Stres Di Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

34
STRES DI KALANGAN PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL,UTHM Farah Binti Mohd Akabal 1 , Normah Binti Zakaria 2 FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Bata Pahat [email protected] 1 , [email protected] 2 Abstrak : Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti langkah-langkah yang diambil oleh pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional untuk menangani stres yang wujud. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang sampel dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelajar-pelajar program Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kajian yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh sampel kajian. Data yang telah di kumpul, di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 16 (SPSS) secara deskriptif dan inferensi seperti skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar program Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional bijak dalam menangani stres dan mengambil langkah-langkah penyelesaian yang positif. Langkah-langkah yang menjadi pilihan utama pelajar ialah mendekatkan diri dengan Tuhan yang mana skor min nya ialah 4.14. Pelajar-pelajar perlu bijak dalam menangani masalah berkaitan stres ini supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan mudah dan tenang. Pengurusan stres di kalangan pelajar adalah amat penting bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Kata Kunci: Langkah-langkah penyelesaian stres, Pengurusan stres Pengenalan

Transcript of Stres Di Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

STRES DI KALANGAN PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL,UTHM

Farah Binti Mohd Akabal1, Normah Binti Zakaria 2

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONALUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia,

Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Bata [email protected], [email protected]

Abstrak : Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti langkah-langkah yang diambil oleh pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional untuk menangani stres yang wujud. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang sampel dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelajar-pelajar program Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kajian yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh sampel kajian. Data yang telah di kumpul, di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 16 (SPSS) secara deskriptif dan inferensi seperti skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar program Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional bijak dalam menangani stres dan mengambil langkah-langkah penyelesaian yang positif. Langkah-langkah yang menjadi pilihan utama pelajar ialah mendekatkan diri dengan Tuhan yang mana skor min nya ialah 4.14. Pelajar-pelajar perlu bijak dalam menangani masalah berkaitan stres ini supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan mudah dan tenang. Pengurusan stres di kalangan pelajar adalah amat penting bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Kata Kunci: Langkah-langkah penyelesaian stres, Pengurusan stres

Pengenalan

Stres merupakan satu pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh seseorang

individu. Stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan

aktiviti seharian. Lessard (1998) mendapati bahawa stres bukan sahaja dialami oleh

orang dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar universiti. Ini kerana universiti

merupakan persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar menyeimbangkan

pelbagai peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya tidak

berjaya, mereka akan mudah mengalami stres. Justeru, fenomena stres dalam

kalangan pelajar universiti merupakan satu topik yang sering menjadi bahan kajian

kebanyakan pengkaji.

Ferlis (2009), stres dapat didefinisikan berdasarkan tiga aspek iaitu pertama

merujuk kepada rangsangan peristiwa atau persekitaran menjadi penyebab seseorang

individu merasa tertekan. Dengan kata lain ia boleh dianggap sebagai faktor luaran.

Kedua, stres merujuk kepada gerak balas subjektif dan ia juga dianggap sebagai

faktor dalaman iaitu aspek mental. Proses emosi, defensif dan daya tindak stres

berlaku dalam diri seseorang individu. Sesetengah proses dalaman ini menghasilkan

kematangan fikiran dan ada juga menghasilkan ketegangan mental. Aspek ketiga

merujuk kepada reaksi fizikal tubuh badan. Fungsi bagi reaksi fizikal ini merujuk

kepada cara mengatasi stres melalui kaedah tingkah laku dan psikologikal. Keadaan

stres yang kronik membawa maksud suatu keadaan negatif seperti merasa keletihan,

penyakit dan kematian. Sementara keadaan positif merujuk kepada cabaran

fisiologikal yang baik. Lahey (2001) mentakrifkan stres sebagai satu keadaan yang

tidak selesa dan ancaman yang tidak sihat kepada seseorang individu. Menurut

McNamara (2000) pula, stres merujuk kepada faktor dalaman individu, peristiwa

luaran atau interaksi antara individu dengan persekitarannya.

Sidi dan Shaharom (2002) stres merupakan sebahagian daripada kehidupan

manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa.

Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres biasa

dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak

menyeronokkan. Secara umumnya, perkataan stres telah digunakan secara meluasnya

dalam beberapa konteks yang berbeza. Stres dan kehidupan amat berkait rapat

dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, proses urbanisasi dan

kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang mendadak.

Stres telah dikenalpasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang

wujud dan kecelaruan psikologi. Stres sering dikaitkan dengan pembelajaran. Stres

yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong

tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan

mental. Cara kita menangani stres yang dihadapi amat penting dalam menentukan

kesihatan mental dan fizikal. Fenomena stres atau stres juga boleh dikatakan sering

wujud dalam kalangan pelajar termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi. Pelajar

tidak terlepas daripada mengalami stress dalam hidup yang biasanya berkait rapat

dengan pelajaran, persekitaran dan keluarga.

Latar belakang masalah

Setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi stres terutama sekali

bagi golongan pelajar. Setiap manusia juga inginkan kebahagiaan hidup. Namun

gangguan emosi seperti perasaan bimbang, takut, sedih, benci, cemburu, marah, malu

dan sebagainya akan mengganggu kebahagiaan ini. Emosi yang tidak stabil akhirnya

akan menjadikan manusia itu stres, gelisah dan seterusnya tidak dapat berfikir dan

bertindak secara rasional. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat

memberikan tumpuan dan melakukan kerja dengan baik, sukar tidur dan kurang

selera makan sehingga menjejaskan produktiviti seseorang individu itu. Secara

umumnya stres dialami oleh semua golongan tidak kira muda atau tua, buruh atau

professional, lelaki atau perempuan, cuma yang membezakannya adalah jenis stres

yang dihadapi.

