suara RISDA latest 23 Jan...XPAX@KKLW MANFAAT UNTUK PENDUDUK LUAR BANDAR Kira-kira 1.2 juta keluarga...

24
FIESTA BERA Meraikan pekebun kecil dan warga Bera MOH MENGETEH Program mendalami dan mendekati masyarakat luar bandar RISDA FEST PENANG Membuka peluang & ruang kepada usahawan-usahawan bimbingan RISDA Manfaat Untuk Penduduk Luar Bandar XPAX@KKLW pihak berkuasa KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH bil 03/2016 WWW.RISDA.GOV.MY

Transcript of suara RISDA latest 23 Jan...XPAX@KKLW MANFAAT UNTUK PENDUDUK LUAR BANDAR Kira-kira 1.2 juta keluarga...

FIESTA BERA Meraikan pekebun kecil dan warga Bera

MOH MENGETEHProgram mendalami dan mendekatimasyarakat luar bandar

RISDA FEST PENANG Membuka peluang & ruang kepada usahawan-usahawan bimbingan RISDAManfaat Untuk Penduduk Luar Bandar

XPAX@KKLW

pihak berkuasa KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

bil 03/2016 WWW.RISDA.GOV.MY

2016ISIkandungan

sidangeditorial

2

3

4 & 5

6 & 7

8

9

10

11

12

13

14 & 15

16 & 17

18

19

20

Sidang editor

xpax@kklw

fiesta BERA MERIAH

south american leaf blight (SLAB)

TUisyen rakyat@kklw

lensa

pesta lundu 2016

mobile ctc 5

bubu darat

bro ky kitchen

21 juh ke ladang

22 ts online

23 iklan ucam

24 iklan rumah bina negara

PANDANG SERIUS ISU MASYARAKAT LUAR

RISDA FEST PENANG

RTBB RISDA NEGERI SEMBILAN

BANDAR

JAWAtankuasa kemajuan dan keselamatankampung dan persekutuan

rumah BINA NEGARA

penaung

ketua editor

penolong editor

EDITOR

pengedaran

rekabentuk & percetakan

Tn. Hj. Mohd Najib Bin A Samad

Muhammad Adnin Bakir Bin Abu Bakar

Mohd Hani� B. Ismail Mokhtar

Abdul Malek B. KassimAhmad Shahdan Bin Md. SidekMohammad Hazman B. RamliYahya Al-Mubarak B. JamalNur Faizah Bt. Md. Jani

VANTAGEFIVE SDN. BHD.

Unit Pentadbiran Dan Kewangan, BKKUnit Penerbitan Dan Pameran, BKK

02

YAYASAN RISDAYayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan syarikat milik penuh RISDA telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-224 pada 21 Februari 2013. Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan secara rasmi mulai 22 Disember 2015.

BANTUAN YANG DISEDIAKAN OLEH YAYASAN RISDA.

Skim Bantuan Pelajaran (Skim Biasiswa AnakPekebun Kecil)

Skim Bantuan OKU

Skim Bantuan Bencana Alam

Skim Bantuan Kemajuan Keluarga

Biasiswa IPT Anak Pekebun Kecil.

Skim Bantuan AnakYatim Dan Ibu Tunggal

Skim Bantuan Sukan

Skim Bantuan Pelajar

NO. TELEFON 03 - 42703066

NO. FAKS 03 - 42703060

LAMAN WEB RASMI -

EMAIL [email protected]

ALAMAT

NO. 31, TINGKAT 4, GRAHA ESPEK, JALAN SULAIMAN 3, TAMAN PUTRA

SULAIMAN, 68000 AMPANG, SELANGOR.

