SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga...

28
Peristiwa 1 ... Lihat muka surat 3 YB Tan Sri Muhammad Muhd. Taib sedang menyampaikan ucapan Tema Tahun 2008 Tingkatkan Produktiviti Hasil Terbukti T idak perlu berhijrah ke bandar kerana kehidupan di bandar tidak menjanjikan suatu kehidupan yang harmoni dan selesa. Manfaatkan apa yang ada dan pertingkatkan ke arah kemajuan diri untuk mencipta kejayaan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh penduduk luar bandar. Sejumlah 4 billion telah diperuntukan untuk penambahbaikan dan pembangunan infrastruktur dalam pembentangan Bajet 2008/2009, menunjukkan keprihatinan Kerajaan untuk terus membantu penduduk luar bandar. YB Tan Sri Muhammad sendiri ke kampung-kampung untuk tinggal bersama dan turut serta dalam aktiviti yang melibatkan mereka. Kehidupan di kampung tidak asing bagi beliau kerana beliau sendiri berasal dari kampung. Apa yang beliau lakukan ini adalah semata-mata untuk menyelami dan memahami permasalahan penduduk luar Bandar dan sedaya upaya membantu. Demikian antara isi kandungan ucapan Menteri KKLW, YB Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dalam Majlis Jamuan Hari Raya YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Pengerusi RISDA Bersama Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) dan Ahli Lembaga Koperasi Pekebun Kecil di Dewan Gemalasari, Ibu Pejabat RISDA pada 20 Oktober 2008. KERAJAAN SEDIA MEMBANTU BIL. 3/2008 ISSN 0128/0112 PERCUMA Terus Kekal Di Luar Bandar, Manfaatkan Apa Yang Ada, Bina Kejayaan, Beramah mesra dengan PMPK dari seluruh tanah air Oleh: Hjh. Robiyah Ismail

Transcript of SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga...

Page 1: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

Peristiwa 1

... Lihat muka surat 3

YB Tan Sri Muhammad Muhd. Taib sedang menyampaikan ucapan

Tema Tahun 2008

Tingkatkan

Produktiviti

Hasil Terbukti

Tidak perlu berhijrah ke bandar kerana kehidupan di bandar tidak menjanjikan suatu kehidupan yang harmoni dan selesa. Manfaatkan apa yang ada dan

pertingkatkan ke arah kemajuan diri untuk mencipta kejayaan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh penduduk luar bandar. Sejumlah 4 billion telah diperuntukan untuk penambahbaikan dan pembangunan infrastruktur dalam pembentangan Bajet 2008/2009, menunjukkan keprihatinan Kerajaan untuk terus membantu penduduk luar bandar.

YB Tan Sri Muhammad sendiri ke kampung-kampung untuk tinggal bersama dan turut serta dalam aktiviti yang melibatkan mereka. Kehidupan di kampung tidak asing bagi beliau kerana beliau sendiri berasal dari kampung. Apa yang beliau lakukan ini adalah semata-mata untuk menyelami dan memahami permasalahan penduduk luar Bandar dan sedaya upaya membantu.

Demikian antara isi kandungan ucapan Menteri KKLW, YB Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dalam

Majlis Jamuan Hari Raya YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

dan Pengerusi RISDA Bersama Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) dan Ahli Lembaga Koperasi Pekebun Kecil di Dewan Gemalasari, Ibu Pejabat RISDA pada 20 Oktober 2008.

KERAJAAN SEDIA MEMBANTU

BIL. 3/2008ISSN 0128/0112

PERCUMA

Terus Kekal Di Luar Bandar, Manfaatkan Apa Yang Ada, Bina Kejayaan,

Beramah mesra dengan PMPK dari seluruh tanah air

Oleh: Hjh. Robiyah Ismail

Page 2: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

2

Sidang Pengarang

Terus Kekal Di Luar Bandar, Manfaatkan Apa Yang Ada, Bina Kejayaan, Kerajaan Sedia Membantu

Seminar Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK)

Kolej RISDA Digesa Mengenal Pasti Program Akademik Berasaskan Pertanian Menjurus Kepada Keperluan Pasaran Guna

Tenaga Negara

RISDA Sasar 10,000 Usahawan Kecil Menjelang 2010

Pisang Berangan TSB (Tanam Semula Berkelompok) Teluk Yu Tarikan Terbaru Di Pulau Langkawi

Mengenali Pemenang Anugerah Tokok PMPK 2008 - Hj. Abdul Rahman Tan Sulaiman

Menjejaki Penerima Anugerah Khas Menteri - Hj. Shahruddin Hussein

Mengenali Pemenang Anugerah Usahawan Ladang Jaya 2008 - En. Abu Bakar Mohd Jan

Ingin Mengekalkan Hasil Melebihi 3000Kg/Ha/Tahun

Faktor-Faktor Yang Mempengeruhi Produktiviti Getah Sehektar/Tahun

Berita Bergambar

Pengurusan Kebun Bersistematik Mampu Tingkatkan Produktiviti

- Che Musa Ahmad Pekebun Kecil Kelantan 2008

Pendekatan Baru RPSB Dalam Teknologi Rangsangan

Ganoderma Ancam Tanaman Sawit

Teknologi Diamal Hasil Bertambah

Graduan UKM Jadi Penggembala Kambing, Generasi Ke-2 (Integrasi Kambing)

Jika Ada Kemajuan Disulami Usaha Di Situ Kejayaan Menunggu

Bekas Pemandu Jentolak Menjana Penghasilan 2250Kg Sebulan

Berjimat Cermat Mengukuhkan Ekonomi

Sajak – Pekebun Kecil Mara, RISDA Maju…

Dari Meja Ketua Pengarang

Kandungan

PENAUNG Dato’ Mohammad Izat HasanDato’ Hj Ali Nordin WahiduddinHj Wan Mohamad Zuki Hj Mohamad

PENASIHATMohamed Alang Abd.Hamid

KETUA PENGARANGHjh.Halimah Abd.Kadir

PENOLONG KETUA PENGARANGOthaman JalilMuhammad Adnin Bakir Abu Bakar

SIDANG PENGARANGNazri RahmatHjh Robiyah Ismail

PENTADBIRANFauziah Mashood

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEDARAN / PENELARASANUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua Pengarah,Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur

Majalah Suara RISDA diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pengarah untuk diedarkan kepada pekebun kecil. Penerbitan buletin ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai RISDA, hal berkaitan industri tanaman getah dan sawit serta akitviti sampingan yang boleh menyumbang kepada pendapatan tambahan kepada pekebun kecil. Suara RISDA juga mengalu-alukan sumbangan sebarang artikel,cadangan dan pendapat dari pembaca. Hantarkan sumbangan artikel anda ke alamat:

Ketua Pengarang Suara RISDA, Unit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua Pengarah,Tingkat 5,Ibu Pejabat RISDA, Karung Berkunci 11067,50990 Kuala Lumpur atau e-mel: [email protected] ataufaksimili: 03-42565599. http://www.risda.gov.my.

REKABENTUK & PERCETAKAN OLEH:Misas Advertising Sdn BhdNo. 30, Jalan 423B Taman Danau Kota53300 Kuala LumpurTel: 03-4024 2004e-mail: [email protected]

1&3

14-15

5

6

7

8

10

16-17

24

26-27

28

4

9

12-13

18-19

22

25

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

T rend kejatuhan harga getah dan sawit telah banyak memberi kesan kepada pendapatan yang diperoleh oleh masyarakat pekebun kecil. Secara keseluruhan, harga getah SMR 20 telah jatuh 55.4 peratus dari harga tertinggi

pada 3 Julai 2008 sebanyak RM10.51 sekilogram dan harga pada 3 Disember 2008 sebanyak RM4.69 sekilogram. Harga getah di ladang jatuh 65.9 peratus dari harga teringgi RM4.66 sekilogram pada 3 Julai 2008 kepada harga RM1.59 sekilogram pada 3 Disember 2008.

Bagi komoditi sawit pula, harga Minyak Sawit Mentah (MSM) telah jatuh 62 peratus dari harga tertinggi pada 4 Mac 2008 sebanyak RM4,179.50 semetrik tan dan harga pada 3 Disember 2008 adalah RM1,568.00 semetrik tan. Harga Buah Tandan Sawit (BTS) di ladang jatuh 65 peratus dari harga tertinggi RM770.00 semetrik tan pada 4 Mac 2008 kepada harga RM266.00 semetrik tan pada 3 Disember 2008.

Faktor-faktor yang menyebabkan kejatuhan harga getah dan sawit di pasaran adalah disebabkan oleh kelembapan sentiment ekonomi global, aktiviti spekulator dalam pembelian dan jualan kehadapan dan ‘Contract Default’ oleh pembeli dari Negara China dan India. Selain daripada itu, bagi getah, permintaan tayar berkurangan ekoran kelembapan pasaran otomotif dunia dan kejatuhan harga minyak mentah yang menyebabkan kejatuhan harga getah tiruan. Bagi sawit, faktor pengeluaran minyak sawit yang tinggi juga menyumbang kepada kejatuhan harga sawit di pasaran.

Semoga maklumat pasaran di atas digunakan sebagai panduan kita untuk sama-sama menangani isu kejatuhan harga getah dan sawit bagi membantu masyarakat pekebun kecil.

Selamat Maju Jaya.

11

20-21

23

Page 3: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

3Peristiwa

Tanda perihatin... sedia mendengar luahan PMPK

YB Tan Sri Muhammad menamakan Kg. Shafie, Manchis, Bentong, Pahang dan Kg. Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka sebagai sebuah kampung yang wajar diteladani. Selain kesempurnaan infrastruktur dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, balai raya, sekolah, tadika, kampung ini telah ada Medan Info Desa yang dilengkapi dengan komputer dan talian internet. Kampung ini telah melahirkan ramai usahawan kecil seperti pengusaha tomato sos, kicap dan makanan ringan.

YB Tan Sri Muhammad juga meminta sama ada lelaki mahupun wanita yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan berpengetahuan serta pakar dalam sesuatu bidang memanfatkan ilmu yang ada dengan menyumbang bakti memimpin memajukan kampung yang mereka diami. YB Tan Sri Muhammad menamakan Puan Hjh. Norhayati Abu Noor, Pengerusi JKKK Kg. Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka yang wajar dicontohi telah berjaya memajukan kampungnya .

Sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil sebagai penyampai maklumat terutama teknologi terkini untuk meningkatkan produktiviti kepada pekebun kecil, YB Tan Sri Muhammad mengulangi pengumuman kenaikan elaun mereka daripada RM200

sebulan kepada RM300 sebulan dan disambut dengan tepukan gemuruh!

YB Tan Sri Muhammad juga mengumumkan bahawa Kementeriannya bercadang untuk meminda Akta RISDA 1973 dan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Tanam Semula) 1952 untuk memperluaskan lagi peranan RISDA. Skop RISDA bukan setakat menanam semula malahan melangkau kepada menjaga kebajikan pekebun kecil dan keluarga mereka serta peluang memajukan potensi kemahiran ahli keluarga melalui biasiswa bagi meningkatkan ekonomi serta taraf hidup mereka. Cadangan pindaan ini akan dibawa ke Parlimen pada Disember ini.

Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Rahim bin Tamby Chik (Pengerusi RISDA), YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan (Ketua Pengarah RISDA), YBhg. Dato’ Hj. Ali Nordin bin Wahiduddin (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan), YBhg. Tn. Hj. Wan Mohamad Zuki b. Hj. Mohamad (Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan & Korporat), Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah RISDA Negeri, Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK), Ahli Lembaga Koperasi Pekebun Kecil Daerah/Jajahan/Negeri dan Pegawai Seranta, pegawai dan kakitangan RISDA.

