sukaneka sktr 2014
-
Upload
nur-hafizah-yahya -
Category
Documents
-
view
364 -
download
3
description
Transcript of sukaneka sktr 2014
-
fb:koleksibbm
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH
KERTAS KERJA SUKANEKA
TAHUN 2
____________________________________________________________________________
DISEDIAKAN OLEH :
EN. MUHAMMAD ZUBIR BIN OTHMAN
-
2
1.0 TAJUK
Sukaneka.
Permainan :
1) isi air dalam botol
2) bawa bola menggunakan gelung rotan
3) cari gula-gula dalam tepung
4) lari dalam guni
5) tiup belon sampai pecah
2.0 PENGENALAN
Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh
kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang.
Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani
bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek adalah
menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang
baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para
peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan,
daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat
jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan
pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu
pertandingan seperti ini.
-
3
3.0 MATLAMAT
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti
permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif
dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu,
sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif
dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.
4.0 OBJEKTIF
1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui
aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.
6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam
penghasilan kertas kerja.
8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi,
memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan
dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.
5.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh :
Masa :
-
4
6.0 TEMPAT
7.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tahap Satu ( TAHUN 2 )
8.0 BILANGAN PESERTA
____ orang peserta ( ___ orang lelaki, ___ orang perempuan )
9.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi :
Naib pengerusi :
Setiausaha :
Naib setiausaha :
Bendahari :
10.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
10.1 Pembahagian kumpulan
Kumpulan A :
Kumpulan B :
Kumpulan C :
Kumpulan D :
*(Rujuk Lampiran 1)
-
5
10.2 Senarai Alatan
Alatan Kuantiti
Air
Baldi
Botol
Bola
Gelung rotan
skitel
Pinggan
Gula-gula
Tepung
Guni
Belon
10.3 Prosedur Pelaksanaan Permainan
BIL. ACARA PROSEDUR
1. Isi air dalam botol Alatan :
- air - baldi - botol
Prosedur Peserta bagi setiap kumpulan akan bergilir-gilir untuk mengisi air di dalam botol. Air yang terdapat di dalam baldi hendaklah diambil menggunakan tangan dan diisi di dalam botol yang disediakan. Kumpulan yang berjaya mengisi air dengan penuh terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.
2. Bawa bola menggunakan gelung rotan Alatan :
- bola - gelung rotan - Skitel
Prosedur Peserta akan membawa bola dengan cara menarik bola menggunakan gelung rotan menuju ke arah skitel yang disediakan iaitu sejauh 5 meter. Peserta perlu mengelilingi skitel dan bergerak semula ke tempat permulaan. Permainan akan diteruskan oleh peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut. Kumpulan yang tamat melakukan permainan
-
6
terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.
3. Cari gula-gula dalam tepung Alatan :
- pinggan - gula-gula - tepung
Prosedur Peserta perlu meniup tepung hingga menjumpai gula-gula yang terdapat di dalam pinggan berisi tepung. Peserta perlu mengambil gula-gula tersebut dengan menggunakan mulut dan memasukkan gula-gula tersebut di dalam pinggan berasingan yang disediakan. Peserta perlu melakukan permainan ini secara bergilir-gilir dengan ahli kumpulan masing-masing. Gula-gula yang terdapat di dalam pinggan berisi tepung itu adalah sebanyak 10biji. Kumpulan yang berjaya mencari kesemua gula-gula dan memindahkan ke dalam pinggan berasingan terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.
4. Lari dalam guni Alatan :
- guni
Prosedur Peserta perlu berlari dalam guni sejauh 5 meter dan mengelilingi skitel yang disediakan serta bergerak semula ke tempat permulaan. Permainan diteruskan oleh peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut. Setiap ahli dalam setiap kumpulan perlu melakukan permainan ini. Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan dalam masa yang terpantas akan dikira sebagai pemenang.
5. Tiup belon sampai pecah Alatan :
- belon
Prosedur Peserta perlu meniup belon sehingga pecah. Setiap peserta di dalam setiap kumpulan perlu meniup sebiji belon hingga pecah. Peserta akan bergilir-gilir melakukan permainan hingga tamat. Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan dalam masa yang paling pantas akan dikira sebagai pemenang.
