Strategi pembelajaran gabungan

38
STRATEGIPEMBELAJARAN GABUNGAN ( BLENDED LEARNING ) NOR AZMI BIN CHE RAZAB 160867 PPG BM ( SR ) 2011 - 2014

Transcript of Strategi pembelajaran gabungan

Page 1: Strategi pembelajaran gabungan

STRATEGIPEMBELAJARAN GABUNGAN

( BLENDED LEARNING )

NOR AZMI BIN CHE RAZAB

160867

PPG BM ( SR ) 2011 - 2014

Page 2: Strategi pembelajaran gabungan

STRATEGI PEMBELAJARAN GABUNGAN ( BLENDED LEARNING )

PENULIS

NAMA : NOR AZMI BIN CHE RAZAB

NO. MATRIK : 160867

T/LAHIR: 13 MAC 1977

PENGKHUSUSAN: BM / PJ

AMBILAN : MAC 2011 / 2014

PEREKA GRAFIK

NOR AZMI BIN CHE RAZAB

ILUSTRATOR

NOR AZMI BIN CHE RAZAB

Cetakan Pertama Penerbit :

Hak Cipta Terpelihara Nor Azmi bin Che Razab

160867

PPG BM ( SR ) 2011 - 2014

Page 3: Strategi pembelajaran gabungan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Page 4: Strategi pembelajaran gabungan

PRA KATA

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayat-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini bagi memenuhi syarat

kursus EED3218 (Kaedah Mengajar Bahasa Melayu Sekolah Rendah).Dalam

menyiapkan tugasan yang ini, saya banyak bergantung kepada buku-buku,

bahan-bahan dan rujukan modul-modul daripada individu dan pensyarah. Saya

berasa amat bertuah kerana dalam menghasilkan tugasan ini, saya berpeluang

membuat kajian dan mendalami setiap aspek yang merangkumi konsep, modul,

kajian dan rujukan perkara-perkara baru mahupun perkara yang telah saya

ketahui.

Secara tidak landsung, saya dapat menerokai pengalaman baru dan

memperluaskan minda dan pengetahuan saya tentang pelbagai strategi

pembelajaran yang begitu penting kepada saya dalammempelbagaikan kaedah

dan cara pengajaran didalam kelas. Oleh itu, ini akan membantu saya dalam

meningkatkan mutu pengajaran yang lebih afektif dan berkesandalam

menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid di dalam bilik darjah.

Sehubungan itu, saya ingin mengucap setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada pensyarah yang terlibat yang banyak membimbing,

mendedahkan idea dan konsep mengenai tajuk yang saya kaji ini. Demikian juga

kepada tutor serta rakan rakan-rakan kuliah yang bersama-sama berusaha ke

arah dan matlamat yang sama dalam mencapai kehendak falsafah pendidikan

negara.

Sekian, terima kasih.Wassalam.

Page 5: Strategi pembelajaran gabungan

KANDUNGAN

Pendahuluan 1

Bab I ( Tugasan Satu )

Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) DalamPembelajaran

Bahasa Melayu.

1.0 Latar Belakang Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) 3

2.0 Konsep Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) Dalam 6

Pembelajaran Bahasa Melayu.

3.0 Ciri-Ciri Pengajaran Blended Learning 9

4.0 Kelebihan Strategi Pembelajaran Gabungan( Blended Learning )

4.1 Manfaat Blended Learning 9

5.0 Kekurangan Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) 12

6.0 Rumusan Strategi Pembelajaran Gabungan 13

Bab II ( Tugasan Kedua )

1.0 Persediaan Rancangan Pelajaran Harian

1.1 Tujuan Persediaan Rancangan Pelajaran Harian 17

1.2 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian 18

2.0 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 19

Bab III ( Tugasan Ketiga )

1.0 Refleksi Pengajaran 25

1.1 Kekuatan 26

1.2 Kelemahan 26

1.3 Cara Mengatasi 26

2.0 Rujukan 27

Bab IV ( Lampiran )

1.0 Slaid Powerpoint 29

2.0 CD Pengajaran

Page 6: Strategi pembelajaran gabungan

PENDAHULUAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan

pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru

bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik

dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini

bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat

meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan

keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang

berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam

menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh

menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu

yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih

itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus

mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati

pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Hal yang demikian, guru perlu menarik perhatian pelajar dalam sesuatu

sesi pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan

mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-

konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi

intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Di samping itu, guru hendaklahmemikir dan merancang satu rancangan

persediaan mengajar yang baik.Rancangan itu perlu diselaraskan dengan isi

kemahiran, aktiviti dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu

Page 7: Strategi pembelajaran gabungan

adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap

perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat

dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan

pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada

para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan

teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu

menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau

modul.Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu

pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar

terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu

dan bosan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan

teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Walaubagaimanapun,

pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati

supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan

konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Secara tidak langsung, pelajar

akan merasa seronok untuk menjalankan ujikaji atau aktiviti yang dilakukan

dalam situasi sebenar dan bermakna. Dari segi penggunaan teknik pula, guru

boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik

menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan

teknik perbincangan. Hal ini dapat melahirkan pelajar yang dapat berfikir dengan

kreatif dan inovatif.

