang pertama yang berbunyi (إقراء). Sebagaimana firman Allah S.W.T

yang berbunyi:

ù& t�ø%$# ÉΟó™$$ Î/ y7În/u‘ “ Ï%©!$# t,n=y{ t,n=y{ ∩⊇∪ z≈|¡ΣM}$# ôÏΒ @,n=tã ∩⊄∪

Terjemahan: “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu

Yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari

sebuku darah beku”.

{Surah al-Alaq, 98: 1-2}

Page 22: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

2

Menuntut ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap individu muslim sama ada

lelaki ataupun perempuan. Ini kerana dengan menguasai sesuatu ilmu, seseorang itu

dapat menambahkan lagi keimanannya kepada Allah, seterusnya mendapat kedudukan

terpuji dalam masyarakat. Oleh itu, usaha mencari ilmu dan cintakan ilmu merupakan

antara nilai terpuji yang perlu ada dalam masyarakat. Prinsip mencari ilmu pengetahuan

dan sifat ingin tahu yang menjadi pendorong kepada kemajuan manusia adalah

merupakan prinsip dan sifat sejagat yang amat dianjurkan dalam Islam. Sebagaimana

sabda Baginda s.a.w dalam sebuah hadisnya:

أ ن ع :مل� س و ه ي ل ع هللا ىل� ص هللا ل و س ر ال ق : ل قا ا� م ن ب س ن " مل س م لك0 ىل ع ة ض ي ر ف مل ع ال ب ل ط "

Maksudnya: “Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Menuntut

ilmu adalah suatu fardu yang wajib atas setiaporang Islam”.

(Ibnu Majah)

Menurut Sabri Ahmad (2006: 7-9), seorang ulama yang bernama Ibni Abdul

Barri membincangkan tentang ilmu dan kepentingannya terhadap manusia. Beliau

menggambarkan tentang kepentingan menuntut ilmu melalui pandangannya melalui

kata-kata hikmat berikut:

“Pelajarilah ilmu, kerana kita akan takut kepada Allah, menuntutnya

sebagai ibadat, mencarinya adalah jihad, mengajarkan kepada orang yang

tidak mengetahui adalah sedekah dan dengan menguasai ilmu Allah

mengangkat martabat sesuatu kaum dan para malaikat sentiasa

mengusapkan mereka dengan sayapnya”.

Page 23: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

3

Selain itu, dengan ilmu manusia dapat mencapai kedudukan orang yang

mempunyai darjat yang tinggi di dunia dan akhirat. Bagi seorang muslim, soal menuntut

ilmu pengetahuan mesti dijadikan sebagai perkara utama kerana agama Islam begitu

menitikberatkan penguasaan ilmu pengetahuan.

Abdullah Nasih Ulwan (1998: 53), menyebut bahawa Rasulullah s.a.w memiliki

kaedah yang utama, petunjuk dan contoh dalam menyampaikan nasihat dan pelajaran. Di

mana kaedah tersebut bergantung kepada keadaan masyarakat atau individu dan

persekitarannya. Antara elemen-elemen penting berkaitan kaedah yang ditunjukkan oleh

baginda dalam menyampaikan pengajaran ialah mementingkan cara bercerita, soal

jawab atau perbincangan, menjadikan nasihat sebagai permulaan pengajaran dan

menyebut nama Allah S.W.T, menyertakan senda gurau dalam pengajaran,

menimbulkan keraguan dalam memberi nasihat, pengajaran dari soalan mudah kepada

yang lebih penting dan pengajaran dalam menunjukkan benda yang diharamkan setelah

diberi penjelasan.

Secara keseluruhannya, pendekatan dan strategi pembelajaran yang dianjurkan

oleh al-Quran dan as-Sunnah lebih memberi tumpuan kepada keperluan pelajar. Pelajar

berperanan aktif dalam pembelajaran contohnya melalui sesi perbincangan dan soal

jawab sehingga mereka mampu mengumpul pengetahuan daripada pelbagai sumber

sosial dan persekitaran yang lebih berkesan.

