Sudut Komuniti ASEAN 2015 KMM

26
  ASEAN PERPUSTAKAAN KMM Merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.  ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November. ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses pendatangan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina). Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura ), dan Thanat Khoman (Thailand). Pusat Sekretariat Jakarta, Indonesia Negara ahli 10 Penubuhan Pengisytiharan Bangkok 8 Ogos 1967 Kawasan  4,465,500 km²  ASEAN 

description

Kerangka undang-undang yang mengekodkan norma-norma, peraturan dan nilai-nilai ASEAN; dan mengesahkan perjanjian yang ditandatangani sebelum itu.Diterima pakai pada 20 November 2007.Berkuat kuasa pada 15 Disember 2008 setelah diratifikasi oleh semua negara ASEAN.

Transcript of Sudut Komuniti ASEAN 2015 KMM

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    Merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

    ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses pendatangan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina). Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).

    Pusat Sekretariat

    Jakarta, Indonesia

    Negara ahli

    10

    Penubuhan

    Pengisytiharan Bangkok

    8 Ogos 1967

    Kawasan

    4,465,500 km

    ASEAN

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    SEKRETARIAT ASEAN DI JALAN SISINGAMANGARAJA

    NO. 70A, JAKARTA SELATAN, INDONESEIA

    BENDERA 10 NEGARA ASEAN

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    PRINSIP UTAMA ASEAN

    Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara

    Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif

    atau koersion (coersion)

    Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman

    Menolak penggunaan ketenteraan

    Kerjasama efektif antara anggota

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    Untuk memastikan Piagam ASEAN pertama sah di sisi

    undang-undang, kesemua sepuluh negara anggota bersetuju

    bahawa Piagam ini harus diratifikasi sebelum Piagam ASEAN

    pada bulan Disember 2008. Piagam ini menjadi sah pada hari

    ke-30 selepas "Surat Cara Ratifikasi" kesepuluh dihantar kepada

    Setiausaha Agung ASEAN Dr. Surin Pitsuwan.

    Pada 21 Oktober, piagam ini diratifikasi sepenuhnya oleh

    semua negara anggota.

    RATIFIKASI

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    Jadual berikut memaparkan tarikh ratifikasi dan penyerahan

    "Surat Cara Ratifikasi" oleh setiap negara anggota:

    Negara Anggota Ratifikasi Kerajaan

    Penyerahan Surat Cara Ratifikasi

    Ditandatangani

    Singapura 2007-12-18 2007-01-07 Perdana Menteri

    Brunei Darussalam

    2008-01-31 2008-02-15 Sultan

    Malaysia 2008-02-14 2008-02-20 Menteri Luar

    Laos 2008-02-14 2008-02-20 Perdana Menteri

    Kemboja 2008-02-25[1] 2008-04-18 Dewan Undangan

    Kebangsaan

    Vietnam 2008-03-14 2008-03-19 Menteri Hal-Ehwal Luar

    Myanmar 2008-07-21 2008-07-21[2] Menteri Luar

    Thailand 2008-09-16[2] 2008-11-14[3] Parlimen

    Filipina 2008-10-07[4] 2008-11-12[3] Senat

    Indonesia 2008-10-21[5] 2008-11-13[3] Dewan Perwakilan

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    Piagam ASEAN berkuatkuasa setelah menerima penyerahan

    surat cara ratifikasi terakhir oleh Thailand pada Disember 2008.

    Wakil tetap Thailand di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,

    Duta Don Pramudwinai, menyimpan dokumen berkenaan bersama

    setiausaha agung ASEAN, Surin Pitsuwan, di perwakilan Thailand di

    New York pada 14 November. Beliau mengeluarkan kenyataan

    berikut, "Inilah peristiwa yang bakal diraikan oleh 570 juta

    penduduk ASEAN, iaitu setelah para pemimpin ASEAN berkumpul

    di sidang tahunan pada pertenghaan bulan Disember, Piagam

    ASEAN bakal berkuatkuasa." Beliau memaksudkan piagam ini

    berkuatkuasa selepas Sidang Kemuncak ke-14. Tambahnya, bukan

    sahaja ratifikasi piagam sepeunuhnya akan disambut, bahkan juga

    penguatkuasaan undang-undang asas baru bagi ASEAN, sebagai

    "pertubuhan berasaskan undang-undang dan rakyat yang memiliki

    keperibadian undang-undang tersendiri."