Stres merupakan satu fenomena baru yang melanda masyarakat moden pada

hari ini. Stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti

harian. Pada zaman yang serba moden ini, setiap perkara yang dilakukan perlu

pantas, cekap, efisien agar sesuatu matlamat itu dapat dicapai. Bebanan kerja dan

perkara-perkara yang berlaku di sekeliling akan menjadi satu fenomena jikalau tidak

diuruskan dengan baik. Menurut McNamara (2000), stres boleh menyebabkan

beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh badan seperti kesihatan fizikal, gangguan

emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang.

Lessard (1998) mendapati stres bukan sahaja dialami oleh golongan dewasa

malahan turut dialami oleh pelajar universiti. Ini kerana universiti merupakan satu

tempat yang yang mempunyai persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar

mengimbangi pelbagai peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan. Sekiranya tidak

berjaya, mereka akan merasa kecewa, bimbang, putus asa dan mudah mengalami

stres. Pelajar universiti pada awal tahun pengajian amat mudah terdedah kepada stress

disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di universiti (Thorsheim, 2001).

Senario ini dapat dilihat apabila sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan

kecermelangan akademik di peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan

pencapaian yang baik apabila berada di universiti. Persaingan yang sengit dalam

mengejar kecemerlangan akademik telah memberikan stres yang tinggi kepada

pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka.

Kualiti pelajar perlu diberi perhatian dalam melahirkan pelajar yang

mempunyai kemahiran separa profesional dan cemerlang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek. Jadi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam empat ciri

ini, kesihatan mental perlu dititik beratkan. Ini kerana minda yang sihat akan

melahirkan fizikal yang sihat juga. Maka akan lahirlah graduan yang dapat bersaing

dengan pelajar IPT lain di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Namun

sebagai pelajar, pengawalan minda yang sihat harus dititikberatkan. Ini kerana

apabila minda atau fikiran tidak dapat dikawal dengan sempurna ia akan

menimbulkan stres atau stres kepada pelajar itu sendiri.

Ini dapat dilihat melalui hasil kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pada

tahun 2011 yang menunjukkan pelajar di negara ini mempunyai tahap stres yang

paling tinggi. Dapatan ini diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat

Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah. Hasil kajian mendapati, daripada

6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-

tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami kemurungan yang teruk dan 4.8

peratus menunjukkan tanda stres yang teruk. Bilangan ini dianggap tinggi dan

masalah ini perlu ditangani dengan segera.

Terdapat banyak faktor yang mendorong pelajar mengalami stres di tempat

belajar. Menurut Zain (Berita Harian, 6 Mac 2002), menyatakan kira-kira 25 hingga

35 peratus pelajar di negara ini mengalami stres perasaan akibat daripada bebanan

pelajaran yang semakin meningkat. Menurutnya lagi, sistem pendidikan yang

mengutamakan kecemerlangan dalam bidang akademik menyebabkan pelajar tidak

mempunyai waktu untuk berehat dan mengadakan aktiviti kegiatan yang lain.

Manakala stres ibubapa dan guru mereka supaya cemerlang di sekolah menyebabkan

pelajar menghadapi stres dalam hidup mereka.

Kajian stres dalam persekitaran pembelajaran yang dijalankan oleh Deckro,et

al (2002) menunjukkan bahawa stres memberi kesan kepada pencapaian akademik,

kekecewaan, kesihatan fizikal dan idea auntuk membunuh diri. Kesan negatif dari

stres ini akan menghalang pelajar dari mencapai sasaran yang didingini. Pelajar yang

lemah dalam pelajaran akan mengalami stres . Jika stres tersebut tidak ditangani,

pelajar ini didapati akan memilih aktiviti yang salah dan akan lebih kerap gagal

berbanding pelajar yang lain (Brewster,2001). Mueller (1961) dalam Aishah (2004)

menyatakan bahawa kehidupan remaja atau belia di IPTA merupakan tempat yang

penuh dengan segala macam harapan dan cita-cita, di samping medan untuk

mempelajari sesuatu dengan cara yang lebih mendalam dan khusus. Sebagai seorang

mahasiswa, mereka tidak boleh lari dengan pelbagai masalah yang dihadapi.

Menurut Jerrold (2002), stres boleh menyebabkan beberapa perubahan

tingkah laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi

serta kemerosotan prestasi seseorang. Stres bukan sahaja dialami oleh golongan

dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar. Ini kerana dalam menghadapi proses

pembelajaran, pelajar perlu mengimbangi pelbagai peranan dan tugas yang diberi.

Sekiranya tidak berjaya, mereka akan merasa kecewa, bimbang, putus asa dan mudah

mengalami stres. Selain itu, faktor seperti persekitaran, persaingan kerjaya, hubungan

interpersonal dan cara pemikiran pelajar juga boleh menyumbang kepada stres

pelajar. Justeru, stres masih tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan pelajar dalam

kesibukan mereka menuntut ilmu dan memperolehi pelbagai kemahiran di universiti.

