STRATEGI & TEKNIK BERCAKAP

download STRATEGI & TEKNIK BERCAKAP

of 102

Transcript of STRATEGI & TEKNIK BERCAKAP

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 20111.0 Asal Usul Bahasa Melayu Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. Ada yang mempercayai kerajaan Molo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera, daripada sebatang sungai yang deras alirannya, itu Sungai Melayu. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan yang merupakan kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera yang juga merupakan kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum masihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Selain itu, mereka juga bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan mereka lebih banyak daripada Melayu Proto yang menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Mereka ini merupakan kumpulan pertama dan kedua yang dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011

2.0 Tempat asal usul Bahasa Melayu Bahasa Melayu dikatakan bermula dari dua kawasan sekitar kawasan Asia Tenggara dan kawasan Nusantara. Bagi kawasan Asia Tenggara, menurut kajian orang Melayu dikatakan berasal dari bahagian selatan China iaitu Indo-China, pantai timur China selatan iaitu Champa dan Kampuchea. Penghijrahan dari utara (bahagian selatan China) ke selatan, iaitu Nusantera dilakukan secara berkelompok. Hal ini, menyebabkan penurunannya kelompok Melayu. Teori Hendrik Kern 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011(Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masihi. Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang MelayuProto seperti orang-orang Jakun, Negrito, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini manakala orang-orang Melayu-Proto merupakan orang Asli. Golongan Melayu-Deutro telah menurunkan orang Melayu Moden. Mereka telah membina pertempatan di pesisiran pantai dan menetap disitu. Senario ini, membuktikan bahawa golongan Melayu-Deutro mempunyai peradaban yang lebih tinggi berbanding golongan Melayu-Proto. Mereka mempunyai kemahiran-kemahiran yang tinggi seperti dalam bidang perlayaran. Walaubagaimanapun, pendapat yang mengatakan orang Melayu berasal dari selatan China amat meragukan disebabkan tiada tarikh yang dan bukti yang kukuh. Bagi kawasan Nusantara pula, dalam hal ini, orang Melayu tidak datang dari mana-mana dan mereka adalah orang tempatan. Seorang sarjana Inggeris bernama J Crawfurd, membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumetera, Jawa, Klimantan dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahasa yang tersebar di Nusantara berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (Bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Sumetera ( Bahasa Melayu). Bahasa Melayu dan bahasa Jawa ialah induk bahasa-bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaaan yang tinggi di dalam abad kesembilan belas. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Beliau membuat kesimpulan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana. Mereka adalah induk yang menyebarkannya ke tempat-tempat lain. Bahasa Jawa adalah bahasa tertua dan bahasa induk kepada bahasa-bahasa.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 20113.0 Perkembangan Bahasa Melayu Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.

3.1 Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara yang mencapai Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya berasal dari Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa Melayu Kuno Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana pengaruh agama Hindu, bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi dan sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa seperti Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M), Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M), Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) dan Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M). Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno ialah mempunyai banyak kata-kata pinjaman Sanskrit, susunan ayat bersifat Melayu, bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan), bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan), awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas), awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat niparwuat), ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) dan huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya).

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 20113.1.1 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting iaitu batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) yang ditulis dalam huruf India, mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit dan bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke7. Selain itu, batu bersurat yang kedua di Minye Tujuh, Acheh (1380) yang masih memakai abjad India, buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Seterusnya batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) yang ditulis dalam tulisan Jawi untuk membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

3.2 Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu Zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan Zaman kerajaan Johor-Riau. Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf alSingkel. Ciri-ciri bahasa klasik ialah ayat yang panjang, berulang, berbelit-belit, banyak menggunakan ayat pasif, menggunakan bahasa istana, menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih), menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) sebermula, alkisah, hatta, adapun, susunan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''.

3.3 Bahasa Melayu Moden 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Bermula pada abad ke-19, hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

3.4 Bahasa Melayu dalam Kerajaan Sriwijaya Apabila diperhatikan, tarikh dan isi kandungan batu-batu bersurat yang tersebut di atas dapat dikaitkan dengan zaman kerajaan Sriwijaya. Tarikh 633, 684 dan 686 yang tercatat pada batu-batu tersebut amat penting kerana ini merupakan tarikh zaman mula naiknya kerajaan Sriwijaya, sebuah kerajaan tempatan yang kemudiannya berkembang luas mempengaruhi hampir seluruh kepulauan Melayu. Keempat-empat batu bersurat itu dijumpai di pusat kerajaan Sriwijaya dan isinya jelas menunjukkan bahawa tulisan ini dibuat atas perintah raja. Dengan demikian, ini membuktikan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan kerajaan tersebut, yakni sebagai bahasa rasmi sebuah kerajaan yang besar dan luas jajahan takluknya yang pada saat kegemilangannya meliputi Sumatera, Jawa, Semananjung Tanah Melayu, Segenting Kera dan Sri Lanka. Hakikat kewujudannya bahasa melayu disokong dengan sumber daripada tulisan pengembarapengembara Cina, yang telah singgah di kawasan ini dalam pengembaraan mereka di India. Berdasarkan sumber ini A.Teeuw (1952) telah menulis, Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti bahawa Bahasa Melayu sudah dalam abad-abad berikutnya, dapat dan memang dipakai sebagai bahasa pengantar kebudayaan, sedang dalam hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa itu untuk keperluan sedemikian dalam daerah-daerah yang bukan masuk daerah bahasa melayu yang sesungguhnya. Di samping empat batu bersurat yang dibicarakan di atas, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Sriwijaya ini yang menjadi bukti kewujudan bahasa Melayu. 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Sebuah batu bersurat bertarikh 832 masihi telah dijumpai di Gandasuli, di daerah Jawa Tengah. Sebuah lagi bertarikh 1000 masihi, dijumpai di daerah Bengkulu. Di sekitar Padang Lawas, Tapanuli, dijumpai sebuah patung gangsa dengan tulisan pada kaki alasnya, bertarikh 1029 Masihi. Dan di Padang Roco, daerah Batanghari, dijumpai sebuah patung bertarikh 1286 dan terdapat, untuk pertama kali, perkataan Malaya atau Melayu, iaitu pada bahagian belakang patung tersebut. Tegasnya, zaman Sriwijaya, iaitu kira-kira dari abad ke-7 hingga ke-13 Masihi, merupakan zaman bermulanya kegemilangan Bahasa Melayu. Kerajaan Sriwijaya, walaupun kuat dipengaruhi budaya hindu buddha, tidak menyingkirkan bahasa melayu malah sebaliknya menerimanya sebagai bahasa untuk kegiatan pentadbiran, perdagangan dan perhubungan umum. Sesuai dengan sifat kerajaan-kerajaan tua yang cenderung kepada kegiatan meluaskan kerajaannya makan, perluasan kerajaan Sriwijaya bererti penyebaran bahasa Melayu ke daerah-daerah yang ditaklukinya. Walaupun bahasa Sanskrit mendapat tempat juga di samping bahasa Melayu, namun bahasa Sanskrit hanya sesuai sebagai bahasa agama, digunakan hanya dalam kalangan cerdik pandai atau sami-sami Buddha dan Hindu sahaja, iaitu di kawasan-kawasan istana . Sebagai sebuah kerajaan yang besar, pengaruh Sriwijaya tidak hanya terikat pada daerah-daerah yang di bawah takluknya, bahkan meluas juga kepada negara-negara tetangganya, dan ini memungkinkan penyebaran bahasa Melayu seterusnya ke daerah-daerah sekitaran tersebut, sehingga bahasa Melayu terus menapak serta memperkukuhkan peranannya sebagai lingua franca di kepulauan Nusantara. Selepas Sriwijaya, daerah Nusantara mengalami kegemilangan Kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa Pada masa ini bahasa Jawa. Pada masa ini bahasa Jawa memainkan peranan yang lebih utama, namun demikian ini tidak bererti Bahasa Melayu menjadi malap sama sekali, kerana dipercayai bahawa oleh sebab kesederhanaannya, Bahasa Melayu tetap berfungsi sebagai bahasa perhubungan antara penduduk-penduduk wilayah ini. Tambahan lagi di beberapa daerah pesisir Sumatera, khususnya di Jambi masih terdapat negeri Melayu (1291) yang meneruskan sistem pentadbiran kerajaan Melayu, walaupun di bawah takluk kerajaan Majapahit. Melalui pentadbiran Kerajaan Melayu ( Jambi) ini, bahasa Melayu terus memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa perhubungan, terutama di daerah pesisir Sumatera. Keadaan ini berlaku walaupun dalam zaman keagungan kerajaan Majapahit itu jajahan takluknya melebihi keluasan wilayah Indonesia sekarang, sebagaimana yang diriwayatkan dalam syair Negarkertagama ( 1365 ) dan buku Pararaton ( 1480 ).

