Sukatan Kursus Etika Kerja 2015

13
Kursus Etika Kerja Positif HRDF S.B.L Scheme Kursus Etika Kerja Positi f Pengenalan Kursus dua hari untuk membantu ahli pasukan Memupuk budaya kerja yang sihat dan dinamik Meningkatkan semangat berpasukan Meningkatkan daya produktiviti dan prestasi syarikat 1

description

Memperkenalkan modul sukatan etika kerja untuk kakitangan syarikat dan sektor awamPenceramah : Hilter Yew

Transcript of Sukatan Kursus Etika Kerja 2015

Kem Orientasi Bahasa Intensif

Kursus Etika Kerja Positif

HRDF S.B.L Scheme

Kursus Etika Kerja Positif Pengenalan Kursus dua hari untuk membantu ahli pasukan

Memupuk budaya kerja yang sihat dan dinamik Meningkatkan semangat berpasukan Meningkatkan daya produktiviti dan prestasi syarikatKursus Etika Kerja PositifKe Arah Budaya Pasukan Yang Cemerlang PengenalanMenurut statistik perniagaan IDM, lebih dari 80% pihak pengurusan atasan syarikat menghadapi masalah sikap pekerja. Secara puratanya, hanyalah 20% pekerja yang menunjukkan prestasi yang memuaskan. Yang menyedihkan, perkembangan syarikat terpaksa diperlahankan kerana kegagalan ahli pasukan menyahut cabaran kemajuan. Ini menyebabkan syarikat tidak dapat menyempurnakan misi dan matlamat organisasi sehingga perlu memperlahankan rentak perkembangan. Akibatnya, pihak atasan juga perlu memperuntukkan masa dan wang untuk menyelesaikan masalah yang timbul dari pekerja, ini secara terus menggugat produktiviti dan prestasi syarikat. Di samping itu, sikap pekerja yang negatif juga akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pelanggan. Ini pasti akan merosakkan imej syarikat dan menurunkan daya pemasaran. Dengan membetulkan sikap pekerja, sudah pasti dapat mengurangkan tekanan syarikat. Matlamat KursusSikap (Attitude) adalah sejenis parasit minda. Mengubah sikap merupakan asas kepada perspektif nasib seseorang. Tetapi, proses mengubah sikap bukannya sesuatu yang mudah. Ini kerana ulangan perlakuan yang berpuluh tahun telah menjadikannya sejenis tabiat diri yang berakar umbi dalam hidup seseorang. Bagaimana mengubah sikap dan menanam sikap yang positif adalah tunjang utama program ini. Yang lebih penting, bagaimana membantu peserta menghayati sikap baru sehingga menjadi suatu amalan harian. Melalaui pendekatan kursus yang bersiri, pekerja akan dapat pendedahan berterusan untuk membina sikap diri yang positif. Cabaran kursusMasalah pekerja adalah cabaran kursus. Usaha membina dan menyelaras sikap ahli pasukan pasti dapat meningkatkan budaya pasukan yang cemerlang . Cabaran Kemajuan Organisasi: Setiap organisasi mempunyai cabaran yang tersendiri. Khasnya jika organisasi sedang giat membina wawasan dan ahli pasukan perlu menyesuaikan diri dengan rentak perkembangan yang pesat. Semua cabaran ini akan dibentangkan dan diselesaikan dalam program ini.

30 cabaran yang dihadapi oleh kaki tangan dan pasukan pengurusan organisasi ialah :

1. Ahli pasukan tidak sedia memikul tugasan baru yang lebih mencabar

2. Ahli pasukan mempunyai berbagai masalah peribadi dan mengganggu perkembangan syarikat

3. Ahli pasukan tidak mempunyai sikap yang diperlukan dalam arena baru organisasi

4. Ahli pasukan terlalu menuntut ganjaran tidak sudi berkorban masa dan tenaga sebelum syarikat mencapai status yang stabil

5. Ahli pasukan tidak ada pendirian dan mudah terpedaya oleh individu bermasalah yang lain

6. Ahli pasukan diingat berulang kali tetapi masih gagal membetulkan kesilapan

7. Ahli pasukan tidak sedia menghormati keputusan organisasi

8. Ahli pasukan membina benteng kemajuan dan menganggap setiap usaha syarikat sebagai ugutan dalam hidup mereka

9. Ahli pasukan melihat kemajuan syarikat sebagai suatu yang merugikan diri kerana hanya membantu majikan menjadi kaya sahaja

