Sub Tugasan Bahagian 2

22
Sub Tugasan 1 Persembahan Grafik Mengenai Peribadi Dan Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid. Daniel Kal Isqandar bin Muhamad Hilmi Lelaki Dilahir kan pada 3 Septemb er 2005 Melayu Anak pertama dari 2 adik beradik Kuala Lumpur

description

Tugasan EDU

Transcript of Sub Tugasan Bahagian 2

Page 1: Sub Tugasan Bahagian 2

Sub Tugasan 1

Persembahan Grafik Mengenai Peribadi Dan Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid.

Daniel Kal Isqandar bin Muhamad

Hilmi

Lelaki

Dilahirkan pada 3

September 2005

Melayu

Anak pertama

dari 2 adik beradik

Kuala Lumpur

Page 2: Sub Tugasan Bahagian 2

Permasalahan yang dihadapi oleh murid.

Masalah yang

dihadapi

Masalah Pendengaran

Masalah Pembelajaran

Kurang daya intelektual :

Rendah

Tidak menumpukan

perhatian sewaktu PdP

berjalan

Mengganggu rakan

melakukan kerja

Page 3: Sub Tugasan Bahagian 2

Masalah Sosial

Tidak bergaul dengan baik

Mengasingkan diri apabila

tidak dilayan

Kurang melibatkan diri dalam aktiviti

menjawab soalan

Page 4: Sub Tugasan Bahagian 2

Masalah Tingkah

Laku

Mengusik rakan sekelas sewaktu PdP

Mengejek rakan

sekelas

Suka berebut giliran dan

ingin menjadi yang pertama untuk bermain

Tidak menumpukan perhatian sewaktu sesi

PdP

Page 5: Sub Tugasan Bahagian 2

Sub Tugasan Bahagian 2

Sewaktu menjalani amalan kegiatan profesional iaitu Praktikum Fasa 3 di

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, saya telah pun mengenal pasti

seorang murid yang boleh dijadikan subjek untuk menyelesaikan tugasan bagi

subjek EDU 3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Seperti yang telah

dinyatakan di pada persembahan grafik dalam Sub Tugasan yang pertama, murid

yang telah saya kenal pasti ini mempunyai masalah dalam pembelajarannya. Melalui

laporan perubatan, doktor telah mengesahkan bahawa murid ini mempunyai

kelemahan dalam keupayaan intelektual yang menyebabkan murid tersebut sukar

untuk mengikuti pembelajaran secara normal bagi kanak-kanak bermasalah

pendengaran.

Seperti yang telah kita sedia maklum, kanak-kanak bermasalah pendengaran

mempunyai tahap perkembangan kognitif yang sama dengan kanak-kanak yang

normal. Namun begitu, K. A Razhiyah (2006) menyatakan bahawa murid

bermasalah pendengaran atau lebih dikenali sebagai murid pekak biasanya sukar

memahami pelajaran lantaran menghadapi kekurangan upaya dalam pendengaran.

Masalah pendengaran terjadi disebabkan oleh genetik yang diwarisi oleh ibu bapa

atau kecederaan pada bahagian telinga seperti terdedah kepada persekitaran bunyi

yang terlalu kuat. Keterbatasan upaya pendengaran yang dimiliki menyebabkan

mereka bergantung kepada anggota deria yang lain sepenuhnya terutama deria

penglihatan untuk memahami sesuatu perkara.

Dalam proses pengenalpastian terapi yang sesuai untuk digunakan ke atas

murid yang telah saya pilih, saya telah melakukan sedikit pembacaan mengenai

terapi-terapi yang telah saya pelajari sewaktu menghadiri kuliah di IPG sebelum

menjalani praktikum 2 bulan yang lalu. Semasa menjalani praktikum fasa 3 ini, saya

telah diberikan amanah untuk mengajar Bahasa Malaysia Tahun 3. Hal ini

memberikan sedikit ruang bagi saya dalam mengenal pasti dan menjalankan terapi

untuk murid yang telah dipilih. Sepanjang saya mengajar murid-murid yang berada

di kelas 3 Perdana, murid ini menarik perhatian saya untuk memilihnya bagi

menjalani terapi yang bakal dilaksanakan.