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah pengaruh kebudayaan dan kesusasteraan Majapahit di seluruh daerah Nusantara ketika itu. Tulisan Sastera Jawa yang mengisahkan cerita-cerita panj Jawa dan mitos Majapahit tersebar luas, yang kemudian menjadi bahan cerita saduran dalam Bahasa Melayu seperti cerita Kuda Deraspati dan sebagainya. Walaupun semua teks cerita-cerita Panji ini berasal dari Pulau Jawa, namun kerana telah diterjemahkan atau disadur ke dalam bahasa Melayu, maka karya-karya itu dikenlai sebagai Panji Melayu.

3.5 Bahasa Melayu dalam Zaman Melaka dan selepasnya Zaman yang penting bagi bahasa Melayu ialah Zaman Kerajaan Melaka, iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu. Keagungan kerajaan Melayu Melaka cukup jelas tergambar dalam Sejarah Melayu, satu-satunya magnum opus yang mengharumkan serta meletakkan imej bahasa Melayu ke mercu yang amat tinggi. Zaman ini bermula pada abad ketiga belas yang merupakan zaman peralihan bagi daerah Asia Tenggara secara keseluruhannya. Pada masa itu, agama Islam mula bertapak, serentak dengan kebangkitan kuasa kerajaan Melayu Melaka. Pencantuman dua semangat baru membawa erti yang besar bagi masyarakat wilayah ini. Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam, satu agama yang tinggi darjah kebudayaannya. Ini dijalankan dengan mudahnya melalui pengaruh politik Melayu pada masa itu. Hasil daripada faktor-faktor ini ialah perkembangan yang berlaku pada bahasa Melayu itu sendiri, Bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baharu, iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan katanya bertambah dengan pesatnya, iaitu terbit daripada keperluan untuk memperkatakan idea-idea baru yang dibawa oleh peradaban Islam. Yang paling penting ialah perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusateraan, bidang penggunaan bahasa sebagai alat penyampaian seni. Kebenaran hakikat ini menjadi semakin jelas daripada catatan dalam buku yang dihasilkan oleh Jan Huyghen Van Linschotten, seorang Belanda yang pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586-1592 sebagai seorang pegawai kepada seorang pemerintah portugis Beliau telah menyatakan bahawa bahasa Melayu pada masa itu bukan sahaja sangat harum namanya tetapi juga dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri Timur, dan bahawa orang yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri Timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan Bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan Bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 20113.6 Bahasa Melayu dalam Zaman Pemerintahan Belanda dan Inggeris Sebelum Inggeris bertapak di Semananjung Tanah Melayu dan memegang teraju pemerintahan, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk-penduduk negara ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan ( istana ), dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketka itu seperti pusat-pusat pusat pengajian Islam, kelas-kelas agama dan institusi-institusi yang seperti itu. Perhubungan antara rakyat jelata dijalankan melalui Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang-orang bukan Melayu. Demikian juga kejayaan Bahasa Melayu tergambar menerusi hasil-hasil kesusteraan pada awal abad kelapan belas Francios Valentjin, dalam karangannya yang mengandungi enam jilid telah menyenaraikan karya-karya ilmu pengetahuan yang ditulis tentang kepulauan Melayu dan yang wujud pada akhir abad ketujuh belas dan awal abad kelapan belas. Karya Valentjin ini merupakan satu bukti nyata tentang keupayaan Bahasa Melayu pada masa itu. Dalam Zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya pada ketika sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan rasmi di kelima-lima buah negeri Melayu tidak bersekutu hanya selepas perang Dunia kedua, apabila negeri-negeri mereka didatangi oleh pegawai-pegawai tadbir Inggeris yang baru, yang kebanyakannnya diserap daripada pegawai-pegawai tentera yang jahil terhadap bahasa Melayu, maka kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula menghadapi suatu keadaan terancam. Pengaruh pentadbiran pegawai-pegawai Inggeris yang baru segera membawa tekanan pada seluruh aspek kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baharu yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi Tuan dan segala yang bersangkut dengan cara hidup mereka diberi nilaian tinggi, termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar dalam sistem Persekolahan yang melalui kelulusan yang diperoleh menjadi asas untuk mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi. Dalam kalangan orang Melayu sendiri lahirlah satu golongan yang tidur bangun bersama-sama bahasa Inggeris. Maka, merosotlah kedudukan Bahasa Melayu, menjadi bahasa pengantar di peringkat persekolahan yang paling rendah dan bahasa perhubungan golongan bawahan. Hanya di beberapa buah negeri sahaja, iaitu negeri-negeri yang tidak termasuk dalam negeri-negeri Melayu Bersekutu, Bahasa Melayu digunakan dalam kedudukan yang tinggi.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Di negeri-negeri Melayu Bersekutu, Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa pengantar pada sebahagian besar sistem pendidikan dan bahasa yang diberi kedudukan tinggi. Namun demikian, dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusateraan Melayu terus dihasilkan, ditulis bukan oleh golongan cendikiawan berpendidikan barat tetapi oleh para cerdik pandai lulusan sistem persekolahan Melayu dan Arab.

4.0 SISTEM BUNYI BAHASA MELAYU Untuk menguasai kemahiran bercakap, seseorang itu mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang fonologi atau dalam kata lain disebut sistem bunyi sesuatu bahasa. Selain itu, keupayaan menerapkan sistem tersebut dengan lancar dan fasih dalam pertuturannya juga amat penting dalam menguasai kemahiran bercakap. Dalam kemahiran bercakap, seseorang itu haruslah mengetahui jenis-jenis bunyi seperti vokal, konsonan dan diftong dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan dengn menggunakan alat-alat pertuturan yang tertentu. Seperti bahasa lain, bahasa melayu juga mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bercakap yang baik dan berkesan, seseorang itu haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.

5.0 ALAT-ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA Bibir : Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir

membunyikan bunyi [i], keadaannya menjadi terhampar dan apabila membunyikan bunyi [u], bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar dari rongga mulut. Contohnya, apabila membunyikan bunyi [m], udara akan disekat pada bahagian bibir.

Lidah : Lidah adalah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-

bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah dan belakang lidah. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011penghasilan bunyi-bunyi vokal seperti vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif. Bahagian ini boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Lidah merupakan alat yang paling aktif dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan disebut sebagai artikulator.

Gusi ( alveolar) : gusi merupakan alat pertuturan yang terletak di antara gigi dan lelangit

keras. Gusi berfungsi sebagai daerah artikulasi iaitu daerah penyebutan. Gusi penting dalam penghasilan bunyi seperti [t], [d], [l] dan lain-lain dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit : lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit keras (palatal) dan

lelangit lembut (velar). Lelagit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi. Manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Manakala lelangit lembut pula terletak di dalam sedikit iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunnaikkan. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Lelangit lembut amat penting dalam menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan adalah sebaliknya.

Anak tekak (uvular) : anak tekak terletak pada bahagian belakang rongga mulut dan

berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersamasama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu sengau atau tidak. Oleh itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan iaitu sama ada dinaikkan atau diturunkan.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Gigi : gigi juga berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi peranannya adalah kurang aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [], [] dan [], gigi juga berperanan sebagai daerah penyebutan.

Rongga : rongga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rongga mulut, rongga hidung dan

rongga tekak. Rongga merupakan bahagian yang lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga tekak bermula dari bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang hadapan belakang lidah membawa keapada bahagian bibir (sebelah dalam). Manakala rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak hinggalah ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup bergantung kepada keadaan iaitu sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan.

Pita suara : Pita suara terletak dalam ruang kerongkong dan amat penting dalam penghasilan

bunyi.

Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup.

Ruang di antara kedua-dua selaput itu dipanggil glotis. Pita suara berperanan penting dalam penghasilan bunyi sama ada bersuara atau tidak. Apabila selaput disempitkan dan udara keluar dari paru-paru, maka akan berlakunya getaran. Bunyi ynag dihasilkan dipanggil bunyi bersuara. Apabila selaput suara itu direnggangkan dan glotis terbuka, getaran tidak akan berlaku walaupun udara keluar melaluinya dan bunyi yang terhasil ialah bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara dirapatkan terus, udara akan mengalami sekatan dan jika udara itu dilepaskan secara serta-merta bunyi yang terhasil adalah bunyi batuk. Sebaliknya, apabial pita suara dibuka dengan luas, udara tidak mengalami sekatan malah keluar dengan bebas dan getaran tidak berlaku langsung, maka bunyi yang terhasil ialah bunyi bisikan.

Rahang : rahang tidak mempunyai peranan yang begitu penting dalam penghasilan bunyi-

bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya penting dalam penghasilan bunyi-bunyi

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011vokal. Keadaan buka di antara kedua rahang atas dan bawah adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [i] dan [u] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [a].

