dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN...

216
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018 UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018 1 YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B1 Senaraikan dengan secara terperinci jumlah pemberian yang diterima oleh kerajaan negeri Johor menurut Jadual Kesepuluh Bahagian I dan Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan daripada tahun 2008 sehingga 2017. Nyatakan bancian kependudukan dan panjang perbatuan jalan-jalan negeri yang diguna pakai setiap tahun? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pemberian yang diterima oleh kerajaan negeri Johor menurut Jadual Kesepuluh Bahagian I adalah bagi Pemberian ikut kepala yang kena dibayar kepada setiap Negeri. Manakala, bagi Bahagian 2 adalah Pemberian Jalan Negeri yang kena dibayar kepada setiap Negeri. Pemberian yang diterima oleh Kerajaan Negeri Johor daripada tahun 2008 sehingga 2017 adalah sebagaimana di bawah : Tahun Butiran Pemberian Ikut Kepala (Bahagian I) (RM Juta) Pemberian Jalan Negeri (Bahagian II) (RM Juta) 2008 41.80 237.51 2009 42.57 305.70 2010 43.36 347.15 2011 43.21 318.11 2012 43.56 373.73 2013 43.90 493.11 2014 44.24 531.23 2015 45.67 543.85 2016 46.12 577.79 2017 46.55 593.78 Jumlah 440.98 4,321.96 Berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang disesuaikan, bilangan penduduk Negeri Johor bagi tahun 2017 ialah 3.77 juta, tahun 2016 (3.71 juta) dan tahun 2015 (3.66 juta) orang. Berdasarkan kepada Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan dan Laporan Ketua Audit Negara, berikut merupakan Jumlah Terimaan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri dan panjang perbatuan jalan-jalan Negeri bagi tahun 2010 sehingga 2017 :- TAHUN JUMLAH TERIMAAN (RM juta) JUMLAH PANJANG JALAN (KM) 2010 347.15 11,044.67 2011 318.11 11,804.18 2012 373.73 15,934.81 2013 493.11 18,903.70 2014 531.23 19,324.45 2015 544.33 19,328.57 2016 577.79 21,264.29 2017 593.78 22,168.73

Transcript of dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN...

Page 1: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

1

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B1 Senaraikan dengan secara terperinci jumlah pemberian yang diterima oleh kerajaan negeri Johor menurut Jadual Kesepuluh Bahagian I dan Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan daripada tahun 2008 sehingga 2017. Nyatakan bancian kependudukan dan panjang perbatuan jalan-jalan negeri yang diguna pakai setiap tahun? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Pemberian yang diterima oleh kerajaan negeri Johor menurut Jadual Kesepuluh Bahagian I adalah bagi Pemberian ikut kepala yang kena dibayar kepada setiap Negeri.

Manakala, bagi Bahagian 2 adalah Pemberian Jalan Negeri yang kena dibayar kepada setiap Negeri. Pemberian yang diterima oleh Kerajaan Negeri Johor daripada tahun 2008 sehingga 2017 adalah sebagaimana di bawah :

Tahun

Butiran Pemberian Ikut Kepala (Bahagian I) (RM Juta)

Pemberian Jalan Negeri (Bahagian II) (RM Juta)

2008 41.80 237.51 2009 42.57 305.70 2010 43.36 347.15 2011 43.21 318.11 2012 43.56 373.73 2013 43.90 493.11 2014 44.24 531.23 2015 45.67 543.85 2016 46.12 577.79 2017 46.55 593.78 Jumlah 440.98 4,321.96

Berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang disesuaikan, bilangan penduduk Negeri Johor bagi tahun 2017 ialah 3.77 juta, tahun 2016 (3.71 juta) dan tahun 2015 (3.66 juta) orang. Berdasarkan kepada Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan dan Laporan Ketua Audit Negara, berikut merupakan Jumlah Terimaan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri dan panjang perbatuan jalan-jalan Negeri bagi tahun 2010 sehingga 2017 :-

TAHUN JUMLAH TERIMAAN (RM juta)

JUMLAH PANJANG JALAN (KM)

2010 347.15 11,044.67 2011 318.11 11,804.18 2012 373.73 15,934.81 2013 493.11 18,903.70 2014 531.23 19,324.45 2015 544.33 19,328.57 2016 577.79 21,264.29 2017 593.78 22,168.73

Page 2: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

2

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B2 Senaraikan secara terperinci pecahan kos-kos yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik di negeri Johor. Mengapakah kos yang diumumkan pada awal tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM500 juta tetapi jarak jajaran berkurangan 5 KM berbanding dengan peringkat awal pengumumannya. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG JAWAPAN KTMB Projek pembinaan kereta api berkembar elektrik di antara Gemas dan Johor Bahru adalah dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Justeru, KTMB tiada maklumat berhubung pecahan terperinci kos-kos yang terlibat dalam projek ini. Oleh yang demikian, pihak kerajaan negeri Johor adalah dicadangkan untuk merujuk terus kepada Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut. JAWAPAN JKR Pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik di negeri Johor, tiada dalam perancangan JKR. Untuk makluman boleh merujuk KTMB.

Page 3: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

3

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B3 Nyatakan syarat kegunaan tanah di Lot 6068, 6070, 7188-7193 Mukim Tangkak, Daerah Tangkak. Jika syarat kegunaan tanah tidak dipatuhi, mengapakah kilang kelapa sawit yang terletak di lot-lot tersebut masih dibenarkan beroperasi tanpa tindakan penguatkuasaan undang-undang? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kesemua tanah-tanah ini merupakan tanah bermilik di bawah syarat “NIL” (sebelum Kanun Tanah Negara) dan di dalam zoning pertanian. Pada Mac 2014 pemilik tanah Tetuan Milik Mestika Sdn. Bhd. telah membuat permohonan Kebenaran Merancang di OSC Majlis Daerah Tangkak tetapi ia telah ditolak pada Mei 2014 disebabkan terdapat jabatan-jabatan teknikal yang tidak menyokong permohonan ini. Pejabat Tanah Tangkak telah mengeluarkan notis pelanggaran syarat pada September 2014 dengan memanggil pemilik tanah bagi mengarahkan kesalahan ini diremedikan dan seterusnya menyarankan supaya pemilik tanah membuat permohonan cantuman dan ubah syarat secara serah balik kurnia semula. Pemilik tanah telah membuat permohonan cantuman dan ubah syarat secara serah balik kurnia semula di OSC Majlis Daerah Tangkak dan diluluskan pada Oktober 2017. Kelulusan ini merupakan kelulusan bersyarat di mana kelulusan penuh hanya diberikan setelah penukaran zoning daripada pertanian kepada industri diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC). Pemilik tanah Tetuan Milik Mestika Sdn. Bhd. telah pun mengemukakan permohonan cantuman dan ubah syarat daripada pertanian kepada industri secara serah balik kurnia semula ini pada Julai 2018 di Pejabat Tanah Tangkak untuk tindakan selanjutnya.

Page 4: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

4

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B4 Apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan-kawasan persekitaran Sungai Siput, Jementah? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Bagi kawasan Sg Siput, kawasan-kawasan di tebing kiri dan kanan seperti Kg Krishna, Kg Paya Jakas, beberapa taman perumahan dan sekolah terdedah kepada kejadian banjir apabila hujan lebat berlaku kerana kawasan tersebut adalah rendah dan mudah terkesan oleh air yang melimpah dari sungai. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat permohonan untuk menaik taraf keupayaan kapasiti Sg Siput pada Rolling Plan (RP) Ke-3 dan RP4 dalam RMK-11. Projek ini masih belum diluluskan sehingga kini. Kerajaan Johor amnya memang komited dalam menangani masalah banjir bukan sahaja di Sungai Siput, Daerah Segamat malah semua isu banjir di seluruh negeri. Di Daerah Segamat, selain penyelesaian banjir di Sg Siput, Kerajaan melalui JPS juga memohon peruntukan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kg Jawa-FELDA Medoi, Sg Kenawar, Sg Labis, Sg Chaah dan lain-lain secara berperingkat berdasarkan kemampuan kewangan. Bagi mengurangkan impak banjir di kawasan Sg Siput, JPS selalu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tersebut sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek.

Page 5: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

5

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B5 Nyatakan secara terperinci status terkini mengenai kemajuan pembinaan Biogas Plant, Covered Anaerobic Lagoon Reactor dan 3 unit Cooling Pond yang baru untuk mengurangkan kacau ganggu bau daripada sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di Lot 6068, 6070, 7188-7193 Mukim Tangkak, Daerah Tangkak? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Kemajuan keseluruhan bagi pembinaan Biogas Plant dan Covered Anaerobic Reactor adalah 50% kemajuan kerja sehingga Julai 2018 manakala tiga (3) unit Cooling Pond telah siap pembinaan dan beroperasi sejak bulan September 2017. Pelaksanaan bagi baki 50% kerja-kerja yang akan dijalankan adalah melibatkan pemasangan sistem paip gas, high-density polyethylene (HDPE) membrane cover dan lain-lain kerja berkaitan serta dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2018.

Page 6: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

6

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN B6 Sila senaraikan jumlah tunggakan cukai-cukai tanah kesemua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan sekolah persendirian mengikut nama-nama sekolah? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang mempunyai tunggakan cukai tanah sehingga tarikh 1 Ogos 2018. Daripada kesemua senarai ini, terdapat 6 buah SJK Cina dan sebuah SJK Tamil. Manakala sekolah persendirian didapati tiada sebarang tunggakan. Pentadbiran Tanah Johor dalam proses memperakukan permohonan penghapusan tunggakan cukai tanah yang diterima daripada pihak sekolah bagi dibawa ke pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. 1. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Pai Chee Mersing (RM375,936.00) 2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Chiang Endau, Mersing (RM2,160.00) 3. Sekolah Jenis Kebangsaan Chee Tong, Masai (RM14,276.00) 4. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min, Batu Pahat (RM30,260.00) 5. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Cheng, Batu Pahat (RM43,220.00) 6. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tah Tong, Pontian, No. Hak milik : HSD 8450

(RM10,820.00), No. Hak milik : GRN81768 (RM5,040.00) 7. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Parit Ibrahim, Pontian (RM1,344.00)

Jumlah Tunggakan Cukai : RM375,550.00 Jumlah Tunggakan Denda : RM80,496.00 Jumlah Notis 6A : RM80.00 JUMLAH KESELURUHAN : RM483,056.00

Page 7: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

7

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN B7 Sila senaraikan tanah-tanah kerajaan yang telah diberi hak milik kepada parti-parti politik sejak tahun 2008 sehingga 2017 dengan maklumat tentang saiz, kategori kegunaan tanah, jenis hak milik, tempoh pajakan, nama pemiliknya serta premium yang dibayar untuk setiap hak milik? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Merujuk kepada rekod di Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB), dari tahun 2008 hingga 2017 terdapat 8 plot tanah yang telah dikurniakan kepada parti politik, iaitu 6 plot kepada UMNO dan 2 plot kepada MCA sebagaimana butiran berikut:-

Nama Pemilik Kategori & Saiz Tempoh Pegangan

UMNO Bahagian Gelang Patah Bangunan (760 mp) 99 tahun UMNO Cawangan Senggarang Bangunan(122 mp) 60 tahun

MCA Cawangan Pasi Gogok Bangunan(2,344 mp) 99 tahun

MCA Bangunan(247 mp) 99 tahun

UMNO Cawangan Bandar Kulai Bangunan(148.7 mp) 99 tahun

Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Bangunan(5,577.706 mp) 60 tahun

UMNO Bangunan(2,173 mp) 60 tahun

UMNO Bangunan(1,885 mp) 60 tahun

MIC (Dewan Serba guna) Bangunan MCA (Pejabat MCA) Bangunan

Secara umumnya, kurniaan tapak tanah untuk tujuan bangunan persatuan/pertubuhan akan dikenakan premium pada kadar 3% / 5% daripada nilai pasaran yang dirujuk kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bergantung kepada pilihan pemohon untuk memilih tempoh pajakan 60 tahun atau 99 tahun.

Page 8: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

8

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN B8 Sila senaraikan semua institusi-institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) di negeri Johor (swasta dan kerajaan) serta nyatakan jumlah pelajar dan kursus yang diberikan oleh institusi-institusi ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Institusi bawah Kerajaan Persekutuan Kementerian Sumber Manusia: Institut Latihan Perindustrian (Muar, Mersing, Pasir Gudang), Pusat Latihan Teknologi Tinggi, ADTEC (Batu Pahat) Kementerian Belia dan Sukan: Institut Kemahiran Belia Negara,IKBN (Pagoh, bandar Penawar, Pontian, Muar) Kementerian Pengajian Tinggi: Kolej Komuniti (Johor Bahru, Pasir Gudang, Batu Pahat) dan Politeknik (Johor Bahru, Pasir Gudang) Majlis Amanah Rakyat (MARA): Institut Kemahiran Malaysia (Johor Bahru) dan Giat Mara (Johor Bahru) Institusi Di bawah Kerajaan Negeri Kumpulan Pendidikan YPJ, Skill Johor dan Johor Skills (Puspatri) Institusi Swasta Ahli-ahli Femac sebanyak 100 institusi. Pihak kerajaan negeri akan menyelaraskan semua maklumat-maklumat yang berkaitan dengan TVET untuk dikemas kini khususnya melalui Swadaya Insan Negeri Johor (SIJ) di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor. Terdapat 84 buah sekolah harian yang menawarkan aliran kemahiran teknik dan vokasional dan seramai 2694 orang murid sedang mengikuti kelas di aliran tersebut. Manakala bagi Kolej Vokasional pula adalah berjumlah 11 buah sekolah dengan jumlah murid seramai 5683 orang. Berikut dilampirkan (Lampiran B8) jumlah institusi pendidikan di negeri Johor yang mengendalikan Technical and Vocational Education and Training (TVET) di negeri Johor.

Page 9: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

9

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN B9 Sila senaraikan kod nombor dan panjang jalan kesemua jalan persekutuan di Johor di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya serta perbelanjaan yang terlibat untuk menyelenggara jalan-jalan ini sejak tahun 2013 sehingga sekarang? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Senarai Kod Nombor dan Panjang Jalan kesemua jalan persekutuan di Johor adalah seperti Lampiran Statistik Jalan (Lampiran B9) yang disertakan. Untuk makluman, panjang jalan persekutuan di Johor di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya adalah 2,375,747 KM. Perbelanjaan yang terlibat untuk menyelenggara jalan-jalan dari tahun 2013 sehingga sekarang adalah seperti berikut:

TAHUN KOS PERBELANJAAN 2013 RM 150,655,144.50 2014 RM 136,474,914.75 2015 RM 100,895,292.74 2016 RM 88,930,760.56 2017 RM 89,626,664.55 2018 RM 93,120,603.16

Page 10: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

10

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN B10 Apakah keadaan terkini bagi projek Rancangan Tebatan Banjir Kampung Sialang Dalam, Tangkak yang dijalankan sejak tahun 2015? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Proses pelaksanaan Projek RTB Sialang Dalam, Tangkak telah dimulakan sejak awal tahun 2017. Selepas di tender, keputusan pelaksanaan adalah seperti berikut:

Projek ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh kontrak iaitu sebelum 9/12/2018.

Nama Projek : PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR KG. SIALANG DALAM, DAERAH TANGKAK, JOHOR DARUL TA’ZIM

Kos Projek (RM) : 2,441,524.50 Tarikh Mula : 10/12/2017 Tarikh Siap : 9/12/2018 Skop Projek : 1) Pembinaan pintu air

2) Pembinaan benteng sungai 3) Penggalian sungai 4) Kerja-kerja mekanikal dan elektrikal (SCADA)

Kemajuan Fizikal : Jadual : 38.99% Sebenar : 46.97% (lebih cepat berbanding jadual 7.98%)

Page 11: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

11

YB TUAN HAJI RASMAN BIN ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B11 Apakah tindakan kerajaan berkenaan masalah bekalan air bersih yang sentiasa terputus bekalan di FELDA Gugusan Waha? Masalah ini sudah berpuluh tahun. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE JAWAPAN SAJ Pada masa ini Gugusan FELDA Waha mendapat bekalan air dari Loji Rawatan Air Lok Heng melalui tangki Lok Heng. Kebiasaannya, bekalan air untuk Gugusan FELDA Waha mencukupi pada hari-hari biasa dengan permintaan bekalan air sebanyak 2.7 MLD melibatkan 1,870 akaun pengguna. Namun demikian, pihak SAJ mengenal pasti masalah bekalan air sering berlaku semasa musim perayaan atau cuti hujung minggu yang panjang disebabkan oleh permintaan bekalan yang tinggi sehingga tiga kali ganda dan ia melibatkan kira-kira 200 akaun pengguna terutama di lokasi kedudukan yang tinggi. Bagi mengatasi masalah bekalan air di kawasan ini SAJ sedang merancang untuk membina sebuah loji baru yang dijangka akan siap pada awal tahun 2020.

Page 12: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

12

YB TUAN HAJI RASMAN BIN ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B12 Apakah rancangan kerajaan untuk menaik taraf kawasan Sedili untuk dijadikan kawasan pelancongan yang terkenal? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG KEJORA secara berterusan sentiasa meneruskan perlaksanaan program dan aktiviti pembangunan pelancongan di seluruh wilayah KEJORA termasuklah di kawasan Sedili. Potensi sumber jaya di kawasan Sedili yang unik telah menarik KEJORA untuk melaksanakan pembangunan di kawasan tersebut. Untuk makluman, KEJORA telah diluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi cadangan pembangunan Kompleks Wetland Kg. Belukar Durian. Peruntukan ini akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan dan peningkatan pendapatan di kawasan tersebut yang turut memberi limpahan kepada kawasan sekitar seperti Pusat Penetasan belangkas, Pusat Kraf tangan dan di kawasan Pekan tanjung Sedili. Selain itu, KEJORA juga telah merancang pembangunan jalan masuk yang lebih sempurna ke kawasan Pusat Penetasan Belangkas yang berupaya dijadikan ikonik pelancongan Sedili dengan peruntukan sebanyak RM500 ribu berserta menyediakan sebuah mercu tanda di kawasan tersebut. KEJORA juga pada masa kini dalam proses permohonan peruntukan bagi pelaksanaan kajian pelancongan di sepanjang Sungai Sedili bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan pembangunan program menyelusuri Sungai Sedili yang lebih menyeluruh dan teratur yang turut akan memberi impak kepada peningkatan ekonomi penduduk tempatan. Dapatan kajian ini akan dijadikan asas untuk membentuk pakej pelancongan yang mempunyai nilai permintaan untuk dikomersialkan sebagai produk pelancongan Sedili. Cadangan kajian akan mengambil kira produk-produk sekitar untuk diintegrasikan di dalam satu pakej pelancongan Sedili. Di samping pembangunan fizikal, KEJORA dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Tourism Johor turut merancang dan melaksanakan program promosi di kawasan-kawasan tarikan pelancongan di sekitar Sedili. Program promosi dan publisiti yang dilaksanakan tidak terhad kepada inisiatif dalam menyediakan risalah brosur serta pengiklanan tetapi termasuk juga inisiatif dalam menganjurkan acara-acara pelancongan bagi menarik masuk pelancong ke kawasan ini. Antara program acara pelancongan yang telah dilaksanakan antaranya penganjuran Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili (2017), Program Jom Godak Paya 2016 dan untuk tahun 2018 pihak KEJORA turut merancang untuk menganjurkan program berbentuk rekreasi dan sukan di Sungai Sedili. Pihak KEJORA juga dari masa ke masa menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh komuniti dan badan-badan NGO yang menganjurkan acara-acara di kawasan ini. Antara sokongan yang diberikan termasuklah bantuan dalam bentuk tajaan, persiapan logistik dan pengelolaan penganjuran acara-acara yang dianjurkan seperti Beach Clean Up di Pantai Tanjung Buluh.

Page 13: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

13

Usaha juga turut dijalankan dengan menganjurkan program FAM TRIP kepada agensi pelancongan, media, blogger dan travel writers dari dalam serta luar negara bagi mempromosi kawasan pelancongan seperti Wetland Kampung Belukar Durian, Sedili Horse Shoe Sanctuary. Antara lawatan Fam Trip yang telah dilaksanakan adalah sebagaimana berikut:-

a. Day Trip Travelogue Malaysia b. Lawatan FAMTRIP Tourism LADA Langkawi & Agensi Pelancongan c. Lawatan FAMTRIP 80 Ahli Asita Batam, Indonesia d. Lawatan FAMTRIP Media Sosial Bloggers & Influencers e. Nasional dan Antarabangsa 2018 f. Lawatan Peserta Sail Malaysia Passage To The East 2018 g. FAMTRIP Eco Tourism KEJORA 2018 bersama Desaru Coast

Page 14: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

14

YB TUAN HAJI RASMAN BIN ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B13 Apakah bentuk program-program yang akan dilaksanakan untuk golongan belia dalam tempoh 2 tahun dari sekarang di negeri Johor dalam soal kemahiran, sukan dan kepimpinan? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Negara ketika ini sedang mengalami revolusi Industri 4.0 yang bakal menjana ekonomi, sosial dan pembangunan ke arah pendigitalan yang holistik. Namun begitu, keperluan industri-industri ringan masih dijalankan dan diusahakan oleh golongan B40. Bagi mengisi keperluan tersebut, program dan insentif berbentuk latihan jangka pendek atau separuh masa yang menekankan aspek keusahawanan dan kemahiran secara fleksibel akan dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan. Dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi, diharapkan agar mereka mampu mencipta peluang pekerjaan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada mana-mana pihak. Kepimpinan yang baik dan organisasi yang cemerlang adalah dua perkara yang saling berkait. Organisasi yang cemerlang dan mampu bergerak ke hadapan hanya boleh dicapai sekiranya barisan kepimpinan dalam sesebuah organisasi tersebut, termasuklah pertubuhan belia, mempunyai ilmu dan kemahiran pengurusan yang berkesan serta disiplin yang kuat. Walau bagaimanapun, kaedah pengurusan yang baik dan sistematik memerlukan penyesuaian kepada perubahan dan keperluan semasa. Justeru, cabaran dan peranan organisasi belia masa kini juga turut berubah. Program-program berbentuk latihan kepimpinan dan organisasi yang mensasarkan penyertaan kepada barisan kepimpinan mahupun ahli-ahli organisasi yang bakal mewarisi kepimpinan pertubuhan belia. Ia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepimpinan organisasi dalam membentuk individu belia sebagai seorang pemimpin dan pemudah cara dalam memberikan khidmat dan sumbangan kepada pembangunan golongan belia. Di samping memberi nilai tambah dalam ilmu pentadbiran, pengurusan dan kewangan organisasi agar mereka mampu bergerak bersama dan selari dengan hasrat negara.

Page 15: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

15

YB TUAN HAJI RASMAN BIN ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B14 Pekerjaan utama penduduk di Sedili adalah nelayan pantai dan nelayan darat. Bantuan sara hidup yang diterima sebanyak RM300.00 setiap bulan amat diharapkan bagi meringankan bebanan mereka. Apakah kerajaan masih meneruskan lagi bantuan tersebut? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Mengikut rekod Jabatan Perikanan Negeri Johor, jumlah nelayan yang berlesen dan berdaftar sebagai awak-awak di Tanjung Sedili bagi tahun 2017 adalah seramai 661 orang nelayan pantai tempatan. Manakala nelayan darat yang beroperasi menangkap ikan di sungai-sungai adalah seramai 32 orang. Buat masa ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani masih meneruskan pemberian elaun sara hidup secara bulanan kepada golongan nelayan yang layak menerima bantuan. Kementerian akan membuat penambahbaikan bagi memberi nilai tambah meliputi aspek kebajikan nelayan melalui kaedah yang lebih efisien supaya bantuan ini sampai kepada golongan sasar yang ditetapkan. Program pemutihan akan diteruskan supaya bantuan hanya diterima oleh nelayan yang benar-benar layak.

Page 16: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

16

YB TUAN HAJI RASMAN BIN ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B15 Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan ke atas tahfiz-tahfiz yang wujud sekarang yang masih tidak berdaftar? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Pendaftaran institusi swasta yang operasinya berkonsepkan agama atau yang menawarkan mata pelajaran mata pelajaran agama Islam di dalam kurikulumnya perlu mematuhi Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam Negeri Johor 1991. Bagi maksud melaksanakan kehendak Enakmen ini, Pendaftar yang dilantik mempunyai kuasa untuk melulus atau tidak meluluskan sesuatu permohonan pendaftaran, menyambung atau tidak menyambung tempoh sesuatu pendaftaran serta boleh menarik balik kelulusan pendaftaran yang telah diberikan. Semua ini dilakukan setelah Pendaftar membuat pertimbangan yang wajar mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan. Untuk itu bagi madrasah-madrasah tahfiz yang tidak berdaftar, langkah sepertimana berikut akan diambil iaitu: 1. Bagi madrasah tahfiz yang sedang dalam proses permohonan tetapi telah beroperasi,

tempoh tertentu akan diberikan bagi membolehkan pihak pengurusan madrasah tahfiz tersebut memenuhinya. Jika pihak pengurusan masih gagal berbuat demikian, operasinya akan dihentikan.

2. Bagi madrasah tahfiz yang baru memulakan proses untuk mengemukakan permohonan penubuhan, kebenaran penubuhan hanya akan diberikan setelah Pendaftar berpuas hati dengan cadangan yang diperakukan. Namun dalam kes ini, sijil pendaftaran yang membenarkan madrasah memulakan operasi pengajaran hanya akan diberi setelah segala syarat pendaftaran dapat dipenuhi dengan lengkap oleh pengusaha.

3. Bagi madrasah tahfiz yang telah dibuka tanpa kebenaran dan telah pun beroperasi tanpa sebarang permohonan kepada pihak kerajaan, arahan pemberhentian operasi akan dilakukan ke atasnya di samping pihaknya diminta untuk mengemukakan permohonan penubuhan secara rasmi bagi membolehkan pertimbangan diberikan oleh pihak Pendaftar berhubung pengoperasiannya.

Langkah yang diambil ini adalah bertujuan untuk memastikan madrasah-madrasah yang dibenarkan beroperasi benar-benar dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan jujur, cekap, bersistem, mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas, tidak mengambil kesempatan seperti untuk mengaut keuntungan material, tidak mempunyai unsur negatif dari sudut keselamatan awam dan negara, sentiasa mematuhi syarat penggunaan premis dan sebagainya. Pendek kata, madrasah-madrasah tahfiz yang berpotensi akan terus dibenarkan beroperasi serta akan terus dipertingkatkan. Manakala yang sebaliknya, perlulah memperbaiki keadaan dan keperluan sebelum ia dibenarkan beroperasi atau beroperasi semula. Kerajaan merasakan adalah menjadi kewajipan ke atasnya untuk menaikkan imej dan nama baik Islam dan institusi tahfiz itu sendiri serta meletakkannya setaraf dengan pengendalian sistem pendidikan arus perdana yang disediakan oleh kerajaan di sekolah-sekolah yang di bawah pentadbirannya.

Page 17: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

17

YB DATUK HAJI MD. OTHMAN BIN YUSOF (KUKUP) SOALAN B16 Di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, bolehkah ia menyediakan kemudahan kepada penumpang domestik khususnya warga emas, di mana mereka hanya perlu melalui proses naik dan turun pesawat melalui tingkat bawah sahaja, tanpa perlu naik dan turun tangga seperti proses yang sedia ada sekarang? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Kemudahan yang disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) adalah memenuhi piawaian antarabangsa dan perkhidmatan yang disediakan berpaksikan tiga prinsip utama iaitu: 1. Kecekapan 2. Keselamatan dan 3. Kawalan

Terdapat tiga jenis operasi penerbangan di LTAS iaitu: 1. Operasi syarikat penerbangan premium 2. Operasi syarikat penerbangan tambang murah dan 3. Operasi syarikat penerbangan separa premium dan separa tambang murah.

Perkhidmatan penerbangan premium dikendalikan oleh Malaysia Airlines Bhd, bagi penerbangan tambang murah pula dikendalikan oleh Air Asia Bhd manakala penerbangan separa premium dan separa tambang murah di kendalikan oleh Firefly dan Malindo Air. Perkhidmatan yang diberikan oleh setiap penerbangan juga berpandukan kepada jenis operasi mereka iaitu Penerbangan Premium menggunakan jejantas udara(“Aerobridge”) untuk menaik dan menurunkan penumpang. Penerbangan tambang murah akan menggunakan jejantas udara sekiranya terdapat penumpang yang menggunakan kerusi roda dan apabila hari hujan. Selain daripada dua tujuan tersebut, syarikat penerbangan menggunakan tangga penumpang (“passenger steps”) untuk naik dan turun penumpang. Ini bertujuan untuk memenuhi kehendak masa pusingan pesawat didarat selama 25 minit. Penerbangan separa premium dan tambang murah menggunakan pesawat jenis ATR-72. Oleh kerana jenis pesawat yang digunakan, maka ia tidak boleh menggunakan jejantas udara dan semua penumpang yang naik dan turun pesawat berjalan kaki di atas kawasan parkir kapal terbang (“apron”) sebelum ke bangunan terminal. Untuk menyediakan kemudahan kepada penumpang domestik khususnya warga emas untuk melalui proses naik dan turun pesawat melalui tingkat bawah sahaja adalah satu cadangan yang baik dan pihak pengurusan LTAS telah pun mempertimbangkan perkara tersebut sebelum ini. Namun, atas dasar prinsip kecekapan, keselamatan dan kawalan, proses tersebut tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab berikut:-

Page 18: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

18

1. Menjejaskan kecekapan operasi

Kecekapan masa operasi akan terganggu di mana para penumpang perlu dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut umur. Ini mudah dilaksanakan bagi penumpang yang ingin berlepas, tetapi bagi penumpang yang baru tiba, pembahagian kumpulan mengikut umur akan menambahkan masa dan menjejaskan kecekapan operasi.

2. Kos operasi akan meningkat

Proses ini akan menambahkan kos operasi syarikat penerbangan di mana jumlah kakitangan perlu ditambah untuk mengendalikan dua tempat yang berasingan (tingkat atas dan tingkat bawah). Kos pengendalian lapangan terbang juga akan meningkat yang mana pembinaan ruang juga diperlukan selain daripada kos-kos berkaitan seperti penyediaan tandas, penghawa dingin, pembesar suara, meja kaunter, telefon, sistem penyiaran penerbangan (Flight display system-FIDS), komputer dan sebagainya.

3. Keselamatan penumpang diutamakan

Ruang di tingkat bawah merupakan kawasan kerja-kerja operasi naik dan turun bagasi penumpang dari bangunan terminal ke pesawat udara dan sebaliknya. Pergerakan kenderaan untuk mengangkut bagasi-bagasi di kawasan tersebut adalah amat sibuk dan aktif bagi memenuhi kehendak masa pusingan pesawat dan memerlukan laluan yang tidak terganggu. Sekiranya tingkat bawah dibuka untuk laluan warga emas, mereka bakal berdepan dengan risiko yang tinggi di mana mereka akan terdedah dengan pergerakan kenderaan yang digunakan untuk mengendalikan bagasi penumpang. Selain itu, kehadiran warga emas di tempat operasi kenderaan pengangkutan bagasi juga akan menjejaskan kecekapan operasi di mana penumpang akan diberikan keutamaan laluan.

4. Model syarikat penerbangan tambang murah

Selain terdapatnya penumpang yang menggunakan kerusi roda dan hari hujan, Air Asia akan menggunakan tangga penumpang untuk naik dan turun pesawat. Walaupun penumpang menggunakan laluan tingkat bawah, mereka masih perlu menggunakan tangga untuk naik dan turun pesawat. Selain itu, sekiranya pesawat menggunakan jambatan udara, penumpang yang di tingkat bawah terpaksa juga naik ke tingkat atas. Proses ini dianggap tidak bersistematik di mana ada kalanya diperlukan di tingkat atas dan ada ketikanya di tingkat bawah akan menjejaskan efficiency operasi dan juga boleh mengelirukan penumpang.

Page 19: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

19

YB DATUK HAJI MD. OTHMAN BIN YUSOF (KUKUP) SOALAN B17 Masalah kilang haram masih belum selesai sepenuhnya sehingga kini. Apakah kerajaan boleh mengatur agensi yang terbabit dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk melancarkan dan mempercepatkan proses pendaftaran kilang-kilang ini agar ianya lebih terkawal dan menjadi punca pendapatan kerajaan tempatan? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Pertumbuhan sektor industri yang pesat bukan sekadar menyediakan peluang pekerjaan malah turut menjana pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri menzahirkan komitmen untuk membanteras masalah kilang haram melalui Program Pemutihan Industri Negeri Johor yang ditubuhkan pada 2008 akan diperkemas dan diperhebat dalam mencapai maksud tersebut dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan selain Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) antaranya seperti PLANMalaysia Johor. Jalinan kerjasama antara PBT dan PLANMalaysia amat penting bagi menetapkan kawasan-kawasan yang telah dizonkan untuk perindustrian berdasarkan Kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) sekali gus membantu pihak PBT membuat penentuan kawasan yang membenarkan pertapakan sektor industri. Bagi menjawab langkah melicinkan proses pendaftaran kilang tersebut, kerajaan negeri berdasarkan dapatan kajian pemutihan industri oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor pada tahun 2008 yang melibatkan 709 industri mengambil ketetapan seperti berikut: i. Pemain industri yang bertapak secara haram akan dibenarkan meneruskan operasi

mereka dengan syarat;

ii. Pemain industri yang bertapak secara haram akan dipindahkan atau melalui proses penempatan semula;

iii. Pemain industri yang bertapak secara haram akan melalui proses pengezonan semula yang turut melibatkan proses pengubahan RTD.

Page 20: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

20

YB DATUK HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB (SIMPANG JERAM) SOALAN B18 Muar mempunyai 4 Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) iaitu Ulu Bakri 185 hektar, Lubuk Bakul 376 hektar, Kg. Tulang Gajah 65 hektar dan Kg. Tui 141 hektar. Nyatakan langkah-langkah kerajaan negeri untuk menjadikan TKPM benar-benar mampu membantu meningkatkan bekalan daging dan susu negara? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri telah merangka dan menyusun semula Rizab Padang Ragut untuk dimasukkan dalam Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang telah diluluskan dan mesyuarat kerajaan negeri Johor pada 29 Oktober 2003 dan ditambah baik dalam MMKNJ pada 09 September 2004. Ini adalah langkah-langkah dan strategi kerajaan bagi membangunkan semua rizab padang ragut jabatan yang mempunyai 36 kawasan dengan keluasan 3.427 hektar dapat dimajukan secara berperingkat-peringkat berdasarkan peruntukan jabatan untuk meningkatkan bekalan daging dan susu negara. Langkah-langkah dan strategi seterusnya seperti berikut :- i. Apabila rizab padang ragut di masukkan dalam program TKPM maka peruntukan

persekutuan boleh dipohon dan disalurkan bagi tujuan pembangunan selain menggunakan peruntukan negeri yang sedia ada.

ii. Melalui peruntukan persekutuan, 2 TKPM di Daerah Muar dimasukkan dalam program

ladang satelit iaitu program penternakan fidlot nasional melibatkan 3 peserta di TKPM Ulu Bakri dan 6 peserta di TKPM Lubuk Bakul. Peruntukan yang diperolehi berbentuk fizikal, infrastruktur kandang, kelengkapan stor, membuat baja organik, kolam kumbahan dan bekalan air bersih.

iii. Bagi TKPM yang tidak termasuk dalam program Ladang Satelit seperti TKPM Tulang

Gajah dan TKPM Kampung Tui, pihak jabatan telah memasukkan beberapa pengusaha tempatan untuk menjalankan projek lembu pedaging bermula secara kecilan, semi komersial seterusnya ke projek komersial untuk menjana pendapatan penternak dan meningkatkan pengeluaran daging negeri Johor.

Langkah-langkah berikutnya bagi meningkatkan pengeluaran bekalan susu pula adalah seperti berikut :- i. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengambil langkah untuk menambah

penternak lembu tenusu dengan mengujudkan koloni penternak tenusu di TKPM Kahang dengan pertambahan 5 penternak setiap tahun.

ii. Mengesyorkan Ladang Satelit yang tidak maju dalam projek fidlot beralih ke projek lembu

tenusu seperti di TKPM Ulu Bakri daripada 3 ladang fidlot, 2 ladang akan beralih ke projek lembu tenusu. Program ini akan diteruskan di ladang satelit Peta Temalik, Segamat.

iii. Pihak jabatan sentiasa berusaha menarik minat pengusaha untuk melabur dalam

penternakan lembu tenusu melalui seminar, Majlis Perundingan Industri, kursus dan galakan berterusan melalui program Pengembangan Veterinar yang lebih berkesan.

Page 21: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

21

iv. Pihak jabatan berharap peruntukan pembangunan daripada kerajaan persekutuan dapat

diperolehi setiap tahun bagi membangunkan projek lembu pedaging dan lembu tenusu sekali gus dapat meningkatkan pengeluaran komoditi tersebut.

v. Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan bagi membuat perolehan lembu tenusu di

bawah Program Penternakan Rakyat untuk pengusaha lembu di TKPM Kahang dan TKPM Ulu Bakri, Muar.

vi. Pembinaan kandang lembu tenusu sebanyak 4 unit secara matching grant kepada penternak di TKPM Kahang Barat juga telah dilaksanakan.

Page 22: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

22

YB DATUK HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB (SIMPANG JERAM) SOALAN B19 Sebahagian besar sistem perparitan di kawasan Simpang Jeram terutamanya di Jalan Dato' Haji Kosai dan Parit Buaya, masih menggunakan sistem melalui tanah yang dikorek. Apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menukar ke parit "U Drain" yang diyakini lebih mampu menampung jumlah air terutama di waktu hujan? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Parit tanah tepi Jalan Dato’ Haji Kosai bermula dari Jalan Bakri hingga ke Jalan Parit Bakar Tengah adalah di bawah jagaan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Muar. Manakala Parit Buaya pula, bermula dari Sungai Terap hingga ke Jalan Simpang Jeram adalah di bawah jagaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Muar. Sebahagian dari Parit Buaya sepanjang 60 meter telah di naik taraf daripada parit tanah kepada konkrit sejak tahun 2013 hingga 2017 secara berperingkat menggunakan peruntukan negeri dan persekutuan. Bagi menjalankan baki kerja naik taraf sepanjang 8,200m (8.2km) lagi, kerajaan Johor melalui JPS telah memohon peruntukan kepada kerajaan persekutuan di bawah projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Terap dalam Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia Ke-11. Secara umumnya, cadangan atau permohonan untuk menaik taraf parit/saliran tanah kepada parit konkrit dipertimbang dalam kes-kes di mana pembinaan dengan menggunakan konkrit terpaksa dilakukan kerana rizab parit yang sempit, keadaan tanah yang mudah runtuh atau keadaan-keadaan lain yang berkaitan. Pada keadaan di mana parit tanah boleh dibina atau dikekalkan, pembinaan menggunakan konkrit seboleh-bolehnya perlu dielakkan kerana parit tanah lebih mesra alam sekitar dan sesuai untuk kehidupan flora dan fauna berbanding konkrit yang kurang mesra kepada kehidupan semula jadi.

Page 23: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

23

YB DATUK HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB (SIMPANG JERAM) SOALAN B20 Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kerajaan Johor (SRAB) yang telah ditubuhkan pada tahun 1999 mempunyai bilangan sebanyak 8 buah seluruh negeri Johor. Permintaannya semakin meningkat. Apakah rancangan kerajaan negeri dalam usaha menampung permintaan yang tinggi terhadap SRAB ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) negeri Johor mula ditubuhkan pada awal tahun 1999. Penubuhannya adalah bagi tujuan untuk menyediakan pendidikan agama dan kebangsaan di dalam sebuah sekolah secara sepadu dan seimbang. Dengan itu, murid hanya perlu hadir ke sebuah sekolah sahaja yang di dalamnya telah menyediakan dwi kurikulum; kurikulum agama yang disediakan oleh JAIJ dan kurikulum kebangsaan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Faktor inilah yg mendorong ibu bapa memilih SRAB sebagai tempat untuk anak-anak mereka menuntut ilmu seharian dari pagi hingga ke petang selain daripada faktor-faktor lain seperti kesepaduan kurikulum, penjimatan kos belanja harian dan pengangkutan, pengurusan masa para ibu bapa atas sebab kesibukan bekerja dan sebagainya. Untuk itu kerajaan masih di dalam kajian untuk menambah bilangan SRAB sedia ada untuk dibangunkan di beberapa buah daerah terpilih terutamanya bagi daerah-daerah yang besar seperti Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat di samping menubuhkan SRAB di dua daerah yang masih belum mempunyainya iaitu daerah Tangkak dan Kulai. Asasnya ialah rekod menunjukkan sambutan masyarakat terhadap sistem pembelajaran yang dilaksanakan di SRAB amat menggalakkan di samping rekod pencapaian akademiknya yang memberangsangkan. Penelitian lebih lanjut akan cadangan ini dari berbagai aspek akan terus dijalankan supaya apa jua projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan benar-benar memberi pulangan optimum dan impak yang berkesan untuk manfaat dan maslahat rakyat dan kerajaan.

