Sukan Dapat Mengeratkan Lagi Masyarakat Dalam Konsep 1 Malaysia

6
Sukan dapat mengeratkan lagi masyarakat dalam konsep 1 malaysia “Konsep ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara penduduk di sini tetapi mengeratkan lagi perpaduan di antara satu sama lain, “ Melihat kepada kerjasama yang baik daripada semua persatuan penduduk di sini membuktikan bahawa konsep 1Malaysia mula diamalkan,“ katanya. aya percaya cadangan yang baik ni tentu kerajaan akan segera buat kajian, sebab kita perati semangat kerjasama dan perpaduan antara rakyat dah makin longgaq. Kita mesti segera mulakan gerakan untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum ni sejak dibangku sekolah lagi, bagi memastikan hasrat untuk membina sebuah negara bangsa yang gemilang dapat kita capai dengan jayanya. Jadi…, apa tunggu lagi, ayuh kita mulakan gerakan ini demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Hidup 1Malaysia..!. TIDAK dapat disangkal lagi bahawa sukan memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan tubuh yang paling berkesan. Tetapi fungsinya kini sudah jauh ke hadapan. Ia kini telah menjadi aset bagi sesebuah negara dalam mempelopori kemasyhuran. Ini terbukti dengan tanggapan spontan jika seseorang itu ditanyakan soalan seperti, siapakah kuasa bola sepak dunia? Negara manakah yang mengungguli sukan bola keranjang, tenis, hoki, badminton atau sebagainya. Ternyata sukan dapat membantu negara mengharumkan namanya di peringkat persada dunia. Malaysia juga kini lebih dikenali kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, skuasy dan hoki serta beberapa lagi jenis sukan. Dari segi ekonomi, sukan juga telah membuka satu lagi hubungan erat di antara sukan, media dan syarikat pengiklanan. Ini amat baik dari segi pertumbuhan ekonomi negara. Syarikat-syarikat televisyen berlumba- lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang berlumba-lumba untuk menjadi penaja utama. Bagi negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum seperti Malaysia,

description

Sukan Dapat Mengeratkan Lagi Masyarakat Dalam Konsep 1 Malaysia

Transcript of Sukan Dapat Mengeratkan Lagi Masyarakat Dalam Konsep 1 Malaysia

Sukan dapat mengeratkan lagi masyarakat dalam konsep 1 malaysiaKonsep ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara penduduk di sini tetapi mengeratkan lagi perpaduan di antara satu sama lain, Melihat kepada kerjasama yang baik daripada semua persatuan penduduk di sini membuktikan bahawa konsep 1Malaysia mula diamalkan, katanya.aya percaya cadangan yang baik ni tentu kerajaan akan segera buat kajian, sebab kita perati semangat kerjasama dan perpaduan antara rakyat dah makin longgaq. Kita mesti segera mulakan gerakan untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum ni sejak dibangku sekolah lagi, bagi memastikan hasrat untuk membina sebuah negara bangsa yang gemilang dapat kita capai dengan jayanya.Jadi, apa tunggu lagi, ayuh kita mulakan gerakan ini demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Hidup 1Malaysia..!.TIDAK dapat disangkal lagi bahawa sukan memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan tubuh yang paling berkesan. Tetapi fungsinya kini sudah jauh ke hadapan. Ia kini telah menjadi aset bagi sesebuah negara dalam mempelopori kemasyhuran.Ini terbukti dengan tanggapan spontan jika seseorang itu ditanyakan soalan seperti, siapakah kuasa bola sepak dunia? Negara manakah yang mengungguli sukan bola keranjang, tenis, hoki, badminton atau sebagainya.Ternyata sukan dapat membantu negara mengharumkan namanya di peringkat persada dunia. Malaysia juga kini lebih dikenali kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, skuasy dan hoki serta beberapa lagi jenis sukan.Dari segi ekonomi, sukan juga telah membuka satu lagi hubungan erat di antara sukan, media dan syarikat pengiklanan.Ini amat baik dari segi pertumbuhan ekonomi negara. Syarikat-syarikat televisyen berlumba- lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang berlumba-lumba untuk menjadi penaja utama.Bagi negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat mengintegrasikan atau menyatupadukan masyarakat.Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik menyediakan peluang untuk mereka senantiasa bekerjasama, saling memahami dan menyemai konsep saling perlu memerlukan di antara satu dengan yang lain.Ini dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat sesama mereka sekali gus mengeratkan lagi perpaduan dan mengikis aspek negatif ke arah keharmonian negara.Jalinan politik antara negara juga dapat dikukuhkan dengan penganjuran pelbagai temasya sukan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan SEA dan tak kurang juga temasya sukan di peringkat kebangsaan seperti Sukma yang telah pun berakhir beberapa bulan yang lalu. Jalinan dua hala dapat dibentuk dengan semangat sukan yang jitu.Soal menang atau kalah bukanlah perkara yang menjadi tumpuan tetapi cuba kita selongkar kebaikan yang diperoleh daripada penyertaan sukan berkenaan.Tetapi mungkin ada yang kurang bersetuju kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa kemenangan adalah menjadi keutamaan dan penentu kejayaan sesuatu acara sukan.Bagaimanapun kita juga tidak dapat lari daripada pendapat yang mengatakan bahawa biarlah kalah dalam pertandingan asalkan kita menang dalam pembangunan politik, ekonomi dan sosial.SoalanPenganjuran sukan merupakan suatu peluang yang diharap-harapkan oleh sesebuah negara termasuk negara kita. Banyak negara bersaing untuk mendapatkan hak tersebut lantaran manfaat yang boleh dijangkakan. Bincangkan penyataan ini

