STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN · PDF filemembalas percakapan yang diutarakan. ......

8
1 STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR BUKAN PENUTUR JATI DI UNISZA Noor Anida Awang 1 , Rahimah Embong, 2 Zaiton Mustafa, 3 Azhar Yaacob 4 [email protected] 1,2,3,4 Pusat Pengajian Tamadun Arab dan Pendidikan Islam Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan strategi pembelajaran bersama rakan sebaya bagi meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur jati di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Kajian ini bersifat kualitatif dan data dikumpul dengan menggunakan teknik pemerhatian secara langsung, perbincangan dan temubual berstruktur. Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar dan hanya 5 daripada mereka dipilih secara rawak untuk ditemubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bukan penutur jati boleh mengatasi masalah bertutur bahasa Arab dengan mengamalkan strategi pembelajaran bersama rakan sebaya. Ini kerana strategi pembelajaran ini dapat mewujudkan satu suasana yang kondusif dan santai untuk mendorong pelajar khususnya dalam kalangan bukan penutur jati untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab. Kata kunci: strategi pembelajaran bersama rakan sebaya, kemahiran bertutur bahasa Arab, bukan penutur jati bahasa Arab PENGENALAN Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa asing yang dipelajari oleh pelajar bermula dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat pusat pengajian tinggi di Malaysia. Di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), bahasa Arab merupakan kursus yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di bawah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI). Salah satu daripada kursus yang wajib diambil oleh pelajar ialah al-Muhadathah yang menekankan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Kursus ini ditawarkan oleh FKI memandangkan kemahiran bertutur bahasa Arab merupakan satu elemen yang penting dalam kemahiran berbahasa. Walaupun para pelajar telah mempelajari bahasa Arab bermula dari sekolah menengah, namun dari segi komunikasi, para pelajar masih berada di tahap yang rendah. Justeru, FKI telah mengambil pendekatan untuk mendedahkan komunikasi bahasa Arab kepada para pelajar supaya bukan sahaja dapat dimanfaatkan sepanjang tempoh pengajian malah amat berguna kepada mereka apabila menempuh alam pekerjaan nanti. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA ISBN 978-967-5478-78-9

Transcript of STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN · PDF filemembalas percakapan yang diutarakan. ......

Page 1: STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN  · PDF filemembalas percakapan yang diutarakan. ... bahasa Arab yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih

1

STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA UNTUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM

KALANGAN PELAJAR BUKAN PENUTUR JATI DI UNISZA

Noor Anida Awang1, Rahimah Embong,

2

Zaiton Mustafa,3 Azhar Yaacob

4

[email protected]

1,2,3,4 Pusat Pengajian Tamadun Arab dan Pendidikan Islam

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan strategi pembelajaran bersama rakan

sebaya bagi meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan

penutur jati di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) di Universiti Sultan Zainal

Abidin (UniSZA), Terengganu. Kajian ini bersifat kualitatif dan data dikumpul dengan

menggunakan teknik pemerhatian secara langsung, perbincangan dan temubual berstruktur.

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar dan hanya 5 daripada mereka dipilih secara rawak

untuk ditemubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bukan penutur jati boleh

mengatasi masalah bertutur bahasa Arab dengan mengamalkan strategi pembelajaran

bersama rakan sebaya. Ini kerana strategi pembelajaran ini dapat mewujudkan satu suasana

yang kondusif dan santai untuk mendorong pelajar khususnya dalam kalangan bukan penutur

jati untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab.

Kata kunci: strategi pembelajaran bersama rakan sebaya, kemahiran bertutur bahasa Arab,

bukan penutur jati bahasa Arab

PENGENALAN

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa asing yang dipelajari oleh pelajar bermula dari

peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat pusat pengajian tinggi di Malaysia. Di Universiti

Sultan Zainal Abidin (UniSZA), bahasa Arab merupakan kursus yang wajib dipelajari oleh

semua pelajar di bawah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI). Salah satu daripada

kursus yang wajib diambil oleh pelajar ialah al-Muhadathah yang menekankan kemahiran

bertutur dalam bahasa Arab. Kursus ini ditawarkan oleh FKI memandangkan kemahiran

bertutur bahasa Arab merupakan satu elemen yang penting dalam kemahiran berbahasa.