Page 24: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

24

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN B21 Adakah Insentif Harapan Siswa menggunakan mekanisme yang sama sepertimana Bantuan Pendaftaran YPJ bagi pelajar diploma seperti yang diperkenalkan oleh kerajaan yang lepas? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Insentif Harapan Siswa yang mula diperkenalkan pada tahun 2018 adalah bertujuan memberikan bantuan pendaftaran kepada anak-anak Johor yang melanjutkan pengajian di peringkat IPT. Untuk makluman, Insentif Harapan Siswa ini bukan sahaja ditawarkan kepada pelajar IPTA tetapi kini ia telah ditambah baik, dengan menawarkan insentif ini kepada pelajar IPTS terpilih seperti Kolej YPJ, MARSAH dan semua universiti yang terletak di dalam kawasan EDUCITY. Selain dari itu, kadar bantuan insentif juga telah dinaikkan dari RM 750 ke RM1,000 bagi pelajar Ijazah, manakala bagi pelajar Diploma pula masih kekal sebanyak RM500. YPJ juga telah mengurangkan syarat minimum gaji isi rumah pemohon dari RM4 ribu ke RM5 ribu.

Page 25: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

25

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN B22 Minta dinyatakan status pelaksanaan Bantuan Kitab Pinjaman di Sekolah Agama Kerajaan Johor kepada semua murid darjah 4, 5 dan 6? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Majlis Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam mesyuaratnya Bil.(180) pada 25.11.2013 telah bersetuju agar Skim Pinjaman Kitab (SPK) Sekolah Agama Kerajaan Johor diperluaskan kepada semua murid bermula tahun 2014 secara berperingkat dan perkara ini telah dilaksanakan sepenuhnya bagi murid Darjah 1, 2 dan 3. Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Johor yang bersidang pada 02.08.2017 (sebagaimana Ringkasan Mesyuarat Bil.1413/2017) telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan buku kerja bagi murid Tadika Islam Johor (TAJ) dan Skim Pinjaman Kitab bagi murid Darjah 4, 5, 6 Khas. Pelaksanaannya telah dilaksanakan secara berperingkat iaitu:

i. Bagi tahun 2018, ia diperluaskan kepada semua murid Darjah 4,5,6 dan Khas bagi mata pelajaran Ibadat sahaja.

ii. Bagi tahun 2019, ia akan merangkumi semua murid Darjah 4 bagi kesemua 13 mata pelajaran dan semua murid Tadika Islam Johor (TAJ) bagi 19 mata pelajaran.

iii. Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan terus melaksanakan perluasan dasar ini bagi semua mata pelajaran kepada semua murid Darjah 6 pada tahun 2020 dan semua murid Darjah Khas pada tahun 2021.

iv. Jabatan Agama Islam Negeri Johor mensasarkan kesemua murid dari peringkat Tadika Islam Johor (TAJ) hingga ke Darjah Khas akan menerima sepenuhnya Skim Pinjaman Kitab (SPK) pada tahun 2021.

Page 26: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

26

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN B23 Minta dinyatakan status pemasangan lampu jalan kampung sehingga Mei 2018? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa status pemasangan lampu jalan kampung sehingga 31 Mei 2018 adalah seperti berikut:

Negeri Kuota Status Pemasangan LJK(31/5/2018)

HPSV LED JUMLAH

JOHOR 7,250 3,278 2,122 5,400

Page 27: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

27

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN B24 Minta dinyatakan status menaik taraf jalan-jalan kampung? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) lebih kepada membina baru jalan manakala menaik taraf kampung adalah di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MARRIS.

Page 28: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

28

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN B25 Minta dinyatakan adakah harga air mentah RM0.03 sen untuk 1,000 gelen (Johor-Singapura) masih relevan? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE JAWAPAN BAKAJ Perjanjian Air Johor-Singapura 1962 dalam Klausa 5.(1) menjelaskan kerajaan Johor mengizinkan kerajaan Singapura untuk mengabstrak air mentah dari Sungai Johor sebanyak 250 juta gelen sehari. Manakala, Klausa 11(1) menjelaskan bahawa : “The City Council Shall supply to Government upon receiving written notice from the Government to that effect a daily quantity of water drawn off from Johor River not exceeding at any time two percent of the total quantity of water supplied to Singapore from twelve midnight at any one day to twelve midnight of the following day.” Maksud petikan Klausa 11(1) ialah : Kerajaan Johor boleh membeli air terawat daripada pihak PUB pada kadar 2% daripada jumlah air mentah yang dibekalkan kepada Singapura untuk setiap (24 jam) pada harga RM0.50 bagi setiap 1,000 gelen ini iaitu : 2% x 250 Juta Gelen Sehari (MGD) = 5MGD Klausa 13(1) memberi maksud kerajaan Singapura perlu membayar kepada kerajaan Johor harga air mentah dengan caj RM0.03 bagi setiap 1,000 gelen. Klausa 13(2) memberi maksud kerajaan Johor perlu membayar kepada kerajaan Singapura harga belian air terawat (bersih) sebanyak RM0.50 bagi setiap 1,000 gelen. Kerajaan Singapura juga telah membina infrastruktur bekalan air seperti :

1. Empangan Linggiu 2. Loji Rawatan Air di Tai Hong

Klausa 13(1), maka hasil jualan air mentah kepada Singapura ialah 250,000,000/1,000 x 0.03 = RM7,500.00 sehari. Bagi Klausa 13(2), maka kos bagi membeli air terawat (bersih) bagi tiap-tiap 5MGD ialah5,000,000 /1,000 x RM0.50= RM2,500.00 sehari. Bagaimanapun, situasi semasa ialah : Pembelian air terawat (bersih) daripada kerajaan Singapura kini ialah 16MGD sehari iaitu melebihi 11 MGD. Berdasarkan kepada pengiraan, 11MGD ini bernilai sebanyak 11,000,000/1,000 x RM0.50 = RM5,500 sehari.

Page 29: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

29

Pada dasarnya, kerajaan Johor telah membeli air terawat (bersih) lebih daripada jumlah yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Air 1962. JAWAPAN UPEN Kadar harga air mentah RM0.03 sen untuk 1,000 gelen (Johor-Singapura) masih relevan kerana Perjanjian Air Johor-Singapura tahun 1962 yang masih lagi berkuat kuasa dan perjanjian tersebut memperuntukkan bahawa pihak PUB Singapura perlu membayar harga air mentah yang diambil dari negeri Johor pada kadar RM0.03 bagi setiap 1,000 gelen. Perjanjian ini akan tamat tempoh pada tahun 2061.

Page 30: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

30

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B26 Mohon penjelasan tentang kewajaran pemilihan ketua kampung baru yang sesetengah ketua kampung lama telah diterima kepimpinannya oleh penduduk kampung? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Bagi memperbetulkan ketirisan yang berlaku ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah. Kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengambil langkah bagi memastikan semua lantikan yang dilakukan adalah mengikut proses dan memilih calon yang benar-benar layak, melalui proses saringan bagi mengenal pasti mereka yang betul-betul berkelayakan, bukan kerana dilantik atas nama parti. Pemilihan ketua kampung dibuat berdasarkan permohonan daripada calon yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Kampung di sesuatu kampung. Ketua Kampung yang telah ditamatkan perkhidmatan masih layak untuk memohon jawatan Ketua Kampung dan menjalani proses pelantikan sebagai mana peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa. Kerajaan negeri tiada halangan jika ketua kampung yang pernah menyandang jawatan ketua kampung sebelum ini dipilih semula dengan syarat mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Khas Pemilihan Ketua Kampung untuk melantik calon tersebut.

Page 31: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

31

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B27 Apakah tindakan konkrit yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi pencemaran air leachate yang berpunca dari tapak pelupusan sampah di Ladang CEP Renggam? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Pencemaran air larut resap (leachate) berpunca dari Tapak Pelupusan CEP Renggam akan diatasi secara tuntas dan berjangka panjang melalui penaiktarafan Loji Rawatan Leachate atau Leachate Treatment Plant (LTP) oleh pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) daripada kapasiti 150m3 kepada 300m3 sehari. Langkah ini dapat mengatasi pencemaran air larut resap ke Sungai Benut. Cadangan untuk menaik taraf LTP di tapak tersebut telah dipersetujui di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dibawa ke peringkat Kementerian Kewangan untuk diluluskan. Dalam pada itu, benteng tanah di kawasan sel yang menakung air leachate bersama air hujan akan dikukuhkan daripada kepada semasa mengikut keperluan. Pemantauan tapak secara berterusan dilaksanakan oleh pihak SWCorp bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Page 32: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

32

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B28 Apakah tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Veterinar bagi mengatasi masalah bau, lalat dan pencemaran air yang berpunca dari ladang ternakan ayam? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah bau, lalat dan pencemaran air yang berpunca dari ladang ternakan ayam. Antaranya adalah : i. Membuat pemantauan dan pemeriksaan berkala di ladang-ladang yang bermasalah. ii. Mengeluarkan surat peringatan untuk memaklumkan masalah yang dihadapi kepada

pengusaha dan meminta pengusaha mengambil tindakan sewajarnya. iii. Bekerjasama dengan pihak Pejabat Daerah Kluang dan Jabatan Alam Sekitar untuk

berbincang secara terus dengan pihak pengurusan ladang mengenai kaedah untuk mengatasi permasalahan ini.

iv. Pemantauan bacaan ammonia oleh pihak SAJ dan pihak ladang sendiri. Pada masa

kini belum ada lagi kes bacaan ammonia melebihi had yang dikesan oleh SAJ. v. Apabila pihak jabatan mendapat aduan awam, peringatan segera secara lisan akan

dibuat kepada pengusaha agar tindakan membaik pulih dilakukan dengan menambah penggunaan EM atau bahan penghilang bau dengan lebih banyak dalam pemprosesan baja yang dibuat agar tindak balas lebih berkesan.

vi. Satu sesi taklimat daripada pengurusan ladang iaitu Syarikat Henritex telah dibuat

bagi memberi penjelasan terhadap status penternakan dan sistem menangani pencemaran udara dan air yang ada dipraktikkan oleh pihak syarikat.

vii. Pihak Penguat kuasa Veterinar Negeri Johor telah meningkatkan kekerapan operasi

penguatkuasaan di kawasan hot spot iaitu terhadap 20 ladang di kawasan 10 kilometer radius dari R&R Machap. Mengenakan kompaun jika pihak ladang gagal atau melanggar mana-mana kesalahan yang terkandung dalam Enakmen Unggas dengan maksimum 3 kali kompaun seterusnya kes akan dibawa ke Mahkamah.

viii. Pihak jabatan dalam proses untuk membentangkan mengenai kronologi 20 buah ladang di Machap yang bermasalah seterusnya akan dibentangkan kepada Jabatan Alam Sekitar dan memohon jasa baik pihak Jabatan Alam Sekitar untuk memberikan cadangan dan khidmat nasihat bagi mengatasi masalah ini.

Page 33: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

33

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B29 Mohon pencerahan status pengurniaan hak milik tanah di Kg. Seri Maju Jaya, Kg. Haji Hamzah, Kg. Paya dan Kg. Bukit Nyamuk Simpang Renggam yang sepatutnya telah selesai pada tahun 2017? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pentadbiran Tanah Johor telah menerima sebanyak 1,087 permohonan tanah kerajaan dengan pecahan seperti berikut:

NAMA KAMPUNG

JUMLAH PEMOHON

Kampung Haji Hamzah 231 Kampung Haji Paya 408 Kampung Seri Maju Jaya 245 Kampung Bukit Nyamuk 203

JUMLAH 1,087 Permohonan ini telah diproses di peringkat Pejabat Tanah Daerah Kluang dan permohonan ini akan dibawa pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri pada tahun 2018. Pentadbiran ini telah menetapkan sasaran dalam “Key Performance Index” (KPI) dalam menyelesaikan permohonan-permohonan tanah berkelompok ini pada tahun 2018. Berdasarkan “timeline” yang ditetapkan, permohonan-permohonan ini mengikut masa yang ditetapkan “on track”.

Page 34: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

34

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B30 Bagaimana persiapan negeri Johor dalam menjadi tuan rumah SUKMA 2020? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Sukan Malaysia (SUKMA) adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. Kejohanan SUKMA merupakan kejohanan temasya terbesar dan berprestij di Malaysia di mana ianya dipertandingkan secara dwi-tahunan dan diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru atlet yang berpotensi tinggi untuk mewakili negara. Negeri Perak akan menjadi tuan rumah SUKMA pada bulan September 2018 ini dan diikuti Negeri Johor pada tahun 2020. Justeru, Kerajaan Negeri Johor sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 8 Mac 2017 telah menimbangkan Ringkasan Mesyuarat Bil. 531/2017 memutuskan bersetuju dengan penubuhan Sekretariat SUKMA Johor 2020 (SEKRETARIAT) bermula pada 1 Mac 2017 hingga 31 Jun 2021 atau sehingga selesai segala urusan SEKRETARIAT, tidak lebih satu (1) tahun selepas temasya SUKMA 2020 bertujuan untuk memastikan pengelolaan temasya SUKMA yang akan berlangsung di negeri Johor berjalan dengan baik dan memuaskan melibatkan berbagai aspek seperti infrastruktur sukan, pertandingan, pegawai teknikal, kemudahan, penginapan, pengangkutan, sistem keputusan dan sebagainya. Bagi mengerakkan SEKRETARIAT, pengisian jawatan dalam SEKRETARIAT telah dibuat secara lantikan kontrak (Contract For Services) atau pinjaman bagi pegawai tetap tertakluk kepada skim perkhidmatan, pekeliling, surat dan kelulusan kerajaan negeri yang berkuat kuasa dari masa ke semasa, manakala lantikan tidak sepenuh masa dibayar elaun secara pukal. Setakat ini, terdapat tujuh (7) perjawatan secara sepenuh masa telah diisi dalam SEKRETARIAT, yang dianggotai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif, dua (2) orang pegawai kanan daripada Pegawai Tadbir Negeri Johor dan empat (4) orang kakitangan daripada Kumpulan Sokongan. Selain daripada itu, SEKRETARIAT turut dibantu oleh lima (5) pegawai dan kakitangan tidak sepenuh masa daripada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), yang terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Operasi merangkap Pengarah MSNJ, dua (2) orang pegawai MSNJ dan dua (2) orang kakitangan Kumpulan Sokongan. Pihak SEKRETARIAT sedang menyediakan kertas kerja bagi cadangan penstrukturan semula carta organisasi bagi tahun 2019 dengan menambah bilangan perjawatan secara kontrak, tidak sepenuh masa ataupun sambilan berdasarkan kepada keperluan standard dalam penganjuran SUKMA selaku tuan rumah. Dijangkakan antara 80 – 90 jumlah perjawatan diperlukan bagi melancarkan operasi SEKRETARIAT. Hasil daripada Bengkel Penyelarasan Infrastruktur Bagi Persiapan SUKMA Johor 2020 dan Hala Tuju Pembangunan Sukan Negeri Johor serta Pelan Pembangunan Sukan Negeri Johor 2030 yang telah diadakan pada bulan Februari 2018, dengan penglibatan jabatan kerajaan yang berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan

Page 35: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

35

Persatuan-Persatuan Sukan, pihak SEKRETARIAT telah mengenal pasti venues bagi acara-acara sukan yang akan dipertandingkan sama ada melalui kaedah menaik taraf kemudahan sukan, membaik pulih dan bina baru. Selain daripada itu, pihak SEKRETARIAT telah menjalankan sesi perkongsian pengalaman seperti mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia, program perkongsian ilmu dan teknikal dengan meninjau pelaksanaan Sukan Komanwel Ke-21 di Gold Coast, Australia pada bulan April 2018 dan kunjungan hormat ke Sekretariat SUKMA Perak 2018 pada bulan Jun 2018. SEKRETARIAT juga telah meninjau beberapa infrastruktur bagi perkampungan sukan di kawasan Johor Bahru. Baru-baru ini pihak SEKRETARIAT telah menganjurkan pertandingan mereka cipta logo SUKMA Johor 2020 yang terbuka kepada orang ramai dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 Julai 2018. SEKRETARIAT telah melantik panel penilai bagi memilih Logo SUKMA Johor 2020 dan pemilihan akan dibuat dalam masa terdekat. Logo SUKMA Johor 2020 tersebut akan dibawa kepada kerajaan negeri untuk kelulusan. Seterusnya, Kerajaan Negeri Johor akan menerima kunjungan hormat daripada Sekretariat SUKMA Perak 2018 pada 19 Ogos 2018 yang akan menyampaikan jemputan rasmi kepada Kerajaan Negeri Johor sempena SUKMA XIX Perak 2018. Kunjungan Hormat dan Penyampaian Jemputan Rasmi merupakan acara tradisi yang diamalkan di setiap negeri-negeri penganjur bagi Sukan Malaysia ini. Dari segi persiapan atlet bagi menghadapi SUKMA Johor 2020, pihak Majlis Sukan Negeri Johor telah diberi tanggungjawab dalam memastikan pencapaian kontinjen Negeri Johor menjadi Juara Keseluruhan temasya tersebut. Sejak Jun 2017, pihak Majlis Sukan Negeri Johor telah mengujudkan satu program menuju SUKMA Johor 2020 yang diberi nama Titanium2020 (Ti20) yang mana program ini memberi tumpuan kepada sukan berpotensi menghadiahkan pungutan pingat yang banyak kepada kontinjen SUKMA Johor. Program ini merangkumi 6 Sukan Wajib (Olahraga, Renang, Memanah, Menembak, Berbasikal, Tenpin Bowling) dan 5 Sukan Pilihan (Lawan Pedang, Judo, Angkat Berat, Kanu & Petanque) yang mana pemilihan sukan ini berdasarkan beberapa perkara iaitu sukan yang menawarkan pingat yang banyak di temasya SUKMA, Sukan subjektif yang tidak dipengaruhi oleh keputusan pengadil serta juri dan sukan yang menunjukkan peningkatan di peringkat pembangunan. Atlet di bawah Program Titanium2020 ini diberikan tumpuan latihan khusus dan berpusat di bawah pemantauan jurulatih pakar yang disediakan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Johor. Atlet akan menjalani latihan sepenuh masa dan prestasi mereka sentiasa dipantau dan dijalankan ujian umum dan spesifik mengikut sukan masing-masing setiap 3 bulan oleh pegawai sains sukan. Di bawah program ini juga atlet dan jurulatih diberikan peluang bagi menyertai pertandingan pendedahan dalam dan luar negara untuk melihat pencapaian terkini para atlet. Program ini akan diteruskan setelah tamat SUKMA Perak 2018 ini bagi memastikan kelangsungan latihan dan prestasi atlet berada di dalam keadaan yang terbaik menuju SUKMA Johor 2020. Pihak Majlis Sukan Negeri Johor turut menjalinkan kerjasama yang baik dengan Majlis Sukan Sekolah Johor dalam mendapatkan bakat-bakat atlet di peringkat sekolah. Bantuan jurulatih pakar daripada Majlis Sukan Negeri Johor kepada jurulatih di

Page 36: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

36

peringkat sekolah juga diberikan bagi memastikan kesinambungan latihan dan kebolehan atlet sebelum diserapkan di dalam Program Titanium2020. Program Titanium2020 ini akan diperkembangkan kepada sukan-sukan yang dilihat berpotensi dalam menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Johor bagi menghadapi SUKMA Johor 2020. Oleh yang demikian, pihak Majlis Sukan Negeri Johor sedang dalam proses menambah baik program ini untuk memastikan pembangunan sukan di negeri Johor ini akan mencapai matlamat bukan sahaja pada tahun 2020 tetapi tahun berikutnya demi memastikan negeri Johor menjadi salah satu kuasa besar sukan di negara ini.

Page 37: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

37

YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI (LAYANG-LAYANG) SOALAN B31 Mohon nyatakan apakah perancangan dan tindakan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri Johor bagi pembinaan masjid baru di Kampung Tengah Renggam di DUN Layang-Layang? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Sehingga hari ini, Jabatan Agama Islam Negeri Johor belum menerima apa-apa permohonan pembinaan bangunan baru masjid daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Tengah Renggam DUN Layang-layang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 9 April 2012, JKKK Kg Tengah Renggam ada membuat permohonan melalui Kadi Daerah Kluang bagi mendapatkan peruntukan menggantikan pendawaian elektrik di masjid berkenaan. Pada 14 Mei 2012, satu surat dari jabatan ini kepada pemohon telah dihantar agar membuat permohonan melalui Borang Permohonan Peruntukan Kecil Masjid dan Surau Majlis Agama Islam Negeri Johor namun sehingga ke hari ini pihak pemohon tidak mengemukakan permohonannya. Oleh itu, permohonan tersebut tidak dapat diproses.

Page 38: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

38

YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI (LAYANG-LAYANG) SOALAN B32 Mohon nyatakan apakah perancangan dan tindakan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri Johor bagi membantu menyelesaikan masalah projek perumahan yang terbengkalai di Pekan Layang-Layang? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, hasil semakan di Jabatan Perumahan Negara mendapati tiada projek perumahan yang terbengkalai di Pekan Layang-Layang. Namun begitu, kerajaan mengambil maklum dan sentiasa memberikan perhatian terhadap penyelesaian projek terbengkalai di negeri Johor. Terdapat beberapa langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri Johor bagi menyelesaikan masalah tersebut iaitu dengan menjalankan kerja-kerja pemantauan, serta berkolaberasi dengan pihak Jabatan Perumahan Negara bagi menyelesaikan projek yang telah di isytihar terbengkalai sama ada melalui penyuntikan dana atau mencari pemaju penyelamat.

Page 39: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

39

YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI (LAYANG-LAYANG) SOALAN B33 Mohon nyatakan apakah perancangan dan tindakan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri Johor bagi membina Rumah Mampu Milik untuk penduduk Renggam di DUN Layang-Layang? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri Johor sentiasa komited dalam menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat Johor. Pembangunan Perumahan Rakyat Johor bukan hanya difokuskan di dalam bandar, malahan ianya juga dibangunkan di kawasan luar Bandar sejajar dengan Dasar Perumahan Rakyat Johor di para 4 dan para 5. Untuk makluman Yang Berhormat juga, jumlah permintaan bagi yang berdaftar di dalam portal Perumahan Johor sehingga Jun 2018 untuk DUN Layang-Layang adalah seramai 55 orang manakala butir maklumat pembangunan Perumahan Rakyat Johor yang akan dibangunkan di DUN Layang-Layang adalah seperti berikut:

Bil Nama Pemaju

Lokasi Pembangunan Status

Tahun Jangka Siap

Jenis Pembangunan Jumlah Unit PKJ

A PKJ B RMMJ

1 KEJORA Kampung Paya 95% 2018 16 18 13 43

2 DYNA Tenaga Lot 1266 25% 2020 56 31 0 87

3 Modern Horizon Lot 1542

Baru Lulus Pelan Kebenaran Merancang

2023 20 5 0 25

Jumlah 92 54 13 159

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kerajaan negeri akan menambah lagi pembangunan Perumahan Rakyat Johor selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan iaitu membina 100,000 unit rumah mampu millik menjelang tahun 2023.

Page 40: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

40

YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI (LAYANG-LAYANG) SOALAN B34 Apakah perancangan dan penyelesaian bagi isu pusat pelupusan sampah di Jalan CEP Renggam yang mengakibatkan pencemaran air semasa hujan lebat sekali gus telah mengganggu Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam untuk membekalkan air kepada penduduk di kawasan Simpang Renggam? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Bagi mengekang daripada berlakunya pencemaran bekalan air di Simpang Renggam akibat daripada operasi Tapak Pelupusan CEP Renggam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memutuskan untuk menaik taraf Loji Rawatan Leachate atau Leachate Treatment Plant (LTP) daripada kapasiti 150m3 kepada 300m3 sehari bagi meningkatkan kapasiti rawatan air leachate yang terjana di tapak sekali gus mengurangkan risiko pencemaran ke Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam. Permohonan tersebut kini di peringkat Kementerian Kewangan untuk kelulusan. Untuk makluman, LTP tersebut beroperasi selama 24 jam setiap hari dan kualiti air terawat yang dilepaskan adalah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Selain itu, langkah pencegahan turut diambil melalui pemindahan air leachate yang bertakung di sel-sel semasa yang berpotensi menyebabkan pencemaran air ketika hujan lebat. Langkah tersebut di laksana dengan memindahkan air leachate tersebut ke Tapak Pelupusan Sanitari Seelong untuk dirawat. Dimulakan sejak April 2018, sebanyak 180m3 dihantar setiap hari dan sehingga sebanyak 11,000m3 telah dipindahkan.

Page 41: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

41

YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI (LAYANG-LAYANG) SOALAN B35 Mohon nyatakan apakah perancangan dan tindakan oleh kerajaan negeri Johor untuk mengatasi masalah perkhidmatan bas awam yang telah tamat perkhidmatan pada bulan Jun 2018? Ianya melibatkan laluan daripada Simpang Renggam, Renggam dan ke Kluang? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Kerajaan negeri mengambil maklum penamatan perkhidmatan bas awam di 2 laluan iaitu Simpang Renggam ke Renggam dan Renggam ke Kluang yang dioperasikan oleh syarikat Renggam Bus Co yang berakhir pada akhir bulan Jun yang lepas. Ini disebabkan syarikat bas tersebut mengalami kerugian dengan menanggung kos operasi bas yang tinggi. Perbadanan Pengangkutan Awam telah melakukan tinjauan kepada laluan tersebut dan mendapati terdapat pengguna yang masih bergantung kepada pengangkutan bas awam untuk perjalanan harian mereka. Beberapa sesi perjumpaan bersama wakil penduduk dan pengusaha bas yang lain telah dibuat bagi mengenal pasti mekanisme atau program yang sesuai untuk laluan tersebut. Antaranya memanggil pengusaha-pengusaha bas sedia ada di negeri Johor bagi mencadangkan mengganti operasi laluan tersebut. Perbincangan masih diteruskan dengan meneliti impak kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan Johor memandangkan laluan tersebut mempunyai kepadatan penduduk yang kurang dan laluan yang panjang iaitu sepanjang 37km. Antara cadangannya adalah kos pengoperasian akan ditanggung bersama dengan kerajaan negeri dan pengusaha bas yang berminat bagi kedua-dua laluan iaitu Simpang Renggam – Renggam dan Renggam – Kluang.

Page 42: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

42

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B36 Minta dinyatakan bilangan TASKA yang berdaftar mengikut kategori yang terdapat dalam setiap DUN dan apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan semua jabatan kerajaan menyediakan taska di tempat kerja? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Bilangan TASKA yang berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 di Negeri Johor sehingga 1 Ogos 2018 adalah sebanyak 209. Terdapat 4 kategori TASKA dengan 2 sub kategori seperti di bawah :

BIL. KATEGORI TASKA 1 TASKA Institusi 2 TASKA Tempat Kerja

Sub Kategori : a. Tempat Kerja Awam b. Tempat Kerja Swasta

3 TASKA Di Rumah 4 TASKA Komuniti

Pecahan TASKA berdaftar mengikut kategori bagi setiap DUN di negeri Johor adalah seperti Lampiran B36. Langkah yang diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan semua jabatan kerajaan menyediakan TASKA di tempat kerja ialah: 1. Menyampaikan maklumat berkaitan insentif penubuhan TASKA di tempat kerja awam

iaitu insentif sebanyak RM200,000.00 bagi setiap agensi kerajaan yang menubuhkan TASKA di tempat kerja. Inisiatif ini dapat menggalakkan penubuhan TASKA di Tempat Kerja, di mana ia memberi manfaat kepada ibu bapa yang bekerja. Antara kepentingan TASKA di Tempat Kerja adalah seperti berikut: i. Menghilangkan kerisauan pekerja semasa bekerja; ii. Meningkatkan produktiviti pekerja; iii. Mengurangkan kadar pusing ganti pekerja dalam sesebuah tempat kerja; iv. Meningkatkan motivasi di kalangan pekerja; dan v. Menggalakkan penyusuan ibu bagi ibu yang bekerja di mana ia penting untuk

pertumbuhan dan perkembangan anak.

2. Pemberian subsidi sebanyak RM180.00 sebulan bagi yuran pengasuhan untuk seorang anak kepada pegawai yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan yang menghantar anak ke TASKA di tempat kerja.

3. Bagi penubuhan TASKA di tempat kerja swasta dan syarikat korporat pula, kerajaan melalui Kementerian Kewangan memberikan insentif potongan cukai sebanyak 10 peratus setiap tahun selama 10 tahun untuk membiayai kos penubuhan taska di tempat kerja.

Page 43: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

43

4. Antara strategi-strategi yang telah dilaksanakan di peringkat Jabatan adalah:

i. Kempen Jom Daftar TASKA – Pihak JKM di peringkat negeri menganjurkan kempen ini bagi memberi advokasi berhubung penubuhan dan pendaftaran TASKA.

ii. Pihak JKM Negeri juga mengambil inisiatif untuk berjumpa agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk memberi taklimat penubuhan TASKA Tempat Kerja dan insentif yang diperolehi oleh majikan yang menubuhkan TASKA Tempat Kerja.

iii. Pihak JKM Negeri mengaktifkan fungsi “one stop centre” bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan agensi dalam pendaftaran TASKA

5. Pelbagai usaha dan pendekatan telah dilaksanakan bagi menggalakkan agensi

kerajaan dan swasta untuk menubuhkan TASKA Di Tempat Kerja, namun demikian penubuhan dan pendaftaran TASKA Di Tempat Kerja kurang memberangsangkan. Sehingga kini jumlah pendaftaran bagi tahun 2017 hanya 10 buah TASKA di Negeri Johor. Situasi ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu: i. Isu ruang yang tidak sesuai dan kondusif untuk dijadikan TASKA. ii. Isu kekangan kewangan bagi agensi swasta untuk menubuhkan TASKA.

Penubuhan sesebuah TASKA merupakan satu proses yang mengambil tempoh agak panjang dan memerlukan perancangan yang teliti kerana melibatkan kos yang tinggi juga bagi memastikan TASKA memenuhi keperluan keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Page 44: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

44

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B37 Apakah bentuk bantuan dan latihan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dalam membantu golongan ibu tunggal yang ingin menceburi bidang keusahawanan serta berapa ramaikah yang telah berjaya daripada program tersebut? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Pelbagai cara dan kaedah yang kerajaan telah cuba laksanakan demi kepentingan rakyat terutamanya golongan wanita. Bagi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), bentuk bantuan dan latihan yang diberikan kepada wanita adalah lebih berfokus iaitu kepada Ibu Tunggal dan Wanita berpendapatan Rendah. Antara bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim adalah Bantuan Peralatan kepada Ibu Tunggal dan Golongan Berpendapatan Rendah khusus bagi membantu menjana pendapatan keluarga. Bagi tahun 2018 sehingga bulan Julai, penerima manfaat bantuan peralatan adalah seramai 216 orang. Berikut adalah jadual Penerima Bantuan Peralatan dari tahun 2003 hingga 2008 :

BIL. TAHUN JUMLAH PENERIMA BANTUAN 1. 2003 14 2. 2004 10 3. 2005 12 4. 2006 11 5. 2007 18 6. 2008 20 7. 2009 25 8. 2010 20 9. 2011 37 10. 2012 29 11. 2013 22 12. 2014 25 13. 2015 24 14. 2016 51 15. 2017 60 16. 2018 (Jan – Julai) 216 JUMLAH 594

Manakala latihan atau kursus juga turut dilaksanakan selari dengan bantuan peralatan yang diberikan supaya peserta objektif dalam membantu golongan sasar ini menjadi usahawan tercapai. Berdasarkan data yang di kumpul, dari tahun 2010 hingga 2017 seramai 6,002 orang telah mengikuti kursus anjuran YPKDT iaitu melalui 276 kursus yang telah dianjurkan. Antara kursus kemahiran yang telah dianjurkan adalah Kursus Masakan (Kuih, Pastry, Kek, dan sebagainya), Kursus Jahitan, Kursus Nursery Bunga, Kursus Urutan Refleksologi, Kursus Spa, Kursus Kecantikan (Solekan). YPKDT juga menyediakan kursus-kursus berbentuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai asas keusahawanan, pembungkusan, motivasi dan sebagainya supaya para peserta bersedia dan dapat menjalankan perniagaan walaupun berskala kecil.

Page 45: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

45

Sementara, JKM dalam membantu golongan ibu tunggal dalam kalangan penerima bantuan yang menceburi bidang keusahawanan telah melaksanakan Bantuan Geran Pelancaran (BGP). BGP merupakan satu exit policy untuk menggalakkan penerima bantuan Jabatan yang produktif agar berdikari melalui penglibatan secara aktif program menjana pendapatan tanpa bergantung kepada bantuan sebagai saraan hidup. Tujuan BGP adalah bagi memperkasakan ekonomi penerima bantuan yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga melalui pemberian geran dengan kadar RM2,700.00 sekali gus seorang. Peserta yang telah melepasi proses saringan psikologi akan diberi latihan seperti Kursus Literasi Kewangan dan Pengurusan Buku Tunai, Kursus e-usahawan dan pengurusan perniagaan seperti pemasaran dan jualan . Ianya bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan serta memberi pendedahan kepada peserta dalam menguruskan perniagaan masing-masing. Jabatan turut bekerjasama dengan agensi lain seperti MARA, SSM dan agensi-agensi yang pakar dalam memberi latihan dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan peserta. Terdapat dua sumber peruntukan bagi bantuan ini iaitu sumber persekutuan dengan kadar RM2700 seorang melalui program 2Year Exit Policy (2YEP) dan peruntukan Kerajaan Negeri dengan kadar RM3000 seorang bermula pada tahun 2018 melalui program 2Year Exit Policy (2YEP) Muafakat Johor. Seramai 200 orang telah terlibat bagi tahun 2016, 150 orang masing-masing bagi tahun 2017 dan 2018 manakala seramai 20 orang terlibat dalam 2YEP Muafakat Johor. Sehingga kini seramai 39 orang peserta tahun 2016 dan 16 orang peserta tahun 2017 telah mencapai pendapatan melebihi RM1,200.00 dan ke atas dan sebahagiannya telah ditamatkan bantuan secara sukarela serta menjadi mentor kepada usahawan yang lain. Berikut merupakan bilangan penerima Bantuan Geran Pelancaran di bawah peruntukan persekutuan dan negeri seperti di Jadual 1.

Page 46: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

46

Jadual 1 : Bilangan penerima Bantuan Geran Pelancaran di bawah peruntukan persekutuan dan negeri.

PERUNTUKAN PERSEKUTUAN (2 YEP) (RM2,700.00SEORANG)

PERUNTUKAN NEGERI (2YEP MUAFAKAT JOHOR) (RM3,000.00 SEORANG)

PKMD

TAHUN 2016 2017 2018 2018

JOHOR BAHRU 30 20 15 2 MUAR 30 15 15 2 BATU PAHAT 30 25 15 2 SEGAMAT 20 20 15 2 KLUANG 20 15 15 2 PONTIAN 20 10 15 2 KOTA TINGGI 20 15 15 2 MERSING 10 10 15 2 TANGKAK 10 10 15 2 KULAI 10 10 15 2 JUMLAH 200 150 150 20

Page 47: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

47

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B38 Minta dinyatakan bilangan penerima bantuan kebajikan di DUN Penawar serta jumlah bantuan kewangan serta pecahan kaum dari tahun 2016 ke 2018? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Bilangan penerima bantuan kebajikan JKM dan jumlah bantuan kewangan yang diterima bagi DUN Penawar bagi tahun 2016 adalah seramai 476 orang yang terdiri daripada 382 orang Melayu, 93 orang Cina dan 1 orang India dengan melibatkan RM1.7 juta. Bagi tahun 2017, penerima bantuan JKM berjumlah 469 orang dengan pecahan 461 orang Melayu, 7 orang Cina dan 1 orang India berjumlah RM1.5 juta. Manakala bagi tahun 2018 sehingga bulan Jun, seramai 495 orang penerima bantuan JKM terdiri daripada 467 orang Melayu, 27 orang Cina dan 1 orang India berjumlah RM948,900.00. Maklumat lanjut adalah seperti di Lampiran B38.

Page 48: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

48

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B39 Minta dinyatakan bilangan Pusat Dalam Komuniti (PDK) di negeri Johor mengikut DUN dan berapa banyak peruntukan geran yang telah disalurkan kepada PDK ini bagi menampung operasi mereka supaya nasib anak-anak OKU ini terbela? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Untuk makluman, di negeri Johor ini terdapat 73 buah PDK yang telah di bangunkan di kawasan DUN. Jumlah ini adalah yang terbesar di Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Lampiran C merupakan senarai PDK mengikut DUN dan Parlimen di Negeri Johor. Berkenaan tentang peruntukan geran yang disalurkan kepada PDK bagi menampung operasi, kerajaan persekutuan telah menyalurkan peruntukan geran sebanyak RM11,149,920.00 untuk tahun 2018 bagi membiayai kos bayaran elaun 73 orang Penyelia, 374 orang Petugas, 2567 orang Pelatih dan Aktiviti di PDK. Manakala kerajaan negeri Johor menyalurkan geran peruntukan Elaun Tambahan sebanyak RM1,326,000.00 kepada Penyelia dan Petugas PDK bagi tahun 2018. Setiap Pelatih PDK yang berdaftar di PDK akan menerima elaun sebanyak RM150.00 sebulan. Penyelia PDK akan menerima sagu hati (elaun) sebanyak RM1,200.00 sebulan manakala setiap Petugas akan menerima sagu hati (elaun) sebanyak RM800.00 sebulan dari kerajaan persekutuan. Namun di negeri Johor, mulai tahun 2015 setiap Penyelia dan Petugas akan menerima Elaun Tambahan dari kerajaan negeri Johor sebanyak RM200.00 sebulan dan juga Bantuan Khas Kewangan mengikut pengumuman oleh kerajaan negeri Johor. Bermula pada tahun 2007, kerajaan negeri Johor telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM200,000.00 (sebuah PDK) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor bagi membiayai kos pembinaan bangunan PDK sedia ada dan peruntukan sebanyak RM50,000.00 bagi pembelian peralatan untuk PDK tersebut. Namun pada tahun 2017 peruntukan kos pembinaan bangunan PDK ini dinaikkan kepada RM350,000.00. Sehingga tahun 2018 sebanyak 37 buah PDK telah dibina menggunakan peruntukan ini. Peruntukan yang diluluskan sebanyak RM350,000.00 tidak termasuk pembelian peralatan. Struktur dan pelan bina adalah mengikut spek standard kerajaan negeri Johor.

Page 49: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

49

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B40 Dalam manifesto PRU yang lepas, komitmen BN Johor adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan tenaga kerja profesional Johor terdiri daripada kaum wanita. Apakah strategi kerajaan negeri dalam memastikan komitmen ini dipenuhi? JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH Untuk makluman, memberi pendedahan dan pemahaman mengenai kerjaya profesional perlu ditekankan kaum wanita. Antara promosi dan galakan kepada penglibatan wanita di dalam tenaga kerja profesional boleh dilaksanakan seperti: a) Pendedahan dan pemahaman mengenai kerjaya profesional pada peringkat awal di

peringkat sekolah. b) Meraikan dan memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh wanita sebagai ikon kerjaya

yang profesional. Selain itu, kita mengalu-alukan komitmen dan inisiatif daripada industri dalam memberi peluang kerjaya kepada golongan wanita untuk bekerja di peringkat profesional. Antaranya dengan menyediakan kemudahan asrama atau tempat tinggal kepada pekerja terutamanya pekerja perempuan. Seperti baru-baru ini, i2M Venture Sdn Bhd bekerjasama dengan Mah Sing untuk menyediakan kemudahan penyewaan bilik kepada mereka yang bekerja di GBS Iskandar. Kita juga menggalakkan lepasan sekolah untuk menambahkan kemahiran mereka di mana-mana institusi latihan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan. Secara tidak langsung akan meningkatkan pendidikan tinggi di kalangan pelajar termasuklah pelajar wanita.