6.0 PENGHASILAN BUNYI Untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa, udara dikeluarkan dari kedua belah paru-paru melalui rongga kerongkong dan pita suara. Kemudian masuk ke rongga tekak dan seterusnya masuk ke rongga mulut atau rongga hidung. Semasa dalam perjalanan keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara itu mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin juga tidak. Sekiranya semasa udara lalu pada pita suara, pita suara itu tertutup rapat dan udara terpaksa keluar secara terdesak dan kan menghasilkan bunyi yang timbul iaitu bunyi batuk. Dalam Bahasa Melayu, kedua-dua jenis bunyi ini iaitu bunyi bersuara dan tidak bersuara memang terdapat terutamanya pada bunyi konsonan. Bunyi vocal pula merupakan bunyibersuara. Kalau pita suara itu renggang sedikit dan udara dapat keluar melaluinya, pita suara itu akan bergetar dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Bila pita suara itu lebih renggang maka udara boleh keluar dengan mudah, pita suara tidak bergetar dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara yang keluar dari pita suara tadi akan masuk ke rongga tekak dan dari sini mungkin akan terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Yang mengatur jalan udara ini sama ada rongga mulut atau rongga hidung ialah lelangit lembut dan anak tekak. Kalau lelangit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung, udara akan keluar melalui hidung. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi sengau. Sekiranya ruang ke rongga hidung tertutup, udara keluar melalui rongga mulut dan akan menghasilkan bunyi tidak sengau.

7.0 PENGHASILAN BUNYI VOKAL Vokal adalah bunyi-bunyi bersuara yang terhasil sewaktu udara keluar dari paru-paru melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan atau gangguan. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciriciri kelantangan dan kepanjangan, dalam kata lain bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal-vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vocal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a], [e], [i], [o] dan [u]. 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011VOKAL Hadapan sempit Hadapan separuh sempit Hadapan luas Tengah Belakang sempit Belakang separuh sempit LAMBANG HURUF I e (taling) A e (pepet) U O

Pembahagian vokal-vokal di atas dibuat berdasarkan bahagian lidah yang berperanan dan mengikut ketinggian lidah diangkat. Vokal hadapan misalnya, dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah pada aras yang berubah-ubah iaitu menghala ke arah lelangit keras. Vokal-vokal itu dibezakan mengikut tinggi atau rendahnya hadapan lidah diangkat. Sekiranya hadapan lidah dinaikkan tinggi, maka terhasillah vokal [i], kalau separuh tinggi atau separuh sempit terhasillah vokal [e], sekiranya separuh luas terhasil dan diangkat sedikit sahaja maka terhasillah vokal [a]. Keadaan bibir terhampar, sementara keadaan rahang pula mengikut luas atau sempitnya vokal-vokal itu. Vokal belakang pula dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut tetapi tidaklah sampai menyentuh lelangit lembut. Sekiranya lidah belakang itu dinaikkan lebih tinggi, rongga mulut menjadi sempit dan terhasillah vokal [u]. Kalau separuh sempit, terhasil vokal [o]. Kedudukan bibir bundar dan luas buka rahang mengikut luas sempitnya vokal itu.

VOKAL [i] Dibunyikan dengan menaikkan hadapan lidah hingga hampir-hampir menyentuh lelangit keras sementara hujumg lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidumg. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan bibir berada dalam keadaan terhampar. Vokal ini hadir dalam semua lingkungan iaitu pada awal, tengah dan akhir perkataan. Contoh : ipar, ikhlas, bilik, pikul, tidur, hari, jari dan lari. VOKAL [e]

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan tetapi tidak setinggi seperti membunyikan vokal [i]. kedudukan alat-alat pertuturan lain adalah sama seperti penghasilan vokal [i]. Contoh : elak, elok, enak, belok, bengkok, lencong, kole, tauke dan tauge. VOKAL [a] Dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya, iaitu lebih rendah daripada membunyikan vokal [e]. kedudukkan alat-alat lain adalah sama seperti penghasilan vokal [i] dan vokal [e]. Contoh : alur, amat, ambil, ramal, pakai, takat, sama, tangga dan siapa. VOKAL [] Untuk membunyikan vokal ini, bahagian tengah lidah diletakkan diantara kedudukan untuk mengeluarkan vokal separuh loas dan vokal separuh sempit. Keadaan bibir tidak dibundarkan dan pembukaan rahang adalah sederhana. Dalam sebutan bahasa Melayu baku, vokal ini tidak lahir pada suku kata akhir terbuka. Vokal ini hadir pada awal dan tengah perkataan. Contoh : empat, empuk, tepat, gerak, enam, keras dan kenduri. VOKAL [u] Dibunyikan dengan mengangkat bahagian hadapan belakang lidah ke arah lelangit lembut. Hujung lidah diundurkan dari gigi bawah dan lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Keadaan bibir tidak terlalu bundar dan pembukaan rahang adalah sederhana. Contoh : ubat, ulat, pulut, pukat, turun, kutu, sepatu dan buku. VOKAL [o] Dihasilkan dengan menurunkan bahagian belakang lidah lebih rendah daripada kedudukan lidah semasa membunyikan vokal [u]. kedudukan hujung lidah pula sama seperti ketika membunyikan vokal tersebut dan kedudukan bibir adalah bundar. Contoh : obor, orang, olah, bongkok, sombong, borang, toko, solo dan polo.

8.0 PENGHASILAN BUNYI KONSONAN 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Bunyi konsonan adalah bunyi-bunyi selain daripada bunyi vokal. Ketika menghasilkannya udara yang keluar daripada paru-paru mengalami sekatan atau sempitan di rongga mulut, hidung atau tekak oleh alat-alat artikulator yang tertentu. Bunyi-bunyi konsonan juga ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi-bunyi konsonan juga dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli adalah konsonan yang memang sedia ada dalam sistem bunyi bahasa melayu. Menurut Yunus Maris (1980), terdapat Sembilan belas konsonan asli bahasa melayu dan berdasarkan cara pengeluaran dan daerah-daerah artikulasi. Konsonan tersebut dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu letupan (plosive), geseran (frikatif), letusan (afrikat), getaran, sisihan (lateral), sengauan (nasal) dan separuh vokal. Konsonan pinjaman pula adalah konsonan yang dipinjam daripada bahasa asing iaitu daripada bahasa arab, Sanskrit dan bahasa inggeris. Konsonan-konsonan itu dipakaidalam perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa sumber itu sendiri.

KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU Cara penyebutan Letupan tidak bersuara Letupan bersuara Letusan tidak bersuara Letusan bersuara Geseran tidak bersuara 1 s H B d g P t Dua bibir gusi Lelangit keras-gusi Lelangit keras Lelangit lembut k glotal

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Getaran Sisian Sengauan Separuh vokal M W r l n y

Letupan dua bibir ( plosive bilabial)

Dihasilkan apabila udara yang keluar dari rongga mulut disekat dengan menutup kedua-dua bibir dan kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Apabila lapisan suara dirapatkan, bunyi yang terhasil adalah letupan dua bibir yang tidak bersuara. Contoh letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan contoh letupan dua bibir bersuara [b]. Letupan gusi (plosive alveolar) Dihasilkan apabila hujung lidah dinaikkan pada gusi sebelah atas bagi menyekat perjalanan udara yang keluar dari paru-paru. Sekatan itu kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Lelangit lembut pula dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi letupan gusi bersuara, lapisan suara dirapatkan dan bagi bunyi letupan gusi tidak bersuara pulalapisan suara direnggangkan. Contoh letupan gusi tidak bersuara [t] dan contoh letupan gusi bersuara [d]. Letupan lelangit lembut (plosive velar) Dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru disekat pada bahagian lelangit lembut yang dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Sekatan itu kemudiannya dilepaskan dengan sertamerta. Pita suara digetarkan sekiranya letupan lelangit lembut itu letupan bersuara dan lapisan suara berada dalam keadaan rapat. Sekiranya letupan lelangit lembut itu tidak bersuara, selaput suara adalah renggang dan pita suara tidak bergetar. Contoh letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan contoh letupan lelangit lembut bersuara [g].