Page 6: Sub Tugasan Bahagian 2

Terapi bermain merupakan satu model pelbagai dimensi yang

dikonseptualisasi berdasarkan konsep-konsep seperti murid-murid lebih memahami

dunia ini melalui aktiviti bermain serta ruang fizikal dan teraputik dibekalkan

melaluinya. Di samping itu, proses ulang-alik sepanjang kontinum perkembangan

semasa menjalani terapi memberikan kanak-kanak peluang untuk menemui dan

meneroka identiti masing-masing dan memberi peluang kepada mereka untuk

mengkaji serta menguji pilihan-pilihan secara imaginasi. Melalui konsep-konsep ini,

saya faham bahawa terapi bermain boleh memberikan ruang yang cukup untuk

murid mengenali potensi diri serta mampu memberikan motivasi kepadanya dalam

membentuk disiplin yang baik. Kemudian, ia juga boleh meningkatkan kemahirannya

dalam berfikir untuk membuat sesuatu keputusan dengan rasional.

Terdapat beberapa kelebihan terapi bermain untuk kanak-kanak ini. Saya

memetik dapatan daripada Albon (dalam Thompson, Rudolph & Henderson, 2004)

yang meletakkan tiga kelebihan terapi bermain. Antara kelebihan yang dicatatkan

oleh beliau mengenai kelebihan terapi bermain adalah memberikan kanak-kanak

peluang untuk membuat pilihan sendiri tanpa kebergantungan kepada orang lain. Di

samping itu, terapi ini juga membolehkan kanak-kanak melahirkan perasaan tidak

sedar dan bercirikan fantasi. Akhir sekali, terapi ini juga membekalkan tempat yang

selamat bagi mereka meluahkan perasaan, memperoleh pemahaman mengenai

situasi mereka serta berubah ke arah yang lebih baik. Melalui dapatan ini, dapat

saya simpulkan bahawa terapi bermain mampu untuk memberikan kesan yang

positif terhadap peserta terapi walaupun interaksi secara lisan dan isyarat agak

minimum dalam sesi intervensi ini.

Berkenaan dengan ciri-ciri pengamal, terdapat beberapa garis panduan yang

telah ditekankan oleh Kottman. Antara ciri-ciri pengamal yang telah dinyatakan

adalah seseorang pengamal terapi itu perlu menghargai kanak-kanak dan melayan

mereka secara murah hati dan hormat menghormati serta mempunyai sifat kecindan

dan keupayaan untuk ketawakan diri sendiri. Di samping itu, pengamal juga perlu

bersikap gemar bermain dan suka akan keseronokan, berkeyakinan diri dan boleh

dipercayai di samping bersifat terbuka dan jujur serta bersifat menerima. Akhir

sekali, pengamal juga perlulah selesa bersama kanak-kanak dan gemar berinteraksi

dengan mereka.

Page 7: Sub Tugasan Bahagian 2

Sub Tugasan Bahagian 3

Deskripsi Aplikasi Terapi

Semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa

Malaysia Tahun 3 bagi murid Tahun 3 Perdana, saya dapat mengenal pasti murid-

murid yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran dan tingkah laku sewaktu

menjalankan aktiviti pembelajaran. Melalui pengalaman saya, seorang murid yang

bernama Daniel Kal Isqandar didapati sukar untuk menumpukan perhatian sewaktu

saya mengajar. Murid ini selalunya akan mengganggu rakan-rakan yang lain di

samping lambat untuk menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan. Di samping itu,

murid ini juga sentiasa diingatkan supaya menjaga tingkah laku di dalam bilik darjah.

Saya juga telah menggunakan sistem token di dalam kuliah untuk mengawal tingkah

lakunya di dalam bilik darjah.