XPAX@KKLWMANFAAT UNTUK PENDUDUK LUAR BANDAR

Kira-kira 1.2 juta keluarga di kawasan luar bandar bakal menikmati panggilan telefon tanpa had ke rangkaian Celcom secara berperingkat menggunakan pakej prabayar baharu iaitu XPAX@KKLW. Kemudahan tersebut bakal diterima apabila Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Celcom Axiata Berhad bagi memberi kemudahan komunikasi kepada masyarakat luar bandar. Sebagai permulaan sebanyak 500,000 orang dalam komuniti RISDA yang berdaftar di seluruh negara bakal menikmati internet asas percuma dan panggilan telefon tanpa had ke rangkaian Celcom menerusi pembelian pek sim XPAX@KKLW. Penggunaan kad sim khas tersebut turut memudahkan kerajaan untuk menyalurkan pelbagai maklumat dan informasi kepada penduduk luar bandar dengan lebih cepat dan menyemai budaya perniagaan secara atas talian dalam kalangan penduduk.

Pakej prabayar XPAX@KKLW menawarkan 10GB internet burung hantu secara percuma setiap bulan pada jam 1 pagi hingga 7 pagi, selain 500 megabit social chat percuma dengan asas internet dan RM20 sebulan untuk panggilan tanpa had selama 30 hari kepada semua pengguna Celcom.

OlehMOHD HANIFF B. ISMAIL MOKHTARBhg. Komunikasi Korporat

03

Program Rumah Bina Negara ini merupakan salah satu transformasi kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Ianya telah dilancarkan oleh YB Menteri KKLW sewaktu pelancaran Transformasi Luar Bandar sewaktu perhimpunan bulanan khas sempena 100 hari pada 20 November 2015 yang meletakan Rumah Bina Negara di bawah fokus ke-2, Pembangunan Luar Bandar dalam Transformasi ke-2, KKLW sebagai Peneraju Projek Perumahan Generasi kedua Luar Bandar.

Program Rumah Bina Negara telah diluluskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA kali ke-244 yang bersidang pada 10 Disember 2015 yang lalu untuk perlaksanaannya. Program ini bertujuan untuk menyediakan rumah yang lebih selesa kepada generasi kedua yang tinggal di kampung tradisional dalam meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan. Selain itu juga ianya bertujuan menggalakkan generasi kedua untuk terus tinggal di luar bandar untuk kesinambungan komuniti getah. Generasi ke-2 ditakrifkan sebagai generasi ke-2 yang bermastautin di kampung dan berumur antara 18 hingga 45 tahun.

RISDA menyasarkan sebanyak 5000 unit rumah Bina Negara akan dibina menjelang akhir tahun 2020. Bagi perlaksanaan di bawah RISDA, sebanyak 100 unit akan dibina pada tahun 2016 di negeri Pahang, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Seunit Rumah Bina Negara ditawarkan dengan harga RM 65,000.00 berserta insentif sebanyak RM 20,000.00 yang diberikan kepada pemohon yang berjaya oleh kerajaan melalui bantuan langsung kerajaan.

YB Menteri KKLW melancarkan gimik Rumah Bina Negara sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah RISDA

Majlis menandatantangani ‘plug’ perasmian yang disempurnakan oleh YB Menteri KKLW

RUMAH BINA NEGARATRANSFORMASI KKLW

OlehMUHAMMAD FIROS B. MUSTAFFABAHAGIAN PROGRAM KHAS

YB Menteri KKLW menyerahkan ‘Mock Key’ kepada pemilik Rumah BinaIaitu Puan Noradila Bt Mohamad Zain.

04

Rumah Bina Negara merupakan projek perumahan mampu milik untuk generasi kedua luar bandar dengan keluasan lantai 700 kaki persegi. Dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air dan kemudahan utiliti asas. Majlis pelancaran telah dilaksanakan pada 31 Oktober 2016 di Kampung Bintang, Temerloh, Pahang Darul Makmur dan disempurnakan oleh Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Majlis ini telah di hadiri seramai 1,500 pekebun kecil

Pada majlis yang sama, turut disampaikan ‘Mock key’ sebagai simbolik perasmian kepada dua penerima rumah Bina Negara iaitu Puan Noradila Bt Mohamad Zain dari Kg.Bintang, Temerloh dan Puan Nor Hamiza Bt Hussin dari Chuping, Perlis.