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Letupan glottis Dihasilkan apabila selaput suara dirapatkan serapt-rapatnya. Anak tekak dinaikkan dan udara dari paru-paru disekat pada glottis, kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Bunyi ini digunakan untuk menyebut bunyi yang dilambangkan oleh huruf k di akhir perkataan dan pada perkataanperkataan yang terdiri daripada struktur KVVK. Contoh : kakak, aik, bengkak, saat, kerajaan dan keadaan. Geseran gusi (frikatif alveolar) Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan uadara ke rongga hidung. Lidah dirapatkan pada gusi untuk menyempitkan ruang perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut. Oleh sebab bunyi ini bunyi geseran gusi tidak bersuara, pita suara tidak bergetar. Contoh: satu, sama, sukat, kesal, besar, bebas dan kemas. Geseran glottis Cara menghasilkan bunyi ini adalah sama seperti di atas, hanya sempitan dilakukan pada bahagian glottis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut akan terhasil bunyi geseran. Contoh : habis, humban, hilang, mahal, tahan, mahir, lemah dan tanah. Letusan gusi lelangit keras ( afrikat palato-alveolar) Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan cara yang sama seperti penghasilan bunyi letupan. Yang membezakannya ialah uadara yang disekat dilepaskan dengan perlahan. Lelangit lembut dinaikkan dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara, pita suara digetarkan dan untuk bunyi letusan yang tidak bersuara, pita suara tidak digetarkan. Contoh geseran gusi lelangit keras tidak bersuara : cawan, cacat, kacau, pancing dan mac. Contoth gseran gusi lelangit keras bersuara : jalan, jalur, jambatan, kejar, kolej dan imej. Getaran gusi (getaran alveolar) Dihasilkan dengan lelangit lembut diangkat hingga terkena pada belakang rongga tekak. Hujung lidah dikenakan pada gusi dan pita suara digetarkan. Rongga hidung ditutup dengan menaikkan lelangit lembut dan anak tekak. Udara yang lalu pada rongga mulut digetarkan pada gusi.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Contoh: rambut, rumput, ramai, gurau, kasar , pasar dan besar. Sisian gusi (lateral alveolar) Untuk menghasilkan konsonan ini, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagian tengah gusi. Udara yang keluar melalui rongga mulut hanya boleh keluar melalui kedua-dua belah tepi lidah. Contoh : lambat, lali, larut, kulat, pulau, kelam, kental dan kapal. Sengau (nasal) Terdapat empat jenis bunyi sengau atau nasal dalam bahasa melayu iaitu sengau dua bibir (nasal bilabial), sengau gusi ( nasal alveolar), sengau lelangit keras (nasal palatal) dan sengau lelangit lembut (nasal velar). Bunyi-bunyi dihasilkan dengan membiarkan udara yang keluar daripada paru-paru terus keluar melalui rongga hidung. Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka. Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu seperti pada bibir, gusi, lelangit keras atau lelangit lembut. Semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara dan ini bermakna semasa menghasilkannya, pita suara mengalami getaran. Contoh sengau dua bibir: makan, mula, minum, kumis, jumaat, semua, talam dan kelam. Contoh sengau gusi : nasib, nanas, nobat, kena, benih, jernih, main, beban dan korban. Contoh sengau lelangit keras : nyanyi, nyaman,nyanyuk, banyak, kenyang dan kunyit. Contoh sengau lelangit lembut : nganga, ngeru, bunga, belalang, pelangi, abang dan bising.

Separuh vokal

Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit kemudian dengan cepat digerakkan lidah ke arah kedudukan semasa membunyikan vokal lain. Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghasilan bunyi-bunyi vokal tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya. Bunyi separuh vokal adalah bunyi-bunyi bersuara dan dalam bahasa melayu terdapat dua jenis konsonan ini.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Contoh separuh vokal dua bibir : wujud, wajib, wajar, dawai, kawal dan bawa. Contoh separuh vokal lelangit keras : yakin, yang, yuran, bayar, bayi dan layar. 9.0 KONSONAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU Cara Bibir/ gigi Gusi Lelangit keras F Lelangit lembut X glotis Rongga tekak

penyebutan gigi Geseran tidak bersuara Geseran bersuara V z

y

Geseran bibir-gigi (frikatif labial-dental) Terhasil apabila gigi atas pada bibir bawah dengan tekanan yang mencukupi. Udara dari paruparu yang keluar dari rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan pada bibir. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir gigi tidak bersuara, pita suara tidak digetarkan dan bagi menghasilkan geseran bersuara pula pita suara digetarkan. Contoh geseran bibir- gigi tak bersuara : fakir, fasih, fajar, afdal, hafaz dan arif. Contoh geseran bibir-gigi tidak bersuara : versi, van, virus, universiti, novel dan aktiviti.

Geseran gigi (frikatif dental) Terhasil apabila hujung lidah dinaikkan ke arah gigi atas gusi untuk menyempitkan ruang udara yang keluar dari rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara dirapatkan untuk menghasilkan bunyi geseran gigi bersuara dan direnggangkan untuk menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara. Contoh geseran gigi tidak bersuara : sabit, sani, salasa, isnin, nahas, waris dan hadis. Contoh geseran gigi bersuara : dalil, darurat, darab, hadir, fardhu dan darul ridhwan.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Geseran gusi (frikatif dental) Terhasil apabila hujung lidah dinaikkan sehingga menyentuh sedikit bahagian gusi. Udara keluar melalui sempitan pada bahagian gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan. Contoh : zabur, zakat, zaman, lazim, zamzam, mambazir, aziz, hafiz dan mahfuz.

Geseran lelangit keras gusi (frikatif palatal-dental) Hadapan lidah dinaikkan kea rah lelangit keras-gusi untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan. Untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara, pita suara digetarkan dan untuk menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara, pita suara tidak digetarkan. Contoh geseran lelangit keras- gusi tidak bersuara : syarat, syarahan, syabas dan musykil. Contoh geseran lelangit keras- gusi bersuara : zalim, zuhur, zahir, takzim,nazam dan nazir.

Geseran lelangit lembut (frikatif velar) Untuk menghasilkan bunyi ini, belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut yang juga dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempit pada bahagian lelangit lembut. Bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut bersuara, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara, pita suara tidak digetarkan. Contoh, Geseran lelangit lembut tak bersuara : khabar, khianat, khamis, ikhtiar dan naskah. Contoh, Geseran lelangit lembut bersuara : ghaib, ghairah, ghazal,maghrib dan baligh.

Geseran glottis

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Dihasilkan apabila pita suara direnggangkan dan belakang lidah diturunkan. Udara daripada paruparu keluar dengan bebas melalui glottis yang terbuka. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Contoh : hajat, hadas, hamil, ahad, ihram, marhum, roh dan nikah.

Geseran rongga tekak (frikatif Faringal) Dihasilkan dengan menyempitkan bahagian rongga tekak iaitu dengan menurunkan bahagian belakang lidah. Lelangit lembut diturunkan untuk memberi ruang kepada udara keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Contoh : Kasar, kamil, sakat, dan kasih.

10.0 ARTIKULASI TAMBAHAN Apabila kita menyebut bunyi-bunyi dalam satu himpunan, akan wujud keadaan pengaruhmempengaruhi di antara bunyi-bunyi sehingga dalam keadaan tertentu seolah-olah wujud satu unsur bunyi lain dalam himpunan bunyi-bunyi itu. Keadaan ini disebut sebagai artikulasi tambahan. Pelelangitkerasan (palatalisasi) Unsur bunyi ini hadir sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi vokal rangkap [ai], [iu], [io] atau [ia]. Dalam penghasilan unsur bunyi ini, lelangit keras turut berfungsi. Pelelangitkerasan juga berlaku sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi urutan bunyi vokal dan konsonan [n] yang seterusnya diikuti oleh konsonan letusan. Contoh : kencang, anjing dan anjung. Glotalisasi Unsur bunyi ini terhasil apabila dalam sesuatu perkataan itu terdapat turutan dua vokal yang sama dan sewaktu membunyikannya berlaku hentian di antara kedua-dua vokal itu. Unsur bunyi ini menyerupai bunyi hentian glottis. Sewaktu menghasilkannya, udara ditahan pada bahagian glottis kemudian dilepaskan dengan serta-merta untuk menghasilkan bunyi yang mengikutinya.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Contoh : taat, saat, jumaat, keadaan dan suun. Penyengauan ( nasalisasi) Unsure bunyi penyengauan hadir pada vokal-vokal yang mengikuti bunyi-bunyi konsonan sengau dan pada struktur-struktur yang telah dinyatakan dalam bahagian vokal-vokal sengau. Pembibiran Unsure pembibiran hadir pada bunyi-bunyi konsonan atau vokal [a], [u] diikuti oleh bunyi vokal [u], [o], [a] atau [i]. sewaktu menghasilkannya, kedudukan lidah mengalami geluncuran dan bibir berkeadaan bundar. Contoh : kuat, maut, taut, kuih, muak dan kaut.

11.0 DIFTONG Diftong terdiri daripada rentetan dua vokal yang mempunyai satu puncak kelantangan dan bertindak sebagai satu fonem. Semasa menghasilkannya, tidak wujud hentian yang boleh memisahkan keduadua vokal itu sehingga membolehkan terbentuknya dua suku kata. Untuk menghasikannya juga, wujud geluncuran bunyi, iaitu daripada satu vokal yang mendahului, kepada satu vokal lain yang mengikutinya. Contohnya, bagi diftong [ai], lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan menghasilkan vokal [a], kemudian digeluncurkan kearah menghasilkan vokal [i]. kelantangan pada diftong adalah pada vokal yang pertama. Contoh: diftong [ai] Hairan ,haiwan ,kedai ,badai dan petai. Contoh: diftong [au] Aurat ,auto ,taubat ,taurat ,tauliah ,tauhu ,kerbau ,sambau dan lampau. Contoh: [oi] Boikot ,amboi ,sepoi dan boroi.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011

