Sukaneka Prasekolah SK Seri 1Sekamat

7
Sukaneka Prasekolah SK Seri Sekamat Sukaneka Praasekolah Seri Sekamat telah dilaksanakan pada 3 Mei 2015 di padang SK Seri Sekamat, Sukan Kumpulan yang terlibat dalam aktiviti sukan ini merupakan 2 kelas prasekolah iaitu Prasekolah Wibawa dan Prasekolah Karisma, seramai 50 orang dan termasuk ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Sukaneka prasekolah merupakan salah satu program di bawah bidang kokurikulum sekolah. Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan yang perlu diadakan pada setiap tengah tahun di mana aktiviti merupakan aktiviti yang melibatkan guru, kanak-kanak prasekolah dan ibu bapa mereka. Sukan yang dipertandingkan adalah seperti acara sukaneka seperti Tarik tali, sepak raga bulat dan lain-lain yang melibatkan semua murid prasekolah dan ibu bapa mereka. Sukaneka ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan di kalangan guru dan ibu bapa mereka. Kebaikan Sukaneka Prasekolahn SK Seri Sekamat Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Ibu bapa yang bekerja sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak- kanak, remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan

description

1

Transcript of Sukaneka Prasekolah SK Seri 1Sekamat

Page 1: Sukaneka Prasekolah SK Seri 1Sekamat

Sukaneka Prasekolah SK Seri Sekamat

Sukaneka Praasekolah Seri Sekamat telah dilaksanakan pada 3 Mei 2015 di

padang SK Seri Sekamat, Sukan Kumpulan yang terlibat dalam aktiviti sukan ini

merupakan 2 kelas prasekolah iaitu Prasekolah Wibawa dan Prasekolah Karisma,

seramai 50 orang dan termasuk ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Sukaneka

prasekolah merupakan salah satu program di bawah bidang kokurikulum sekolah. Ia

merupakan salah satu aktiviti tahunan yang perlu diadakan pada setiap tengah tahun di

mana aktiviti merupakan aktiviti yang melibatkan guru, kanak-kanak prasekolah dan ibu

bapa mereka. Sukan yang dipertandingkan adalah seperti acara sukaneka seperti Tarik

tali, sepak raga bulat dan lain-lain yang melibatkan semua murid prasekolah dan ibu

bapa mereka. Sukaneka ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan di kalangan

guru dan ibu bapa mereka.

Kebaikan Sukaneka Prasekolahn SK Seri Sekamat

Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu

mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak

menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Ibu bapa yang bekerja sering kali

terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut.

Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal

dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa dalam

pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Penglibatan

masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan

meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan

perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan

jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh

badan.

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam usaha melahirkan

pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, emosi, jasmani dan intelek,

Sukaneka yang dijalankan dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang

dari semua segi tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002), sukan

merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia

menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan

mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa

Page 2: Sukaneka Prasekolah SK Seri 1Sekamat

pembelajaran di bilik darjah. Pengalaman menjalankan aktiviti sukaneka akan

meluaskan daya fikir dan pengetahuan murid serta melahirkan kematangan fizikal,

intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni. Melalui kefahaman yang jelas terhadap

konsep kokurikulum, adalah diharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan ke dalam

kegiatan kokurikulum.

Keberkesanan Sukaneka SK Seri Sekamat

Sukaneka yang dijalankan oleh 2 buah prasekolah ini memberi kesan yang

mendalam kepada ibu bapa yang melibatkan diri dalam aktiviti ini. Sukaneka dapat

melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meriah kemenangan. Sifat bersatu

padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan. Lantaran itu, acara

yang melibatkan ibu bapa dan anak mereka dapat memupuk sikap kerjasama bagi ibu

bapa dan anak mereka semasa bertanding untuk acara sukaneka yang juga dapat

mengeratkan hubungan yang erat antara mereka dan dapat melahirkan sebuah pasukan

yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di

samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, hubungan antara guru

dan ibu bapa dapat dirapatkan secara tidak langsung.

Untuk menjalankan sukaneka ini memerlukan tenaga kerja yang banyak. Oleh

itu, terdapat beberapa ibu bapa yang bersukarela untuk melibatkan diri dalam aktiviti

sukaneka seperti menjadi pengadil, membantu guru menyediakan bahan dan

menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Hal ini telah memudahkan dan melancarkan

perjalanan sukaneka tersebut. Dengan ini, Secara tidak langsung ibu bapa dapat

melibatkan diri dalam prasekolah dengan aktif.

Aktiviti gotong-royong Prasekolah Karisma

Program Gotong-royong Prasekolah Karisma 2015 dijalankan bertempat di SK

Seri Sekamat dan melibatkan semua guru-guru, ibu bapa dan murid-murid prasekolah.

Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan dan keindahan kawasan

sekolah supayaianya terus menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa untuk murid-

muridmenjalankan pelbagai aktiviti.

Page 3: Sukaneka Prasekolah SK Seri 1Sekamat

Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru-guru

danibubapa selain meluaskan penglibatan ibu bapa dalam kegiatan sekolah.

Melaluinya,guru-guru dan ibu bapa akan lebih prihatin mengenai tanggungjawab dan

peranan masing-masing untuk membantu prasekolah mencapai kecemerlangan. Murid-

murid yang terlibat juga mendapat manfaat daripada program ini melalui peningkatan

kesedaran mereka terhadap kebersihan dan keceriaan. Murid-murid akan lebih prihatin

dan bermotivasi untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah.