Namun begitu, walaupun murid ini sukar untuk memberikan tumpuan sewaktu

saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, apabila saya melaksanakan

aktiviti yang melibatkan permainan, murid ini sangat aktif dan merupakan murid yang

paling cepat dalam mendapatkan saingan dengan rakan-rakan yang lain.

Sehubungan itu, saya dapat membuat hipotesis awal bahawa murid ini sesuai untuk

menjalani terapi bermain dalam usaha untuk meningkatkan motivasi dan tingkah

laku yang baik dalam dirinya. Setelah melakukan sedikit pembacaan, terapi ini dilihat

agak sesuai dengan keadaan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid tersebut.

Saya dapat membuat sedikit penilaian mengenai terapi ini dari aspek ciri-ciri dan

kelebihan yang mampu diberikan.

Terapi bermain ini mempunyai prinsip-prinsip yang tertentu. Terdapat lapan

prinsip terapi bermain yang digariskan oleh Axline (dalam Orton, 1997 : 219 – 220).

Antaranya ialah mewujudkan hubungan yang mesra dengan kanak-kanak, di mana

rapo yang baik dapat dibina dalam masa yang singkat. Di samping itu, penerimaan

kanak-kanak tanpa syarat juga merupakan prinsip yang penting di samping

membentuk suasana bersifat permisif supaya kanak-kanak bebas untuk melahirkan

perasaan secara terbuka. Seterusnya, pengamal juga perlu peka kepada perasaan

yang dilahirkan oleh kanak-kanak kemudian membuat refleksi terhadap perasaan

tersebut.

Page 8: Sub Tugasan Bahagian 2

Kemudian, pengamal juga perlu menghormati kebolehan kanak-kanak untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi sekiranya diberi peluang dan ia

bertanggungjawab atas perubahan yang diingini. Tambahan lagi, terapi ini juga

bukanlah bersifat mengarah, tetapi perlu kepada kebebasan semasa sesi

berlangsung supaya kanak-kanak berupaya untuk memimpin manakala pengamal

hanya mengikut sahaja. Pengamal juga perlu sedia menerima hakikat bahawa

proses terapi bermain akan beransur maju mengikut masa. Akhir sekali, para

pengamal juga perlu menyedari kanak-kanak tentang tanggungjawab mereka dalam

sesi terapi bermain berhubung dengan hubungan antara mereka berdua.

Berdasarkan keupayaan murid yang menjadi subjek bagi menjalankan projek

bimbingan ini, saya telah menetapkan terapi bermain sebagai terapi yang agak

sesuai selain terapi bercerita dan terapi biblio yang mana ketiga-tiga terapi ini

mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti menggalakkan murid untuk berfikiran

konstruktif di mana mereka perlu memikirkan sendiri cara penyelesaian sesuatu

masalah dan membuat rumusan dengan atau tanpa bimbingan guru. Terapi ini

dipilih kerana berdasarkan pemerhatian saya sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran bagi subjek Bahasa Malaysia Tahun 3, murid ini sentiasa berebut-

rebut untuk bermain sewaktu aktiviti permainan bahasa. Namun, apabila ditanya

kembali hasil pembelajaran, murid ini tidak dapat jawab persoalan yang telah saya

tanyakan. Di samping itu, murid ini juga sentiasa berebut-rebut untuk mendapatkan

giliran sehinggakan sanggup untuk menolak rakan-rakan sekelas yang bersaing

dengannya.