Page 8: Strategi pembelajaran gabungan

Bab I ( Tugasan Satu)

STRATEGI PEMBELAJARAN GABUNGAN (BLENDED LEARNING) DALAM

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.

1.0 Latar Belakang Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning)

Perkembangan teknologi yang begitu pesat mengharuskan adanya inovasi

dalam pembelajaran.Inovasi tersebut salah satunya adalah Blended

Learning.Konsep Blended Learning ini ialah pencampuran model pembelajaran

konvensional dengan belajar secara online.Teori belajar yang digunakan pun

terdiri atas berbagai teori belajar dari beberapa ahli dengan menyesuaikan

situasi dan kondisi belajar murid. Mereka diharapkan selalu aktif dan dapat

menemukan cara belajar yang sesuai. Guru hanya berfungsi sebagai

penyampai, pemudah cara dan teman yang menghasilkan situasi yang kondusif

untuk menjana pengetahuan pada diri murid. Blended Learning ini akan

memperkuat model belajar konvensional melalui pengembangan teknologi

pendidikan.

Istilah Blended Learningpada awalnya digunakan untuk menggambarkan

gabungan pembelajaran bersemuka dengan pembelajaran online.Dalam

metodologi penelitian, digunakan istilah “mixing” untuk menunjukkan kombinasi

antara penelitian kuantitatif dan kualitatif.Ada pula yang menyebut di dalam

pembelajaran adalah pendekatan eklektif, iaitu kombinasi pelbagai pendekatan

dalam pembelajaran.

Namun, pengertian pembelajaran Blended Learning adalah pembelajaran

kombinasi strategi pembelajaran menggunakan kegiatan bersemuka,

pembelajaran komputer (offline) dan komputer secara online (internet dan mobile

learning).Blended Learning terdiri dari kata blended (kombinasi/ campuran) dan

Page 9: Strategi pembelajaran gabungan

learning (belajar). Istilah lain yang sering digunakan adalah hybrid course (hybrid

= campuran / kombinasi, course = mata kuliah). Makna yang paling umum

Blended Learning ialah belajar dengan kombinasi atau mencampur antara

pembelajaran bersemuka muka (face to face = f2f) dan pembelajaran komputer

(online dan offline).

Dewasa ini perkembangan teknologi komputer dan informasi telah

merubah dunia pendidikan. Dengan memasuki dunia on-line, guru dapat

memperoleh berbagai-bagai informasi yang diperlukan untuk memenuhi

keperluan bahan pembelajaran.Teks, foto, video, animasi, dan simulasi adalah

beberapa contoh media yang tersedia dalam pembelajaran. Dengan

memanfaatkan berbagai-bagai media tersebut, guru dapat mengketengahkan

konsep-konsep ICT dalam bagai-bagai persembahan (multiple representation)

yang memudahkan murid-murid memahami sebuah konsep. Teknologi on-line

juga memberikan kemudahan kepada guru dan murid untuk mendapatkan

tambahan informasi dalam rangka memenuhi tuntutan kompetensi dan juga

pengayaan.

Perkembangan teknologi komputer informasi berpotensi meningkatkan

kualiti pendidikan dan pembelajaran. Secara pedagogi, ada dorongan untuk

melibatkan murid secara lebih aktif (student centered) dalam proses

pembelajaran. Praktik berpusat pada guru (teacher centered) dirasakan tidak

relevan lagi dengan pesatnya perkembangan informasi sehingga perlu

dimodifikasi. Guru perlu memberikan kesempatan pada murid untuk melakukan

penerokaan dengan memanfaatkan teknologi on-line. Implementasi teknologi

informasi akhirnya diharapkan dapat menginspirasi murid menjadi pembelajar

sepanjang hayat (life long learning), yang mampu berkembang di tengah

perkembangan informasi yang pesat.