Kebaikan Aktiviti Gotong-royong Prasekolah Karisma

Dengan menjalankan amalan bergotong–royong di kawasan prasekolah, kita

dapat memperindah kawasan prasekolah dan memastikan persekitaran prasekolah

sentiasa dalam keadaan yang bersih. Apabila kawasan prasekolah sentiasa bersih dan

indah, murid-murid akan berselera dan bermotivasi untuk belajar dan lebih berminat

untuk datang ke sekolah. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong–royong,

kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan

mewujudkan masyarakat yang bekerjasama.

Aktiviti gotong-royong dapat menanamkan sikap bekerjasama dan mewujudkan

perpaduan di kalangan guru, murid dan ibu bapa. Semasa menjalankan aktiviti, mereka

akan saling kenal mengenali antara satu sama lain. Melalui kegiatan bergotong-royong,

guru dan ibu bapa akan lebih dapat mempercayai antara satu sama lain dan

menghormati sesama diri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur

dengan tebing untuk menjayakan pembelajaran murid-murid.

Keberkesanan Aktiviti Gotong-royong Prasekolah Karisma

Selain itu, Aktiviti gotong-royong ini juga memberi peluang kepada ibu bapa

untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak

belajar. Ibu bapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan

pekerja untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta

perasaan seronok untuk hadir ke prasekolah demi menimba ilmu baik. Maka, guru dan

ibu bapa juga boleh berkongsi idea dan pandangan mereka tentang cara menceriakan

kawasan prasekolah. Dalam sesi perbualan dan perkongsian idea ini, hubungan antara

Page 4: Sukaneka Prasekolah SK Seri 1Sekamat

guru dan ibu bapa dapat dijalinkan. sekiranya amalan ini diteruskan akan dapat

melahirkan suasana prasekolah yang mesra dan kondusif.

Amalan gotong-royong merupakan pembelajaran secara tidak formal di

prasekolah. Semasa menjalankan aktiviti gotong-royong, ibu bapa dapat memberi

tunjuk ajar kepada anak-anak mereka tentang cara membersihkan kawasan prasekolah.

Sebagai contoh, cara untuk menyapu sampah, membersihkan longkang atau cara

menanam pokok. Secara tidak langsung, amalan ini boleh melahirkan rasa hormat-

menghormati antara satu sama lain.

Hari Terbuka Murid Prasekolah

Hari terbuka murid prasekolah ini dijalankan oleh prasekolah Karisma yang

bertempat di kelas Karisma dan melibatkan semja guru, ibu bapa dan murid-murid

prasekolah. Tujuan terbuka ini diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada ibu

bapa tentang tahap perkembangan dan pencapaian anak mereka di prasekolah.

Sekiranya terdapat masalah yang dihadapi oleh murid prasekolah, guru boleh

mengambil kesempatan untuk berbincang dengan ibu bapa untuk memikirkan tindakan

susulan untuk mengatasinya.

Kebaikan Hari terbuka Murid Prasekolah

Program yang antara lain bermatlamat untuk memaklumkan kekuatan dan

kelemahan pelajar kepada ibu bapa serta bersama-sama bertindak progresif untuk

memajukan potensi diri pelajar bagi mencapai tahap cemerlang serta menyediakan diri

pelajar yang berpotensi untuk lulus cemerlang ke arah persediaan lebih kompetitif ini.

Ibu bapa dan penjaga juga boleh memanafaatkan saat tersebut untuk meluahkan

rasa, pendapat, harapan dan mengambil tahu keadaan pembelajaraan anak-anak

mereka di sekolah. Mereka boleh berbincang cara yang bersesuaian untuk

perkembangan dan pengukuhan anak-anak dalam perjuangan menimba ilmu

pengetahuan. Dari sudut murid itu sendiri, hari terbuka sekolah boleh menjadi satu

wadah untuk mereka melangkah lebih maju dalam pelajaran, dengan wujudnya interaksi

antara dua pihak yang akan mencorak perjalanan masa depan mereka.

Keberkesanan Hari terbuka Murid Prasekolah

Page 5: Sukaneka Prasekolah SK Seri 1Sekamat

AKtiviti hari terbuka ini dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang

tahap pembelajaran dan perkembangan anak mereka di prasekolah. Ibu bapa dapat

memahami masalah pembelajaran anak mereka di kelas. Guru dan ibu bapa boleh

berbincang tentang punca masalah tingkah laku yang berlaku di kelas. Mungkin punca

tingkah laku negatif tersebut berpunca dari sikap ibu bapa yang lenggang. Dengan ini,

ibu bapa dan guru akan bersama memikirkan langkah untuk mengatasi masalah tingkah

laku demi kebaikan anak mereka. Melalui perbincangan dan komunikasi antara ibu bapa

dan guru, ini membuktikan bahawa ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam program

yang dilaksanakan oleh prasekolah.

Selain itu, ibu bapa boleh mengluahkan perasaan mereka atau masalah yang

dihadapi oleh keluarga tersebut seperti kekurangan duit, masalah menghantar anak

pergi sekolah dan lain-lain. Dengan ini, guru akan berbincang dengan ibu bapa untuk

mencari cara untuk mengatasi masalah keluarga. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh

ibu bapa lain yang tinggal dekat dengan mereka dan menghantar anak mereka pergi ke

sekolah. Dengan ini, hari terbuka murid prasekolah ini memberikan kesan yang

mendalam kepada ibu bapa untuk menyertai program yang dijalankan dan dapat

meminta bantuan dari sekolah untuk mengatasi masalah keluarga yang menggangu

anak mereka untuk datang ke sekolah.