PenganjuranKita seharusnya bersyukur kerana negeri ini sentiasa dianugerahi dengan keamanan, seperti yang telah kita kecapi pada hari ini sehingga membolehkan kita menikmati kehidupan dalam suasana yang harmoni dan sejahtera. Selain itu kita juga dapat merancang dan menentukan hala tuju pembangunan negara mengikut kemahuan dan citarasa kita sendiri. Persefahaman dan kerjasama antara kaum di negeri ini khususnya dan Malaysia amnya adalah amat penting dalam mengekalkan keharmonian di negeri ini demi mencapai serta merealisasikan impian kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Pada hari yang sungguh bermakna ini, sekali lagi pada tahun ini kita dapat berkumpul dan bersama-sama untuk memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Pameran dan Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Tahun 2008. Saya percaya, perayaan ini bukan sahaja dirayakan oleh masyarakat di kalangan etnik KadazanDusun dan Murut bahkan juga mendapat sambutan daripada segenap lapisan masyarakat di negeri ini. Justeru, perayaan sebegini telah memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat di negeri ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim, melahirkan semangat kerjasama, perpaduan dan kesejahteraan hidup demi mewujudkan negara yang aman dan damai.Saya berasa amat bangga disebabkan penonjolan identiti kebudayaan melalui Pameran dan Sukan Tradisi telah dititikberatkan dalam Pesta Kaamatan ini. Ini merupakan satu usaha yang murni yang memerlukan sokongan dan penglibatan semua pihak. Negara kita amat kaya dengan aktiviti sukan dan rekreasi warisan sejak dahulu lagi. Keunikan sukan tradisional yang kita miliki ini sewajarnya dipelihara dan dipromosikan bagi memastikannya tidak hilang ditelan zaman. Banyak sukan tradisional yang perlu digiatkan kembali dan penganjuran aktiviti sukan tersebut secara hakikatnya tidak memerlukan kos yang banyak. Oleh yang demikian, saya menyeru agar agensi-agensi kerajaan yang berkaitan serta penggerak sukan dan rekreasi di negeri ini khususnya badan-badan sukan dapat menghidupkan kembali serta memajukan sukan tradisional. Dengan ini, dapatlah kita menyemarakkan nilai-nilai dan keunikan sukan ini serta dapat mengekalkan pula warisan budaya kita daripada ditenggelami arus kebangkitan nilai-nilai moden. Saya yakin, sukan dan rekreasi tradisional kita dapat diketengahkan hingga ke peringkat antarabangsa sekiranya usaha promosi yang terancang dan sistematik dapat dilakukan. Dalam konteks ini, saya sekali lagi menyeru kepada semua masyarakat di negeri ini agar sama-sama berusaha supaya Sukan Tradisi kembali mendapat sambutan di kalangan generasi muda. Keunikan yang dimiliki oleh Malaysia yang kaya dengan warisan budaya, tradisi dan kepercayaan merupakan aset penting kepada negara. Pada hakikatnya, negara kita menjadi negara yang dihormati dan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat antarabangsa kerana keupayaan Malaysia mentadbir dan mengurus rakyat yang berbilang kaum dan kepercayaan dalam suasana aman dan harmoni. Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha dan kerjasama semua pihak melalui semangat perpaduan, hormat-menghormati dan sikap bertoleransi dalam kalangan masyarakat negara ini. Selain itu, kesetabilan politik negara ini juga telah meyakinkan para pelabur dan para pelancong luar negara untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama mereka. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan begitu komited dan telah melipatgandakan usaha supaya perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi pada hari ini mampu dipertahankan selamanya. Sememangnya tidak dinafikan bahawa ada cubaan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk berusaha memecahbelahkan atau menghancurkan keharmonian yang kita miliki. Walau bagaimanapun saya penuh yakin bahawa rakyat Sabah sudah cukup matang malahan boleh berfikir secara rasional untuk menilai yang mana intan atau permata.Usaha berterusan Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Persekutuan dalam meningakatkan lagi kesejahteraan rakyat di negeri ini melalui Koridor Pembangunan Sabah merupakan satu lagi pendekatan baru ke arah menjana pembangunan ekonomi di negeri ini, yang akan dinikmati oleh semua rakyat Sabah. Pelan koridor tersebut telah dibentuk dengan mengambil kira budaya, keharmonian dan kesefahaman yang wujud dalam kalangan masyarakat di negeri ini, di samping menyeimbangkan perpaduan wilayah negeri ini. Pelaksanaan koridor ini akan menjadi pemangkin kepada sosioekonomi masyarakat setempat yang akan membantu meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat. Ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan akan menyumbang ke arah suasana hidup yang aman dan harmoni.Sektor pertanian merupakan salah satu intipati penting program di bawah pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah yang akan memberi manfaat kepada para petani untuk menikmati unjuran peningkatan pembangunan ekonomi. Oleh itu, para petani memainkan peranan penting untuk turut serta menjayakan program ini khususnya dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan. Dalam hubungan ini, perayaan Pesta Kaamatan seharusnya dijadikan suntikan semangat kepada semua lapisan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar bagi menyahut cabaran ini terutama dalam konteks melipatgandakan usaha untuk mejayakan program pembangunan sektor pertanian. Saya percaya sekiranya perkara ini diusahakan dengan bersungguh-sungguh sektor pertanian berupaya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negeri dan negara.