... dari muka surat 1

Terus Kekal Di Luar Bandar, Manfaatkan Apa Yang Ada, Bina Kejayaan, KERAJAAN SEDIA MEMBANTU

Page 4: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

4 Peristiwa

Paluan gong oleh Menteri KKLW tanda Perasmian Seminar Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil yang diadakan di RISTEC, Port Dickson.

SEMINAR PEMAJU MASYARAKAT PEKEBUN KECIL (PMPK)Oleh: Hjh. Robiyah Ismail

Seminar PMPK diadakan pada hari ini adalah merupakan satu landasan mempertemukan semua PMPK seluruh Malaysia agar dapat menimba ilmu dalam pelbagai bidang

di samping bertukar-tukar pendapat dan pandangan demi memajukan masyarkat pekebun kecil. Kerajaan melihat PMPK sebagai pemangkin dan penggerak di peringkat lapangan yang boleh membantu Kerajaan khususnya RISDA dalam menjayakan pelaksanaan program pembangunan yang diamanahkan. Kesimpulanannya PMPK merupakan penghubung antara RISDA dengan masyarakat pekebun kecil.

Pekebun kecil merupakan penyumbang 95.4% kepada pengeluaran getah negara tetapi mereka masih lagi dibelenggu dengan pelbagai masalah yang berlarutan seperti saiz kebun yang kecil dan tidak ekonomik, tenaga kerja yang kurang dan umur pekebun kecil yang meningkat tua. Kesemua permasalahan ini membawa kepada produktiviti dan pendapatan yang rendah dan menjurus kepada kemiskinan.

Pada masa ini pengeluaran hasil kebun getah pekebun kecil amat rendah berbanding dengan hasil sebenar yang boleh dikeluarkan mengikut jenis klon getah. Analisis produktiviti getah menunjukkan produktiviti getah pekebun kecil telah meningkat dari 1,372 kg/hek/tahun pada tahun 2006 kepada 1,599 kg/hek/tahun 2007 iaitu peningkatan sejumlah 16.5% hasil usaha kempen sama ada melalui informal atau formal untuk meningkatkan pengurusan dan peningkatan produktiviti yang dijalankan. Usaha-usaha ini perlu dilaksanakan berterusan secara terancang dan teratur supaya kebun getah dapat mengeluarkan hasil dalam tempoh 4 ½ tahun dan mengeluarkan hasil tidak kurang daripada 2,000/hek/tahun.

peningkatan produktiviti yang dijalankan. Usaha-usaha ini perlu dilaksanakan berterusan secara terancang dan teratur supaya kebun getah dapat mengeluarkan hasil dalam tempoh 4 ½ tahun dan mengeluarkan hasil tidak kurang daripada 2,000/hek/tahun.

Menyedari perlunya peningkatan produktiviti demi memastikan kesejahteraan pekebun kecil, RISDA mengisytiharkan tahun 2008 sebagai Tahun Produktiviti. Matlamat pengeluaran yang

telah ditetapkan adalah 2000kg sehektar setahun bagi getah dan 20 metrik tan sehektar setahun bagi sawit. Pelbagai program mengenai produktiviti telah diatur oleh RISDA dan PMPK dikehendaki untuk menghebahkan kepada semua pekebun kecil di kawasan jagaan masing-masing supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka.

Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Pekebun kecil juga digesa menabung minimum 30 sen sepokok sebulan. Dengan bilangan 400 pokok sehektar, bermakna RM120 dapat dikumpul bagi tempoh sebulan bagi tujuan menampung keperluan input pertanian seperti baja, bahan dan peralatan rangsangan, racun-rumpai. Jika pekebun kecil mempunyai disiplin yang tinggi dalam penabungan, akan memberi inpak yang sangat baik kepada produktiviti kebun seterusnya meningkatan pendapatan.

Berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini telah menyebabkan harga barangan keperluan harian meningkat. Pekebun kecil tentunya merasai kesan ini kerana terpaksa membayar harga yang lebih tinggi kepada barangan keperluan harian. Sedemikian, pekebun kecil digalakkan menanam sayur di perkarangan rumah. Bagi membantu mengatasi masalah ini, Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengadakan kempen untuk menggalakkan masyarakat luar bandar menanam sayur di perkarangan rumah. Selain langkah berjimat bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pekebun kecil terhadap kepentingan makanan segar yang tentunya berkhasiat.

Jenis sayur-sayuran yang digalakkan adalah sawi, bayam, kangkung, terung, bendi, cili, kacang panjang, ulam-ulaman serta herba seperti kunyit, daun kari, serai, pandan, lengkuas dan kantan. Jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada RISDA adalah RM1.55 juta untuk kumpulan sasar seramai 170,000 orang pekebun kecil. PMPK diminta menghebahkannya kepada semua pekebun kecil di kawasan masing-masing.

Demikian antara intisari ucapan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

dalam Majlis Perasmian Seminar PMPK dan Pelancaran Tahun Produktiviti 2008 di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 30 Ogos yang lalu. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan (Ketua Pengarah RISDA).

Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar bin Mohd Jan dari Melaka (pemenang Anugerah Usahawan Ladang Jaya), Tn. Hj. Abdul Raman@Haider Tan Sulaiman dari Pahang (pemenang Anugerah Tokok PMPK) dan Tn. Hj. Shahruddin Hussein dari Johor (pemenang Anugerah Khas Menteri).

Semoga kejayaan hasil kegigihan yang berterusan ketiga-tiga orang Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil ini akan menjadi suntikan semangat kepada pekebun kecil seluruh tanah air untuk menempa kejayaan dan RISDA tentunya sedia membantu! Insya-Allah.

Page 5: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

Peristiwa 5

Kolej Risda Digesa Mengenal PastiProgram Akademik Berasaskan Pertanian

Menjurus Kepada Keperluan Pasaran Guna Tenaga Negara

Oleh: Hjh. Robiyah Ismail

Negara kita amat memerlukan tenaga mahir kerana bidang pertanian kini sedang berkembang dan banyak potensi yang boleh diterokai. Justeru itu

RISDA khususnya Kolej RISDA yang terlibat secara langsung dalam ledakan institut pendidikan negara wajar mengenal pasti program akademik berasaskan pertanian yang menjurus kepada keperluan pasaran guna tenaga negara supaya tidak tercicir dalam arus mega pembangunan.

`Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan yang akan dianugerahkan diploma dan sijil. Semoga peristiwa hari ini akan menjadi satu lembaran hidup baru bagi anda untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.’ Demikian antara isi ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah dibacakan oleh timbalannya, Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup dalam Majlis Konvokesyen Kolej RISDA Kali Ke-7 di Auditorium Sultan Ahmad Shah di Bangunan Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2008.

Ujarnya , ‘Hapuskan tanggapan masyarakat bahawa remaja-remaja dewasa kini suka berpelesiran tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah. Sebaliknya buktikan remaja hari ini berwawasan dan penuh berdaya maju. Andalah tunggak kemajuan negara pada masa kini dan akan datang’.

Tambah beliau lagi, `Dengan tersedia prasarana yang lengkap dan suasana pembelajaran yang kondusif dan komitmen yang tinggi dari semua pihak, Kolej RISDA mampu melahirkan graduan yang benar-benar berkualiti .‘ Di samping mengingatkan kepada graduan-graduan bahawa

tiada noktah untuk menimba ilmu kerana ilmu memainkan peranan utama kepada penawaran di pasaran guna tenaga.

Penubuhan Kolej RISDA amat bertepatan dengan strategi pembangunan RISDA iaitu pelaksanaan pembangunan insan menerusi pendidikan yang berterusan untuk melahirkan insan berinisiatif, bertakwa, bersyukur serta memiliki nilai murni, etika hidup serta etika kerja yang cemerlang. Strategi pembangunan RISDA ini hendaklah mendapat sokongan dan dorongan yang padu daripada ibu bapa agar anak mereka menjadi seorang remaja yang progresif dan berinovatif. Berilah sokongan moral dan material kepada mereka serta berusaha mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana keharmonian negara bermula dari rumah.

Sejak penubuhannya, Kolej RISDA telah menobatkan sejumlah 3,829 orang graduan bermula pada majlis konvokesyen pertama hingga ke-7 pada hari ini. Pada hari ini sahaja seramai 333 graduan menerima anugerah diploma dan sijil masing-masing. Sementara Siti Zanariah Rohaizad, 21 tahun Graduan Diploma Pertanian telah merangkul Anugerah Pelajar Terbaik.

Turut hadir dalam Majlis Konvokesyen Kolej RISDA Kali-7 ini ialah YBhg. Tan Sri Rahim Tamby Chik (Pengerusi RISDA), Tn. Hj. Wan Mohamad Zuki Mohamad yang mewakili YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan (Ketua Pengarah RISDA), Pengarah-Pengarah Bahagian, YBhg. Pengerusi dan Ahli Lembaga Kolej RISDA, YBHg. Ahli Lembaga Akademik Kolej RISDA, Pengurus-pengurus Besar Anak Syarikat RISDA, YBhg. Datin Dr Faridah Hanam Mohd Rashid (Ketua Eksekutif Kolej RISDA), pegawai-pegawai RISDA dan Kolej RISDA serta ibu bapa para graduan.

YB Tan Sri Panglima Joseph Kurup menyampaikan Ijazah kepada Pelajar Terbaik Kolej RISDA, Cik Siti Zanariah Rohaizad

Page 6: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

6 Peristiwa

YBhg. Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA berkata, RISDA mensasar untuk melahirkan 10,000 usahawan pekebun kecil menjelang 2010 dalam usaha

memperkasakan ekonomi negara dan golongan bumiputera. Setakat ini RISDA telah melahirkan 3,020 usahawan pekebun kecil melalui pelbagai program bantuan yang bertujuan meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

Menurut katanya sebanyak 3,020 usahawan kecil itu terbahagi kepada empat kategori usahawan iaitu:• kadet seramai 2,924 orang dengan perolehan tahunan

di bawah RM144,000• mikro seramai 490 orang dengan perolehan tahunan

RM145,000 – RM200,000• k e c i l 3 7 o r a n g d e n g a n p e r o l e h a n t a h u n a n

RM200,000– RM1 juta) dan• sederhana 7 orang dengan perolehan tahunan

(RM1 juta – RM5 juta)

Beliau juga memberitahu setakat ini RISDA telah mengatur beberapa strategi untuk memperkasakan pekebun kecil dalam bidang keusahawanan bagi meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat pekebun kecil.

` B a g i m e n i n g k a t k a n e k o n o m i d e s a , R I S D A dipertanggungjawabkan untuk memajukan industri luar bandar khususnya meningkatan bilangan usahawan di kalangan pekebun kecil di luar bandar dan hasrat RISDA adalah untuk membina uahasawan pekebun kecil yang lebih serius dan

mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,’ jelasnya.

YBhg. Tan Sri Abdul Rahim juga menyatakan RISDA akan membuat satu kaji selidik untuk mengenal pasti status semua pekebun kecil dan akan berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang mereka. Tumpuan juga akan diberikan kepada pembangunan dan kemajuan modal insan dalam kalangan pekebun kecil untuk menjadikan mereka lebih berpengetahuan berinisiatif berinovatif dan proaktif.

Seramai 150 orang usahawan pekebun kecil dari seluruh negara menyertai kolokium tersebut. Turut hadir Y.Bhg Dato’ Hj. Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pembangunan).