Sesi Fotografi YB Menteri KKLW bersama penerima Rumah Bina Negaradan pekebun kecil

RUMAH BINA NEGARA

05

YB Menteri KKLW beramah mesra bersama kanak - kanakdi Fiesta Bera 5 2016

FIESTA BERAMERIAH !

YB Menteri KKLW bergambar bersama Pengerusi dan Ketua Pengarah

RISDA

OlehNUR FAIZAH BT. MD JANIBhg. Komunikasi Korporat

06

Bera - Pada 28 hingga 30 November 2016 yang lalu telah berlangsungnya satu Fiesta Bera 5 2016 yang penuh gemilang dan meriah. Acara tahunan yang diadakan khusus buat warga Bera ini merangkumi pelbagai aktiviti yang menarik antaranya pameran keusahawanan, ceramah agama, business talk, pertandingan mewarna, pertandingan gusti lengan, imam cilik, fun ride, cabutan bertuah, sayembara puisi, konsert menjunjung damai dan sebagainya. Antara artis - artis yang turut serta dalam fiesta ini adalah Dato’ Rosyam Nor, Azza Elite, Safura, Norkhiriah, Ieda Moin, Roslan Shah, Ani Mayuni dan ramai lagi.

Program tersebut telah dibawakan oleh Forel Studio sebagai Pengurus Program dan media rasmi oleh Kosmo serta RISDA selaku penaja utama. Buat julung - julung kalinya ia adalah pameran terbesar dalam sejarah RISDA. Dengan berkeluasan 20’ x 100’, Pavillion RISDA kelihatan sungguh gah dengan pengisian info korporat dan juga outlet - outlet usahawan RISDA. Tidak ketinggalan juga, RISDA telah menjemput 3 orang kartunis dari majalah Ujang iaitu Saudara Lalang, Saudara Lepat dan juga Saudara Manggis bagi aktiviti melukis karikatur secara percuma buat pengunjung yang hadir ke booth RISDA.

Antara agensi - agensi di bawah Kementerian yang turut terlibat dalam program tersebut adalah Majlis Amanat Rakyat (MARA), FELCRA Berhad, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Institut Kemajuan Desa (INFRA) selain Kosmo dan Celcom. Pelbagai aktiviti jualan dan perkhidmatan yang disediakan di Laman Kerayong bagi menarik lebih ramai orang menyertai fiesta tersebut. Pemberian sim kad secara percuma juga telah diedarkan oleh pihak Celcom khusus buat warga Bera sahaja sepanjang program berlangsung.

Acara kemuncak iaitu majlis perasmiannya telah diadakan pada 29 Oktober 2016 (Sabtu) jam 10.00 pagi dan dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera. Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Mohd Arif b. Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, Dato’ Azizan b. Mohamad Sidin, Pengerusi RISDA Datuk Zahidi b. Zainul Abidin dan Ketua Pengarah RISDA Tn Hj. Najib b. A. Samad.

07

Kerajaan tidak pernah berdiam diri dan sentiasa memberi perhatian serius dalam menangani pelbagai isu yang timbul melibatkan masyarakat luar bandar di seluruh negara. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, masyarakat luar bandar perlu terus memberi kepercayaan kepada kerajaan dalam menyelesaikan isu yang timbul.

Di bawah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pun apabila berbangkit isu, kita berjaya selesaikan. Kerajaan tidak berdiam diri malah kerajaan melalui Perdana Menteri sendiri telah menubuhkan jawatankuasa khusus untuk melihat secara menyeluruh isu-isu berbangkit yang bakal diselesaikan.

Beliau berkata demikian semasa Program Moh Ngeteh bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Felda Purun. Program berkenaan juga merupakan salah satu platform kerajaan di dalam mendalami dan mendekati masyarakat luar bandar seterusnya mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.

OLEH : MOHD HANIFF ISMAIL MOKHTAR BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

08

Bermula dari 24 September hingga 02 Oktober 2016, Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang dengan jayanya telah menganjurkan Karnival Usahawan RISDA bertempat di Pusat Komersial Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Karnival Usahawan RISDA yang julung kalinya diadakan ini telah menarik minat lebih 50 peserta usahawan bumiputera di bawah bimbingan Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada pelbagai jualan seperti makanan & minuman, pembuatan kasut dan pakaian.