PenajaOrganisasi yang terlibatSaya selaku Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan sangat berharap pada komitmen persatuan persatuan sukan dalam memastikan pembangunan sukan diperingkat akar umbi dapat dilaksanakan, khususnya diperingkat persatuan untuk membolehkan majlis-majlis sukan diperingkat Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dapat mengenalpasti atlet yang terbaik bagi mewakili Wilayah Persekutuan dalam kejohanan kebangsaan. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan yang berfungsi sebagai badan induk kepada ketiga- tiga wilayah akan bertindak selaku katalis danpemacu kepada pembangunan sukan diseluruh Wilayah Persekutuan. Ini termasuklah memastikan peruntukan secukupnya dapa disalurkan kepada ketiga-tiga majlis sukan baik di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya untuk memperkasakan program-program sukan d ketiga-tiga wilayah tersebut. Harapan kitra ialah menerusi program-program berkenaan, kita akan dapat menjana atlet yang berkualiti dan boleh membanggakan Wilayah Persekutuan di peringkat kebangsaan; dan Malaysia pada suatu hari nanti diperingkat antarabangsa. Pada mesyuarat tadi, kami turut membincangkan semua jenis bentuk program samada sukan berprestasi tinggi, sukan-sukan minoriti seperti sukan untuk wanita, sukanPengiklanan