RISDA SASAR 10,000 USAHAWAN KECIL MENJELANG 2010

Oleh: Nazri Rahmat

Y.Bhg Tan Sri Rahim melihat produk yang dihasilkan usahawan pekebun kecil

Sebahagian usahawan pekebun kecil mendengar ucapan dari pengerusi RISDA

Usahawan wanita pekebun kecil yang menyertai Kolo Kium di RISTEC

Page 7: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

Peristiwa 7

Oleh: Laili Husna Othman

TSB Teluk Yu terletak di Mukim Bohor, Langkawi terbahagi kepada dua kumpulan iaitu TSB Teluk Yu (kumpulan 1) dan TSB Teluk Yu

(kumpulan 2).TSB ini mula dibangunkan pada bulan Mei 2007. TSB Kumuplan 1 terdiri daripada 32 orang peserta dengan keluasan 64.8486 hektar sementara TSB Kumpulan 2 terdiri daripada 36 orang peserta dengan keluasan 81.1660 hektar. Namun apa yang ingin diketengahkan adalah projek yang terdapat dalam TSB Teluk Yu 1.

Menyahut galakan RISDA supaya melaksanakan intergrasi dalam kebun, seorang peserta TSB telah mencuba menanam padi huma pada Julai 2007 di atas tanah seluas 2 hektar. Dua jenis padi huma ditanam iaitu padi huma biasa dan padi pulut hitam. Benih-benih padi huma diperoleh dari Thailand dan Sabah. Kesemua padi huma telah dituai pada November hingga Disember dalam tahun yang sama.

TSB Teluk Yu Kumpulan 1 juga telah mengorak langkah dengan mengusahakan tanaman pisang berangan. Tanaman pisang melibatkan 18 orang peserta di atas 18 lot yang meliputi keluasan 36 hektar dan mula menanam pisang pada November 2007 menggunakan benih tisu culture yang diambil dari United Plantation Teluk Intan, Perak dengan kos RM2.20 hingga RM2.40 sepokok. Sumber kewangan untuk membangunkan tanaman pisang ini diperoleh melalui pinjaman dari koperasi peserta-peserta FELCRA sebanyak RM62,000. Setiap hektar ditanam 500 pokok dengan jarak tanaman

diambil oleh FAMA. Pasaran pisang berangan ini meliputi sekitar Kuala Lumpur manakala jualan runcit ialah RM2.00 hingga RM2.50 sekilogram. Dianggarkan berat setiap tandan pisang antara 17 kg hingga 20 kg. Dijangkakan hasil jualan diperoleh sebanyak RM20,000 sepusingan setiap peserta. Selain pisang, terdapat juga lot-lot tanah ditanam dengan cili padi yang diselitkan di antara pokok pisang dan pokok getah.

RISDA telah membina sebuah Pusat Pengumpulan Pengeluaran Hasil (PPPH) bernilai RM50,000 di TSB ini bagi memudahkan aktiviti pemasaran dan sebagai tempat perjumpaan peserta TSB. Selain memberi bantuan prasarana jalan masuk ke PPH ini, RISDA telah memberikan bantuan dalam program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) berupa baja pisang (MOP, NPK dan Urea) bernilai RM11,500 dan memberikan menyumbang tabung pelancaran (BTP) sebanyak RM2,000.

Pengurusan RISDA Kedah amat prihatin perkembangan projek ini agar benar-benar mencapai matlamat yang disasarkan. Baru-baru ini YBhg. Dato’ Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) telah mengunjungi projek ini pada 23 November 2008. YBhg. Dato Ali Nordin amat berbangga dengan pencapaian TSB ini dan menyarankan wajar diteladani.

Kunci kepada kejayaan TSB Teluk Yu 1 adalah terletak kepada pengurusan AJK yang cekap dan komited. Pengerusinya ialah En. Che Yon bin Osman dan jawatankuasanya sering mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada RISDA.

6m x 3m. Setiap peserta menanam 1,000 pokok dan jumlah keseluruhan 18,000 pokok pisang.

Jangka masa projek memakan masa 3 tahun atau 3 pusingan. Pusingan pertama telah mengeluarkan hasil sebanyak 250 mt. telah dipungut dan dibeli oleh FAMA dengan harga RM1.40 sekilogram melalui perjanjian (MOU) yang telah dipersetujui bersama.

Bagi memastikan kelancaran satu jadual kerja dalam proses pengeluaran pisang telah diatur. Isnin merupakan hari memungut hasil dan Selasa merupakan hari menimbang hasil dan seterusnya

PISANG BERANGAN TSB (TANAM SEMULA

BERKELOMPOK) TELUK YU TARIKAN TERBARU

DI PULAU LANGKAWI

Bergambar dengan YBhg Dato’ Ali Nordin di PPPH

Page 8: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

8

Apakah kriteria-kriteria yang berjaya menarik perhatian para Panel Penilai untuk memartabatkan Tn. Hj. Abdul Rahman @ Haider bin Tan Sulaiman sebagai pemenang

Anugerah Tokoh PMPK sempena Seminar PMPK dan Pelancaran Tahun Produktiviti 2008? Tentunya pembaca-pembaca Suara RISDA ingin mengetahui!!!

Lahir pada 19 Disember 1950, amanah sebagai PMPK yang diberikan kepada Tn. Hj. Abd. Rahman amat bertepatan dengan nalurinya yang suka mendampingi masyarakat sekeliling di Kg. Mempateh, Lanchang, Pahang. Tn. Hj. Abd. Rahman amat memahami apa yang perlu beliau lakukan untuk mencapai matlamat RISDA dan telahpun melaksanakannya dengan cemerlang.

Antara aktiviti Tn. Hj. Abd. Rahman ialah membantu pegawai luar RISDA Stesen Lancang menjalankan kempen tanam semula, program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), Kempen Keahlian Koperasi, bimbingan institusi Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dan mengatur kursus yang perlu dihadiri oleh pekebun-pekebun kecil di bawah jagaannya.

Hasil bimbingan beliau lima orang pekebun kecil di bawah pengawasannya telah diterima menjadi Ahli Kelab 2000. Kini beliau membimbing 215 orang pekebun kecil.

Tn. Hj. Abdul Rahman memiliki 5.0041 hektar yang ditanam getah dan sawit. Beliau menyahut seruan RISDA untuk menjalankan integrasi tanaman kontan untuk menambah pendapatan. Beliau menanam pisang di samping menternak lembu dan kerbau di dalam kebunnya.

Tn. Hj. Abdul Rahman aktif menabur bakti kepada masyarakat setempatnya. Ini terbukti dengan penglibatannya dalam persatuan dan pertubuhan. Beliau merupakan Bendahari Koperasi Pekebun Kecil Daerah Temerloh (Kopeket), Ketua Peserta Felcra, Ketua Pertanian Daerah, Ahli Lembaga Pertubuhan Peladang dan anggota wataniah berpangkat leftenan.

Tn. Hj. Abdul Rahman bukan sahaja merupakan PMPK yang baik, peka dengan pembangunan masyarakat setempat tetapi merupakan bapa yang berjaya. Tiga daripada enam orang anak-anaknya telah berjaya memperoleh ijazah dan selainnya pemegang diploma.

Sesungguhnya, insan bernama Hj. Abdul Rahman ini wajar diberi pengiktirafan sebagai pemenang Anugerah Tokoh PMPK 2008. Semoga kegigihan beliau akan diteladani oleh pekebun-pekebun di seluruh tanah air.

Penerima Anugerah Tokoh PMPK 2008 daripada Menteri KKLW

Mengenali Pemenang ANUGERAH TOKOH PMPK 2008

- HAJI ABDUL RAHMAN @ HAIDER TAN SULAIMANOleh: Hjh. Robiyah Ismail

Anugerah

Page 9: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

9

Dilahirkan pada 28 September 1969 di Kampung Spang Loi, Segamat, anak muda bernama Hj. Shahruddin bin Hj. Hussein Abdul berlainan dengan pemuda

seangkatan yang lazimnya berhijah ke bandar-bandar besar. Sama ada melanjutan pelajaran mahunpun mencari pekerjaaan. Setia di kampung dengan melakukan pelbagai aktiviti pertanian. Membantu ibu bapa mengusahakan kebun getah dan sawit dan memanfaatkan tanah-tanah terbiar di kampungnya. Beberapa perkara menarik tentang anak muda ini iaitu:

• Sejak tahun 2000 keluasan kebun sayurnya telah melebihi 26 ekar hingga memaksa beliau mengambil 12 orang tenaga pekerja asing, Mengamalkan sistem pembahagian untung 60% untuknya sebagai pemilik dan modal input. Sementara 40% kepada pekerja

• Kebun getahnya diurus dengan baik mengikut nasihat pegawai-pegawai RISDA

• Tanaman sayur yang diusahakannya memberikan pulangan yang cepat. Pernah memperoleh RM33,000 dalam masa 40 – 45 hari (satu pusingan tanaman sayur)

• Bertindak sebagai pemborong setempat malah ke pasar-pasar borong di Yong Peng, Kulai dan Selayang menggunakan dua buah lori miliknya.

• Satu-satunya Bangsa Melayu yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Persatuan Penanam Sayur Daerah Segamat.

• Menternak lembu dan kambing sehingga mencapai 400 ekor.

• Pernah memenangi Anugerah Penternak Jaya sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Johor pada tahun 2002.

• Menerima anugerah Peladang Generasi Muda Peringkat Kebangsaan pada tahun 2006

• Menerima anugerah Pekebun Kecil Generasi Kedua Terbaik Sempena 50 Tahun Kemerdekaan RISDA Negeri Johor

• Menerima Anugerah Pekebun Kecil Generasi Kedua Terbaik Peringkat Kebangsaan daripada Timbalan Perdana Menteri

• Penerima projek perintis pembiakbakaan kambing Boer daripada RISDA.

• Suami kepada Puan Nor Azlin Nordin, 33 tahun dan bapa kepada empat orang cahaya mata.

Menjejaki Penerima ANUGERAH KHAS MENTERI

- HAJI SHAHRUDDIN HUSSEINoleh: Saniah Mohd Ali

Haji Shahruddin Hussein Penerima Anugerah Khas Menteri 2008

Anugerah

Page 10: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

10 Anugerah

Anugerah Usahawan Ladang Jaya 2008 telah menjadi milik En. Abu Bakar Mohd Jan. Usaha gigihnya selama ini sebagai penyumbang besar kepada kesejahteraan

beliau sekeluarga telah mendapat pengiktirafan sempena Seminar PMPK dan Pelancaran Tahun Produktiviti 2008 yang telah disampaikan oleh Menteri KKLW.

Lahir pada 5 Januari kira-kira 56 tahun yang lalu dan menetap di Felcra Ramuan China, Lubuk Cina, Melaka. En. Abu Bakar amat komited kepada kerja-kerja di ladangnya sama ada di peringkat pembangunan, peringkat matang mahupun pemasaran. Beliau dalam usaha membangunkan 21 ekar tanaman sawit dan getah. Di samping itu beliau turut mengusahakan 37 ekar tanah yang telah mengeluarkan hasil merangkumi 27 ekar getah dan 10 ekar sawit milik sendiri.

Beliau telah mendapat kepercayaan untuk mengusahakan tanah milik 59 orang bekas peserta FELCRA seluas 590 ekar sebagai kontraktor pengurusan dan penyelia ladang. Beliau juga bertanggungjawab memasarkan 590 ekar sawit di ladang ini. Tidak cukup setakat itu, beliau telah bertindak sebagai pembeli dan penjual getah kepada sekitar penduduk tempatan.

En. Abu Bakar Mohd. Jan amat bijak memaksimumkan produktiviti tanah dengan menjalankan projek integrasi

kontan yang melibatkan pelbagai tanaman dan ternakan di ladang yang beliau usahakan. Antaranya integrasi tanaman pisang, tebu, nanas dan terkini nangka madu dan durian belanda. Beliau juga merupakan seorang penternak dan kini telah memiliki 16 ekor lembu, 100 ekor kambing di samping ikan air tawar. Beliau dalam usaha membina sebuah bengkel bagi tujuan ternakan cacing.

Komitmen En. Abu Bakar telah memberi manfaat kepada lapan orang penduduk tempatan dengan memberi mereka peluang pekerjaan. Bagi memudahkan urusan di ladang dan juga bagi tujuan pemasaran, beliau telah membeli sebuah lori dan traktor pelbagai guna.