    PENGUATKUASAAN PIAGAM ASEAN

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    Pada 15 Disember 2008, para wakil negara anggota ASEAN

    bersidang di Jakarta, Indonesia untuk melancarkan Piagam yang

    ditandatangani pada bulan November 2007 ini, dengan tujuan

    menuju ke arah "komuniti seumpama Kesatuan Eropah". Piagam

    ini menjadikan ASEAN sebagai entiti sah serta bertujuan

    menghasilkan kawasan perdagangan bebas tunggal yang

    melibatkan 500 juta penduduk di rantau ini.

    Matlamat-matlamat piagam ini adalah seperti berikut:

    "Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan

    keutuhan wilayah negara-negara anggota".

    "Penyelesaian pertikaian secara aman".

    "Tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalaman

    negara anggota".

    "Hak untuk hidup tanpa gangguan dari luar".

    Bagaimanapun, diakui bahawa krisis kewangan global yang

    berlaku ketika ini menjadi ancaman kepada matlamat-matlamat

    yang dibayangkan piagam ini,[8] serta mengemukakan cadangan

    badan hak asasi manusia untuk dibincangkan di sidang kemuncak

    akan datang pada Februari 2009. Kenyataan ini mencetuskan

    pertikaian kerana badan ini tidak berkuasa mengenakan sekatan

    atau menghukum negara-negara yang mencabuli hak asasi

    rakyatnya, maka keberkesanannya adalah terhad.

    PELANCARAN PIAGAM ASEAN

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    Lagu ini dicipta oleh Ryan Cayabyab dan lirik oleh Nicanor

    G. Tiongson. Lagu ini disampaikan oleh Philippine Madrigal

    singers, Philippine Normal University Chorale, Philippine

    Women's University Chorale, A Capella Manila dan Orkestra

    Filharmonik Filipina.

    ASEAN, OH ASEAN

    OUR VOICES RISE AS ONE

    FROM LAND TO LAND FROM SEA TO SEA

    REACH OUT TO EVERYONE

    ASEAN, OH ASEAN

    LET'S LINK OUR ARMS AND STAND

    BEHOLD THE SUN HAS RISEN TO

    THE LEVEL OF OUR EYES

    BEHOLD THE SUN HAS RISEN TO

    THE LEVEL OF OUR EYES

    LAGU PERPADUAN ASEAN

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    Bendera ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik.

    Warna logo iaitu biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama bendera negara negara ASEAN.

    Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan.

    Merah bermaksud semangat dan dinamisme

    Putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran.

    Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat.

    Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN.

    BENDERA ASEAN

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    SAIZ RASMI BENDERA ASEAN

    Saiz rasmi bendera ASEAN adalah seperti berikut:

    Bendera di meja:

    10 cm x 15 cm

    Bendera di dalam bilik:

    100 cm x 150 cm

    Bendera untuk kereta:

    10 cm x 30 cm

    Bendera di padang:

    200 cm x 300 cm

    TATACARA PENGGUNAAN BENDERA ASEAN

    Bendera ini merupakan simbol kepada kesatuan negara anggota ASEAN dan sokongan terhadap prinsip prinsip ASEAN

    KEMULIAAN BENDERA Bendera mesti digunakan dengan cara yang baik dan tidak boleh

    digunakan sebagai iklan untuk propaganda politik.

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    Tulisan yang digunakan untuk perkataan ASEAN ialah helvetica

    dalam tulisan kecil dan bold.

    REKA BENTUK LOGO

    Logo ini menjadi logo rasmi ASEAN.

    Reka bentuk dan warnanya perlulah tepat. Logo ini boleh hadir

    dalam bentuk hitam putih atau berwarna.