Berikut merupakan jadual dapatan masalah tingkah laku berdasarkan

pemerhatian saya sepanjang mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran

bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia selama dua minggu mengajar di sekolah

tersebut. Jadual dapatan ini saya rekodkan secara berkala iaitu pada tarikh 12, 16

dan 19 Februari sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Page 9: Sub Tugasan Bahagian 2

Jadual 1: Pemerhatian hari pertama

Nama : Daniel Kal Isqandar bin Muhamad Helmi

Tarikh : 12 Februari 2015 (Khamis)

Bilanga

nMasalah yang dilakukan Kekerapan

1 Menolak rakan sewaktu melakukan aktiviti. 2 kali

2Memukul (menepuk) badan rakan menggunakan

tangan sewaktu PdP.1 kali

3 Mengejek rakan sewaktu PdP berlangsung. 1 kali

4 Mengganggu rakan menyelesaikan lembaran kerja. 1 kali

5 Mengingkari arahan guru. 1 kali

Jadual 2: Pemerhatian hari kedua

Tarikh : 16 Februari 2015 (Isnin)

Bilanga

nMasalah yang dilakukan Kekerapan

1 Menolak rakan sewaktu melakukan aktiviti. 1 kali

2Memukul (menepuk) badan rakan menggunakan

tangan sewaktu PdP.3 kali

3 Mengejek rakan sewaktu PdP berlangsung. 2 kali

4 Mengganggu rakan menyelesaikan lembaran kerja. 1 kali

Jadual 3: Pemerhatian hari ketiga

Tarikh : 19 Februari 2015 (Khamis)

Bilanga

nMasalah yang dilakukan Kekerapan

1 Menolak rakan sewaktu melakukan aktiviti. 2 kali

Jumlah kesalahan 6 kali

Jumlah kesalahan 6 kali

Page 10: Sub Tugasan Bahagian 2

2Memukul (menepuk) badan rakan menggunakan

tangan sewaktu PdP.1 kali

3 Mengejek rakan sewaktu PdP berlangsung. Tiada

4 Mengganggu rakan menyelesaikan lembaran kerja. 2 kali

Jumlah kesalahan 5 kali

Jika dilihat kembali ketiga-tiga hasil dapatan awal ini, saya dapati bahawa

murid ini sangat memerlukan perhatian yang khusus supaya tingkah laku ini tidak

diulang dengan kerap. Hal ini juga bagi memastikan sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah berlangsung dengan lancar dan tidak

mengganggu fokus murid-murid yang lain. Setelah mengenal pasti permasalahan ini,

saya telah merancang untuk melaksanakan terapi bermain bagi murid ini. Murid ini

mempunyai fokus yang tinggi apabila bermain. Hal ini dapat diperhatikan apabila

setiap kali saya melaksanakan langkah aktiviti permainan bahasa sewaktu

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dengan mengambil kira prinsip-prinsip terapi bermain yang digariskan oleh

Axline, saya sudah merangka cara-cara yang sesuai untuk merancang aktiviti di

samping menyiapkan diri untuk menerima murid ini tanpa syarat dalam

melaksanakan terapi. Saya mengambil petikan daripada Model Lima Tahap Orton

(1997) di mana proses terapi bermain mempunyai lima tahap. tahap yang pertama

memerlukan saya untuk menimbulkan rasa diterima murid implikasi daripada

hubungan erat yang terbina. Bagi tahap kedua pula seperti yang dinyatakan oleh

Orton, merupakan tahap di mana luahan perasaan yang terpendam secara katarsis

dilakukan oleh murid tersebut. Manakala tahap ketiga dan keempat pula merupakan

tahap untuk pengamal melakukan penerokaan peristiwa atau hubungan

interpersonal yang mencetuskan pemikiran dan perasaan kurang selesa murid

terbabit. Tahap yang kelima pula memerlukan pengamal terapi untuk bertindak ke

atas alternatif penyelesaian dan terus mencuba sehingga berjaya.

Sebelum saya memulakan sesi terapi, saya terlebih dahulu mencuba untuk

mengeratkan hubungan saya dengan murid ini supaya mudah untuk saya

mengendalikannya. Proses membina hubungan yang pertama ini telah dilaksanakan

minggu kedua saya mengajar iaitu pada 19 Februari, di mana merupakan tarikh

terakhir untuk saya melaksanakan pemerhatian terhadap tingkah lakunya. Saya

telah merancang 3 sesi pertemuan dengan murid ini bagi melaksanakan terapi yang

Page 11: Sub Tugasan Bahagian 2

telah dipilih iaitu terapi bermain. Tarikh-tarikh yang telah saya pilih adalah pada 2, 4

dan 9 Mac 2015. Tarikh-tarikh ini juga telah dipilih berdasarkan jurang waktu antara

sesi terapi ini diselangi dengan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya

memudahkan saya untuk melaksanakan pemerhatian secara susulan di dalam bilik

darjah.