12.0 Definisi Kemahiran Bercakap atau berkomunikasi Komunikasi adalah satu proses penyampaian mesej atau maksud oleh individu kepada individu yang lain. Komunikasi berkesan berlaku secara lisan dan bukan lisan di antara dua pihak di mana apa yang diniat dan diperkatakan oleh sesuatu pihak . Pemindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang, kumpulan dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu. Tiga prinsip dalam proses berkomunikasi iaitu melibatkan sekurang-kurangnya dua orang, tidak semestinya percakapan tetapi penghantaran dan penerimaan mesej dan tidak dapat dikawal seperti perbezaan budaya, Penghantar atau pengirim merupakan orang yang mula mencetuskan idea untuk berkomunikasi dengan orang lain dimana penghantar akan menterjemah dan memahami maksud maklumat yang dihantar kepada penerima dan penerima menyimpulkan maklumat menjadi gerakan anggota dan menerangkan idea dan konsep. Dalam mesej pula merupakan maklumat dalam bentuk lisan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima Ia dihantar melalui idea atau saluran tertentu. Penerima pula merupakan orang yang menerima maklumat daripada penghantar. Empat peranan penerima ialah mempunyai rasa iaitu sedar bahawa dia menerima mesej daripada seseorang, menginterpretasikan maklumat iaitu memahami makna dan tujuan penghantaran mesej, menilai maklumat iaitu memikirkan sama ada perlu atau tidak bertindak balas kepada mesej yang diterima dan tindak balas penerima yang menjawab mesej yng diterima iaitu mendiamkan diri dan menyerahkan pada orang lain untuk bertindak. Dekod atau pentafsir kod merupakan proses mentafsir dan menterjemah maklumat yang telah diterima. Maklum balas pula merupakan tindak balas yang diterima oleh penerima kepada penghantar setelah mentafsir maklumat yang telah diterima. Maklum balas berbentuk arahan termasuklah suruhan, soalan, jawapan dan penjelasan. Maklum balas yang bukan berbentuk arahan pula termasuklah mimik muka, nada suara, air muka dan simbolik. Gangguan pula merupakan perkara yang menganggu proses komunikasi sama ada di peringkat pengantar, enkod, mesej, penerima atau dekod.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 201113.0 Bentuk komunikasi Terdapat tiga bentuk komunikasi iaitu menegak, mendatar dan melintang. Komunikasi menegak merupakan pertukaran maklumat antara peringkat dengan peringkat dalam organisasi. Objektif utama komunikasi menegak digunakan dalam organisasi ialah menggalakkan penglibatan sebanyak mana organisasi dan memberi peluang kepada pengurusan atasan mendapatkan maklumat penting daripada pekerja. Komunikasi mendatar pula merupakan pertukaran maklumat secara bebas dalam organisasi. Kebaikan komunikasi jenis ini ialah meningkatkan kerjasama, saling percaya dan komunikasi yang berkesan dalam kalangan pekerja. Ia juga bertujuan untuk memberi tumpuan dalam perkara yang tidak disetujui dari aspek idea tetapi bukan dari aspek peribadi seseorang. Kebanyakan tindakan dan keputusan memberikan kesan terhadap kebolehan orang lain melaksanakan kerja. Manakala bentuk melintang pula melibatkan pertukaran maklumat secara tidak formal.

13.1 Komunikasi Sehala Komunikasi sehala merupakan komunikasi yang tidak memerlukan maklum balas dari penerima kepada penghantar. Komunikasi dari atas ke bawah merupakan pengaliran dari peringkat atasan ke satu peringkat yang lebih rendah dalam sebuah organisasi. Kegunaannya adalah untuk mendeligasikan misi, visi dan objektif, menilai pekerja, menerangkan polisi dan memberi arahan. Komunikasi dari bawah ke atas pula merupakan pengaliran dari peringkat bawahan ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam sebuah organisasi. Masalah yang dihadapi ialah maklumat melalui beberapa peringkat, persaingan anatara maklumat juga wujud sebelum sampai kepada ketua dan kurang kepercayaan ketua terhadap pekerja bawahan. Kegunaannya adalah untuk membuat laporan, menyelesaikan masalah, memberi idea atau cadangan, meluahkan masalah dan menyampaikan maklumat. Manfaat yang diperoleh adalah untuk syarikat sebagai ujian untuk pekerja bawahan dan pekerja akan dihargai kerana diberi peluang.

13.2 Komunikasi Dua hala Komunikasi dua hala merupakan maklumat yang diterima daripada penerima kepada penghantar seperti interaksi antara guru dan murid di dalam bilik darjah . 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011

13.2.1 Kepentingannya Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid- murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran. 13.2.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Guru-guru yang berusaha meningkat keberkesanan komunikasi mestilah bersifat intergratif dan mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut sentiasa bersetuju dengan cadangan murid menerima perbezaan pendapat dari murid, memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah bersimpati dengan masalah murid dan memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid. Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975. Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990 telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar, menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas, sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran, membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas. Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011

13.2.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antara strategi yang boleh digunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna. Selain itu, menggunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Mereka juga menggunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar. Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya ialah guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan untuk menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri iaitu memberi arahan secara lebih positif. Mereka juga menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif. Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid yang 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur . Guru juga harus sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan. Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran dan sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid. Pengulangan isi-isi penting perlu supaya murid akan merasa yakin dan sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran. Guru perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas. 13.3 Komunikasi Lisan Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang melibatkan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Faktor peningkatan pemahaman komunikasi ialah kesedaran iaitu pemahaman tentang sesuatu konsep, pengukuran yang selaras dengan tujuan komunikasi dan maklum balas iaitu respon atau tanda-tanda penerimaan mesej serta pemahamannya. Kebaikannya ialah mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat, alat bantuan komunikasi boleh digunakan, maklum balas yang cepat, tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan dan lebih murah dan meyakinkan. Manakala, keburukannya pula ialah penghantar yang tidak mempunyai komunikasi yang baik amat sukar untuk menyampaikan mesej dan tiada rekod yang kekal kerana bentuk yang tidak nyata.

13.4 Jenis Komunikasi Lain 13.4.1 Perbincangan, Ucapan, Pembentangan Perbincangan merupakan proses mencari jalan penyelesaian. Ucapan merupakan cara penyampaian secara lisan melalui ceramah, pidato dan pembacaan laporan dihadapan sekumpulan pendengar. Dalam pembentangan pula ia terbahagi kepada slaid, LCD, pita rakaman, grafik dan telekonferens. Dalam slaid, ia merupakan negatif filem yang diambil dengan kamera 35mm. Filem pula merupakan rangkaian gambar dalam pita rakaman manakala LCD pula merupakan paparan pada skrin atau hitam putih yang dicetak atas kertas telus. Pita rakaman pula merupakan kaedah merakam suara tanpa sebarang soal jawab. Selain itu, grafik pula merupakan penggunaan bentuk telemudah seperti carta dalam pembentangan. Manakala telekonferens merupakan siaran langsung. 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 201113.4.2 Mesyuarat Mesyuarat merupakan pertemuan antara dua atau lebih orang untuk membuat perancangan, berkongsi maklumat, membuat keputusan dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalam jangka panjang dan pendek. Antara faedah yang diperoleh ialah ahlinya terdiri daripada latar belakang yang berbeza, banyak pendapat, perancangan melibatkan pekerja dapat dijalankan dan pastikan semua yang terlibat memahami sesuatu. Langkah-langkah mesyuarat pula ialah tarikh, tempat, masa dan agenda, memberi dan mendengar cadangan dan mencatat hasil mesyuarat untuk tindakan lanjut. Senarai semak mesyuarat pula dibuat untuk tujuan mesyuarat, ahli yang menghadiri, agenda mesyuarat, persediaan tempat dan setiausaha yang merekod.

13.4.3 Perbualan Telefon Garis panduan menggunakan telefon ialah bercakap dengan jelas, perkataan dinyatakan dengan penuh yakin, nada suara yang munasabah dan bahasa perlu diketahui umum. Butiran dalam memo telefon memperlihatkan nama pemanggil dan nama pemnerima, alamat dan tempat asal pemanggil, nombor telefon pemanggil, catatan dan mesej, tarikh dan masa.

13.5 Komunikasi Berkesan Prinsip komunikasi merupakan pesanan terkawal, bahasa yang mudah difahami, tindakan yang tidak menimbulkan ketidakselesaan dan perhatian ditumpukan sepenuhnya.