    LOGO ASEAN

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    PENGGUNAAN LOGO OLEH SEKRETARIAT

    ASEAN

    Sekretariat ASEAN boleh menggunakan logo ini untuk perkara

    yang dikira sesuai oleh Ketua Setiausaha termasuk:

    Dipamerkan di bangunan Sekretariat dan kediaman

    Ketua Setiausaha.

    Digunakan sebagai kepala surat.

    Digunakan sebagai penutup rasmi (official seal)

    Sekretariat.

    Digunakan dalam penerbitan rasmi, buku atau

    majalah beridentitikan ASEAN.

    Digunakan sebagai tanda kepunyaan Sekretariat.

    Digunakan dalam pakaian seragam atau tanda

    identiti yang dipakai oleh anggota Sekretariat.

    Digunakan sebagai pameran ketika majlis rasmi,

    perjumpaan, mesyuarat dan pameran.

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    INDONESIA

    Ibukota : Jakarta

    Luas Wilayah : 1,904,569 km2

    Jumlah Penduduk : 251,160,124 orang

    Bahasa : Indonesia

    Mata Wang : Rupiah (IDR)

    Hari Kemerdekaan : 17 Ogos 1945

    Lagu Nasional : Indonesia Raya

    PROFIL NEGARA-NEGARA

    ANGGOTA ASEAN

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    MALAYSIA

    Ibukota : Kuala Lumpur

    Luas Wilayah : 329,847 km2

    Jumlah Penduduk : 29,628,392 orang

    Bahasa : Melayu

    Mata Wang : Ringgit (MYR)

    Hari Kemerdekaan : 31 Ogos 1957

    Lagu Nasional : Negaraku

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    THAILAND

    Ibukota : Bangkok

    Luas Wilayah : 513.120 km2

    Jumlah Penduduk : 67.448.120 orang

    Bahasa : Thai

    Mata Wang : Baht (THB)

    Hari Kemerdekaan : (tidak pernah dijajah oleh

    Negara lain)

    Lagu Nasional : Phleng Chat Thai (National

    Anthem of Thailand)

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    FILIPINA

    Ibukota : Manila

    Luas Wilayah : 300.000 km2

    Jumlah Penduduk : 105.720.644 orang

    Bahasa : Filipino (Tagalog) dan

    Inggeris

    Mata Wang : Peso (PHP)

    Hari Kemerdekaan : 12 Jun 1898 (dari Spanyol)

    Lagu Nasional : Lupang Hinirang (Chosen

    Land)

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    SINGAPURA

    Ibukota : Singapura

    Luas Wilayah : 697 km2

    Jumlah Penduduk : 5.460.302 orang

    Bahasa : Inggeris, Melayu, Mandarin

    dan Tamil

    Mata Wang : Dolar Singapura (SGD)

    Hari Kemerdekaan : 9 Ogos 1965

    (dari Persekutuan Malaysia)

    Lagu Nasional : Majulah Singapura

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    BRUNEI DARUSSALAM

    Ibukota : Bandar Seri Begawan

    Luas Wilayah : 5.765 km2

    Jumlah Penduduk : 415.717 orang Bahasa

    Rasmi : Melayu

    Mata Wang : Dolar Brunei (BND)

    Hari Kemerdekaan : 1 Januari 1984

    (dari Inggeris)

    Lagu Nasional : Allah Peliharakan Sultan

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    VIETNAM

    Ibukota : Hanoi

    Luas Wilayah : 331,210 km2

    Jumlah Penduduk : 92,477,857 orang

    Bahasa Rasmi : Vietnam

    Mata Wang : Dong (VND)

    Hari Kemerdekaan : 2 September 1945

    (dari Perancis)

    Lagu Nasional : Tien quan ca (The Song

    of the Marching

    Troops)

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    LAOS

    Ibukota : Vientiane

    Luas Wilayah : 236,800 km2

    Jumlah Penduduk : 6.695.166 orang

    Bahasa Rasmi : Lao

    Mata Wang : Kip Laos (LAK)

    Hari Kemerdekaan : 19 Julai 1949

    (dari Perancis)

    Lagu Nasional : Pheng Xat Lao (Hymn of

    the Lao People)

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    MYANMAR (BURMA)

    Ibukota : Rangoon (Yangon)