Walaupun para pelajar telah mempelajari bahasa Arab bermula dari sekolah menengah,

namun dari segi komunikasi, para pelajar masih berada di tahap yang rendah. Justeru, FKI

telah mengambil pendekatan untuk mendedahkan komunikasi bahasa Arab kepada para

pelajar supaya bukan sahaja dapat dimanfaatkan sepanjang tempoh pengajian malah amat

berguna kepada mereka apabila menempuh alam pekerjaan nanti.

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.

Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri

Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN  · PDF filemembalas percakapan yang diutarakan. ... bahasa Arab yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih

2

Secara umumnya, para pelajar telah mempunyai pengetahuan dalam komunikasi

bahasa Arab tetapi disebabkan kekangan diri sendiri dan faktor luaran serta dalaman

menyebabkan pelajar kurang mahir untuk bertutur dalam bahasa Arab. Terdapat sebahagian

besar pelajar yang dapat memahami pertuturan bahasa Arab tetapi tidak mampu untuk

membalas percakapan yang diutarakan. Ini bukanlah bermakna mereka tidak berupaya untuk

bercakap tetapi kemahiran yang ada pada mereka cukup terbatas. Dalam hal ini, sokongan

dari pihak pengajar atau pensyarah amat diperlukan untuk mewujudkan proses pengajaran

dan pembelajaran yang lebih bermakna supaya para pelajar lebih berusaha mengatasi

kelemahan mereka. Bagi tujuan tersebut, para pelajar telah didedahkan dengan penggunaan

strategi pembelajaran bersama rakan sebaya sepanjang menjalani kursus al-Muhadathah

tersebut.

Pembelajaran bersama rakan sebaya merupakan salah satu strategi yang terdapat

dalam konsep pembelajaran kendiri. Secara ringkasnya pembelajaran kendiri ditakrifkan

sebagai satu proses pembelajaran yang berasaskan pelajar. Pembelajaran kendiri mendorong

pelajar untuk mendapat pencapaian yang tinggi dalam akademik di samping kurikulum yang

disusun dengan baik turut menunjukkan natijah yang sama (al-Alwan, 2008; Bail, Zhang &

Tachiyama, 2008). Banyak kajian mendapati bahawa strategi pembelajaran bersama rakan

sebaya mempunyai kesan yang positif terhadap pencapaian seseorang pelajar. Sebagai

contoh, Lynch (2006); Yoshida (2008) mendapati bahawa proses komunikasi bahasa Arab

yang berlaku semasa belajar bersama rakan sebaya dapat membantu pelajar meningkatkan

pemahaman dan memberi gambaran yang jelas terhadap kursus yang mungkin tidak didapati

jika belajar sendirian. Ini bermakna pelajar yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran

bahasa Arab yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih

tinggi secara langsung atau tidak langsung.

Tambahan pula, pembelajaran bersama rakan sebaya boleh meningkatkan motivasi

pembelajaran intrinsik (Pintrich dan Schunk, 1996; Van Meter dan Stevens, 2000). Strategi

pembelajaran ini dapat menghapuskan sifat negatif yang ada pada diri pelajar. Menurut

Pandian dan rakan-rakan (2011), para pelajar yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik

adalah disebabkan keengganan mereka untuk berbuat demikian di samping tidak mempunyai

keyakinan diri untuk bertutur dalam bahasa asing. Mereka juga terlalu bergantung kepada

pengajar agar sentiasa menggalakkan mereka untuk turut serta dalam sebarang aktiviti

komunikasi bahasa Arab. Namun begitu, apabila pelajar sering belajar bersama-sama, akan

wujudnya keselesaan dalam kalangan mereka kerana pelajar berada dalam lingkungan umur

yang sama. Selain itu, perasaan malu atau takut ditertawakan oleh rakan lain akan dapat

diminimumkan. Perasaan ingin tolong menolong antara satu sama lain akan menyebabkan

pelajar menjadi semakin akrab. Ruang dan peluang bersama rakan juga tidak terhenti di

dalam kelas sahaja, malah pelajar sering bersama rakan-rakannya di luar kelas. Keadaan ini

akan mendorong para pelajar untuk mempraktikkan bahasa Arab walau di mana mereka

berada.