-
7
*(Rujuk lampiran 2)
10.4 Pelan Kedudukan Perlaksanaan Permainan Sukaneka
Permainan 1 : Isi air dalam botol MULA TAMAT TAMAT
X X X X
X X X X
X X X X peserta X X X X
X X X X
Arah larian
botol
baldi berisi air
-
8
Permainan 2 : Bawa Bola Menggunakan Gelung Rotan MULA/TAMAT
X X X X X X X X X X X X peserta
X X X X X X X X Gelung rotan dan bola
5meter
skitel
-
9
3) Permainan 3 : Cari Gula-gula Dalam Tepung
MULA
arah larian
peserta
XX XX XX XX
PINGGAN KOSONG PINGGAN BERISI GULA-GULA
TAMAT
-
10
Permainan 4 : Lari Dalam Guni
XXXXX XXXXX XXXXX XXXXX XXXXX GUNI PESERTA
SKITEL
-
11
Permainan 5 : Tiup Belon Sampai Pecah
X X X X
X X X X
X X X X
X X X X
X X X X Peserta
belon
-
12
10.5 Langkah-Langkah Perlaksanaan Permainan Sukaneka.
10.5.1 Sebelum memulakan permainan, pastikan segala peralatan dan kawasan
permainan telah siap sedia untuk digunakan.
10.5.2 Kumpulkan para peserta yang terlibat dengan sukaneka ini.
10.5.3 Bahagikan para peserta kepada empat kumpulan iaitu pasukan A, pasukan
B, pasukan C dan pasukan D.
10.5.4 Terangkan cara melaksanakan setiap aktiviti dalam sukaneka ini.
10.5.5 Berikan penerangan kepada semua pasukan mengenai peraturan dan
syarat-syarat permainan yang dijalankan.
10.5.6 Ingatkan peserta tentang langkah-langkah keselamatan dan kaedah yang
sepatutnya digunakan dalam setiap aktiviti dalam sukaneka ini.
10.6 Peraturan Am Permainan
10.6.1 Bilangan pemain adalah seramai ___ orang bagi setiap pasukan.
10.6.2 Syarat-syarat bagi setiap permainan adalah seperti yang tertakluk dalam
prosedur pelaksanaan permainan yang disediakan oleh penganjur.
10.6.3 Sekiranya didapati terdapat penyelewengan dalam permainan, kumpulan
tersebut akan disingkirkan dari permainan.
10.6.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
-
13
10.7 Anggaran Perbelanjaan
Perkara Harga / Unit (RM) Jumlah (RM)
1 Alatan
- RM
2 Hadiah Tempat pertama - RM __ Tempat kedua - RM __ Tempat ketiga - RM __
RM _____
JUMLAH RM
-
14
10.0 RUMUSAN
Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang
baru kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat
melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini
dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat
membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia
juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai bakal guru pula, apa yang penting,
melalui pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar mengenai pengurusan,
pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini
sedikit sebanyak dapat memudahkan tanggungjawab kami apabila bergelar guru
kelak. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan
kepada para peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping
meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-
masing.
Disediakan Oleh, .. (EN. MUHAMMAD ZUBIR BIN OTHMAN)
Guru Tahun 2
SK Taman Ria
Disemak Oleh,
.. (EN. DARUL SAMRI BIN DANIYAN)
Penolong Kanan Petang
SK Taman Ria
Disahkan Oleh,
.. (PN. NORAL AISYAH)
Guru Besar,
SK Taman Ria
-
15
Lampiran 1
KUMPULAN A
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.
KUMPULAN B
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.
KUMPULAN C
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.
-
16
KUMPULAN D
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.
-
17
Lampiran 2
BORANG PEMARKAHAN NAMA KUMPULAN : ..
NAMA PESERTA MASA MARKAH
Tarikh : . ..
(Pencatat) (Pengadil)
-
18
KEPUTUSAN RASMI
TEMPAT KUMPULAN MASA MARKAH KESELURUHAN