Page 50: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

50

YB TUAN MOHD. SOLIHAN BIN BADRI (TENANG) SOALAN B41 Kerajaan negeri telah mensasarkan pembinaan 60 ribu unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjelang tahun 2020. Setakat ini berapakah unit RMMJ yang mampu dibina dan di mana? Apakah kekangan yang mungkin dihadapi oleh agensi pelaksana dan apakah insentif kerajaan negeri untuk membolehkan penyertaan pihak swasta? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, bermula tahun 2014 di mana tahun bermulanya Dasar Perumahan Rakyat Johor, Kerajaan Negeri telah menyasarkan Pembinaan Perumahan Rakyat Johor sebanyak 60,000 unit menjelang tahun 2020. Sehingga Disember 2017, sebanyak 16,010 unit telah siap di bina. Ini bermakna, kerajaan negeri telah melepasi 27% daripada sasaran tersebut dalam tempoh 4 tahun sejak bermula Dasar Perumahan Rakyat Johor. Task force Perumahan Negeri Johor mengunjurkan unit Rumah Mampu Milik Johor yang akan disiapkan adalah sebanyak 3,714 unit bagi tahun 2018. Manakala 40,276 unit masih di dalam perancangan. Tidak dinafikan terdapat banyak kekangan yang dihadapi dalam menyediakan perumahan mampu milik di negeri Johor. Antaranya ialah kos bagi pembangunan yang tinggi. Terdapat rintihan daripada pemaju swasta dalam membangunkan Perumahan Rakyat Johor kerana ianya akan mengalami kerugian. Namun begitu, kerajaan negeri memberi inisiatif kepada pihak pemaju dengan mengadakan konsep subsidi silang atau dengan izin, “Cross Subsidy”. Konsep ini memberi peluang kepada pemaju dengan hasil keuntungan daripada jualan hartanah pasaran bebas disubsidikan kepada pembangunan Perumahan Rakyat Johor. Selain itu juga, Dasar Perumahan Rakyat Johor telah menetapkan kadar 40% bagi sesuatu pembangunan perlulah dibangunkan Perumahan Rakyat Johor.

Page 51: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

51

YB TUAN MOHD. SOLIHAN BIN BADRI (TENANG) SOALAN B42 Terdapat rakyat Johor yang bergantung kepada hasil getah dan kelapa sawit. Bagaimanapun harga kedua-dua komoditi ini agak rendah ketika ini sehingga menyebabkan mereka jatuh dalam kategori miskin. Adakah kerajaan negeri bercadang menyediakan bantuan bagi mengurangkan beban mereka atas kenaikan harga barang? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Berikutan isu kejatuhan harga getah yang memberi kesan terhadap semua pekebun kecil getah, satu insentif telah dilaksanakan iaitu Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan para penoreh agar terus menoreh semasa harga getah jatuh. Pembayaran IPG ini akan dilaksanakan apabila purata bulanan harga getah gred SMR20 FOB berada di paras RM5.50 sekilogram atau purata bulanan harga cuplump berada di paras RM2.20 sekilogram ke bawah. Pembayaran IPG ini adalah berdasarkan jumlah hasil jualan getah mereka dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun mereka secara terus. Bersama-sama ini disertakan ringkasan pembayaran IPG di negeri Johor bagi tahun 2018 untuk makluman dan perhatian pihak Yang Berhormat selanjutnya.

LEMBAGA GETAH MALAYSIA SISTEM INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG)

LAPORAN : RINGKASAN PEMBAYARAN IPG NEGERI JOHOR TAHUN 2018

Bulan Bil. Tuntutan Berat Kering

(kg) Jumlah Pembayaran (RM)

Julai 1,764 362,150.09 110,345.78 Jun 2,293 417,456.55 155,571.59 Mei 2,628 534,871.89 145,643.48 April 1,595 350,172.77 79,446.20 Mac 18 5,506.75 1,204.61 Feb IPG Tidak Aktif Jan IPG Tidak Aktif

Merujuk kepada komoditi kelapa sawit pula, cabaran yang dihadapi industri ketika ini ialah prestasi harga yang rendah di mana harga minyak sawit mentah (CPO) Malaysia bagi tempoh Januari-Jun 2018 lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun 2017. Harga CPO telah menyusut sebanyak RM524 se tan atau 17.8% kepada RM2,420.50 se tan pada Januari-Jun 2018 berbanding RM2,944.50 se tan pada Januari-Jun 2017. Harga isirung sawit (PK) pula telah menyusut sebanyak RM606.50 atau 23.4% kepada RM1,984.00 se tan berbanding RM2,590.50 se tan. Selari dengan kejatuhan harga CPO dan PK di pasaran, harga buah tandan segar (BTS) turut mengalami kejatuhan pada pertengahan tahun 2018. Harga purata BTS Malaysia direkodkan pada RM485 se tan bagi tempoh Januari-Jun 2018 atau menyusut sebanyak 20.5% berbanding RM610 se tan pada Januari-Jun 2017.

Page 52: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

52

Faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan harga minyak sawit pada setengah tahun pertama 2018 adalah disebabkan oleh stok minyak sawit yang tinggi bagi tempoh tersebut, di mana melebihi purata 2 juta tan (2.32 juta tan) ekoran pengeluaran CPO yang tinggi untuk tempoh yang sama. Penyusutan harga minyak sawit juga adalah selari dengan kejatuhan harga minyak sayuran saingan di pasaran dunia, terutamanya minyak kacang soya. Ini kerana minyak kacang soya dan minyak sawit merupakan barang pengganti yang hampir dan kedua-duanya bersaing merebut pasaran minyak sayuran dunia. Setakat ini kerajaan melalui MPOB tiada cadangan untuk menyediakan bantuan kepada petani tersebut.

Page 53: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

53

YB TUAN MOHD. SOLIHAN BIN BADRI (TENANG) SOALAN B43 Kepesatan industri pembinaan dan penyediaan prasarana telah menyediakan peluang besar kepada kontraktor kecil dan sederhana. Mohon dinyatakan jumlah kontraktor mengikut kaum dan apakah insentif yang disediakan bagi memastikan mereka turut serta dalam projek- projek besar yang dilaksanakan oleh kerajaan ataupun swasta? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah kontraktor di Johor sahaja sudah mencecah 14,251 kontraktor berdaftar. Dari jumlah tersebut, sebanyak 5,397 yang berstatus Bumiputera dan 8,854 bukan Bumiputera. Tiada pengklasifikasian mengikut etnik/kaum kerana terdapat syarikat berdaftar yang mempunyai rakan kongsi dan kakitangan yang berbilang kaum. Oleh yang demikian, hanya pengklasifikasian sama ada sesebuah syarikat itu memohon dan mempunyai sijil berstatus bumiputera atau pun tidak. Bagi insentif untuk kontraktor di Johor, kesemuanya layak untuk mendapatkan projek- projek kerajaan mahu pun swasta, namun tertakluk kepada garis panduan tawaran tender yang diberikan. Kontraktor yang berminat untuk memajukan syarikat mereka, peluang peningkatan ilmu dan keupayaan akan diberikan melalui program bermanfaat yang dianjurkan oleh JCCD di samping latihan untuk mengisi borang dan tuntutan kerja mengikut format kerajaan supaya lebih mudah dan teratur.

Page 54: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

54

YB TUAN MOHD. SOLIHAN BIN BADRI (TENANG) SOALAN B44 Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi memperkasakan pendidikan agama Islam di negeri ini untuk menjadikan Johor pusat kecemerlangan pendidikan Islam moden di rantau ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Negeri Johor sememangnya terkenal dengan sejarah pendidikan Islam yang gemilang sejak lebih seabad yang lalu. Kegemilangan ini berpunca daripada sikap pemerintah yang ditunjangi oleh pihak Istana yang begitu mengambil berat berkaitan keperluan pendidikan agama disebarluaskan kepada seluruh rakyat jelata melalui sistem persekolahan. Oleh itu apabila disebut sahaja seseorang Muslim itu berasal dari Johor maka ia sinonim dengan Sekolah Agama Kerajaan Johor yang sistem pendidikan agamanya diakui tersusun dan kemas. Hakikat ini diakui oleh masyarakat Muslim di negeri-negeri lain. Bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan semasa, sistem pendidikan agama ini sentiasa di pertingkat dan diperkemaskan. Kerajaan negeri hari ini melihat terdapat ruang-ruang yang berpotensi untuk dimajukan dalam konteks pemerkasaan sistem pendidikan Islam sedia ada sama ada dari aspek kurikulum, pengurusan, kemenjadian murid, penghayatan Islam, prasarana dan sebagainya. Pemerkasaan ini harus meliputi semua peringkat pengurusan dan semua tahap pembelajaran, baik di peringkat pemegang dasar mahupun pelaksana, dan baik di tahap pra sekolah, rendah dan menengah, mahupun di tahap pengajian tinggi. Oleh itu untuk peringkat awal ini, kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan di dalam perancangan untuk membina beberapa buah sekolah SRAB lagi di daerah-daerah tertentu, membina beberapa buah Sekolah Menengah Agama Tahfiz Moden di beberapa buah daerah tertentu dan mewujudkan Universiti Johor dalam masa beberapa tahun ini. Menyedari akan hakikat betapa pentingnya dipertingkatkan pendidikan Islam di negeri Johor demi kelangsungan dan kelestariannya serta melihat kepada potensi-potensi luaran yang ada di sekeliling, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan-perbincangan lanjutan yang lebih terbuka dan mendasar bersama golongan-golongan cerdik pandai dalam bidang pendidikan, agama, akademik, pengurusan dan strategi serta pihak-pihak yang difikirkan perlu bagi membantu kerajaan merangka satu Pelan Induk Pendidikan Islam Negeri Johor yang komprehensif dalam usaha meletakkan negeri Johor sebagai pusat pendidikan Islam tersohor di rantau ini.

Page 55: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

55

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B46 Minta dinyatakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu koperasi FELDA yang tidak mempunyai pulangan kewangan untuk ahli-ahli berikutan kejatuhan harga sawit? JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Di seluruh negeri Johor terdapat sebanyak 70 buah koperasi FELDA, dengan keanggotaan seramai 29,097 orang, syer terkumpul sebanyak RM11.37 juta, aset terkumpul sebanyak RM67.06 juta dan perolehan terkumpul sebanyak RM126.3 juta. Secara keseluruhannya, koperasi-koperasi FELDA tidak begitu terjejas walaupun berlaku kejatuhan harga sawit kerana perolehan koperasi sebahagian besarnya diperolehi daripada kerja-kerja kontrak perladangan sawit yang diberikan oleh FELDA. Kerja-kerja kontrak tersebut termasuklah kerja-kerja menuai buah tandan segar (BTS), mengangkut BTS dari ladang anggota ke kilang-kilang sawit FELDA, kerja-kerja integrasi pertanian di ladang sawit seperti membaja, pruning, meracun, kerja-kerja tanam semula sawit. Selain itu, koperasi-koperasi FELDA juga menjalankan kerja-kerja kontrak am yang diberikan oleh FELDA dan jabatan kerajaan lain seperti kerja-kerja membaiki rumah-rumah peneroka, membina jalan pertanian, membaiki masjid dan sebagainya. Terdapat koperasi-koperasi FELDA yang membuat pelaburan dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF), perkhidmatan stesen minyak, kedai runcit, dan sebagainya. Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Johor dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) terus mengambil inisiatif melalui program promosi dengan mengadakan sesi konsultasi, bengkel, kursus dan seminar agar koperasi-koperasi FELDA mempunyai tadbir urus yang baik dan beroperasi pada tahap yang efisien. Kemudahan pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP) dan Geran Pembangunan juga diberikan kepada koperasi tersebut untuk mengembangkan perniagaannya. Melalui inisiatif-inisiatif ini, koperasi-koperasi FELDA boleh menjana peningkatan perolehan dan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh oleh koperasi-koperasi FELDA ini diagihkan semula kepada anggota-anggota dalam bentuk dividen atas syer, Tabung-tabung Kebajikan seperti Tabung Kebajikan Am, Tabung Khairat Kematian, Tabung Kecemasan, Tabung Pendidikan dan sebagainya. Agihan ini, turut membantu meringankan beban anggota di kala berlakunya kejatuhan harga sawit.

Page 56: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

56

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B47 Minta dinyatakan apakah kerajaan negeri akan membina rumah generasi kedua yang telah diluluskan? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Kerajaan negeri telah meluluskan pemberian tapak kepada generasi kedua FELDA di antara 3600 Ke 4000 kaki persegi bergantung kepada keluasan tanah yang kosong di rancangan. Bagi permohonan tapak-tapak perumahan yang telah diluluskan, FELDA tidak lagi membina rumah di lot berkenaan, tetapi menjalankan kerjasama dengan SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) untuk tujuan membina Rumah Mesra Rakyat dan semua syarat-syarat pembinaan rumah tersebut tertakluk kepada SPNB.

Page 57: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

57

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B48 Minta dinyatakan apakah kerajaan negeri akan meluluskan tapak-tapak perumahan dan pertanian untuk generasi kedua yang telah di pohon? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan negeri telah meluluskan permohonan tapak-tapak perumahan untuk generasi kedua sebagai usaha menangani masalah perumahan generasi kedua FELDA. Permohonan yang terpilih seterusnya akan membuat permohonan pinjaman perumahan dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membina rumah masing-masing. Ini kerana, sebahagian besar daripada rumah ini akan dibina dengan kerjasama SPNB. Pecahan adalah seperti yang berikut:-

BIL RANCANGAN JUMLAH TELAH DIBUAT

PERMOHONAN BAHARU CATATAN

1 Bukit Besar 63 180 Telah disokong ke Pejabat Tanah Kota Tinggi

2 Bukit Ramun 170 136 Telah disokong ke Pejabat Kota Tinggi

3 Sungai Sayong 293 118

4 Pasir Raja 71 0

JUMLAH 526 316 Kerajaan negeri masih menerima permohonan baru daripada generasi kedua, iaitu sebanyak 316 permohonan. Pihak FELDA juga telah mengenal pasti lot-lot kosong, berkeluasan 64.52 ekar di FELDA Bukit Ramun, Sungai Sayong dan Bukit Besar yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perumahan bagi tujuan ini. Cadangan keluasan setiap rumah berkenaan adalah 3,600 hingga 4,000 kaki persegi. Tapak-tapak perumahan yang dipohon oleh generasi kedua ini tidak terlibat dengan apa-apa projek pembangunan dan sokongan telah pun dimajukan ke Pejabat Tanah Daerah bagi mendapatkan kelulusan. Ini kerana, bagi tujuan pemberian tanah-tanah lot di dalam kawasan rancangan FELDA masih lagi tertakluk di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA: Group Settlement Act) dan dasar kerajaan negeri.

Page 58: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

58

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B49 Minta dinyatakan apakah kerajaan negeri akan menyempurnakan infrastruktur yang baik kepada rumah generasi kedua seperti jalan raya, parit dan sebagainya? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD FELDA tiada peruntukan yang khusus di lot Perumahan Rumah Mesra Rakyat Generasi Kedua. Sebanyak 554 rumah telah dibina dengan kerjasama SPNB di DUN Pasir Raja. Tumpuan sekarang adalah untuk menyediakan tapak rumah Perumahan Generasi Baharu FELDA. Penambahbaikan infrastruktur seperti jalan masuk dan perparitan bergantung kepada peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan.

Page 59: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

59

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B50 Minta dinyatakan apakah perancangan kerajaan negeri bagi memperkasakan Kementerian Belia dan Sukan dan adakah peruntukan-peruntukan akan diberi kepada persatuan-persatuan belia di peringkat daerah bagi persatuan menjalankan aktiviti yang bermanfaat kepada ahli-ahli? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Dalam merancang memperkasakan Kementerian Belia dan Sukan, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan setiap program atau aktiviti yang dirancang selari dengan Dasar Sukan Negara dan Dasar Pembangunan Belia Negara. Kerajaan negeri juga akan sentiasa memastikan program yang dirancang tidak bertindih dengan program yang telah dirancang atau telah di laksana di peringkat persekutuan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Kerajaan negeri melalui Pusat Pembangunan Belia Johor memperuntukkan tidak kurang dari RM200,000.00 (Dua Ratus Ribu Ringgit Malaysia) setiap tahun dalam usaha memperkasakan persatuan-persatuan yang berdaftar dengan ROS/ROY di dalam negeri Johor. Peruntukan berupa bantuan geran kerajaan bagi membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos disalurkan kepada persatuan-persatuan yang layak bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bukan sahaja kepada ahli, malah kepada komuniti setempat. Terdapat juga persatuan yang tidak layak untuk diberikan kelulusan bantuan peruntukan seperti persatuan yang telah di batal atau digantung pendaftarannya, entiti berdaftar yang berorientasikan keuntungan, pertubuhan politik serta orang perseorangan. Selain itu, satu garis panduan berkenaan bantuan pelaksanaan aktiviti oleh persatuan juga telah disediakan oleh Pusat Pembangunan Belia Johor dalam mengenal pasti kelayakan kelulusan bantuan yang akan diberikan. Pecahan kelulusan pemberian bantuan :

i. Peringkat Kebangsaan : RM10,000.00 ( bagi 1 permohonan )

ii. Peringkat Negeri : RM5,00.00 – RM8,00.00

iii. Peringkat Daerah/Kampung/Komuniti : RM3,000.00

Melalui bantuan yang diberikan, persatuan juga tidak hanya tertumpu kepada satu-satu aspek pelaksanaan aktiviti, malah aktiviti yang di laksana juga menyeluruh kepada aktiviti berkonsepkan pembangunan modal insan, kesukarelaan, dan sukan.

Page 60: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

60

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN B51 Adakah takrifan sedia ada berkaitan golongan miskin dan miskin tegar berdasar Pengukuran Pendapatan Garis Kemiskinan, PGK 2014 akan terus diguna pakai untuk pemberian bantuan? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Jabatan Kebajikan Masyarakat mengguna pakai takrifan golongan miskin dan miskin tegar yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi Menteri (EPU, JPM) berdasarkan Pengukuran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2014 iaitu:

Wilayah

Miskin Miskin Tegar

Isi Rumah Per kapita Isi Rumah Per kapita

Sem. Malaysia 930 230 580 140 Bandar 940 240 580 140 Luar Bandar 870 200 580 130

Selain itu panduan berikut diguna pakai bagi menentukan kelayakan dan pertimbangan bantuan. Pertimbangan untuk menentukan kelayakan pemohon boleh menggunakan kaedah 1 atau 2 dan yang mana lebih memberikan kesejahteraan dan kebajikan kepada pemohon.

*Bilangan AIR adalah termasuk Ketua ISi Rumah (KIR)

Kaedah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata

Kaedah Pengiraan

1 (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa

Jumlah pendapatan keseluruhan Ahli Isi Rumah (AIR)

2 (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa

Jumlah pendapatan keseluruhan isi rumah dibahagi dengan *bilangan AIR

Page 61: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

61

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN B52 Adakah akan ada perubahan terhadap pengisytiharan Segamat sebagai daerah di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan diteruskan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Mesyuarat Kabinet bertarikh 6 April 2018, telah memutuskan untuk mengisytiharkan daerah Segamat sebagai kawasan pertumbuhan baharu fasa keempat projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), selain daerah Mersing di Johor dalam usaha untuk memastikan pertumbuhan masyarakat dan sosioekonomi yang pesat di daerah berkenaan. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah ditempatkan di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan (MOF). Sehingga kini, tiada sebarang keputusan baru atau arahan lanjut daripada jemaah menteri kerajaan sekarang atau MOF. Pihak ECERDC masih menunggu arahan lanjut berhubung perkara ini.

Page 62: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

62

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN B53 Kerajaan BN yang lepas telah berusaha membangun semula Pelabuhan Darat Segamat dengan suntikan RM20 juta. Adakah pemberian dana ini akan diteruskan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah ditempatkan di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan (MOF). Kabinet telah pada 6hb April yang lepas memutuskan untuk merangkumkan daerah Segamat, Johor ke dalam Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan ini akan memberi impak yang positif kepada daerah tersebut. Buat masa ini, tiada keputusan baru atau arahan lanjut daripada jemaah menteri kerajaan sekarang atau Kementerian Kewangan (MOF) mengenai keputusan 6hb April 2018 tersebut dan pihak ECERDC sedang menunggu arahan lanjut.

Page 63: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

63

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN B54

Apakah kadar migrasi atau mobilisasi penduduk desa ke kota bagi daerah-daerah di utara Johor?

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan, Malaysia, 2010, statistik migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar bagi negeri Johor adalah sebanyak 148,387 orang. Kadar migrasi bagi daerah-daerah di utara Johor adalah sebanyak 59,686 melibatkan daerah Batu Pahat, Muar, Ledang Segamat dan Kluang. Migrasi atau mobilisasi penduduk daripada Luar Bandar ke Bandar mengikut daerah pentadbiran di sebelah utara Johor adalah seperti jadual di bawah:

DAERAH PENTADBIRAN LUAR BANDAR KE BANDAR

Batu Pahat 17,874 Kluang 15,621 Muar 13,835 Segamat 9,708 Ledang 2,648 JUMLAH 59,686

Berdasarkan Survei Migrasi yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar migrasi dalaman di Malaysia bagi tempoh 2015 – 2016 adalah 1.8 peratus dengan kadar migrasi dalam negeri adalah 1.3 peratus. Dari segi peratusan sumbangan, sebanyak 4.7 peratus migran dalam negeri adalah aliran migrasi dari luar bandar ke bandar. Di Johor, kadar migrasi dalaman dan kadar migrasi dalam negeri adalah masing-masing 1.6 peratus dan 1.0 peratus. Dari segi peratusan sumbangan, sebanyak 4.9 peratus migran dalam negeri di Johor adalah aliran migrasi dari luar bandar ke bandar. Statistik bagi kadar migrasi dalaman dan migran dalam negeri mengikut aliran migrasi bagi Malaysia dan negeri Johor pada tempoh 2014–2015 dan 2015–2016 adalah seperti jadual di bawah:-

Jadual : Kadar migrasi dalaman dan migran dalam negeri mengikut aliran migrasi, Malaysia dan negeri Johor 2014–2015 dan 2015–2016

Malaysia Johor 2014-2015 2015-2016 2014-2015 2015-2016 Kadar migrasi dalaman (%) 2.3 1.8 2.2 1.6 Kadar migrasi dalam negeri (%) 1.7 1.3 1.6 1.0

Sumbangan migran dalam negeri mengikut aliran migrasi (%): - Bandar–Bandar - Luar Bandar–Bandar - Bandar–Luar Bandar - Luar Bandar–Luar Bandar

71.0 8.8 13.6 6.6

71.0 4.7 14.8 9.5

62.5 12.5 15.9 9.1

62.9 4.9 25.1 7.2

Page 64: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

64

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN B55 Apakah langkah-langkah kerajaan Johor bagi memastikan migrasi penduduk luar bandar ke bandar (jika wujud) dapat dihentikan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Johor adalah sebuah negeri yang sedang menuju ke arah berstatus Negeri Berpendapatan Tinggi menjelang 2020 dengan memastikan Johor menjadi destinasi pilihan utama pelabur daripada luar negara mahu pun dalam negara. Pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), melalui kajian awalnya telah mengenal pasti potensi setiap 10 daerah di Johor dengan memperkenalkan kekuatan sumber ekonomi berdasarkan sektor sedia ada, dan di dalam masa sama ia akan ditambah baik, melalui perancangan yang dirangka oleh kerajaan negeri dan persekutuan dari semasa ke semasa. Contohnya, daerah Segamat telah dikelaskan sebagai daerah yang mempunyai sumber kukuh di dalam bidang Agriculture Powerhouse’ yang akan memfokuskan kepada bidang pertanian, eko pelancongan serta industri pembuatan ringan sebagai punca pendapatan utama penduduk tempatan. Daerah-daerah lain juga telah dikenal pasti mempunyai pelbagai kelebihan di dalam sektor pembuatan perabot, hab pendidikan, penternakan dan logistik. Bagi mendukung usaha ini, kerajaan negeri mengambil langkah mengenal pasti serta menyediakan latihan dan bantuan melalui agensi-agensi kerajaan dan ditawarkan kepada golongan sasar, terutamanya golongan belia. Secara tidak langsung, inisiatif ini dapat membantu golongan ini meningkatkan taraf hidup, melalui penjanaan sumber ekonomi setempat di samping mengurangkan minat mereka untuk bermigrasi ke kawasan bandar.

Page 65: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

65

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B58 Adakah pembinaan Asean Trade Center atau China Mall yang dicadangkan sebelum ini akan diteruskan? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE JAWAPAN JSIC Pemaju utama projek, UEM Sunrise Bhd, telah menghentikan perancangannya untuk membina Pusat Perdagangan Asia (Asean Trade Centre) ini di Iskandar Puteri, Johor sejak tahun 2015. Tidak ada alasan yang telah diberikan oleh pihak pemaju untuk keputusan tersebut.

Page 66: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

66

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B59 Apakah rancangan kerajaan negeri Johor untuk membantu masalah yang dihadapi oleh Sekolah Agama Bukit Pasir, Batu Pahat? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Sekolah Agama Bukit Pasir mula dibuka kira-kira 60 tahun yang lalu. Pembukaan sekolah agama ini merupakan satu keperluan bagi penduduk setempat untuk menghantar anak-anak mereka mempelajari agama menerusi sistem pendidikan Islam yang dikendalikan oleh kerajaan negeri. Sebelum ini Sekolah Agama Bukit Pasir beroperasi di bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir secara “guna sama”. Apabila S.K. Bukit Pasir telah berpindah ke bangunan baharu, bangunan lama S.K. Bukit Pasir digunakan sepenuhnya untuk operasi S.A. Bukit Pasir. Justeru, status tapak tanah S.A. Bukit Pasir sebenarnya adalah milik Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (KPTG). Sungguhpun demikian, Jabatan Agama Negeri Johor setelah mendapat keizinan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor, telah merobohkan sebahagian bangunan lama S.K. Bukit Pasir dan menggantikannya dengan pembinaan baharu bangunan satu blok dengan kapasiti empat bilik pada tahun 2012 lalu. Namun masih terdapat di kawasan itu dua blok bangunan lama (S.K. lama) yang masih digunakan; satu blok untuk kegunaan sekolah agama dan sebuah lagi digunakan oleh pihak KEMAS sebagai Tadika KEMAS. Melihat situasi blok lama yg masih digunakan tersebut, dengan keadaan keuzuran serta mempunyai risiko dari aspek keselamatan, kerajaan negeri akan berusaha untuk menyegerakan pembinaan Sekolah Agama Taman Maju yang terletak berhampiran dengan Sekolah Agama Bukit Pasir iaitu dalam jarak kira-kira 2.5 kilometer. Pembinaannya akan dicadangkan melalui projek Fasa 6 Pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor yang kini masih di dalam pertimbangan pihak kerajaan negeri. Sebagai makluman, pembinaan bangunan baharu di tapak tanah milik KPTG bagi menggantikan bangunan lama yang uzur tidak dapat dilakukan berikutan status tapak tanah itu sendiri serta keluasan tanah tersebut yang agak terhad dan tidak sesuai bagi pembinaan bangunan berkapasiti 20 bilik buah darjah sebagaimana yang dirancangkan.

Page 67: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

67

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B60 Minta menyenaraikan semua projek RMMJ (nama projek serta bilangan) yang telah disiapkan, akan disiapkan dan dalam perancangan? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, berikut merupakan senarai projek pembangunan Perumahan Rakyat Johor. STATUS: TELAH SIAP

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Johor Bahru

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Johor Land Berhad Taman Seroja 304

2 Tebrau Teguh Taman Persisiran Bayu (Pangsapuri EDL)

2,720

3 Kong Sun Taman Mount Austin 165

4 Tanjung Bintang Taman Molek 640 5 YMN Property Sdn Bhd Taman Setia Indah 443 6 Johor Land Berhad Taman Bukit Tiram 630 7 Keck Seng Sdn Bhd Taman Daya 246 8 Johor Land Berhad Bandar Dato' Onn 1,016

9 PIJ Holdings Taman Perbadanan Islam Datin Halimah 71

10 SP Setia Sdn Bhd Setia Business Park 2 490

11 Crescendo Development Bandar Cemerlang 248

12 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

Aspek Baiduri Sdn Bhd (Infra Rancak) Taman Baiduri 210

13 Jaya Plus Bakti Sdn Bhd Taman Pulai Flora 178

14 Mutiara Rini Sdn Bhd Taman Mutiara Rini 1,055

15 Scientex (Skudai) Sdn Bhd Taman Mutiara Mas 178

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

16 Johor Bahru

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

Kesas Kenangan Sdn Bhd Taman Laman Setia 383

17 Shiya Sdn Bhd Taman Sri Pulai Perdana 2 106

Page 68: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

68

18 Nusajaya Height Sdn Bhd

Taman Bayu Nusantara 321

19 Mah Sing Properties Sdn Bhd

Taman Seri Pulai Perdana 78

20 Eco Botanic Dev Sdn Bhd

Taman Laman Indah Lot 619-625 (tapak B)

400

21 Nusa Utama Sdn Bhd Taman Nusantara Lot 297 & 298 147

22 Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)

Sime Darby USJ Development Taman Pasir Putih 184

23 Scientex Quatari Sdn Bhd Taman Scientex 701

24 Shiya Sdn Bhd Taman Sierra Perdana 296

Jumlah 11,210

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1 Kulai

Majlis Perbandaran Kulai (MPKU)

Prairie Development Sdn Bhd Taman Kulai Indah 6

2 Legend Advance Sdn Bhd

Taman Lagenda Putra 215

Jumlah 221

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Muar Majlis Perbandaran Muar (MPM)

Gold Li Development Sdn Bhd Taman Putera Indah 3

2 Leong Hup Industries Sdn Bhd Taman Setia Utama 90

3 Seloka Terbit Dev Sdn Bhd

Pangsapuri Taman Damai 45

Jumlah 138

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Batu Pahat

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)

Istimewa Kasturi Sdn Bhd Taman Sri Berkat 71

2 JBBP Development Sdn Bhd Taman Nilam 7

3 Pelangi Homes Taman Putera Indah 612 4 Kim Hwa Development Taman Mulia Indah 48

5 Multi Star Realty Sdn Bhd

Taman Harmoni Indah 13

6 Megah Heights Sdn Taman Melur 69

Page 69: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

69

Bhd

7 Punca Reputasi Taman Mutiara Perdana 56

8

Majlis Daerah Yong Peng (MDYP)

Mudi Pembinaan Sdn Bhd Taman Harmoni 44

9 Prestigious Compilation Sdn Bhd Taman Kota Impian 28

10 Panorama Idaman Sdn Bhd

Taman Kota Panorama 96

11 Weeco Kemajuan Sdn Bhd Taman Damai Jaya 69

12 Sumlink Realty Sdn Bhd Taman Bukit Indah 43

Jumlah 1,156

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Kluang Majlis Perbandaran Kluang (MPK)

Kemajuan Lian AK Sdn Bhd Taman Sutera Indah 153

2 Kluang Setia Sdn Bhd Taman Suria 50 3 Kemajuan Meskaya Taman Liang Seng 8

4 Kluang Setia Sdn Bhd Taman Cahaya Pelangi 26

5 Majupadu Development Sdn Bhd Taman Delima 3 172

6 Khoo Soon Lee Realty Sdn Bhd Taman Mengkibol 376

7 BCB Berhad Taman Sri Kluang 40

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

8 Kluang

Majlis Perbandaran Kluang (MPK)

Kemajuan Tong Tor Taman Kluang Indah 281

9 Nan Sun Development Taman Gunung Selatan 57

Jumlah 1,163

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Segamat Majlis Perbandaran Segamat (MPS)

Karwa Development Sdn Bhd Taman Sri Alam 2 100

2 Mida Bumi Sdn Bhd Taman Astaka Jaya (Lot 4064, Mukim Buloh Kasap)

6

3 Kenjimas Sdn Bhd Taman Molek 35

Page 70: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

70

4 Perly Development Sdn Bhd

Taman Bukit Pertama 40

5 Metrowealth Development Sdn Bhd

(Lot 3633, Mukim Jementah) 25

6 Chief Hub Sdn Bhd Taman Akasia 41

7 Khoo Soon Lee Realty Sdn Bhd Taman Makmur 138

8 Khoo Soon Lee Realty Sdn Bhd

(Lot 1274, Mukim Jabi) 11

9 Dynasty Depth Sdn Bhd Taman Kenari 20

10 Nice Skyline Sdn Bhd (IOI)

Bandar Putra Ioi Segamat 102

11 Dynasty Depth Sdn Bhd

Taman Permai Indah 4

12 Dynasty Depth Sdn Bhd

Taman Kenari (Lot 2693 Mukim Pogoh 31

13 Alfa Citarasa Sdn Bhd Taman Ceria 51

14 Khoo Soon Lee Realty Sdn Bhd

Taman Melati (Lot 1566&1531, Mukim Pogoh

38

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

15

Majlis Daerah Labis (MDL)

Henyes Development Sdn Bhd Taman Saujana 6

16 Harapan Terang Sdn Bhd Taman Seri Sejati 12

17 Henyes Development Sdn Bhd Taman Intan 4

Jumlah 664

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Tangkak Majlis Daerah Tangkak (MDT)

Kumpulan Jingga Sdn Bhd

Lot 11107 dan 11108 Mukim Grisek

40

2 Gold Li Development Sdn Bhd

Taman Bunga Cempaka 13

3 Kcc Development (M) Sdn Bhd

Taman Gunung Emas 50

4 Zun Sin Sdn Bhd Taman Serom Baru 34

5 Maharani Properties Sdn Bhd Taman Melor 64

6 Infra Rancak Sdn Bhd Taman Sri Mas 7 80

7 Wellcode Properties Sdn Bhd Taman Tropika 28

Page 71: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

71

8 Wisma Development Sdn Bhd

Kawasan Perindustrian Grisek 10

Jumlah 319

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Kota Tinggi

Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

Golden Envoy Desa Impian 156

2 Radian Rich Sdn. Bhd. Taman Medan Jaya 31

3 PBT Pengerang

Kejora Development Holdings Sdn Bhd

Taman Penawar Harmoni 454

4 TNC Consolidated Sdn Bhd Desaru Utama 12

Jumlah 653

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1 Mersing Majlis Daerah Mersing (MDM)

Ophir Height Taman Nelayan 61

Jumlah 61

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Pontian Majlis Daerah Pontian (MDP)

SKF Properties Sdn Bhd

Lot 610 Mukim Api-Api 6

2 Enshinki Saito Sdn Bhd Taman Kiara 1 111

3 Impiana Summit Sdn Bhd

Taman Impian Indah 50

4 SKF Properties Sdn Bhd

Taman Seri Baahgia 3 6

5 Goodwill Ventures Sdn Bhd Taman Satria 54

6 Enshinki Saito Sdn Bhd Taman Kiara 2 129

7 VC Link Sdn Bhd Lot 13255 Gm 2460, Mukim Sungai Pinggan,

6

8 Kimlun Land Sdn Bhd Taman Puteri residence 52

9 Simfoni Hartawan Sdn Bhd Taman Bahagia 11

Jumlah 425 STATUS: SEDANG DIBINA

Page 72: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

72

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Johor Bahru

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Kong Sun Taman Mount Austin 110

2 YMN Property Sdn Bhd Taman Setia Indah 196 3 Southern Gateway Taman Adda 97

4 Panoramic Jaya Sdn Bhd

Taman Dato' Chellam 131

5 Neraca Prisma Sdn Bhd Eco Spring 146

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

6

Johor Bahru

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

Nusajaya Height Denai Nusantara 1,109

7 Hua Yang Bhd Taman Pulai Indah 2 97

8 Grandeur Park Sdn Bhd

Taman Pulai Hijauan 87

Jumlah 1,973

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1 Kulai

Majlis Perbandaran Kulai (MPKU)

Property Skyline Sdn Bhd Bandar Putra 306

2 Genting Properties Sdn Bhd Bandar Indahpura 110

Jumlah 416

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1 Muar Majlis Perbandaran Muar (MPM)

Thiano Lino Development

Taman Unas Permai 35

Jumlah 35

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Batu Pahat

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)

Mudi Pembinaan Sdn Bhd

Taman Suria Tropika 6

2 Punca Reputasi Taman Mutiara Perdana 206

3 Johbase Development Sdn Bhd Taman Putera Indah 85

4 BCB Berhad Taman Bukit Perdana 192

5 Countryland Sdn Bhd Taman Desa Tropika 142

Page 73: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

73

1 Majlis Daerah Yong Peng (MDYP)

Impressive Land Development Sdn Bhd Taman Orkid 56

2 Sin Soon Realty Company (M) Sdn Bhd Taman Sinar Impian 36

Jumlah 723

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Kluang

Majlis Perbandaran Kluang (MPK)

BCB Berhad Taman Sri Kluang 76

2 Everwin Reality Dev Sdn Bhd Taman Kiaramas II 49

3 Seri Wajamas Aset Sdn Bhd Taman Seri Setia 24

4

Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR)

KEJORA Kg Paya 47

Jumlah 196

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1

Segamat

Majlis Perbandaran Segamat (MPS)

Khoo Soon Lee Realty Sdn Bhd

Taman Bukit Mutiara 45

2 Majlis Daerah Labis (MDL)

Henyes Development Sdn Bhd Taman Intan 29

Jumlah 74

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1 Kota Tinggi

Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

Daiman Jaya Sdn Bhd Taman Daiman Jaya 233

Jumlah 233

Bil Daerah PBT Pemaju Nama Projek Jumlah Unit

1 Mersing Majlis Daerah Mersing (MDM)

Johor Land Berhad Kg Londang Batu 156

Jumlah 156

Page 74: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

74

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B61 Pekebun-pekebun, peniaga dan pengilang menghadapi masalah permohonan permit pekerja asing dengan proses yang rumit, bagaimana kerajaan negeri dapat menolong mereka dapat permit dengan cepat dan apa cadangan dasar kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerancakan pertumbuhan ekonomi pada masa ini di Negeri Johor memerlukan jumlah tenaga manusia yang mencukupi bagi memastikan kerancakan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan tidak terencat. Pengambilan pekerja asing sebenarnya bukan mudah, malah ia memerlukan belanja yang besar. Oleh itu, kerajaan sentiasa menggalakkan majikan untuk mengurangkan pergantungan terhadap tenaga kerja manusia dengan mengambil langkah lebih proaktif untuk beralih kepada usaha automasi atau mekanisasi. Dasar pengambilan pekerja asing di negara ini adalah menampung kelompongan tenaga kerja yang tidak dapat dipenuhi oleh tenaga kerja tempatan terutamanya bagi jenis-jenis pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat Malaysia. Dasar menetapkan supaya pengambilan pekerja asing dibuka untuk sektor pekerjaan yang tergolong dalam kategori 3D (Dirty, Difficult and Dangerous). Oleh yang demikian, pengambilan pekerja asing dibenarkan bagi menampung kekurangan tenaga kerja tempatan dalam sektor-sektor perkilangan, pertanian, perladangan dan perkhidmatan. Sebelum membuat permohonan pengambilan pekerja asing, majikan perlu mendapatkan perakuan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang mengesahkan bahawa majikan telah menggunakan perkhidmatan Job Clearing System (JCS) / Jobs Malaysia untuk mendapatkan pekerja tempatan. Permohonan pengambilan pekerja asing tanpa surat perakuan dari JTKSM tidak akan diproses. Dasar pengambilan pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN). Secara umum, setiap kemasukan pekerja asing akan dinilai secara objektif bergantung kepada keperluan dan kelayakan bakal majikan. Bagi memudahkan majikan, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan perkhidmatan mengemukakan permohonan secara atas talian melalui sistem. Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agen bagi menguruskan permohonan bagi pihak Majikan bagi mengelakkan penipuan atau penindasan terhadap Majikan. Kelulusan pengambilan pekerja asing tidak dibuat sewenang-wenangnya. Sebaliknya ia mesti mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi kawal selia bagi setiap sektor pekerjaan yang diluluskan pengambilan pekerja asing. Hal ini bagi memastikan isu keselamatan negara dapat diutamakan melalui saringan-saringan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kawal selia yang berkenaan. Prosedur pengambilan pekerja asing dilaksanakan melalui Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre) di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri, yang bertanggungjawab memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing serta bertanggungjawab meluluskan permohonan pada hari yang

Page 75: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

75

sama. Ahli Panel yang dilantik mewakili Agensi Kawal Selia yang menempatkan pegawai masing-masing secara sepenuh masa di OSC, KDN. Kementerian / agensi kawal selia seperti berikut: i. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI

- Bagi permohonan dari Sektor Perkilangan

ii. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) - Bagi permohonan dari Sektor Perkhidmatan

iii. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) - Bagi permohonan dari Sektor Pembinaan

iv. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) - Bagi permohonan dari Sektor Perladangan

v. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) - Bagi permohonan dari Sektor Pertanian

vi. Kementerian Dalam Negeri (KDN) - Urus setia dan ahli panel tambahan bagi semua sektor

Proses pengambilan pekerja asing melibatkan temu duga oleh panel ke atas pemilik syarikat / majikan atau wakil yang sah. Pertimbangan melalui Pusat Kelulusan Setempat ini jelas menyatakan bahawa tiada berlakunya Red Tape dalam pengurusan permohonan Pekerja Asing di pihak Kerajaan. Keputusan yang dibuat telah meliputi pertimbangan semua peringkat dan telah mengutamakan tenaga kerja tempatan bagi sektor yang berkaitan. Bilangan pengambilan pekerja asing adalah bergantung kepada kelulusan oleh Jawatankuasa yang telah dilantik sebagaimana yang disebutkan di atas. Majikan yang diluluskan permohonan pekerja asing akan menerima perakuan kelulusan. Surat Kelulusan Bersyarat akan dikeluarkan kepada majikan Jabatan Imigresen Malaysia hanya akan memproses kemasukan pekerja asing melalui Visa Dengan Rujukan (VDR) setelah mendapat kelulusan OSC dan permohonan Majikan (tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan agensi kawal selia).