Sewaktu ingin melaksanakan terapi ini, saya mengambil kira persediaan

untuk melaksanakan terapi bermain. Kebiasaannya, guru-guru bimbingan dan

kaunseling mempunyai bilik khas yang lengkap dengan peralatan seperti perakan

audio dan video, singki dan dulang pasir. Di samping itu, terdapat juga kelengkapan

perabot di dalam bilik terapi bermain yang lain termasuk meja dan kerusi yang kecil

untuk kanak-kanak bermain dan sebagainya. Lain pula di Sekolah Kebangsaan

Pendidikan Khas Jalan Peel, sekolah ini merupakan sekolah yang agak kecil

saiznya.

Bagi memudahkan saya untuk melaksanakan terapi bermain ini, saya telah

memilih pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk melaksanakan terapi bermain

sebanyak 3 sesi ini. Memandangkan perpustakaan ini adalah tempat yang agak

sunyi, saya kira murid dapat menumpukan perhatian dan fokusnya tidak terganggu

dengan gangguan-gangguan lain. Di dalam pusat sumber sekolah ini, didapati ada

sebuah ruang khas yang agak lapang yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk

bermain secara berseorangan. Jadi, saya telah menetapkan sepanjang 3 sesi terapi

ini, saya akan menggunakan ruangan khas tersebut untuk pelaksanaan terapi. Sesi

terapi yang telah dijalankan adalah selama 60 minit atau satu jam bagi setiap satu

sesi. Hal ini dapat memberikan sedikit ruang kepada murid tersebut untuk meneroka

lebih jauh lagi kemampuan dirinya di damping dapat menimbulkan perasaan positif

terhadap dirinya.

Bagi pemilihan media mainan, saya juga mengambil kira petikan dari buku

Bimbingan dan Kaunseling yang ditulis oleh Choong Lean Keow (2010), terdapat

beberapa kriteria media mainan yang memainkan peranan penting dalam

keberhasilan pelaksanaan terapi bermain. Media yang dipilih berkebolehan untuk

memupuk hubungan antara guru dengan kanak-kanak yang berkenaan di samping

mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak tersebut. Di samping itu,

media itu juga boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk memperoleh

Page 12: Sub Tugasan Bahagian 2

celik akal mengenai dunia kanak-kanak dan akhitnya memberikan kanak-kanak

tersebut peluang untuk menguji realiti. Seterusnya, ia juga kukuh bentuknya dan

mudah untuk dimanipulasikan oleh kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, saya telah memilih permainan menara blok kayu.

Permainan ini memerlukan murid untuk membina menara dengan setinggi yang

boleh menggunakan blok-blok kayu yang telah sedia ada. Melalui permainan ini,

murid dapat meningkatkan daya kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah

iaitu membina sebuah menara yang tinggi. Di samping bermain, murid dapat

menjana cara pemikiran secara konstruktif. Pada awalnya, saya memberikan sedikit

panduan kepadanya untuk menyelesaikan permainan tersebut. Saya juga telah

menerangkan bahawa untuk bermain, kita memerlukan peraturan dan tidak boleh

melaksanakannya secara terburu-buru. Selepas itu, saya memberikan ruang

kepadanya untuk meneroka sendiri apa yang dia perlu lakukan supaya ia berhasil

melaksanakan permainan ini.

