struktural 11

1
Pendekatan Induktif Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi dan membantu pelajar untuk membuat satu kesimpulan yang sesuai. Dalam pengajaran bahasa, pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya.Pendekatan ini merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan-peraturan umum daripada fakta- fakta atau contoh tertentu.Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat kesimpulan. 4.2 Pendekatan 4.2.1 Konsep Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah- langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Menurut Mok Soon Sang (2010), konsep pendekatan dalam konteks pendekatan bermaksud cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan merupakan satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan alasan. Oleh yang demikian, pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa dapat dibahagikan kepada empat pendekatan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektrik dan pendekatan komunikatif.

description

sss

Transcript of struktural 11

Pendekatan Induktif Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi dan membantu pelajar untuk membuat satu kesimpulan yang sesuai. Dalam pengajaran bahasa, pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya.Pendekatan ini merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan-peraturan umum daripada fakta-fakta atau contoh tertentu.Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat kesimpulan.

4.2Pendekatan

4.2.1 Konsep

Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Menurut Mok Soon Sang (2010), konsep pendekatan dalam konteks pendekatan bermaksud cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan merupakan satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan alasan. Oleh yang demikian, pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa dapat dibahagikan kepada empat pendekatan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektrik dan pendekatan komunikatif.