14.0 Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan salah satu aspek dalam kemahiran komunikasi dan juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Mengikut Thomas Gordon (1970), pendengaran yang baik merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain menyelesaikan masalahnya. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 201160% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran mendengar adalah juga merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh guru atau pelajar lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada waktu bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Proses penerimaan maklumat secara mental untuk difahami dan diambil tindakan. Antara asas kemahiran ini ialah menulis, membaca, mendengar dan bercakap. Tujuan utama mendengar ialah mewujudkan ikatan persaudaraan dan perhubungan, hiburan, pembelajaran, membuat keputusan dan meluahkan atau menunjukkan perasaan yang dialami. Antara empati iaitu kebolehan seseorang untuk melihat pandangan orang lain ialah sahkan perasaan, memahami situasi, memberi sokongan dan bantuan untuk menyelesaikan masalah. Antara proses mendengar ialah mencetuskan rasa pendengaran, menginterpretasikan makna, menilai maklumat yang diterima dan tindak balas terhadap maklumat yang diterima. Garis panduan pendengaran ialah mengelakkan menggangu orang lain ketika bercakap, jangan menyampuk ketika orang lain bercakap, berfikiran terbuka dan bertanya apabila perlu. Kemahiran mendengar melibatkan pengawalan emosi, menerima segala idea dan pandangan, berfikiran terbuka dan mendengar dengan penuh situasi. Masalah seharusnya diselesaikan kerana pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memautkan perhatian pelajar dengan guru untuk mendapat maklumat dengan jelas. Sekiranya tiada maklum balas pelajar tidak menunjukkan sebarang maklumbalas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya sebagai menunjukkan pelajar itu faham, bersetuju atau sebaliknya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan. Ketiadaan Interaksi Dua Hala menyebabkan pelajar tidak bertindak meminta ruang untuk mengemukakan sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan dengan maklumat kurang jelas yang disampaikan oleh guru. Pelajar yang melakukan aktiviti menyoal guru semestinya berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan. Proses berfikir ini mampu mengelakkan pelajar dari berkhayal atau fikiran yang merewang malah menguatkan lagi pendengaran mereka.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Selain itu, sekiranya tidak terdapat aktiviti mencatat nota, pelajar yang tidak mencatat sebarang nota boleh juga dikelaskan sebagai seorang pendengar yang kurang baik sebaliknya hanya sekadar berdiam diri, pura-pura mendengar. Pelajar yang bertindak mencatat atau menulis nota mampu mengelakkan diri mereka daripada berkhayal atau melakukan tindakan yang tidak wajar. Hal ini merupakan penggabungan antara pendengaran dan penulisan yang memberi impak yang baik terhadap proses penumpuan. Perbuatan mencelah atau menyampuk semasa guru sedang menyampaikan penerangan tanpa diberi ruang untuk bercakap juga merupakan seorang pendengar yang kurang baik. Pura-pura bertindak menyoal guru sedangkan soalan yang di majukan itu tidak berkaitan dengan topik yang sedang disampaikan. Soalan atau perkara yang disampaikan itu juga hanyalah berbentuk maklumat yang digunakan untuk mengkritik guru itu kembali. Pelajar yang sibuk bercakap sesama sendiri akan beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan kurang menarik. Oleh itu mereka akan bertindak untuk berbual sesama sendiri dan hanya memberi tumpuan pada topik-topik tertentu sahaja. Keadaan begini kadangkala akan mengakibatkan suasana kelas menjadi bising dan boleh menjejaskan tumpuan pelajar lain terhadap maklumat yang sedang disampaikan oleh guru .

15.0 Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi Dalam Kalangan Murid. Proses komunikasi boleh ditingkatkan oleh guru di dalam bilik darjah supaya dapat melancarkan proses penyampaian maklumat terhadap pelajar untuk satu maksud pemahaman yang sempurna. Menurut Sutton,C(1975) menggariskan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada murid. Beliau menyatakan ianya berlaku melalui percakapan (Talking for meaning), menulis (Writing for meaning), mendengar (Active listening) dan pembacaan (reading for meaning).

15.1 Kemahiran Berunding Berunding merupakan proses yang melibatkan dua pihak atau lebih untuk bertukar-tukar barangan atau perkhidmatan dan berusaha untuk mencapai kata sepakat terhadap konflik yang timbul agar dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat. Prinsip berunding yang perlu ada ialah bersifat responsif 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011iaitu rasional semasa berunding, bersopan iaitu beradab, prosedur dan mengikut tatacara dan saling membantu iaitu faham memahami.

16.0 FONOLOGI Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000), fonologi bermaksud sistem bunyi. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistem bunyi yang tersendiri bergitu juga bahasa Melayu. Dalam sistem bunyi ini ataupun dikenali sebagai fonologi merangkumi beberapa aspek seperti sebutan, intonasi, tekanan dan juga aliran ucapan. Unsur-unsur yang terdapat dalam fonologi ini digunakan bagi meningkatkan kecekapan tidak formal. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang fonologi atau sistem bunyi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lainnya, fonologi ini adalah ilmu tentang perbendaharan fonem sesebuah bahasa. kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu sama ada dalam situasi yang formal ataupun

16.1 ASPEK SEBUTAN Dalam sistem bunyi ataupun fonologi terdapatnya aspek sebutan. Sebutan adalah cara bagaimana kita menyebut ataupun membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatau bahasa. Terdapat dua cara penuturnya menyebut sesuatu perkataan dalam sesuatu, iaitu sebutan secara standard dan juga sebutan secara dialek. Sesuatu perkataan itu disebut mengikut kepada dialek sesebuah daerah itu. Contohnya di Malaysia sendiri terdapat pelbagai dialek mengikut kepada negeri-negeri yang terdapat di Malaysia seperti dialek Kelantan, Sabah, Sarawak, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan banyak lagi. Namun seringkali terdapat masalah yang sukar dielakkan dalam kalangan sebutan bahasa Melayu oleh sesetengah pihak kerana dipengaruhi oleh dialek dan bahasa daerah. Bahasa ibunda juga akan mempengaruhi sebutan dalam bahasa Melayu. Pemasalahan ini dapat kita lihat apabila murid-murid yang berasal dari negeri-negeri atau daerah yang mempunyai dialek mereka sendiri sukar untuk menyebut sesuatu perkatan dalam Bahasa Melayu baku itu, contohnya pelajar yang berasal daripada Kelantan akan menyebut ikan sebagai 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011ike dan bagi pelajar dari Terengganu pula menyebutnya sebagai ikang. Perkataan murah akan disebut sebagai muroh oleh pelajar Kelantan, bagi perkataan besar pula pelajar dari Negeri Sembilan akan menyebutnya sebagai bosa, Utara pula besak dan Melaka menyebutnya sebagai besau. Permasalahan dan perbezaan dalam sebutan ini dipengaruhi oleh dialek negeri mereka masing-masing. Selain itu pengaruh bahasa ibunda juga memainkan peranan dalam sebutan bahasa Melayu baku, contohnya pelajar yang berbangsa Cina akan menyebut durian itu sebagai lulian, zaitun sebagai jaitun dan berlari sebagai berlali. Namun menurut Abd Aziz Abd Talib (2000) , terdapat pelbagai cara atau strategi yang dapat dilakukan untuk memperbaiki aspek sebutan dalam kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu baku.

Mengadakan latih tubi sebutan dengan kerap. Tujuan utama latihan ini adalah untuk membetulkan sebutan murid-murid terhadap perkataan yang sukar disebut oleh mereka disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda dan juga dialek sesebuah daerah. Sebutan haruslah dibuat secara berulang-ulang sehinggalah pelajar dapat menyebutnya dengan betul. Teknik latih tubi sebutan ini didapati sangat berkesan untuk melatih murid-murid menyebut perkataan dengan betul, terutama pelajar yang datangnya daripada daerah-daerah yang menggunakan bahasa dialek yang sukar dikikis.

Mengadakan latihan mendengar dengan kerap. Latihan ini dibuat bagi membolehkan pelajar mendengar sebutan yang betul menurut sebutan Bahasa Melayu baku. Bahan-bahan yang diperdengarkan itu boleh saja terdiri daripada perbualan, cerita, ucapan, nyanyian, sajak dan sebagainya. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar seperti radio, televisyen, pita, video ataupun guru boleh menyampaikan sendiri bahan tersebut.

Mengadakan latihan berkomunikasi secara lisan. Latihan berkomunikasi lisan ini adalah seperti latihan bercakap atau membaca secara nyaring. Tujuan latihan ini adalah untuk membentuk dan melatih murid-murid bercakap dan menyebut sesuatu kata dengan betul. Latihan bercakap ini boleh merangkumi aktiviti bercerita, membaca, dialog, 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011perbahasan, pidato, mendeklamasikan sajak dan lain-lain lagi. Kesemua aktiviti ini membolehkan pelajar untuk mengeluarkan suara mereka.

Menggunakan kemudahan teknologi. Bagi sekolah-sekolah yang dilengkapi dengan makmal bahasa guru hendaklah menggunakan kemudahan teknologi tersebut untuk melatih murid-murid dalam aspek sebutan dan pertuturan.

16.2 ASPEK INTONASI Aspek intonasi ini penting dalam menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu. Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000), intonasi adalah merupakan alunan suara antara nada tinggi dan nada rendah, ia merupakan bahasa di peringkat ayat. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai intonasi yang berbeza-beza. Contonya intonasi bahasa Melayu adalah berbeza dengan intonasi bahasa Cina ataupun bahasa Tamil. Malahan kita juga dapat melihat perbezaan intonasi dalam sesuatu dialek kawasan itu. Contonya di negara kita sendiri, dialek Kelantan mempunyai sebutan dan intonasi yang berbeza apabila dibandingkan dengan dialek utara dan dialek Negeri Sembilan. Perbezaan dalam intonasi ini dilihat menggangu dan mempengaruhi cara pertuturan seseorang itu dalam bahasa Melayu. Manakala menurut Ismail Bin Dahaman (1994) dalam bukunya yang bertajuk pedoman sebutan baku bahasa Melayu, beliau mendifinisikan intonasi sebagai nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap, dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang, atau ayat pasif dan seumpamanya. Pengusaan intonasi adalah sangat penting bagi meningkatkan tahap kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu kerana ia akan mempengaruhi cara seseorang penutur itu bercakap. Menurut Ismail Bin Dahaman, intonasi ini dapat digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa yang ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Setiap angka ini mempunyai aspek-aspek yang tersendiri. Bagi angka 1 untuk menggambarkan nada yang paling rendah, angka 2 untuk menunjukkan ujaran, angka 3 pula merupakan nada tekanan dan bagi angka 4 pula menunjukan nada yang paling tinggi. Intonasi ini mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Bagi menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu, penutur harus mengetahui beberapa fungsi intonasi agar memudahkan lagi penguasaan penutur dalam menguasai intonasi. Antara beberapa fungsi intonasi ialah pertama fungsi emosional, fungsi gramatis, fungsi struktur informasi, fungsi tekstual, fungsi psikologis dan fungsi indexical. Setiap fungsi intonasi ini memainkan peranan yang berbeza antara satu sama lain.