Sepanjang terapi ini berlangsung, saya telah memberikan sedikit semangat

dan motivasi kepada murid tersebut di dalam permainan ini. Melalui pemerhatian

saya, murid ini sangat fokus dalam apa yang dia lakukan. Sepanjang tiga sesi terapi

ini, saya dapati terdapat beberapa perubahan secara berperingkat di dalam masalah

tingkah lakunya seperti kebiasaan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran

berjalan. Bagi sesi PdP pertama selepas pelaksanaan sesi pertama terapi ini, saya

dapati murid ini sudah kurang berebut dan menolak rakan-rakan sewaktu tiba aktiviti

yang melibatkan pergerakan. Namun begitu, perbuatan mengejek rakan sekelas

masih lagi dilakukannya. Diikuti dengan pemerhatian kedua setelah sesi kedua dan

ketiga sesi terapi dijalankan, terdapat peningkatan yang agak baik dari segi

pengurangan masalah tingkah lakunya di dalam bilik darjah.

Page 13: Sub Tugasan Bahagian 2

Sesi terapi telah dijalankan pada 2, 4 dan 9 Mac dan melakukan pemerhatian

susulan pada 3, 5 dan 10 Mac 2015. Berikut merupakan hasil dapatan pemerhatian

saya selepas sesi terapi dijalankan bagi ketiga-tiga sesi. Pemerhatian ini saya

catatkan sewaktu saya mengajar subjek Bahasa Malaysia bagi Tahun 3 Perdana.

Jadual 4 : Pemerhatian Susulan Pertama

Tarikh : 3 Mac 2015 (Selasa)

Bilanga

nMasalah yang dilakukan Kekerapan

1 Menolak rakan sewaktu melakukan aktiviti. 1 kali

2Memukul (menepuk) badan rakan menggunakan

tangan sewaktu PdP.Tiada

3 Mengejek rakan sewaktu PdP berlangsung. Tiada

4 Mengganggu rakan menyelesaikan lembaran kerja. 2 kali

Jumlah kesalahan 3 kali

Jadual 5 : Pemerhatian Susulan Kedua

Tarikh : 5 Mac 2015 (Khamis)

Bilanga

nMasalah yang dilakukan Kekerapan

1 Menolak rakan sewaktu melakukan aktiviti. Tiada

2Memukul (menepuk) badan rakan menggunakan

tangan sewaktu PdP.1 kali

3 Mengejek rakan sewaktu PdP berlangsung. Tiada

4 Mengganggu rakan menyelesaikan lembaran kerja. 2 kali

Page 14: Sub Tugasan Bahagian 2

Jumlah kesalahan 3 kali

Jadual 6 : Pemerhatian Susulan Ketiga

Tarikh : 10 Mac 2015 (Selasa)

Bilanga

nMasalah yang dilakukan Kekerapan

1 Menolak rakan sewaktu melakukan aktiviti. Tiada

2Memukul (menepuk) badan rakan menggunakan

tangan sewaktu PdP.1 kali

3 Mengejek rakan sewaktu PdP berlangsung. Tiada

4 Mengganggu rakan menyelesaikan lembaran kerja. 1 kali

Jumlah kesalahan 2 kali

Berdasarkan jadual yang telah disediakan, dapat saya simpulkan bahawa

terapi bermain ini sangat bagus untuk murid yang sudah sedia suka dan sentiasa

berkeinginan untuk bermain. Melalui aktiviti permainan, saya dapat simpulkan

bahawa murid ini memerlukan masa sendiri yang lebih kerap untuk difokuskan

supaya ia sentiasa ada ruang untuk membina diri dan disiplin diri sendiri di dalam

terapi bermain. Walau bagaimanapun, terapi ini juga perlu ditambah baik bagi

meningkatkan keberkesanannya. Murid tersebut menunjukkan peningkatan yang

agak baik dalam kawalan tingkah laku yang tidak diingini walaupun ia masih

melakukan beberapa kesalahan seperti memukul atau menepuk badan rakan

Page 15: Sub Tugasan Bahagian 2

menggunakan tangan sewaktu PdP dan mengganggu rakan dalam menyelesaikan

lembaran kerja.