    Luas Wilayah : 676,578 km2

    Jumlah Penduduk : 55.167.330 orang

    Bahasa Rasmi : Myanmar

    Mata Wang : Kyat Myanmar (MMK)

    Hari Kemerdekaan : 4 Januari 1948

    (dari Inggeris)

    Lagu Nasional : Kaba Ma Kyei (Till the End

    of the World, Myanmar)

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    KEMBOJA

    Ibukota : Phnom Penh

    Luas Wilayah : 181.035 km2

    Jumlah Penduduk : 15.205.539 orang

    Bahasa Rasmi : Khmer

    Mata Wang : Riel Kamboja (KHR)

    Hari Kemerdekaan : 9 November 1953

    (dari Perancis)

    Lagu Nasional : Nokoreach (Royal Kingdom)

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    FUNGSI-

    FUNGSI

    KERJASAMA

    ASEAN

    Rancangan

    Pembangunan Sosial

    ASEAN

    Rancangan

    Kebudayaan dan

    Maklumat ASEAN

    Rancangan

    Persekitaran Strategik

    ASEAN

    Rancangan Kawalan

    Penyalahgunaan

    Dadah ASEAN

    FUNGSI FUNGSI KERJASAMA

    ASEAN

    Rancangan Sains

    dan Teknologi ASEAN

    Rancangan

    Memerangi Jenayah

    Antarabangsa ASEAN

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    PIAGAM ASEAN

    Penekanan terhadap kepentingan ASEAN dalam kerjasama serantau

    Hormat kepada prinsip-prinsip keutuhan wilayah, kedualatan, sikap berkecuali dan

    identiti kebangsaan Negara anggota ASEAN

    Pemupukan keamanan dan identiti seranta, penolakan pencerobohan serta

    penyelasaian pertikaian secara damai melalui dialog dan rundingan.

    Dukungan undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi manusia, keadilan

    sosial dan perdagangan berbilang hala.

    Penggalakkan penyepaduan perdagangan serantau

    Perlantikan Setiausaha Agung dan Wakil-wakil Tetap ASEAN

    Penubuhan badan hak asasi manusia dan mekanisme penyelesaian pertikaian,

    untuk diputuskan di Sidang Kemuncak ASEAN.

    Pengeratan hubungan luar dan pemerolehan kedudukan dalam PBB (seperti

    Kesatuan Eropah)

    Penambahan bilangan sidang kemuncak ASEAN ke dua kali setahun serta

    keupayaan mengadakan siding kecemasan.

    Menegaskan penggunaan bendera, lagu, jata dan bendera ASEAN pada hari

    ASEAN pada 8 Ogos.

  • ASEAN PERPUSTAKAAN KMM

    RUJUKAN

    1. "Indonesian ministers asked to follow up ASEAN summit results", Xinhua,

    November 22, 2007.

    2. "Surin welcomes Thailand's ratification of Asean charter", 16 September

    2008.

    3. http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=371962

    4. "Philippine Senate ratifies ASEAN Charter", 7 Oktober 2008.

    5. "ASEAN Secretariat: ASEAN Charter fully ratified", 21 Oktober 2008.

    6. "'Momentous' day for ASEAN as charter comes into force", Agence France-

    Presse, 2008-12-15. Dicapai pada 2008-12-16. Diarkibkan drpd. yang

    asli di 2009-0114.

    7. Lucy Williamson. "South East Asia to launch charter", BBC, 2008-12-15.

    Dicapai pada 2008-12-16.

    8. "ASEAN launches charter under shadow of crisis", Reuters, 2008-12-15.

    Dicapai pada 2008-12-16.

    9. "ASEAN charter comes into force", International Herald Tribune, 2008-12-

    15. Dicapai pada 2008-12-16. Diarkibkan drpd. yang asli di 2008-12-18.

    10. Sumber:http://www.aseansec.org/about_ASEAN.html

    11. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_ASEAN

    12. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_ASEAN

    13. http://ilmupengetahuanumum.com/profil-10-negara-anggota-asean/

    14. http://ms.wikipedia.org/wiki/Logo_ASEAN