Fungsi emosional Fungsi emosional ini adalah bertujuan untuk menyatakan pelbagai makna sikap, iaitu seperti gembira, kebosanan, marah, kejutan, keakraban, ketakutan dan pelbagai jenis sikap yang lain. Setiap sikap ini dapat ditunjukkan sekiaranya seorang itu mampu menggunakan intonasi yang betul bagi menyatakan perasaan sebenarnya. Selain itu, ia akan dapat mempengaruhi pendengarnya melalui intonasi yang digunakan.

Fungsi gramatis Fungsi gramatis pula adalah untuk menandai kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran sama ada sesebuah ayat atau klausa itu berbentuk pertanyaan atau penyataan, berbentuk positif atau negatif, dan seumpamanya. Sekiranya penutur tidak dapat menguasai fungsi gramatis ini maka penutur tidak akan dapat membezakan sesuatu ayat tersebut dan mengalami kesukaran dalam membina ayat.

Fungsi struktur informasi Manakala bagi fungsi struktur informasi pula adalah bertujuan untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dirangkumi dalam makna sesebuah ujaran, iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. Fungsi ini membolehkan penutur untuk menekan sesuatu

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011perkara yang penting dalam setiap apa yang diucapkan dan dapat menyampaikan makna sebenar yang ingin disampaikan kepada pendengar.

Fungsi tekstual Seterusnya fungsi tekstual pula adalah untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Nada dan gaya suara yang berbeza-beza juga bukan sahaja membezakan sesuatu teks tersebut tetapi turut mengambarkan suasana sebenar situasi itu sama ada situasi formal ataupun tidak formal.

Fungsi psikologis Bagi fungsi psikologis pula ialah untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. Fungsi ini membantu seseorang untuk menguasai sesuatu ayat itu dengan lebih senang dan mengingatnya dengan lebih mudah dengan hanya berpandukan kepada intonasi ayat tersebut.

Fungsi indexical

Akhir sekali ialah fungsi indexical pula adalah untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenal seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti guru, doktor, peguam, penjual ubat dan sarjan tentera. Hal ini kerana, setiap perkerjaan itu akan menggunakan bahasa yang berbeza-beza dan cara penyampaian yang tidak sama, iaitu sama ada menggunakan bahasa formal atau bahasa tidak formal.

16.3 ASPEK TEKANAN Selain dari aspek sebutan dan intonasi dalam fonologi, terdapat juga aspek tekanan. Tekanan merupakan tempat-tempat suara ditekankan apabila menyebut sesuatu perkataan menurut kepada

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011suku kata dalam sesuatu perkataan. Tekanan itu boleh berubah dari satu perkataan kepada satu perkataan yang lain. Dalam bahasa Melayu, aspek tekanan bagi peringkat perkataan iaitu antara suku katanya kurang ketara jikalau dibandingkan dengan peranan tekanan sesuatu suku kata bagi perkataan bahasa Inggeris. Namun bergitu tekanan sangat penting dalam menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu, hal ini kerana tekanan memainkan peranan dalam menguatkan makna perkataan itu dalam konteks ayat.

16.4 ASPEK KELANCARAN Dalam menguasai kemahiran bercakap ataupun kemahiran bertutur, aspek kelancaran adalah sangat penting untuk dikuasai oleh penutur. Dalam bahasa Melayu, setiap perkataan haruslah disebut menggunakan sebutan, intonasi, tekanan yang betul dan diikuti dengan aliran yang lancar tanpa tersekat-sekat. Untuk bertutur dalam bahasa Melayu, seseorang itu harus melatih diri mereka dengan bercakap menggunakan intonasi, tekanan dan sebutan yang betul. Dalam menguasai aspek kelancaran ini, seorang pelajar mestilah membaca dengan penuh yakin dan bermakna seolah-olah dia memahami apa yang sedang dibaca, serta pelajar harus membaca menggunakan tanda baca yang betul dan berkesan. Seseorang pelajar itu haruslah membaca mengikut jeda ataupun frasa yang sesuai dan juga mengikut unit makna yang betul. Kelancaran seseorang pelajar dalam mempersembahkan bacaannya dapat dinilai melalui cara pengunaan intonasi, tanda bacaan, tekanan, sebutan dan pembacaan yang tidak tersekat-sekat.

17.0 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU PERTUTURAN Menurut Abd Aziz Abd Talin (1993) dalam bukunya yang bertajuk Menguji Kemahiran Bahasa, Prinsip, Teknik dan Contoh, beliau menggatakan terdapat beberapa subkemahiran yang harus diterapkan di dalam diri pelajar sebagai langkah untuk menigkatkan kemahiran bertutur. Antaranya adalah bercakap dengan berani dan yakin dengan suara yang jelas supaya dapat didengar dan difahami oleh orang yang mendengarnya. Seterusnya, bercakap dengan menggunakan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai dan baik dalam pertuturan. Selain itu, bercakap dengan sebutan yang jelas dan betul menurut sebutan bahasa Melayu standard. Selain daripada itu, bercakap menurut 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011intonasi yang betul dan kualiti suara yang baik dan tidak membosankan. Akhir sekali, bercakap dan melahirkan idea atau fikiran dengan gaya pertuturan yang berkesan, iaitu logik, teratur, semula jadi, spontan, lancar, jelas, dengan penuh tenaga dan minat. Dalam setiap aktiviti yang melibatkan pertuturan, para guru haruslah mengajar dan melatih murid supaya sifat tersebut dapat dibina apabila mereka bercakap. Untuk menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu bukanlah perkara yang mudah dilakukan, ia seharusnya dimulakan dari peringkat yang asas iaitu bermula di peringkat sekolah lagi. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini, guru harus mempertingkatkan latihan dan memberikan tunjuk ajar secara berterusan bagi membimbing pelajar-pelajarnya agar mampu menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu ini. Untuk menguasai kemahiran bertutur atau bercakap dalam bahasa Melayu ini, beberapa aspek harus diambil penekanan iaitu aspek suara, aspek sebutan dan intonasi, aspek bentuk bahasa lisan dan pemilihan kata, aspek gaya penyampaian dan akhir sekali aspek tatatertib bercakap. Kesemua aspek ini harus ditekankan dan diambil berat dalam usaha menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu.

17.1 ASPEK SUARA Dalam pertuturan, suara merupakan satu aspek yang sangat penting, sama ada dalam situasi yang tidak formal seperti berbual-bual dengan kawan-kawan ataupun situasi yang formal seperti memberikan ucapan. Dalam kedua-dua situasi ini, kekuatan suara perlu dikawal dan disesuaikan. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi tahap ketersampaian sesuatu maklumat itu. Kekuatan suara harus diambil berat bagi memudahkan maklumat yang ingin disampaikan kepada pendengar dapat didengar dengan jelas. Misalnya, nada suara penutur akan mempengaruhi hubungan penutur dengan orang lain, apabila penutur tidak menghiraukan orang lain di sekitarnya, atau berasa bosan, nada suara penutur akan menunjukan perasaannya ketika itu dan ini akan merenggangkan hubungan penutur dengan pendengar ketika itu, tetapi apabila nada suara yang lembut dilontarkan oleh penutur maka ia akan memberikan imej yang baik kepada pendengar. Ia boleh menjadi penawar dan racun. Oleh yang demikian lontaran suara itu akan dapat mempengaruhi tindak balas dan pandangan seseorang terhadap penutur tersebut. Selain daripada kekuatan suara, kualiti suara, intonasi atau nada yang sesuai, padat dan sebutan yang jelas dan betul hendaklah juga dititikberatkan. Menurut Zulkifli Yusof (2000), beliau mengatakan bahawa suara merupakan satu aspek penting dalam pertuturan. Seorang penutur harus memastikan suara mereka menjadi alat yang 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011berkesan bukannya sebagai penghalang. Suara merupakan alat utama untuk menyampaikan mesej. Suara juga menggambarkan tenaga, keseronokan dan kesungguhan. Nada suara yang baik akan mempengaruhi cara pertuturan seseorang itu, semasa anda bersuara terdapat empat komponen utama yang terlibat iaitu ketenangan, pernafasan, projeksi dan resona. Keempat-empat ini bertindak memberi keunggulan kepada suara penutur. Bagi meningkatkan kemahiran bertutur, seorang penutur haruslah mempelbagaikan nada suara mereka apabila bercakap. Suara haruslah dinaikan sedikit demi sedikit dan kemudian menurunkanya secara perlahan-lahan. Dalam aspek pertuturan ini, beberapa perkara perlu diberikan penekanan dan beberapa persoalan haruslah dijawab sebelum memastikan bahawa sesorang pelajar itu mampu menguasai aspek suara. Misalnya, adakah bacaan murid dapat didengar dengan jelas, ataupun adakah murid tersebut mempunyai kualiti suara yang menarik. Persoalan seperti ini harus dinilai bagi mengenal pasti sama ada aspek suara ini dapat dikuasai dengan baik. Bagi meningkatkan mutu suara, beberapa latihan boleh dilakukan dengan memberikan tumpuan kepada kaedah penafasan yang baik, memperbaiki bunyi yang dikeluarkan semasa bernafas, belajar menguatkan dan menenangkan otot kepala dan leher, menguat dan menenangkan bahu, menguat dan menenangkan muka dan bibir, melemparkan suara dan cuba untuk mempelbagaikan nada suara serta latihan rentak ucapan. Apabila tumpuan diberikan dalam kesemua aspek-aspek ini, maka usaha untuk mengawal pengeluaran suara akan menjadi mudah dan kemahiran bercakap akan dapat ditingkatkan sedikit demi sedikit.