10. Ahli pasukan tidak menyedari denai kerjaya (career path) dirinya dan terus mengekal status-kuonya.

11. Ahli pasukan tidak sedia memikul peranan yang lebih besar biar pun peluang kenaikan pangkat dan gaji ditawarkan.

12. Ahli pasukan mempunyai persepsi negatif terhadap usaha murni syarikat

13. Ahli pasukan sering menimbulkan berita negatif yang boleh mengancam budaya dan kesejahteraan organisasi.

14. Ahli pasukan terlalu mengikut masa kerja (undang-undang buruh) sehingga mereka gagal menawar lebih dari apa yang mereka mampu

15. Ahli pasukan merasa cemburu dan tidak senang hati bila melihat orang-orang baru yang lebih berpotensi masuk.

16. Ahli pasukan tidak sudi mengembangkan bakat dan kemahiran lebih dari apa yang dirinya lakukan sekarang.

17. Ahli pasukan tidak mempunyai sikap kerja yang baik dan sering melanggar undang-undang syarikat seperti lewat kerja, ponteng dan minta cuti sesuka hati

18. Ahli pasukan hanya melapurkan kesulitan kerja dan tidak mempunyai inisiatif untuk mencari jalan dan menyelesaikan masalah yang timbul

19. Ahli pasukan tidak mempunyai sikap bekerjasama dan sering bergaduh dan berkonflik dalam pasukan

20. Ahli pasukan mempunyai tanggapan kononnya kenaikan gaji dan bonus tahunan adalah wajib setiap tahun tanpa menyedari sumbangan dan kepentingan dirinya dalam organisasi

21. Ahli pasukan tidak menyayangi dan menghargai apa yang telah diberikan oleh organisasi dan mereka masih menuntut tanpa batasan.

22. Ahli pasukan tidak sedar tentang masalah organisasi dan gagal menyeberang lautan bergelora dalam saat-saat yang kritikal.

23. Ahli pasukan tidak memahami fasa perkembangan syarikat dan sering membandingkan organisasi untuk tuntutan diri yang tidak munasabah.

24. Ahli pasukan gagal menangani kerja yang berat dan sering mempunyai tekanan dalam kerja.

25. Ahli pasukan tidak dapat jiwa optimistik dan melihat setiap saranan secara negatif sehingga kehilangan daya kerja yang kental.

26. Ahli pasukan memandang rendah pada keupayaan dirinya untuk naik pangkat dan memiliki hidup yang mewah.

27. Ahli pasukan tidak sudi menerima teguran dan nasihat secara terbuka

28. Ahli pasukan tidak mempunyai misi hidup sendiri, mereka kerja hanya untuk kerja.

29. Ahli pasukan tidak menyedari makna wang. Apakah beza antara orang yang tamak dan orang yang pentingkan diri.30. Ahli pasukan tidak mempunyai ilmu kejayaan dan mereka terus mengamalkan mentaliti orang-orang yang tidak berdaya maju.

Kandungan Kursus 1 Bagaimana mendapat penghargaan atasan2. Syarat mendapat kenaikan gaji / bonus3. Meleraikan tekanan kerja, membina semangat kerja4. Menghargai syarikat anda , semangat berkorban untuk syarikat 5. Menukarkan rasa tidak puas hati menjadi daya motivasi 6. Menilai prestasi kerja diri sendiri 7. Membina sifat keperibadian yang mulia di tempat kerja8. Membina kualiti kepimpinan, mengejar kenaikan pangkat9. Bagaimana melayan tekanan dan masalah kerja secara proaktif10. Menghayati makna kerja, dapat mewawasan masa depan diri Setelah menyertai kursus iniSetiap pekerja mempunyai masalah yang tersendiri. Kursus ini dapat membantu pekerja menyelars semula pemikiran diri agar mereka dapat meningkatkan bakat dan kebolehan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dengan ini, mereka dapat maju bersama syarikat. Mereka juga melepaskan diri dari pemikiran yang meruntuhkan dan negatif.

Mengapa kursus ini penting? Kursus Etika Kerja membawa kepentingan berikut

Membantu individu membina sikap kejayaan yang berunsur abadi dalam hidupnya

Membina kemahuan untuk majukan diri dan membina motivasi yang berlandaskan pemikiran yang positif.