Karnival Usahawan yang dipromosikan dengan ‘RISDA Fest Penang’ ini dirasmikan oleh Pengerusi RISDA Malaysia, YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin pada 25 September 2016. Sambutan pengujung cukup menggalakkan kerana dianggarkan lebih 10,000 orang yang hadir pada hari

‘RISDA FEST PENANG’Membuka Peluang Kepada Usahawan

Pengerusi RISDA menyampaikan ucapan perasmiansempena RISDA FEST PENANG 2016

OlehMOHD ZUHAIRI BIN MUSLIMPEJABAT RISDA NEGERI PULAU PINANG

Tujuan utama karnival ini dijalankan adalah bagi membuka peluang & ruang kepada usahawan-usahawan bimbingan RISDA bagi memperkenal dan memasarkan produk mereka masing-masing. Hasil bancian yang telah dibuat sepanjang karnival ini berlangsung, kadar keuntungan yang diperolehi usahawan RISDA cukup memberangsangkan.

Rata-rata pengunjung yang hadir memberi maklumbalas yang positif kerana terdapat pelbagai bahan jualan & begitu kagum dengan usaha pihak RISDA dalam menjayakan program seperti ini. Ramai usahawan turut berharap supaya karnival seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang oleh pihak RISDA.

Pengerusi RISDA bergambar bersama penerima ‘Mock Cheque’ sumbangan RISDA

09

RISDA NEGERI SEMBILAN 2015rtbb 23 November 2016, bertempat di Dewan Sri

Minang Pejabat RISDA Negeri Sembilan, telah berlangsungnya majlis penyerahan zakat keuntungan RTBB RISDA bagi tahun 2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Bahagia Encik Abu Hassan Bin Mohd Ali, Pengarah RISDA Negeri Sembilan bagi mewakili YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin, Pengerusi Risda Malaysia. Beliau memohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana ada urusan yang penting untuk diselesaikan.

Seramai 200 warga kerja RISDA Negeri Sembilan dan wakil Pusat Zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Encik Zaharim Kusinni, berkumpul dibawah satu bumbung menghadiri majlis tersebut. Penyampaian zakat RTBB ini adalah salah satu usaha RISDA dalam membantu komuniti pekebun kecil mengurangkan beban hidup. Tujuan pemberian ini adalah untuk membantu pendapatan pekebun kecil yang memiliki tanah kurang dari 7 ekar melaui pemilikan saham dalam ladang RTBB.

Dalam ucapan Pengarah RISDA Neger i Sembilan, beliau juga menekankan apa yang lebih penting adalah usaha daripada pekebun kecil itu sendiri bagi meningkatkan produktiviti kebun melalui Amalan Pertanian Baik (GAP) sepanjang tahun. Pelbagai program dan bantuan diwujudkan bagi menggalakkan keterlibatan pekebun kecil terhadap industri negara yang sudah meluas seperti bidang keusahawanan.

Di majlis tersebut, sejumlah RM 181,787.00 telah dilafazkankan oleh Pengarah RISDA Negeri Sembilan kepada wakil Pusat Zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi zakat keuntungan tahun 2015. Allah berfirman dalam Surah At - Taubah ayat 103, ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi meraka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

OlehNORLIJAH BT. HUSINPRN Negeri Sembilan

10

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG DAN PERSEKUTUAN Bantu Penduduk Di Kawasan Luar Bandar

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan (JKKK) dan JKKP adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi dan telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.

Ahli JKKK dilantik oleh Ketua Menteri berdasarkan cadangan dari para ADUN dan kemudiannya di sahkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri dan Pegawai Daerah dengan tempoh pelantikan JKKK selama dua (2) tahun.

JKKK dan JKKP terdiri daripada 15 ahli iaitu seorang Pengerusi, seorang Setiausaha dan 13 ahli biasa. Elaun ahli JKKK ini dibayar secara bulanan dengan kadar RM800 sebulan/Pengerusi, RM 300 sebulan/Setiausaha, RM 100 sebulan/Pengendalian Mesyuarat dan RM 50 sebulan untuk setiap Kehadiran Mesyuarat.