En. Abu Bakar Mohd. Jan bukan sahaja berjaya di ladang. Beliau sedaya upaya memberi pendidikan sesempurna yang mungkin kepada empat orang anaknya dengan hasil keringat tulang empat keratnya. Salah seorang daripada anaknya telah memperoleh Sarjana Muda Perubatan.

Bakti disemai, budi dituai. Sesungguhnya hasil daripada kerja-kerja pengurusan ladang telah menyumbang 100% kepada pendapatan En. Abu Bakar. Kejayaan En. Abu Bakar wajar diteladani oleh pekebun-pekebun kecil seluruh tanah air.

Mengenali Pemenang ANUGERAH USAHAWAN LADANG JAYA 2008

- En. ABU BAKAR MOHD JANOleh: Hjh. Robiyah Ismail

En. Abu Bakar (tengah) diapit Menteri KKLW (kiri) dan Ketua Pengarah RISDA (kanan)

Page 11: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

11Jejak Jaya

Encik Azmidi Yusoff dilahirkan 45 tahun yang lalu di Kampung Tasek Dalam, Daerah Setiu, Terengganu. Dibesarkan dalam keluarga pekebun kecil yang pada

waktu itu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Semenjak beliau bersekolah rendah lagi beliau telah meredah kesejukan dini hari membantu bapa menoreh. Oleh itu pokok getah sudah tidak asing lagi bagi beliau.

Maka tidak hairanlah pada tahun 2007, kebun beliau telah memperoleh hasil melebihi 3000 kg/hektar. Mengamalkan sistem torehan S2,D2 dengan bilangan 450 pokok/hektar seluas 2.4510 hektar, beliau telah memperoleh 3,046 kg/hektar atau 7467.35 kg. Pendapatan beliau tahun 2007 sebanyak RM48,612.45 melayakkan beliau menjadi Ahli Kelab 2000.

Kini beliau menetap di Kampung Putera Jaya, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Mempunyai seorang isteri dengan 6 orang anak. Tiga lelaki dan tiga perempuan.Anak perempuan sulong beliau kini menuntut di Institut Perguruan Islam, Bangi. Manakala anak kedua berada di MRSM Mersing, Johor. Anak ketiga dan keempat belajar di Sekolah Kebangsaan Putera Jaya. Manakala anak kelima dan keenam masih belum bersekolah.

Apabila ditanya apakah rahsia beliau sehingga mendapat hasil yamg begitu tinggi? Dengan tersenyum beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengurusan Pejabat RISDA Setiu kerana menurut beliau, kebun yang sedang beliau toreh pada hari ini adalah hasil daripada tanam semula yang telah dibuat 14 tahun yang lalu dengan Klon PB 901. Hasil daripada tunjuk ajar dan nasihat daripada pegawai luar RISDA kebun beliau telah dapat di toreh ketika berumur 4½ tahun.

Beliau sentiasa menitik beratkan kepada kebersihan kebun. Menebas dan meracun rumpai sekurang-kurangnya dua kali setahun. Menggunakan baja sebatian dua kali setahun dan ditambah dengan membaja cecair (liquid) setiap dua bulan sekali.

Beliau pernah menjadi mandor di Mini Estet Banggol Tasek 2 selama 10 tahun

bermula pada tahun 1991 hingga 2001. Sewaktu bertugas di mini estet

inilah beliau mula menanam citia-cita untuk mencapai penghasilan getah setinggi mungkin.

Apabila ditanya apakah cita-cita beliau, dengan tegas beliau

menjawab ingin mengekalkan hasil melebihi 3000kg/ha/tahun.

INGIN MENGEKALKAN HASIL MELEBIHI 3000KG/HA/TAHUN

Oleh: Hussien b Sulong

Page 12: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

12

FAKTOR-FAKTOR Yang Mempengaruhi Produktiviti Getah

Sehektar/setahunOleh: Hj Supian Bin Senin

Pekebun kecil getah boleh memperoleh produktiviti setelah melebihi 2000 kilogram berat kering sehektar setahun. Bagi mencapai matlamat ini pekebun

kecil hendaklah tahu faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti getah sepokok (g/t/t), bilangan pokok ditoreh (BPH) dan bilangan hari menoreh. Selain itu penggunaan teknologi eksploitasi yang sesuai iaitu mengaplikasi teknik perangsangan etefon atau gas etilina juga sebahagian lagi perkara yang mempengaruhi produktiviti hasil getah sehektar. Perkara ini dijelaskan seperti berikut:

1. Gram/ tree/ tapping (g/t/t)

Bermaksud hasil sepokok dalam bentuk kering daripada setiap torehan. G/t/t sangat berkait rapat dengan klon, lilitan pokok, panjang alur torehan, ketebalan kulit yang ditoreh, umur pokok, panel torehan dan input agronomi. G/t/t boleh ditingkat dengan menggunakan teknologi eksploitasi dengan penggunaan bahan perangsang. Semua elemen di atas boleh dikawal dan disesuaikan oleh pekebun kecil dengan syarat mereka perlu mempunyai ilmu dan kemahiran. Sungguhpun demikian, g/t/t juga boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang tidak boleh dikawal seperti perubahan musim, jenis tanah serta muka bumi.

2. Bilangan pokok bertoreh sehektar(BPH)

Bermaksud bilangan pokok yang boleh ditoreh sehektar. Faktor ini tidak boleh dikawal oleh pekebun kecil kerana ia terdedah kepada persekitaran yang boleh mengubah bilangan pokok ditoreh sehektar pada bila-bila masa yang disebabkan oleh penyakit (akar, daun, panel torehan), serangan angin, haiwan, kebakaran dan sebagainya. Bilangan

pokok boleh ditoreh sehektar akan berkurangan apabila pokok semakin matang, tua dan mati. Untuk mengurangkan masalah ini pekebun kecil disyor memilih jarak tanaman yang membolehkan pokok getah boleh ditanam melebihi 500 pokok sehektar. Pokok yang ditanam boleh terus subur dan bilangan boleh ditoreh melebihi 500 pokok sehektar. Jarak tanaman untuk getah yang disyorkan ialah di tanah pamah atau beralun sama ada 5m x 4m atau 5.25m x 3.75m, manakala bagi tanah berbukit ialah 7.25m x 2.75m dengan pembinaan teres.

3. Bilangan hari menoreh

Bermaksud jumlah bilangan hari menoreh dalam setahun. Faktor ini boleh dikawal dan dioptimumkan oleh pekebun kecil dengan menggunakan alat seperti kalis hujan, mengamal torehan berganda, torehan lewat atau torehan ganti termasuk torehan pada hari cuti/ kelepasan am. Bilangan hari menoreh juga berkait rapat dengan bilangan pokok boleh ditoreh dan amalan teknologi eksploitasi. Bilangan pokok ditoreh dan kesan penggunaan teknologi ekploitasi tidak akan diperolehi jika bilangan hari menoreh minimum tidak dicapai. Ini bermakna pengamalan teknologi ekploitasi yang terbaik dengan bilangan hari menoreh yang sesuai sangat diperlukan untuk menjamin hasil sehektar yang tinggi. Bilangan hari menoreh minimum yang tidak dicapai boleh merugikan kerana kos pengeluaran melebihi garis keuntungan. Amalan teknologi eksploitasi dan bilangan hari menoreh minimum juga akan memberi kesan kepada g/t/t kerana hasil purata setiap pokok tidak memberi kesan dalam sesuatu tempoh terutama produktiviti sehektar untuk jangka masa panjang jika bilangan hari menoreh rendah. Oleh itu g/t/t yang tinggi tidak bermakna kg/hek/thn juga tinggi kerana ia turut

RencanaRencana

Page 13: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

13

dipengaruhi oleh faktor bilangan hari menoreh dan bilangan pokok ditoreh sehektar. Sebagai panduan, bilangan hari menoreh sepatutnya mengikut amalan teknologi ekplostasi adalah seperti berikut:

Sistem TorehanBilangan Hari Menoreh

Sebulan Setahun

d/3 7 - 9 hari 48 - 100 hari

d/4 6 - 7 hari 72 - 84 hari

d/6 4 - 5 hari ± 50 hari

Ketiga-tiga faktor iaitu g/t/t, bilangan pokok bertoreh sehektar dan bilangan hari menoreh sangat berkait rapat untuk menentukan produktiviti hasil getah sehektar. Sebagai contoh jika bilangan hari menoreh rendah dengan menoreh tanpa menggunakan rangsangan atau tidak mengamalkan teknologi eksploitasi akan mengakibatkan g/t/t juga rendah seterusnya akan menghasilkan prodiktuiviti hasil sehektar yang rendah. G/t/t tinggi tidak bermakna kg/hek/thn juga tinggi kerana ia turut dipengaruhi oleh bilangan hari menoreh dan bilangan pokok ditoreh sehektar.

Pertalian antara faktor-faktor yang mempengaruhi hasil sehektar (kg/hek/thn) boleh diringkas dalam persamaan berikut:

Kg/hek/thn = g/t/t x BPH x Bil. hari menoreh setahun(Berat kering) 1000

Kebanyakan pekebun kecil yang tidak mengamalkan teknologi eksplotasi dengan betul hanya dapat menghasilkan g/t/t dianggarkan antara 30g hingga ke 35g sahaja.

Kajian oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah membuktikan bahawa dengan mengamalkan teknologi eksploitasi LITS d/6 memperoleh data-data g/t/t dan produktiviti yang tinggi seperti berikut:

Tahap ResponPurata

Klong/t/t kg/hek/thn

Baik 80.5 - 122.7 1,257 - 1,699RRIM 903, RRIM 904, RRIM 938RRIM 940, PB 235, PB 350

Sederhana

70.0 - 79.2

1,047 - 1.262

RRIM 928, RRIM 901, RRIM 939

RRIM 937, RRIM 905, RRIM 936

RRIM 712, PC 98, PB 260, PB 340

PB 366, PM 10, RRIC 100, RRIC 110

BPM 24

Tidak Memuaskan

58.2 - 69.14 898 - 1,118 RRIM 906, RRIM 908, RRIM 915

RRIM 921, PR 302

Teknologi eksploitasi LITS d/6 dengan bilangan hari menoreh antara 4 hingga 5 hari sebulan menghasilkan g/t/t yang tinggi tetapi tidak semestinya produktiviti setahun meningkat. Oleh itu bilangan pokok sehektar dan bilangan hari menoreh yang optimum akan manghasilkan g/t/t yang setara dan produktiviti yang tinggi melebihi 2000 kg sehektar setahun. Maklumat ini merupakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu disampaikan kepada semua pekebun kecil getah. Pada umumnya seseorang pekebun kecil yang menghasilkan 60 g/t/t dengan menggunakan rangsangan, mengamalkan kaedah agronomi yang betul serta menoreh dengan bilangan hari yang mencukupi pasti produktiviti setiap hektar tanah akan meningkat. Melalui usaha tersebut akhirnya keseluruhan sektor pekebun kecil getah menjadi lebih cekap dan dapat meningkatkan pendapatan terutama dalam keadaan harga getah amat memberangsangkan.