Page 76: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

76

MAKLUMAT TAMBAHAN 1. Permohonan pengambilan pekerja asing hendaklah dikemukakan secara dalam talian

melalui sistem seperti berikut: a) Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) di pautan

https://www.eppax.gov.my bagi permohonan pekerja asing dari negara-negara sumber selain Bangladesh; dan

b) Sistem Permohonan Pekerja Asing (SPPA) di pautan https://www.sppa.com.my/ bagi permohonan pekerja asing dari negara sumber Bangladesh sahaja

2. Syarat dan kriteria pengambilan pekerja asing adalah seperti berikut:

a. Tempoh penggajian yang dibenarkan adalah 5 tahun + 5 tahun (10 tahun) bagi sektor formal.

b. Had umur penggajian yang dibenarkan adalah 18 tahun hingga 45 tahun. Umur ini merujuk kepada umur kali pertama kemasukan pekerja asing

c. Lulus pemeriksaan kesihatan dari negara asal dan FOMEMA d. Tidak dibenarkan membawa masuk keluarga

3. Sektor-sektor pekerjaan yang dibenarkan bekerja sebagaimana berikut:

a) Perkilangan b) Pembinaan c) Pertanian d) Perladangan e) Perkhidmatan

Page 77: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

77

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B62 Bila projek-projek di bawah dapat dilaksanakan :- Tapak BOMBA atas PTD24387 seluas 14 ekar; Tapak Stadium Majlis Daerah Yong Peng seluas 32 ekar 2 rod 00 pole atas PTD24388; Tapak perumahan awam kos rendah seluas 45 ekar di PTD24689? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan Negeri melalui pejabat Pembangunan Persekutuan ada mencadangkan pembinaan balai Bomba di PTD 24387. Walau bagaimanapun, hasil kajian terdapat sebuah lagi balai Bomba yang jaraknya 3.5 km dari tapak yang di cadangkan. Bagi cadangan tapak untuk pembinaan Stadium Majlis Daerah Yong Peng di kawasan seluas 32 ekar, pihak Majlis Daerah Yong Peng pernah memajukan cadangan pembangunan ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tetapi cadangan berkenaan tidak diluluskan. Manakala bagi pembangunan perumahan awam kos rendah yang merangkumi Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), Kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional sebelum ini telah pun melantik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) bagi menggerakkan projek ini. Bagi cadangan ini, tapak yang telah disediakan adalah di lot PTD 25509 di kawasan seluas 33.112 ekar dan pembangunan ini telah diletakkan di bawah perancangan dan pengurusan kerajaan negeri. Projek ini telah mendapat Kelulusan Dasar MMKJ pada Januari 2017, di mana tanah dikurniakan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) sebagai Pelaksana bagi tujuan pembangunan RMMJ dan Pembangunan Bercampur. Projek ini telah mendapat kelulusan bersyarat Kebenaran Merancang daripada Majlis Daerah Yong Peng pada Mac 2018. Kerja-kerja penyiasatan tapak telah dijalankan oleh pihak KPRJ dan telah siap sepenuhnya. Majlis Pecah Tanah telah diadakan pada 7 Mei 2018 yang lalu oleh Kerajaan Negeri Johor terdahulu. Walau bagaimanapun, semakan dan penelitian semula ke atas cadangan projek ini perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan projek ini telus dan berdaya maju, selain dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya penduduk di daerah Yong Peng khususnya.

Page 78: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

78

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B63 Senaraikan mengikut nama projek, nama kontraktor, kos, tarikh mula dan siap masing-masing untuk setiap projek naik taraf, penyelenggaraan, pembaikan dan pembangunan yang telah atau bakal dijalankan dari Januari 2015 hingga Disember 2019 oleh Majlis Daerah Yong Peng? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Senarai projek, nama kontraktor, kos, tarikh mula dan siap masing-masing untuk setiap projek naik taraf, penyelenggaraan, pembaikan dan pembangunan yang telah dilaksanakan dan dirancang dari Januari 2015 hingga Disember 2019 oleh Majlis Daerah Yong Peng adalah sebagaimana di Lampiran B63.

Page 79: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

79

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B64 Senaraikan nama kontraktor, kos, tarikh mula dan tarikh siap projek dan kandungan (BQ) pembinaan Yong Peng Walk di Jalan Meng Seng, Jalan Besar dekat Maybank (Taman Sembrong), Dataran Gemilang Yong Peng dan Dewan Persidangan Majlis Daerah Yong Peng? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Projek pembangunan Yong Peng Walk dekat Jalan Meng Seng adalah inisiatif pembangunan di bawah peruntukan Ahli Parlimen Ayer Hitam dan Kampung Bahru dengan melibatkan kos sebanyak RM350,000.00 yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2017. Berhubung dengan projek-projek pembangunan di Jalan Besar dekat Maybank (Taman Sembrong), Dataran Gemilang Yong Peng dan Dewan Persidangan Majlis Daerah Yong Peng pula, pihak Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) tidak dapat mengemukakan maklumat secara terperinci dan tepat memandangkan kerja-kerja ini telah dilaksanakan melebihi 10 tahun yang lalu.

Page 80: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

80

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B65 Adakah kerajaan negeri Johor akan mengiktiraf UEC seperti negeri Melaka, negeri Pulau Pinang dan negeri Selangor? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Sebarang keputusan mengenai Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), yang dikeluarkan oleh kerajaan Johor adalah setelah:

i. Melakukan kajian holistik berhubung Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). ii. Menyemak kurikulum Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), terutama subjek teras

seperti Bahasa Melayu serta Sejarah. iii. Mengkaji dan mengumpul fakta-fakta berhubung UEC secara menyeluruh. iv. Mengambil kira Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. v. Akta Pendidikan 1996 (Akta 50) yang menyatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa

utama dalam sistem pendidikan negara. vi. Mengambil sudut pandang pelbagai pihak. vii. Memastikan perpaduan serta keharmonian rakyat diutamakan.

Page 81: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

81

YB TUAN DR. CHONG FAT FULL (PEMANIS) SOALAN B66 Sila nyatakan rasional membagi-bagikan tanah rizab kerajaan berlokasi strategik kepada golongan terpilih di Bukit Tanah Merah DUN Pemanis dan adakah ini satu insiden salah guna kuasa kerajaan sebelum ini? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pihak Berkuasa Negeri berhak mempertimbangkan segala permohonan sama ada permohonan perizaban atau permohonan pemberi milikan. Dalam kawasan Bukit Tanah Merah, Pegawai Daerah Segamat telah membuat permohonan perizaban Seksyen 62 KTN bagi tanah seluas 63.129 hektar (155.995 ekar) untuk tujuan tapak projek Mix Farm (Dusun Nukleus) bagi menyokong pelan pertumbuhan strategik daerah Segamat, iaitu menjadikan daerah Segamat sebagai “Agriculture Power House” (Hub Pertanian). Projek ini telah dimulakan dengan projek “Agromix Farm” yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Johor seluas 50 ekar. Asalnya tanah ini telah diluluskan secara dasar oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk projek pembangunan bercampur (penswastaan). Walau bagaimanapun, kelulusan ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagaimana MMK RM518/2017 bertarikh 8 Mac 2017 bagi mengutamakan projek “Agriculture Power House” (Hab Pertanian) untuk masyarakat di daerah Segamat.

Page 82: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

82

YB DATUK HAJI SAMSOL BARI BIN JAMALI (SEMARANG) SOALAN B67 Mohon nyatakan sehingga kini bagaimanakah status Program Rumah Transit Belia Johor yang dirancang untuk diberi kemudahan perumahan sementara kepada belia berumur 18 hingga 30 tahun yang telah berkahwin? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, Program Rumah Transit Belia Johor telah diperkenalkan melalui kerjasama dengan Jabatan Perumahan Negara di bawah Program Rumah Transit 1Malaysia untuk memberi kemudahan perumahan sementara kepada golongan belia berumur 18 hingga 30 tahun yang sudah berkahwin. Tujuan program ini diadakan adalah bagi membantu mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah dan berkelayakan di kawasan bandar. Projek perintis Program Rumah Transit Belia Johor ini yang mula dilaksanakan mulai Januari 2018 melibatkan sebanyak 390 unit rumah di Blok 6 PPR Melana Indah Fasa I. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM 250.00 sebulan bagi tempoh sewaan selama tiga (3) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah. Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Rumah Transit Belia Johor adalah : 1. Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia. 2. Belia yang berumur 18 hingga 30 tahun yang telah berkahwin. 3. Menetap di negeri Johor lebih 10 tahun bagi pemohon yang bukan kelahiran negeri Johor. 4. Pemohon bekerja di kawasan/negeri rumah transit dipohon. 5. Pendapatan isi rumah RM 5,000 dan ke bawah. 6. Keutamaan diberikan kepada rakyat Johor. 7. Duda/janda tidak layak dipertimbangkan. 8. Tiada rekod jenayah. 9. Pemohon dan pasangan tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan/negeri rumah yang dipohon. Sehingga kini, penawaran sepenuhnya melibatkan penyewaan kepada 390 penyewa belia yang telah berdaftar telah dibuat oleh SUKJ Bahagian Perumahan.

Page 83: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

83

YB DATUK HAJI SAMSOL BARI BIN JAMALI (SEMARANG) SOALAN B68 Mohon nyatakan tentang kemajuan cadangan pembangunan rumah kediaman jenis landed oleh PIJ atau Perbadanan Islam Johor di Kg. Parit Sumarto, Parit Raja? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, satu mesyuarat telah diadakan pada 17 Ogos 2017 di antara Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), Pejabat-Pejabat Tanah Daerah dan juga Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) bagi membincangkan cadangan pembangunan perumahan yang akan dimajukan oleh pihak PIJ Holdings. Di dalam mesyuarat tersebut terdapat 23 plot tanah yang telah dicadangkan bagi maksud pembangunan perumahan yang dikenali sebagai Taman Perbadanan Islam di empat buah daerah iaitu Pontian, Batu Pahat, Kluang dan Mersing. Walau bagaimanapun, kesemua 23 plot tanah ini merupakan tanah yang dimiliki oleh orang persendirian dan proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 hendaklah dilakukan bagi merealisasikan maksud pembangunan tersebut. Cadangan pembangunan di Kg. Pari Sumarto ini berada di atas tanah yang dahulunya berpegang di atas hak milik GM 2725 (EMR 500) Lot 888 Mukim Seri Gading. Berdasarkan kepada laporan yang diterima, tanah yang dimaksudkan telah memperolehi kelulusan kebenaran merancang pada 31 Julai 2001 bagi maksud pembangunan perumahan yang dikenali sebagai Taman Wira. Manakala kelulusan Serah balik Kurnia Semula (SBKS) telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 4 Jun 2003. Hak milik asal bagi tanah berkeluasan 5 ekar ini juga telah terbatal dan hak milik individu bagi maksud pembangunan telah didaftarkan mengikut komponen pembangunan yang telah diluluskan. Walau bagaimanapun, proses pembangunan tersebut tidak dapat diteruskan oleh pemaju kerana menerima bantahan daripada penduduk setempat. Penduduk telah memaklumkan bahawa di atas tanah tersebut terdapat Tapak Perkuburan Islam lama. Sehubungan itu, pada 2 Mac 2011 pihak Jabatan Agama Islam Johor melalui Projek Rancangan Mengesan Kubur Lama telah melakukan siasatan dan mengesahkan bahawa terdapat kubur di dalam kawasan tanah tersebut dan ianya berada secara berselerakan. Kubur ini berada di tahap kedalaman 1.76 meter hingga 2.5 meter secara rambang. Oleh kerana tapak tanah ini telah mempunyai kelulusan pembangunan dan juga terdapat isu tempatan yang masih belum diselesaikan maka cadangan pengambilan balik tanah di Kampung Parit Sumarto dikeluarkan terlebih dahulu daripada senarai pengambilan tanah.

Page 84: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

84

YB DATUK HAJI SAMSOL BARI BIN JAMALI (SEMARANG) SOALAN B69 Mohon nyatakan bagaimanakah status cadangan kerajaan untuk membina baharu atau membina semula Masjid Kg. Parit Haji Ali, Mukim 8 Parit Raja yang bernilai RM1.75 juta dan Masjid Kg. Parit Awang Yong Peng yang bernilai RM1.05 juta? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Permohonan pembinaan baru Masjid Parit Haji Ali Parit Raja telah diterima oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada 21 Februari 2018. Seterusnya fatwa bagi kebenaran meroboh bangunan lama dan membina bangunan baru telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti pada 13 Mac 2018 dan surat kebenaran bagi meroboh dan pembinaan semula telah dikeluarkan kepada pemaju pada 21 Mac 2018. Agensi pelaksana bagi pembinaan masjid ini ialah JCorp manakala peruntukan sebanyak RM1.75 juta adalah dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor. Permohonan bagi pembinaan Masjid Parit Awang Yong Peng telah diterima oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada 23 Mei 2018. Kelulusan fatwa bagi pembinaan semula masjid tersebut telah diperolehi dari Jabatan Mufti pada 11 Jun 2018. Surat kebenaran kepada agensi pelaksana bagi memulakan pembinaan telah dikeluarkan pada 25 Jun 2018. Agensi pelaksana bagi projek ini juga adalah JCorp dan peruntukan sebanyak RM1.05 juta adalah dari Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Johor. Maklumat terkini, kerajaan dimaklumkan oleh agensi pelaksana bagi kedua-dua projek ini (JCorp) bahawa mereka sedang menunggu tarikh mesyuarat perolehan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan Jabatan Perdana Menteri Negeri Johor.

Page 85: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

85

YB DATUK HAJI SAMSOL BARI BIN JAMALI (SEMARANG) SOALAN B70 Sejauh ini berapa banyak kah masjid dan surau yang telah mendapat manfaat pembangunan dari Tabung Pembangunan Masjid Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada tahun 2017 hingga kini, mengikut daerah dan nilainya? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Bagi tahun 2017, bajet sebanyak RM2.5 juta telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar bagi dibelanjakan untuk membaik pulih masjid dan surau di negeri ini. Dari jumlah tersebut sebanyak 25 masjid dan 70 buah surau telah menerima manfaat.

Daerah Amaun Catatan Johor Bahru RM495,958.00 21 buah surau. Batu Pahat RM406,670.00 6 buah masjid dan 8 buah surau Tangkak RM378,199.00 4 buah masjid dan 12 surau Mersing RM349,545.00 4 buah masjid dan 6 buah surau Muar RM339,733.00 5 buah masjid dan 8 buah surau Kluang RM258,110.00 3 buah masjid dan 6 buah surau Pontian RM105,800.00 3 masjid dan 1 surau Kota Tinggi RM99,952.00 5 buah surau Kulai RM45,000.00 2 buah surau Segamat RM20,000.00 sebuah surau

Bagi tahun 2018, Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan bajet sebanyak RM3.5 juta bagi dibelanjakan dan setakat bulan Julai 2018 sebanyak RM2 juta telah dibelanjakan bagi membantu 12 buah masjid dan 17 buah surau dengan pecahan sebagaimana berikut:-

Daerah Amaun Catatan Johor Bahru RM 54,900.00 1 masjid dan 2 surau Batu Pahat RM 70,700.00 1 masjid dan 3 surau Tangkak RM 75,500.00 1 masjid dan 1 surau Mersing RM 422,000.00 2 masjid dan 1 surau Muar RM 466,000.00 1 masjid dan 4 surau. Kluang RM 679,000.00 4 masjid dan 2 surau Pontian RM 171,900.00 2 masjid dan 2 surau Kota Tinggi RM 60,000.00 2 surau

Daerah Segamat dan Kulai tidak menerima peruntukan untuk penggal ini. Sejumlah RM1.5 juta dari baki perbelanjaan tahun ini akan diagihkan pada bulan Ogos 2018. Jumlah dan lokasi agihan adalah bersandarkan kepada permohonan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau dengan sokongan Kadi Daerah. Bagaimanapun, keutamaan agihan adalah berdasarkan keperluan mendesak dan utama melalui borang yang dikemukakan oleh pemohon dan disahkan oleh Jawatankuasa Agihan Bantuan Masjid dan Surau yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor manakala kelulusan untuk membelanjakan diperakui oleh Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Page 86: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

86

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI HAJI TALIB (ENDAU) SOALAN B71 Pembangunan kawasan luar bandar khususnya kawasan pantai timur Johor memerlukan perhatian yang serius dari pihak kerajaan. Mohon penjelasan dari YAB Menteri Besar Johor berkenaan status projek-projek pembangunan yang telah dirancang oleh pihak ECER di kawasan Endau iaitu Pembangunan Taman Perindustrian Hasil Laut? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan negeri tidak mengetepikan pembangunan di daerah Segamat dan sehingga hari ini projek-projek pembangunan yang dirancang oleh ECER di kawasan Endau, termasuk Pembangunan Taman Perindustrian Hasil Laut masih lagi diteruskan. Komitmen ini dapat diterjemahkan melalui penubuhan Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada tahun 2008 yang berperanan menerajui pelaksanaan program transformasi sosioekonomi kerajaan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Matlamat utamanya adalah bagi merapatkan jurang ketidakseimbangan yang wujud di antara kawasan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Antaranya, ialah Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Endau-Mersing (Endau Mersing Fish Processing Park) atau EMFPP di Endau, Mersing, Johor. Projek EMFPP di Mersing telah dikenal pasti sebagai salah satu projek pembangunan oleh ECERDC untuk memajukan industri pemprosesan produk berasaskan ikan di daerah Mersing dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) dan mensasarkan daerah Mersing sebagai hab perikanan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Negeri Johor. Pembangunan projek EMFPP melibatkan dua (2) fasa pembangunan di mana Fasa 1 akan dibangunkan di atas tapak tanah seluas 2.85 ekar milik pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Fasa 2 pula akan dibangunkan di atas tanah seluas 7 ekar milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) selepas Fasa 1 telah beroperasi secara sepenuhnya dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Juru runding Reka Bentuk telah dilantik pada 9 Oktober 2017oleh pihak ECERDC dan cadangan reka bentuk skematik dan lain-lain kerja perancangan awal seperti ukur tanah dan sebagainya telah selesai pada suku pertama 2018. Pada masa ini projek EMFPP ditangguhkan sehingga mendapat arahan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan.

Page 87: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

87

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI HAJI TALIB (ENDAU) SOALAN B72 Perumahan Kos Rendah Dan Sederhana Rendah masih kurang di kawasan Endau. Mohon penjelasan dari YB EXCO Perumahan berkenaan cadangan pembinaan perumahan mampu milik di kawasan Batu 6 Jalan Endau, Mersing? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini telah mendapat kelulusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan di dalam Ringkasan Mesyuarat Bilangan 156/2017 di mana tanah di kurniakan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebagai pelaksana bagi tujuan pembangunan rumah mampu milik dan bercampur di atas tanah Kerajaan Lot PTD 2925 dan PTD 2729 Mukim Tenglu Daerah Mersing. Pihak KPRJ telah mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang dan kejuruteraan serentak dan telah mendapat kelulusan bersyarat dari Majlis Daerah Mersing pada 10 April 2017. Secara keseluruhannya, projek ini masih belum boleh dilaksanakan kerana tapak cadangan terletak di dalam Rizab Tambahan Hutan Gunung Arong yang mana proses Pewartaan Keluar Rizab Hutan dalam tindakan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor. Walau bagaimanapun, semakan dan penelitian semula ke atas cadangan projek ini perlulah dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan projek ini lebih telus dan berdaya maju selain dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Page 88: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

88

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI HAJI TALIB (ENDAU) SOALAN B73 Mohon penjelasan berkaitan projek perumahan di Taman Markisa & Taman Nelayan. Adakah kerajaan akan teruskan dengan hasrat membeli taman perumahan tersebut dari pemaju dan menawarkan kepada masyarakat melalui skim sewa beli? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, bagi projek perumahan di Taman Markisa dan Taman Nelayan, masih belum ada keputusan rasmi yang dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bagi membeli taman perumahan tersebut daripada pemaju berkaitan dan menawarkannya kepada pemohon melalui skim sewa beli.

Page 89: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

89

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI HAJI TALIB (ENDAU) SOALAN B74 Mohon penjelasan berkaitan projek perumahan di tanah Perbadanan Islam Johor (PIJ) di kawasan Taman Sri Bayu, Mersing? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan di Taman Sri Bayu Mersing, PIJ Holdings bercadang untuk membangunkan perumahan mampu milik dengan konsep Taman Perbadanan Islam sebagaimana yang telah dibangunkan di sekitar Johor Bahru ketika ini. Komponen pembangunan tanah tersebut adalah sebagaimana berikut:

Komponen Luas Binaan Jumlah Unit PKJ B 16’x60’ 15 RMMJ 18’x60’ 37 Teres 22’x70’ 70

Walau bagaimanapun, cadangan pembangunan tanah ini akan dilaksanakan di atas 5 plot tanah milik persendirian. Oleh yang demikian, proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu. Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 4 April 2018 telah bersetuju supaya keempat-empat plot tanah ini diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi maksud pembangunan Taman Perbadanan Islam (TPI) manakala kos pengambilan tersebut akan menggunakan dana daripada Tabung Amanah Bumiputera. Proses pengambilan tanah ini akan dilaksanakan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI).

Page 90: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

90

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI HAJI TALIB (ENDAU) SOALAN B75 Mohon penjelasan dari YB EXCO Kerja Raya berkenaan status pembinaan Masjid Sawah Dato', Mersing? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG JAWAPAN JKR Projek pembinaan Masjid Sawah Dato’ Mersing telah ditangguhkan berikutan tambahan peruntukan masih belum mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Page 91: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

91

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B76 Minta dinyatakan dan senaraikan semua projek yang telah diluluskan dan nilainya termasuk projek yang diumumkan melalui pembentangan bajet negeri sebelum ini tetapi telah ditangguhkan atau dibatalkan selepas PRU-14 mengikut pecahan DUN di Johor? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pada Bajet 2018 yang lepas, kerajaan negeri telah membuat anggaran hasil sebanyak RM1,504.33 juta, di mana anggaran perbelanjaan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,503.19 juta. Ini termasuk, perbelanjaan mengurus, iaitu caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan yang terdiri daripada emolumen sebanyak RM493.36 juta dan perbelanjaan lain-lain sebanyak RM1,019.84 juta. Sehingga 31 Julai 2018, kerajaan telah membelanjakan sebanyak 47.23% daripada jumlah anggaran Bajet 2018, iaitu sejumlah RM710,010,389.58. Jumlah ini merangkumi perbelanjaan seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah:

PERBELANJAAN JUMLAH Emolumen RM262,018,598.06 Perkhidmatan dan Bekalan RM106,915,099.70 Pemilikan Harta Modal RM2,411,250.50 Pemberian dan Bayaran Tetap RM336,837,468.38 Lain-lian Perbelanjaan RM1,827,972.94 JUMLAH KESELURUHAN RM710,010,389.58

Secara keseluruhannya, kesemua perbelanjaan ini adalah bagi membantu melancarkan pelaksanaan sebanyak 153 titik sentuhan yang mewakili lima strategi khusus ke arah menjadikan Johor sebagai sebuah negara maju seperti mana yang telah dibentangkan pada Bajet 2018 yang lalu. Malah, pelaksanaan kesemua projek dan program di bawah Rancangan Johor 5 Tahun (RJ5T) yang telah diputuskan sebelum ini juga masih lagi diteruskan. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mula mengambil alih tampuk kepimpinan negeri daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada bulan Mei 2018, di mana pelaksanaan projek pembangunan negeri Johor bagi tahun 2018 telah pun memasuki fasa - suku kedua pelaksanaannya. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Pakatan Harapan bercadang untuk meneruskan usaha pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, terutamanya projek yang menguntungkan rakyat dan menghasilkan impak ekonomi. Ini kerana pembatalan projek pembangunan yang telah dirancang boleh memberi kesan kepada rancangan pembangunan di Johor, sekali gus akan menyebabkan usaha untuk membawa ekonomi negeri ke tahap lebih baik akan terjejas.

Page 92: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

92

Oleh itu, pelbagai usaha penambahbaikan telah dilakukan, termasuk pelaksanaan tender terbuka, mengurangkan lantikan secara rundingan terus serta pemantauan secara berterusan bagi memastikan proses pelaksanaannya adalah lebih telus dan berintegriti. Selain itu, peruntukan pembangunan juga akan diagihkan secara adil dan telus, di mana ia akan mengikut merit keperluan rakyat dan tidak dipengaruhi oleh faktor politik. Bagi memastikan proses penambahbaikan yang dirancang ini berjalan lancar, kerajaan negeri akan terus bekerja rapat bersama jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dalam menggariskan strategi penting dalam ucapan Bajet Johor 2019 yang akan berpaksi kepada visi kerajaan baharu, iaitu Johor Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari.

Page 93: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

93

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B77 Minta dinyatakan implikasi kewangan untuk setiap janji dalam manifesto 100 hari dan manifesto 5 tahun kerajaan Pakatan Harapan Johor ikut pecahan setiap janji dengan lengkap dan terperinci? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemantauan berkala bagi pelaksanaan manifesto 100 hari bersama –sama agensi yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap inisiatif – inisiatif yang telah dijanjikan kepada rakyat. Berikut adalah inisiatif berserta implikasi kewangan bagi setiap pelaksanaan manifesto berkenaan: 1. Pemberian insentif kepada anak Johor golongan bawah B40 yang dapat melanjutkan

pengajian di peringkat diploma dengan nilai bantuan RM 500 manakala peringkat ijazah dengan nilai bantuan RM 1,000 secara "one off". Peruntukan kewangan ini disediakan oleh Yayasan Pelajaran Johor dan Permodalan Darul Ta’zim dengan kos RM 2.5 juta bagi tahun 2018,

2. Pemberian Skim Takaful Warga Emas dengan memfokuskan penerima akan mendapat manfaat berjumlah RM 1,000 seorang. Pihak pengurusan Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah mengenal pasti sejumlah 11,200 orang penerima untuk tahun 2018 ini dengan implikasi kewangan sejumlah RM 560,000.

3. Inisiatif untuk pengurangan bayaran tunggakan sewa PPR sebanyak 50% secara "one off" dengan peruntukan implikasi kewangan sejumlah RM 651,000. Pemberian insentif ini disasarkan kepada penyewa PPR dengan kriteria yang akan di tetapkan layak untuk menerima oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan) Negeri Johor.

4. Inisiatif pengurangan bayaran lesen penjaja di bawah 16 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri Johor dengan kos RM 2.11 juta di peruntukan melibatkan 21,127 orang penjaja kecil yang telah dikenal pasti layak menerima dengan syarat yang di tetapkan.

5. Pemberian insentif 10 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Johor dengan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri berjumlah RM 7.34 juta bagi tahun 2018 manakala RM 22.02 juta bagi unjuran kos untuk tahun 2019. Kerajaan negeri telah mengenal pasti sejumlah 229,307 orang penerima yang layak dan bakal menerima insentif ini dengan syarat utama mereka merupakan penerima BR1M yang berdaftar sebelum ini.

6. Pemberian Kad Sihat Johor kepada 4000 orang di bawah program e-kasih dengan kos RM1.2 juta bagi tahun 2018.

Page 94: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

94

7. Insentif pemberian kursus perkahwinan kelompok secara percuma yang di selenggara oleh Jabatan Agama Islam Johor dengan kos sebanyak RM 1.4 juta bagi tahun 2018 ini kepada bakal-bakal pengantin baru.

Manakala bagi manifesto 5 tahun pihak kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk memastikan inisiatif - inisiatif yang ditetapkan akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan prihatin dalam usaha menurunkan kos sara hidup, melalui pelaksanaan janji-janji Manifesto dan pelaksanaan pelbagai inisiatif lain yang dilihat mampu meringankan beban rakyat. Antaranya ialah dengan mewujudkan laluan baharu Perkhidmatan Bas Harapan Johor yang merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha mengurangkan kos sara hidup dan menitikberatkan keperluan penduduk bagi kemudahan pengangkutan awam di kawasan pembangunan baru, terutamanya di Pagoh. Laluan baharu perkhidmatan bas ini, termasuk laluan Muar – Pagoh, bermula dari Terminal Maharani ke Bukit Pasir ke Bandar Universiti dan berakhir di pekan Pagoh. Pelajar di Bandar Universiti Pagoh, boleh menaiki bas ke Muar secara percuma. Selain itu, bas ini juga akan melalui tempat-tempat tumpuan utama termasuk Bandar Muar, Majlis Perbandaran Muar, Hospital Muar, Bukit Pasir, Bandar Universiti Pagoh dan Pekan Pagoh. Laluan perkhidmatan bas ini juga akan diperluaskan lagi dalam masa terdekat dengan laluan bermula dari Terminal Maharani – Sungai Mati – Bukit Gambir – Panchor - Bandar Universiti dan berakhir di Pagoh. Perkhidmatan bas ini adalah percuma khusus untuk semua warganegara Malaysia.

Page 95: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

95

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B78 Minta dinyatakan secara terperinci langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani kos sara hidup selain dari inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemantauan berkala bagi pelaksanaan manifesto 100 hari bersama –sama agensi yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap inisiatif – inisiatif yang telah dijanjikan kepada rakyat. Berikut adalah inisiatif berserta implikasi kewangan bagi setiap pelaksanaan manifesto berkenaan:

1. Pemberian insentif kepada anak Johor golongan bawah B40 yang dapat melanjutkan pengajian di peringkat diploma dengan nilai bantuan RM 500 manakala peringkat ijazah dengan nilai bantuan RM 1,000 secara "one off". Peruntukan kewangan ini disediakan oleh Yayasan Pelajaran Johor dan Permodalan Darul Ta’zim dengan kos RM 2.5 juta bagi tahun 2018,

2. Pemberian Skim Takaful Warga Emas dengan memfokuskan penerima akan mendapat

manfaat berjumlah RM 1,000 seorang. Pihak pengurusan Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah mengenal pasti sejumlah 11,200 orang penerima untuk tahun 2018 ini dengan implikasi kewangan sejumlah RM 560,000.

3. Inisiatif untuk pengurangan bayaran tunggakan sewa PPR sebanyak 50% secara "one off" dengan peruntukan implikasi kewangan sejumlah RM 651,000. Pemberian insentif ini disasarkan kepada penyewa PPR dengan kriteria yang akan di tetapkan layak untuk menerima oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan) Negeri Johor.

4. Inisiatif pengurangan bayaran lesen penjaja di bawah 16 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri Johor dengan kos RM 2.11 juta di peruntukan melibatkan 21,127 orang penjaja kecil yang telah dikenal pasti layak menerima dengan syarat yang di tetapkan.

5. Pemberian insentif 10 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Johor dengan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri berjumlah RM 7.34 juta bagi tahun 2018 manakala RM 22.02 juta bagi unjuran kos untuk tahun 2019. Kerajaan negeri telah mengenal pasti sejumlah 229,307 orang penerima yang layak dan bakal menerima insentif ini dengan syarat utama mereka merupakan penerima BR1M yang berdaftar sebelum ini.

6. Pemberian Kad Sihat Johor kepada 4000 orang di bawah program e-kasih dengan kos RM1.2 juta bagi tahun 2018.

Page 96: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

96

7. Insentif pemberian kursus perkahwinan kelompok secara percuma yang di selenggara oleh Jabatan Agama Islam Johor dengan kos sebanyak RM 1.4 juta bagi tahun 2018 ini kepada bakal-bakal pengantin baru.

Manakala bagi manifesto 5 tahun pihak kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk memastikan inisiatif - inisiatif yang ditetapkan akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan prihatin dalam usaha menurunkan kos sara hidup, melalui pelaksanaan janji-janji Manifesto dan pelaksanaan pelbagai inisiatif lain yang dilihat mampu meringankan beban rakyat. Antaranya ialah dengan mewujudkan laluan baharu Perkhidmatan Bas Harapan Johor yang merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha mengurangkan kos sara hidup dan menitikberatkan keperluan penduduk bagi kemudahan pengangkutan awam di kawasan pembangunan baru, terutamanya di Pagoh. Laluan baharu perkhidmatan bas ini, termasuk laluan Muar – Pagoh, bermula dari Terminal Maharani ke Bukit Pasir ke Bandar Universiti dan berakhir di pekan Pagoh. Pelajar di Bandar Universiti Pagoh, boleh menaiki bas ke Muar secara percuma. Selain itu, bas ini juga akan melalui tempat-tempat tumpuan utama termasuk Bandar Muar, Majlis Perbandaran Muar, Hospital Muar, Bukit Pasir, Bandar Universiti Pagoh dan Pekan Pagoh. Laluan perkhidmatan bas ini juga akan diperluaskan lagi dalam masa terdekat dengan laluan bermula dari Terminal Maharani – Sungai Mati – Bukit Gambir – Panchor - Bandar Universiti dan berakhir di Pagoh. Perkhidmatan bas ini adalah percuma khusus untuk semua warganegara Malaysia.

Page 97: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

97

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B79 Minta dinyatakan perbezaan secara terperinci setiap perkara dalam inisiatif Wilayah Pembangunan Koridor Johor Utara manifesto kerajaan Pakatan Harapan berbanding dengan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor kerajaan BN yang telah dilancarkan pada 2016? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Inisiatif Wilayah Pembangunan Koridor Johor Utara merupakan salah satu daripada janji yang terkandung di dalam manifesto kerajaan “Harapan Baru Bangsa Johor” yang akan dilaksanakan dalam jangka masa 5 tahun. Inisiatif ini akan dilaksanakan di tiga daerah utama iaitu Muar, Tangkak dan Segamat. Kepelbagaian produk dan potensi di ketiga-tiga daerah ini telah dikenal pasti sebagai berdaya saing dan mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi rakyat tempatan. Fokus utama bagi pembangunan wilayah ini adalah untuk menjadikan Wilayah Utara Johor sebagai Hab Pendidikan, Perabot, Pertanian Moden, Industri Berasaskan Pertanian serta Pelancongan yang berasaskan eko dan agro yang akan saling melengkapi antara satu sama lain. Contohnya, kepelbagaian institusi pendidikan yang ada di Muar akan menyokong pembangunan pertanian moden berasaskan teknologi tinggi di daerah Segamat. Strategi utama bagi memacu perancangan dan pelaksanaan inisiatif ini adalah dengan memberikan penekanan terhadap industri 4.0, menarik pelaburan ke kawasan luar bandar, meningkatkan "economies scale" bagi PKS tempatan dan pembangunan modal insan bagi melahirkan tenaga mahir yang cekap. Pembangunan modal insan pula, akan dapat memenuhi keperluan bakat mahir untuk kluster-kluster ekonomi utama dan juga mengawal kemiskinan di masa akan datang. Pada masa kini, pihak UPENJ sedang mengkaji semula kajian-kajian yang pernah dilaksanakan oleh daerah-daerah bagi diintegrasikan bersama-sama industri 4.0 sebagai langkah penambahbaikan.

Page 98: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

98

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B80 Minta dinyatakan langkah yang diambil kerajaan negeri dalam memelihara dan meningkatkan rizab Melayu yang kini sebanyak 30% seluruh Johor? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Dalam memastikan tanah-tanah rizab Melayu tidak berkurangan dan akan terus dipertingkatkan keluasannya, kerajaan telah membuat dasar, iaitu bagi mana-mana tanah yang dikurniakan kepada orang Melayu sama ada pertanian, kediaman atau industri, ia akan dikenakan syarat kelulusan untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah simpanan Melayu di bawah Seksyen 6 Enakmen Rizab Melayu 1936. Di samping itu juga tanah-tanah Kerajaan yang dikurniakan kepada Perbadanan Islam Johor (PIJ) untuk dibangunkan Taman Perbadanan Islam juga telah disyaratkan untuk dijadikan Rizab Melayu. Manakala, mana-mana permohonan bagi membatalkan status rizab Melayu ini, ia hanya boleh dipertimbangkan setelah memenuhi 2 syarat, iaitu hendaklah digantikan dengan tanah lain yang luasnya sama atau lebih dari tanah yang hendak dibatalkan dan nilaian tanah juga hendaklah sama atau lebih dari tanah yang hendak dibatalkan. Forest City merupakan kurniaan kawasan perairan yang ditambak bagi tujuan pembangunan yang telah dijadikan sebagai kawasan zon antarabangsa di mana Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menetapkan kadar cukai seperti cukai harta dan cukai tanah yang lebih tinggi. Namun demikian, sungguhpun Forest City berada di dalam zon antarabangsa, ia tetap tertakluk kepada bentuk kawalan pemilikan mengikut peruntukan dasar-dasar dan pekeliling-pekeliling kerajaan yang berkuat kuasa seperti penentuan kuota pemilikan warga asing di samping harga jualan minima kepada warga asing.

Page 99: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

99

YB TUAN KAPT (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN B81 Benar kah kerajaan Malaysia tidak meneruskan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh dan apakah tindakan kerajaan negeri Johor? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR YB telah bertanyakan status rayuan di atas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan keputusan pada tahun 2008 melibatkan kedaulatan Pedra Branca/ Pulau Batu Putih kepada Singapura. Yang Berhormat Speaker, kerajaan negeri sentiasa konsisten dan bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Putih. Pulau Batu Putih menjadi konflik dalam isu pertindihan wilayah perairan Malaysia dan Singapura sejak dulu lagi. Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2018 memihak kepada Singapura. Walaupun isu jarak perairan antara batu putih dan Johor lebih hampir, namun pihak ICJ telah meneliti dari aspek yang lain. Walau bagaimanapun, rundingan rayuan semula tuntutan ke atas Pulau Batu Putih dan Tubir Selatan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Johor sentiasa menyokong segala keputusan Kerajaan Persekutuan mengenai tuntutan pulau tersebut. Kerajaan Pusat telah meneliti secara mendalam sekiranya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan ICJ. Rundingan kerajaan Malaysia bersama kerajaan Singapura mengenai sempadan Maritim Tubir Selatan (South Ledge) masih dalam tindakan Kementerian Luar Negara dan Pejabat Peguam Negara.

