STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

download STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

of 17

Transcript of STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    1/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    51

    TAJUK 4 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHANMATEMATIK

    SINOPSIS

    Strategi dalam pengajaran pemulihan matemtik memerlukan penggunaan

    pelbagai kaedah dan teknik yang disesuaikan dengan keperluan dan masalah

    yang dihadapi oleh murid-murid. Pemilihan dan aplikasi strategi yang sesuai

    dapat membantu murid-murid mengikut mata pelajaran matematik dengan

    berkesan. Prinsip am pengajaran matematik ialah daripada senang, konkrit

    kepada abstrak, umum kepada yang spesifik dan spesifik kepada umum.

    Pengajaran matematik pemulihan dengan menggunakan pendekatan pemulihan,

    intervensi untuk mengesan masalah dalam matematik dan mencari cara

    penyelesaiannya akan membantu murid pemulihan untuk menguasai kemahiran-

    kemahiran asas matematik.

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menjelaskan beberapa kaedah am P & P yang sesuai diamalkan dalam

    pengajaran matematik.

    2. Menjelaskan teknik-teknik khas yang sesuai digunakan dan bentuk

    pengubahsuaian yang boleh dilakukan dalam P & P matematik

    3. Menerangkan kaedah khas dicadangkan oleh pakar dalam bidang matematik

    dan pemulihan.

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    2/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    52

    KERANGKA TAJUK

    Rajah 4.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

    KANDUNGAN ISI

    4.1 Prinsip Am Pengajaran Matematik

    4.1.1 Senang Kepada Susah

    Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran perlu selari dengan perkembangan kognitif

    pelajar. Sebaliknya, pengajaran akan dianggap membosankan dan sukar.

    Pelajar sekolah rendah belum bersedia menyelesaikan masalah yang abstrak

    atau dalam bentuk hipotesis. Setiap tajuk perlu disusun dan diperingkatkan.

    Oleh itu penyampaian tajuk pelajaran menjadi lebih mudah. Secara tidak

    langsung motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik akan tercapai bahkan

    memupuk kesedaran murid untuk belajar atas inisiatif sendiri.

    Strategi

    dalamPengajaranPemulihanMatematik

    Prinsip AmPengajaranMatematik

    PengajaranMatematikPemulihan

    Intervensiuntuk

    mengesanmasalahdalam

    Matematik

    Intervensikepada

    penyelesaianmasalah

    Intervensidalam

    matematiksosial

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    3/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    53

    4.1.2 Konkrit Kepada Abstrak

    Murid pemulihan amat perlu didedahkan dengan benda maujud semasa

    sesi pengajaran konsep atau tajuk baru dalam matematik bagi memudahkankefahaman mereka. Semua konsep matematik yang baru bagi mereka haruslah

    menggunakan contoh-contoh konkrit. Pengajaran matematik harus dikaitkan

    dengan situasi kehidupan sebenar murid tersebut.

    4.1.3 Umum Kepada Spesifik

    Pengajaran deduktif boleh ditakrifkan sebagai kaedah yang

    menggunakan rumus, hukum atau teorem matematik yang telah dipelajari untuk

    mendapatkan rumusan atau generalisasi matematik yang baru. Ia lebih

    kompleks kerana memerlukan murid-murid yang mempunyai pengalaman luas

    dan pengetahuan matematik yang cukup untuk mendapatkan rumus, hukum atau

    teorem matematik baru.

    4.1.4 Spesifik Kepada Umum

    Pengajaran ini sesuai untuk mendapatkan rumusan, fakta atau ciri am

    daripada kajian ke atas beberapa contoh matematik yang khusus. Kaedah

    pengajaran ini memerlukan murid-murid mengkaji contoh-contoh matematik,

    membuat perbandingan dan penganalisisan sehingga mendapat rumusannya.

    Dalam proses pengajaran, murid-murid dikehendaki mengunakan pengetahuan

    sedia ada untuk mencungkil ciri-ciri yang sama daripada contoh-contoh

    matematik yang diberikan.

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    4/17

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    5/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    55

    Merangsang pengetahuan sedia ada murid

    Prinsip Keempat

    1. Bahan multi-media Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

    Merangsang keinginan murid

    Memberi pendedahan kepada murid tentang ICT

    Meningkatkan daya pemikiran murid

    Mewujudkan suasana pembelajaran yang produktif

    Melahirkan murid yang celik ICT

    4.2.2 Pendekatan Pemulihan

    Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan

    merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang

    mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis,

    dan mengira (3M).

    Konsep dan Definisi Pendidikan Pemulihan Matematik

    Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang

    harus dipelajari oleh semua orang. Cara dan teknik matematik itu

    sendiri haruslah dikuasai jika kita hendak mendalami bahasa bidang

    tersebut.

    Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian

    perhubungan, satu seni dan bahasa yang tersendiri. Ia juga

    merupakan satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.

    Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang

    diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang

    lemah dalam mata pelajaran matematik di sekolah rendah amnya.

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    6/17

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    7/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    57

    dan mengulanginya supaya pengetahuan yang betul dapat difahami

    dan dikekalkan dalam pemikiran mereka.

    Dalam mata pelajaran Matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaaniaitu murid-murid salah dalam mempelajari dan memahami konsep dan

    kemahiran Matematik serta murid-murid memang lemah dari segi mental. Oleh

    yang demikian, tujuan untuk mengadakan pemulihan Matematik adalah perlu

    bagi murid-murid yang sukar menguasai pembelajaran Matematik ini. Antara

    tujuannya adalah seperti berikut :-

    Menolong dan membantu murid-murid yang lambat dalam menguasai

    kemahiran-kemahiran asas Matematik seperti mengenal nombor,

    operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi

    seterusnya dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

    Melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah

    dipelajari seperti menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam

    kehidupan seharian dan membantu murid-murid membina keyakinan

    dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila seorang murid berjaya

    menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah dipelajari,

    mereka akan berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam

    mempelajari Matematik.

    Membetulkan konsep dan kemahiran Matematik yang salah dikuasai

    oleh murid-murid.

    Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari kemahiran

    matematik mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. Ini dilakukan

    untuk mengelak mereka daripada terus tercicir dan seterusnya dapatmemupuk minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran Matematik.

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    8/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    58

    4.3 Intervensi Untuk Mengesan Masalah dalam Matematik

    4.3.1 Kaedah Newman

    Model berasaskan Teori Newman (1977) membantu untuk mengenal

    pasti punca kesilapan dan kesalahan dalam penyelesaian masalah. Ia

    mendefinisikan lima kemahiran membaca spesifik bagi penyelesaian masalah

    Matematik: Membaca (decoding), Pemahaman, Transformasi, Kemahiran

    Proses dan Encoding. Sepanjang proses penyelesaian masalah, kemungkinan

    kesilapan yang tidak disengajakan berlaku.

    Pelaksanaan Temuduga The Newman

    1. Bercakap kepada murid dengan mesra, ringkas bagi memberi

    keselesaan kepadanya. Jelaskan tujuan guru bercakap dengannya

    adalah untuk membantunya dalam Matematik.

    2. Beritahu murid yang guru mahukannya untuk membuat beberapa

    masalah matematik terdahulu sekali lagi.

    3. Sediakan murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru

    dan minta dia menjawab semula soalan terdahulu yang pernah

    dibuatnya tapi jawapan salah. Galakkan murid tunjuk cara

    menyelesaikan masalah.Guru diam sehingga murid selesai membuat

    latihan.

    4. Tanya murid beberapa atau semua soalan/arahan Newman (rujuk di

    bawah) atau soalan yang bersesuaian. jangan bantu murid dalam apa-

    apa peringkat tetapi buat catatan ringkas tentang jawapan murid yang

    sangat revealing.

    5. Tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari

    di mana murid tidak boleh membuat latihan pada peringkat awal ujian

    (sebelum temuduga).

    6. Ulang 3, 4 dan 5 bagi ralat yang seterusnya.

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    9/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    59

    Lima Soalan/Arahan Newman

    1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu.

    2. Beritahu cikgu, apa yang soalan itu mahu awak lakukan.3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan?

    4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu, dan

    bercakap kuat semasa membuatnya suapaya cikgu faham

    bagaimana awak berfikir.

    5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar.

    Semasa Langkah 4, dengar dengan teliti apa yang murid cakap dan

    pastikan guru berfikir di peringkat mana murid mengalami kesilapan membuat

    latihan. Justeru, klasifikasikan kesilapan/ralat yang murid lakukan.

    Prosedur Analisis Kesilapan/Ralat Newman

    1. Mengenal pasti ralat Bacaan: Baca soalan kepada saya. Jika anda

    tidak faham beritahu saya.

    2. Mengenal pasti ralat Pemahaman: Beritahu saya, apa kehendak

    soalan itu.

    3. Mengenal pasti ralat Transformasi: Sekarang beritahu saya apa

    kaedah yang awak gunakan untuk dapatkan jawapan.

    4. Mengenal pasti ralat Kemahiran Proses: sekarang semak setiap

    langkah dalam tugasan awak dan beritahu saya apa yang awak

    fikirkan.

    5. Mengenal pasti ralat encoding - keidakupayaan untuk menzahirkan

    jawapan dalam bentuk yang boleh diterima pakai: Beritahu saya, apa

    jawapan kepada soalan itu? Tunjukkan jawapan awak.