Mendirikan budaya kerja yang cemerlang.Keistimewaan programProgram ini membawa beberapa keistimewaan :

Pertama : Keupayaan berfikir peserta kursus

Program ini membantu peserta mencari jawapan sendiri terhadap erti kejayaan. Setiap ilmu kejayaan yang disampaikan merupakan cetusan minda untuk membolehkan peserta mencari makna kejayaan pada tahap yang sesuai dengan kedudukan dan peranan dirinya dalam organisasi.

Ke dua : Belajar dari aktiviti

Aktiviti yang diperkenalkan membantu peserta mencari makna kejayaan dari kesilapan sendiri. Mereka juga perlu menghayati setiap aktiviti dengan membuat pemerhatian terhadap orang lain. Proses pembelajaran yang berlandaskan tindakan (Action Learning Approach) akan mengukuhkan kefahaman dan ingatan peserta.

Ke tiga : Meneroka emosi dan perasaan peserta

Teknik NLP (Neuro Linguistik) dan pendekatan psikologi diguna untuk membolehkan peserta menjejaki jiwa dan naluri kejayaan diri dengan membantu mereka meningkatkan tahap kesedaran diri secara emosi. Mereka bukan sahaja dapat memahami nilai kejayaan seperti kasih sayang , penghormatan , kerjasama secara teori , tetapi melahirkan naluri dalaman yang kuat terhadapnya.

Ke empat : Kecekapan dan aplikasi

Teknik dan aplikasi harian dalam konteks motivasi dan kejayaan akan diperkenalkan kepada peserta. Mereka boleh menggunakan teknik ini secara berterusan dalam hidup seharian untuk mengekalkan tahap kekuatan diri terhadap erti kejayaan. Biar pun mereka tidak menyertai seminar motivasi pada masa akan datang, tetapi jiwa motivasi tetap abadi dalam hidup mereka sehingga ia menjadi suatu tabiat diri yang berkekalan.

Ke lima : Penyesuaian keperluan mengikut keperluan

organisasi

Ilmu kejayaan yang disampaikan dapat disesuaikan dengan keperluan organisasi. Kumpulan pengurusan syarikat dan kumpulan pemasaran mempunyai daya motivasi yang berteraskan prinsip yang berbeza. Program ini boleh digubal mengikut tahap motivasi yang diperlukan mengikut status mental peserta yang menghadiri kursus.

Methodologi Kursus Program ini dikendalikan dengan cara aktif untuk membolehkan peserta menerapkan ilmu kejayaan dengan lebih berkesan. Antara aktiviti yang diperkenalkan ialah Group Dynamics , aktiviti bersaling, slogan, lagu motivasi dan tindakan sinergi melalui simulasi diri dan drama.

Sessi pertama akan lebih mengutamakan perkembangan mental dan sessi kedua pula akan tertumpu pada perkembangan emosi dan perasaan (EQ). Program ini juga mengamalkan pendekatan psikologi dan teknik recall demi mencetuskan daya kejayaan yang paling optima.

Siapa yang perlu menghadiriPendedahan kursus untuk setiap ahli pasukan pasti dapat meningkatkan budaya kerja yang menyeluruh.Piawaian Kursus1. Pembentangan program yang jelas dan tepat bagi memenuhi keperluan peserta.2. Kursus matlamat yang terang dan jelas.

3. Format kursus: Memberikan peluang pembelajaran yang terbuka kepada peserta untuk menguasai struktur ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan tugusan mereka. Memberi pertolongan kepada peserta atas perkembangan kemahiran yang tepat dan dapat diamalkan dalam pekerjaan mereka.Bagaimana menyertai program ini?

Sesi terbuka (Open Session) :

Ia adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berdaftar dengan pengurusan Top (HRD) Training Consultant . Sesi terbuka dianjurkan enam kali setahun dan akan diiklankan di suratkhabar tempatan.

Sesi tertutup (In house Session):

Ia adalah khas untuk organisasi yang bercadang untuk menganjurkan program ini demi kejayaan ahli pasukan sendiri. Sesi tertutup akan dicorak semula (customize) mengkut keperluan organization.