Penyataan masalah

Pelajar merupakan golongan yang sering mengalami stres . Stres yang wujud telah

memberikan masalah dan kesan kepada prestasi pelajaran mereka disebabkan beban

belajar yang banyak, pencapaian akademik yang kurang baik, masalah kewangan,

keluarga, sosial, persekitaran, interpersonal, peperiksaan dan harapan yang

ditanggung. Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, masalah stres memang wujud

dalam kehidupan pelajar. Sebagai pelajar diperingkat Ijazah Sarjana, masalah stres

memang tidak dapat dipisahkan. Bebanan kerja yang terlalu banyak dan kekangan

masa menyebabkan pelajar mudah merasa stres . Persepsi masyarakat tentang

masalah stres yang amat rendah bakal memberi kesan terhadap pencapaian akademik.

Ini kerana masalah stres yang dihadapi akan mengakibatkan pelajar kurang memberi

tumpuan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran dan kerja atau tugasan yang

dihasilkan juga mungkin tidak berkualiti. Apa yang membimbangkan, stres boleh

membawa beberapa kesan negatif jika tidak dapat diatasi dan penyakit lain pada

individu terbabit termasuk perubahan personaliti, agresif, kemurungan, keresahan,

pening kepala, cirit birit dan sebagainya. Penting untuk kita mengenalpasti punca

stres , kesan stres dan yang paling utama ialah langkah-langkah yang perlu diambil

untuk mengatasi stres .Oleh kerana itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat

apakah langkah-langkah penyelesaian stress yang diambil oleh pelajar program Ijazah

Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM.

Objektif kajian

Merujuk kepada pernyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini, pengkaji telah

mengenalpasti objektif kajian dalam penyelidikan ini iaitu :

1. Mengenalpasti langkah-langkah penyelesaian yang diambil untuk menangani

stres.

Persoalan kajian

Persoalan kajian yang terdapat dalam kajian ini adalah :

1. Apakah langkah-langkah penyelesaian yang diambil oleh pelajar Sarjana

Pendidikan Teknikal dan Vokasional untuk menangani stres yang wujud?

Kajian Literatur

Di dalam dunia yang serba pantas dan mencabar ini, manusia secara tidak langsung

didorong untuk bekerja lebih kuat agar lebih produktif, kompetatif dan sentiasa maju

ke hadapan. Begitu juga dunia pendidikan di mana pelajar semakin ditekan oleh ibu

bapa, guru, rakan sebaya dan kelompok masyarakat yang menaruh harapan yang amat

tinggi agar mereka meraih kecemerlangan di dalam akademik. Ini akan membawa

masalah stres kepada pelajar. Menurut Buford (1995), stres yang dihadapi oleh

pelajar adalah disebabkan minat diri terhadap sesuatu dan apa yang perlu dipelajari

adalah tidak seiring dengan kehendak diri. Ini adalah disebabkan oleh keperluan diri

yang perlu dipenuhi pada masa hadapan mengikut rentak remaja.

Hasil penyelidikan kajian kesihatan Asia Brand-UPM bermula dari 23 March

hingga 10 Mei 2001 yang membabitkan 6 negara iaitu Malaysia, Thailand, Singapura,

Hong Kong, China dan Taiwan mendapati kanak-kanak dan pelajar berusia di antara

15 tahun hingga 20 tahun berisiko tinggi untuk menghadapi stres berikutan gaya

hidup yang diamalkan pada masa kini. Kira-kira 36% pelajar sekolah rendah dan

menengah menghadapi stres, manakala 50% membabitkan pelajar institusi tinggi

(Berita Harian, 2002). Penemuan ini menunjukkan stres bukan sahaja dihadapi oleh

mereka yang bekerja, malah turut membabitkan pelajar. Stres yang dihadapi akan

memberikan kesan yang negatif kepada pelajar, antaranya mereka akan merasa

rendah diri, tidak bersemangat, mudah dirundung gelisah, kesedihan dan mengalami

kelesuan.

Tubuh kita sebenarnya menghasilkan beberapa jenis hormon dengan jumlah

yang banyak termasuk kortisol. Hormon berkenaan dirembeskan kelenjar adrenal

sebagai tindak balas terhadap stres. Stres boleh memberikan kesan terhadap

kesihatan, terutamanya penyakit kronik dalam jangka masa panjang (Nelson, 1990).

Ia boleh memberi kesan kepada jantung dan salur darah, sistem saraf dan sistem

ketahan tubuh.

Stres juga menyebabkan diri menjadi resah dan sukar memberi tumpuan. Ia

akan membuat masalah kesihatan sedia ada bertambah buruk seperti penyakit

jantung, diabetes dan lelah (Nelson, 1990). Dalam jangka masa panjang, stres boleh

membawa kepada masalah kemurungan, perhubungan dan mengganggu kualiti kerja.

Apabila berada dalam keadaan stres, tubuh melepaskan hormon yang

meningkatkan kadar dengup jantung dan pernafasan. Hampir semua sistem tubuh

seperti jantung dan salur darah, sistem imun, paru-paru, sistem pencernaan dan otak

akan bersedia untuk berhadapan dengan keadaan ini. Ia dikenali sebagai tindakbalas

stresfigth or flight.

Senario ini kadang kala tidak boleh dilihat tetapi boleh dikesan mengikut

situasi. Contohnya seperti kesan terhadap pencapaian akademik dan personaliti

pelajar. Selepas fasa stres itu dilepasi, tubuh akan kembali normal. Apa pun, stress

menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Malah dalam sesetengah kes, stres

memang diperlukan. Tetap, jika terlalu banyak stres, ia boleh memberikan kesan

kepada kualiti hidup.