Page 100: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

100

YB TUAN KAPT (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN B82 Bajet Johor 2018 telah diluluskan oleh Dewan ini. Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakannya atau tidak, dan apakah alasannya? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pada Bajet 2018 yang lepas, kerajaan negeri telah membuat anggaran hasil sebanyak RM1,504.33 juta, di mana anggaran perbelanjaan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,503.19 juta. Ini termasuk, perbelanjaan mengurus, iaitu caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan yang terdiri daripada emolumen sebanyak RM493.36 juta dan perbelanjaan lain-lain sebanyak RM1,019.84 juta. Sehingga 31 Julai 2018, kerajaan telah membelanjakan sebanyak 47.23% daripada jumlah anggaran Bajet 2018, iaitu sejumlah RM710,010,389.58. Jumlah ini merangkumi perbelanjaan seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah:

PERBELANJAAN JUMLAH Emolumen RM262,018,598.06 Perkhidmatan dan Bekalan RM106,915,099.70 Pemilikan Harta Modal RM2,411,250.50 Pemberian dan Bayaran Tetap RM336,837,468.38 Lain-lian Perbelanjaan RM1,827,972.94 JUMLAH KESELURUHAN RM710,010,389.58

Secara keseluruhannya, kesemua perbelanjaan ini adalah bagi membantu melancarkan pelaksanaan sebanyak 153 titik sentuhan yang mewakili lima strategi khusus ke arah menjadikan Johor sebagai sebuah negara maju seperti mana yang telah dibentangkan pada Bajet 2018 yang lalu. Malah, pelaksanaan kesemua projek dan program di bawah Rancangan Johor 5 Tahun (RJ5T) yang telah diputuskan sebelum ini juga masih lagi diteruskan. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mula mengambil alih tampuk kepimpinan negeri daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada bulan Mei 2018, di mana pelaksanaan projek pembangunan negeri Johor bagi tahun 2018 telah pun memasuki fasa - suku kedua pelaksanaannya. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Pakatan Harapan bercadang untuk meneruskan usaha pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, terutamanya projek yang menguntungkan rakyat dan menghasilkan impak ekonomi. Ini kerana pembatalan projek pembangunan yang telah dirancang boleh memberi kesan kepada rancangan pembangunan di Johor, sekali gus akan menyebabkan usaha untuk membawa ekonomi negeri ke tahap lebih baik akan terjejas.

Page 101: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

101

Oleh itu, pelbagai usaha penambahbaikan telah dilakukan, termasuk pelaksanaan tender terbuka, mengurangkan lantikan secara rundingan terus serta pemantauan secara berterusan bagi memastikan proses pelaksanaannya adalah lebih telus dan berintegriti. Selain itu, peruntukan pembangunan juga akan diagihkan secara adil dan telus, di mana ia akan mengikut merit keperluan rakyat dan tidak dipengaruhi oleh faktor politik. Bagi memastikan proses penambahbaikan yang dirancang ini berjalan lancar, kerajaan negeri akan terus bekerja rapat bersama jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dalam menggariskan strategi penting dalam ucapan Bajet Johor 2019 yang akan berpaksi kepada visi kerajaan baharu, iaitu Johor Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari.

Page 102: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

102

YB TUAN KAPT (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN B83 Adakah Jabatan Agama Islam boleh mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah bantuan daripada RM300 kepada RM350? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN MAINJ melalui peruntukan wang zakat menyediakan pelbagai skim bantuan kepada golongan asnaf dalam bentuk pemberian sekali sahaja (one off) seperti bantuan berdikari dan juga pemberian dalam bentuk kewangan bulanan seperti bantuan sara hidup dan kos rawatan pesakit. Bagi bantuan sara hidup bulanan kadar bantuan yang diberi adalah di antara RM150.00 hingga RM750.00 sebulan berdasarkan kepada kelayakan dan keperluan setiap individu asnaf itu. Begitu juga dengan bantuan kos rawatan pesakit jumlah bantuan adalah di antara RM150.00 hingga RM750.00 mengikut kepada keperluan kos rawatan yang diperlukan. Sepanjang tahun 2017 yang lalu, seramai 15,243 ketua keluarga asnaf menerima bantuan sara hidup bulanan di seluruh Johor dengan perbelanjaan sebanyak RM65.1 juta. Manakala bagi bantuan rawatan bulanan pula seramai 2,890 pesakit menerima bantuan kewangan bulanan dengan perbelanjaan RM14.9 juta. Bagi bantuan rawatan hemodialisis pula seramai 3,100 pesakit menjalani rawatan ini di bawah pembiayaan MAINJ setiap bulan dengan belanja keseluruhan RM50.4 juta pada 2017. Suka dimaklumkan bahawa bantuan yang diberikan ini adalah bersifat meringankan beban asnaf dan bukan mencukupkan keperluan mereka. Selain daripada melihat kepada pendapatan dan tanggungan asnaf, penilaian juga turut di lihat dari segi kemampuan isi rumah, anak-anak yang bekerja dan yang menanggungnya.

Page 103: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

103

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN B84 Minta penjelasan status kedudukan kewangan bagi Tabung warisan Johor dan Tabung Perumahan Bumiputera Johor berakhir pada 30.6.2018? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Bagi Tabung Perumahan Bumiputera Johor dan terkumpul sehingga Jun 2018 adalah RM181.814 juta. Walau bagaimanapun, terdapat tanggungan sebanyak RM223.560 juta. Baki selepas tanggungan adalah kurang RM41.746 juta.

Page 104: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

104

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN B85 Minta penjelasan status hutang kerajaan negeri Johor berakhir pada 30.6.2018. Nyatakan secara terperinci kedudukan hutang tersebut. Apakah pelan perancangan kerajaan untuk mengurangkan hutang tersebut? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Sehingga 30 Jun 2018 baki hutang Kerajaan Negeri Johor kepada Kerajaan Persekutuan adalah seperti mana di dalam Jadual 1 di bawah : Jadual 1 Baki Hutang Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Persekutuan Sehingga 30 Jun 2018

Bil Pinjaman Baki Hutang (RM)

1. Projek Perumahan Awam Kos Rendah 16,575,517.67

2. Bekalan Air 334,514,923.90

3. Perbadanan Johor 50,270,943.55

4.

Lain-lain Pinjaman i) Projek Pembersihan Sungai Melibatkan

Penempatan Semula Penduduk di Sungai Tebrau, Johor Bahru – RM59,363,582.73

ii) Projek Membaik pulih Istana Johor – RM64,000,000.00

123,363,582.73

JUMLAH 524,724,967.85 Kerajaan Negeri Johor, melalui Perbendaharaan Negeri Johor sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian Penyelesaian Pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Johor yang berjumlah RM100 juta dalam usaha mengurangkan baki hutang. Kerajaan Negeri Johor turut menyelesaikan baki pinjaman bagi Projek Perumahan Awam Kos Rendah berjumlah RM16,575,517.67, Projek Pembersihan Sungai Melibatkan Penempatan Semula Penduduk di Sungai Tebrau, Johor Bahru berjumlah RM59,363,582.73 dan sebahagian baki pinjaman Perbadanan Johor yang berjumlah RM24,060,899.60, melalui Perjanjian Penyelesaian Pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Johor yang bakal dimuktamadkan ini. Setelah perjanjian ini dimuktamadkan, jangkaan baki pinjaman Kerajaan Negeri adalah seperti mana Jadual 2 di bawah :

Page 105: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

105

Jadual 2 Jangkaan Baki Hutang Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Persekutuan Setelah Perjanjian “Set-Off” RM100 Juta Dimuktamadkan

Bil Pinjaman Baki Hutang (RM)

1. Bekalan Air 334,514,923.90

2. Perbadanan Johor 26,210,043.95

3. Lain-lain Pinjaman i) Projek Membaik pulih Istana Johor – RM64,000,000.00 64,000,000.00

JUMLAH 424,724,967.85 Selain daripada itu, strategi mengurangkan baki hutang adalah dengan :

1) Membuat bayaran balik mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.

2) Membuat Penyelesaian penuh Pinjaman lebih awal “early settlement” bagi Pinjaman Projek Bengkel Tebrau III yang berjumlah RM636,292.53.

Kerajaan Negeri Johor melalui Perbendaharaan Negeri Johor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan Pejabat Menteri Besar Johor juga sedang menguruskan permohonan bagi menjadikan baki hutang Projek Bekalan Air sebanyak RM334,514,923.90 sebagai geran daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang mana jika diluluskan baki pinjaman keseluruhan Kerajaan Negeri Johor hanya tinggal RM90,210,043.95.

Page 106: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

106

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN B86 Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri Johor bagi memastikan pelan pembangunan untuk melebarkan Lebuh raya Utara-Selatan dari Kulai ke Kg. Ubi dinaik taraf kepada 3 lorong? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada, masa ini, kerajaan tiada sebarang perancangan bagi pelaksanaan pelebaran lorong ketiga di antara Kulai hingga Kg Ubi/Persimpangan bertingkat Pasir Gudang di Lebuh raya Utara Selatan. Ini kerana pelaksanaan ini perlu mengambil kira peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan di dalam perjanjian konsesi di antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

Page 107: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

107

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN B87 Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri Johor untuk membantu memulihkan semula sistem infra saliran di kawasan Projek Johor Barat yang kini dilihat sudah tidak mampu menampung isu-isu berbangkit dengan kesan perubahan cuaca masa kini? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Pembinaan infrastruktur dalam kawasan Projek Johor Barat adalah daripada peruntukan kerajaan persekutuan. Adalah diakui bahawa Projek Johor Barat kini dilihat tidak mampu menampung kesan perubahan cuaca masa kini. Pihak kerajaan negeri melalui JPS sentiasa memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk menyelenggara dan mendalamkan infra saliran dalam kawasan ini. Pelaksanaan kerja dijalankan secara berperingkat berdasarkan kepada peruntukan tahunan yang diluluskan. Peruntukan besar adalah diperlukan untuk menyelenggara keseluruhan kawasan ini kerana kawasan yang terlibat adalah luas. Sistem infrastruktur utama Projek Johor Barat terdiri daripada pintu air, benteng sungai, benteng pantai, lintasan Medium Traffic Bridge (MTB)/Light Traffic Bridge (LTB), parit pertanian, box culvert dan drainage control. Kebanyakan dari infrastruktur tersebut memerlukan penyelenggaraan berkala bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan efisien sebagaimana keperluan reka bentuk asal. Bagaimanapun sejak Projek Johor Barat ini siap, terdapat kekangan peruntukan untuk menjalankan penyelenggaraan seperti mana sepatutnya. Reka bentuk asal sistem saliran dalam Projek Johor Barat adalah untuk parit pertanian. Peningkatan kawasan pembangunan baru dan perubahan taburan hujan yang berlaku mungkin telah mengakibatkan sistem saliran pertanian yang telah dibina tidak mampu lagi menampung bagi mengurangkan risiko banjir dalam kawasan tadahannya. Sehubungan dengan itu, JPS telah mengemukakan perkara ini kepada peringkat yang lebih tinggi melalui mesyuarat dan perbincangan di peringkat jabatan agar satu kajian semula keseluruhan Projek Johor Barat dapat dilaksanakan untuk tindakan penyelenggaraan yang lebih berkesan.

Page 108: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

108

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN B88 Bilakah kerajaan negeri mampu membantu mengurangkan dan menyelesaikan isu jalan persekutuan (federal road) Batu Pahat-Pontian yang rosak teruk dari Parit Botak hingga Tampok yang amat membahayakan pengguna jalan raya tersebut? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Pihak JKR telah mendapati Jalan Batu Pahat-Pontian mengalami kerosakan yang membahayakan pengguna dan perlu dibaiki segera. Permohonan bagi melaksanakan pembaikan tahunan. Sehubungan dengan itu JKR telah memohon peruntukan sejumlah RM2.9 juta bagi membaiki di bawah program MARRIS bagi tujuan Penyenggaraan jalan persekutuan pada 25/02/2018 dan sehingga kini masih menunggu kelulusan. Selain itu, pihak JKR juga telah mengemukakan permohonan sebanyak RM2 juta bagi laluan ini di dalam Cadangan Senarai Program Penyenggaraan Jalan Persekutuan tahun 2019.

Page 109: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

109

YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL (SUNGAI BALANG) SOALAN B89 Minta dinyatakan bagaimana manifesto kerajaan PH ini dapat mengekalkan kedudukan ekonomi Johor? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Manifesto kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan memberikan tumpuan kepada 2 perkara utama iaitu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Antara yang diberi penekanan adalah daripada aspek peningkatan kualiti rangkaian sistem pengangkutan awam, pembangunan yang lebih menyeluruh sebagai contoh dengan tumpuan diberikan kepada pembangunan Wilayah Koridor Johor Utara yang meliputi daerah Muar, Tangkak dan Segamat. Kerajaan negeri juga memberikan tumpuan kepada peningkatan penyediaan infrastruktur dan fasiliti yang baik bagi memastikan negeri Johor terus menerima pelaburan berimpak tinggi dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan, khususnya di dalam bidang berkemahiran tinggi. Selain itu, pihak kerajaan negeri sedang di dalam usaha merangka hala tuju yang akan memacu pembangunan negeri Johor ke arah sebuah negeri yang berprestasi tinggi menjelang tahun 2030 menerusi 8 teras yang telah digantikan dalam Pelan Pembangunan Mampan Johor 2018 - 2030. Sebagai contoh dengan memanfaatkan aplikasi digital dan teknologi tinggi. Antara sektor diberi perhatian antaranya adalah ekonomi kreatif, pelancongan, minyak dan gas selain sektor pembuatan yang berimpak tinggi.

Page 110: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

110

YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL (SUNGAI BALANG) SOALAN B90 Minta dinyatakan bagaimana dengan bajet gaji ketua kampung yang telah diluluskan semasa pembentangan bajet semasa kerajaan dahulu sedangkan ketua-ketua kampung telah diberhentikan. Ke mana aliran gaji dimasukkan? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, elaun Ketua Kampung yang tidak dibelanjakan akan dikembalikan kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)/kerajaan persekutuan. Bajet kerajaan negeri bagi elaun ketua kampung pula kekal di dalam akaun kerajaan negeri. Elaun seterusnya akan dibayar apabila ketua kampung yang baru dilantik.

Page 111: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

111

YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL (SUNGAI BALANG) SOALAN B91 Minta dinyatakan bilakah perlaksanaan pemberian 10 meter padu air percuma? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Mengikut semakan ke atas data senarai golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi negeri Johor dengan pendapatan isi rumah RM4,000.00 ke bawah, untuk tahun 2017 yang telah dikemas kini pada 28 Mei 2018 dan padanan maklumat pemegang akaun di SAJ Ranhill Sdn. Bhd., mendapati bahawa seramai 229,307 pemegang akaun layak menerima air percuma 10m3 sebulan. Oleh yang demikian, kerajaan negeri mencadangkan agar tarikh efektif pemberian air percuma bagi tahun 2018 bermula pada bulan September 2018 dengan implikasi kewangan sebanyak RM7,337,824.00 (229,307 pemegang akaun x RM8.00 sebulan x 4 bulan).

Page 112: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

112

YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL (SUNGAI BALANG) SOALAN B92 Minta dinyatakan bukti bahawa kerajaan PH juga telah menghapuskan Kuota Menegakkan Kerajaan (KMK) yang diamalkan oleh kerajaan sebelum ini bagi memberi ruang kepada rakyat memiliki rumah idaman mereka? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah menggugurkan Kuota Menegakkan Kerajaan (KMK) pada tarikh 12 Jun 2018 di dalam Pembahagian Perumahan Rakyat Johor. Selaras dengan penghapusan Kuota Menegakkan Kerajaan (KMK), kerajaan telah memperkenalkan satu sistem agihan baru iaitu SP2MJ pada 27 Julai 2018 dan berkuat kuasa 1 Ogos 2018. SP2MJ adalah satu Sistem Agihan Perumahan Rakyat Johor secara permohonan terbuka. Projek perintis bagi sistem SP2MJ ini adalah di Taman Daiman, Kota Tinggi dan Taman Bandar Putra, Segamat.

Page 113: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

113

YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL (SUNGAI BALANG) SOALAN B93 Minta dinyatakan bahawa kerajaan PH akan memberhentikan projek-projek yang tidak ekonomi dan tidak memberi manfaat kepada rakyat Johor akan diberhentikan. Berikan contoh projek-projek kerajaan sebelum ini yang tidak ekonomi dan tidak berfaedah untuk rakyat? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pada Bajet 2018 yang lepas, kerajaan negeri telah membuat anggaran hasil sebanyak RM1,504.33 juta, di mana anggaran perbelanjaan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,503.19 juta. Ini termasuk, perbelanjaan mengurus, iaitu caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan yang terdiri daripada emolumen sebanyak RM493.36 juta dan perbelanjaan lain-lain sebanyak RM1,019.84 juta. Sehingga 31 Julai 2018, kerajaan telah membelanjakan sebanyak 47.23% daripada jumlah anggaran Bajet 2018, iaitu sejumlah RM710,010,389.58. Jumlah ini merangkumi perbelanjaan seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah:

PERBELANJAAN JUMLAH Emolumen RM262,018,598.06 Perkhidmatan dan Bekalan RM106,915,099.70 Pemilikan Harta Modal RM2,411,250.50 Pemberian dan Bayaran Tetap RM336,837,468.38 Lain-lian Perbelanjaan RM1,827,972.94 JUMLAH KESELURUHAN RM710,010,389.58

Secara keseluruhannya, kesemua perbelanjaan ini adalah bagi membantu melancarkan pelaksanaan sebanyak 153 titik sentuhan yang mewakili lima strategi khusus ke arah menjadikan Johor sebagai sebuah negara maju seperti mana yang telah dibentangkan pada Bajet 2018 yang lalu. Malah, pelaksanaan kesemua projek dan program di bawah Rancangan Johor 5 Tahun (RJ5T) yang telah diputuskan sebelum ini juga masih lagi diteruskan. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mula mengambil alih tampuk kepimpinan negeri daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada bulan Mei 2018, di mana pelaksanaan projek pembangunan negeri Johor bagi tahun 2018 telah pun memasuki fasa - suku kedua pelaksanaannya. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Pakatan Harapan bercadang untuk meneruskan usaha pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, terutamanya projek yang menguntungkan rakyat dan menghasilkan impak ekonomi. Ini kerana pembatalan projek pembangunan yang telah dirancang boleh memberi kesan kepada rancangan pembangunan di Johor, sekali gus akan menyebabkan usaha untuk membawa ekonomi negeri ke tahap lebih baik akan terjejas.

Page 114: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

114

Oleh itu, pelbagai usaha penambahbaikan telah dilakukan, termasuk pelaksanaan tender terbuka, mengurangkan lantikan secara rundingan terus serta pemantauan secara berterusan bagi memastikan proses pelaksanaannya adalah lebih telus dan berintegriti. Selain itu, peruntukan pembangunan juga akan diagihkan secara adil dan telus, di mana ia akan mengikut merit keperluan rakyat dan tidak dipengaruhi oleh faktor politik. Bagi memastikan proses penambahbaikan yang dirancang ini berjalan lancar, kerajaan negeri akan terus bekerja rapat bersama jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dalam menggariskan strategi penting dalam ucapan Bajet Johor 2019 yang akan berpaksi kepada visi kerajaan baharu, iaitu Johor Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari.

Page 115: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

115

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN MOHAMMAD (BENUT) SOALAN B94 Minta dinyatakan langkah – langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu kontraktor Johor terlibat dalam projek mega di negeri Johor seperti Projek Landasan Berkembar Kereta api Elektrik Gemas – Johor Bahru. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri Johor sentiasa berusaha membantu para kontraktor Johor supaya turut sama terlibat di dalam limpahan projek-projek mega di negeri Johor. Di antara projek-projek mega tersebut salah satunya adalah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru. Beberapa inisiatif telah pun diperkenalkan bagi membantu memastikan para kontraktor di negeri Johor lebih bersedia dan diberi peluang di dalam penglibatan projek mega ini. Seterusnya untuk makluman, kerajaan negeri telah menjalankan kajian Pelan Induk Pembangunan Kontraktor Negeri Johor di mana beberapa dapatan kajian telah dapat digariskan. Salah satu daripada dapatan kajian adalah untuk menubuhkan Johor Centre for Construction Development (JCCD) bagi membantu para kontraktor di negeri Johor untuk turut sama berpeluang di dalam pembangunan yang berskala besar. Penubuhan JCCD ini juga bertujuan untuk menyelaras, membantu serta mengendalikan segala penambahbaikan, pembangunan dan perkhidmatan di dalam aspek pembinaan khususnya projek– projek yang terdapat di negeri Johor. Langkah-langkah awal yang akan digariskan adalah memastikan agar kontraktor yang terlibat mempunyai daya saing serta pengetahuan di dalam industri yang diceburi. Selain itu, pihak kerajaan negeri akan memastikan agar keutamaan perlu diberikan kepada kontraktor tempatan agar diberi peluang untuk turut serta di dalam projek ini.

Page 116: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

116

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN MOHAMMAD (BENUT) SOALAN B95 Minta dinyatakan strategi Kerajaan Negeri dalam memelihara dan meningkatkan rizab Melayu yang kini sebanyak 30% seluruh Johor dan apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan status tanah tambak Forest City, jelaskan perancangan percukaian dan kawalan pemilikan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Dalam memastikan tanah-tanah rizab Melayu tidak berkurangan dan akan terus dipertingkatkan keluasannya, kerajaan telah membuat dasar, iaitu bagi mana-mana tanah yang dikurniakan kepada orang Melayu sama ada pertanian, kediaman atau industri, ia akan dikenakan syarat kelulusan untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah simpanan Melayu di bawah Seksyen 6 Enakmen Rizab Melayu 1936. Di samping itu juga tanah-tanah Kerajaan yang dikurniakan kepada Perbadanan Islam Johor (PIJ) untuk dibangunkan Taman Perbadanan Islam juga telah disyaratkan untuk dijadikan Rizab Melayu. Manakala, mana-mana permohonan bagi membatalkan status rizab Melayu ini, ia hanya boleh dipertimbangkan setelah memenuhi 2 syarat, iaitu hendaklah digantikan dengan tanah lain yang luasnya sama atau lebih dari tanah yang hendak dibatalkan dan nilaian tanah juga hendaklah sama atau lebih dari tanah yang hendak dibatalkan. Forest City merupakan kurniaan kawasan perairan yang ditambak bagi tujuan pembangunan yang telah dijadikan sebagai kawasan zon antarabangsa di mana Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menetapkan kadar cukai seperti cukai harta dan cukai tanah yang lebih tinggi. Namun demikian, sungguhpun Forest City berada di dalam zon antarabangsa, ia tetap tertakluk kepada bentuk kawalan pemilikan mengikut peruntukan dasar-dasar dan pekeliling-pekeliling kerajaan yang berkuat kuasa seperti penentuan kuota pemilikan warga asing di samping harga jualan minima kepada warga asing.

Page 117: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

117

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN MOHAMMAD (BENUT) SOALAN B96 Minta dinyatakan bagaimana pengiraan 85% manifesto kerajaan negeri telah ditunaikan dan mengapa perlu dibina sebuah lagi Universiti Johor yang khusus untuk bidang teknologi tinggi dan agrikultur moden? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Allhamdulillah, di dalam dewan yang mulia ini, saya serta barisan saf kepimpinan kerajaan baharu merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya, Pakatan Harapan telah berjaya mencipta sejarah membentuk kerajaan negeri yang baharu buat kali pertama sejak kita mencapai kemerdekaan. Untuk makluman Yang berhormat Tuan Speaker dan ahli-ahli dewan sekalian, manifesto 10 janji 100 hari yang ditawarkan telah dikaji dengan teliti sebelum diwar-warkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Pada peringkat 100 hari, Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk rakyat Johor. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah seperti berikut:- Pertama : Pemberian air percuma 10 meter padu kepada golongan sasar Melalui inisiatif ini Kerajaan Negeri telah mengenal pasti seramai 229,307 golongan sasar daripada kategori B40 layak menerima inisiatif ini yang akan mula dilaksanakan 1 September 2018. Kedua : Sistem Tender Terbuka Ini dapat membuka peluang sama rata kepada semua pihak dalam mendapatkan projek ataupun kerja-kerja kerajaan. Inisiatif ini akan dapat menjimatkan kos kerja kerana tender terbuka akan wujud persaingan sihat di kalangan kontraktor-kontraktor ini dengan masing-masing akan menawarkan harga yang paling munasabah, logik dan bersesuaian dengan kerja yang ditawarkan. Ketiga : Kad Sihat Johor Bagi Golongan B40 Di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang baharu ini, kita juga mengambil tanggungjawab untuk memastikan semua golongan terbela. Melalui inisiatif Kad Sihat Johor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.2 juta bagi pelaksanaan skim ini. Buat permulaan, Kerajaan Negeri menyasarkan pemberian Kad Sihat Johor ini kepada golongan di bawah eKASIH.

Page 118: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

118

Pemberian kemudahan ini diberi secara pro rata bagi tempoh bermula Ogos sehingga Disember 2018 iaitu sebanyak RM250 bagi setiap keluarga dan caj pengurusan sebanyak RM50 bagi setiap kad yang dikeluarkan. Keempat : Skim Takaful Warga Emas Melalui inisiatif ini, Kerajaan negeri memperuntukkan RM560,000 pada tahun ini membabitkan 11,200 penerima. Majlis pelancaran kad ini sudah pun dilaksanakan 5 Ogos lalu di Parit Yaani, Batu Pahat. Kelima : Diskaun 50% Tunggakan Sewa PPR Kerajaan Negeri memahami masalah rakyat Johor yang kurang berkemampuan untuk membayar tunggakan sewa rumah PPR yang mereka diami. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kita telah bersetuju untuk memberikan pengecualian 50% bagi bayaran keseluruhan tunggakan sewa PPR. Kerajaan Negeri akan membayar secara ‘One Off’ sebanyak RM651,000 hanya untuk tahun 2018 membabitkan sebahagian penduduk PPR yang terdiri daripada golongan miskin, miskin tegar, asnaf dan fakir serta pesakit kronik. Dianggarkan seramai 2,500 orang penyewa iaitu 30% daripada keseluruhan jumlah penyewa PPR di negeri ini akan menerima faedah daripada inisiatif ini. Keenam : Insentif IPT RM 1000 Untuk Ijazah Sarjana Muda Dan RM 500 Diploma Saya sedia maklum, inisiatif ini turut dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu. Namun seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, Kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja akan meneruskan perkara ini, tetapi turut membuat penambahbaikan. Jika sebelum ini, bantuan kemasukan IPT bagi Ijazah Sarjana Muda adalah RM750, tetapi kini Kerajaan Pakatan Harapan telah bermurah hati untuk menaikkannya kepada RM1000. Kita juga telah melonggarkan syarat permohonan dengan mengambil kira jumlah tanggungan anak-anak pemohon yang masih bersekolah / belajar. Ketujuh : Penghapusan Kuota Mengerak Kerajaan Dalam Pengagihan Rumah Mampu Milik Johor Sudah menjadi harapan semua rakyat Johor untuk memiliki rumah mampu milik. Namun demikian di bawah pentadbiran terdahulu, kita mendapati pengagihannya dilakukan secara tidak adil melalui sistem Kuota Menegak Kerajaan (KMK). Sistem ini memberikan hampir 30% daripada jumlah rumah mampu milik di sesebuah kawasan kepada ketua-ketua parti kerajaan terdahulu.

Page 119: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

119

Ia kemudiannya diagihkan kepada penyokong - penyokong mereka melalui sistem ini. Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan setiap bangsa Johor yang berkelayakan perlu diberi peluang sama rata untuk memiliki kediaman sendiri. Kita memutuskan untuk menghapuskan sistem KMK ini, pengagihan rumah mampu milik akan dilakukan secara telus dan saksama kepada semua yang berkelayakan tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik mereka. Kelapan : Pengecualian Bayaran Lesen Penjaja PBT Inisiatif ini sudah pasti akan meringankan beban penjaja di negeri ini. Sejumlah 21,127 penjaja daripada 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menerima kemudahan ini. Tarikh pelaksanaan bagi inisiatif ini akan bermula pada 1 September 2018. Kesembilan : Insentif Perkahwinan Kelompok, Kursus Perkahwinan Percuma Insentif ini akan diberi kepada pasangan yang akan berkahwin untuk kali pertama sahaja. Kalau hendak tambah cawangan lagi tidak layak mendapat insentif ini. Ia secara tidak langsung akan meringankan beban bakal pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan. Kesepuluh : Bantuan Sekolah Agama Kerajaan Negeri akan memastikan sekolah-sekolah agama di negeri ini terbela menerusi pelbagai bantuan. Kerajaan negeri amat komited di dalam memastikan setiap aku janji yang telah dinyatakan menerusi manifesto 100 hari dan 5 tahun dapat di terjemah dalam bentuk pelaksanaan. Setakat ini bagi manifesto 100 hari, sebanyak 7 daripada 10 inisiatif manifesto kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan telah dilaksanakan. Hanya 3 inisiatif yang telah diputuskan mekanisme pelaksanaannya oleh kerajaan negeri dan akan dilaksanakan pada bulan September 2018. Ini di atas kesesuaian proses pelaksanaannya. Inisiatifnya adalah iaitu pengecualian lesen penjaja, pemberian air percuma 10 meter padu pada kategori B40 dan bayaran kursus perkahwinan percuma berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita mempunyai satu misi dan visi yang jelas untuk memastikan setiap keputusan yang diambil akan memberi manfaat kepada rakyat. Kami juga komited dalam menunaikan manifesto 5 tahun yang telah ditetapkan, di mana kaedah pelaksanaannya sedang dirangka untuk memastikan kesan limpahan manfaat yang lebih berkesan.

Page 120: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

120

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN MOHAMMAD (BENUT) SOALAN B97 Minta dinyatakan kedudukan rizab kerajaan semasa kerajaan negeri dan usaha-usaha mendapatkan hasil baru bagi kerajaan negeri? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Jumlah simpanan rizab kerajaan Johor berakhir 30 Jun 2018 adalah berjumlah RM2.582 bilion. 1. Antara usaha-usaha yang dilihat berupaya dijadikan sebagai hasil baru bagi Kerajaan

Negeri ialah dengan menimbangkan semula pengecualian duti hiburan. Mana-mana taman tema yang kini mendapat pengecualian duti hiburan dicadangkan agar tidak diberikan penyambungan pengecualian duti hiburan pada masa akan datang.

2. Selain daripada itu, pindaan cukai tanah perlu disemak semula kerana walaupun ia bukan hasil baru tetapi keperluan terhadap pindaan cukai tanah dengan kadar yang lebih sesuai dan munasabah mengikut keadaan, kegunaan dan keluasan tanah adalah signifikan bagi membantu meningkatkan hasil kerajaan negeri Johor. Berdasarkan peruntukan undang-undang dalam seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965 dan Seksyen 101 (5)(b), Pihak Berkuasa Negeri boleh melaksanakan semakan cukai tanah apabila tempoh kuat kuasanya telah melebihi 10 tahun. Kadar cukai tanah sedia ada di Negeri Johor telah diwartakan dalam Warta Kerajaan J.P.U 95 bertarikh 16 Disember 2004. Kadar cukai tanah dinaikkan sekitar 40% pada ketika itu dan mula diguna pakai sejak 1 Jun 2005 hingga kini.

Page 121: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

121

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN MOHAMMAD (BENUT) SOALAN B98 Minta dinyatakan bilangan kontraktor yang telah terlibat yang telah mendapat manfaat serta program – program yang dilaksanakan di bawah Pelan Induk Pembangunan Kontraktor Johor dan apakah mekanisme yang digunakan dalam mengemukakan tender terbuka sepertimana yang diumumkan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Jun 2018, sebanyak lebih kurang 300 kontraktor telah terlibat secara langsung dengan program-program di bawah Pelan Induk Pembangunan Kontraktor Johor. Namun terdapat beberapa program-program yang perlu dibuat penambahbaikan bagi menghasilkan program yang lebih relevan, berstruktur dan telus. Antara mekanisme yang akan dicadangkan adalah penubuhan satu Jawatankuasa Pengukuhan Infrastruktur Johor bagi tujuan memantau, menyelaras dan memperkasakan lagi industri pembinaan infrastruktur di seluruh negeri Johor. Jawatankuasa ini juga akan berintegrasi dengan semua agensi yang berkaitan mengenai perihal isu pembinaan dan penyelesaiannya dengan mengambil kira akta-akta yang terlibat. Tambahan lagi, satu pangkalan data kontraktor Johor akan dibangunkan yang akan dipantau oleh Johor Centre for Construction Development. Melalui pangkalan data ini, segala pemberian tender kerajaan kepada kontraktor yang layak adalah lebih telus dan adil. Ini adalah untuk melatih para kontraktor supaya menjadi lebih kompeten dan berdaya saing serta dapat mengelakkan timbulnya kontraktor yang sama mendapat projek. Selain itu juga, Sijil Pendaftaran Kontraktor Johor juga akan diperkenalkan bagi mengemas kini bilangan kontraktor yang terdapat di negeri ini agar agenda ‘local content’ dapat dilaksanakan secara saksama agar dapat dinikmati oleh kontraktor tempatan. Secara tidak langsung, kompeten mereka dapat diperkasakan dan dipertingkatkan sejajar dengan arus pemodenan industri pembinaan semasa.

Page 122: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

122

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B99 Apakah status projek lampu jalan dari Simpang Tenggaroh ke Tanjung Leman dan penambah baik R&R Tenggaroh yang telah di lulus melalui ECER? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Status projek lampu jalan dari Simpang Tenggaroh ke Tanjung Leman tiada dalam perancangan JKR manakala penambah baik R&R Tenggaroh bukan bawah seliaan JKR dan tiada maklumat berkaitan.

Page 123: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

123

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B100 Apakah status program inklusif masyarakat India yang diluluskan dalam pembentangan bajet tahun lepas? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Program Inklusif Masyarakat India yang telah diumumkan pada Bajet 2018 yang lalu, kini berada di peringkat kajian dan akan ditambah baik pelaksanaannya sesuai dengan aspirasi dan hala tuju kerajaan Pakatan Harapan.

Page 124: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

124

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B101 Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu warga FELDA akibat kejatuhan harga sawit? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Pihak FELDA boleh mencadangkan agar hutang peneroka ditangguhkan buat sementara waktu. Ini bagi membantu pendapatan bersih peneroka tidak ditolak hutang semasa seperti hutang pinjaman pembesaran rumah, bayaran kembali alih ladang, dan hutang baja semasa. Pendapatan bersih peneroka juga akan dipastikan agar tidak kurang dari RM 1,000.00 sebulan. Harga minyak sawit adalah berdasarkan kepada harga semasa, namun di peringkat kilang, harga buah sawit bergantung kepada Kadar Perahan Digred (KPG) di kilang. Oleh itu, kawalan KPG boleh dipantau di peringkat ladang di mana buah-buah sawit yang dihantar perlu dipastikan menepati kualiti supaya mendapat kadar perahan digred yang tinggi bagi mendapatkan harga yang tinggi untuk pendapatan yang lebih baik. Penggunaan buruh di rancangan juga akan dimaksimumkan bagi membolehkan hasil dikeluarkan sepenuhnya.

Page 125: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

125

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B102 Apakah status projek tapak khairat kematian masyarakat India di Pasir Gudang? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pada asalnya tapak yang dipohon adalah PTD 5140 dan telah diluluskan pada Mac 2016 tetapi disebabkan kos penambakan tanah yang tinggi berjumlah RM4.9 juta, satu tapak lain yang terletak berhampiran iaitu PTD 5180 seluas 1.09 ekar telah di cadang untuk tapak gantian. Permohonan merizabkan tanah bagi tujuan tapak upacara terakhir kematian kaum India ini dalam tindakan untuk dirujuk bagi pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.

Page 126: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

126

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B103 Apakah status projek pusat dialisis di Tenggaroh 2 yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan tahun lepas? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Projek Pusat Dialisis di Tenggaroh 2 telah selesai di akhir peringkat perancangan iaitu telah selesai reka bentuk bangunan dan sedang mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak FELDA Tenggaroh, Mersing untuk memasuki dan menggunakan tapak milik FELDA bagi tujuan pembinaan. Pembinaan projek tersebut akan dilaksanakan pada awal tahun 2019.

Page 127: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

127

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN B104 Adakah aduan masyarakat kepada PBT melalui sistem berkomputer ini membantu atau menyusahkan permasalahan yang diajukan oleh masyarakat dan apakah piagam pihak berkuasa apabila menerima sesuatu aduan terus daripada orang awam? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Sistem aduan awam atas talian (online) telah bermula sejak tahun 2008 dengan pengenalan sistem e-ADUAN dan sistem ini ditambah baik mengikut keperluan dan capaian semasa pada tahun 2017 menerusi penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam atau ringkasnya disebut sebagai SISPAA. Seiring dengan perkembangan, sistem aduan berkomputer atau secara atas talian ini membantu dan melicinkan pengurusan aduan awam atas faktor berikut: • Capaian sistem aduan yang boleh diakses sepanjang 24 jam selagi rangkaian Internet

aktif (dalam hal ini, pengguna perlu mendaftarkan diri dan boleh menyemak aduan); • Memenuhi proses keperluan pengurusan aduan (lengkap dengan pelbagai bentuk

laporan yang boleh dipanjangkan kepada agensi berkaitan) secara tidak langsung selari dengan konsep no wrong door policy;

• Keadaan penyimpanan rekod-rekod aduan yang lebih selamat dan terpelihara; Di peringkat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) misalnya, mempunyai pelbagai saluran penyampaian awam yang terdiri daripada panggilan telefon, surat rasmi, kiriman e-mel, talian Whatsapp, SISPAA, Ahli Majlis sebagai perantara dan secara pertemuan pejabat. Piagam MBJB juga telah menggariskan agar sebarang maklum balas atau akuan penerima aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam hari bekerja. Tindakan aduan akan diselesaikan berdasarkan tiga (3) kategori aduan awam seperti berikut: • Aduan mudah / ringan – selesai dalam tempoh tiga (3) hari; • Aduan sederhana – selesai dalam tempoh 15 hari; • Aduan berat / kritikal – selesai melebihi 15 hari.

Page 128: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

128

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN B105 Apakah rancangan kerajaan tempatan mengatasi masalah gelandangan yang masih terdapat di beberapa kawasan di bandar Johor Bahru? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Sebagai pencerahan, golongan gelandangan di bandar raya Johor Bahru amat berbeza sekali dengan keadaan golongan seumpamanya di Kuala Lumpur, Ipoh dan Shah Alam. Secara asas, sebanyak 40% golongan gelandangan yang berada di Johor Bahru digolongkan sebagai gelandangan transit dengan merujuk kepada rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan menjadikan Johor Bahru sebagai lokasi transit bagi mereka berehat dan tidur sebelum meneruskan rutin bekerja di Singapura. Soal masa dan perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura dan sebaliknya menjadi alasan bagi mereka untuk bergelandangan secara transit di Johor Bahru. Bagi pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), langkah pembanterasan golongan ini dirangka melalui operasi bersepadu yang merangkumkan usaha mengatur strategi pembanterasan, mengenal pasti isu dan masalah daripada setiap agensi serta penambahbaikan dari semasa ke semasa. Rangkuman usaha ini kemudiannya dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Program Bandar Selamat MBJB setiap bulan dengan dipengerusikan oleh Datuk Bandar dan disertai agensi awam seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi berkaitan. Langkah lebih lanjut turut diambil oleh pihak MBJB melalui penubuhan Jawatankuasa Bertindak Sifar Gelandangan yang turut dianggotai oleh ahli kuorum jawatankuasa di atas selain penyertaan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Langkah penyelesaian telah digariskan oleh jawatankuasa bertindak ini yang dibahagikan kepada dua seperti berikut: 1. Langkah Penyelesaian Jangka Pendek:

• Operasi Bersepadu melibatkan agensi dan jabatan rentas peranan secara berkala; • Setiap agensi dapat menterjemah peranan masing-masing dengan memudah dan

mempercepat prosedur berkaitan gelandangan; • Kempen kesedaran masyarakat agar tidak menghulurkan bantuan kepada

gelandangan sebaliknya bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa tentang keberadaan mereka;

• Program usaha sama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu dan memberi kesedaran kepada golongan gelandangan; dan

• Mempelajari dan memahami tentang pengurusan gelandangan dengan menjadikan negara-negara sebagai penanda aras.