Dalam masa yang sama, para pelajar perlu sedar bahawa apabila mereka berada di

peringkat institusi pengajian tinggi, mereka perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental

untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam pembelajaran mereka. Ini kerana

pembelajaran di peringkat sekolah menengah tidak lagi sama dengan pembelajaran di

peringkat universiti. Sekiranya pelajar tersebut ingin menguasai komunikasi bahasa Arab,

mereka perlu berusaha bersunggguh-sungguh dan bijak mencari peluang dan ruang untuk

mempraktikkan bahasa Arab dengan sesiapa sahaja yang boleh bertutur dalam bahasa Arab.

Macaro (2001) menekankan bahawa seseorang penutur dalam bahasa asing tidak boleh

berputus asa dan mempunyai perasaan malu apabila dia tidak dapat mencari dan

menggunakan perkataan yang sesuai dalam mengungkapkan sesuatu idea. Sebaliknya, untuk

Page 3: STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN  · PDF filemembalas percakapan yang diutarakan. ... bahasa Arab yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih

3

menjadi seorang penutur yang baik, pelajar perlu cuba mengungkapkan apa yang terlintas

dalam minda mereka dan tidak menghiraukan apa yang orang lain kata.

Pada hakikatnya, penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti bahasa akan meningkatkan

kemahiran mereka dalam bahasa Arab. Di samping itu, mereka akan mula belajar sedikit

demi sedikit dari kesalahan yang dilakukan. Di sinilah perlunya pensyarah memainkan

peranan sebagai fasilitator atau pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah

juga perlu bijak membuka ruang kepada semua pelajar agar aktif dalam sebarang bentuk

aktiviti berbahasa yang dijalankan. Hal ini disokong oleh Bygate (1987) yang menyatakan

bahawa masalah yang biasa dihadapi dalam pembelajaran bahasa asing adalah untuk

menyediakan pelajar supaya dapat berkomunikasi dalam bahasa asing tersebut. Demi

mencapai objektif tersebut, pensyarah dan pelajar perlu bekerjasama dalam memainkan

peranan masing-masing. Malah para pelajar perlu lebih aktif berusaha untuk meningkatkan

kemahiran bahasa mereka. Dalam hal ini, strategi pembelajaran bersama rakan sebaya amat

sesuai dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendorong pelajar

menguasai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab seperti yang kita semua harapkan.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kursus al-Muhadathah ditawarkan pada tahun pertama pengajian bertujuan untuk

mendedahkan pelajar kepada komunikasi bahasa Arab agar para pelajar dapat

mempraktikkannya sepanjang tempoh pengajian di UniSZA memandangkan lebih lima puluh

peratus (50%) kursus-kursus yang perlu diambil oleh pelajar menggunakan medium bahasa

Arab.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pensyarah hanyalah bertindak sebagai

fasilitator dan pemudah cara. Selebihnya terletak pada diri pelajar itu sendiri. Pensyarah

memberi tugasan kepada pelajar untuk disiapkan dalam tempoh masa yang tertentu dalam

bentuk kumpulan sama ada secara berpasangan atau kumpulan yang tidak lebih daripada lima

orang. Sepanjang perbincangan, pensyarah boleh bergerak dari satu kumpulan kepada

kumpulan yang lain bagi memastikan tugasan yang diberikan berjalan dengan lancar. Di

samping itu semua pelajar dikehendaki bertutur dalam bahasa Arab sepenuhnya. Sekiranya

pensyarah mendapati ada ahli kumpulan yang bertutur dalam bahasa yang lain, setiap ahli

kumpulan akan didenda. Tujuannya agar pelajar dapat memanfaatkan masa yang

diperuntukkan untuk bertutur dalam bahasa Arab.