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    10/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    60

    4.4 Intervensi Kepada Penyelesaian Masalah

    Penyelesaian masalah adalah idea-idea atau konsep-konsep matematik

    yang disatukan dalam bentuk cerita atau karangan dalam bahasa Matematik.Cerita atau karangan ini sebenarnya adalah tafsiran daripada kehidupan sebenar

    pelajar. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak bagi pembelajaran

    Matematik. Elemen-elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai digunakan

    sebagai tindakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam menyelesaikan

    masalah guru perlu tunjuk bagaimana menyelesaikan masalah bukan tunjuk

    penyelesaiannya.

    Menurut kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli pendidikan Matematik

    terdapat 5 kategori kesilapan murid. Di antaranya yang paling ketara ialah pelajar

    tidak boleh menterjemah terutama dalam masalah rajah, masalah cerita dan

    masalah kreatif.

    4.4.1 Kaedah Polya

    Langkah-langkah umum yang guru gunakan dalam mengajar

    penyelesaian masalah sering bersandarkan Model Polya. Menurut Model Polya,

    penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu,

    memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi penyelesaian,

    melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian.

    Strategi pengajaran dihuraikan mengikut model Polya adalah seperti berikut :

    Langkah 1 - Fahami Masalah

    Untuk menyelesaikan sesuatu masalah pelajar perlu memahami apakah

    yang disoal (tugasan). Teknik-teknik dan strategi-strategi yang boleh membantu

    pelajar untuk memahami masalah adalah membaca masalah dengan teliti, jika

    perlu baca beberapa kali, menyenaraikan maklumat atau fakta-fakta yang diberi,

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    11/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    61

    mengenal pasti frasa-frasa penting, mengenal pasti maklumat atau fakta yang

    tersirat dan mengenal pasti syarat-syarat tertentu atau kekangan-kekangan

    terhadap masalah.

    Langkah 2Rancang

    Apabila masalah telah difahami sepenuhnya langkah seterusnya ialah

    menentukan pendekatan atau kaedah yang boleh digunakan untuk

    menyelesaikan masalah. Antara strategi yang sesuai ialah menggunakan

    pengetahuan lampau untuk merangka sesuatu teknik, mencari pola,

    menggunakan penaakulan induktif, melukis rajah, membuat jadual atau carta,

    mencuba jaya, bekerja ke belakang dan menyatakan semula masalah jika perlu.

    Langkah 3Laksana

    Di peringkat ini teknik yang telah ditentukan pada peringkat merancang

    (Langkah 2) dilaksanakan. Pelajar memerlukan dua kemahiran iaitu,

    menterjemah dan memproses. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling

    sukar kerana pelajar perlu menterjemah dan melakukan proses dengan

    menggabungkan maklumat, konsep dan fakta menggunakan prosedur dan

    operasi pemikiran.

    Langkah 4 - Semak

    Pada langkah akhir ini pelajar perlu menyemak semula penyelesaian

    terhadap masalah. Ini termasuklah menyemak ketepatan dan kemunasabahan

    keputusan dan menentukan syarat-syarat telah dipenuhi. Selain itu strategi

    alternatif untuk menyelesaikan masalah dilaksanakan. Masalah serta kaedah

    penyelesaian yang telah ditemui ini boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan

    masalah serupa kemudiannya. Keempat-empat langkah ini perlu dilakukan

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    12/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    62

    dengan teliti dan terancang supaya pelajar dapat memperkembangkan proses

    menaakul, berkomunikasi dan membuat keputusan.

    4.4.2 Model Pengajaran

    Model pengajaran yang boleh digunakan adalah seperti: Kaedah

    Pembelajaran Mastery, Direct Learningdan Direct Instruction.

    Kaedah Pembelajaran Mastery merupakan suatu pendekatan

    pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil

    pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum

    berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Perkara yang perlu diberi perhatian

    ialah:

    Ia memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses

    pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

    Hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut hierarki atau unit

    pembelajaran.

    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlulah

    bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.

    Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid

    yang berjaya menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah

    mempelajari unit pembelajaran baru.

    Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil supaya mudah

    dikuasai.

    Arahan guru juga perlu jelas bagi setiap unit pembelajaran.

    Direct Learning merupakan pembinaan peluang bagi penglibatan aktif

    dalam persekitaran pembelajaran yang boleh membentuk pemahaman individu.