Yuran Professional

Kursus Terbuka

Setiap peserta:RM300 Kos tersebut meliputi kos hotel, jamuan ringan, makan tengahari, yuran penceramah, sijil kursus.

Kos InHouse

Purata kos bergantung kepada jumlah peserta

Setiap peserta RM210 (Minima 20 orang)Masa kursus

Masa kursus ditetapkan pada jam 9 pagi ke 6.00pm.

Penceramah akan menetapkan perubahan mengikut keperluan organisasi.

Pengiktirafan

Setiap peserta yang berjaya melakukan kursus ini akan menerima sekeping sijil penyertaan dari Top (HRD) Training Consultant.

Biodata Penceramah Hilter Yew

1. Seorang penceramah professional sejak tahun 1994.2. Menganjur dan mengendalikan berbagai program pembangunan organisasi, ini termasuk Kursus Kecemerlangan Diri, Kursus Kepimpinan, Kursus Semangat Berpasukan, Kursus Pemasaran dan Kursus Penyeliaan Berkesan.3. Pernah menyandang tugas sebagai Tutor Universiti Malaysia Sabah, melatih bakat berpidato dan seni komunikasi.

4. Mengasaskan Top (HRD) Training Consultant pada tahun 1997, kini telah mencapai kematangan 10 tahun.

5. Beliau juga Bekas Agensy Trainer untuk Malaysia National Insurance, mengendalikan kursus insurans untuk agen.

6. Beliau tamat pengajian di UKM pada tahun 1992 dan tamat MSc dari UPM (Jurusan HRD) dan kini sedang melanjutkan pengajian Phd.7. Demi meningkatkan bakat berceramah, beliau telah melibatkan diri dalam Kelab Toastmaster International dan berjaya mencapai CTM dalam tiga bahasa. Beliau juga menerima ATM dalam Bahasa Inggeris dan Melayu.8. Beliau juga aktif menyertai berbagai program sosial. Ini termasuk Polis Sukarelawan, kaunselor pusat pemulihan akhlak. Beliau juga diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

9. Beliau juga mencapai talipinggang hitam Karate, Pengakap Diraja, juga seorang penyelam skuba berlesen

10. Beliau juga menerima Anugerah Certified Member Trainer dari Jaycees International dan aktif menganjurkan program pembangunan untuk para belia.

11. Hilter juga diiktiraf sebagai Jurulatih dan Penilai Anugerah Remaja Perdana, dan seorang Ahli Perunding Belia untuk Kementerian Belia dan Sukan. 12. Beliau adalah ahli kepada Persatuan Pemidato Malaysia.

Motto hidup: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.Profail Syarikat

TOP (HRD) Training Consultant merupakan sebuah syarikat Konsultansi Pembangunan Sumber Manusia. Ia ditubuhkan pada tahun 1997 dan kini mempunyai cawangan di Kuala Lumpur , Kota Kinabalu dan Kuching . Kami menawar berbagai perkhidmatan seminar dan latihan kepada berbagai peringkat pengurusan dalam aspek swasta, kerajaan mahupun badan-badan berkanun dengan misi untuk mengembangkan kualiti perkhidmatan dan prestasi organisasi.

Objektif perniagaan kami adalah untuk membekalkan kejurulatihan yang berkualiti berdasarkan keperluan latihan dan disesuaikan dengan budaya dan misi sesebuah organisasi. Latihan yang dibekalkan bertujuan untuk mencorakkan sikap dan tabiat kerja yang lebih positif dan seterusnya membentuk suatu pasukan kerja yang dinamik dan progresif.Untuk memastikan perkhidmatan seminar yang anda terima adalah baik dan berkualiti, kami menawarkan rangkaian penceramah dari berbagai bidang professionalism.

Kesemua Konsultan kami telah melengkapkan diri dengan berbagai ilmu spesifikasi dan pengalaman latihan yang praktikal.Di samping itu, kami juga menawarkan perkhidmatan Analisis Keperluan Latihan kepada syarikat dan badan berkanun untuk mengenal keunikan latihan yang sesuai dengan keperluan atau misi pasukan.

Kami sentiasa mengalu-alukan teguran dan pandangan tentang perkhidmatan yang ditawarkan. Jika ada sesuatu yang anda hendakkan, maklumkan pada kami dan akan kami berusaha untuk memenuhinya.

PAGE 4