PERNYATAAN MASALAH

Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing bagi bukan penutur jati bukanlah sesuatu

yang mudah dan senang sekalipun para pelajar telah melaluinya semenjak di sekolah

menengah lagi. Naimah dan Aini (2005) berpendapat bahawa walaupun pelajar-pelajar

bahasa ketiga menerima pembelajaran secara formal pada peringkat sekolah, namun mereka

masih lagi menghadapi masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab. Hal ini turut

disokong oleh Rosni (2012) yang mendapati bahawa kebanyakan pelajar berpengetahuan

dalam tatabahasa Arab dan juga memperolehi kosa kata yang banyak, malangnya tidak dapat

mempraktikkan apa yang ada dalam bentuk komunikasi bahasa Arab. Masalah ini terjadi

disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya pelajar Melayu tidak mempunyai keyakinan diri

untuk bertutur dalam bahasa Arab sekalipun mereka mengambil pengkhususan pengajian

Islam atau bahasa Arab, kelemahan dalam pelaksanaan pedagogi dalam pengajaran bahasa

Page 4: STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN  · PDF filemembalas percakapan yang diutarakan. ... bahasa Arab yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih

4

Arab komuniksi, pengaruh atau kesan bahasa ibunda dan sebagainya (Noor Anida dan rakan-

rakan, 2013).

Masalah yang sama telah berlaku di FKI, UniSZA. Terdapat sebilangan besar

pensyarah dari fakulti ini yang mengendalikan kursus-kursus dalam bahasa Arab menyatakan

kebimbangan mereka terhadap pelajar jurusan bahasa Arab khususnya dan pengajian Islam

amnya tidak mampu menguasai kemahiran berbahasa dengan baik terutamanya komunikasi

bahasa Arab. Justeru, adalah penting kajian tentang komunikasi bahasa Arab dijalankan

untuk meninjau sejauh manakah penggunaan strategi pembelajaran bersama rakan sebaya

dapat membantu meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar FKI

UniSZA.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif berikut:

1. Meninjau amalan strategi pembelajaran bersama rakan sebaya untuk menggalakkan

komunikasi bahasa Arab.

PERSOALAN KAJIAN

1. Sejauh mana pembelajaran bersama rakan sebaya dapat menggalakkan komunikasi

bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur jati?

METODOLOGI

Sampel

Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar

lelaki dan 20 orang pelajar perempuan. Mereka adalah pelajar tahun pertama yang

mengambil kursus al-Muhadathah I. Hanya lima orang daripada mereka dipilih secara rawak

untuk ditemubual. Pemilihan bilangan sampel dalam kelompok yang kecil adalah untuk

mendapatkan dapatan yang lebih tepat. Nik Suryani (2008) telah memetik kata-kata Kvale

(1996) di dalam tulisannya berpendapat bahawa bilangan sampel dalam sesuatu kajian

bergantung kepada tujuan kajian yang ingin dijalankan. Manakala Dornyei (2007)

berpendapat bahawa bilangan sampel yang kecil membantu penyelidik agar lebih fokus

terhadap kajiannya dan mendapat input yang lebih mendalam. Selain itu, dapatan kajian juga

menjadi lebih tepat berbanding menggunakan saiz sampel yang besar.

Prosedur kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung terhadap

responden, perbincangan dan temubual berstruktur bersama lima orang pelajar yang dipilih

secara rawak. Sesi temubual bersama pelajar tersebut dilakukan sebanyak dua kali iaitu

sebelum bermulanya pembelajaran kursus al-Muhadathah I dan pada minggu terakhir

pembelajaran. Sepanjang tempoh pembelajaran, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti

dan tugasan di dalam kelas mahupun di luar kelas. Pensyarah akan memberi penerangan

terlebih dahulu untuk setiap tugasan yang diberikan dan selebihnya adalah berdasarkan

kreativiti pelajar itu sendiri.

Terdapat satu tugasan berkumpulan yang utama yang perlu disiapkan pada minggu

terakhir pembelajaran. Setiap kumpulan perlu membuat satu lakonan bebas dalam tempoh

Page 5: STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN  · PDF filemembalas percakapan yang diutarakan. ... bahasa Arab yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih

5

masa antara lima belas hingga dua puluh minit dan perlu diserahkan rakaman lakonan

tersebut untuk dibuat penilaian oleh pensyarah. Menurut Azani et al. (2012), melakonkan

situasi yang menjadi pilihan pengajar merupakan satu teknik pengajaran yang mampu

menarik minat pelajar untuk aktif dalam pembelajaran terutamanya yang melibatkan bahasa

asing. Bagi aktiviti ini, pengajar tidak dibenarkan sama sekali membetulkan skrip pelajar dan

mereka tidak boleh sekadar membaca teks. Ini bermakna pelajar perlu menjiwai watak yang

dimainkan. Pelajar bebas untuk memilih sebarang tema dan perjalanan aktiviti lakonan ini

adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman pelajar sendiri sepanjang tempoh

pembelajaran mereka.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Seramai tiga puluh orang pelajar tahun pertama yang mengambil kursus al-Muhadathah I di

FKI UniSZA telah dijadikan responden dalam kajian ini. Berdasarkan kajian yang dijalankan,

didapati bahawa pembelajaran bersama rakan sebaya dalam komunikasi bahasa Arab banyak

membantu pelajar dalam menguasai bahasa Arab walaupun menghadapi masalah di peringkat

awal pelaksanaan strategi ini. Segala masalah dan kelemahan yang timbul memberi peluang

kepada pengajar untuk membuat penambahbaikan ke atas perlaksanaan strategi pengajaran

dan pembelajaran yang sedia ada.

Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian awal yang dibuat, didapati 20 orang pelajar menghadapi kesukaran

untuk bertutur dalam bahasa Arab dan tahap pencapaian mereka adalah lemah. Manakala 10

orang pelajar lagi menunjukkan tahap pencapaian yang sederhana. Walaubagaimanapun,

pelajar menunjukkan minat dan kepuasan yang tinggi apabila belajar bersama-sama dengan

rakan. Kerjasama yang diberikan sesama rakan cukup memuaskan walaupun terdapat

kesukaran untuk bertutur dalam bahasa Arab pada peringkat permulaan penggunaan strategi

ini. Mereka tetap memberikan sepenuh komitmen terhadap tugasan yang telah diberikan

kerana setiap tugasan akan dinilai dan diberi markah berdasarkan individu dalam kumpulan

tersebut. Secara tidak langsung motivasi untuk melakukan yang terbaik akan wujud dalam

diri pelajar. Hal ini dibuktikan oleh Ghazali Yusri et al. (2010) dalam kajian mereka terhadap

pelajar UiTM bahawa motivasi pelajar adalah lebih berasaskan motivasi ekstrinsik iaitu

mendapat ganjaran seperti markah dan penghargaan berbanding motivasi intrinsik yang

menekankan kepuasan pelajar.

Jika dilihat dari sudut pemilihan rakan pula, pelajar lebih cenderung untuk memilih

rakan yang senang untuk diajak berbincang dan bersua muka atau dengan kata lain memiliki

hubungan sosial yang lebih kurang sama (Holmes, 2003). Hal ini banyak memberi kebaikan

kepada pelajar kerana mereka akan berasa selesa untuk bekerjasama antara satu sama lain dan

tidak timbul jurang perbezaan yang ketara dalam tahap penguasaan komunikasi bahasa Arab

dalam kalangan mereka. Oleh itu, pelajar dapat mengelakkan daripada perasaan rendah diri,

takut ditertawakan oleh rakan yang lain dan sebagainya. Di samping itu, pelajar dapat

membina keyakinan diri untuk bertutur dalam bahasa Arab, belajar sesuatu yang baharu

dalam kumpulan mereka dan mewujudkan persaingan yang sihat sesama mereka. Secara

tidak langsung strategi pembelajaran bersama rakan sebaya akan memupuk minat mereka

terhadap bahasa Arab dan mengubah tanggapan bahawa bahasa Arab adalah bahasa asing

yang susah untuk dipelajari.