Page 24: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Kerjasama merupakan suatu yang amat penting dalam pembentukan sesebuah

masyarakat dan organisasi. Keadaan ini jelas dapat dilihat dalam perkembangan

masyarakat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah ke hari ini. Pengertian

kerjasama secara umumnya ialah orang yang bersatu dalam suatu pekerjaan yang terdiri

daripada dua orang atau lebih untuk tujuan tertentu, dan untuk menghasilkan

pengeluaran dan mengagihkannya. Mereka ini tolong menolong antara satu sama lain

untuk membentuk kesatuan yang kukuh. Sebagaimana firman Allah S.W.T:

(#θçΡuρ$ yè s?uρ ’n? tã Îh�É9 ø9$# 3“ uθø)−G9$#uρ ( Ÿωuρ (#θçΡuρ$ yès? ’ n? tã ÉΟ øOM}$# Èβ≡uρô‰ãèø9$#uρ 4 (#θ à)?$#uρ ©!$# ( ¨βÎ) ©! $# ߉ƒ ωx© É>$ s) Ïèø9$# ∩⊄∪

Terjemahannya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan

dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong tolongan pada melakukan dosa

(maksiat)dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya

Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.

(Surah al-Maidah, 5 :2)

Menurut Mohammad Shatar Sabran (2005: 51), satu kepintaran mampu untuk

menghasilkan keputusan yang baik, tetapi apabila dua kepintaran dicampur menjadi

satu, keputusan yang dihasikan adalah lebih baik daripada yang pertama. Begitu juga

jika tiga dicampur menjadi satu, maka keputusan yang terhasil akan menjadi jauh lebih

baik daripada yang pertama dan yang kedua. Lebih banyak kepintaran disatukan, maka

lebih baiklah keputusan yang dihasilkan. Begitu juga dengan perbincangan dalam

Page 25: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

5

kumpulan merupakan kaedah yang amat efektif untuk pelajar mencapai kejayaan dan

kecemerlangan akademik. Hal ini kerana melalui kaedah perbincangan kumpulan,

pelajar mampu untuk melakukan banyak perkara dalam jangka masa yang singkat.

Di samping itu, daya ingatan pelajar bertambah kuat serta mampu untuk bertahan

lama. Ini kerana perbincangan kumpulan melatih minda dan pemikiran pelajar untuk

sentiasa berfikir dan bertukar idea sesama mereka yang terlibat dalam kumpulan

perbincangan tersebut. Otak dan pemikiran pelajar akan lebih aktif dan mempunyai daya

ingatan yang tahan lama untuk menyimpan maklumat yang diperolehi semasa

perbincangan (Mohammad Shatar, 2005: 51).

Proses pembelajaran memerlukan kepada strategi belajar yang berkesan untuk

mencapai kejayaan yang cemerlang bagi seseorang pelajar. Belajar secara berkumpulan

merupakan salah satu strategi yang berkesan. Malangnya strategi pembelajaran ini

kurang diamalkan oleh kebanyakan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia kerana

mereka lebih menggemari belajar secara individu daripada berkumpulan.

Mengamalkan belajar secara berkumpulan adalah satu fanemona yang baru dan

jarang diamalkan dalam kalangan pelajar Malaysia. Sebaliknya, belajar secara

berkumpulan adalah suatu perkara biasa kepada pelajar-pelajar di England, Amerika

Syarikat dan di negara-negara maju. Keadaan ini berlaku kerana sistem pendidikan di

Malaysia lebih memberikan tumpuan kepada kerja-kerja individu. Kajian yang telah

dilakukan di luar negara mendapati kuantiti dan kualiti kerja yang dibuat memberi kesan

kepada ahli dalam kumpulan. Secara amnya, belajar berkumpulan boleh meningkat

prestasi seseorang dan juga ahli kumpulannya.