Page 10: Strategi pembelajaran gabungan

Tujuan utama Blended Learning adalah memberikan kesempatan bagi

berbagai karakteristik murid agar mereka mampu belajar secara kendiri,

berterusan, dan berkembang sepanjang hayat sehingga pembelajaran akan

menjadi lebih efektif, lebih efisien, dan lebih menarik. Dalam menerapkan

Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) ini, guru dan murid perlu

memastikan memiliki sarana dan prasarana yang mencukupi untuk digunakan

agar tidak mengganggu proses pembelajaran secara via online.

Strategi ini harus digunakan dengan baik, dengan mempertimbangkan isi

bahan ajar serta tujuan pembelajarannya. Proses pembelajaran diarahkan untuk

mewujudkan kompetensi-kompetensi yang telah ditetapkan dalam kurikulum.

Pembelajaran dengan menggunakan media internet atau dengan distance

learning perlu juga adanya interaksi antara guru dengan murid . Dalam proses

pembelajaran, bersemuka atau konvensional masih merupakan proses

pembelajaran utama yang dilakukan di sekolah.

Dengan adanya inovasi pembelajaran, seperti konsep Blended Learning,

murid dan guru tidak lagi merasakan keterbatasan dalam mendapatkan informasi

seperti yang mereka rasakan pada zaman dulu kerana hal tersebut dapat diatasi

dengan penggunaan teknologi. Pada dasarnya Blended Learning menekankan

penggunaan Internet. Seperti pendapat Rosenberg (2001) menekankan bahawa

Blended Learning merujuk pada penggunaan teknologi Internet untuk

mengirimkan serangkaian solusi yang dapat meningkatkan pengetahuan dan

keterampilan. Teknologi dan media lain pun dapat digunakan pada pembelajaran

ini. Oleh itu sistem pembelajaran gabungan (Blended Learning) menjadi lebih

dominan.

Page 11: Strategi pembelajaran gabungan

2.0 Konsep Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) Dalam

Pembelajaran Bahasa Melayu.

Blended Learning (BL) berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu

gabungan strategi pembelajaran . Blended Learning merupakan strategi belajar

yang digunakan untuk menyempurnakan sistem belajar e-Learning ( proses

dua arah) khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) Bahasa

Melayu. Pendekatan dalam pembelajaran ini ialah memanfaatkan

pelbagai media dan teknologi terutamanya penggunaan internet.

Gabungan bermaksud cara penyampaian model pengajaran gaya pembelajaran

media teknologi.

Guru, ibu bapa dan murid memainkan peranan yang sama penting

dalam strategi ini. Dalam dunia pendidikan hari ini, keunggulan diri, cerdas dan

kreatif adalah menjadi fokus kepada murid .Kombinasi gaya pembelajaran

antara moden dan tradisional ( internet dan bersemuka ) digabungkan dalam

pembelajaran Blended Learning ini.

Kepentingan strategi pembelajaran gabungan ini adalah untuk mencapai

tujuan pengajaran terutamanya dalam menguasai pelbagai kemahiran dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu.Teknologi informasi dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu khasnya diperlukan oleh sekolah-sekolah seperti aplikasi

teknologi berasaskan komputer, web dan internet yang semakin popular dan

mempunyai banyak kelebihan.

Page 12: Strategi pembelajaran gabungan

Gambar 1: Pembelajaran menggunakan komputer

Menurut Harding ( 2005 ) , Blended Learning pendekatan pembelajaran

yang mengintergrasikan pembelajaran tradisional bersemuka dan pembelajaran

jarak jauh yang menggunakan sumber belajar “online” dan pelbagai jenis

komunikasi yang dapat digunakan oleh guru.

Blended Learning sesuai digunakan bagi mengatasi kekurangan

pendekatan tradisional. Blended Learning dapat meningkatkan potensi dan

bakat murid. Kementerian Pelajaran menggalakkan dan menggunakan pelbagai

strategi pembelajaran yang boleh di manfaatkan.Blended Learning adalah

strategi pembelajaran yang lebih efektif dan sistem pembelajaran yang lebih

luas . Blended Learning satu kombinasi pembelajaran gabungan yang baik dan

menepati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 yang dikeluarkan

pada September 2013 telah menyatakan dalam Aspirasi Terhadap Sistem

Pendidikan dan Murid di Malaysia bahawa terdapat 6 ciri utama yang diperlukan

oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, oleh itu Strategi Pembelajaran

Gabungan (Blended Learning) dilihat bersesuaian .

Page 13: Strategi pembelajaran gabungan

Aspirasi sistem pendidikan negara menekankan dalam 11 Anjakan Utama

untuk Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara . Antara yang ditekankan

ialah :

● memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia.

● memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Rajah 1 :Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 mengutarakan enamciri murid-

murid berdaya saing di peringkat global .

