Strategi Pembelajaran Dan Kssr

6
Pengajaran Dan pembelajaran Secara Didik Hibur Berbentuk serampang dua mata: i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan ii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajara Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah yang telah ditetapkan supay dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi), memperkaya kata, meningkatkan pemahaman berbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial. Bagi memastikan objektif tersebut ementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategi pengajaran dan pembelajar dijadikan panduan kepada para pendidik. !ntaranya ialah" Berpusatkan murid epelbagaian teknik pengajaran epelbagaian sumber bahan Penggunaan tatabahasa yang tepat Memperkayakan bahan bacaan !spek emahiran bernilai tambah (B#) masih digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Berikut aspek B# yang akan diaplikasikan" emahiran berfikir emahiran teknologi maklumat dan komunikasi ($%#) emahiran belajar cara belajar ajian masa depan ecerdasan pelbagai Pembelajaran konstrukti&isma reati&iti dan ino&asi eusaha'anan ementara itu, konsep P iaitu pengabung jalinan, penyerapan, pengayaan, pemulih penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat b lancar agar objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai. Penggabungjalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengapli

Transcript of Strategi Pembelajaran Dan Kssr

Pengajaran Dan pembelajaran Secara Didik HiburBerbentuk serampang dua mata:i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakanii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran.

Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah yang telah ditetapkan supaya murid dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahapsatu (literasi), memperkaya kosa kata, meningkatkan pemahaman berbahasa danberkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial.Bagi memastikan objektif tersebut tercapai, Kementerian Pelajaran telahmerangka beberapa strategi pengajaran danpembelajaran untuk dijadikan panduan kepada para pendidik. Antaranya ialah; Berpusatkan murid Kepelbagaian teknik pengajaran Kepelbagaian sumber bahan Penggunaan tatabahasa yang tepat Memperkayakan bahan bacaan

Aspek Kemahiran bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Berikut adalah aspek KBT yang akan diaplikasikan; Kemahiran berfikir Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Kemahiran belajar cara belajar Kajian masa depan Kecerdasan pelbagai Pembelajaran konstruktivisma Kreativiti dan inovasi Keusahawanan

Sementara itu, konsep 5P iaitu pengabung jalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran danpembelajaran dapat berjalan lancar agar objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai.Penggabungjalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Dengan ini murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak.

Contohnya:i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca,ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis,iii. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran menulis.

Selain aspek kurikulum yang dinyatakan, beberapa perkara boleh dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya:

Cara Menterjemahkan Pernyataan Standard KurikulumBaca perkataan demi perkataan dalam setiap pernyataan untuk memahami maksud dan hasrat kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat.

Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid. Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan dengankemahiran sampingan dalam setiap aktiviti. Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilih dan kehendak kurikulum.Peringkat Perancangan Pengajaran Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, seterusnya pilihlah kemahiran fokus dan kemahiran sampingan; Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuaidengan kemahiran yang dipilih; Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiranyang dipilih bersesuaian dengan masa pengajaran; Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengaja ran dan pembelajaran tersebut; Langkah kelima: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid.

Peringkat Penyampaian Pengajaran Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarikminat murid; Bahan bantu mengajar yang sesuai; Aspek kawalan kelas; Aspek komunikasi; Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitanilmu yang disampaikan; dan Berlakunya pemulihan dan penggayaan.

Aktiviti Pengajaran Yang Sesuai Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai kemahiran; Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ke arahmelahirkan murid kreatif' dan inovatif; Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan; Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoritimurid menguasai kemahiran yang diperlukan.

Penyampaian Berkesan Mestilah mudah difahami oleh murid; Aktiviti mudah dilaksanakan; Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid; Dapat menarik tumpuan murid.Peringkat Selepas Pengajaran Adanya proses refleksi. Mengapa perlu refleksi? Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai mengapa? Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan? Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan? Adakah aktiviti dan k emahiran yang dipihh tidak sesuai? Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagipengajaran berikutnya.

Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan tahun satu di semua sekolah rendah seluruh negara telah memperkenalkan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai elemen baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).Kementerian Pelajaran (KPM) telah menetapkan objektif standard pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur yang perlu bagi memasti keberkesanan KSSR ini. Antara objektif tersebut adalah: i. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul; ii. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul; iii. Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat; iv. Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dantepat; v. Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak lake berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul; vi. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yangmengandungi isi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila; vii. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yangdidengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan viii. Berbicara untuk menyampaikan maklurnat tentang sesuatu perkara dengantepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

Terdapat 10 Prinsip Kemahiran Mendengar i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiranberbahasa; ii. Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan. jelas; iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur; iv. Memberi peluang murid terlibat secara aktif agar dapat mempercepatkanpenguasaan kemahiran; v. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa; vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep; vii. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankanbersama-samakemahiran lain; viii. Latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan tugasan yang boleh membawa kepada sesuatu aktiviti; ix. Setiap aktiviti dan kemahiran, membolehkan murid menunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan; x. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan berserta dengan motivasi.

Kemahiran MendengarKemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons.Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap. Proses penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa.Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya, dan dia cuba meniru dan menuturnya berulang kali mengenai apa yang didengar daripada orang yang berada disekelilingnya.Perkembangan kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada tigaperingkat, iaitu

Peringkat Awali. Mengecam, mengajuk memilih bunyi;ii. Mendengar dan mengecam, makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat;iii. Melakukan sesuatu yang disuruh;iv. Menjalankan perintah dan permintaan;v. Bertindak terhadap soalansoalan mudah;vi. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat Pertengahani. Mengecam, dan mengingat fakta;ii. Mengenal maklumat khusus;iii. Mengesan urutan maklumat;iv. Mengenal sebab dan akibat;v. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi;vi. Mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap.

Peringkat Majui. Mengenal isi-isi penting;ii. Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap;iii. Mentafsir maksud orang yang bercakap;iv. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi;v. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar;vi. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan;vii. Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai struktur nahu.

Kemahiran BertuturKemahiran lisan adalah aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama serta merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanakkanak sebelum mempelajari kemahiran lain seperti kemahiran membaca,dan menulis.Lisan adalah percakapan atau pertuturan yang merupakan kegiatan melahirkanbahasa melalui suara atau sebutan. Apabila mempunyai keinginan mempelajarisesuatu bahasa, keupayaan bercakap akan berlaku. Begitu juga apabila mahu membuat perhubungan atau interaksi dengan orang lain, keupayaan bertutur akan terjadi.Oleh itu, jelaslah bahasa tujuan mempelajari lisan bukan hanya setakat mempelajari bahasa itu tetapi untuk mencapai tahap kompetensi dalam komunikasi.Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan ertatasusila. Penekanan juga diberi kepada penggunaan tatabahasa yang betul.Perkembangan kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu:

Peringkat Awali. Melafazkan, mengajuk, perkataan dan ayat yang yang didengar;ii. Menyoal untuk mendapatkan maklumat;iii. Bertindak terhadap soalan mullah;iv. Membuat ayat mengenai diri sendiri dan membuat ayat daripada gambar.

Peringkat Pertengahani. Membuat diskripsi tentang objek atau gambar;ii. Bercerita berdasarkan gambar dan pengalaman;iii. Menyoal dan menjawab soalan;iv. Memberi ucapan pendek;v. Perbualan mudah;vi. Memberi komen mudah;vii. Memberi ulasan, pendapat atau pandangan mudah.

Peringkat Majui. Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman,objek dan lain-lain;ii. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;iii. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;iv. Mengambil bahagian alam drama atau lakonan;v. Mendeklamasi puisi;vi. Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.