Adi Zuraini (2003), menjelaskan stres perasaan atau lebih dikenali sebagai

stres berasal daripada perkataan latin yang membawa maksud kerja kuat, kesukaran,

kesusahan dan kesedihan. Hanya pada kurun ke -18 dan ke -19 barulah ia muncul

untuk menandakan daya, stres, tegangan dan usaha kuat dengan merujuk kepada

objerk begitu juga kepada manusia dan organ manusia atau kuas mental ( Borg,

1993). Dalam bidang kejuruteraan dan fizik ada menyebut stres adalah daya stres dari

daya luaran dan ditahan oleh daya dalaman manusia.

Kesan stres ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap

individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Stres juga turut dialami oleh pelajar-

pelajar sekolah dan universiti. Kini stress turut menjadi salah satu dari faktor kematian.

Kita telah mendengar banyak stres yang telah dihadapi oleh pelajar universiti sehingga

mereka menjadi gila dan dalam kes yang paling teruk, telah menyebabkan kematian

(Zulia, 2004).

Misra dan McKean (2000), pelajar sering stress pada tahap yang tinggi pada

setiap semester akibat daripada komitmen terhadap akademik, masalah kewangan dan

kelemahan dalam pengurusan masa. Lessard(1998) pula menyatakan sekiranya stres

dianggap negatif dan melampau, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada

kesihatan seterusnya menjejaskan prestasi pelajar. Menurutnya lagi, pelajar-pelajar di

institusi pengajian tinggi sering mencuba untuk mengawal dan menghindarkan stress

melalui pelbagai cara seperti mendekatkan diri kepada Tuhan, mendapatkan

sokongan moral dari orang terdekat dan membuat tanggapan positif terhadap

stresyang dialami.

Menurut Romano (1992), kegelisahan atau stress terjadi akibat kegagalan

seseorang pelajar yang mengendalikan sikap positifnya terhadap sesuatu peristiwa

yang berlaku dalam kehidupan. Oleh kerana keupayaan dan daya tahan seseorang

pelajar dengan pelajar lain adalah berbeza dan tidak serupa, stres boleh menjadi

penyakit yang berbahaya dan menyebabkan ramai orang menderita dan menjejaskan

keharmonian hidup. Maka kegelisahan ini perlulah ditangani dengan wajar agar

mereka dapat meneruskan hidup dengan ceria dan positif.

Ross, et al. (1999) telah menjalankan kajian terhadap 100 orang pelajar kolej

yang berbeza dari segi umur, jantina, pengkhususan subjek utama di universiti

Midwestern. Alat ukur Student StresSurvey (SSS) telah digunakan bagi mengenal

pasti punca utama stresberdasarkan 40 situasi yang berpotensi menyebabkan stress

dalam kalangan mereka. Keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor interpersonal

adalah penyebab utama stres yang kerap kali berlaku di kalangan pelajar. Antara lima

faktor tertinggi yang meyebabkan stres di kalangan pelajar ialah perubahan tabiat

tidur dan pemakanan, cuti semester, peningkatan bebanan kerja dan penerimaan

tanggungjawab yang baru.

Kajian yang telah dijalankan oleh Anderson dan Cole (1998) yang bertujuan

untuk mengkaji pembolehubah-pembolehubah tertentu serta hubungannya terhadap

prestasi pembelajaran dan burnout. Responden seramai 360 orang pelajar universiti

yang terdiri daripada pelajar lelaki seramai 163 orang dan pelajar perempuan seramai

197 orang. Satu soal selidik mengandungi 25 jenis soalan terbuka dan tertutup telah

diedarkan kepada pelajar. Ujian Chi Square digunakan bagi menguji perbezaan yang

diperoleh. Keputusan kajian menunjukkan faktor yang paling memberikan stress

kepada pelajar ialah peperiksaan akhir.

Kajian tentang stres di dalam negara adalah kurang dan agak sukar untuk

didapati. Kebanyakkan kajian stres ini dibuat di institusi pengajian tinggi dalam

bentuk thesis. Walau bagaimanapun, perkembangan stres di Malaysia pada

pandangan pengkaji mula berkembang dan mendapat perhatian.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya stres di kalangan

pelajar. Mastura Mahfar, et al. (2007) dalam kajiannya berjudul Analisis Faktor

Penyebab Stres Di Kalangan Pelajar yang dijalankan ke atas pelajar tahun dua yang

telah menyertai Bengkel Pembelajaran Efektif (BPE), FPPSM bertujuan menganalisis

faktor-faktor penyebab stres. Seramai 30 orang pelajar di pilih berdasarkan purata

nilai gred kumulatif (PGNK) 3.00 dan ke bawah. Hasil kajian ini menunjukkan stres

disebabkan oleh faktor-faktor pemikiran tidak rasional, interpersonal (rakan sebaya,

pensyarah, penasihat akademik), persekitaran, akademik dan kerjaya. Manakala untuk

analisis pengurusan stres pula aktiviti yang melibatkan tingkahlaku paling banyak

diamalkan oleh pelajar diikuti interpersonal, kerohanian, pemikiran dan pemakanan.