KEMAHIRAN

KEPIMPINAN

ETIKA DAN

KEROHANIAN

KEMAHIRAN BERFIKIR

IDENTITI NASIONAL PENGETAHUAN

KEMAHIRAN

DWIBAHASA

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013 -2025

Page 14: Strategi pembelajaran gabungan

3.0 Ciri-Ciri Pengajaran Blended Learning

Sewaktu PdP guru bersemuka dengan murid dengan menggunakan bahan

bahan yang tersedia di internet.

Model Pengajaran dan Pembelajaran Blended Learning memerlukan guru

mengakses internet, mengintergrasi teknologi komputer. Contohnya

memuat turun video dan simulasikan di dalam kelas sewaktu PdP.

Murid mencari bahan-bahan di internet dan membentangnya di dalam

kelas.

Guru memperluaskan BBM ( media dan bahan –bahan yang boleh di akses

di internet).

Guru mengoptimakan penggunaan email ( email kumpulan ) sebagai

wahana perbincangan dengan murid bagi tujuan mengumpulkan pelbagai

bahan.

Guru boleh menggabungkan pembelajaran bersemuka dengan

meningkatkan penggunaan e-Learning sebagai strategi pembelajaran gabungan.

Penggabungan strategi pembelajaran ini akan dapat meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan juga akan menarik minat

murid untuk belajar.

4.0 Kelebihan Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning )

4.1 Manfaat Blended Learning

Proses belajar mengajar tidak hanya tatap muka tetapi menambah waktu

pembelajaran dengan memanfaatkan teknologi dunia maya.

Mempermudah dan mempercepat proses komunikasi non-stop antara guru

dan murid.

Page 15: Strategi pembelajaran gabungan

Meningkatkan Kemahiran ICT pelajar dan guru.

Membantu mempercepatkan proses pengajaran.

Murid dapat belajar dengan lebih efektif dan menyeronokkan.

Pembelajaran secara kendiri (individu) lebih berkesan.

Rajah 2 : Manfaat Blended Learning

Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) juga membantu

murid untuk berkembang lebih baik di dalam proses belajar, sesuai dengan gaya

belajar dan preferensi dalam belajar. Tambahan, guru dan murid boleh

menyediakan peluang yang praktis dan realiti untuk pembelajaran secara

mandiri, bermanfaat, dan terus berkembang.

Manfaat Blended Learning

memanfaatkan

teknologi

maya

proses komunikasi lebih cepat dan mudah

Murid dan guru bersama-sama belajar

murid belajar dengan lebih

efektif

proses pengajaran lebih cepat

pembelajaran kendiri

Page 16: Strategi pembelajaran gabungan

Selain itu, Strategi Pembelajaran Gabungan ini dapat meningkatkan

penjadualan bagi guru dan murid, dengan menggabungkan aspek terbaik

daripada belajar secara bersemuka. Kelas secara online memberikan murid

meneroka pelbagai bentuk multimedia yang kaya akan pengetahuan pada setiap

saat, dan di mana saja selama murid memiliki akses internet.

Ini menjadikan kelebihan pembelajaran secara Blended Learning saling

melengkapi, lebih efektif dan efisien.Dengan adanya Blended Learning maka

peserta belajar semakin mudah dalam mengakses maklumat pembelajaran.

Gambar 2: Pembelajaran secara bersemuka masih releven dan penting

Page 17: Strategi pembelajaran gabungan

5.0 Kekurangan Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning )

Bagi menggunakan Strategi Pembelajaran Gabungan, guru dan murid

memerlukan kemudahan prasarana yang lengkap dan menyeluruh. Namun

pembelajaran akan terganggu kerana prasana yang terhad dan tidak menyeluruh

kerana kawasan pendalaman tidak mempunyai komputer yang baik dan tidak

mampu menampung jumlah murid yang berada di sekolah.

Selain itu, ketidakseragaman liputan jaringan internet yang kurang akan

menyulitkan guru dan murid untuk memuat turunkan bahan yang dikehendaki.

Padahal dalam Blended Learning diperlukan akses internet yang meluas, apabila

jaringan kurang,akan menyulitkan guru dan murid dalam mengikuti pembelajaran

kendiri via online. Guru perlu memiliki akses terhadap jaringan internet yang

cukup besar dan cepat sehingga memudahkan kerja.

Penyediaan sarana dan prasarana yang memadai juga memerlukan

perbelanjaan yang tinggi. Guru perlu meningkatkan kemampuannya dalam

bidang TMK dengan cara membaca dan berlatih secara kendiri mahupun melalui

latihan formal. Sekolah perlu memberi perhatian akan hal ini sebagai salah satu

perkembangan professional guru.