Page 26: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

6

Selain itu, belajar berkumpulan juga dapat membantu sesebuah sekolah

memperoleh keputusan peperiksaan yang lebih baik berbanding dengan sekolah yang

lain. Sebagai contoh, kita dapati pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di

Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sentiasa meningkat

dan konsisten kerana mengamalkan pembelajaran berkumpulan. Oleh itu, satu cara yang

cukup jelas untuk mengekalkan prestasi pelajar ialah dengan cara bekerja dalam

kumpulan (Sabri Ahmad, 2006: 112).

Justeru itu, terdapat tanggapan bahawa stategi belajar secara berkumpulan

mempunyai banyak kelebihan serta dapat mempertingkatkan pencapaian akademik

berbanding belajar secara individu.

1.3 Pernyataan Masalah

Universiti merupakan institusi pengajian tinggi yang melahirkan bakal pelajar

yang cemerlang, berilmu pengetahuan dan berketrampilan sama ada dari segi rohani,

jasmani, emosi dan intelektual. Di sana, pelajar diberi pendedahan kepada segala bentuk

ilmu duniawi atau ukhrawi sebagai bekalan pada masa hadapan. Pelbagai gaya

pembelajaran diamalkan oleh mereka mengikut keselesaan diri masing-masing.

Antaranya ialah melalui aktiviti bercerita, berdialog, kuliah, soal jawab, diskusi atau

perbincangan, eksperimen atau simulasi yang dijalankan secara individu atau

berkumpulan.

Kebanyakan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

mereka mengamalkan pembelajaran secara individu dan kadangkala secara

Page 27: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

7

berkumpulan. Ini kerana kemungkinan wujudnya halangan dalam membentuk kumpulan

belajar yang lebih berkesan dan selesa. Walaupun mereka sudah didedahkan dengan

pelbagai kebaikan belajar berkumpulan yang sudah agak lama, ramai dalam kalangan

mereka yang tidak mampu mempraktikkannya disebabkan tidak begitu mengetahui

dengan jelas kebaikannya dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Menurut Sabri Ahmad (2006: 243), belajar berkumpulan mempunyai kebaikan

kerana ia dapat merangsang motivasi dan minat seseorang berbanding belajar secara

individu. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengetahui persepsi pelajar Sarjana

Muda Pendidikan Islam (SPI) terhadap strategi belajar secara berkumpulan, di samping

mengenal pasti hubungan dan pengaruhnya terhadap prestasi akademik pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempunyai

hubungan semasa menjalani aktiviti belajar berkumpulan. Kajian ini dijalankan

berdasarkan objektif berikut:

1.4.1 Untuk mengetahui persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(SPI) terhadap strategi belajar berkumpulan.

1.4.2 Untuk melihat sejauh mana hubungan antara faktor pengurusan masa,

interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam

menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan terhadap prestasi akademik

pelajar.

Page 28: STRATEGI BELAJAR BERKUMPULAN DAN PENGARUHNYA … · masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan dengan prestasi

8

1.4.3 Untuk mengenal pasti faktor pengurusan masa, interaksi ahli, kandungan

perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran

berkumpulan mempengaruhi prestasi akademik pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Penyelidik berharap agar kajian ini dapat memberikan jawapan kepada beberapa

persoalan seperti berikut:

1.5.1 Bagaimanakah persepsi pelajar SPI terhadap strategi belajar

berkumpulan ?

1.5.2 Adakah terdapat hubungan antara faktor pengurusan masa, interaksi ahli,

kandungan perbincangan dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti

pembelajaran berkumpulan terhadap prestasi akademik pelajar ?

1.5.3 Adakah faktor pengurusan masa, interaksi ahli, kandungan perbincangan

dan ketua kumpulan dalam menjalani aktiviti pembelajaran berkumpulan

mempengaruhi prestasi akademik pelajar ?