Temubual Berstruktur

Page 6: STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN  · PDF filemembalas percakapan yang diutarakan. ... bahasa Arab yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih

6

Penyelidik memilih untuk mengadakan temubual berstruktur bersama lima orang pelajar

dalam kalangan responden bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Soalan-soalan yang

diutarakan lebih terbuka dan para pelajar bebas memberikan sebarang jawapan secara

berterus terang. Selain itu, penyelidik telah menjelaskan kepada mereka bahawa identiti

mereka akan dirahsiakan. Melalui temubual yang dikendalikan dalam bahasa Arab ini, empat

orang pelajar didapati mampu berinteraksi dalam bahasa Arab dengan baik. Mereka

mengatakan bahawa komunikasi bahasa Arab bukanlah sesuatu yang susah selagi mana para

pelajar mempunyai perbendaharaan kata yang cukup dan yang paling penting sering

dipraktikkan sama ada bersama pensyarah, rakan-rakan di dalam kelas mahupun di luar kelas,

atau sesiapa sahaja yang mampu berkomunikasi bahasa Arab dengan betul. Mereka yakin dan

percaya bahawa pembelajaran bersama rakan sebaya banyak membuka ruang untuk mereka

berkomunikasi secara spontan dan membina keyakinan diri agar berani memberi pendapat

dan pandangan walaupun menggunakan tatabahasa yang kurang tepat. Mereka berasa puas

hati kerana pertuturan mereka dapat difahami oleh rakan yang lain dan mendapat respon yang

baik daripada rakan sekumpulan. Di samping itu, kemahiran insaniah yang lain juga akan

terpupuk dalam diri pelajar seperti bekerjasama sesama rakan dalam menjayakan tugasan,

menghormati pandangan orang lain dan rasa bertanggungjawab terhadap tugasan yang

diberikan.

Sueraya (2012) memetik daripada Gamal Abdul Nasir Zakaria (2003) berpendapat

pembelajaran bahasa akan menjadi suatu realiti apabila sering dipraktikkan dan mampu

menggunakannya walau dengan apa cara sekalipun. Selain itu, keselesaan juga timbul apabila

bersama-sama rakan kerana dapat menghilangkan kebosanan ketika mengulangkaji

bersendirian dan mudah untuk mengingati pelajaran. Manakala Ghazali et al. (2012)

menambah apabila pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab membabitkan pembelajaran

sesama pelajar, maka suasana yang lebih santai akan dapat diwujudkan, akhirnya

menggalakkan perbincangan dan penggunaan bahasa yang lebih aktif. Inilah antara faktor

yang menggalakkan pelajar untuk belajar bersama-sama rakan sebaya.

Hasil temubual ini juga telah mendapati seorang pelajar yang mempunyai tahap

penguasaan bahasa Arab yang lemah. Sepanjang temubual berlangsung, pelajar tersebut

banyak menggunakan bahasa badan untuk menjawab soalan yang diajukan. Apabila dipaksa

untuk bertutur jelas menunjukkan bahawa pelajar tersebut tidak mempunyai keyakinan diri

untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana takut apa yang diutarakan tidak dapat difahami oleh

pendengar. Bahasa yang digunakan juga tidak tersusun dengan baik dan menampakkan

pelajar tersebut menggunakan kaedah terjemahan daripada bahasa ibunda di dalam

pertuturannya. Disebabkan keadaan ini pelajar tersebut menganggap pembelajaran bersama

rakan sebaya tidak membantu pelajar untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa Arab

dengan baik. Dia juga berpendapat bahawa apabila berada bersama-sama rakan pembelajaran

akan menjadi tidak serius dan hanya sebilangan kecil sahaja yang akan melakukan tugasan

yang diberikan manakala pelajar lain tidak memberi sebarang komitmen dan penumpuan

terhadap tugasan tersebut. Akhirnya semua ahli kumpulan tidak mendapat manfaat daripada

tugasan mereka dan sebagai penyelesaiannya pelajar akan cuba merujuk kepada pensyarah

untuk mendapatkan kepastian daripada tugasan yang dibuat. Masalah ini sebenarnya selari

dengan pendapat yang dikemukakan oleh Yoshida (2008) yang menegaskan bahawa

meskipun pelajar telah berbincang bersama-sama rakan sekumpulan, mereka tetap bertanya

kepada guru untuk mengesahkan maklumat yang diperoleh kerana bagi mereka guru adalah

orang yang paling layak menentukan kesahan maklumat manakala rakan tidak dapat

merungkaikan permasalahan mereka. Selain itu, apabila bersama rakan sebaya, masa yang

diperuntukkan untuk bertutur dalam bahasa Arab hanyalah sekejap sahaja, selebihnya

perbincangan dikendalikan dengan menggunakan bahasa ibunda.