Pada masa kini, pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan teknologi

tidak sepenuhnya . Oleh itu, penggunaan Blended Learningakan menghadapi

kesukaran dalam menarik perhatian masyarakat yang kurang berminat dan

prihatin dalam mengakses internet. Justeru itu ,terdapat sebilangan murid yang

tidak mempunyai penegtahuan ICT.

Page 18: Strategi pembelajaran gabungan

Rajah 3 : Kekurangan Blended Learning

6.0 Rumusan Strategi Pembelajaran Gabungan

Menurut Harding, Kaczynski dan Wood, 2005, Blended Learning

merupakan pendekatan pembelajaran yang mengintegrasikan pembelajaran

tradisonal bersemuka dan pembelajaran jarak jauh yang menggunakan sumber

belajar online. Pelaksanaan pendekatan ini memungkinkan penggunaan sumber

belajar online, terutama yang menggunakan laman web, dengan tanpa

meninggalkan kegiatan bersemuka.Dengan pelaksanaan Blended Learning ini,

pembelajaran berlangsung lebih bermakna kerana pelbagai sumber belajar yang

mungkin diperoleh. Jadi Blended Learning dapatdiertikan sebagai proses

Kekurangan Blended Learning

Prasana yang terhad dan

tidak menyeluruh

Liputan jaringan

internet yang kurang dan

tidak menyeluruh

Bilangankomputer

yang kurang dibandingkan jumlah murid

Guru kurang kemahiran ICT

Murid kurang pengetahuan

ICT

Page 19: Strategi pembelajaran gabungan

pembelajaran yang memanfaatkan berbagai macam pendekatan. Pendekatan

yang dilakukan dapat memanfaatkan berbagai macam media dan teknologi.

Menurut Jared M. Carmen, seorang Preseident Aglint Learning menyebutkan

lima kunci dalam mengembangkan Blended Learning. Adapun ke-5 kunci

tersebut iaitu:

a) Live Event

Pembelajaran langsung atau bersemuka (instructor-led instruction) secara

sinkronous dalam waktu dan tempat yang sama (classroom) ataupun waktu

sama tapi tempat berbeza (seperti virtual classroom). Bagi beberapa orang

tertentu, pola pembelajaran langsung seperti ini masih menjadi pola utama.

b) Self-Paced Learning

Mengkombinasikan pembelajaran konvensional dengan pembelajaran kendiri

(self-paced learning) yang memungkinkan murid belajar belajar bila-bila masa, di

mana saja dengan menggunakan berbagai bahan belajar yang dirancang khusus

untuk belajar secara individu baik yang bersifat text-based maupun multimedia-

based (video, animasi, simulasi, gambar, audio, atau kombinasi dari

kesemuanya). Bahan belajar tersebut, dapat dikirim secara “online” (via web

mahupun via mobile dalam bentuk: streaming audio, streaming video, e-book,

dll) dan juga “offline” (dalam bentuk CD, cetak, dll).

d) Collaboration

Mengkombinasikan kolaborasi, baik kolaborasi guru, mahupun kolaborasi antara

murid.Dengan demikian, perancang Blended Learning harus mencipta bentuk-

bentuk kolaborasi, melalui tool-tool komunikasi yang memungkinkan seperti

chatroom, forum diskusi, email, website / weblog dan mobile phone. Tentu saja

Page 20: Strategi pembelajaran gabungan

pembelajaran secara kolaborasi ditekankan untuk pengetahuan dan

keterampilan melalui proses sosial atau interaksi sosial dengan orang lain.

e) Assessment

Dalam proses pembelajaran , cara untuk mengukur keberhasilan belajar (teknik

assessment) adalah perlu dan penting. Dalam Blended Learning, Guru harus

mampu mencipta kombinasi jenis assessment baik yang bersifat teks atau

bersifat authentic assessment / portfolio) dalam bentuk projek, produk. Sehingga

memberikan kemudahan dan fleksibiliti peserta belajar mengikuti atau

melakukan assessment tersebut.

f) Performance Support Materials

Jika kita ingin mengkombinasikan antara pembelajaran bersemuka dalam

kelas ataupun online, guru perlu memastikan pastikan sumber atau bahan

pembejaran tersebut sama ada siap atau tidak, ada atau tidak. Bahan

pembelajaran disiapkan dalam bentuk digital, apakah bahan belajar tersebut

dapat diakses oleh peserta belajar baik secara offline (dalam bentuk CD, MP3,

DVD, dll) maupun secara online (via website rasmi tertentu). Atau,jika

pembelajaran online dibantu dengan suatu Learning / Content Management

System (LCMS), pastikan juga bahawa aplikasi sistem ini telah diprogramkan

dengan baik, mudah diakses, dan lain sebagainya.