Page 129: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

129

2. Langkah Penyelesaian Jangka Panjang:

• Memperkasa dan memperkukuh peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

dalam menguruskan isu golongan gelandangan • Membina pusat penempatan gelandangan di kawasan bandar raya Johor Bahru; • Penyediaan lokap (Pusat Tahanan Sementara) untuk AADK menempatkan

gelandangan yang terlibat dengan anasir dadah berkaitan sebelum mendapat perintah Mahkamah.

• Hukuman lebih berat terhadap golongan gelandangan berulang seperti:

o Menyenaraihitamkan gelandangan berulang; o Menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat; o Hukuman lain yang sesuai dan patut berdasarkan penanda aras yang

disediakan.

Page 130: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

130

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN B106 Apakah tindakan kerajaan tempatan dengan permasalahan banjir yang kerap berlaku di Jalan Hujung, Kampung Melayu Majidee berikutan keadaan Sungai Sebulung di situ yang cetek dan sempit? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Masalah banjir di kawasan rumah setinggan dekat Jalan Hujung berpunca daripada halangan berbentuk paip air dan kabel elektrik pada sistem pembetung di Jalan Kenangan. Halangan tersebut telah menjadi perangkap sampah sarap sehingga menjadi punca berlakunya banjir. Oleh yang demikian, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengeluarkan tender bagi kerja-kerja melebarkan Jalan Kenangan bertarikh 2 April 2018 yang melibatkan skop kerja pengalihan paip air dan kabel elektrik dekat pembetung tersebut. Susulan daripada itu, lantikan kontraktor telah dibuat dan kerja-kerja akan bermula pada 15 Ogos 2018 dan dijangka siap 29 Januari 2019.

Page 131: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

131

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN B107 Bagaimana cara pihak berkuasa menangani dan mengawal harga barang keperluan harian? JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH Sebaik sahaja Kerajaan mengumumkan GST pada kadar sifar diperkenalkan dan berkuat kuasa 1 Jun 2018, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa mengambil tindakan bagi memastikan peniaga mematuhi GST berkadar sifar peratus (0%) dengan mengenakan harga yang berpatutan ke atas barangan keperluan agar tidak membebankan rakyat. Kementerian juga sedar terdapat perubahan pada harga barangan di pasaran. Hasil pemantauan yang dibuat, perubahan harga yang berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti permintaan dan penawaran, persaingan, cuaca, peningkatan kos termasuk kadar upah, bekalan negara pengeluar asal, nilai pertukaran mata wang, harga bahan mentah, komoditi serta tindakan peniaga yang disyaki mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah. Sehubungan dengan itu, Kementerian telah mengatur beberapa langkah bagi menangani isu harga barang seperti berikut: i. melaksanakan penguatkuasaan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan

Antipencatutan 2011 bagi mengawal pengambilan untung secara tidak munasabah oleh peniaga atau mencatut melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 yang mula kuat kuasa pada 6 Jun 2018;

ii. melaksanakan tindakan penguatkuasaan pencatutan di bawah OPS CATUT yang telah dimulakan pada 1 Januari 2015 hingga kini meliputi seluruh rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan di seluruh negara. Gerak gempur yang lebih agresif diteruskan bagi menangani isu kenaikan harga barangan secara tidak munasabah oleh pihak peniaga khususnya sektor peruncitan bagi barangan dan perkhidmatan melalui Operasi Catut 4.0 bermula pada 1 Jun 2018 di seluruh negara. Statistik di Negeri Johor mencatatkan sebanyak 106,350 barangan telah dibuat pemeriksaan di 4,869 premis. 175 Aduan yang diterima dan 50 amaran telah di keluarkan kepada peniaga-peniaga;

iii. mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 21 Akta yang dikuatkuasakan dengan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara untuk mendapatkan penjelasan;

iv. menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 bagi mewajibkan peniaga meletak tanda harga ke atas barangan yang dijual atau mempamerkan senarai harga;

v. menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas secara berkala di seluruh negara di bawah Program Pemantauan Harga oleh Pegawai Pemantau Harga Kementerian;

vi. mengadakan libat urus (engagement) untuk memberi penjelasan, khidmat nasihat dan kerjasama peniaga dalam memahami dan mematuhi undang-undang. Ia bertujuan memastikan impak perubahan kadar GST 0% dapat memberi kesan yang positif kepada pengguna dan membolehkan pengguna mendapatkan harga barangan dan caj bagi perkhidmatan yang lebih rendah di pasaran; dan

Page 132: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

132

vii. menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga untuk diambil tindakan oleh Kementerian.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa peka dan berusaha untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat, khasnya dalam menangani isu kos sara hidup. Di antara yang dilaksanakan kerajaan termasuklah: 1. Mengadakan usaha sama dengan pengilang yang menjual barang-barang keperluan

asas untuk menjual barang terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah sepertimana Karnival Mega Muafakat Johor (KMMJ)

2. Menganjurkan program “back to school” di mana peralatan sekolah dijual dengan harga lebih rendah.

3. Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, yang mana pada 4 musim perayaan (Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas), kerajaan menetapkan harga siling sesuatu barangan.

Kementerian percaya dengan inisiatif yang berterusan melalui program serta tindakan penguatkuasaan bagi mengawal isu harga barangan akan dapat menangani tindakan peniaga yang cuba mengeksploitasi harga dan sekali gus mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.

Page 133: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

133

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B108 Keadaan trafik di Senai-Kulai semakin hari semakin teruk. Projek Senai-Kulai By Pass telah dicadangkan di dalam perancangan pelan tahun 2015-2025. Bilakah projek ini akan dilaksanakan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Projek Senai-Kulai By Pass telah dicadangkan di dalam perancangan pelan tahun 2015-2025 dan telah dimohon di dalam RMKe-11. Walau bagaimanapun, projek ini tidak tersenarai di dalam keutamaan bagi pelaksanaan dalam Rolling Plan (RP).

Page 134: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

134

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B110 Di dalam manifesto Pakatan Harapan ada menyatakan tentang geran sepanjang hayat bagi kampung dan kampung baru. Bilakah perkara ini akan ditunaikan dan apakah khidmat yang dapat saya berikan kepada orang awam? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Ketetapan pada masa ini berdasarkan perundangan sedia ada iaitu Kanun Tanah Negara 1965 menggariskan bahawa tempoh pemberi milikan adalah tidak melebihi 99 tahun. Ketetapan kerajaan negeri di bawah Peraturan Tanah Johor 1966 (Pindaan Tahun 2004) menetapkan tempoh pajakan 99 tahun bagi tanah pertanian dan memberi pilihan/opsyen bagi tanah rumah kediaman. Seseorang yang dikurniakan tanah untuk tapak rumah kediaman diberi pilihan untuk memilih tempoh pegangan selama 60 tahun atau 99 tahun dan premium dikenakan berdasarkan tempoh yang dipilih. Ini menunjukkan kerajaan memberi peluang kepada individu memiliki tanah berpegangan 60 tahun atau 99 tahun berdasarkan kemampuan masing-masing. Ia selaras dengan manifesto Pakatan Harapan iaitu memberikan status pegangan selama 99 tahun untuk Kampung Melayu, Kampung Tradisi, Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina. Oleh itu, pemimpin masyarakat hendaklah menggalakkan individu yang berjaya dikurniakan tanah membayar premium tanah dalam tempoh yang ditetapkan kerana bayaran yang dikenakan adalah sangat rendah daripada nilaian pasaran tanah.

Page 135: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

135

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B111 Saya difahamkan anggaran penduduk tempatan di Kulai lebih 200,000 orang, malangnya agensi-agensi seperti kaunter JPJ, Pejabat Pos dan Klinik Kesihatan tidak mencukupi. Justeru, adakah perlu atau tidak kerajaan Johor menambah kemudahan tersebut? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Daerah Kulai mempunyai populasi penduduk seramai 284,400 orang pada tahun 2017. Pada masa kini terdapat dua (2) buah klinik kesihatan (KK) kerajaan di daerah Kulai dan satu klinik 1 Malaysia sedia ada iaitu: 1. KK Kulai Besar dengan kapasiti 800 orang pesakit sehari, 2. KK Kulai dengan kapasiti 600 orang pesakit sehari, 3. Satu (1) Klinik 1 Malaysia di Bandar Putra dengan kapasiti 120 orang pesakit sehari.

Pada masa kini status semasa keadaan kesemua KK yang berada di dalam daerah Kulai amat memerlukan penambahbaikan bagi: 1. mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan sedia ada, 2. mengurangkan waktu menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan, dan 3. menambahkan perkhidmatan bagi kes kecemasan dan bencana alam.

Namun begitu, bangunan klinik kesihatan yang sedia ada menggunakan reka bentuk lama dan tiada ruang untuk naik taraf bangunan. Lanjutan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah memohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (JKNJ) dan dicadangkan pembinaan baharu KK (Jenis 2) Taman Indahpura, Kulai dimasukkan ke dalam Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11). Didapati wujudnya isu tapak yang di cadangkan dari segi keluasan yang tidak mencukupi. Sehubungan itu, pihak JKNJ sedang mengkaji semula tapak yang bersesuaian dan akan dimohon semula untuk di senaraikan di dalam RMK yang akan datang. Pihak pentadbiran Pejabat Daerah Kulai juga akan diminta membuat kajian keperluan perwujudan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Perkhidmatan Pos Malaysia dalam tempoh terdekat. Sekiranya terdapat keperluan yang mendesak, kerajaan negeri mencadangkan supaya kedua - dua perkhidmatan jabatan ini ditempatkan di RTC Kulai sedia ada.

Page 136: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

136

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B112 Kawasan Senai terkenal dengan kebanjiran pekerja asing. Adakah terdapat garis panduan untuk pemilik rumah, syarikat, agensi, syarikat dan pihak berkuasa bagi menempatkan pekerja asing? Perlukah kita membina hostel untuk mereka? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Peningkatan pekerja asing di negeri Johor adalah seiring dengan perkembangan ekonomi dan pertumbuhan industri yang pesat. Bagi memenuhi keperluan tersebut, Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 1/2008 telah mempertimbang untuk mengguna pakai Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Pekerja Asing yang disediakan oleh PLANMalaysia@Johor dengan tujuan bagi mewujudkan penempatan warga asing secara kekal dan berpusat di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia. Pemakaian Garis Panduan ini sebagai membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), agensi-agensi berkaitan dan pemaju dalam merancang pembangunan penempatan pekerja asing. Menerusi Garis Panduan tersebut, penempatan pekerja asing berbentuk hostel (dormitori) dan pangsapuri (apartmen) adalah dibenarkan dengan kriteria tapak tidak dibenarkan di kawasan perumahan. Selain itu, garis panduan tersebut turut hanya membenarkan kepadatan penduduk di sesebuah penempatan pekerja asing hendaklah hanya terhad dan tidak melebihi 5,000 orang.

Page 137: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

137

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B113 Industri 4.0 melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor. Sekiranya cabaran ini tidak diberi penekanan sewajarnya, ia boleh menyebabkan Malaysia jauh ketinggalan dalam persaingan di peringkat global. Apa tindakan kerajaan yang boleh dilakukan untuk memudahkan perkembangan mereka? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Perubahan yang berlaku akibat fenomena Industri 4.0 memerlukan sumber manusia berpengetahuan dan berkemahiran tinggi agar daya saing dapat diperkasakan. Sumber manusia sekarang adalah pelapis yang mewarisi pentadbiran tidak kira dalam sektor apa sekali pun dan juga organisasi serta negara. Realiti hari ini menunjukkan bahawa pembangunan sumber manusia akan menjadi tumpuan utama kerajaan dalam menangani perubahan persekitaran. Hal ini amatlah berhubung rapat dengan tuntutan keperluan Industri 4.0 yang berasaskan teknologi komputer dan sistem automasi. Sumber manusia perlu diberi pendedahan mengenai keperluan melengkapkan keupayaan diri masing-masing dalam menangani tuntutan Industri 4.0. Semua ini boleh dicapai melalui latihan dan pembangunan sumber manusia. Pengabaian aspek latihan dan pembangunan sumber manusia, serta kurangnya kesedaran mengenai kepentingannya boleh menyebabkan kerajaan bakal berdepan cabaran menangani Industri 4.0. Antara cabarannya ialah penyusutan moral dan motivasi, peningkatan kadar turn out (dengan izin) pekerja dan masalah ketidakpuasan kerja. Apa yang dibimbangi adalah masalah berkait sumber manusia ini boleh menyebabkan negara mengalami penyusutan daya saing yang akhirnya menjejaskan produktiviti sesuatu entiti khususnya dan negara amnya. Bagi tujuan ini, Kerajaan merasakan perlu untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Modal Insan untuk Industri 4.0 yang dipengerusikan bersama oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti dan Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan. Peralihan kepada teknologi komputer dan sistem automasi bukan sahaja membawa kepada kecekapan dan keberkesanan operasi, malah memberi impak besar terhadap keperluan sumber manusia. Peningkatan kecekapan dan pengurangan sumber manusia ini membawa kepada penjimatan kos yang drastik kepada organisasi. Kerajaan juga amat menggalakkan majikan membuat pelaburan dalam simulasi dan realiti maya, integrasi sistem, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi, ini dilihat mampu membawa organisasi ke tahap berbeza dalam persaingan perniagaan pada masa depan. Kerajaan juga melihat kemungkinan dan keperluan untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak terutamanya dari negara maju seperti Jerman, Jepun dan Korea Selatan untuk mewujudkan Pelan Jangka masa Panjang Industri 4.0 yang disesuaikan dengan keperluan dan selaras dengan hasrat kerajaan.

Page 138: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

138

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B114 Sistem perparitan melambangkan tamadun bangsa Johor dalam pertanian, mitigasi banjir dan pembukaan kampung. Penyelenggaraan menggunakan racun memberi kesan buruk kepada alam. Sistem pengairan yang tidak komprehensif merugikan penggunaan sumber air. Apakah rancangan kerajaan dalam memulihara, mengurus dan menanam cintakan parit? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Pembinaan sistem perparitan ataupun saliran bertujuan untuk mengeluarkan air bertakung daripada sesuatu kawasan bagi mengelakkan kawasan tersebut ditenggelami air ataupun mengalami masalah banjir. Manakala sistem pengairan pula adalah untuk memberi bekalan air kepada kawasan yang kekurangan air khasnya bagi tujuan pertanian. Kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran (perparitan) dan pengairan seperti membuang halangan yang merentangi pengaliran air dilakukan secara berkala atau apabila diperlukan. Kaedah pelaksanaan juga melibatkan pelbagai cara; dan adalah juga dengan menggunakan racun. Namun kini, bermula pada pertengahan tahun 2018, penggunaan racun tidak lagi dibenarkan atau digunakan. Ia boleh mengelakkan impak buruk kepada alam sekitar. Kerajaan dalam usaha memulihara, mengurus dan menanam sikap cintakan alam sekitar; yang melibatkan semua peringkat agar masyarakat juga dapat bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan NGO dalam menjalankan aktiviti berkaitan. Tanpa penglibatan masyarakat dari segenap lapisan, kerajaan yakin bahawa sebarang aktiviti yang dijalankan tidak akan menunjukkan kesan yang ketara. Sehubungan itu, kerajaan sangat menyambut baik sebarang idea dan cadangan dari masyarakat bagi perubahan ke arah kelestarian alam sekitar.

Page 139: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

139

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B115 Balai Polis Batu Pahat, Rumah Api Pulau Sialu dan perairan Minyak Beku telah dicalonkan kepada Jabatan Warisan Negara sebagai tapak sejarah di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Berapakah peruntukan untuk penyelidikan, pemeliharaan dan pemuliharaan tapak, objek sejarah dan Yayasan Warisan Johor? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Pihak Yayasan Warisan Johor dimaklumkan bahawa Jabatan Warisan Negara ada menerima permohonan daripada pihak awam untuk mencalonkan Balai Polis Batu Pahat, Rumah Api Pulau Sialu dan perairan Minyak Beku sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Perkara ini dalam tindakan Jabatan Warisan Negara dengan pihak pencalon untuk melengkapkan borang pencalonan tapak warisan berserta dengan maklumat yang diperlukan bagi proses penilaian dengan maksud mewartakan tapak-tapak tersebut. Pencalonan tapak tersebut akan dinilai dan disyorkan sama ada memenuhi kriteria dan signifikan warisan. Sehingga kini sebanyak 15 bangunan dan monumen di Johor telah diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) seperti Istana Besar (P.U.(A) 456), Masjid Sultan Abu Bakar (P.U.(A) 456), Bangunan Sultan Ibrahim (P.U.(B) 24) dan Bangunan Dato’ Jaafar (P.U.(B)499). Manakala 3 tapak sejarah dan warisan telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan iaitu Kota Johor Lama, Kota Tinggi (P.U.(A) 173), Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Gunung Ledang. Yayasan Warisan Johor telah memperuntukkan sebanyak RM60 ribu pada tahun ini untuk kerja-kerja penyelidikan bagi mengenal pasti tapak, bangunan monumen bersejarah di setiap daerah di Johor dan membuat inventori bagi setiap tapak dan bangunan tersebut. Seterusnya dokumentasi tersebut akan dikemukakan kepada Jabatan Warisan Negara bagi dipertimbangkan untuk disenaraikan dalam pewartaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Seksyen 21(b)(i) Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) telah memperuntukkan pembayaran perbelanjaan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan apa-apa warisan dan kawasan pemuliharaan sama ada kawasan itu dipunyai oleh Kerajaan atau selainnya. Permohonan bagi tujuan tersebut bergantung kepada keadaan kewangan semasa.

Page 140: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

140

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B116 Apakah bentuk program penggalakan ternak lembu dan bebiri di Johor? Berapakah bilangan lembu dan bilangan lembu yang diagihkan dan siapakah penerimanya? Siapakah 5 penerima terbesar dan berapa bilangan lembu yang mereka terima? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Program Penternakan Rakyat Ruminan PPR(R) merupakan program yang menggantikan Program Pinjaman Tanpa Faedah (PINTAF). Menerusi program ini, kerajaan menggalakkan aktiviti penternakan di kalangan rakyat bagi mengeluarkan bahan makanan serta meningkatkan pengeluaran komoditi ternakan ruminan di negeri Johor. KPI SASARAN. Pada tahun ketiga setelah program ini dijalankan, penambahan pendapatan peserta adalah dijangkakan seperti berikut bagi peserta yang menerima induk ternakan: • lembu/ kerbau daging : penambahan pendapatan kasar RM200/ bulan. • kambing/ bebiri daging : penambahan pendapatan kasar RM100/bulan • Lembu tenusu : penambahan pendapatan kasar RM700/bulan • Kambing tenusu : penambahan pendapatan kasar RM300/bulan

KONSEP PROGRAM i. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ) dan Pejabat Perkhidmatan

Veterinar Daerah (PVD) berperanan dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan bermula daripada pengenalpastian

a) peserta, b) lokasi, c) keperluan projek dan; d) kesesuaian kawasan.

ii. JPVNJ akan membekalkan ternakan kepada peserta program. Ternakan akan dibekalkan kerajaan melalui perolehan dari PINTAF semula akan dibekalkan kepada peserta PPR(R) melalui PVD dan dimaklumkan kepada Ibu pejabat JPVNJ melalui proses serahan yang sama.

iii. JPVNJ bertanggungjawab menyelaras penilaian keberkesanan program. iv. Bantuan adalah berbentuk ternakan hidup iaitu;

Jenis Ternakan Pejantan(ekor)* Induk (ekor)* Lembu pedaging/ tenusu

1 2 hingga 5 Kerbau Kambing pedaging/ tenusu

1 3 hingga 5 Bebiri *Bilangan ternakan yang diagih kepada peserta tidak semestinya sama dengan bilangan ternakan yang dipohon dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Induk PPR(R) Peringkat Negeri (JK Induk).

v. Perolehan dan pengagihan ternakan bagi tahun 2016 dan 2017 menurun berikutan kesukaran mendapatkan bekalan ternakan yang sihat dan bebas daripada penyakit zoonotik dan berkepentingan ekonomi iaitu FMD, Brucellosis, Q-Fever dan Tubercolosis.

Page 141: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

141

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B117 Pusat Pertanian Parit Botak mempunyai pengkhususan dalam pengeluaran benih kopi. Tahun 90an kopi ditanam dengan luas dan terdapat 11 pengusaha kopi. Dengan peningkatan permintaan kopi, apakah tindakan kerajaan untuk memulihkan industri kopi ini? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Pusat Pertanian Pt Botak berfungsi sebagai pusat pengeluaran benih kopi di Johor. Dengan pengeluaran tahun 2016 sebanyak 20,000 anak benih, Tahun 2017 25,000 anak benih dan sasaran tahun ini sebanyak 50,000. Klon yang dikeluarkan adalah MKL 5,6 dan 7. Permintaan terhadap biji kopi di Negara ini terus meningkat dengan lokasi penanaman kebanyakannya di Johor dan Sabah dengan pengeluaran sekitar 15,000 mt. Jenis kopi yang ditanam adalah Liberica iaitu kopi tanah rendah yang sesuai sedangkan permintaan kopi dunia masa kini adalah dari jenis Arabica dan Robusta. Penanaman kopi tidak mendapat insentif sejak RMKe 9 dan RMKe10. Selain itu, terdapat juga beberapa masalah di dalam industri kopi iaitu harga kopi jambu yang tidak menentu, penghasilan kopi yang rendah dan serangan musuh dan perosak. Jabatan Pertanian, dalam Pelan Strategik Jabatan 2016 -2020 mensasarkan : 1. Peningkatan produktiviti daripada 1 tan/ha ke 5 Tan/ha menjelang 2020. 2. Peningkatan pengeluaran biji kopi sebanyak 800 tan setahun.

Skop pembangunan adalah seperti berikut : i. Penanaman semula Kawasan kopi yang tidak produktif melalui pembangunan

infrastruktur ladang. ii. Pemulihan Kawasan tanaman kopi sedia ada yang masih produktif melalui insentif-

insentif pertanian seperti baja, racun perosak dan benih yang berkualiti. iii. Galakan insentif tanaman integrasi kopi dengan kelapa dan buah-buahan. iv. Pembaikan infrastruktur seperti naik taraf sistem perparitan dan pagar. v. Mengeluarkan benih kopi berkualiti. vi. Kadar bantuan adalah RM7,500 sehektar bagi pemulihan dan RM15,000 bagi tanaman

baru.

Page 142: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

142

YB DATO’ IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B118 Sila nyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk perbadankan (corporatize) Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ)? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Pada masa ini belum ada lagi di peringkat kerajaan negeri untuk BAKAJ diperbadankan. Bagaimanapun BAKAJ perlu diperkasakan dengan mewujudkan 1 jawatan Gred 54 bagi Pengarah, mewujudkan 1 jawatan Gred 52 bagi Timbalan Pengarah, mewujudkan 2 jawatan Gred 48 (Jurutera Kanan) dan 4 jawatan Gred 44 (Jurutera) dan 10 jawatan Gred 41. Selain daripada itu, lain-lain jawatan seperti akauntan, pegawai undang-undang, pegawai alam sekitar, pegawai penguat kuasa, pegawai teknologi maklumat, penolong akauntan, penolong jurutera perlu diwujudkan. Pada tahun 2017 hasil pendapatan BAKAJ ialah RM46.0 juta dan manakala unjuran hasil pendapatan bagi tahun 2018 ialah RM60.0 juta. Bagaimanapun, hasil yang dikutip sehingga 5 Ogos 2018 ialah RM40.30 juta. Berdasarkan kepada hasil yang dikutip pada hari ini, BAKAJ percaya hasil tahun ini sebanyak RM60.0 juta akan dapat dikutip. Pada masa ini lesen dan caj yang dikenakan ialah lesen menghalang dan mengganggu sungai, lesen pengambilan, lesen jeti untuk penumpang, lesen jeti untuk kargo/barang dan lesen abstraksi air dan caj ialah pengambilan pasir, caj jeti penumpang dan kargo, caj abstraksi air. Bagaimanapun masih ada lesen dan caj yang tidak dapat dikutip disebabkan oleh kekurangan staf seperti lesen dan caj penambakan pasir, lesen dan caj pelepasan bahan pencemar ke alur air, kompaun, sitaan dan lesen Navigasi. Berdasarkan kepada pengalaman yang lepas, BAKAJ percaya sekiranya jawatan tersebut diisi, maka hasil tahunan BAKAJ pada masa akan datang dijangkakan melebihi RM60.0 juta. Selain daripada itu, penguatkuasaan akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan gangguan pencemaran air mentah akan dapat diatasi. Pada masa ini BAKAJ hanya mempunyai 29 staf pelbagai jawatan, 2 orang ditempatkan di Empangan Kahang dan 7 orang ditempatkan di Barrage Sungai Johor.

Page 143: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

143

YB DATO’ IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B119 Minta dinyatakan berapakah jumlah tenaga kerja di peringkat operasi yang telah dirancangkan untuk bekerja di Kompleks Bersepadu Petronas (PIC), Pengerang. Berapa peratusan daripada tenaga kerja ini ialah dari anak-anak Johor amnya dan anak-anak Pengerang khasnya? JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH Untuk fasa operasinya pada suku ketiga tahun 2019, jumlah tenaga kerja yang diperlukan oleh Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) adalah disasarkan seramai 3,200 tenaga kerja. Daripada jumlah ini, hampir 90% adalah untuk tenaga kerja bidang teknikal. Bagi memastikan kelancaran operasi PIC yang kompleks dan merupakan salah satu kompleks bersepadu yang terbesar di rantau Asia kelak, strategi pengambilan tenaga kerjanya merangkumi pengambilan pekerja yang terlatih dan berpengalaman dalam operasi yang serupa. Sehingga kini 72 peratus daripada jumlah tersebut telah pun di lantik sebagai pekerja PIC. Daripada jumlah ini, 19 % adalah merupakan warga Johor. Rekod yang dilaporkan oleh pihak PETRONAS hanyalah di peringkat Negeri Johor sahaja dan tiada di peringkat kawasan Pengerang.

Page 144: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

144

YB DATO’ IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B120 Adakah daerah kecil Pengerang mempunyai cukup kriteria-kriteria untuk dinobatkan sebagai sebuah daerah penuh? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kedudukan daerah kecil Pengerang terletak dalam daerah Kota Tinggi iaitu di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang (PBTP). Mengikut rekod, persempadanan PBT Pengerang telah diwartakan berdasarkan pelan warta PW 50057 (JPU63) seluas 128,830 hektar pada tarikh 8 Disember 2016. Antara mukim-mukim yang termasuk dalam kawasan persempadanan ini adalah Mukim Pantai Timur, Mukim Pengerang, Mukim Tanjung Surat, Mukim Johor Lama dan Mukim Sedili Kechil. Berdasarkan kertas cadangan menaik taraf daerah kecil Tangkak dan Kulai kepada daerah penuh sebelum ini, banyak prosedur yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan daerah kecil Pengerang sebagai sebuah daerah penuh di antaranya ialah melalui penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa berikut :- 1. Jawatankuasa Kecil peringkat daerah kecil yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah

berkenaan

2. Jawatankuasa Kecil Kewangan dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri.

3. Jawatankuasa Kecil peringkat PTG dipengerusikan oleh Pengarah PTG.

4. Jawatankuasa Kecil peringkat Kerajaan Tempatan dipengerusikan oleh KPSU Kerajaan Tempatan.

5. Jawatankuasa Kecil Majlis Pengisytiharan Naik Taraf Daerah dipengerusikan oleh

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan). Selain itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum sesuatu kawasan dinobatkan sebagai daerah sebagaimana berikut:- i. Berkaitan dengan penubuhan jabatan, perjawatan dan perbelanjaan pengurusan.

ii. Berkaitan dengan penyediaan bangunan-bangunan pejabat kerajaan dan kemudahan

infrastruktur.

iii. Berkaitan dengan melaksana tugas-tugas yang berkaitan pewartaan sempadan daerah.

iv. Berkaitan dengan hak milik tanah.

v. Berkaitan dengan mengaturkan majlis perisytiharan dan perasmian daerah baru.

vi. Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pewujudan daerah baru.

Page 145: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

145

Oleh itu, sebelum daerah kecil Pengerang dinobatkan sebagai sebuah daerah penuh perlu melalui prosedur yang panjang sepertimana pengalaman yang berlaku pada daerah Tangkak yang telah dinobatkan sebagai daerah penuh pada 9 Jun 2008 manakala daerah Kulai pada 21 Jun 2008 yang telah pun diisytiharkan oleh DYMM Sultan Johor.

Page 146: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

146

YB DATO’ IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B121 Sila nyatakan berapa buah lagi Sekolah Agama Kerajaan Johor dalam pembinaan yang boleh disiapkan dalam tahun ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Berdasarkan jadual kerja dan laporan yang diterima daripada pihak pemaju yang dilantik oleh kerajaan iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) bagi projek Fasa 5 Pembinaan Sekolah Agama, sebanyak dua buah sekolah akan dapat disiapkan pembinaannya menjelang akhir tahun ini iaitu pembinaan bangunan Sekolah Agama Ibnu Sina, Taman Maju Jaya, Kulai dan pembinaan bangunan Sekolah Agama Bandar Putra 2, Kulai. Dengan penyerahan bangunan dua buah sekolah itu nanti akan menjadikan jumlah sekolah agama yang beroperasi di bangunan sendiri (bangunan yang dibina oleh kerajaan negeri) sebanyak 491 buah sekolah daripada 580 buah sekolah kesemuanya di seluruh negeri Johor Darul Ta`zim. Untuk makluman Dewan yang mulia juga, sebanyak 27 projek pembinaan Sekolah Agama akan siap dan akan diserahkan pada tahun hadapan secara berperingkat sehingga Disember 2019. Kesemua 27 projek ini adalah termasuk di dalam Fasa 5 projek pembinaan Sekolah Agama Negeri Johor.

Page 147: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

147

YB DATO’ IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B122 Bagaimana kedudukan wabak penyakit HMFD (penyakit tangan, kaki dan mulut) di negeri Johor buat masa ini? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Penyakit HFMD merupakan penyakit endemik di Malaysia. Ia sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dan disebabkan oleh jangkitan enterovirus dari famili picornavirus. Famili ini merangkumi 67 serotype manusia dan diantaranya termasuk polio virus, Coxsackie virus A dan B , Echovirus dan enterovirus (EV) 68 - 71. Jangkitan penyakit HFMD kebiasaannya adalah ’self limiting’ iaitu akan sembuh dengan sendiri walau tiada rawatan. Akan tetapi penyakit HFMD akibat jangkitan EV71 boleh mengakibatkan komplikasi iaitu dehidrasi, encephalitis (keradangan otak), kegagalan jantung, kegagalan sistem pernafasan dan kematian. Transmisi kuman penyebab HFMD adalah tinggi dan kejadian selalu berlaku dalam kelompok. Langkah pencegahan adalah perlu bagi memastikan tidak ramai yang dijangkiti, khususnya kanak-kanak. Penyakit ini disebarkan melalui cecair mulut , hidung dan najis. Dengan itu kebersihan diri dan persekitaran adalah amat penting untuk memutus rantai transmisi penyakit. Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan kes HFMD sebanyak 399 kes pada bulan Julai 2018 dengan kumulatif kes sebanyak 2,217 sehingga 21 Julai 2018 di Negeri Johor (Lampiran). Bilangan ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 38% berbanding kes HFMD pada tahun 2017, iaitu sebanyak 1,609 kes. Sehingga kini,TIADA kematian yang dilaporkan akibat penyakit HFMD di negeri Johor. Dari jumlah tersebut, sebanyak 320 kes melibatkan taska/ tadika/ tabika/ pra sekolah iaitu 14.4% dari keseluruhan kes HFMD Johor. TINDAKAN KAWALAN DI NEGERI JOHOR 1. Aktiviti surveillance penyakit telah ditingkatkan untuk HFMD bagi tujuan mengenal pasti

kejadian luar biasa penyakit agar. Ianya juga bertujuan untuk mengurangkan mortaliti akibat komplikasi seperti Myocarditis dan Encephalopathy. Sehingga kini tiada kematian akibat penyakit HFMD dilaporkan di negeri Johor.

2. Siasatan di lapangan telah dijalankan untuk mengenal pasti keterukan kes yang dilaporkan di samping menjalankan aktiviti ’ Active Case Detection’. Nasihat kebersihan persekitaran rumah diberikan kepada ibu bapa dan premis terbabit.

3. Taman bimbingan kanak-kanak yang terlibat dilawati oleh pasukan kawalan daerah untuk aktiviti kontak tracing dan melaksanakan promosi kesihatan. Sehingga 21 Julai sebanyak 1,999 premis pusat jagaan kanak-kanak telah diperiksa di negeri Johor dan 51 premis telah ditutup ekoran jangkitan HFMD.

4. Pendidikan kesihatan pencegahan dan rawatan awal penyakit HFMD telah dipertingkatkan. Sebanyak 6,086 pendidikan kesihatan telah diberikan kepada pengusaha pusat jagaan kanak-kanak, ibu-bapa dan orang awam, termasuk majlis

Page 148: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

148

dialog , taklimat dan ceramah, nasihat individu serta edaran bahan-bahan pendidikan. Aktiviti ini akan diteruskan sehingga masalah penyakit HFMD berkurangan penularannya.

Lima pesanan utama di dalam langkah pencegahan HFMD:

i. Penjagaan kebersihan diri. ii. Penjagaan kebersihan persekitaran. iii. Amalan cuci tangan yang betul. iv. Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gate keeping screening) di pusat jagaan kanak-

kanak dan pra sekolah bagi gejala HFMD. Kanak-kanak yang disyaki mengidap HFMD tidak akan dibenarkan bersekolah dan perlu mendapat rawatan segera.

v. Disinfeksi/nyah kuman permukaan-permukaan yang tercemar termasuk alat permainan kanak-kanak.

Page 149: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

149

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HAJI KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B123 Apakah kekangan dan cabaran serta cara mengatasi masalah sampah dalam daerah Muar yang mempunyai statistik pada tahun 2018 seramai 280,500 orang penduduk bagi mengekalkan Muar sebagai daerah terbersih setelah pusat pelupusan sampah di Bakri bakal ditamatkan operasi? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Perkembangan daerah Muar sebagai hab industri perabot dan hub pendidikan telah memberi kesan dari sisi peningkatan janaan sampah dan rantaian masalah sikap dalam kalangan masyarakat umum dan pemain industri merupakan cabaran utama yang perlu didepani oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) untuk mengekalkan imej sebagai Bandar Terbersih ASEAN 2018. Majlis Perbandaran Muar (MPM) komited dan konsisten untuk mengekalkan imej tersebut melalui peruntukan belanjawan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dikelolakan oleh syarikat konsesi, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) di bawah seliaan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Lanjutan daripada pengurusan tersebut pula melibatkan Tapak Pelupusan Bukit Bakri yang akan ditutup kekal sepenuhnya setelah Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Payong siap dibina dan beroperasi kelak. Sisa buangan dari kawasan MPM akan dilupuskan ke tapak pelupusan sanitari baharu tersebut. Pihak MPM juga merancang untuk mengadakan sebuah stesen pemindahan (transfer station) bagi menguruskan sisa buangan tersebut yang dijangkakan pembinaannya di atas tapak seluas 8.1514 hektar terletak di kawasan perindustrian dekat Jalan Bakri. Bagi tujuan tersebut, sesi pendengaran awam akan dicadangkan pada awal September 2018 dengan melibatkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) selaku pengambil alih tanah milik PBT dan nilaian tersebut dianggarkan berjumlah RM16 juta. Susulan daripada cadangan tersebut, pihak MPM juga akan bersedia untuk menghadapi masalah lokasi pemindahan sampah tersebut pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, pihak MPM berpandangan secara holistik mengubah pandangan umum tentang tapak pelupusan sebagai tempat pengakhiran sampah kepada pusat sampah hiliran yang bersifat menjana ekonomi dan memberi manfaat kepada semua.

Page 150: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

150

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HAJI KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B124 Apakah langkah-langkah kawalan ke atas lambakan pekerja asing yang bekerja di kawasan perindustrian Bukit Bakri bagi mencegah penularan penyakit berjangkit di kalangan mereka selain memperbanyakkan klinik berdaftar di bawah FOMEMA setelah peningkatan bukan warganegara dari tahun 2010 seramai 9,272 kepada 18,000 pada tahun 2018? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Setiap pekerja asing yang akan bekerja di Malaysia perlu melakukan saringan kesihatan sebelum mereka dibenarkan tinggal di sini seperti ditetapkan di bawah Seksyen 9, Subseksyen 1(C), Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). Pemantauan saringan diselaraskan oleh agensi FOMEMA, melalui klinik-klinik yang berdaftar di bawah FOMEMA. Sekiranya pekerja asing didapati menghidap penyakit berjangkit seperti HIV,TIBI, Hepatitis B, Sifilis, Malaria dan Kusta, majikan hendaklah menghantar pekerja asing pulang pada kadar segera dengan memohon MEMO PERIKSA KELUAR dari pihak Imigresen. Saringan ini dilakukan bagi memastikan : 1. Mencegah penyebaran penyakit berjangkit warga asing kepada pekerja lain dan

masyarakat. 2. Mengurangkan beban ke atas kemudahan fasiliti kesihatan dalam merawat pekerja

asing yang mempunyai penyakit kronik. Klinik berdaftar di bawah FOMEMA memainkan peranan penting dalam melakukan saringan kesihatan sebelum disahkan bekerja di Malaysia. Semua kes penyakit berjangkit yang dikenal pasti melalui klinik FOMEMA wajib dinotifikasikan kepada Pejabat Kesihatan terdekat di bawah Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Pada tahun 2017, didapati 217,529 kes FOMEMA dilakukan pemeriksaan. Sebanyak 4,889 pekerja (2.2%) telah dikesan tidak layak bekerja di negeri Johor kerana masalah kesihatan. Merujuk kepada isu pekerja asing di Bakri, tindakan bersepadu Pejabat Kesihatan Daerah Muar dengan agensi berkaitan seperti Majlis Perbandaran Muar (MPM), Jabatan Bomba, Jabatan Imigresen dan Polis Daerah Muar yang diketuai oleh MPM telah membuat pemeriksaan di setiap penempatan warga asing, terutamanya di kawasan Bakri, Muar. Melalui pemeriksaan ini, Jabatan Kesihatan dapat mengenal pasti faktor risiko bawaan penyakit berjangkit seperti persekitaran yang kotor, cara hidup yang tidak bersih, pembuangan sampah yang tidak terkawal, dan tempat tinggal yang sesak. Para pekerja diberi pendidikan kesihatan tentang menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta kebersihan persekitaran tempat tinggal. Sumber manusia pihak majikan dihubungi dan diberi nasihat tentang tindakan menjaga kesihatan dan kebajikan pekerja mereka. Selain itu, ujian darah untuk mengesan penyakit Malaria, Filaria dan TB turut dijalankan. Jabatan Kesihatan sering menasihatkan pihak majikan syarikat berkenaan untuk membawa pekerja warga asing ke klinik untuk pemeriksaan doktor sekiranya didapati tidak sihat. Pengesanan kes secara aktif akan dijalankan sekiranya pejabat kesihatan menerima notifikasi penyakit berjangkit.

Page 151: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

151

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HAJI KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B125 Bagaimana cara untuk mengatasi masalah infrastruktur seperti perpaipan yang boleh mengakibatkan tekanan air rendah di waktu puncak atau musim perayaan di mukim Ayer Hitam dalam jangka masa pendek setelah pembinaan sebuah tangki air di Bukit Antarabangsa di jangka mula dibina pada waktu terdekat? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Adalah dimaklumkan bahawa cadangan pembinaan tangki dan rumah pam di kawasan Bukit Antarabangsa, Air Hitam adalah di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Pihak KPLB telah melantik Juru Perunding untuk mereka bentuk dan telah memanggil tender untuk projek ini. KPLB sedang menunggu kelulusan daripada EPU untuk pelantikan kontraktor. Sekiranya tangki dan rumah pam ini dibina, ianya akan dapat meningkatkan tekanan air di waktu puncak dan juga musim perayaan di kawasan Bukit Antarabangsa, Air Hitam.