RencanaRencana

Page 14: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

14 Peristiwa

B e r i t a B e r g a m b a r

Apa khabar Tan Sri... kunjungan orang ramai semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri RISDA. Turut memerhati

Pengerusi RISDA, YBhg Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik

YBhg Tan Sri Rahim memberi ucapan Perasmian Bengkel Pengurusan Koperasi Pekebun Kecil

YBhg Tan Sri Rahim menarik riben tanda perasmian Bengkel Pengurusan Koperasi Pekebun Kecil

YB Tan Sri Muhamad Muhd Taib melawat penduduk bergotong royong memasak

sempena Majlis “Apa Khabar Orang Kampung” di Kampung Shafie, Bentong, Pahang

YB Tan Sri Muhamad Muhd Taib bersama isteri dan diiringi Dato’ Izat Hasan beramah mesra dengan penduduk Kampung

Shafie, Bentong

Page 15: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

Peristiwa 15

B e r i t a B e r g a m b a r

Sempena Majlis “Apa Khabar Orang Kampung” penduduk kurang upaya tidak dilupa. Kelihatan YB Menteri menyampaikan barangan

makanan kepada penduduk Kampung Shafie, Bentong

Orang Asli tidak melepaskan peluang bertanyakan sesuatu kepada YB Menteri KKLW

Pengerusi RISDA, YBhg Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bersalaman dengan Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) ketika mengadakan

Perjumpaan di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur

Penduduk Kampung Shafie, Bentong bergotong-royong memasak lemangTentu sedap... kelihatan Puan Sri Asbi Rohani Asnan menghulurkan

makanan yang dimasak orang kampung Shafie di majlis “Apa Khabar

Orang Kampung”

Page 16: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

16 Jejak Jaya

“Jika tak dipecahkan ruyung manakan boleh mendapat sagunya,” itu kata dari sudut peribahasa Melayu yang bermaksud, jika kita tidak mahu berusaha, sesuatu atau

keinginan seorang itu tidak dapat dicapai. Menyedari hakikat itu Pak Muda berani menyahut dan sanggup memecah baris kata daripada peribahasa itu dengan penuh keyakinan dan menjadi pegangan kuat bagi Pak Muda sejak dari dahulu sehingga sekarang walaupun berbagai halangan terpaksa ditempuh.

Pak Muda atau Che Musa Bin Ahmad – 70 tahun, adalah pesara guru. Beliau menetap di Kg. Kemuning, Machang Kelantan bersama isterinya, Pn. Sabariah Mohd Noor berusia 60 tahun dan anak-anak.

Semenjak awal pesaraannya kira-kira 15 tahun yang lalu, beliau mula menjinakkan diri meneroka bidang pertanian secara serius. Tanah seluas 4.2662 hekter milik beliau telah ditanam dengan tanaman getah melalui bantuan RISDA. Walaupun begitu ramai di kalangan sahabat handai, sanak saudara menggalakkan beliau supaya berkecimpung dalam bidang perniagaan tetapi disebabkan minat dan kesedaran

terhadap prospek pertanian begitu tebal, beliau tekad meneruskan usahanya.

Memang tidak ramai di antara pesara di kalangan warga pendidik meminati bidang pertanian tetapi pada pandangan Pak Muda amat berlainan. Apa salahnya jika kita turun semula ke lumpur untuk mencari rezeki dan anggaplah unggas, pacat ataupun lintah itu sebagai sahabat dan itu semua atas kemahuan kita. Di samping itu kita juga dapat menjaga kesihatan diri kerana tubuh kita selalu berpeluh malah rezeki juga ada di mana-mana asalkan kita rajin berusaha, jelas beliau ketika kami berkunjung ke kebun beliau yang letaknya tidak beberapa jauh dari rumahnya.

Selama 14 tahun itu beliau bermandi peluh mengusahakan kebunnya dan di situlah beliau banyak belajar erti kesabaran. Kini segala penat lelah beliau telah berbaloi dan pendapatan yang diperoleh mencecah lebih RM7,000.00 sebulan. Daripada hasil itulah keluarga besar ini dapat memberi pendidikan sempurna kepada 7 orang anaknya. Kesemua anak-anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA, 6 orang daripadanya sudahpun berkerja dan seorang masih lagi berada di IPTA.

PENGURUSAN KEBUN BERSISTEMATIK MAMPU TINGKATKAN PRODUKTIVITI

– Che Musa Ahmad Pekebun Jaya Kelantan 2008

Oleh: Mohd Zakri Hussin

Masih berupaya menguruskan kebun

Page 17: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

17Jejak Jaya

Baru-baru ini atas kegigihannya, Pak Muda telah mendapat anugerahan daripada pihak pengurusan RISDA Negeri Kelantan. Beliau dianugerahkan sebagai peserta Pengurusan Kebun Terbaik 2008. Sumbangan itu sebagai mengiktiraf usaha gigih beliau dalam mengurus kebunnya sehingga berjaya.

Selain mengurus kebun, beliau juga menternak kambing di dalam kebun getahnya. Di situ beliau telah mendirikan 4 buah kandang yang boleh menampung sehingga 300 ekor kambing dalam satu masa. Projek ternakan kambing baka Janafari ini mula diusahakan pada awal tahun 2003.

Maka tidak hairanlah ramai di kalangan penternak-penternak kambing di Negeri Kelantan sering membuat lawatan ke projek beliau. Begitu juga

dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), mereka juga telah memilih projek Pak Muda sebagai projek contoh kepada penternak-penternak lain. Hasil yang diperoleh beliau dalam aktiviti menternak ini melebihi RM2,500.00 sebulan.

Sebagai penternak contoh, Pak Muda telah mencipta sebuah kandang bersaiz 5’ X 32’ X 64’ dan berbilik kecil 4’ X 3.5’ serta ruang legar di keliling kandang bersaiz 3’ dan berbumbung tirus. Model ini telah mendapat pengiktirafan daripada JPH dan merupakan model kandang terbaik yang pernah dibina di negara ini.

Selain daripada mengurus kebun getah dan projek ternakan kambing, beliau juga begitu aktif melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Antara jawatan yang dipegang beliau ialah Naib Ketua Persatuan Pekebun Kecil Kelantan, Pengerusi Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Kelantan, Yang Dipertua Sekolah Menengah Wataniah (Machang), Bendahari PIBG Sekolah Menengah Hamzah 1(Machang), Setiausaha Koperasi Pekebun Kecil (KPK Machang) dan Setiausaha Skim Khairat Kematian Kampung Kemuning.

Kini segala penat lelah beliau telah berbaloi dan pendapatan yang diperoleh

mencecah lebih RM7,000.00 sebulan.

Pokok getah terus subur, sementara ternakan kambing terus berkembang

Dikunjungi oleh pegawai luar RISDA

Menerima Anugerah Pengurusan Kebun 2008 dari Tn. Hj. Khalid Awang Said, Pengarah RISDA

Negeri Kelantan

Membelai kambing ternakan

Page 18: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

18 TeknologiTeknologi

Pendekatan Baru RPSB Dalam Teknologi Rangsangan

Oleh: Amirza

Taburan tanaman getah matang di seluruh Semenanjung Malaysia lebih padat di negeri-negeri utara pantai barat adalah menjadi sebab utama kenapa RISDA Plantation

Cawangan Manjung (L) diperkenalkan dengan vitex sebagai sebagai salah satu teknologi rangsangan lateks dan kemudian diikuti oleh RISDA Plantation Cawangan Sungai Petani (L). Pengenalan vitex ke projek-projek tanaman getah RISDA Plantation adalah sebagai salah satu alternatif dalam senarai teknologi penggalakkan susu yang telah diluluskan penggunaannya oleh RISDA.

Dalam memperkenalkan teknologi baru ini RISDA Plantation tetap mengambil pendirian berhati-hati bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini memandangkan tanaman getah yang diuruskan adalah milik pekebun kecil yang menaruh harapan tinggi agar kebun mereka dapat diuruskan dengan baik. Sedemikian RISDA Plantation membuat pemantauan khusus terhadap hasil semua tanaman getah yang menggunakan vitex dengan penumpuan terhadap cawangan Manjung (L) kerana suhu dan taburan hujan yang lebih sekata serta tidak ekstrim berbanding projek-projek di cawangan Sungai Petani (L).

Bagi tujuan tersebut PKG Kledang Sayong 1 di bawah pengurusan cawangan Manjung (L) telah dipilih. Lawatan dan tunjukajar telah diberikan pada 13 Februari 2008 dengan mendapat kerjasama wakil pihak vitex. Berikutan dari kekerapan hujan yang tinggi pada masa tersebut vitex hanya dapat dilaksanakan mulai Mei 2008 di cawangan Manjung (L) dan mulai Jun 2008 di cawangan Sungai Petani (L).

Pengeluaran hasil getah melalui rangsangan vitex jelas menunjukkan peningkatan positif mulai bulan pertama pokok getah dirangsang. Peningkatan hasil lateks di projek ini memberi petunjuk optimis

bahawa PKG Kledang Sayong 1 mampu mencapai hasil tidak kurang 1,469kg sehektar pada tahun 2008 setelah menggunakan vitex mulai lewat bulan Mei 2008 ke atas 2,000 pokok sebagai pengenalan awal. Unjuran angka pencapaian ini adalah jauh lebih baik daripada pencapaian pada masa lalu di mana hasil getah pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing hanya mencapai 1,051kg dan 840kg sehektar setahun sahaja. Jadual hasil torehan di bawah ini merekodkan pencapaian hasil getah pada task yang diperkenalkan dengan rangsangan vitex berbanding task yang tidak dirangsang dengan vitex.

Pencapaian hasil getah bagi task yang diperkenalkan dengan teknologi rangsangan getah vitex jelas menunjukkan hasil getah meningkat hampir 2 kali ganda untuk bulan pertama rangsangan. Penggunaan vitex terhadap pokok-pokok yang kering kulit juga telah mula menunjukkan pemulihan

kulit dan mula mengeluarkan lateks. Secara grafik di bawah ini menunjukkan kedua-kedua task 5 dan 10 yang menggunakan vitex menunjukkan pencapaian hasil amat memberangsangkan jauh lebih tinggi dari garisan normal pengeluaran hasil lain-lain task.

Pencapaian hasil task melalui rangsangan vitex menunjukkan peningkatan hasil yang amat memberangsangkan.

RISDA Plantation optimis bahawa pencapaian ini boleh dibaiki sehingga mencapai lebih dari 1,800kg sehektar setahun malah berusaha untuk melepasi 2,000kg sehektar setahun dengan meluaskan penggunaan vitex ke seluruh kawasan PKG ini. Apa yang pasti kejayaan meningkatkan hasil getah melalui penggunaan vitex akan terus dikembangkan ke projek-projek lain dalam tahun 2008 jika menunjukkan perubahan positif yang menggalakkan.

Pencapaian Hasil Getah Kumulatif Kg Sehektar Sejak Tahun 2006

TahunKumulatif KGK Sehektar Bulanan

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis

2006

2007

2008

99.68

102.28

147.51

213.32

193.57

269.61

298.80

238.52

355.30

343.46

298.22

428.02

404.65

373.15

575.23

553.27

434.42

703.76

566.64

503.35

694.88

553.13

803.73

595.04

880.92

669.85

948.86

740.28

1,050.58

840.28

* pencapaian hasil getah yang ditimbulkan adalah kesan dari penggunaan vitex mulai lewat bulan Mei 2008.