Kesimpulannya, Blended Learning adalah pembelajaran yang

mengkombinasikan antara bersemuka (pembelajaran secara konvensional, di

mana antara guru dan murid saling berinteraksi secara langsung, masing-masing

dapat bertukar informasi mengenai bahan-bahan pengajaran), belajar secara

kendiri (belajar dengan berbagai modul yang telah disediakan) serta belajar

Page 21: Strategi pembelajaran gabungan

sendiri secara online. Secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa strategi

pembelajaran Blended Learning perlu dipalikasikan oleh semua guru Bahasa

Melayu untuk meningkatkan lagi penyampaian ilmu dan pembelajaran Bahasa

Melayu khasnya secara lebih efektif. Keperluan ini selaras dengan tuntutan

cabaran pembelajaran abad ke 21.

.

Gambar 3 : Kepentingan Komputer Dalam Pembelajaran Gabungan

Page 22: Strategi pembelajaran gabungan

BAB II (Tugasan Kedua)

1.0 PERSEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1.1 TUJUAN PERSEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dibuat adalah merupakan kerangka

kerja yang dibina oleh seseorang guru sebagai perancangan pengajaran mereka

pada satu-satu hari.Seselum seseorang guru merancang RPH ini, mereka

perlulah membuat penkajian dan pentafsiran sukatan pelajaran secara

mendalam terlebih dahulu. Guru hendaklah memilih kemahiran-kemahiran yang

terdapat dalam sukatan atau starand pelajaran dan juga isi pelajaran yang

sesuai untuk pelajar. RPH yang dibina mestilah menetukan strategi, bahan bantu

belajar dan penilian di akhir pelajaran.

RPH yang dibina mengamdungi tiga fasa perlaksanaannya.Peringkat

pertama adalah perancangan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran,

peringkat pelaksanaan dan peringkat penilian.Peringkat perancangan dibut

sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mana seorang

guru perlu mengenal pasti isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap

kognitif pelajar. Guru perlu memahami objektif yang ingin dicapai pada hari

tersebut.

Pada peringkat perlaksanaan ini, guru perlu melaksanakan segela

perancangan yang dibuat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Semasa

pelaksanaan RPH ini, perkara utama yang perlu adalah memastikan bahawa

setiap perancangan dilaksanakan secara sistematik dan teratur. Berpandukan

RPH ini guru akan mengajar mengikut panduan yang telah direncanakan dan

mengharapkan murid dapat menerima pelajaran pada hari tersebut.

Page 23: Strategi pembelajaran gabungan

Peringkat yang terakhir adalah penilian. Seorang guru perlu menilai

pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut sama ada berjaya atau gagal.

Sekiranya gagal guru terpaksa mengubahsuai RPH. Dengan adanya RPH ini

meningkatkan keyakinan guru dalam proses melancarkan perjalanan pengajaran

dan pembelajaran pada hari tersebut.

1.2 KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1) Meningkatkan keyakinan dalam diri guru sebelum masuk mengajar ke kelas.

2) Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran : objektif, pengetahuan

sedia ada, alat dan bahan bantu mengajar, isi pelajaran, strategi dan kaedah

penyampaian yang berkesan, aktiviti guru dan murid, penilaian, penutup,

pengukuhan dan sebagainya.

3) Merancang satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap,

kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

4) Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk

menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

5) Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang

tersusun dan bersistematik.

6) Menyediakan dan mengembangkan aktiviti pengajaran yang lebih menarik

dan tersusun dengan mengaitkan isi pelajaran dengan isu semasa deangan

jelas.

7) Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis

sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan, seterusnya mengatasi sebarang

kelemahan

Page 24: Strategi pembelajaran gabungan

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 25 September 2013

Kelas : 3 Perwira

Masa : 10.10 pagi -11.10 pagi

Subjek : Bahasa Melayu

Tema : Kesihatan dan Kebersihan

Tajuk : Badan Sihat Fikiran Cerdas

Standart Pembelajaran : 2.5.2 - Membaca , memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dan bahan bukangrafik dengan betul.

3.2.6 Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Membaca ,memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik.

2. Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul berdasarkan

perkataan yang dipetik dalam bahan grafik.

EMK : Nilai Murni – Kreativiti dan inovasi

Ilmu – Sivik dan Kewarganegaraan

TMK – Belajar melalui TMK

Sistem bahasa : Kata Dasar, Pengimbuhan

BBB : Komputer, Bahan Grafik, Lembaran Kerja

Penilaian P dan P : Murid mendengar, memahami dan memberi respons terhadap

sesuatu arahan serta menulis ayat tunggal dan majmuk dengan betul.