Kajian oleh Ferlus Fahari, et al. (2006) yang berbentuk tinjauan dijalankan

bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sumber stres, strategi daya tindakan dan

stres yang dialami dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian

ini menggunakan boring soal selidik. Kajian ini mengambil responden seramai 223

pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terdiri daripada 72 orang (32.3

peratus) pelajar lelaki manakala 151 orang (67.7 peratus) pelajar perempuan yang

terdiri daripada pelbagai etnik. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor stres pelajar

disebabkan oleh sumber perkembangan fizikal, akademik, pensyarah dan rakan.

Manakala kaedah pengurusan stres yang banyak digunakan oleh pelajar adalah seperti

daya tindak istirehat (relaxing), memberi fokus kepada penyelesaian masalah,

sokongan kerohanian (spiritual support), berkongsi sokongan sosial dan berkongsi

masalah dengan rakan rapat.

Kajian Chai Ming Seng et al. (2004) bertujuan mengenalpasti tahap stres

pelajar di sebuah kolej di Malaysia semasa pengajian 2003/04. Subjek kajian terdiri

daripada seramai 393 orang pelajar. Alat ukur Self Report Inventory (DSP) telah

digunakan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap stres responden adalah

lebih tinggi terutamanya yang berkaitan masalah penyesuaian diri, kewangan serta

jangkaan keputusan akademik. Tidak terdapat perbezaan signifikan dari segi jantina,

tahun pengajian dan kursus yang diikuti.

Langkah-langkah Mengatasi Stres

Leatz & Stolar (1993) mengatakan adalah baik untuk mencuba beberapa teknik

secara perlahan-lahan dan konsisten kerana tubuh badan telah biasa akan tabiat yang

lama. Antara teknik-teknik untuk mengatasi stres ialah menangis, latihan pernafasan,

bantuan rakan dan keluarga, aktiviti riadah, lawak jenaka, diari dan jurnal, urutan,

meditasi, rohani, hadiah, bercakap kepada diri sendiri, terapi, bercuti dan melancong.

Oleh kerana kebanyakkan emosi negatif bertindak balas ke arah bahaya, maka

ramai pengkaji telah mengkaji pelbagai teknik untuk mengawal emosi. Girdano et al.

(2001) mencadangkan salah satu cara mengatasi stres ialah dengan beristirehat

sementara mempelajari bagaimana untuk mengawal tindakbalas emosi ini supaya

penyakit dan kesihatan diri dapat dielak.

Catwright & Cooper (1997) menambah faktor tidak dapat mengurus masa

dengan efektif merupakan punca utama stres. Mengorganisasikan diri adalah jalan

terbaik untuk merancang dengan tujuan menjimatkan masa. Antaranya ialah dengan

membangunkan satu sistem dan mendisplinkan diri untuk mematuhi sistem itu setiap

hari. Misra & McKean (2000) juga mengatakan bahawa pelajar sepatutnya

menitikberatkan tugasan yang diarahkan sebelum tarikh hantar dengan melakukannya

mengikut tempoh tertentu atau seperti yang dijadualkan. Namun, kebanyakkannya

gagal untuk melakukan teknik seperti ini dan akhirnya mereka mengalami stres

sebelum peperiksaan.

Di tempat belajar, hubungan yang menggalakkan akan menghalang kesan

stres akibat bebanan kerja. Oleh itu, di institusi pengajian tinggi, sokongan sosial dari

pensyarah dan rakan sebaya merupakan cara terbaik untuk menghalang stres pelajar

kerana hubungan sosial merupakan asas kepada keperluan manusia (Torsheim &

Wold, 2001). Dalam kajian Kenny et al. (2002), salah satu laporan mengatakan

bahawa hubungan yang baik dan rapat antara ibu bapa dan anak dapat membantu

secara positif anak yang sedang menghadapi streshidup yang biasa dan luar biasa.

Beberapa kaedah yang boleh diambil apabila mengalami stres iaitu :

(i) Menarik nafas sedalam-dalamnya.

(ii) Beredar dari suasana tegang (jika perlu).

(iii) Berfikir sebelum bertindak.

(iv) Tanya kepada diri sendiri mengapa ia berlaku, puncanya dan perkara

yang telah dilakukan.

(Mingguan Malaysia, 2000)

Beberapa tindakan telah diberikan oleh Busrah Hj. Maulah (1998) untuk

mencegah dan mengatasi stres. Pendapat beliau merangkumi aspek psikologi dan

fizikal iaitu :

(i) Senaman dan riadah.

Aktiviti senaman dan riadah amat penting dilakukan oleh setiap

individu apatah lagi pelajar. Oleh sebab itulah, Kementerian

Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Pendidkan

Jasmani dan kesihatan (PJK) dengan tujuan untuk melahirkan generasi

pelajar yang sihat cergas dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal

yang tinggi.

(ii) Solat dan zikir

Bagi umat Islam, solat (fardhu) merupakan ibadat wajib dilakukan.

Tidak menunaikan solat bermaksud memutuskan hubungan dengan

Allah S.W.T. Rasulullah sendiri akan melakukan solat ketika

mengalami masalah dan memohon pertolongan daripada Allah S.W.T.

Di samping solat, zikir iaitu selalu mengingati Allah S.W.T. dan

melaksanakan segala perintah Nya, Allah S.W.T akan memberikan

rahmat dan hidayah Nya dalam kehidupan di muka bumi ini.

(iii) Membaca Al-Quran.