Page 19: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

19TeknologiTeknologi

Jumlah Hasil Kg Getah Kering Mengikut Task Antara Torehan Biasa Berbanding Menggunakan Rangsangan Vitex

Hari Menoreh

TaskJumlah

1 2 3 4Vitex

56 7 8 9

Vitex 10

1 21.2 0.0 27.3 23.4 39.4 23.7 20.6 0.0 49.0 49.0 253.6

2 21.7 18.2 22.8 23.0 54.2 Hujan 139.9

3 22.0 17.0 21.3 19.4 48.5 Hujan 128.2

4 22.0 29.2 22.0 17.0 39.4 Hujan 129.6

5 19.0 26.0 23.3 18.0 38.3 30.1 23.2 28.0 25.1 39.5 270.4

6 17.6 15.4 17.9 21.0 42.3 23.0 27.2 21.1 25.8 57.8 269.1

7 20.9 22.0 18.5 29.1 40.5 31.2 25.8 18.3 29.0 74.6 309.9

8 27.5 23.0 24.7 18.0 50.8 28.7 23.0 19.6 23.7 68.9 307.9

9 40.8 20.5 27.8 30.5 34.8 21.3 25.6 29.0 29.6 52.9 312.8

10 16.0 19.2 15.4 24.0 27.3 28.2 31.7 29.2 24.6 54.4 269.9

11 36.4 28.1 21.0 28.1 31.9 34.0 35.8 33.8 28.0 54.1 331.2

12 23.8 25.4 21.0 21.7 33.5 21.0 26.8 28.2 22.0 32.8 256.1

13 26.5 24.7 23.5 25.4 43.5 20.8 24.2 19.8 25.0 34.5 267.9

14 21.2 24.3 25.1 16.0 54.7 28.5 25.1 18.6 25.4 37.0 275.9

15 23.8 27.4 29.0 22.7 30.8 Hujan 133.7

Jumlah 360.4 320.4 340.6 337.2 609.9 290.5 289.0 245.5 307.1 555.5 3,656.1

Penyelia RISDA Plantation Manjung (L)mendapat tunjukajar terus dari pihak vitex pada 13 Februari 2008

Pengeluaran hasil getah melalui rangsangan vitex jelas menunjukkan peningkatan positif mulai bulan pertama pokok getah dirangsang. Peningkatan hasil ini memberi petunjuk awal yang baik bahawa

vitex boleh digunakan bagi merangsang pengeluaran lateks. Peningkatan hasil lateks di projek ini memberi petunjuk optimis bahawa PKG Kledang Sayong 1 mampu mencapai hasil tidak kurang 1,469kg sehektar pada tahun 2008 ini setelah menggunakan vitex mulai lewat bulan Mei 2008 untuk sebanyak 2,000 pokok sebagai pengenalan awal. Unjuran angka pencapaian ini adalah jauh lebih baik dari pencapaian di masa lalu di mana hasil getah pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing hanya mencapai 1,051kg dan 840kg sehektar setahun sahaja. Jadual hasil torehan di bawah ini merekodkan pencapaian hasil getah pada task yang diperkenalkan dengan rangsangan vitex berbanding task yang tidak dirangsang dengan vitex.

Pencapaian hasil getah bagi task yang diperkenalkan dengan teknologi rangsangan getah vitex jelas menunjukkan hasil getah meningkat hampir 2 kali ganda untuk bulan pertama rangsangan. Penggunaan vitex ini terhadap pokok-pokok yang kering kulit juga telah mula menunjukkan pemulihan kulit dan mula mengeluarkan lateks. Secara grafik di sebelah ini menunjukkan kedua-kedua task yang menggunakan vitex menunjukkan pencapaian hasil amat memberangsangkan jauh lebih tinggi dari garisan normal pengeluaran hasil lain-lain task.

RISDA Plantation optimis bahawa pencapaian ini boleh dibaiki sehingga mencapai lebih dari 1,800kg sehektar setahun malah berusaha untuk melepasi 2,000kg sehektar setahun dengan meluaskan penggunaan vitex ke seluruh kawasan PKG Kledang Sayong 1 ini. Apa yang pasti kejayaan meningkatkan hasil getah melalui penggunaan vitex akan terus dikembangkan lagi ke projek-projek lain dalam tahun 2008 ini jika menunjukkan perubahan positif yang menggalakkan.

Page 20: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

20 RencanaRencana

Lebih 50% kawasan sawit di Semenanjung Malaysia kini menghadapi ancaman serangan Ganoderma sejenis kulat

penyebab penyakit Reput Pangkal Batang (Basal Stem Rot Disease). Serangan Ganoderma boleh menyebabkan kemusnahan hingga 80% pokok sekiranya berlaku dalam tempoh pembesarannya yang produktif. Serangannya pada kadar 30% - 70% akan mempengaruhi hasil BTS antara 25% - 45% yang menyebabkan kerugian berjuta ringgit.

Ganoderma telah menyerang sejak awal penaman sawit di negara ini (1930) tetapi tidak dianggap sebagai ancaman serius kerana hanya menyerang pokok sawit tua yang melebihi usia 25 tahun. Bagaimanapun pada tahun 1957 telah terdapat kesan serangan pada pokok matang antara 10 – 15 tahun. Pada tahun 1990 penyakit Reput Pangkal Batang menjadi bertambah serius kerana telah menunjukkan ancaman kepada pokok muda 1 – 2 tahun. Jika serangan Ganoderma terhadap pokok muda yang produktif dibiar berterusan mengakibatkan industri sawit akan mengalami kerugian yang besar.

Bagaimanaakaha Cara Untuk Mengawal dan Mengurus Ganoderma

MPOB telah mencadangkan pengawalan dan pengurusan Ganoderma ini dikategorikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pokok di ladang dan semasa menanam semula pokok sawit.

1. Kawalan Pokok Sawit Di Ladang

Pokok sawit di ladang yang telah diserang Ganoderma boleh diambil tindakan berikut:

i. Melupus/menghapus pokok sawit yang diserang

Ganoderma Pokok sawit yang berpenyakit atau yang telah

tumbang ditolak ke tengah antara barisan pokok dan diracik dan dibiarkan reput. Pangkal dan akar digali dan lubang ditimbus dengan tanah bersebelahan dan dibiarkan tanpa perlu diganti.

ii. Melupus/menghapus pokok sawit yang diserang Ganoderma dan diganti/sulam dengan anak sawit baru. Tindakan yang diambil:

• pokok sawit yang diserang Ganoderma/tumbang dikenal pasti

• pokok sawit tersebut ditolak ke tepi di antara lorong tanaman

GANODERMA ANCAM TANAMAN SAWIT

Oleh: Hj. Mohd. Ghazali Abd. Majid

Bagaimana Kulat Ganoderma Merebak

Mengikut kajian MPOB, punca utama adalah melalui sentuhan antara akar yang sihat dengan tisu yang telah diserang ditinggalkan tertanam dalam tanah. Ataupun sentuhan akar pokok yang sihat dengan akar yang telah dijangkiti Ganoderma. Maisilium kulat Ganoderma akan merebak ke akar sawit yang sihat dan mula menyerang akar dan pangkal batang.

Kesan Serangan Ganoderma

Biasanya pokok sawit yang diserang Ganoderma akan memberi kesan kepada berat dan bilangan tandan segar pokok tersebut. Bagi pokok yang telah diserang dengan serius, di bahagian pangkal batang akan mengakibatkan hilang kekuatan dan pokok boleh tumbang.

Bagaimana Untuk Mengetahui Pokok Sawit Telah Diserang Ganoderma?

Secara `visual’ peringkat awal serangan sukar dipastikan. Simptom yang mungkin kelihatan pada peringkat awal ialah daun kelihatan tidak sihat, akar dan batang terdapat kesan reput. Tetapi pada peringkat serangan yang serius, basidiomata atau fruiting body berbentuk butang putih yang kecil akan kelihatan pada pangkal batang sawit.

Page 21: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

21RencanaRencana

• Baki pangkal, batang dan akar sawit yang diserang Ganoderma digali/dikorek keseluruhannya. Lubang yang digali ditimbus dengan tanah yang berada bersebelahan

• Batang dan pokok yang ada diracik dan dibiarkan reput

• Kawasan yang telah ditimbus dengan tanah tersebut bolehlah ditanam semula/disulam dengan benih sawit yang baru

iii. Bagi pokok yang telah diserang tetapi masih belum tumbang, langkah pemulihan pokok (curative treatment) dilaksanakan.

Racun kulat jenis heksakonazol digunakan untuk merencat pertumbuhan Ganoderma pada pokok yang masih hidup di mana akan melanjutkan tempoh hidup pokok sawit berkenaan. Racun kulat tersebut dilarutkan dalam 10 liter air dan boleh diaplikasi secara menyuntik ke dalam tanah atau menggali parit di sekeliling pokok. Racun kulat ini juga boleh digunakan dengan menyuntik ke pangkal batang sawit menggunakan `hank knock injector.’

Bagi merawat pokok sawit yang berpenyakit dengan lebih cepat, alat penyuntik bertekanan mekanikal boleh digunakan. Alat mekanikal ini boleh menyuntik racun kulat ke dalam batang sawit lima kali lebih cepat berbaanding alat penyuntik bertekanan biasa. Alat ini juga boleh disambung kepada tangki dan traktor untuk kawalan yang emluas. Adalah dianggarkan sebanyak 480 pokok dapat disuntik dalam sehari.

iv. Satu lagi cara bagi memanjangkan jangka hayat pokok sawit yang terkenan jangkitan Ganoderma ialah dengan menaikkan/menimbus tanah di pangkal batang sawit setinggi 1 meter dan 2 meter lebar. Dengan cara ini dapat menghalang pangkal pokok

yang lemah dari tumbang ditiup angina tetapi tidak dapat merawat kulat tersebut.

2. Semasa menanam semula sawit, kaedah mesra alam diguna pakai dalam menangni penyakit Reput Pangkal Batang ini melalui proses pembersihan, penanaman semula, pengalihan pokok yang dijangkiti dan langkah pencegahan kulat ke atas anak benih.

MPOB mempunyai teknik yang innovatif dalam pembersihanan semasa kerja menanam semula sawit seperti mana berikut:

• menolak pokok sawit tua yang diserang Ganoderma ke

tengah di antara barisan tanaman. • tunggul, akar dan tanah kawasan diserang Ganoderma

digali (1.5 meter lebar x 1.5 meter panjang x 1.5 dalam) dan lubang ditimbus dengan tanah yang berdekatan di sebelahnya.

• pangkal dan batang sawit diracik dan bersama dengan akar ditabur sepanjang barisan tanaman pokok sawit tua dan dibiarkan supaya reput

• sepanjang barisan yang akan ditanam semula atau di

antara barisan pokok sawit tua dibajak dengan traktor

• anak sawit ditanam dalam barisan yang dibajak dan jauh dari barisan sawit tua

Dengan cara sepertimana yang dicadangkan di atas didapati amat berkesan dalam mengawal Ganoderma dari menyerang anak benih yang ditanam bagi kawasan tanam semula sawit terutama bagi tanah gambut dan lanar pantai.

�������������������������������������������������������������������

��������������������

���������

������������������������

���������

���������������������

����������������

��������������

�����������������

���������

Page 22: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

22 Jejak JayaJejak Jaya

Kata pepatah, ‘Seeing is believing.’ Itulah yang dilalui oleh En. Othman bin Din, seorang pekebun kecil merupakan pemilik dan pengusha kebun getah

matang. Kejayaan rakan seangkatan yang juga berkerjaya sebagai penoreh getah pengamal teknologi G-Flex telah menaikkan semangatnya untuk mencuba teknologi tersebut di kebun miliknya.

Bermula turut serta dalam program lawatan dan taklimat serta tunjuk ajar yang diadakan di TSB Kg. Raja Intan Suraya membuat beliau teruja dengan hasil yang diperoleh oleh peserta yang mengamalkan Teknologi G-Flex. Beliau merasa rugi jika tidak mengalamkan teknologi ini dan mula mengamalkan di kebunnya yang terletak di Kg. Temin, Sungai Siput.

Kebun milik En. Othman seluas 1.1428 hektar mula ditanam pada tahun 1988 dengan getah dan mula bertoreh pada tahun 1998. Penggunaan teknologi G-Flex mula digunakan pada tahun 2006 ke atas 300 pokok getah dan mengamalkan sistem torehan 1/8 S D/4 iaitu 1/8 lilitan selang tiga hari.

En. Othman begitu selesa sekali dengan sistem torehan ini kerana masa menoreh menjadi lebih singkat. Masa selama tiga hari tidak menoreh, beliau gunakan untuk menoreh kebun orang lain untuk mendapat pendapatan tambahan.