Antara cadangan penambahbaikan bagi memastikan terapi ini untuk terus

berjaya adalah dengan meningkatkan lagi pelaksanaan terapi ini secara berkala

supaya pembinaan diri murid dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih maksimum.

Memandangkan pelaksanaan terapi ini saya lakukan dalam tempoh 2 minggu,

keberhasilan terapi ini tidak mencapai keputusan 100% kerana tempoh masa yang

dilaksanakan bagi terapi ini terlalu singkat. Dengan melaksanakan terapi bermain

secara berkala, saya yakin bahawa murid ini akan menunjukkan peningkatan dari

segi tingkah laku agak memberangsangkan.

Di samping itu, penguasaan bahasa isyarat juga adalah perlu ditingkatkan

bagi pengamal terapi ini untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran. Hal ini

demikian kerana bagi memahami apa yang mereka ingin sampaikan, hubungan

secara dua hala adalah penting untuk mengkaji dan mendalami perasaan sebenar

murid-murid bermasalah pendengaran seperti Daniel. Sewaktu menjalankan terapi

bermain ini, Daniel ada memberitahu sesuatu kepada saya mengenai sesuatu tetapi

disebabkan kelemahan saya di dalam penguasaan bahasa isyarat dan budaya

orang pekak, hal ini menyebabkan saya hilang beberapa maklumat penting yang

mungkin saya dapat selesaikan dengan hanya memahami seluruh konteks

perkongsiannya.

Seterusnya, bagi memberikan hasil yang positif terhadap keputusan terapi ini,

saya dapati keberlangsungan di dalam setiap aktiviti sesi pengajaran dan

pembelajaran adalah penting. Hal ini demikian kerana guru dapat mengenal pasti

titik masalah murid ini apabila melaksanakan PdP di dalam bilik darjah. Apabila

sudah mengenal pasti permasalahan murid ini, guru perlu cepat merancang

pelaksanaan aktiviti yang lebih baik untuk meningkatkan nilai positif yang ada pada

murid-murid. Melalui pengalaman saya, aktiviti yang kinestatik dan bersifat

permainan lebih menarik minat murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini sekali gus dapat memberikan keseronokan kepada murid dan meningkatkan

mood di dalam pembelajaran di samping mampu menjadi penyebab untuk

keberhasilan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.

Page 16: Sub Tugasan Bahagian 2

Akhir sekali, terapi bermain ini adalah bagusnya ditambah baik dari segi

kepelbagaian alat dan bahan. Hal ini membolehkan murid untuk meneroka dengan

lebih luas lagi kebolehannya. Contohnya, permainan seperti membuat binaan

dengan menggunakan logo dan sebagainya mampu untuk meningkatkan kreativiti

murid-murid di dalam menghasilkan murid yang lebih berfikiran kritis dan kreatif. Di

samping itu, murid-murid juga lebih mempelajari cara menyelesaikan masalah

secara bermain. Jadi, pentingnya terapi bermain ini apabila guru mempelbagaikan

media. Hal ini mungkin dapat meningkatkan disiplin murid melalui banyak peraturan

yang boleh dipelajari oleh murid-murid dan sekali gus pada yang akan datang,

murid-murid dapat mengawal tingkah lakunya sewaktu melakukan aktiviti bersama-

sama rakan dan tingkah laku negatif seperti berebut dan menolak rakan untuk

mendapatkan giliran di dalam permainan dapat dikurangkan atau dilenyapkan.

LAMPIRAN

Page 17: Sub Tugasan Bahagian 2

Rujukan

Choong Lean Keow. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

D. Hendersen & C. Thompson. (2010). Counseling Children. Belmont, CA: Cengage Learning.

Geraldine Leitl Orton. (1997). Strategies For Counseling With Children and Their Parents. New York: Brooks/ Cole.

K.A. Razhiyah. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar? Kuala Lumpur: PTS Professional.

Terry Kottman. (2014). Play Therapy : Basics and Beyond. Alexandria, VA: John Wiley & Sons.