Page 25: Strategi pembelajaran gabungan

LANGKAH PENGAJARAN

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

CATATAN

SET INDUKSI ( 5 Minit )

Pengetahuan Sedia Ada Bersoal Jawab

- Murid menjawab soalan yang diaju oleh guru tentang kebersihan dan kesihatan - Murid menyatakan pengetahuan mereka tentang cara menjaga kebersihan di rumah. - Murid menerangkan kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan. Contoh soalan : 1) Apakah maksud otak sihat badan cergas ? 2) Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan ? 3) Bagaimanakah kita menjaga kebersihan di rumah ?

Nilai Murni: - Menjaga Kebersihan KBT : KB - Menjana Idea - Intrapersonal

LANGKAH SATU

( 15 minit )

Menaakul maklumat yang terdapat dalam cerita Menonton Video

- Murid menonton video yang berkaitan dengan tajuk di layar putih. - Murid menonton video dengan gembira sambil mencatat maklumat yang terdapat dalam cerita. - Murid menyatakan isi-isi penting yang terdapat dalam cerita. - Murid menerangkan beberapa nilai murni yang terdapat dalam cerita.

Nilai Murni: - Hormat- menghormati KBT : KB-mengumpul dan mengelaskan BCB-mendengar dengan berkesan EMK: -kreatif TMK –belajar melalui TMK

LANGKAH KEDUA

( 15 minit )

Membaca petikan secara mekanis Mengimplak beberapa perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan

- Guru meminta guru melihat petikan teks yang dipaparkan di layar video. - Murid dikehendaki membaca petikan secara senyap. - Guru meminta seorang murid untuk memimpin bacaan di hadapan kelas. - Murid membaca petikan secara kuat

Sistem Bahasa: - Kata dasar Nilai Murni: - Kerjasama KBT :

Page 26: Strategi pembelajaran gabungan

Menyatakan kata dasar berdasarkan perkataan berimbuhan yang diperolehi dalam petikan

dengan dipimpin oleh rakan mereka. - Guru membetulkan kesalahan sebutan secara terus sekiranya terdapat sebarang kesalahan sebutan. - Murid memetik perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan yang dibaca dan menyebutnya secara kuat. - Murid menyatakan kata dasar bagi perkataan berimbuhan yang diperolehi dalam petikan. Contoh : Kata berimbuhan - membersih Kata dasar - bersih

KB-mengumpul dan mengelaskan BCB- bacaan intensif EMK: -kreativiti dan Inovasi -TMK - belajar melalui TMK

LANGKAH KETIGA

( 20 minit )

Aplikasi Idea Membina Ayat Majmuk berdasarkan perkataan yang diperolehi dalam petikan

- Guru menulis perkataan berimbuhan di papan tulis. - Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat. - Guru meminta beberapa orang murid untuk membina ayat secara spontan berdasarkan perkataan yang ditulis. - Guru membetulkan kesalahan ayat yang dibina oleh murid secara terus. - murid mendapat idea untuk membina ayat majmuk berdasarkan ayat spontan yang dibina oleh rakan mereka. - Murid membina ayat majmuk di dalam helaian latihan yang dibekal oleh guru.

Sistem Bahasa: -Ayat Majmuk Nilai : - Rajin berusaha KBT : KB-menjana idea EMK: -kreativiti dan inovasi -TMK –belajar melalui TMK

PENUTUP ( 5 minit )

Rumusan Isi Pelajaran Menonton Tayangan Video

- Guru dan murid berbincang tentang pelajaran yang dipelajari pada hari ini. - Guru akan menerapkan nilai-nilai murni dari pelajaran yang dipelajari. - Murid menonton tayangan video

Nilai Murni : -Menjaga Kebersihan - Menghormati rakan - kasih-sayang

Page 27: Strategi pembelajaran gabungan
Page 28: Strategi pembelajaran gabungan
Page 29: Strategi pembelajaran gabungan
Page 30: Strategi pembelajaran gabungan

BAB III (Tugasan Ketiga)

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN

1.1 Kekuatan

Pada keseluruhannya, pencapaian objektif pada hari ini sekurang-

kurangnya 90% murid telah menguasai pelajaran yang diajar berdasarkan

kepada pembelajaran gabungan ( Blended Learning ). Kekuatan yang dapat

saya kenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

kelantangan suara ketika saya memberi arahan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Kelantangan suara ini telah memudahkan murid untuk

memahami arahan dengan jelas dan dapat melakukan setiap aktiviti yang telah

dirancang.