En. Othman merupakan insan yang rajin dan tekun melaksanakan tugas hariannya. Beliau menyediakan Buku Rekod Ladang dan mencatatkan setiap kali beliau menoreh dan hasil yang diperoleh. Hasil semakan dari buku rekod beliau didapati seperti berikut:

Tahun 2007 – 5,959kg @2,979 KGK atau 5,214kg @2607 KGK/hektar/tahun (bagi lot yang dipantau)

En. Othman bersyukur dengan penggunaan G-Flex ini kerana telah menyumbang kepada penghasilan getahnya bertambah sekali ganda sedangkan bilangan hari menoreh berkurangan dan tentunya pendapatan beliau juga bertambah. Sementara masa terluang, beliau manfaatkan sepenuhnya.

Dengan pendapatan itulah En. Othman menyara keluarganya dan pengajian tiga orang anaknya yang masih belajar berusia antara 14 hingga 19 tahun. Harapan beliau agar penerimaan teknologi baru ini di kalangan pekebun kecil akan lebih meluas dan pekebun kecil perlu berani untuk mencuba sesuatu teknologi yang baru.

Kegigihan En. Othman amat wajar diteladani oleh pekebun kecil yang lain dan tentunya RISDA sedia membantu!

Hasil bertambah sekali ganda,

sementara bilangan hari

menoreh berkurangan dan

berkesempatan menoreh kebun

orang lain.

TEKNOLOGI DIAMAL HASIL BERTAMBAHOleh: Nabsiah Bahar

Page 23: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

23Jejak JayaJejak Jaya

Berusia 37 tahun, cita-cita asalnya untuk menjadi Doktor Veterinar. Beliau yang merupakan generasi ke-2 anak pekebun kecil, kini menumpu sepenuh masa aktiviti

ternakan kambing sejak tahun 2003 di Kg Baru Air Kuning, Daerah Batang Padang,Tapah.

Walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan gara-gara tidak mempunyai pengalaman bidang pertanian, beliau bertekad untuk menjadi contoh kepada graduan lain bahawa bidang pertanian sememangnya menguntungkan.

Bermula dengan 10 ekor dan kandang yang tidak seberapa pada tahun 2003, kini jumlah kambing yang diternak mencecah 120 ekor. Baka induk jantan jenis Jamapuri Cross dan Boer.

Pengurusan RISDA yang senantiasa bersedia untuk membimbing pekebun kecil dalam program Aktiviti Ekonomi Tambahan AET menyedari potensi beliau dan Pembantu Pertanian RISDA yang menjaga kawasan, En Roslin Abd Rahman, menyokong permohonan beliau untuk mendapat peruntukan RM10,000.00 bagi meluaskan projek ini. Sebanyak 10 ekor kambing dibekalkan pada Julai 2007. Kandang kambing diperbesarkan dan rumput napier ditanam seluas 1 hektar.

Projek ini diusahakan di atas lot 7704 dengan keluasan 1.2671 hektar dimana getah yang ditanam pada bulan Oktober 2006 berusia 1 tahun 8 bulan (Jun 2008) melalui program tanam semula adalah subur.

Justeru itu pemuda ini telah mengikuti kursus ternakan kambing sebanyak dua kali pada tahun 2007 di Bera, Triang,

Pahang. Beliau telah mendalami aspek asas ternakan dan juga pemasaran hasil daging, susu dan pemprosesan tahi kambing sebagai baja organik.

Selain makanan rumput Napier, makanan asas soya diberi kepada ibu kambing yang baru beranak dan PKC bagi tujuan penggemukan.

Sungguhpun pada lazimnya pemasaran adalah mengikut musim permintaan seperti perayaan dan sebagainya, bagi bekas graduan Rozai (panggilan di kampung) yang proaktif ini, tidak menghadapi masalah kerana mempunyai rangkaian pemasaran di sekitar kampung dan bandar seperti Kampar, Teluk Intan, Langkap, Chenderiang, Bidor, Sungkai dan Gugusan Felda Trolak. Turut menyumbang sebagai pembeli adalah masyarakat Cina dan India.

Rekod hasil jualan pada tahun 2007 ialah 52 ekor dengan perolehan sebanyak RM23,400.00. Beliau mendapat RM1950.00 sebulan secara purata. Beliau juga mendapat pendapatan tambahan melebihi RM700.00 sebulan hasil jualan tahi kambing sebagai baja oraganik. Pesawit dan penanam sayur adalah pelanggan

tetapnya.

Pengusaha muda ini mendapat sokongan yang padu daripada isteri dan ayahnya. Beliau telah dikurniakan empat orang anak lelaki yang masih di bangku sekolah.

Beliau juga aktif dalam kegiatan sosial antaranya memberi khidmat tuisyen matematik secara percuma kepada pelajar yang memerlukan khidmatnya.

Nasihat beliau kepada yang berhasrat dalam bidang ternakan ialah minat yang mendalam perlu ada

memandangkan pekerjaan seperti ini memerlukan kesungguhan dan kesabaran.

Rozai bersyukur dan berterima kasih kepada pihak RISDA, khususnya En Roslin Abd Rahman yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat.

Hasrat beliau untuk meluaskan skop pemasaran peringkat komersial dalam masa yang terdekat. Sesiapa yang berminat untuk berkongsi pengalaman boleh menghubungi beliau di talian 019 2341871.

GRADUAN UKMPengembala Kambing

Generasi Ke-2 (Integrasi Kambing)

Oleh: V. Nadarajan

Lawatan pemantauan khidmat nasihat oleh PPR Roslin Abd Rahman

Ir Mohd Rozairi b Hj Shaari disamping Tanaman Napier

Kedudukan kandang kambing yang bersih dan nyaman

Page 24: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

24 Jejak Jaya

Tidak ramai di kalangan kakitangan kerajaan berminat untuk memilih bidang pertanian sebagai pekerjaan utama selepas bersara. Pertanian merupakan pilihan

terakhir buat mereka dan mereka berpendapat pertanian tidak boleh membawa keuntungan serta kepuasan dalam kehidupan. Antara bidang kerjaya yang menjadi pilihan mereka ialah perniagaan, pertukangan dan pelancongan.

Lain pula pandangan En. Abd. Aziz Che Mood, 53 tahun bekas Pegawai Waran II, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini. Beliau memilih bidang pertanian yang pada pendapatnya merupakan satu kerjaya yang mampu memberi kepuasan dan menjamin kesihatan beliau pada tahap yang baik.

Beliau yang kini menetap di Kg. Lubuk Bongor, Kuala Balah, Jeli membuktikan bahawa lebih kurang 4.4354 hekter tanah bergetah dibangunkan tanpa bantuan sesiapa melainkan isterinya. Semua tugasan ini tidak semestinya dapat dilakukan secara mudah melainkan jika kita ada kemahuan, minat dan sedikit ilmu serta sanggup belajar untuk menempa kejayaan. Maka hari ini Abe Aziz sudah menjadikan diri beliau salah seorang pekebun kecil yang berjaya dan popular di kalangan masyarakat setempat. Apatah lagi dengan sifatnya yang mudah mesra, senang didampingi dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, menguatkan lagi kepercayaan pekebun kecil lain terhadap beliau.

Dengan sifat bertanggungjawab yang ada pada beliau, pihak RISDA Negeri Kelantan telah melantiknya sebagai salah seorang Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) pada tahun 2006. Tanggungjawab yang diamanah dapat dilaksanakan oleh Abe

Jika Ada KemahuanDisulami Usaha

DI SITU KEJAYAANMENUNGGU

Oleh : Mohd Zakri Hussin

Aziz dengan sempurna walaupun dalam keadaan masa yang begitu terhad mengurusan dan mentadbir keluarga dan kebunnya yang lain.

Sebagai PMPK beliau kerap berhubung dengan Stesen RISDA Kuala Balah bagi mendapat maklumat semasa dan terus berhubung dengan pekebun kecil di bawah kawasan seliaannya dari semasa ke semasa. Di samping itu juga beliau banyak mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Pembantu

Pertanian Kawasan, En. Anuar Awang dalam menjalankan tugas sebagai PMPK dan

sebagai seorang pekebun kecil yang berjaya.

Menurut Abe Aziz yang juga Ahli Kelab 2000 (G D0037), mengakui bahawa untuk mencapai status tersebut banyak pengorbanan dan usaha perlu dilakukan dalam membawa pembanguan hasil

daripada kebun getahnya. Antaranya pengurusan kebun bersismetik dan

penorehan yang berkualiti perlulah diberi perhatian. Ini melibatkan peningkatan hasil yang

stabil, secara langsungnya boleh memberi jaminan kepada pembangunan ekonomi pekebun kecil itu sendiri.

Jelas beliau lagi, tidak cukup dengan usaha keringat sahaja, kita juga perlu mempelajari berkaitan ilmu pengurusan kebun yang

betul dan pembangunan teknologi yang sesuai dengan mengikuti kursus-kursus yang dianjur oleh pihak RISDA atau mana-mana agensi lain agar dengan cara itu kita dapat meningkatkan lagi produktiviti kebun secara berterusan.

Abe Aziz sebenarnya mempunyai wawasan yang cukup tinggi dalam menganda pelbagai aktiviti bagi memenuhi ruang masa yang ada di samping meningkatkan sumber pendapatan keluarganya. Antaranya, melalui program AET 2003 di mana ternakannya kini bertambah daripada 4 ekor kepada 16 ekor. Selain itu beliau juga menanam serai herba ’Paha Ayam’ iaitu sejenis serai kegunaan kosmatik kira-kira seluas 0.8093 hekter. Jenis serai ini mendapat permintaan yang cukup tinggi di pasaran luar negara seperti Jerman, Amerika dan negara-negara lain di Eropah Timur.

Abe Aziz mempunyai 5 orang anak hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Pn. Hamidah Hussin, 47 tahun. Tiga daripada anaknya adalah lepasan graduan IPTA dan telah berkerja manakala 2 lagi masih menuntut.

Berbalik kepada pendapatan hasil yang diperolih daripada usaha Abe Aziz itu antaranya, hasil daripada getah (1.3430 hekter), projek ekonomi (ternakan lembu dan tanaman serai), bayaran pencen dan lain-lain sumber menyumbang pendapatan bulanan antara RM6000.00 hingga RM7000.00.

Abe Aziz juga berharap melalui pengalaman yang dilalui oleh beliau itu, dapat kiranaya dikongsi bersama dengan yang lain. Ini dengan harapan supaya mereka semua dapat menilai bagaimana setiap kemahuan itu kalau diusahakan dengan lebih bersungguh pasti ianya membuahkan kejayaan pada satu ketika nanti.

Page 25: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

25Jejak Jaya

kebun yang dekat dengan rumahnya iaitu 550 meter telah memudahkan urusan kerja hariannya.

Pasangan beliau, Puan Zuraida bt Hassan turut membantu dalam kerja-kerja penorehan dan penyenggaraan kawasan dimana mereka dapat menghabiskan task.

Pihak RISDA telah membekalkan input pertanian melalui subsidi input pertanian. Pakej bekalan berupa racun, baja dan penggalak susu diberi pada tahun 2006.

En Mohd Tahir berkata ”Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak RISDA kerana bimbingan dan khidmat nasihat khususnya kepada En Khalid Osman sehingga saya dapat menikmati kejayaan.”

Berusia 53 tahun, En Mohd Tahir bin Saad yang pernah bekerja sebagai pemandu gentolak kayu balak selama 20 tahun, kini menumpu sepenuh masa sebagai

penoreh getah di Kg Pasir, Slim Village, Slim River, Perak.

Kebun getah dimilikinya seluas 2.0613 hek telah ditanam semula melalui bantuan RISDA pada April 1995 (PK 080106/1901/1995). Pengalaman sebagai pemandu gentolak digunakan sepenuhnya dimana beliau sendiri menguruskan pembangunan pada peringkat awal iaitu menebas, menebang, menolak, menteres dan menanam dengan jarak tanaman 30’ x 8’. Klon benih getah yang ditanam ialah PB 260 dan Siri RRIM 900.