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan Allah S.W.T. untuk

dijadikan pedoman kepada manusia. Dengan membaca dan memahami

maksud Al-Quran, akan tenanglah hati di samping mendapat ganjaran

pahala daripada Allah S.W.T.

(iv) Muhasabah diri sendiri.

Para pelajar perlu selalu melakukan muhasabah diri. Dengan berbuat

demikian, para pelajar akan benar-benar mengenali diri sendiri sebagai

hamba Allah, mengetahui kelemahan diri sendiri, kekurangan dan

kelebihan atau keistimewaan diri sendiri. Bertitik tolak dari situ, para

pelajar mampu mengatur strategi untuk mengatasi kelemahan dan

seterusnya memperlengkapkan diri untuk menghadapi kehidupan yang

penuh dengan cabaran. Berusaha dan bertawakallah kepada Allah

S.W.T.

(v) Menceritakan masalah kepada orang lain.

Menurut teori kaunseling, sekiranya seseorang menghadapi masalah,

kemudian menceritakan atau meluahkan masalah isi hatinya kepada

orang lain, bermakna ia telah menyelesaikan separuh daripada masalah

tersebut. Justeru itu, para pelajar perlu meluahkan masalah yang

dialami kepada orang yang rapat dan boleh dipercayaisperti ibu bapa,

rakan, pensyarah, kaunselor, dan sebagainya. Dengan berbuat

demikian, pelajar akan mendapat maklum balas yang positif daripada

orang yang mendengar, yang akhirnya mampu menunjuk jalan untuk

menyelesaikan masalah yang dialami.

Pengurusan Stres

Pengurusan stres di kalangan pelajar adalah amat penting bagi meningkatkan

pencapaian mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Terdapat banyak

kaedah pengurusan stres yang telah diperkenalkan membuktikan betapa pentingnya

pengurusan stres pelajar yang berkesan dalam usaha untuk mengoptimumkan

pencapaian pelajar.

Mohd Fadzilah Kamsah et al. (2007) menerangkan metodologi menangani

stres yang sesuai diamalkan untuk mengatasi gejala stres di kalangan pelajar. Pada

permulaannya akan wujud ujian stres dalam diri, fikiran berserabut, pening dan diri

tidak terurus. Simpton-simpton ini menunjukkan mereka telah mengalami stres.

Seterusnya setelah mengetahui diri dalam keadaan tegang mereka perlu tenangkan

diri agar dapat berfikir secara rasional. Iringi dengan istighfar dan zikir kepada

Allah. Selepas diri mula tenang cari punca masalah. Fikirkan beberapa jalan

penyelesaian yang sesuai. Jika perlu dapatkan nasihat orang yang boleh dipercayai.

Akhirnya dapat penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah dan menjauhkan

diri daripada stres.

Helkowski, et al. (2004) menyatakan pelajar yang dicadangkan menguruskan

stres dengan senanam, tidur yang tetap, tumpuan pada perbuatan, gambaran, meditasi,

berurut, menggunakan masa untuk aktiviti positif, sokongan kawan-kawan adalah

penting untuk mengurangkan stres pelajar.

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian

Kajian berbentuk tinjauan telah dilaksanakan dalam kajian ini di mana pengkaji

menggunakan

satu set soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat utama bagi

mengumpul

maklumat berkaitan langkah-langkah penyelesaian yang diambil oleh pelajar bagi

menangani masalah stres yang dihadapi oleh mereka.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar semester satu, semester dua dan semester

tiga sesi 2013/14 Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun

Hussien Onn Malaysia. Penggunaan saiz sampel perlu melebihi 30 unit kerana

andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30

unit. Sampel bagi tujuan kajian ini ialah pelajar semester tiga Ijazah Sarjana

Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia sesi

2013/2014 iaitu seramai 30 orang.

Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun

Hussien Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor bagi mendapatkan maklumat mengenai

kajian yang dijalankan daripada para pelajar berkenaan langkah-langkah penyelesaian

yang diambil untuk menangani stres.

ANALISIS KAJIAN

Kajian ini menyenaraikan 10 item yang dikenal pasti berkaitan langkah atau tindakan

dalam menangani stres seperti dalam Jadual 1. Hasil analisis data menunjukkan

bahawa langkah yang paling digemari oleh responden apabila menghadapi stres ialah

mendekatkan diri dengan Tuhan dengan skor min yang paling tinggi iaitu 4.14.

Manakala tidur merupakan cara kedua yang selalu digunakan oleh sampel dalam

mengendalikan stress yang dihadapi iaitu skor min 4.02. Manakala item yang ketiga

tertinggi ialah mengenalpasti punca masalah dan berusaha mencari jalan

penyelesaiannya di mana nilai skor min sebanyak 3.96. Item-item yang lain seperti

berkongsi masalah dengan rakan sebaya mendapat skor min sebanyak 3.60, makan

lebih banyak dari kebiasaanya sebanyak 3.58, bersukan sebanyak 3.44 dan berkongsi

masalah dengan keluarga sebanyak 3.32. Manakala melepaskan perasaan secara lisan

seperti menjerit, menangis dan menyanyi pula mengumpul skor min sebanyak 3.29,

membeli belah sebanyak 3.24 dan kaedah yang kurang dilakukan oleh sampel untuk

menangani stres ialah berkongsi masalah dengan pensyarah iaitu dengan

memperolehi skor min yang terendah iaitu sebanyak 2.80.