Bilangan perjawatan JKKK dan JKKP untuk tujuh buah negeri di bawah penyelarasan RISDA adalah seramai 3,284 orang. Bermula tahun 2009 RISDA hanya menyelaras bayaran elaun JKKP untuk 2 buah negeri iaitu Selangor dan Pulau Pinang dengan jumlah peruntukan diterima sebanyak RM76,735,247.08.

Walaubagaimanapun, mulai Julai 2016 RISDA telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras bayaran elaun JKKK bagi negeri Perlis, Perak, N.Sembilan, Melaka dan Pahang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 10,591,260.00.

Sehingga Oktober 2016, sebanyak RM 81,430,062.01 telah dibayar kepada semua ahli JKKK dan JKKP yang berada di bawah penyelarasan RISDA.

OlehMUHAMMAD FIROS B. MUSTAFFABAHAGIAN PROGRAM KHAS 11

SOUTHLEAF BLIGHT

(SALB)

AMERICAN

Industri Getah Asli Negara kini terdedah kepada ancaman SALB (South American Leaf Blight) yang disebabkan oleh kulat (microcylus ulei) pada pokok getah. SALB telah membantutkan perkembangan industri getah asli di Negara asal pokok getah (Brazil) dan seluruh Negara Amerika Selatan dan Tengah.

Sehingga kini tiada sebarang kimia/racun kulat (fungicide) yang dapat membendung kulat ini daripada merosakkan pokok getah. Kehidupan 500,000 pekebun kecil di Negara ini akan terjejas sekiranya SALB sampai ke Negara ini, sudah pasti akan menimbulkan berbagai masalah sosio-ekonomi dan kerugian kepada industri getah asli Negara.

Sukan Olimpik Rio di Negara Brazil pada bulan Ogos lalu, sudah pasti berlakunya pemergianrakyat Negara ini untuk menyaksikan temasya sukan tersebut. Mereka bukan sahaja ke stadium bahkan akan melawat ke tempat menarik di pedalaman (luar kota), kawasan-kawasan getah yang terdapat penyakit SALB. Tidak mustahil spora kulat yang mempunyai “viability” purata 21 hari sampai ke Negara ini dengan cara melekat di pakaian, pembelian cenderahati/hadiah seperti pokok, buah-buahan yang diseludup dalam bagasi pakaian dan sebagainya.Dengan penerbangan terus kurang daripada 18 jam, risiko penyebaran spora ke atas penanaman getah di Negara ini tidak boleh dipandang ringan.

Ancaman sebegini rupa sudah berlaku di Negara ini kepada industri kelapa sawit disebabkan oleh penyebaran kumbang merah palma. Kerajaan mesti melaksanakan kempen kesedaran segera kepada mereka yang ingin pergi ke Olimpik Rio pada bulan Ogos ini serta melaksanakan tindakan kuarantin dipintu masuk Negara ini dan Negara Asean. Kerjasama segera dengan Asia and Pacific Plant Protection Commission (APPPC) di Brazil sangat penting dengan kadar segara bagi menapis semua pelancong terutamanya yang datang dari Negara Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Pekebun kecil getah juga perlu diberi pengetahuan akan ciri-ciri penyakit SALB ini agar langkah-langkah kuarantin dan pencegahan dapat dilaksanakan segera.

ANCAM INDUSTRI GETAH ASLI MALAYSIAOlehMOHAMED NAZRI BIN BAHARUDIN(BIAD)

12

SEMINAR KECEMERLANGAN PELAJAR TUISYEN RAKYAT @KKLW

PANDUAN UNTUK PELAJAR

Pulau Pinang - Unit Pengembangan & Produktiviti, Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu Seminar Kecemerlangan Pelajar Tuisyen Rakyat @KKLW pada 25 Oktober 2016 yang lalu. Seminar yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuat, Seberang Perai Tengah menggabungkan pelajar-pelajar tuisyen desa daripada SMK Mengkuang, SMK Dato' Kailan, SMK Tasek & SMK Seri Balik Pulau. Seramai lebih kurang 90 orang pelajar yang telah menghadiri seminar tersebut.