Set induksi yang telah saya buat adalah aktiviti menonton tayangan video

telah menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti pembelajaran. Penglibatan

semua murid dalam aktiviti berkumpulan juga aktif. Kelas pada hari ini juga

dapat dikawal dan tidak wujud gangguan-gangguan dari dalam atau luar bilik

darjah. Oleh yang demikian, saya telah menwujudkan kumpulan untuk

memudahkan murid menjalankan aktiviti. Set induksi yang telah saya buat telah

menarik minat murid dan murid telah dapat mengetahui tajuk yang akan

dipelajari.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat memberi tumpuan

dan dapat menjawab soalan yang telah diberikan.Dengan ini, saya amat berpuas

hati dengan pengurusan yang telah dibuat bagi melancarkan sesi pengajaran

dan pembelajaran. Soalan yang disediakan adalah berpandukan kepada petikan

yang telah disediakan.

Page 31: Strategi pembelajaran gabungan

Bilangan murid yang telah dijalankan sesi pengajaran dan pembelajaran

seramai 30 orang manakala tiga orang murid tidak hadir.Kesemua murid yang

hadir iaitu seramai 30 orang dapat menguasai pembelajaran pada hari

ini.Keadaan kelas pada hari ini berada dalam keadaan yang baik telah

melancarkan pembelajaran yang berlangsung.

1.2 Kelemahan

Terdapat juga kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

pada hari ini. Kelemahan yang dapat dilihat adalah dalam pengurusan masa.

Pengurusan masa yang tidak cekap menyebabkan terdapat kepincangan

semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Masa satu jam yang

telah diperuntukkan tidak mencukupi untuk menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran.

1.3 Cara Mengatasi

Penambahbaikan perlu dilakukan bagi mengatasi kelemahan ini agar ianya

tidak akan berulang pada masa hadapan. Pengurusan yang penting adalah dari

segi masa.Pengurusan masa yang baik membolehkan pembelajaran gabungan

dapat dijalankan dengan sepenuhnya.Pada masa hadapan aktiviti yang

dirancang perlulahbersesuaian dengan murid Tahun 3 bagi membolehkan aktiviti

pengayaan dan aktiviti pemulihan dapat dilaksanakan.

Page 32: Strategi pembelajaran gabungan

2.0 RUJUKAN

Abdul Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan Amalan pengajaran. Kuala Lumpur.

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abd.Rahim Selamat dan Ismail Hj. Adnan.(1990). Pusat Sumber Pendidikan dan

Negeri, Sekolah dan Daerah. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise.

Amstrong T. (1994). Multiple Intelligences in the classroom.ASCD, Alexandria,

Virginia, USA.Association for supervision and Curriculum Development.

Ee Ah Ming. (1991). Pedagogi: satu Pendekatan Bersepadu. Petaling Jaya.

Penerbitan Fajar Bakti. Sdn. Bhd.

Eng. A. J. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur. PTS Professional

Publishing. Sdn. Bhd.

Hajah Noresah bt. Baharom(Ketua Editor). (2007). Kamus Dewan, Edisi

Keempat : Dewan Bahasa dan Pustaka : Percetakan Dawana Sdn. Bhd.

Husin Fateh Din,Nazariyah Sani,Mastura Mohd Berawi,Siti Hajar Idrus.(2011).

Literasi Bahasa Melayu.Puchong:Penerbitan Multimedia.

Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan

Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Page 33: Strategi pembelajaran gabungan

Muhammad Khairi Mohamed Nor, Norsyazwani Zulkifli .(2012).Pengajaran &

Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer .Puchong,Selangor :

Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Pusat perkembangan Kurikulum.(1997). Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran

Masteri Dalam KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur. Percetakan Naz. Sdn. Bhd.

Chaeruman,Uwes A. 5 Kunci Meramu Blended Learning secara Efektif.

Penilaian Tahap Kecakapan PTK, Bahagian II Kompetensi Khusus .Fungsi).

(2004). Pataling Jaya : Penerbit Femina

Ragbir Kaur Joginder.(2010). Panduan Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah

Rendah).Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Rujukan Internet

http://www.teknologipendidikan.net/?p=499

http://www.muhammadnoer.com/2010/07/blended-learning-mengubah-

http://matematikablendedlearning.blogspot.com/2010/11/strategi-

http://en.wikipedia.org/wiki/Blended_learning

Page 34: Strategi pembelajaran gabungan

Bab IV ( Lampiran )

1.0 “Slaid Powerpoint”

Page 35: Strategi pembelajaran gabungan
Page 36: Strategi pembelajaran gabungan
Page 37: Strategi pembelajaran gabungan
Page 38: Strategi pembelajaran gabungan