Jadual 1 : Langkah-langkah Menangani Stres

Item Kenyataan Min Taksiran

Min

1 Mendekatkan diri dengan Tuhan 4.14 Tinggi

2 Tidur 4.02 Tinggi

3 Mengenalpasti punca masalah dan berusaha mencari

jalan penyelesaiannya

3.96 Tinggi

4 Berkongsi masalah dengan rakan sebaya 3.60 Sederhana

5 Makan lebih banyak dari kebiasaan 3.58 Sederhana

6 Bersukan 3.44 Sederhana

7 Berkongsi masalah dengan keluarga 3.32 Sederhana

8 Melepaskan perasaan secara lisan (menjerit, menangis

dan menyanyi)

3.29 Sederhana

9 Membeli belah 3.24 Sederhana

10 Berkongsi masalah dengan pensyarah 2.80 Sederhana

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Langkah-langkah Penyelesaian Menangani Stres

Beberapa langkah-langkah penyelesaian untuk menangani stres telah disenaraikan di

dalam kajian ini. Terdapat beberapa langkah-langkah yang telah digunakan oleh

responden apabila mereka menghadapi stres. Langkah-langkahyang telah

disenaraikan terdiri daripada 10 item. Hasil analisis data menunjukkan bahawa

pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional lebih suka mendekatkan diri

dengan Tuhan seperti sembahyang, berdoa dan berzikir. Ia merupakan cara positif

(produktif) yang selalu digunakan oleh responden dalam menangani masalah stres.

Secara keseluruhannya keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar mengambil

tindakan yang positif dalam menangani masalah stress yang dihadapi. Ini kerana

menggunakan cara-cara yang positif dalam menguruskan stres terutama sekali

menggunakan pendekatan agama Islam adalah lebih berkesan. Apabila mendekatkan

diri dengan Tuhan, perasaan tenang akan wujud dan secara tidak langsung ia dapat

mengurangkan stres yang wujud.

Cara ini sependapat dengan kajian yang dibuat oleh Busrah Hj. Maulah (1998)

yang mendapati bahawa dengan bersolat, berdoa, wirid, berzikir dan mengaji al-

Quran boleh mengubat emosi yang tertekan dan resah gelisah. Langkah kedua

tertinggi berdasarkan skor min ialah tidur. Tidur merupakan cara yang

kebanyakannya digunakan oleh pelajar untuk melegakan stres kerana dengan tidur

pelajar dapat melupakan sekejap masalah stres yang dihadapi. Langkah lain yang

dilakukan oleh pelajar apabila menghadapi stres ialah mengenalpasti punca masalah

dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Langkah ini sama seperti yang terdapat

pada Mingguan Malaysia (2000) iaitu tanya kepada diri sendiri mengapa ia berlaku,

puncanya dan perkara yang telah dilakukan. Pelajar yang bijak tidak akan

membiarkan diri mereka dibelenggu oleh stres yang wujud dan bersikap positif dalam

persekitaran yang mencabar dengan meningkatkan kemahiran menyelesaikan

masalah dan cuba melakukan yang terbaik di dalam sesuatu perkara.

Sebahagian pula menyatakan makan dengan banyak dapat mengurangkan

stres. Di dalam kajian Leatz & Stolar (1993) dan Busrah Hj. Maulah (1998)

mendapati antara kaedah lain untuk mengurangkan stres ialah melakukan aktiviti

yang baik seperti bersukan dapat memberi kesan dari aspek psikologi iaitu boleh

menenteramkan jiwa dan mengurangkan tahap kemurungan dan stres. Pelajar juga

akan berkongsi masalah dengan keluarga apabila menghadapi tekanan. Hal ini sama

seperti yang terdapat dalam kajian Kenny et al. (2002) mengatakan bahawa hubungan

yang baik dan rapat antara ibu bapa dan anak dapat membantu secara positif anak

yang sedang menghadapi streshidup yang biasa dan luar biasa. Biasanya pelajar lebih

suka berkongsi masalah dengan orang yang paling dipercayai kerana itu adalah jalan

yang terbaik untuk melepaskan perasaan stres. Membeli belah merupakan langkah

penyelesaian kedua terendah mengikut skor min di dalam kajian ini. Ini kerana bagi

responden, wang simpanan lebih penting digunakan untuk tujuan pembelajaran.

Berkongsi masalah dengan pensyarah paling kurang dilakukan untuk menangani stres

kerana mungkin perasaan malu menebal dalam diri pelajar.

KESIMPULAN

Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal dan

Vokasional mengambil langkah-langkah yang positif semasa menghadapi stres. Ini

menunjukkan stress yang dihadapi tidaklah terlalu kritikal hingga menyebabkan

pelajar mengambil langkah negatif. Jika stres dapat dikawal dengan baik, pelajar

tidak akan terjejas dalam pelajarannya.

