struktur sosial

3
struktur sosial, budaya, agama serta nilai atau norma-norma kehidupan yang diamalkan masyarakat Melayu ketika itu. gambaran sebenar kehidupan masyarakat pada waktu itu. seperti ilmu jampi, ilmu pengasih, dan ilmu pendukunan yang sememangnya merupakan suatu amalan bagi masyarakat terdahulu. ilmu frasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka iaitu anggota badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Ilmu frasat dapat dikatakan sebagai ilmu yang boleh menilik nasib seseorang. Sesiapa yang mempelajari akan ilmu ini akan boleh membaca fkiran seseorang. ilmu pengasih ialah pengetahuan tentang jampi, azimat, atau guna-guna untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih terhadap individu yang dikehendaki. Ilmu pengasih boleh diahami sebagai salah satu ilmu kebatinan yang digunakan sebagai satu usaha untuk menakluki dan memiliki sekeping hati yang dimiliki individu yang dihajati atau dicintai secara halus atau ghaib. !erdukunan merupakan penterjemahan dari kata al kahaanah daripada "ahasa #rab. Ilmu dukun ini dikatakan mengandungi tiga unsur iaitu unsur yang pertama ialah mesti adanya yang disebut sebagai kaahin $si pendukun%, mutakaahin $peminta atau pesakit yang berjumpa dukun% dan mahkuun $kepada siapa dukun itu ditujukan%. &amus 'ewan menyatakan bahawa dukun merupakan orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya. !erdukunan pula didefnisikan sebagai sesuatu yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkaitan dengan ilmu dukun. peranan dukun sangat penting pada zaman dahulu dalam menentukan masa depan seseorang. 'ukun bukan sahaja berupaya mengubati orang sakit, bahkan dukun juga dapat mengetahui sesuatu perkara yang bakal berlaku kelak. (al ini berlaku disebabkan pengaruh (indu-"uddha yang meresapi dalam budaya Melayu pada ketika itu. Mereka lebih percaya tilikan yang akan menetukan nasib mereka pada masa akan datang. Selepas kedatangan Islam, ilmu pendukunan semakin jarang digunakan. )ampi didefnisikan &amus 'ewan sebagai kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit. )ampi juga dikenali sebagai mantera. *rang Melayu sangat dekat dunianya dengan spiritual. Ini mungkin juga disebabkan oleh Islam yang menjadi agama rasmi orang Melayu, agama (indu dan "uddha juga pernah mempengaruhi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. )ika dilihat pada zaman dahulu, hampir kesemua aktiviti akan diikuti dengan jampi. Strata masyarakat atau statifikasi ialah menggambarkan tentang struktur sosial m dari segi iaitu pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang be atau juga dikenali sebagai susun lapis masyarakat. Dalam Karya Agung Sejarah Mela masyarakat Melayu digambarkan mempunyai struktur yang tersusun. lanya didahului o seorang raja sebagai pemerintah. Baginda akan dikelilingi oleh kerabat-kerabat di