Page 152: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

152

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HAJI KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B126 Sejauh manakah sukarelawan JDT dalam memainkan peranan dalam majlis atau program dan cara meningkatkan kemahiran mereka supaya kehadiran mereka dihargai seperti RELA dan APM? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Sukarelawan Darul Ta’zim adalah platform yang di wujudkan untuk memberi peluang dan ruang kepada kelab, persatuan, badan kesukarelaan, kumpulan sukarelawan serta belia-belia yang ingin menyertai program serta aktiviti kesukarelaan apabila terjadi sesuatu bencana dan bergerak dengan membawa nama negeri Johor. Mereka ini terdiri dari pelbagai lapisan belia yang mempunyai kemahiran yang berbeza, contohnya seperti dalam bidang rekreasi, perubatan, keagamaan, sukan, pertolongan cemas, pendidikan serta pelbagai kemahiran dari pelbagai latar belakang belia yang berbeza. Sejak kewujudannya mereka ini telah di berikan kemahiran asas dalam bidang pertolongan cemas untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan, Konsep kesukarelaan yang di bawa oleh Sukarelawan Darul Ta’zim menjurus kepada budaya kesukarelaan dan membantu mereka yang memerlukan dalam bentuk tenaga, idea, kemahiran, kepakaran ataupun sumbangan kewangan tanpa paksaan. Mereka ini juga tidak diberikan elaun atau gaji atas apa yang mereka sumbangkan untuk membantu meringankan beban orang lain. Melihat kepentingan konsep kesukarelaan yang berterusan perlu di terapkan ke dalam jiwa generasi belia agar menjadi generasi yang prihatin untuk membantu kesusahan orang lain dan saling melengkapi antara satu sama lain. Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini berhasrat untuk mengembangkan dan memperkasa kesukarelaan di negeri Johor dengan konsep yang lebih baik agar ianya mendatangkan impak kepada belia khasnya dan masyarakat umum amnya hingga ke peringkat akar umbi. Kerajaan Pakatan Harapan juga berhasrat untuk mengembangkan konsep kesukarelaan dengan identiti yang baru ke peringkat sekolah dan IPTA/S serta belia umum akar ianya lebih di minati dan berperanan. Kursus Asas Kesukarelaan juga akan dilaksanakan untuk memberi pendedahan serta tambahan input tentang dunia kesukarelaan yang merangkumi pendidikan bantuan awal, pertolongan cemas, ikhtiar hidup, serta kemahiran-kemahiran yang di fikirkan perlu untuk membangun dan menaik taraf konsep kesukarelaan di negeri Johor. Identiti kesukarelaan Johor juga akan di tambah baik dan di perkasa untuk menjadi salah satu elemen penting kerajaan dalam membangun modal insan belia.

Page 153: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

153

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HAJI KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B127 Apakah cabaran dalam mewujudkan persatuan atau pertubuhan bagi Bumiputera supaya tidak ketinggalan dalam arus global yang mementingkan pergerakan perkumpulan dalam menjana ekonomi? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha penggerak dalam berkumpulan sama ada persatuan atau pertubuhan Bumiputera yang ingin membangun masyarakat ke arah yang positif terutama dalam usaha membantu menjana ekonomi. Dengan cabaran ekonomi global yang bergerak begitu pantas kebanyakan masyarakat tidak dapat pendedahan secara meluas. Perkara ini antara cabaran yang harus dihadapi ketika ini. Pemikiran kritis dan kreatif perlu diterapkan kepada persatuan-persatuan Bumiputera dalam mencari dana bagi menggerakkan aktiviti persatuan. Persatuan perlu menjana ekonomi sendiri dan tidak hanya bergantung kepada dana kerajaan membataskan. Zaman yang serba moden ini, pelbagai cara boleh diusahakan bagi menjana pendapatan seperti pertanian moden, perniagaan online, khidmat nasihat mahupun mencebur dalam bidang pelaburan

Page 154: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

154

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN B128 Penduduk Jalan Tiong 12 dan Tiong 13, Bandar Putra, Kulai kerap terputus bekalan air sejak 4 tahun lalu. Apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang kerajaan mengatasi masalah ini? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Bandar Putra Kulai merupakan projek pembangunan yang besar. Sehingga kini sebanyak 5 buah tangki air telah dibina oleh pemaju dan telah dioperasikan. Ketika ini bekalan air bagi Jalan Tiong 12 dan Tiong 13 mendapat bekalan dari tangki Bandar Putra 5 sebagai bekalan sementara. Sepatutnya kawasan ini menerima bekalan dari sistem kekal iaitu dari tangki Bandar Putra 7 yang akan memberi tekanan air yang mencukupi yang masih belum disempurnakan oleh pemaju. Walau bagaimanapun, bekalan di kawasan tersebut dijangka akan stabil pada hujung tahun 2018 ini apabila tangki Bandar Putera 7 dan tangki sedutan serta sistem pam disempurnakan sepenuhnya oleh pemaju pada hujung tahun 2018.

Page 155: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

155

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN B129 Projek Perumahan Generasi Ke-2 FELDA Bukit Permai (di bawah SPNB), telah pun ada 13 buah rumah yang telah siap pembinaannya. Namun kawasan tersebut tidak mempunyai kemudahan seperti jalan dan sistem perparitan. Apakah kerajaan negeri mempunyai peruntukan khas untuk mengatasi masalah tersebut? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Kerajaan negeri telah meluluskan lot sebanyak 37 lot di FELDA Bukit Permai. Projek pembinaan rumah dilaksanakan melalui inisiatif Badan Bertindak Generasi Baharu dengan kerjasama SPNB. FELDA tiada peruntukan khusus bagi membiayai kos infra dan perparitan untuk program Perumahan sedemikian.

Page 156: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

156

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN B130 Adakah lagi peruntukan rancangan membina atau menaik taraf jalan dan perparitan di dalam DUN Bukit Permai, nyatakan sepenuhnya? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG JAWAPAN JKR Terdapat satu (1) permohonan projek baru RMK11 bagi peruntukan KPLB iaitu Cadangan Membina Jalan Pintas Dari Murni jaya ke Inas, Daerah Kulai, Johor. Kos siling projek ini adalah sebanyak RM29 juta adalah untuk membina jalan baru dengan piawaian R3 seperti Lampiran B130 dengan panjang jalan 7.5 km.

Page 157: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

157

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN B131 Di FELDA Taib Andak, pihak IRDA ada membangunkan Projek Komuniti Rendah Karbon (LCS). Ingin tahu setakat mana perkembangan projek ini dan adakah IRDA mempunyai perancangan lebih menyeluruh untuk projek tersebut? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Projek Masyarakat Rendah Karbon/Low Carbon Society (LCS) di Iskandar Malaysia telah bermula sejak tahun 2011. Projek ini merupakan kajian di bawah SATREPS (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development). Ia melibatkan penyelidik daripada Jepun, antaranya Kyoto University, Okayama University, National Institute for Environmental Studies dan penyelidik daripada Malaysia termasuklah Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). FELDA Taib Andak dipilih sebagai projek perintis pelaksanaan masyarakat rendah karbon yang mana ia telah diputuskan melalui mesyuarat dengan para pegawai Pejabat FELDA Wilayah Johor Bahru pada Oktober 2011. FELDA Taib Andak merupakan projek perintis pelaksanaan masyarakat rendah karbon melalui penerapan gaya hidup mesra alam bagi kawasan luar bandar. Bagi memastikan projek tersebut dapat bergerak dengan mampan, pihak IRDA telah menjadikan ia sebagai salah satu program Kawan Iskandar Malaysia (KIM). Program ini adalah Program Intervensi Mobiliti Sosioekonomi. Program ini bertujuan memperkasakan komuniti untuk meningkatkan pendapatan kumpulan sasaran secara lestari melalui `Social Enterprise’, dengan izin dengan menggunakan koperasi sebagai medium. Konsep yang hendak diketengahkan adalah setiap program yang dijalankan oleh komuniti mempunyai elemen ekonomi yang membolehkan mereka menjana pendapatan semasa menganjurkan program berkaitan rendah karbon. Seterusnya elemen gaya hidup rendah karbon dapat diterapkan dan diamalkan oleh penduduk kampung dan disebarkan kepada pengunjung. Melalui program KIM, sejumlah tiga ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit Malaysia (RM399,000) telah diperuntukkan kepada Koperasi Komuniti Lestari FELDA Taib Andak untuk menyediakan kemudahan asas seperti tandas, surau, pusat info, dan lain- lain sebagai persediaan menyambut pengunjung ke kawasan tersebut. Peruntukan satu ratus ribu ringgit Malaysia (RM100,000) juga disalurkan oleh Pejabat Menteri Besar pada tahun 2016 bagi persiapan Taman Herba LCS FELDA Taib Andak. Program KIM di FELDA Taib Andak sedang dalam fasa terakhir persiapan sebelum boleh menerima pengunjung. Sasarannya untuk dibuka kepada umum pada suku ke-4 2018. Pihak IRDA akan memantau pelaksanaan pelan perniagaan koperasi yang dirancang agar dapat mencapai matlamat dan sasaran.

Page 158: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

158

Selain itu, sokongan daripada jabatan serta agensi kerajaan yang lain juga akan diselaraskan untuk memastikan komuniti di sini mendapat latihan dan pembangunan keupayaan yang berterusan, serta bantuan dari segi promosi dan pemasaran. Cadangan Pelan Susun Atur Koperasi Komuniti Lestari FELDA Taib Andak:

Cadangan perniagaan Koperasi Komuniti Lestari FELDA Taib Andak menumpukan kepada 2 tema:

1. Pusat Komersial Rendah Karbon bertujuan untuk menjadi contoh bagaimana aktiviti-aktiviti komersial boleh dijalankan dengan rendah karbon.

2. Pusat Taman Rendah Karbon bertujuan menjadi contoh bagaimana aktiviti-aktiviti bukan komersial membantu pengurangan karbon termasuk mengajar kelebihan pelbagai jenis pokok dan herba kepada umum dengan peningkatan penanaman pokok di rumah bagi tujuan penyerapan karbon.

Perkembangan terkini ialah pembinaan pusat komersial rendah karbon berada pada status 92 peratus siap.

Page 159: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

159

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN B132 FELDA Inas ada 264 lot tapak perumahan generasi ke-2. Terdapat seramai 253 peserta yang telah mendapat geran hak milik. Luas kawasan 21.63 hektar. Tanah berpaya, berbukit dan bercerun. Mohon peruntukan khas kerajaan bagi kerja tanah perumahan ini? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD FELDA tidak mempunyai peruntukan khas bagi membiayai kos-kos infra untuk lot-lot yang telah diluluskan oleh kerajaan Negeri untuk pembinaan perumahan.

Page 160: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

160

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B133 Apakah inisiatif dan idea kerajaan PH Johor untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dalam menghadapi kos hidup yang tinggi khususnya bagi masyarakat bandar dan luar bandar di negeri Johor ini? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemantauan berkala bagi pelaksanaan manifesto 100 hari bersama –sama agensi yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap inisiatif – inisiatif yang telah dijanjikan kepada rakyat. Berikut adalah inisiatif berserta implikasi kewangan bagi setiap pelaksanaan manifesto berkenaan:

1. Pemberian insentif kepada anak Johor golongan bawah B40 yang dapat melanjutkan pengajian di peringkat diploma dengan nilai bantuan RM 500 manakala peringkat ijazah dengan nilai bantuan RM 1,000 secara "one off". Peruntukan kewangan ini disediakan oleh Yayasan Pelajaran Johor dan Permodalan Darul Ta’zim dengan kos RM 2.5 juta bagi tahun 2018,

2. Pemberian Skim Takaful Warga Emas dengan memfokuskan penerima akan mendapat

manfaat berjumlah RM 1,000 seorang. Pihak pengurusan Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah mengenal pasti sejumlah 11,200 orang penerima untuk tahun 2018 ini dengan implikasi kewangan sejumlah RM 560,000.

3. Inisiatif untuk pengurangan bayaran tunggakan sewa PPR sebanyak 50% secara "one off" dengan peruntukan implikasi kewangan sejumlah RM 651,000. Pemberian insentif ini disasarkan kepada penyewa PPR dengan kriteria yang akan di tetapkan layak untuk menerima oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan) Negeri Johor.

4. Inisiatif pengurangan bayaran lesen penjaja di bawah 16 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri Johor dengan kos RM 2.11 juta di peruntukan melibatkan 21,127 orang penjaja kecil yang telah dikenal pasti layak menerima dengan syarat yang di tetapkan.

5. Pemberian insentif 10 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Johor dengan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri berjumlah RM 7.34 juta bagi tahun 2018 manakala RM 22.02 juta bagi unjuran kos untuk tahun 2019. Kerajaan negeri telah mengenal pasti sejumlah 229,307 orang penerima yang layak dan bakal menerima insentif ini dengan syarat utama mereka merupakan penerima BR1M yang berdaftar sebelum ini.

6. Pemberian Kad Sihat Johor kepada 4000 orang di bawah program e-kasih dengan kos RM1.2 juta bagi tahun 2018.

Page 161: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

161

7. Insentif pemberian kursus perkahwinan kelompok secara percuma yang di selenggara oleh Jabatan Agama Islam Johor dengan kos sebanyak RM 1.4 juta bagi tahun 2018 ini kepada bakal-bakal pengantin baru.

Manakala bagi manifesto 5 tahun pihak kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk memastikan inisiatif - inisiatif yang ditetapkan akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan prihatin dalam usaha menurunkan kos sara hidup, melalui pelaksanaan janji-janji Manifesto dan pelaksanaan pelbagai inisiatif lain yang dilihat mampu meringankan beban rakyat. Antaranya ialah dengan mewujudkan laluan baharu Perkhidmatan Bas Harapan Johor yang merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha mengurangkan kos sara hidup dan menitikberatkan keperluan penduduk bagi kemudahan pengangkutan awam di kawasan pembangunan baru, terutamanya di Pagoh. Laluan baharu perkhidmatan bas ini, termasuk laluan Muar – Pagoh, bermula dari Terminal Maharani ke Bukit Pasir ke Bandar Universiti dan berakhir di pekan Pagoh. Pelajar di Bandar Universiti Pagoh, boleh menaiki bas ke Muar secara percuma. Selain itu, bas ini juga akan melalui tempat-tempat tumpuan utama termasuk Bandar Muar, Majlis Perbandaran Muar, Hospital Muar, Bukit Pasir, Bandar Universiti Pagoh dan Pekan Pagoh. Laluan perkhidmatan bas ini juga akan diperluaskan lagi dalam masa terdekat dengan laluan bermula dari Terminal Maharani – Sungai Mati – Bukit Gambir – Panchor - Bandar Universiti dan berakhir di Pagoh. Perkhidmatan bas ini adalah percuma khusus untuk semua warganegara Malaysia.

Page 162: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

162

YB TUAN MUHAMMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B134 Pemakanan yang sihat merupakan antara faktor peningkatan prestasi dan intelektual pelajar. Program pemakanan sihat amat penting diterapkan di sekolah. Adakah ada apa-apa perancangan daripada pihak kerajaan untuk memperkenalkan program makanan khas untuk pelajar di peringkat negeri Johor? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Bagi memastikan makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah terutamanya sekolah rendah adalah berkhasiat dari segi diet yang sihat dan seimbang, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM telah bermesyuarat bersama Kementerian Kesihatan Malaysia pada 4 April 2017 dan bersetuju menyenaraikan makanan dan minuman yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah. Ianya adalah bagi memastikan supaya pemakanan sihat seperti pengambilan makanan kurang lemak, gula dan garam serta minuman kurang manis dijadikan amalan murid-murid sekolah. Pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan murid di sekolah sentiasa menerima bekalan makanan yang mematuhi amalan pemakanan sihat. Antaranya adalah : i. Produk makanan dan minuman bagi mesin layan diri mestilah mematuhi senarai

makanan dan minuman yang dibenarkan dijual sahaja.

ii. Semua kontrak perkhidmatan mesin layan diri yang berada di premis dan kawasan institusi sekolah mestilah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri . Pihak kontraktor hanya boleh membekalkan minuman yang dibenarkan sahaja di mesin layan diri mereka

iii. Mengedarkan surat siaran Penguatkuasaan Larangan Penjualan Makanan Dan Minuman di Luar Pagar Sekolah Oleh Pihak Berkuasa Tempatan juga telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bagi menangani isu penjualan makanan dan minuman di luar pagar sekolah. Garis panduan yang telah dikeluarkan menetapkan jarak 40 meter dari pagar sekeliling sekolah sebagai lingkungan jarak tapak larangan penjualan makanan dan minuman. Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab menguatkuasakan larangan tersebut.

iv. Bagi memastikan semua pengusaha kantin mematuhi peraturan yang ditetapkan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan Taklimat Pengukuhan Kendiri dan Penguatkuasaan Keselamatan Makanan bagi Sekolah Rendah dan Menengah Tahun 2018 di setiap daerah.

v. Pengusaha dan pekerja kantin yang belum pernah menghadiri Kursus katering Sihat (Anjuran Pejabat Kesihatan Daerah) dan Kursus Asas Pengendalian Makanan (Anjuran Sekolah Latihan Kesihatan yang telah dilantik Oleh Kementerian kesihatan Malaysia) wajib menghadiri kursus-kursus tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan pengusaha dan pekerja kantin sekolah memiliki ilmu dan pengetahuan berkaitan penyediaan makanan dan minuman berkhasiat dan seimbang.

vi. Membekalkan minuman susu percuma setiap hari kepada 46,000 pelajar yang layak di negeri Johor ini.

Page 163: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

163

YB TUAN MUHAMMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B135 Pembangunan pesat di Bandar Kluang menyebabkan ramai warga Kluang memerlukan rumah-rumah murah untuk didiami. Adakah perancangan untuk membina lebih banyak rumah transit di dalam negeri Johor khasnya di DUN Mahkota Kluang? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, Rumah Transit pada ketika ini hanya difokuskan kepada golongan belia yang sudah berkahwin dan tinggal di kawasan bandar seperti di Johor Bahru. Tujuan Rumah Transit Belia Johor ini dilaksanakan adalah bagi membantu mengurangkan beban pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga dan berpendapatan rendah serta berkelayakan di kawasan bandar. Projek perintis Rumah Transit Belia Johor melibatkan 390 unit rumah di blok 6 PPR Melana Indah Fasa 1 dengan kadar sewaan bulanan sebanyak RM 250.00. DUN Mahkota tidak ketinggalan dalam sasaran pembinaan perumahan mampu milik. Sehingga Disember 2017 sebanyak 237 unit telah siap dibina. Manakala pada tahun 2018 pula dijangka akan siap sebanyak 125 unit. Jumlah ini akan bertambah mengikut keperluan pada masa akan datang.

Page 164: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

164

YB TUAN MUHAMMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B136 Adakah pemberian kuota haji akan diteruskan oleh kerajaan negeri dan apakah kaedah yang digunakan dalam pengagihan kuota-kuota tersebut? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Sehingga hari ini, kerajaan negeri masih meneruskan kuota haji. Sebanyak 400 kuota haji setiap tahun telah diperuntukkan kepada kerajaan negeri Johor bermula dari tahun 2013 sehingga sekarang 2018. Agihan kuota haji adalah seperti berikut: 1. Y.A.B Menteri Besar Johor - 157 2. Kakitangan kerajaan- 156 3. DYMM Sultan Johor - 30 4. Pembimbing Haji - 2 5. Pihak Berkuasa Tempatan - 30 6. Majlis Agama Islam Johor (Saudara kita)-6 7. Yayasan Pelajaran Johor- 2 8. Pengikut / mahram - 17

Rombongan Haji Kerajaan Negeri Johor (RKJ) diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Page 165: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

165

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN B137 Nyatakan keluasan penambakan laut dalam negeri Johor mengikut setiap projek penambakan dalam jangka masa 5 tahun terdekat. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kelulusan tanah oleh Kerajaan atas kawasan perairan kepada syarikat swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), adalah seluas 6,717.84 ekar dan sehingga kini keluasan yang telah ditambak adalah 678.51 ekar sahaja. Bagi menentukan projek penambakan ini dalam jangka masa 5 tahun tidak dapat dipastikan kerana tertakluk kepada pemilik/pemaju yang akan membangunkan kawasan tersebut. Pemilik/pemaju hanya akan menjalankan kerja-kerja penambakan selaras dengan rancangan pembangunan mereka dan hanya setelah mendapat kelulusan Pelan Kerja Tanah daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Page 166: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

166

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN B138 Senaraikan kesemua tapak pelupusan sisa pepejal haram dalam daerah Johor Bahru, bersama dengan tindakan yang telah diambil dalam jangka masa setahun ini? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Daerah Johor Bahru akan dirujuk dalam konteks kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan melibatkan kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Sebanyak 157 kawasan sampah haram dikenal pasti di sekitar daerah Johor Bahru. Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 122 kawasan telah dibersihkan manakala selebihnya sebanyak 35 kawasan lagi masih aktif dan berlaku secara berulang. Untuk makluman, sebanyak enam (6) kes masih dalam proses siasatan, satu (1) kes kompaun berjumlah RM20,000 telah dikenakan manakala satu (1) sebutan kes akan dibuat pada 13 Ogos 2018, jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Page 167: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

167

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN B139 Senaraikan kesemua projek-projek pembangunan dari kerajaan negeri sebelum ini yang diarah berhenti bersama sebab. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG JAWAPAN JKR Tiada projek pembangunan dari kerajaan negeri yang diarah berhenti bersama sebab.

Page 168: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

168

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN B140 Senaraikan kesemua keterangan aktiviti belia yang telah dirancang dalam tahun 2017 sehingga kini, bersama dengan status setiap aktiviti berkenaan. JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2017, empat program utama telah dilaksanakan yang melibatkan elemen kepimpinan pertubuhan belia serta pembangunan ekonomi/keusahawanan golongan belia. Manakala bagi tahun 2018, perancangan dan pelaksanaan aktiviti belia masih mengekalkan elemen-elemen kepimpinan sama ada dalam bentuk kepimpinan pertubuhan belia mahupun kepimpinan individu, di samping program keusahawanan belia. Senarai pelaksanaan dan perancangan program dan aktiviti belia sepanjang tahun 2017 dan 2018 adalah seperti di Lampiran B140.

Page 169: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

169

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN B141 Nyatakan kemungkinan untuk Tol Perling dimansuhkan, bersama dengan tindakan yang perlu diambil? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Plaza Tol Perling ini termasuk di antara lokasi cadangan pemansuhan tol di lebuh raya dan ianya masih di dalam peringkat kajian oleh kerajaan pusat.

Page 170: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

170

YB TUAN SENATOR DATO’ ZAHARI BIN SARIP (BULOH KASAP) SOALAN B142 Minta dinyatakan jumlah koperasi yang berdaftar dan berapa yang masih aktif? Apakah tindakan pihak kerajaan terhadap koperasi yang tidak beroperasi dan tidak aktif sejak penubuhannya. JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Di seluruh negeri Johor terdapat sebanyak 1,370 buah koperasi berdaftar. Daripada jumlah tersebut terdapat sebanyak 1,213 buah koperasi dikategorikan sebagai masih aktif. Sebanyak 157 koperasi dikategorikan dorman dan tidak aktif di sebabkan oleh tidak ada aktiviti perniagaan, akaun tidak beraudit dan tidak melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Johor telah mengambil inisiatif bagi memulihkan koperasi yang dorman dan tidak aktif melalui sesi perbincangan dan konsultasi dalam aspek tadbir urus pengurusan koperasi yang baik serta khidmat nasihat perniagaan telah dilakukan oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Johor di peringkat wilayah/daerah. Dalam pada itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Johor turut mengadakan kolaborasi dengan pelbagai agensi yang berkaitan seperti FELDA, FELCRA, MPOB, RISDA, ANGKASA, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, dan agensi-agensi lain yang berkenaan dalam membantu koperasi terus berkembang dan bergerak dengan aktif. Selain itu, Geran Pembangunan dan Tabung Modal Pusingan (TMP) turut diberi kepada koperasi-koperasi yang telah dipulihkan dan mempunyai projek yang berdaya maju, agar koperasi-koperasi tersebut dapat mengembangkan aktiviti ekonominya. Melalui program pembudayaan koperasi, pelbagai seminar, bengkel dan kursus telah diadakan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan koperasi terbabit. Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Johor telah mengarahkan koperasi-koperasi tersebut diaudit akaun-akaunnya supaya status kewangan koperasi dapat dinilai dengan jelas. Koperasi-koperasi tersebut juga diarahkan supaya mengadakan mesyuarat agung untuk membincangkan pelan tindakan pemulihan dapat di bincang bersama oleh anggota-anggotanya. Selain itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Johor turut mewajibkan supaya semua anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman koperasi yang berkenaan menghadiri Kursus Wajib Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) agar kefahaman tentang kaedah pengurusan dan tadbir urus koperasi serta pengauditan dalaman koperasi berada di tahap yang memuaskan. Langkah terakhir yang diambil ke atas koperasi yang tidak beroperasi dan tidak aktif adalah dengan membatalkan pendaftarannya. Setelah koperasi ini dibatalkan pendaftarannya, aset-asetnya (jika ada) dicairkan dan diagihkan kepada pihak-pihak penuntut yang berkepentingan seperti pihak pemiutang dan anggota-anggota yang memiliki saham dalam koperasi. Selepas kerja-kerja pengagihan tersebut dijelaskan sepenuhnya, pembatalan koperasi tersebut diwartakan dalam Warta Kerajaan Malaysia.

Page 171: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

171

YB TUAN SENATOR DATO’ ZAHARI BIN SARIP (BULOH KASAP) SOALAN B143 Minta pihak kerajaan menyatakan pendirian sama ada ingin meneruskan cadangan kerajaan sebelum ini untuk membina pelebaran Lebuh raya Utara Selatan Melaka - Johor Bahru dari 2 lorong kepada 3 lorong. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, pihak kerajaan tiada perancangan bagi tujuan pelebaran lorong ketiga di antara Melaka hingga Johor Bahru. Ini kerana pelaksanaan ini perlu mengambil kira peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan di dalam perjanjian konsesi di antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

Page 172: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

172

YB TUAN SENATOR DATO’ ZAHARI BIN SARIP (BULOH KASAP) SOALAN B144 Minta dinyatakan status terkini pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan adakah cadangan memasukkan Segamat dalam wilayah tersebut masih diteruskan. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Mesyuarat Kabinet bertarikh 6 April 2018, telah memutuskan untuk mengisytiharkan daerah Segamat sebagai kawasan pertumbuhan baharu fasa keempat projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), selain daerah Mersing di Johor dalam usaha untuk memastikan pertumbuhan masyarakat dan sosioekonomi yang pesat di daerah berkenaan. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah ditempatkan di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan (MOF). Sehingga kini, tiada sebarang keputusan baru atau arahan lanjut daripada jemaah menteri kerajaan sekarang atau MOF. Pihak ECERDC masih menunggu arahan lanjut berhubung perkara ini.

Page 173: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

173

YB TUAN SENATOR DATO’ ZAHARI BIN SARIP (BULOH KASAP) SOALAN B145 Minta dinyatakan usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah permohonan tanah termasuk yang telah ditemu duga dan tertangguh sekian lama termasuk tanah di Ladang Bukit Bujang 1 & 2 serta tanah-tanah lain di Segamat. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Permohonan tanah di Ladang Bukit Bujang 1 dan Bukit Bujang 2 telah sampai di peringkat akhir dan keputusan akan dimaklumkan kepada Pejabat Tanah Daerah Segamat setelah menerima keputusan dari Pihak Berkuasa Negeri. Pentadbiran Tanah Johor komited dalam menyelesaikan permohonan tanah di Johor termasuk Segamat. Pasukan task force juga telah ditubuhkan oleh Pentadbiran Tanah Johor pada tahun 2008 bagi menyelesaikan permohonan-permohonan tanah Kampung Baru, permohonan tanah ceroboh dan permohonan tanah berkelompok.

Page 174: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

174

YB TUAN SENATOR DATO’ ZAHARI BIN SARIP (BULOH KASAP) SOALAN B146 Minta dinyatakan prestasi terkini peniaga-peniaga 'online' di Johor dan apakah usaha yang dilakukan kerajaan untuk memastikan perniagaan ini mampu berdaya saing. JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Kerajaan negeri sedar akan keperluan untuk Johor menjadi pelopor dan suri tauladan kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Justeru itu, melalui program Usahawan Digital 2017, Johor menerusi PUJB telah memulakan langkah untuk menjadi pelopor bagi “The Fourth Industrial Revolution” (Industry 4.0); “The Fourth Industrial Revolution” (Industry 4.0) akan mengubah cara kita hidup, bekerja, dan berinteraksi antara satu sama lain dan ia merupakan realiti ekonomi kini yang memerlukan kita untuk mahir dan faham bahasa digital dan teknologi; Kemungkinan ini akan mempelbagaikan penggunaan teknologi baru di dalam bidang seperti “artificial intelligent”, robotik, Internet of Things, percetakan 3D dan juga pengurusan data berskala besar “Big data”. Ekonomi digital ini juga dijangka menyumbang 18% KDNK Malaysia pada tahun 2020 di mana lebih 90% daripada semua pekerjaan akan memerlukan kemahiran digital. Mengikut data dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Johor, sehingga 31 Julai 2018, secara keseluruhannya sebanyak 10,092 perniagaan online di Johor telah didaftarkan di SSM meliputi entiti-entiti perniagaan seperti berikut: BIL. ENTITI JUMLAH 1. Perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan

1956 (APP 1956) 9,853

2. Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1956 (AS 2016) 173 3. Perkongsian Liabiliti Terhad yang didaftarkan di bawah Akta

Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (APLT 2012) 66

JUMLAH KESELURUHAN 10,092 Sehubungan itu, bidang kuasa SSM secara khususnya terhadap perniagaan yang dijalankan secara dalam talian (online), adalah berkaitan pendaftaran perniagaan tersebut, sama ada sebagai sebuah perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau melalui entiti yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 atau entiti yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016. Di peringkat kerajaan negeri, terdapat pelbagai usaha untuk memastikan perniagaan ini berdaya saing antaranya melalui PUJB; memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada agensi dalam melaksanakan kursus berkaitan online dan pihak NGO seperti : - 1. Program Usahawan Digital dengan kerjasama MAGIC-X UTM bagi meningkatkan

kapasiti dan persaingan dalam kalangan usahawan digital di Johor. Program Kesedaran Telah dilaksanakan ke 5 lokasi terpilih bagi memberi pendedahan kepada umum. Seramai 483 terlibat dalam program kesedaran ini.

Page 175: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

175

Program Usahawan Digital ini diteruskan lagi dengan Fasa 2 iaitu fasa latihan di mana para peserta telah ditawarkan untuk menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan teknologi pada masa kini. Fasa ini diakhiri dengan pertandingan Hackathon yang diberi nama WhatdeHack di mana para peserta perlu membangunkan aplikasi tersendiri mengikut kategori yang dipertandingkan. Pemenang dari pertandingan ini seterusnya akan dimasukkan ke dalam inkubator MaGICX bagi membangunkan dan memasarkan aplikasi mereka ke pasaran luar. Bengkel ini di jalankan sebanyak 6 sesi. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori Aplikasi Mudah Alih, kategori AR/VR & IoT dan kategori Game and Gamification. Terdapat 11 kumpulan yang telah menyertai Pertandingan WhatdeHack ini dan 4 kumpulan daripada jumlah tersebut telah mendapat anugerah dalam kategori yang dipertandingkan. Pada Fasa yang terakhir, iaitu fasa 3. Peserta akan ditempatkan ke dalam inkubator MaGICX yang dikenali sebagai MaGIXel. Sebanyak 13 kumpulan telah ditempatkan ke dalam inkubator. Peserta sekarang sedang menjalani latihan dan bengkel mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh MaGICX. Fasa ini telah berakhir pada Februari 2018.

2. Satu lagi program membantu usahawan khususnya dalam memasarkan produk online dengan lebih luas lagi adalah Program anjuran SSM dan Lazada. Iaitu Everyone Can Sell . iaitu melibatkan usahawan- usahawan negeri Johor yang berminat untuk menjadi seller dalam laman web Lazada. SSM merupakan rakan kongsi Lazada bagi program Every One Can Sell berkenaan Public Private Partnership ini; dan turut disertai oleh pihak SME Corp, Maybank dan Telekom Malaysia. Bagi Program di Johor, pihak SSM Johor telah bekerjasama dengan PUJB di mana pihak PUJB membantu membuat jemputan kepada usahawan yang bernaung di bawah PUJB. Pendaftaran peserta dibuat secara atas talian yang melibatkan seramai 200 orang usahawan menghadiri program berkenaan.

Page 176: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

176

YB PUAN NORHAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN B147 Kerajaan terdahulu telah mengemukakan 418 projek dengan anggaran nilai kos projek RM 25.7 bilion bagi keseluruhan RMK-11. Berapakah jumlah nilai projek-projek yang diluluskan kerajaan terdahulu yang sedang dan akan dikaji semula serta nilai yang dapat dijimatkan hasil kajian semula? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Sehingga 31 Julai 2018, sebanyak 381 projek/program telah diluluskan dalam RMKe-11 (RP3) 2018 dengan nilai kos keseluruhan projek berjumlah RM29.94 bilion. Ini merangkumi 190 projek Baru dengan kos berjumlah RM12.74 bilion dan 191 projek Sambungan dengan kos berjumlah RM17319 bilion. Di bawah pentadbiran Kerajaan Malaysia Baharu, semua projek RMKe-11 (RP3) 2018 di bawah kategori Belum Mula perlu dibuat kajian semula dari segi keperluan dan keutamaan. Semua kementerian diberi tempoh sehingga 31 Ogos 2018 sebelum dikemukakan kepada MOF untuk dinilai dan ditentukan sama ada diteruskan, dipinda perincian atau dibatalkan.

Page 177: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

177

YB PUAN NORHAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN B148 Menurut rekod Jabatan Agama Islam Negeri Johor, terdapat 101 sekolah tahfiz swasta berdaftar di seluruh negeri. Selain daripada pendaftaran di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam (Negeri Johor) 1991, apakah langkah-langkah penambahbaikan dan pengawalan sekolah-sekolah tahfiz swasta ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Selain daripada tujuan untuk mengawal penubuhan dan pendaftaran, Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Johor 1991 diwartakan untuk memastikan hanya pengusaha dan pihak pengurusan sekolah yang benar-benar komited atau beriltizam untuk memajukan institusi bagi melahirkan pelajar yang berilmu, bersahsiah mulia dan berketerampilan sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi. Oleh sebab itu selain daripada aspek keselamatan premis, kelengkapan prasarana, keanggotaan Jemaah Pengurusan Sekolah dan akauntabiliti pengurusan kewangan dititik beratkan di dalam pengawalan, aspek-aspek akademik yang meliputi kurikulum, peperiksaan dan kelayakan serta kesesuaian guru juga amat ditekankan oleh pihak kerajaan terhadap pelaksanaan pengoperasian sesebuah madrasah tahfiz. Jadi boleh lah disimpulkan bahawa apa yang disebut sebagai pengawalan itu meliputi semua aspek yang berkaitan sama ada dari sudut fizikal, logistik, pengurusan, penghasilan pelajar, keselamatan dan sebagainya yang berkaitan dengan pihak pengusaha, pentadbiran sekolah, murid, ibu bapa murid, masyarakat setempat dan juga negeri dan negara. Untuk itu beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah terlibat secara kolaborasi membantu memajukan kedudukan madrasah tahfiz sedia ada. Contohnya pihak MARA telah membantu dari aspek penyelenggaraan semula pendawaian madrasah-madrasah tahfiz yang dikenal pasti. Pihak NIOSH mengeluarkan garis panduan keselamatan pekerja di madrasah tahfiz. Pihak Jabatan Kerja raya dan Majlis-Majlis Perbandaran dan Bandaraya mempergiat usaha bagi menambah baik prasarana sedia ada. Pendek kata peraturan-peraturan serta garis panduan-garis panduan khusus yang berkaitan dengan pengurusan Madrasah Tahfiz bagi kepentingan pihak-pihak berwajib yang berkaitan dapat membantu di dalam pengawalan sekolah tahfiz. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menyediakan satu modul pengurusan dan pentadbiran tahfiz negeri Johor yang standard sebagai satu cadangan untuk dilaksanakan. Modul ini dikenali sebagai “Johore Tahfiz Quality Assurance” (JTQA) yang merangkumi garis panduan pelaksanaan dari aspek kurikulum, peperiksaan, pensijilan, pengurusan mata pelajaran, kelayakan guru, kemudahan prasarana dan hala tuju pengajian. Modul ini akan diperhalusi oleh pihak kerajaan dan seterusnya akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan di negeri Johor ini.

Page 178: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

178

YB PUAN NORHAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN B149

Apakah program-program pemberdayaan wanita dan perlindungan kanak-kanak yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan?

JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG

Kerajaan negeri komited untuk memantapkan kedudukan kaum wanita. Perkara ini selaras dengan apa digariskan di dalam Buku Harapan di bawah iltizam khusus untuk wanita iaitu di bawah perkara “MEMASTIKAN SISTEM EKONOMI NEGARA PEDULI WANITA”. Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah melaksanakan pelbagai program pemberdayaan wanita dan sehingga kini masih meneruskan lagi usaha untuk mempergiatkan wanita supaya lebih aktif dan mengambil bahagian dalam apa jua peluang yang ditawarkan. Antara program-program yang telah dilaksanakan khusus bagi wanita mengikut kumpulan sasar YPKDT adalah Projek Menjana Pendapatan iaitu melalui bantuan peralatan yang diberikan kepada ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah. Sebelum bantuan peralatan diserahkan, ibu tunggal atau wanita berpendapatan rendah ini perlu mendaftar dengan YPKDT dan seterusnya mengikuti kursus yang ditawarkan sebelum bantuan peralatan diberikan kepada yang layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Bantuan peralatan yang diberikan adalah mengikut permohonan berdasarkan perniagaan yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, pemberian mixer dan oven untuk tujuan perniagaan bakery. Bagi mereka yang telah mula menunjukkan peningkatan pendapatan, adalah dipertimbangkan untuk pemberian peralatan tambahan sesuai dengan tempahan dan permintaan yang semakin meningkat. Latihan-latihan tambahan juga turut diberikan contohnya kursus keusahawanan, kursus pemasaran, dan akan datang kursus yang dicadangkan adalah seperti kursus pelabelan, kursus pembungkusan khusus bagi mempertingkatkan imej serta pengetahuan mereka. Sejak tahun 2013 sehingga kini, seramai 14,092 orang ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang telah berdaftar di YPKDT dan seramai 7,492 orang telah berpeluang menjalani latihan kemahiran dan motivasi. Daripada jumlah tersebut seramai 2,552 orang ibu tunggal telah berjaya mempertingkatkan dan mempelbagaikan sumber pendapatan. Manakala, seramai 634 orang ibu tunggal telah mendapat manfaat bantuan peralatan sejak tahun 2003 hingga 2018. YPKDT juga menjalankan usaha sama dengan Iskandar Region Development Authority (IRDA) melalui Program BAZARNITA JOHOR 2018. Program ini merupakan Program Peningkatan Keupayaan Golongan Usahawan, Profesional dan Eksekutif Golongan OKU dan Wanita di bawah Program IM-Makmur-IRDA. YPKDT dan IRDA mewujudkan platform untuk memasarkan dan mempromosi produk hasil usahawan golongan OKU, Ibu Tunggal, dan golongan berpendapatan rendah yang berdaftar dengan YPKDT. YPKDT bertindak sebagai agensi pelaksana manakala IRDA membantu memberi khidmat nasihat dari segi kewangan dan publisiti. Projek ini berkonsepkan jualan terus pengusaha/usahawan kepada orang awam sebagaimana konsep Pasar Tani.