Seminar selama sehari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada pelajar - pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini. Seminar ini turut memfokuskan kepada tips menjawab soalan dan panduan bagi mereka sebelum menduduki peperiksaan. Ceramah motivasi juga turut diadakan untuk memberi makluman dan menaikkan semangat pelajar tersebut untuk meraih kejayaan.

Seminar yang julung kali diadakan ini diharap dapat memberi manfaat kepada pelajar - pelajar khususnya pelajar luar bandar dalam meningkatkan kecemerlangan. Turut hadir dalam seminar ini adalah Timbalan Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang iaitu En. Shahrul Redzuan b. Shaharudin dan juga pegawai dan staf negeri.

OlehMOHD ZUHAIRI BIN MUSLIMPejabat Risda Negeri Pulau Pinang

13

LENS MADE IN JAPAN 77 MM

ZOOM LE

17

55 M

M 1

:2.8

LENSA

14

LENS MADE IN JAPAN 77 MM

ZOOM LE

17

55 M

M 1

:2.8

LENSA

15

LUNDU: Pelbagai jenis makanan dan hasil kraf tangan oleh usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dipamer dan dijual di tapak Showcase Usahawan bersempena Pesta Lundu 2016 (4-6 November) di sini. Pameran dan jualan yang diberi nama “Ekspo Usahawan RISDA” ini telah menghimpunkan lebih kurang 20 usahawan Bumiputera Sarawak dengan pelbagai produk jualan masing-masing.Antara produk yang dipamer dan dijual adalah telur masin, kuih-muih tradisional, tebaloi Mukah, keropok ikan, kraftangan bunga daun getah, anyaman, bakul dan banyak

lagi.

Pameran dan jualan ini dianjurkan Unit Pembangunan Usahawan RISDA Negeri Sarawak bertujuan bagi meningkatkan daya maju usahawan RISDA berkaitan promosi pemasaran produk. Selain itu, ia juga bagi mempromosi hasil kerja dan produk keluaran usahawan RISDA di seluruh negeri ini. Ia turut bagi menyediakan platform untuk usahawan RISDA negeri Sarawak mewujudkan jalinan kerjasama sekaligus menjana pendapatan mereka melalui jualan bersempena pesta tersebut sedang berlangsung.

PESTA

2016LUNDU Promosikan usahawan Sarawak

Zulkefli Zaini melawat ke gerai-gerai pameran dan jualan di Ekspo Usahawan RISDA.

Usahawan RISDA dari Lawas dan Limbang turut menjual dan mempamerkan hasil kraftangan bunga daun getah.

OlehADI SAFARMAN BIN JAFARRisda Bahagian Betong

16

Pameran dan jualan itu juga bagi mengketengahkan hasil aneka jualan dan mempromosi tentang produk berkualiti yang diusahakan oleh usahawan RISDA Sarawak.Di samping itu, aktiviti memberi peluang kepada usahawan RISDA yang bergiat aktif di negeri ini untuk mempromosikan keluarannya kepada pasaran luar.Pada masa sama, RISDA turut membantu meningkatkan daya maju usahawan berkaitan kaedah promosi dan pemasaran produk-produk seterusnya, memberi peluang kepada mereka meningkatkan pendapatan masing-masing.Turut melakukan tinjauan ialah Pengarah RISDA Negeri Sarawak, Zulkefli Zaini dan Ketua Unit Pembangunan Usahawan RISDA Negeri Sarawak, Siti Hajrah Mohamed Gaus.

Pameran dan jualan hasil tangan seperti bakul, anyaman dan tambok Sarawak.