description

nota

Transcript of struktur sosial

struktur sosial, budaya, agama serta nilai atau norma-norma kehidupan yang diamalkan masyarakat Melayu ketika itu.gambaran sebenar kehidupan masyarakat pada waktu itu.seperti ilmu jampi, ilmu pengasih, dan ilmu pendukunan yang sememangnya merupakan suatu amalan bagi masyarakat terdahulu.ilmu firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka iaitu anggota badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Ilmu firasat dapat dikatakan sebagai ilmu yang boleh menilik nasib seseorang. Sesiapa yang mempelajari akan ilmu ini akan boleh membaca fikiran seseorang.ilmu pengasih ialah pengetahuan tentang jampi, azimat, atau guna-guna untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih terhadap individu yang dikehendaki. Ilmu pengasih boleh difahami sebagai salah satu ilmu kebatinan yang digunakan sebagai satu usaha untuk menakluki dan memiliki sekeping hati yang dimiliki individu yang dihajati atau dicintai secara halus atau ghaib.Perdukunan merupakan penterjemahan dari kata al kahaanah daripada Bahasa Arab. Ilmu dukun ini dikatakan mengandungi tiga unsur iaitu unsur yang pertama ialah mesti adanya yang disebut sebagai kaahin (si pendukun), mutakaahin (peminta atau pesakit yang berjumpa dukun) dan mahkuun (kepada siapa dukun itu ditujukan). Kamus Dewan menyatakan bahawa dukun merupakan orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya. Perdukunan pula didefinisikan sebagai sesuatu yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkaitan dengan ilmu dukun.peranan dukun sangat penting pada zaman dahulu dalam menentukan masa depan seseorang. Dukun bukan sahaja berupaya mengubati orang sakit, bahkan dukun juga dapat mengetahui sesuatu perkara yang bakal berlaku kelak. Hal ini berlaku disebabkan pengaruh Hindu-Buddha yang meresapi dalam budaya Melayu pada ketika itu. Mereka lebih percaya tilikan yang akan menetukan nasib mereka pada masa akan datang. Selepas kedatangan Islam, ilmu pendukunan semakin jarang digunakan.Jampi didefinisikan Kamus Dewan sebagai kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit. Jampi juga dikenali sebagai mantera. Orang Melayu sangat dekat dunianya dengan spiritual. Ini mungkin juga disebabkan oleh Islam yang menjadi agama rasmi orang Melayu, agama Hindu dan Buddha juga pernah mempengaruhi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Jika dilihat pada zaman dahulu, hampir kesemua aktiviti akan diikuti dengan jampi.Strata masyarakat atau statifikasi ialah menggambarkan tentang struktur sosial masyarakat dari segi iaitu pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan atau juga dikenali sebagai susun lapis masyarakat. Dalam Karya Agung Sejarah Melayu, masyarakat Melayu digambarkan mempunyai struktur yang tersusun. lanya didahului oleh seorang raja sebagai pemerintah. Baginda akan dikelilingi oleh kerabat-kerabat di raja, permaisuri, putera-puteri raja serta kaum kerabat di raja yang lain. Berada di bawah baginda ialah golongan pentadbir atau lebih dikenali juga sebagai golongan bangsawan. Antara jawatan penting ialah seperti Bendahara, Laksamana, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar, Bentara dan lain-lain lagi. Selain itu, golongan ulama juga berada dalam hirarki ini seperti Makhdum, Sayyid, Maulana dan Kadhi.Golongan pemimpin iaitu raja mempunyai kuasa penuh terhadap rakyatnya sehingga mampu membuat keputusan tanpa berfikir atau mengusul periksa terlebih dahulu.Keterangan diatas jelas menunjukkan bahawa strata masyarakat pada zaman dahulu dapat dibahagikan kepada dua iaitu golongan atasan dan golongan bawahan. Raja dan pembesar menduduki kedudukan sebagai golongan atasan manakal rakyat biasa dan hamba pula dianggap sebagai golongan bawahan.adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun iaitu sejak dahulu kala di dalam sesuatu masyarakat iaitu sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Manakala istiadat pula ialah bermaksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, dan resam. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa adat istiadat merupakan peraturan yang harus dilakukan sama ada dalam urusan rasmi atau tidak. Adat istiadat ini sering kali dikaitkan dengan istana.Dalam adat mengadap raja di balairung ialah, para pembesar akan disusun mengikut pangkat kebesaran masing-masing. Pangkat tersebut di mulai dengan bendahara, penghulu bendahari dan temenggung. Mereka akan duduk di seri balai. Kemudian, anak-anak raja pula akan duduk di bahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Selepas itu, akan di ikuti dengan sida-sida yang muda-muda akan duduk berselang seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai.Untuk menyambut kedatangan utusan terdapat adat yang perlu di ikuti. Sambutan terhadap kedatangan utusan adalah berbeza mengikut tahap kebesaran kerajaan tersebut. Apabila utusan dari kerajaan yang besar seperti Pasai dan Haru, sambutannya akan menggunakan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai dan lain-lain. Jika, sekiranya utusan datang dari negeri yang kurang kebesarannya, alat kelengkapan keraian untuk menyambutnya akan dikurangkan, cukup sekadar gendang dan serunai sahaja atau berpayung kuning atau bergajah. Walau bagaimanapun, sepersalinan tetap akan diberikan.Dalam adat ini, pihak yang lebih berkuasa akan dihormati. Dengan itu, untuk menyambut utusannya akan di buat secara besar-besaran. Malahan, pihak tersebut juga berkemungkinan mempunyai kekuasaan yang amat kuat dan terpengaruh di rantau tersebut. Dengan itu, jika tidak menyambutnya dengan cara yang terhormat, berkemungkinan akan memberi kesan kepada sesebuah kerajaan kelak.Adat menurut Kamus Dewan bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinisikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaanKonsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau upacara, tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan dan perundangan.Adat Temenggung Adat ini dibawa masuk ke Melaka pada awal abad ke-15 Masihi dan kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hokum syarak bermazhab Shafie. Adat Temenggung telah bercampur dengan undang-undang adat Melayu sedia ada yang mempunyai nama yang berbeza mengikut negeri. Antaranya ialah Undang-undang Melaka, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah.Adat Temenggung ini mempunyai beberapa ciri utama iaitu hukuman bersifat pembalasan, pemerintahan bersifat autokratik, pewarisan harta lebih kepada nasab lelaki dan perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak. Berdasarkan karya agung, kita dapat melihat contoh adat temenggung yang menunjukkan pertabalan seorang raja. Telah diketahui bahawa dalam Adat Temenggung, nasab lelaki lebih diutamakan.Susun lapis masyarakat Golongan pemerintah terdiri daripada Sultan, kaum kerabatnya dan pembesarpembesarseperti Bendahara, Laksamana, Temenggung dan Penghulu Bendahari Golongan rakyat terdiri daripada orang merdeka termasuklah pedagang dan buruh mahir Golongan hamba termasuklah orang yang gagal membayar hutang