17.2 ASPEK SEBUTAN DAN INTONASI Aspek sebutan dan intonasi juga merupakan aspek penting dalam menguasai dan meningkatkan tahap kemahiran bercakap sesorang itu. Sebutan merupakan cara sesorang itu menyebut perkataan, manakala intonasi pula perlu dilakukan dengan betul pada peringkat ayat. Dalam bahasa Melayu itu sendiri, setiap perkataan perlu disebutkan dengan betul, iaitu menurut sebutan baku, dan bukanya mengikut sebutan dialek tempatan dan dipengaruhi oleh bahasa ibunda masing-masing. Dalam menguasai aspek sebutan dan intonasi ini. Beberapa persoalan juga harus diambil kira antaranya, adakah sebutan perkataan betul menurut bahasa Melayu baku, ataupun adakah murid membaca mengikut nada yang sesuai dan intonasi yang betul. Kesemua persoalan ini harus dinilai oleh seorang guru bagi memastikan aspek sebutan dan intonasi ini dapat dikuasai dengan baik. 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011

17.3 ASPEK BENTUK BAHASA LISAN DAN PEMILIHAN KATA Dalam bahasa Melayu terdapatnya perbezaan yang ketara sekali antara bahasa lisan dengan bahasa bertulis. Seorang guru harus sentiasa mengingatkan dan mengajarkan murid-muridnya supaya tidak bercakap seperti gaya bahasa bertulis, bergitu juga dengan penggunaan kata. Hal ini kerana, bahasa yang biasa kita gunakan dalam bahasa lisan mungkin tidak sesuai digunakan dalam bahasa bertulis. Contonya, bahasa pasar ataupun perkataan ringkas seperti gi mana, tak maulah dan sebagainya. Perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam penulisan. Sebaliknya terdapat beberapa perkataan yang kita sering gunakan dalam penulisan namun jarang sekali digunakan dalam pertuturan seperti bahawasanya, sesungguhnya dan sebagainya. Guru harus sentiasa mengingatkan pelajar-pelajarnya tentang perbezaan antara gaya dan penggunaan bahasa dalam perbualan biasa dengan yang formal seperti ucapan atau syarahan dalam majlis-majlis. Perbezaan situasi ini amat mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan. Seorang penutur tidak boleh menggunakan bahasa tidak formal dalam sesuatu keadaan yang formal. Gaya bahasa haruslah disesuaikan dengan tempat dan keadaan pada ketika itu.

17.4 ASPEK GAYA PENYAMPAIAN Dalam usaha menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu, aspek penyampaian merupakan salah satu aspek yang juga harus diambil kira. Aspek gaya penyampaian ini bukan sahaja penting dalam pertuturan tetapi juga penting dalam penulisan, walaupun pertuturan dan penulisan ini merupakan dua aspek yang berbeza. Gaya penyampaian ini boleh dilihat dari aspek bahasa dan juga fizikal. Aspek fizikal disini adalah seperti gerak badan penutur tersebut. Misalnya, dalam situasi yang formal iaitu ucapan rasmi seperti pidato ataupun perbahasan, gaya bahasa dan juga cara penyampaian itu hendaklah disesuaikan. Gerak tangan dan kepala juga haruslah dikawal supaya tidak berlebihan atau keterlaluan sehingga menyebabkan para penonton terasa terganggu dengan perlakuan tersebut.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011

17.5 ASPEK TATATERTIB BERCAKAP Percakapan boleh berlaku sama ada dalam keadaan formal ataupun tidak formal. Apabila berada di sekolah murid-murid perlu diajar dan diingatkan supaya bercakap menurut tatatertib yang baik sama ada semasa berbual secara tidak formal atau sebaliknya. Contohnya, bercakap menurut giliran dan tidak bercakap apabila seseorang yang lain itu sedang bercakap dan cara-cara bagaimana hendak mencelah dalam sesuatu dialog atau perbincangan sosial atau situasi formal seperti dalam mesyuarat atau forum. Aspek tatatertib ketika bercakap ini bukan sahaja mengajar pelajar tentang tatatertib semasa bercakap, tetapi aspek ini juga mengajar pelajar menjadi seseorang yang mempunyai budi bahasa dan adab sopan yang baik. Ini akan memberikan gambaran yang positif kepada pelajar tersebut, berbanding dengan pelajar yang tidak mempelajari aspek tatatertib ketika bercakap ini. Oleh yang demikian, aspek ini sangat penting untuk diterapkan dalam kalangan pelajar, ia bukan sahaja mengajar murid-murid tentang cara bercakap tetapi juga membina kesopanan diri seorang pelajar itu.

18.0 STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU Bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran bertutur terdapat beberapa strategi yang dapat dilakukan oleh seorang guru kepada murid-muridnya. Pertama, adalah dengan mengadakan aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang sangat bermakna dan dapat menarik minat atau perhatian pelajar untuk mengikutinya. Misalnya, mengadakan pengajaran yang berkaitan dengan dengan cerita bergambar, kemudian meminta pelajar-pelajar untuk menerangkan satu siri daripada gambar tersebut. Apabila seorang pelajar itu cuba untuk menerangkan apa yang dilihatnya di dalam gambar itu ia secara tidak sengaja akan melatih pelajar itu untuk cuba bercakap dalam keadaan yang formal. Disini dapat dilihat secara tidak langsung akan melatih kemahiran bercakap seseorang murid itu. Selain itu, guru harus mempelbagaikan isi dan juga bentuk pelajaran yang hendak diajarkan kepada murid. Ini merupakan salah satu strategi bagi melatih kemahiran para pelajar. Kepelbagaian isi dan bentuk sesuatu pelajaran yang akan disampaikan oleh seorang guru akan dapat menarik minat 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011para pelajarnya dan tidak akan membuatkan mereka berasa jemu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Seorang guru haruslah kreatif dalam merancang pengajarannya pada masa itu. Hal ini kerana pelajar akan tertarik kepada sesuatu yang luar biasa dan akan terus mengikutinya sehinggalah masa terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru haruslah memfokuskan kepada sesuatu pelajaran yang hendak diajarkan kepada sesuatu kemahiran atau isi yang tertentu. Contohnya dari segi jenis teks yang akan digunakan, struktur, perbendaharaan kata mahupun bahan rangsangan atau alat bantu mengajar yang hendak digunakan. Pemilihan kemahiran dan isi ini sangat penting bagi membolehkan matlamat pengajaran pada ketika itu dapat dicapai oleh para pelajar. Akhir sekali adalah dengan mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Ini bermaksud pelajar sendiri yang perlu berusaha dengan bimbingan guru mereka dan bukanya semata-mata mengharapkan kepada bantuan guru sahaja dan mengharapkan guru mereka akan memberikan semuanya kepada mereka. Sehubungan dengan itu, setiap aktiviti yang hendak diadakan haruslah mempunyai hubungan dengan minat dan kegemaran pelajar, hal ini supaya ia dapat menggalakkan pelajar mengikuti aktiviti tersebut terutamanya aktiviti bertutur secara aktif dan penuh minat. Dengan itu proses pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran murid-murid dalam bertutur juga akan dapat ditingkatkan sedikit demi sedikit.

19.0 AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERCAKAP DALAM BAHASA MELAYU Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995) dalam bukunya yang bertajuk pengkaedahan mengajar bahasa, mengatakan beberapa aktiviti perlu dilakukan bagi meningkatkan pengajaran kemahiran bercakap dikalangan para pelajar. Antara aktivitinya adalah mengadakan perbualan, dialog atau soal jawab, perbahasan, lakonan, perbincangan, membuat laporan, kuiz, dan membuat arahan. Aktiviti-aktivi seperti ini dilihat akan dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk membina kemahiran lisan mereka agar lebih cekap. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini akan membolehkan para pelajar mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling hampi