Page 7: STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN  · PDF filemembalas percakapan yang diutarakan. ... bahasa Arab yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih

7

KESIMPULAN

Pembelajaran bersama rakan sebaya merupakan salah satu strategi dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa asing atau bahasa kedua. Strategi ini dilihat mampu untuk

meningkatkan tahap kemahiran komunikasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan

penutur jati melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. Oleh itu para pengajar atau pensyarah

perlu lebih kreatif dalam merancang aktiviti-aktiviti berbahasa yang melibatkan pembelajaran

berpusatkan pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah untuk memilih strategi

dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran komunikasi bahasa Arab di samping membina

keyakinan diri pelajar untuk berkomunikasi.

RUJUKAN

al-Alwan, A. F. (2008). Self-regulated Learning in High and Low Achieving Students at al-

Hussein bin Talal University (AHU) in Jordan. International Journal of Applied

Educational Studies, 1(1), 1-13.

Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat & Mat Taib Pa. (2012). Membina Kemahiran

Pertuturan Menerusi Aktiviti Lakonan Dalam Pengajaran Bahasa Arab. GEMA

Online Journal of Language Studies, 12(1), 325-337.

Bail, F. T., Zhang, S.,& Tachiyama, G. T. (2008). Effects of a Self-Regulated Learning

Course on the Academic Performance and Graduation Rate of College Students in an

Academic Support Program. Journal of College Reading and Learning, 39(1), 54-72.

Bygate, M. (1987). Speaking. Oxford University Press.

Dornyei, Z. (2007). Research Methods in Applied Linguistics. Oxford: New York.

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah.(2010). Sikap Pelajar Terhadap

Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Arab di Universiti MARA (UiTM). GEMA

Online Journal of Language Studies, 10(3), 15-33.

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah, Wan Haslina Wah & Ahmed Thalal

Hassan. (2012). Penggunaan Strategi Belajar Bersama Rakan dalam Kalangan

Pelajar Kursus Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Asia Pacific

Journal of Educators and Education 37, 37-50.

Holmes, R. (2003). Collaborative Projects: a Study of Paired Work in a Malaysian

University. Innovations in Education and Teaching International, 40(3), 254-259.

Lynch, D. J. (2006). Motivational Factors, Learning Strategies and Resource Management as

Predictors of Course Grades. College Students Journal, 40(2), 423-428.

Macaro, E. (2001). Learning Strategies in Foreign and Second Language Classroom.

London: Continuum.

Page 8: STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN  · PDF filemembalas percakapan yang diutarakan. ... bahasa Arab yang lemah akan dibantu oleh pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih

8

Naimah, A., &Aini, A. (2005). Kajian tentang Persepsi Pelajar UiTM terhadap

Kepentingan Bahasa Ketiga di UiTM. Unpublished Manuscript, Shah Alam.

Nik Suryani Nik Abdul Rahman.(2008). A Practical Guide to Interviewing in Educational

Research. (1sted.). Center for Teaching and Learning. Institute of Education.

International Islamic University Malaysia.

Noor Anida Awang, Misrah Hamisah Mohamed & Ruhaizan [email protected].

(2013). Enhancing Arabic Speaking Skills among Malay Students through Group

Work Activities. International Journal of Humanities and Social Science. 3(21), 212-

218.

Pandian, A., Tan, S.S.B. & Sheikh Abdul Malik. (2011). Teaching and Learning Language:

Current Trends and Practices. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.

Pintrich, P.R., & Schunk, D. H. (1996). Motivation in Education: Theory, Research and

Applications. Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc.

Rosni Samah.(2012). Isu Pembelajaran Bahasa Arab. Retreived August 2014 from

http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding%20Sebar2012/22.%20Rosni.pdf.

Sueraya Che Haron. (2012). Speaking Good Arabic: Learners’ Perceptions. Retrieved

August 2014 from http://www.iiste.org.

Van Meter, P., & Stevens, R.J. (2000). The Role of Theory in the Study of Peer

Collaboration. The Journal of Experimental Education, 69(1), 113-127.

Yoshida, R. (2008). Learners’ Perception of Corrective Feedback in Pair Work. Foreign

Language Annals, 41(3), 525-541.