Pengurusan stres di kalangan pelajar adalah amat penting bagi meningkatkan

pencapaian mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Terdapat banyak

kaedah pengurusan stres yang telah diperkenalkan membuktikan betapa pentingnya

pengurusan stres pelajar yang berkesan dalam usaha untuk mengoptimumkan

pencapaian pelajar

Secara kesimpulannya, hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar masih lagi

dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara walaupun diri mereka berada dalam

keadaan stres dan pelajar bijak mengendalikannya. Oleh kerana pelajar merupakan

aset yang paling berharga di universiti, maka pihak universiti perlu memainkan

peranan dalam membantu pelajar yang menghadapi masalah stres supaya dapat

menangani masalah tersebut dengan baik. Ini adalah kerana

faktor penyebab stres dan kesannya kepada pelajar haruslah diberi perhatian secara

komprehensif oleh pelbagai pihak di universiti bagi memastikan kecemerlangan

pelajar dalam pelbagai aspek seperti mental, emosi, kerohanian dan fizikal tercapai

agar ianya selari dengan hasrat universiti untuk menghasilkan graduan yang berilmu,

kelas pertama yang berkualiti, berkaliber, gemilang, cemerlang dan terbilang akan

terlaksana. Justeru, pelajar universiti perlu mengaplikasikan strategi daya tindak

dalam berdepan dengan situasi stres yang dialami. Ini secara tidak langsung boleh

membantu mereka mengurus dan menangani stres secara berkesan.

RUJUKAN

Adi Zuraini b. Md Zain (2003). Tekanan Pembelajaran di Kalangan Pelajat PJJ

(UITM). Thesis Msc, Universiti Utara Malaysia

Anderson, E.D., and Cole, B. (1998) Stress Factors to Reported Academic

Performance and Burnout Journal of Education. 108. 497-504.

Berita Harian(2002). 35 peratus Pelajar Alami Tekanan Perasaan. 6 Mac,12.

Brewster L.R. (2001). Stress, Coping and Social Supportof Student With Learning

Disabalities. UMI ProQuest Digital Dissertations.

Borg, M.G dan riding, R.J. (1993) Teachers Stress and Coping Style British Jurnal

of Education Psychology. Vol.63.

Buford, T.O. (1995). In Search of a Calling : The Collage’s Role in Shapinh Identity.

Georgia : Mercer University Press

Busrah Hj. Maulah (1998) Peperiksaan Menghadapi Peperiksaan Kuala Lumpur :

Utusan Publications.

Cartwrigt, S., & Cooper, L.C. (1997). Managing Workplace Stress. California :

SAGE Publication Inc.

Chai Ming Seng , Mohd Fadzil Che Din, dan Lily Mastura Harun (2004) Level of

Psychological Stress Among College Students in Malaysia Kertas Kerja

Seminar Kaunseling :UUM.

Deckro, G.R, Ballinger, K.M, Hoyt, M.H, Wilcher, M.Dusek, J., Myers.P.,

Greenberg, B., Rosenthal, D.S & Benson, H. (2002). The Evaluation of

Mind/Body Intervention to Reduce Psychological Distress and Perceived

Stress in Collage Students. Journal of American College Health, 50(6), 281-

287

Ferlis B. Bullare @ Bahari (2009) “Sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang

dialami pelajar university” Universiti Malaysia Sabah

Ferlus Fahari, Rosnah Ismail dan Lailawani Madlan @ Endalan (2006) Sumber

Stres, Strategi daya Tindak dan Stres Yang Dialami Pelajar.

Hatta Saidi Mohamed Hatta Shahrom (2002). “Menguruskan Stress Pendekatan yang

Praktikal.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Helkowski, C., Stout, C.E., & Jongsma, A.E. (2004) The College Student

Counseling Treatment Planner Hoboken , N.J ; John Willey. 118-130.

Kementerian Kesihatan Malaysia Amalkan Tekanan yang Baik (Tekanan Mental dan

Pekerjaan)

http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/tekanan_mental.htm

(22 September 2011)

Kenny, M.E., Gallagher, L.A., Alvarez-Sulavat, R. Silsby, J. (2002). Sources of

Supprt and Psychological Distress Among Academically Successful Inner-

City Youth. Journal of Adolescence, 37(145), 161-182.

Lahey, B.B. (2001). Psychology an Introduction. USA: McGraw Hill.

Leatz, c.A. & Stolar, M.W. (1993) Career Success/ Personal Stress-How To Stay

Healthy In A High-Stress Environment New York : Mc-Graw Hill, Inc.

Lessard, J.J. (1998). Adolescent Stress and Workload : From Bamboo Seed to Flying.

Guidance and Counseling . 15-19

Mastura Mahfar, Fadilah Zaini, Nor Akmar, (2007) Analisis Faktor Penyebab Stres

Di Kalangan Pelajar. Jurnal Kemanusiaan bil 9, Jun

McNamara, S. (2000). Stress in Young People: What’s New and What Can We Do?.

New York:Continum.

Mingguan Malaysia (2000) Remaja Sering Hadapi Tekanan Mental, 19 Mac, 26.

Misra, R. & McKean , M. (2000) College Stidents’ Academis Stress And Its

RelaxationTo Their Anxiety, time Management and Leisure Satisfaction.

American Journal Of Health Studies (16)1, 41-51.

Nelson, D.L. and Sutton, C. (1990). Chronic Work stress and Coping : A

Longitudinal Study and Suggested New Directions. Academy of Management

Jurnal, 33(4):859-869

Ross, S.E., Neibling, B.C. and Heckert, T.M., (1999) Sources of Stress Among The

College Students College Student Journal.

Thorsheim, T. & Wold, B. (2001) School Related Stress, School Support and Somatic

Complaints : A General Populations Study Journal of Adolescent Research,

16(3), 293-303.

Zulia Ilmawati (2004) Depresi Sosial (Gejala dan Akar Penyebabnya ). Hizbut Tahrir

Online http://hayatulislam.net.17.hostcorporate.com/comments.