En Mohd Tahir yang memiliki kesabaran dan kerajinan serta semangat yang jitu untuk mencapai kejayaan, bertungkuslumus memberi tumpuan kepada kebunnya. Amalan pertanian yang ditunjuk ajar oleh Pembantu Pertanian RISDA, En Khalid bin Osman selaku penyelia kawasan, telah mengikutinya dimana pembajaan awal, penyenggaraan kawasan, cantasan terkawal dan pembajaan getah matang berjadual diamalkan.

Hasrat murninya tercapai dimana beliau mula menoreh pada tahun 2001, menggunakan sistem panel B. Beliau seorang yang proaktif telah memasang pelindung hujan dan dapat menoreh purata 15 hari sebulan dengan sistem torehan S2/D2 . Beliau kini diiktiraf sebagai Ahli Kelab 2000 kerana penghasilan kebun melebihi 2250kg/hek/tahun. Kedudukan

PPR Roslin Abd Rahman, Ir Mohd Rozairi dan Hj ShaariIr Mohd Rozairi b Hj Shaari

En Tahir Saad bersama isterinya

Bekas Pemandu Gentolak MENJANA PENGHASILAN

2250kg SEBULANOleh: V.Nadarajan

Pelindung hujan amat

berkesan.

Page 26: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

26 Renungan

Islam mendorong umatnya untuk berkerja keras bagi mencapai kehidupan yang selesa baik untuk kehidupan dunia mahupun akhirat. Maksud hadis Nabi s.a.w.

“Berusahalah (beramal) untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya dan berusahalah (beramal) untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati besok”.

Pada masa yang sama, Islam menggalakkan umatnya mengutamakan amalan berjimat-cermat, kerana ia merupakan satu amalan baik dan mulia. Secara tidak langsung amalan ini akan menjamin mengukuhkan ekonomi. Namun masih ramai lagi di kalangan kita yang tidak sedar akan kepentingan berjimat-cermat dalam urusan kehidupan masing-masing. Sebahagian kita lebih suka berbelanja secara boros dan tidak teratur, sedangkan amalan sebegini membawa kepada kesan yang negatif.

Boros adalah penyakit yang akan melemahkan ekonomi dan menambat seseorang itu dalam kandang kemeskinan yang berterusan, malah sifat boros tadi akan mengundang satu sifat yang lebih parah iaitu “suka berhutang”. Hutang akan mengheret kita ke dalam lingkaran maut yang sukar diatasi!

Mengenai amalan berjimat-cermat, ia berkait rapat dengan sifat pembaziran. Pembaziran amat ditegah dalam ajaran Islam kerana boleh membawa kepada kerugian, keburukan dan bagi kita yang mengamalkannya, termasuk sebagai saudara syaitan, sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Israa’:27 yang maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang boros (membazir) itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sifat boros atau membazir adalah satu amalan yang buruk dan pengamalnya merupakan saudara atau sahabat syaitan dan sesungguhnya syaitan itu hamba yang derhaka kepada Tuhan.

Allah memberi peringatan bahawa kita hendaklah berwaspada dan janganlah sama sekali menyembah atau taat kepada syaitan atau dengan kata lain mengikuti segala hasutan dan godaannya, kerana nyata syaitan itu musuh kepada umat manusia. Oleh itu, bagi kita sepatutnya menjauhi tabiat suka membazir dan bebelanja mengikut hawa nafsu, kerana akibat disebalik pembaziran ini amatlah besar dan ketara.

Imam Al-Shafie r.a menyatakan bahawa pembaziran adalah membelanjakan harta bukan pada jalannya. Ibnu Kathir dan Syed Kasab menyebutkan dalam tafsir mereka bahawa Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas mentafsirkan, pembaziran ialah perbelanjaan atau penggunaan harta bukan pada tempat yang sebenar. Manakala para Mujtahid pula menyebutkan sekiranya seseorang membelanjakan atau menggunakan semua hartanya pada jalan yang benar, maka ia bukanlah suatu pembaziran. Sebaliknya hak seseorang membelanjakan atau menggunakan

BERJIMAT-CERMAT MENGUKUHKAN EKONOMI

– Ustaz Sapawi

hartanya walaupun satu cupak sekalipun secara tidak benar, maka ia adalah satu pembaziran.

Sikap suka membazir hendaklah dihindarkan, sebaliknya bersederhana dan berjimat-cermat dalam berbelanja amat dituntut untuk dimalkan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Furqaan ayat 67 yang maksudnya:

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah yang apabila menafkahkan hartanya, dia tidak melampaui batas dan tidak bakhil. (Sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah benar-benar sederhana antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.”

Dari Ibnu Mas’ud r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:

“Tidak akan melarat siapa sahaja yang hidup dengan sederhana (dalam berbelanja).”

Jika kita mengamalkan hidup secara boros dan membazir tanpa berjimat cermat, kita termasuk daripada golongan manusia ingkar dan melampaui batas. Kerana nyata sekali apabila melakukannya, sudah tentu akan terdedah kepada kerugian, sama ada kerugian diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Manakala berjimat-cermat pula boleh menjamin pengukuhan ekonomi, apabila ekonomi berada di dalam keadaan yang kukuh, maka akan timbul keselesaan dalam kehidupan.

Setiap kali kita menyambut hari raya, kita lihat umat Islam di Malaysia berbelanja dengan boros, bahkan berbelanja kepada perkara yang sia-sia seperti membakar mercun, sedang perkara ini tidak ada sangkut paut dengan amalan berhari raya yang disuruh oleh Agama.

Oleh yang demikian, sikap berjimat-cermat perlu dijadikan budaya dalam kehidupan seharian. Malah budaya ini perlu dipupuk dan ditanam sejak kecil lagi terhadap anak-anak yang sedang menjalani proses pembesaran, sesuai dengan kata pepatah:

“Melentur buluh biarlah dari rebung”.

Ekonomi yang kukuh amat penting. Buktinya semasa Nabi Muhammad s.a.w. mentadbir di Madinah, Baginda menekankan

Page 27: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

27Renungan

aspek pembangunan ekonomi yang kukuh di samping mewujudkan masyarakat Islam yang bertamadun serta bergerak di atas landasan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya supaya berjaya dalam bidang ekonomi dengan menguasai ekonomi untuk kebaikan agama. Nabi Muhammad s.a.w. menyeru supaya menggunakan harta yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. itu dengan cara berhemah, bijak dan disertai dengan rasa syukur kepada Allah s.a.w.

Sebagai umat yang beragama, kita sepatutnya mengamalkan sikap berjimat-cermat, berhemah dan tidak membazir. Oleh itu, cara yang betul ialah “bijak berbelanja” supaya kita termasuk orang yang ikut mengambil bahagian dalam usaha mencapai tahap “Inflasi Sifar”. Ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi ekonomi dan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kegawatan ekonomi.

Seharusnya kita perlu sedar akan keperluan terhadap pengukuhan ekonomi. Saranan untuk menguasai ekonomi untuk mengelakkan daripada berlakunya penindasan dan ketidakadilan dalam ekonomi.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Thabrani:

Dari Umar Ibnu Al-as berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: “Sebaik-baik harta yang banyak itu, untuk manusia yang baik.”

Melalui Nas tersebut, Rasulullah s.a.w. menjanjikan pahala kepada kita yang menggunakan harta dengan jalan yang baik untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: “Rosaklah orang-orang yang memperbanyakkan harta kecuali orang yang mengkhususkan untuk kepentingan hamba-hamba Allah (bahagian yang ditentukan), tetapi sedikit sekali yang melakukan sedemikian.”

Jelaslah di sini akan kepentingan penggunaan harta secara bijaksana dan mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ini kerana setiap penggunaannya akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, beruntunglah mereka yang menggunakan harta yang dianugerahkan kepada mereka dengan baik dan secara berjimat-cermat tanpa ada sebarang pembaziran.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-’Araf ayat 31 yang maksudnya:

“Dan makanlah serta minumlah kamu dan jangan pula kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”

Sebagai usaha untuk berjimat-cermat, mungkin langkah-langkah berikut dapat membantu kita, antaranya:

1. Kaji keperluan yang benar-benar tidak dapat dielakkan seperti makanan, perubatan, persekolahan, pengangkutan dan perumahan

2. Buat anggaran belanja supaya dapat mengawal perbelanjaan. Contohnya makanan (berapa harga beras yang patut kita makan, begitu juga dengan harga ikan, daging, sayuran dan sebagainya)

3. Catat segala pendapatan dan perbelanjaan supaya setiap akhir tahun kita dapat membuat analisis manakah perbelanjaan yang dapat dikurangkan. Selain itu catatan ini perlu untuk perkiraan zakat.

Contoh:Pendapatan keluarga

Bil Tarikh Gaji SendiriGaji Suami/

IsteriPelaburan Sewaan

Kerja Sambilan

Punca Lain

1

2

3

4

5

Jumlah

Perbelanjaan Keluarga

Bil Tarikh MakananPengang-

kutanpakaian

Pendidi-kan

alat, bahan &

UpahPerubatan

Pemberian / Sedekah

Bukan Keperluan

1

2

3

4

5

Jumlah Bulan ini

Dalam usaha kita untuk berjimat cermat, jangan pula kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat harta yang telah dikurniakan oleh Allah s.a.w. kepada kita. Sekiranya kita bersyukur dengan nikmat itu, maka Allah s.a.w. akan tambahi nikmat tersebut. Sebagai tanda bersyukur akan nikmat yang telah diberikan, maka kita boleh zahirkan rasa bersyukur melalui perbuatan iaitu dengan menggunakan harta dengan jalan yang bijaksana dan berbelanja secara berjimat-cermat tanpa sebarang pemborosan mengikut acuan ajaran Islam yang sebenar.

Maka dengan ini dapatlah disimpulkan di sini bahawa amalan berjimat-cermat boleh mengukuhkan ekonomi bertepatan dengan perintah Allah kepada umat manusia supaya bijak dalam menggunakan harta tanpa ada sebarang pembaziran atau penggunaan harta melampaui batas. Ekonomi yang stabil dapat menguatkan umat Islam serta meningkatkan syiar Islam di muka bumi Allah ini dan melalui amalan yang diterapkan ini, diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam.

Jika kita mengamalkan hidup secara boros dan membazir tanpa berjimat cermat,

kita termasuk daripada golongan manusia ingkar dan melampaui batas. Kerana

nyata sekali apabila melakukannya, sudah tentu akan terdedah kepada kerugian,

sama ada kerugian diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Page 28: SuaraRisda 3-08 new€¦ · Dalam majlis tersebut lima kertas kerja telah dibentangkan dan tiga anugerah telah disampaikan kepada Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil iaitu En. Abu Bakar

28 Peristiwa

Pekebun Kecil Mara, RISDA Maju...Oleh Nurul Asyirah Ibrahim

Menjelang terbit mentari baruKau dan getah sentiasa diburuDahimu dibasahi embun pagiDirimu keringat sentiasa dipuji

Wahai pekebun kecil yang bijaksanaPengurusan wang diurus dengan baik dan lebih efektifRISDA sentiasa memberi perhatian dan kursus sepenuhnyaKamu adalah pekebun kecil yang produktif

Pekebun kecil yang bijaksanaHartamu amat berehargaMenjadi saingan antarabangsaTerus gah seantaro dunia

Langkah demi langkah kau mengorak ke hadapanRISDA sentiasa memberi perhatian dan sokonganPekebun kecil yang berada di lapanganRISDA sentiasa menjadi pendampingan

Pekebun kecil terus cemerlangRISDA melangkah terus terjulangAntara rakyat yang terbilangItulah lambang RISDA yang gemilang