17

Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile CTC merupakan perkhidmatan bergerak yang menghimpunkan perkhidmatan utama mengikut keperluan tempatan serentak di satu lokasi yang dikenal pasti oleh agensi kerajaan. Ia merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang bertujuan memberikan perkhidmatan tertentu yang diperlukan oleh penduduk luar Bandar. Oleh itu, pada 25 hingga 27hb November 2016 yang lalu RISDA Bahagian Samarahan telah dijemput untuk menyertai pameran sempena program tersebut.

Pada Pameran itu, RISDA Bahagian Samarahan telah mempamerkan dan menerangkan fungsi utama RISDA serta objektif RISDA kepada pengunjung yang hadir. Ini bertujuan untuk mendekatkan serta menguar-uarkan kepada Penduduk Luar Bandar berkenaan bantuan-bantuan yang diberikan oleh RISDA kepada Komuniti Pekebun Kecil yang berminat menyertai RISDA. Selain Pameran, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Program yang dianjurkan oleh Perbendaharaan Malaysia Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak itu telah dirasmikan oleh YB Encik Malcom Mussen Anak Lamoh, Menteri Muda Pertanian Negeri Sarawak merangkap ADUN N.34 Batang Ai.

MOBILE CTC 5RISDA SAMARAHAN DI LUBOK ANTU

YB Encik Malcom Mussen Anak Lamoh, Menteri Muda Pertanian Negeri Sarawak berucap merasmikan Program Mobile CTC Siri 5 Tahun 2016.

OlehAWG KU IZARUL LIZAM BIN AWG ISAUnit Pengembangan dan Pemindahan TeknologiPRB Samarahan, Sarawak

18

Tercetusnya ilham mencipta Bubu Darat adalah ekoran rungutan dari kumpulan sasar RISDA iaitu pekebun kecil mengenai serangan kera yang sering merosakkan tanaman getah mereka. Ekoran dari itu, pengurusan RISDA Daerah Dungun yang ditunjangi oleh kakitangan RISDA stesen Dungun telah mencipta perangkap kera yang dikenali sebagai BUBU DARAT bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Idea menghasilkan perangkap itu timbul selepas mendengar rungutan khususnya pekebun kecil RISDA berhubung tanaman yang rosak akibat perbuatan kera . Justeru itu dengan mengguna pakai konsep bubu untuk menangkap ikan, mereka menambah baik produk berkenaan supaya boleh dimanfaatkan didarat.

BUBU DARAT direka menggunakan dawai BRC gred 10, dawai mata punai, cat merah dan besi serta mempunyai ciri-ciri seperti ringan, senang dibawa, mudah disimpan, tahan lama dan kos yang rendah. BUBU DARAT didatangkan dalam 2 saiz iaitu 2.4 meter x 1.8 meter dan 0.9 meter x 0.9 meter.

Sebelum ini, mereka mencipta lubang dibahagian atas perangkap tetapi kurang efektif dan umpan pisang juga digunakan tetapi tidak mencukupi untuk menarik kera masuk ke dalam.

BUBU DARAT yang sedia ada kini mempunyai dua lubang dihadapan serta belakang bagi menarik perhatian kera dengan menggunakan buah pandan laut yang diperolehi secara percuma di tepi pantai dan dicatkan dengan warna merah.

Turut hadir sama, Pengarah Bahagian Latihan RISDA, En. Amran Mohamad dan Pengarah RISDA

Perangkap itu mampu menarik dan memerangkap kera yang cuba mematahkan pokok getah muda tanpa mencederakan binatang tersebut. BUBU DARAT yang dihasilkan dalam tempoh 2 bulan itu berjaya meraih tempat kedua Sempena Hari Inovasi dan Majlis Anugerah Kualiti Peringkat RISDA Negeri Terengganu pada 29 September 2016 yang lalu.

BUBU DARATSelamatkan Tanaman Pekebun

Risda Bahagian Betong

OlehSAIFUL ANUAR B. ABDUL MANAF

19

Bro kykitchenUsia Muda BukanPenghalang Untuk Berjaya

Jika melihat kemampuannya menguruskan perniagaan makanan barat, ramai tidak menyangka, empunya diri yang bergelar 'tokey' ini baru berusia 23 tahun.