    Ia terbahagi kepada tiga kategori:

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    13/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    63

    Strategi ingatan (strategi untuk menyimpan dan menerima bahasa

    yang disasarkan)

    Strategi kognitif (strategi bagi penggunaan bahasa dan bagaimana

    untuk memahaminya) Strategi Imbuhan (compensation) - (strategi bagi penggunaan bahasa

    akibat ruang lompang dalam pengetahuan)

    Direct Instructionmerupakan pengajaran guru dikuti struktur dan langkah

    spesifik yang digunakan menggalakkan pembelajaran. Prinsip Direct Instruction

    adalah seperti berikut:

    Pengenalan/Semakan

    Perkembangan

    Latihan Berpandu

    Penutup

    Latihan Bebas

    Penilaian

    4.4.3 Penyiasatan dan Eksplorasi

    Guru memainkan peranan penting dalam memperkembangkan Disposisi

    penyelesaian masalah murid. Mereka hendaklah memilih masalah yang boleh

    melibatkan murid. Guru perlu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan

    murid untuk meneroka, mengambil risiko, berkongsi kejayaan dan kegagalan dan

    perbincangan (Mayer, 2003). Dalam persekitaran itu, murid membentuk

    keyakinan bahawa mereka perlu bagi meneroka masalah dan keupayaan untukmembuat penyesuaian terhadap strategi penyelesaian masalah. Murid yang

    kurang aktif juga mempunyai peluang untuk membentuk keupayaan dan

    meningkatkan keyakinan mereka menggunakan bahan manipulatif melalui

    kaedah penerokaan ini. Terdapat empat langkah pelaksanaan dalam kaedah

    penerokaan (Glencoe/McGraw-Hill, 2001):

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    14/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    64

    1. Penerokaan

    Bagi langkah penerokaan ini, murid hendaklah digalakkan untuk

    membaca masalah dengan teliti dan menentukan maklumat jenis apa yangdiperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia juga memerlukan murid

    untuk mengenal pasti sama ada maklumat relevan atau tidak bagi penyelesaian

    masalah.

    2. Perancangan

    Dalam langkah perancangan, murid hendaklah membina strategi bagi

    mencari penyelesaian kepada masalah. Ini mungkin memerlukan beberapa

    kaedah pengiraan atau membntuk persamaan. Murid juga hendaklah digalakkan

    untuk satu andaian atau jangkaan bagi penyelesaiannya. Jangkaan ini boleh

    membantu sama ada jawapan akhir yang dihasilkan bertepatan.

    3. Penyelesaian

    Selesaikan masalah dengan melaksanakan perancangan. Murid akan

    melaksanakan pengiraan Matematik yang perlu bagi menentukan jawapan.

    Lazimnya, jawapan mungkin tidak diterima pada percubaan pertama. Oleh itu,

    murid perlu sedar mereka mungkin membuat pengiran beberapa kali bagi

    mencapai keputusan yang dikehendaki. Malahan murid mungkin mendapati

    kaedah pengiraan tersebut tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah

    dan kaedah alternatif perlu dipilih.

    4. Pemeriksaan

    Akhirnya periksa jawapan murid dengan teliti dan pastikan ia relevan

    dengan fakta terdapat dalam permasalahan yang diberi. Murid hendaklah

    merujuk semula jawapan ramalan yang dibentuk dalam langkah perancangan

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    15/17

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    16/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    66

    merupakan dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana

    pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada

    pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan

    peranan yang dimainkan secara spontan.

    4.5.3 Lain-lain (Others)

    Intervensi dalam Matematik Sosial yang lain adalah seperti kaedah

    eksperimen / kerja praktik, analogi ( analogy) dan lain-lain.

    Kaedah eksperimen atau kerja praktik merupakan suatu aktiviti yang

    mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya dan suatu

    kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk

    memahami konsep dan menguasai sesuatu kemahiran. Ia juga boleh digunakan

    untuk menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah Matematik. Contoh

    aktiviti yang menggunakan kaedah eksperimen adalah seperti menyukat air

    dengan menggunakan bekas dan silinder penyukat untuk mempelajari isipadu

    cecair.

    Analogi ( Analogy ) pula ialah satu teknik pengajaran di mana cerita atau

    'perumpamaan' dibuat untuk mewakili seuatu konsep yang hendak diajar.

  • 8/12/2019 STRATEGI DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MATEMATIK ok.docx

    17/17

    PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

    67

    Latihan

    1. Tunjukkan bagaimana anda mengesan masalah murid berikut denganmenggunakan kaedah Newman.

    Perbincangan ( 1 jam)

    Dengan merujuk pada buku teks yang sama pada minggu 3, kenalpasti soalan-

    soalan berbentuk penyelesaian masalah untuk komponen asas dan komponen

    matematik sosial. Adakah masalah maetmatik yang diutarakan sesuai untuk

    murid pemulihan?

    Dengan merujuk kepada internet / sumber lain dari contoh penggunaan kaedah

    Newman untuk mengesan masalah dalam Matematik.

    207

    + 17

    214