Namun, kejayaan peserta AET PRD Dungun ini membuktikan faktor usia bukanlah ukuran untuk menempa kejayaan seperti yang dilakarnya hari ini.

Bergelar usahawan pada usia muda bukanlah semudah disangka. Lebih-lebih lagi, perniagaan yang diceburi adalah dalam bidang yang berlainan dengan bidang yang dipelajarinya iaitu Diploma Lanskap.

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan menjual burger di waktu malam, siswazah Kolej RISDA ini memasang azam dan matlamat untuk mengembangkan perniagaan beliau.

Dengan itu, wujudnya perniagaan makanan barat "BRO KY KITCHEN" milik beliau yang terletak di Feldah Kerteh 6, Dungun Terengganu.

Perniagaan Makanan Barat atau pun ' Western Food" milik beliau mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk FELDA Kerteh dan sekitar Dungun.

Waktu perniagaan bermula jam 6 ptg - 12 pagi, mampu mengaut keuntungan bersih sekurang-kurangnya RM300/hari. Antara menu yang menjadi pilihan pengunjung di 'BRO KY KITCHEN" adalah Bro Lamb Chop, Bro Meat Ball & Bro Burger VIP Banjir. Selain mempunyai rasa yang sedap, faktor harga yang murah juga menjadi antara tarikan.

Penerima Bantuan AET 2016 MOHD AMIRUL BIN MAT ZAIN memperolehi RM14000.00 ini, mempunyai perancangan untuk membuka cawangan baru 'BRO KY KITCHEN II' di Kampung Nyior, Dungun.

'Never Give Up On Your Dreams' adalah kata semangat yang dipegang oleh usahawan muda ini. Walaupun pernah menggangur tidak dijadikan alasan untuk tidak berjaya. Semoga beliau terus maju dan mencapai apa yang diimpikan.

KY KITCHENKetengah Jaya, Dungun,Terengganu

Waktu Operasi :6.00pm - 12.00am

Telefon/Whatsapp :017 - 9088734 (Bro_Mirol)014 - 5347690 (Bro_apiz)

OlehAQILAH BINTI ZAINAL ANNUAR

PRD Dungun20

juh ke LADANGHari Turun Ke Ladang

Pada 08hb Ogos 2016 yang lalu, Pejabat RISDA Negeri Sarawak telah mengadakan Program Hari Turun Ke Ladang bertemakan “Juh Kita Ke Ladang” di TSB Sebat Melayu, Sematan. “Juh Kita Ke Ladang” membawa maksud “Jom Kita Ke Ladang” yang diambil daripada Bahasa Melayu Sarawak. Pelbagai pengisian program telah diadakan pada hari tersebut. Program yang dijayakan bersama Pejabat RISDA Bahagian Samarahan dan Pejabat RISDA Stesen Lundu itu telah dirasmikan oleh En. Zulkefli Bin Zaini, Pengarah RISDA Negeri Sarawak.

Program ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuka tapak torehan dan cara-cara memproses getah keping kepada Kakitangan PRN Sarawak dan kakitangan PRB Samarahan serta Pekebun Kecil TSB Sebat Melayu tersebut. Antara pengisian program pada hari tersebut ialah Tunjuk Ajar Cara-cara Membuka Tapak Torehan dan Demontrasi Proses Getah Keping Manual.

OlehAWG KU IZARUL LIZAM BIN AWG ISAUnit Pengembangan dan Pemindahan TeknologiPRB Samarahan, Sarawak

Demontrasi memproses getah keping

Getah pertama keluaran PRB Samarahan

Selain itu, Amali Buka Tapak Torehan Inovasi Pisau Toreh yang ditunjukkan oleh En. Shahrizal Othman dan En. Rusaimi Abdullah, Kumpulan Inovasi R4 Group,PRD Batu pahat, Johor Darul Takzim yang telah menghasilkan Pisau Toreh Pintar 3.0 (STK 3.0).Program sehari itu juga telah mencipta sejarah tersendiri dimana getah pertama hasil daripada program Tanam Semula kelolaan PRB Samarahan dihasilkan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2010.

19