Page 179: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

179

Seramai 40 usahawan yang terdiri daripada ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah serta OKU yang berdaftar di YPKDT telah dipilih. Pelancaran program ini telah diadakan pada 1 April 2018. Jangka masa perniagaan BAZARNITA adalah 2 kali sebulan iaitu pada minggu pertama dan keempat. Lokasi BAZARNITA adalah di Medan Selera Kota Iskandar di Pekan Gelang Patah. Kerajaan juga kekal komited untuk memastikan pelbagai inisiatif bagi memastikan wanita berkerjaya akan terus kekal bekerja dan menyumbang kepada negara. Selain YPKDT, terdapat banyak ruang dan peluang yang disediakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor (PPWN Johor) untuk wanita di negeri Johor iaitu :

i. Program Pembangunan Usahawan iaitu Transformasi Minda Usahawan Boleh - “U-Boleh” yang diadakan bagi membimbing usahawan wanita di Negeri Johor.

ii. Program Sosial Market Saya (SMS) yang membantu usahawan wanita menjalankan aktiviti jualan produk mereka di pasar raya. Setakat ini, seramai 600 orang usahawan telah bersama-sama dengan SMS dan 15 daripadanya telah menembusi pasaran Singapura.

iii. Program Bazar Wanita yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada usahawan wanita berpendapatan rendah supaya dapat berniaga di ruang niaga yang lebih kondusif.

Bagi program-program perlindungan kanak-kanak pula adalah seperti berikut :

1. Projek CCNCPU ( Perluasan dan Perlaksanaan Child Care and Protection Unit) Projek ini sebagai satu langkah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk peningkatan kemahiran dan kompetensi Pegawai Pelindung di dalam proses pengendalian kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan secara sistematik yang menjurus ke arah pemeliharaan dan perlindungan yang betul. Beberapa siri latihan telah diadakan bagi semua Pegawai Pelindung di setiap daerah untuk melengkapkan Pegawai Pelindung dengan semua pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan kes-kes perlindungan kanak-kanak di negeri Johor. Latihan ini akan diadakan berterusan bagi memastikan setiap Pegawai Pelindung JKM bersedia setiap masa menangani isu-isu perlindungan kanak-kanak yang pelbagai.

2. Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan ) 2016 Pindaan akta telah memberi penekanan kepada peranan keluarga dan komuniti di dalam proses perlindungan kanak-kanak. Kerajaan ingin memastikan pemeliharaan dan perlindungan berasaskan keluarga adalah langkah terbaik dalam isu perlindungan kanak-kanak. Pindaan juga telah mewujudkan pelantikan Pembantu Pelindung bagi membantu dan menguatkan lagi proses bantuan bagi pelindungan kanak-kanak setempat. Pembantu Pelindung merupakan ahli komuniti yang berkelayakan untuk membantu Pelindung dalam proses perlindungan kanak-kanak supaya menjadi lebih efisien dan cepat.

3. Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) PPKK diwujudkan di setiap daerah sebagai mata telinga kepada JKM dalam isu kanak-kanak. PPKK terdiri daripada ahli-ahli komuniti yang komited dalam membantu JKM untuk menangani isu berkaitan kanak-kanak termasuk mengadakan program-program kesedaran,

Page 180: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

180

pencegahan dan perlindungan. Jabatan telah memperkukuhkan PPKK dengan memberi kuasa kepada ahli komuniti yang sesuai serta dengan bantuan wakil-wakil agensi yang berkaitan bagi menentukan hala tuju di dalam proses membantu serta memperhebatkan lagi program perlindungan kanak-kanak di bawah pemantauan dan bantuan Pelindung di daerah.

4. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) PAKK ditubuhkan di kawasan yang berisiko tinggi kepada kanak-kanak seperti terdedah kepada bahaya gejala sosial, penagihan dadah dan kemiskinan. PAKK akan mengadakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada kanak-kanak seperti kelas tuisyen, aktiviti kesenian dan lain-lain. PAKK juga diperkukuhkan agar dapat digerakkan dengan lebih aktif iaitu diletakan di bawah tanggungjawab Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan peruntukan disalurkan melalui Pasukan tersebut agar dapat menjalankan aktiviti lebih sesuai untuk perlindungan kanak-kanak.

5. Program Sahabat Bijak Program Sahabat Bijak merupakan program menangani isu keselamatan kanak-kanak yang ditumpukan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negeri Johor. Program juga meliputi isu-isu perlindungan kepada kanak-kanak termasuk peranan pihak sekolah. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama secara lautan biru dengan agensi-agensi lain di dalam menjalankan program keselamatan dan perlindungan terhadap kanak-kanak.

6. Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) MPKK adalah satu ruang untuk kanak-kanak melahirkan pendapatan dan cadangan yang sesuai bagi penentuan masa depan kanak-kanak.

7. Program Pemantapan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Program-program pemantapan sentiasa dijalankan mengikut kesesuaian demi membina kemahiran dan membantu Pelindung di dalam menguruskan kes-kes perlindungan kanak-kanak. Sebagai contoh pada tarikh 15 Ogos 2018 ini pihak Jabatan akan menganjurkan Bengkel Pemantapan Pegawai Akhlak dan Pelindung di Swiss Hotel Johor Bahru bagi tujuan tersebut. 8. Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (PERMATA)

Kursus ini adalah wajib bagi semua pengendali dan penjaga di TASKA. Penekanan terhadap tahap Perlindungan Kanak-Kanak di TASKA/TADIKA/Pusat Jagaan di dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (PERMATA) diberi keutamaan mengikut silibus yang telah ditetapkan.

9. Pemantauan dan Pemeriksaan Pemantauan dan pemeriksaan secara berkala dan mengejut dijalankan oleh Pegawai Yang Di beri Kuasa (PDBK) di dalam menjalankan tugas memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di daerah kepada semua Taska yang berdaftar bagi melihat dari semua aspek terutama keselamatan dan perlindungan terhadap kanak-kanak. Bagi TASKA/Pusat Jagaan tidak berdaftar, Jabatan juga mengadakan task force untuk memastikan mereka berdaftar di bawah akta. Tindakan undang-undang dikenakan kepada yang melanggar perintah di dalam akta.

Page 181: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

181

YB PUAN NORHAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN B150 Berapakah rumah mampu milik yang telah diluluskan dan disiapkan sepenuhnya pada tahun 2017 di daerah Muar dan tindakan terhadap projek rumah mampu milik Taman Perbandaran Islam Maharani yang masih belum disiapkan di daerah Muar? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pembangunan Perumahan Rakyat Johor yang telah siap dibina di daerah Muar adalah sebanyak 135 unit sehingga Disember 2017. Manakala bagi tahun 2018 pula, jumlah yang dijangka siap adalah sebanyak 35 unit. Bagi status terkini berkaitan pembangunan Taman Perbadanan Islam di Bandar Maharani, Kemajuan projek Taman Perbadanan lslam Maharani ketika ini ialah dalam proses kelulusan Pelan Kebenaran Merancang di Majlis Perbandaran Muar. Kebenaran Merancang pertama yang dihantar untuk kelulusan telah menerima arahan untuk pindaan bagi Pematuhan Syarat Borang A1 dengan memasukkan Rizab Sekolah, Rizab Masjid dan Rizab Kesihatan. Ketika ini, PIJ Holdings sedang membuat pindaan ke atas pelan Kebenaran Merancang berdasarkan kepada komen-komen tambahan bagi Pematuhan Syarat Borang A1 yang diberi oleh pihak Majlis Perbandaran Muar berdasarkan surat yang diberikan bertarikh 31 Mei 2018. Komposisi bagi Rumah Mampu Milik juga akan mengikut syarat yang ditetapkan. PIJ Holdings akan menghantar semula Pelan Kebenaran Merancang untuk kelulusan Majlis Perbandaran Muar dalam masa terdekat.

Page 182: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

182

YB PUAN NORHAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN B151 Sila nyatakan jumlah kilang-kilang perabot yang beroperasi tanpa lesen di daerah Muar dan tindakan kerajaan untuk mengawal selia kilang-kilang haram ini bagi membendung kesan negatif terhadap alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan sosial penduduk daerah Muar. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Berdasarkan maklumat Majlis Perbandaran Muar (MPM), dianggarkan sebanyak 150 buah premis kilang berasaskan pembuatan perabot yang beroperasi tanpa lesen manakala 374 buah premis lagi telah diberikan lesen sementara untuk beroperasi. Kerajaan negeri prihatin dan cakna soal kesan jangka panjang kepada kesejahteraan masyarakat umum akibat sektor industri tersebut, sehubungan dengan, pihak MPM telah menjalinkan kerjasama erat bersama Johor Corporation (JCorp) untuk menempatkan kesemua kilang-kilang haram terbabit di Industri Park Sime Darby dan Muar Furniture Park masing-masing terletak di Pagoh dan Bakri yang kini masih di peringkat kelulusan daripada agensi-agensi berkaitan.

Page 183: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

183

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B152 Senaraikan jenis-jenis bantuan kerajaan yang dibekalkan oleh kerajaan untuk menolong golongan miskin ataupun rakyat yang mengalami bencana alam, sakit ataupun kemalangan serta cara permohonan dan kelayakannya? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan perkhidmatan bantuan dan sokongan kewangan mengikut 2 skim bantuan kewangan iaitu Skim Bantuan Negeri dan Skim Bantuan Persekutuan. Skim Bantuan Negeri: 1. Bantuan Am 2. Dana Khas Bencana 3. Bantuan Baiki Rumah akibat Bencana Skim Bantuan Persekutuan: 1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK); 2.Elaun Pekerja Cacat (EPC); 3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB); 4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT); 5.Bantuan Orang Tua (BOT); 6.Bantuan Am Persekutuan (BA); 7.Bantuan Anak Pelihara (BAP); 8.Bantuan Latihan Perantis (BLP); 9.Bantuan Geran Pelancaran (GP); 10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT); 11.Tabung Bantuan Segera (TBS). Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat asas kelayakan seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia. ii. Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Page 184: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

184

iii. Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan mengambil kira lain-lain faktor seperti bilangan anak / tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga.

Cara Permohonan Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Borang permohonan JKM18 boleh didapati Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh Negara atau memuat turun borang tersebut di laman web : www.jkm.gov.my

Page 185: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

185

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B153 Senaraikan projek-projek menaik taraf jalan raya yang akan dilaksanakan di bawah RMK-12 di negeri Johor mengikut keutamaan. Sila berikan pencerahan projek-projek berikut mengenai lokasi, kos, jarak pembinaan dan sebagainya? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Projek-projek menaik taraf jalan raya yang akan dilaksanakan di bawah RMK-12 di negeri Johor mengikut keutamaan masih dalam semakan dan dalam peringkat kajian, berdasarkan baki projek yang telah dilaksanakan dalam RMK 11.

Page 186: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

186

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B154 Memohon pencerahan tentang rancangan kerajaan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Jalan Pontian-Johor Bahru dari Pontian ke Pekan Nanas dan sebaliknya yang telah lama mendap? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Keterangan permohonan peruntukan dan penerimaan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf jalan di laluan Pontian ke Pekan Nenas (FT005-Jalan Johor Bahru – Pontian) mengikut tahun adalah sepertimana berikut :-

BIL TAHUN PERUNTUKAN YANG DIPOHON (RM)

PERUNTUKAN YANG DITERIMA (RM)

1 2015 RM13,195,318.00 RM 74421.36 2 2016 RM31,281,058.60 TIADA 3 2017 RM14,478,423.20 RM2,000,000.00 4 2018 RM15,400,000.00 RM500,000.00

Page 187: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

187

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B155 Adakah kerajaan akan mengkaji semula dan merealisasikan rancangan pembinaan sebuah hospital baru di kawasan daerah Pontian serta memohon pencerahan tentang rancangan menaik taraf hospital lama di daerah Pontian? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum akan keperluan dan sedang merancang untuk membangunkan semula Hospital Pontian di tapak hospital sedia ada yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Lanjutan itu, permohonan untuk membina blok baru bagi menempatkan wad-wad dan klinik pakar diangkat dalam Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP2, RMKe-11). Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak diluluskan oleh Agensi Pusat. Bagi tujuan keselesaan pesakit dan kakitangan hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyalurkan peruntukan untuk menjalankan kerja-kerja ubahsuai, naik taraf dan pembaikan fasiliti di Hospital Pontian, antaranya ialah Projek Naik taraf Sistem Gas Perubatan Hospital Pontian yang telah selesai proses perolehan.

Page 188: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

188

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B156 Memohon pencerahan tentang projek pembinaan jalan akses Pontian-Johor Bahru dari Seri Bunian ke Pulai Interchange serta pembinaan jalan pintas dari Jalan Sawah ke Ulu Choh untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas Pekan Nenas dan anggaran masa siap serta kosnya? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG 1) Jalan akses Pontian - Johor Bahru dari Seri Bunian ke Pulai Interchange masih di dalam kajian keperluan oleh JKR Daerah Pontian. 2) Jalan Pintas dari Jalan Sawah ke Ulu Choh : peringkat perancangan reka bentuk dan dijangka laksana Januari 2019.

Page 189: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

189

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B157 Nyatakan jumlah bangunan kerajaan dan kuarters kerajaan yang terbiar di sekitar daerah Muar serta nyatakan tempat-tempat berserta jumlah unit bagi setiap satu yang terbiar serta apakah tindakan pihak kerajaan dalam menyelesaikan perkara ini? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Sebanyak 27 kuarters kerajaan di sekitar daerah Muar telah dikenal pasti sebagai berstatus terbiar, di mana 15 kuarters daripada jumlah berkenaan telah dicadangkan untuk dirobohkan berikutan tahap keselamatan bangunan yang tidak memuaskan kerana telah reput. Baki 3 kuarters telah dicadangkan untuk dimajukan ke Pejabat Menteri Besar Johor dan dibina baharu, manakala, 9 kuarters lagi akan diletakkan di bawah tindakan pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) untuk dikawal selia dan diuruskan.

Page 190: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

190

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B158 Senaraikan jumlah penjawat awam yang berstatus kontrak mengikut pecahan jabatan, gred gaji, tahun berkhidmat dan adakah kerajaan akan melantik mereka ini sebagai penjawat tetap? JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH Dimaklumkan bahawa jumlah pecahan jawatan kontrak bagi Perkhidmatan Awam Negeri adalah sebagaimana berikut :

Statistik Bilangan Pengisian Kontrak Bagi Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Kedudukan

Sehingga 31 Mac 2018

Agensi / Jabatan Jumlah Jabatan Negeri 777

Pihak Berkuasa Tempatan 455 Badan Berkanun Negeri 585 Jumlah Keseluruhan 1,817

Pelantikan kontrak tersebut adalah tidak tertakluk kepada lantikan tetap. Pelantikan tetap adalah bergantung kepada permohonan pegawai tersebut kepada mana-mana Pihak Berkuasa Melantik dan tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan, Kekosongan Jawatan dan Berjaya Dalam Temu duga.

Page 191: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

191

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B159 Adakah pihak kerajaan berhasrat untuk menukar status Geran Pajakan Kg. Baru Cina, Bukit Bakri, Muar kepada hak milik kekal, dan jika tidak, berapa lamakah tempoh maksimum pajakan geran yang boleh dilanjutkan oleh pihak kerajaan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Ketetapan pada masa ini berdasarkan perundangan sedia ada iaitu Kanun Tanah Negara 1965 menggariskan bahawa tempoh pemberi milikan adalah tidak melebihi 99 tahun. Ketetapan kerajaan negeri di bawah Peraturan Tanah Johor 1966 (Pindaan Tahun 2004) menetapkan tempoh pajakan 99 tahun bagi tanah pertanian dan memberi pilihan/opsyen bagi tanah rumah kediaman. Seseorang yang dikurniakan tanah untuk tapak rumah kediaman diberi pilihan untuk memilih tempoh pegangan selama 60 tahun atau 99 tahun dan premium dikenakan berdasarkan tempoh yang dipilih. Ini menunjukkan kerajaan memberi peluang kepada individu memiliki tanah berpegangan 60 tahun atau 99 tahun berdasarkan kemampuan masing-masing. Ia selaras dengan manifesto Pakatan Harapan iaitu memberikan status pegangan selama 99 tahun untuk Kampung Melayu, Kampung Tradisi, Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina. Oleh itu, pemimpin masyarakat hendaklah menggalakkan individu yang berjaya dikurniakan tanah membayar premium tanah dalam tempoh yang ditetapkan kerana bayaran yang dikenakan adalah sangat rendah daripada nilaian pasaran tanah.

Page 192: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

192

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B160 Nyatakan keluasan tanah pertanian bagi tanaman durian di kawasan Johor Utara serta nyatakan jumlah pengeluaran per tan dan dieksport ke negara mana bagi tahun 2015 hingga tahun 2018? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan Johor Utara adalah merangkumi daerah Segamat, Muar, Kluang dan Batu Pahat. Jadual 1 menunjukkan maklumat keluasan dan pengeluaran bagi tanaman durian di kawasan Johor Utara bagi tahun 2015 hingga 2018.

Tahun Segamat Muar Kluang BatuPahat Keluasan (hektar)

Pengeluaran (tan)

Keluasan (hektar)

Pengeluaran (tan)

Keluasan (hektar)

Pengeluaran (tan)

Keluasan (hektar)

Pengeluaran (tan)

2015 4,781.99 27,173.58 3,268.91 24,900.98 1,022.85 3,570.53 1,860.58 8,966.11 2016 5,629.70 7,222.00 1,767.50 1,344.70 1,034.60 778.70 1,726.20 10,426.10 2017 4,372.60 10,546.40 3,712.60 10,451.50 1,001.50 4,255.70 1,863.00 9,886.70 2018e 1,482.00 1,594.00 1,246.00 641.00 843.00 230.00 806.00 1,572.00 Jadual 1: Keluasan dan pengeluaran tanaman durian bagi tahun 2015 hingga 2018

Untuk makluman Yang Berhormat, data bagi tahun 2018 masih di dalam anggaran. Ini kerana buah durian masih berbuah dan belum dimuktamadkan keluasan dan hasil pengeluarannya. Jadual 2 pula menunjukkan maklumat eksport seperti bilangan perjalanan eksport buah durian (trip), bentuk produk yang dieksport, kuantiti eksport dan Negara pengimport. Tahun Bil. Eksport Produk Kuantiti Negara

pengimport 2015 Tiada Maklumat

2016 8 Sejuk beku (frozen) 964 karton Australia

2017 33 Buah segar (fresh fruit) 27,575 kg

Sabah, Indonesia, Macau, Kanada, Hong Kong, Sarawak, China

Sejuk beku (frozen) 642 karton Australia Pes(Paste) 1,610 pek Singapura

2018e 8 Buah segar (fresh fruit) 6,800 kg Indonesia, Sabah Sejuk beku (frozen) 428 karton Australia, China

Jadual 1: Maklumat eksport bagi buah durian dari tahun 2015 sehingga 2018

Page 193: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

193

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B161 Apakah perancangan kerajaan terkini dalam pembinaan rumah mampu milik Johor di daerah Muar serta nyatakan jumlah, jenis-jenis dan di mana lokasi pembinaannya? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, berikut merupakan pembangunan Perumahan Rakyat Johor yang telah siap di Daerah Muar sejak bermulanya Dasar Perumahan Rakyat Johor pada tahun 2014.

Bil Nama Pemaju Lokasi Status Tahun

Siap Jenis Jumlah Unit

Jumlah Penawaran Catatan

1 Gold Li Dev Sdn Bhd

Taman Putera Indah

100% 2014 RMMJ 3 3 Telah Habis Ditawarkan.

2

Leong Hup Industries Sdn Bhd

Taman Bakri Setia 100% 2017 PKJ A 60 28

Baki unit = 32, projek kurang mendapat sambutan kerana rumah pangsa.

3 Seloka Terbit Dev Sdn Bhd

Pangsapuri Taman Damai

100% 2017

PKJ A 31

41

Baki unit = 4, unit rumah hanya diperuntukkan kepada kuota Koperasi Kakitangan Kerajaan Muar

PKJ B 14

4 Thiano Lino Dev

Taman Unas Permai

85% 2018

PKJ A 20

17

Baki unit = 12, jualan dibuka hanya untuk 15 unit sahaja. Terdapat lot-lot yang tidak dibuka untuk jualan (dimaklumkan oleh pemaju)

PKJ B 15

Jumlah 143 89

Page 194: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

194

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B162 Apakah perancangan atau idea kerajaan PH Johor untuk merangsang pembangunan produk teknologi baru yang dapat merangsang dan menyokong pengeluaran hasil golongan petani, penternak dan nelayan negeri Johor? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Bagi merangsang pembangunan produk teknologi baru, Jabatan Pertanian sentiasa menggalakkan usahawan untuk menginovasikan produk keluaran mereka sesuai dengan kehendak semasa, begitu juga dengan teknik pembuatannya. Pertandingan inovasi di kalangan pegawai dan petani dijalankan setiap tahun sebagai galakkan kepada usahawan untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas di dalam mencari penyelesaian dan permasalahan sektor pertanian khususnya bagi sektor tanaman. Penggunaan teknologi dan inovasi memainkan peranan penting di dalam meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos bagi membolehkan industri pertanian terus dipergiatkan, lestari dan seterusnya dapat melahirkan petani yang berwawasan dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Inovasi yang dicipta hasil buah fikiran petani dan pegawai dapat menjana idea dan pembaharuan serta komitmen jitu bagi menjayakan usaha dalam memajukan sektor pengeluaran makanan amnya dan industri asas tani (IAT) khasnya. Pelbagai insentif dan galakan diberikan kepada usahawan IAT melalui Program Pembangunan Industri Asas Tani dan Program Galakan Usahawan seperti bantuan perolehan mesin dan peralatan yang sesuai dengan teknologi terkini. Bantuan pembangunan produk dan teknologi pembungkusan turut diberikan bagi meningkatkan mutu produk keluaran mereka. Di samping itu, usahawan sentiasa didedahkan dengan pelbagai produk dan teknologi terkini melalui kursus-kursus dan latihan hands-on yang diadakan sepanjang tahun oleh Jabatan Pertanian dan pelbagai agensi lain seperti MARDI. Pihak MARDI sebagai agen penyelidikan pertanian juga sentiasa membuat penyelidikan untuk kemudahan dan manfaat golongan petani, penternak dan nelayan. Hasil penyelidikan ini, dikongsikan untuk manfaat umum khususnya usahawan Industri Asas tani serta golongan peladang, petani, penternak dan nelayan melalui penulisan yang di pamerkan di dalam laman web mereka. Segala usaha yang dilaksanakan ini diharap dapat merangsang dan menyokong pengeluaran hasil golongan peladang, petani, penternak dan nelayan, untuk terus menggandakan usaha dalam bidang dan kepakaran masing-masing. Bagi merangsang pengeluaran hasil golongan penternak negeri Johor pula pelbagai teknologi telah cuba diketengahkan iaitu : a. Tanaman benih/biji benih menggunakan sistem fodder kaedah Aeroponik Membantu bagi menghasilkan tanaman dalam masa 7 hari bagi tujuan makanan ternakan. Teknik ini menggunakan kawasan yang sangat minima dengan kos kurang daripada RM3000 di mana benih seperti jagung, padi,kacang hijau dan lain-lain (23 jenis benih) yang dirawat dan ditanam dalam dulang tanpa penggunaan baja atau tanah dan disiram air secara mist selang 4 jam selama 7 hari. Teknik ini boleh dilakukan pada kawasan yang

Page 195: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

195

terhad seperti stor, bilik, bangsal dan boleh diguna bila musim tengkujuh di mana rumput napier tidak dapat dipotong atau ditanam dan semasa musim kemarau. b. Permanian Beradas atau Artificial insemination (AI) secara DIY. Teknik ini boleh di aplikasi oleh penternak yang dilatih dan ditauliahkan oleh JPV bagi membantu penternak lain melakukan permanian beradas menggunakan benih semen ternakan yang boleh menghasilkan daging yang tinggi contoh lembu sado menggunakan baka-baka terpilih seperti Belgium Blue, Charlois dan Limousine. 1 ekor lembu sado boleh menghasilkan 50-55% daging berbanding lembu tempatan iaitu baka Kedah-Kelantan (KK) boleh menghasilkan hanya 40-45% daging. Dengan adanya ternakan sado (berotot) maka pengeluaran daging dapat dipertingkatkan. Teknik AI DIY melibatkan kos bernilai RM10,000/pakej. c. Sistem Kandang tertutup (Tunnel ventilation & Biogas) Penggunaan sistem kandang tertutup terutama ternakan lembu tenusu perlu diaplikasikan bagi menghasilkan suhu di dalam kandang yang optimum dan mengurangkan tekanan, ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu. Ladang –ladang perlu mengaplikasikan kawalan pencemaran dengan menggunakan teknologi biogas untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat bau/lalat dan penghasilan gas metana boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik dan ini akan mengurangkan kos penggunaan elektrik. d. Sistem Computing a Complete Daily Feed Ration (CCDFR) Merupakan sistem pengiraan rangsum makanan ternakan yang tepat bagi kenaikan ADG(Average Daily Gain) sehari. Penggunaan foraj seperti Rumput Napier, Pokok Petai Belalang, Molasses dan jagung akan di campur dan dikira bagi mendapatkan % Dry matter, % Crude Protein,% Crude Fibre, dan % energy yang tepat. Teknik ini diguna pakai dalam membantu penghasilan susu yang tinggi dan berkualiti juga penghasilan daging yang bermutu dan kurang lemak. Melalui inovasi teknologi Jabatan Perikanan (DOF) pula, DOF membantu para penternak kupang untuk mengatasi masalah ketahanan semasa ombak kuat. Pembangunan teknik dan kaedah ternakan yang lebih moden, teratur dan mesra alam bagi pembangunan sektor akuakultur. Pada masa yang sama pelbagai jenis tukun tiruan direka, dibina, dilabuhkan di perairan negeri Johor, bagi melindungi dan memulihara sumber perikanan kita, agar sumber pendapatan nelayan adalah terjamin. Manakala inovasi pengurusan DOF, melalui pembentukan Pelan Pengurusan Perikanan (Fisheries Management Plan – FMP) dijangka dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran perikanan secara menambah baik peraturan berkaitan penuaian, musim tangkapan dan pengezonan kawasan yang dibuat secara persetujuan bersama pihak berkepentingan. Selain itu, Johor juga giat dengan kepelbagaian inovasi dan kajian terbaharu dalam industri perikanan, contohnya penubuhan Pusat Informasi “refugia udang kara” di Tanjung Leman dalam usaha pengurusan sumber perikanan bagi menjaga kelestarian sumber dan juga Ternakan Ikan Kelah di Kampung Air Merah, Mersing yang berjaya menternak kelah biru dan merah serta pelbagai aktiviti agro pelancongan.

Page 196: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

196

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B163 Apakah kesan langsung 0% GST kepada harga barangan keperluan harian masyarakat khususnya bagi negeri Johor? JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melaksanakan kutipan data harga barangan keperluan pengguna sebelum dan selepas 1 Jun 2018. Kutipan data ini dilaksanakan oleh 100 orang Pegawai Pemantau Harga (PPH) bagi seluruh negeri Johor meliputi pemantauan harian terhadap 114 barangan, pemantauan mingguan bagi 253 barangan dan pemantauan secara bulanan sebanyak 417 barangan di 257 premis pasar basah, kedai runcit, super market dan hyper market bagi mengesan sebarang perubahan harga barangan selepas pindaan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada enam (6) peratus kepada sifar (0) peratus. Perubahan Harga Barangan Keperluan Pengguna Bagi tujuan analisa perubahan harga sebelum dan selepas 1 Jun 2018, KPDNHEP Negeri Johor telah membandingkan harga bagi 417 barangan keperluan pengguna terpilih. Barangan ini terdiri daripada 6 kategori iaitu barangan segar, barangan kering, barangan berbungkus/tin/botol, minuman, makanan dan barangan bayi, dan barangan kebersihan. Daripada 417 barangan ini, sebanyak 195 berlaku kenaikan (47%) manakala sebanyak 210 berlaku penurunan ( 50%). Baki sebanyak 12 barangan dikenal pasti tidak berubah ( 3%)

417 barangan keperluan pengguna terpilih

195 berlaku kenaikan ( 47%)

210 berlaku penurunan ( 50 %)

12 tiada perubahan ( 3 %)

Berdasarkan tinjauan Kementerian ini, tidak dinafikan pelaksanaan GST sifar memberi kesan penurunan harga terhadap kebanyakan barangan di pasaran. Ketiadaan cukai 0% GST secara tidak langsung memberi impak positif ke atas beberapa jenis barang dan perkhidmatan seperti penurunan harga kereta, penyewaan premis, penurunan harga di kedai-kedai serbaneka dan penghapusan 6% terhadap perkhidmatan perbankan.

Page 197: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

197

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B164 Mohon penjelasan daripada kerajaan PH Johor mengenai status bantuan pelbagai barangan atau mesin daripada agensi-agensi kerajaan untuk rakyat? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Kerajaan PH Johor melalui Jabatan Pertanian Negeri Johor komited untuk membangunkan bidang keusahawanan di bumi johor tercinta ini. Oleh yang demikian, pelbagai program dan inisiatif dijalankan untuk menyuburkan aktiviti keusahawanan. Antaranya adalah pemberian bantuan geran mesin dan kelengkapan bengkel IKS kepada mereka yang layak dan telah menjalankan perniagaan mereka sekurang-kurangnya 6 bulan atau setahun. Di samping itu juga, pendapatan kasar bagi seorang usahawan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan adalah sebanyak RM20,000.00 setahun. Bagi tahun 2018, seramai 418 permohonan mesin dan kelengkapan bengkel IKS telah diluluskan yang mana melibatkan peruntukan sebanyak RM1,827,465.00. Untuk makluman, permohonan mesin dan kelengkapan bengkel tersebut boleh dibuat di setiap Pejabat Pertanian Daerah masing-masing.

Page 198: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

198

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B165 Apakah status pencapaian untuk pemberian status pegangan lease selama 99 tahun untuk Kg. Melayu, Kg. Tradisi, Kg. Tersusun dan Kg. Baru Cina? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Ketetapan pada masa ini adalah berdasarkan perundangan sedia ada iaitu Kanun Tanah Negara 1965 menggariskan bahawa tempoh pemberi milikan adalah tidak melebihi 99 tahun. Ketetapan kerajaan negeri di bawah Peraturan Tanah Johor 1966 (Pindaan Tahun 2004) menetapkan tempoh pajakan 99 tahun bagi tanah pertanian dan memberi pilihan/opsyen bagi tanah rumah kediaman. Seseorang yang dikurniakan tanah untuk tapak rumah kediaman diberi pilihan untuk memilih tempoh pegangan selama 60 tahun atau 99 tahun dan premium dikenakan berdasarkan tempoh yang dipilih. Ini menunjukkan kerajaan memberi peluang kepada individu memiliki tanah berpegangan 60 tahun atau 99 tahun berdasarkan kemampuan masing-masing. Ia selaras dengan manifesto Pakatan Harapan iaitu memberikan status pegangan selama 99 tahun untuk Kampung Melayu, Kampung Tradisi, Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina. Oleh itu, pemimpin masyarakat hendaklah menggalakkan individu yang berjaya dikurniakan tanah membayar premium tanah dalam tempoh yang ditetapkan kerana bayaran yang dikenakan adalah sangat rendah daripada nilaian pasaran tanah.

Page 199: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

199

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN B166 Apakah status dan cadangan untuk memastikan yang Hab Belia akan terus dimanfaatkan? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Status Local HAB Hutan Bandar MBJB Pembinaan komponen di Local HAB Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) seperti Skate Park, Wall Climbing, Amphitheatre, Bicycle Track, Meeting POD, dan lain-lain telah bermula pada 14 Februari 2018 dan dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2019. Status Regional HAB • Kelulusan tapak di Iskandar Puteri (40 ekar) daripada Kerajaan Negeri telah diterima

pada30 November 2017

• Kajian kemungkinan pasaran bagi cadangan pembangunan regional HAB telah siap pada31 Januari2018 yang merangkumi skop berikut:

• a. Kajian pasaran HAB b. Cadangan pembangunan HAB c. Cadangan pengurusan HAB

Kaji selidik dan bengkel bersama belia telah dijalankan bagi memuktamadkan pembinaan komponen di regional HAB. Dalam peringkat perbincangan reka bentuk terperinci termasuk pelantikan jururunding teknikal bagi tujuan pembangunan Laporan Cadangan Pemajuan yang perlu disediakan untuk kelulusan pihak berkuasa. Manfaat kepada belia • Untuk makluman Ahli Dewan, semenjak HAB diperkenalkan pada penghujung tahun

2015, pelbagai program dan acara belia telah dijalankan. Aktiviti HAB secara umumnya memfokuskan kepada 3 teras utama iaitu: Kesukarelawanan, Keusahawanan dan Gaya Hidup Sihat.

• Selain itu, program program berkaitan peluang kerjaya, pembangunan kepimpinan dan pelbagai latihan dan kursus kemahiran turut diadakan.

• Lebih daripada 6,000 pengunjung telah melawat dan/atau menggunakan pelbagai fasiliti (Eco building) di HAB Hutan Bandar MBJB

• Lebih daripada 4,500 belia telah terlibat dan mengambil bahagian dalam pelbagai program belia di HAB Hutan Bandar MBJB

• Jangkaan touchpoint lebih daripada 24,000 belia melalui pelbagai aktiviti promosi yang telah dijalankan.

Page 200: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

200

• Dijangkakan dengan siapnya pembinaan komponen-komponen HAB di Hutan Bandar MBJB dan Regional Youth Hub di Iskandar Puteri nanti akan memberi lebih banyak manfaat kepada belia terutamanya belia tempatan melalui penglibatan program-program dan aktiviti-aktiviti belia sepertimana yang telah dimaklumkan di atas di dalam skala yang lebih besar serta aktiviti sukan ekstrem yang mana merupakan komponen utama di sini;

• Selain itu, melalui Iskandar Malaysia Youth Committee yang telah diwujudkan dan memulakan aktiviti mereka, aktiviti berdasarkan lima bidang akan dijalankan dengan lebih giat berdasarkan perwakilan ahli jawatankuasa;

i. Pendidikan dan pembangunan kemahiran ii. Seni dan Budaya iii. Kesukarelawanan iv. Keusahawanan v. Sukan dan aktiviti sihat

Tabung IM power atau Pemerkasaan Belia Iskandar Malaysia telah diwujudkan untuk membolehkan para belia mencadangkan program yang boleh dijalankan dan dinilai untuk dilaksanakan di sini berdasarkan bidang tersebut di atas.

Page 201: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

201

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN B167 Apakah perangkaan terkini penghijrahan orang muda dari luar bandar ke bandar dan apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasinya? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Pada tahun 2018, bilangan penduduk di Johor dianggarkan seramai 3.7 juta orang. Statistik penduduk Johor serta statistik penduduk Johor mengikut daerah pentadbiran pada tahun 2005, 2010, 2015 dan 2018 adalah seperti di Jadual 1. Jadual 1: Penduduk mengikut daerah pentadbiran di Johor, 2005, 2010, 2015 dan 2018e

('000)

Daerah pentadbiran 2005 2010 2015 2018

Johor 3,074.4 3,362.9 3,665.5 3,822.7

Batu Pahat 386.9 419.3 455.7 475.7

Johor Bahru 1,419.9 1,392.6 1,516.0 1,579.4

Kluang 286.7 299.6 328.5 342.5

Kota Tinggi 197.4 194.0 213.9 224.3

Mersing 70.9 71.2 78.6 82.5

Muar 368.6 249.0 270.2 281.5

Pontian 153.5 156.2 170.5 178.1

Segamat 190.5 190.7 207.1 215.9

Kulai - 252.8 275.8 287.2

Tangkak - 137.5 149.3 155.6

Nota:

1. 2005: Anggaran Penduduk Pertengahan Tahun Antara Banci berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia

2. 2010, 2015 dan 2018: Unjuran Penduduk (Semakan Semula) berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

3. Hasil tambah mungkin berbeza kerana pembundaran

4. DP Kulai: Daerah pentadbiran baru yang diwujudkan dari sebahagian daerah pentadbiran Johor Bahru pada Banci 2010.

5. DP Tangkak: Daerah pentadbiran baru yang diwujudkan dari sebahagian daerah pentadbiran Muar pada Banci 2010.

6. e anggaran Berdasarkan Survey Migrasi yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar migrasi dalaman dan kadar migrasi dalam negeri bagi Johor adalah masing-masing 1.6 peratus dan 1.0 peratus. Dari segi peratusan sumbangan, sebanyak 4.9 peratus migran dalam negeri di Johor adalah aliran migrasi dari luar bandar ke bandar. Statistik bagi kadar migrasi dalaman dan migran dalam negeri mengikut aliran migrasi bagi negeri Johor pada tempoh 2014–2015 dan 2015–2016 adalah seperti di Jadual 2.

Page 202: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

202

Jadual 2: Kadar migrasi dalaman dan migran dalam negeri mengikut aliran migrasi bagi negeri Johor 2014–2015 dan 2015–2016

Johor 2014-2015 2015-2016 Kadar migrasi dalaman (%) 2.2 1.6 Kadar migrasi dalam negeri (%) 1.6 1.0 Sumbangan migran dalam negeri mengikut aliran migrasi (%): - Bandar–Bandar - Luar Bandar–Bandar - Bandar–Luar Bandar - Luar Bandar – Luar Bandar

62.5 12.5 15.9 9.1

62.9 4.9 25.1 7.2

Page 203: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

203

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN B168 Pembangunan belia di kawasan luar bandar dan kampung oleh kerajaan negeri kurang seimbang berbanding di kawasan bandar. Maka, apakah rancangan dan program belia yang akan dilaksanakan di kawasan luar bandar? Berapakah peruntukkan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan program belia di kawasan luar bandar? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Bagi mengurangkan jurang pembangunan belia di kawasan luar bandar, Pusat Pembangunan Belia Johor telah merancang untuk melaksanakan beberapa program yang secara amnya melibatkan golongan-golongan belia di luar bandar. Program seperti SDT Khidmat Masyarakat dan Program Pembangunan Sukarelawan Darul Ta’zim merupakan antara program yang melibatkan setiap golongan belia tanpa mengira sama ada mereka terdiri daripada golongan luar bandar atau di dalam bandar. Bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan semangat kesukarelaan, penglibatan belia dari semua tahap perlu untuk menjayakan program ini. Manakala bagi program sukan, program tahunan seperti Merdeka Dipuncakmu 2019 @ Squeeze Your Fitness, program yang bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dan cintakan negara juga akan dilaksanakan. Program ini yang akan dilaksanakan pada peringkat daerah akan melibatkan peserta-peserta belia dari seluruh peringkat dan memberi peluang kepada golongan belia luar bandar untuk turut serta bersama. Berikut merupakan senarai program-program yang dirancang untuk dilaksanakan : UNIT EKONOMI DAN SOSIAL *Perancangan bagi tahun 2019

BIL NAMA PROGRAM RINGKASAN SASARAN

PENYERTAAN

1 The Young and Mighty Johor

Melahirkan agen pemimpin belia bangsa Johor. Pemilihan adalah di kalangan belia berumur 21-30 tahun yang berlatar belakangkan tahap pendidikan setaraf diploma dan ke atas. Peserta adalah anak jati Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum, dan sihat tubuh badan. Sasaran peserta adalah seramai 40 orang setiap daerah. Peserta akan menjalani kursus T.O.T selama 3 hari 2 malam di pusat/premis latihan yang bersesuaian.

500

2 Program Nur Jauhar

Kesinambungan dari Program Permata Jauhar di mana 40 orang peserta Jauhar di setiap daerah akan melaksanakan Program Nur Jauhar di seluruh 26 kawasan Parlimen di Negeri Johor. Program ini berkonsepkan pembinaan jati diri dan semangat ukhuwah di kalangan masyarakat akar umbi yang dilaksanakan di setiap masjid dalam kawasan parlimen tersebut. Program ini dirancang bagi mengimarahkan bulan Ramadhan selama 3 hari dalam 7 malam akhir Ramadhan. Program ini menerapkan konsep gotong-royong menyediakan bubur lambuk, berbuka puasa, tadarus Al-Quran, solat Terawih dan qiamullail di masjid/surau yang menjadi teras utama modul ini. Para peserta akan bermalam di masjid/surau yang terpilih. Peserta Permata Jauhar seramai 40 orang setiap

2080

Page 204: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

204

daerah akan membawa 2 orang anak muda di komuniti terlibat dan sekali gus menjadikan peserta seramai 80 orang untuk setiap 26 parlimen.

JUMLAH KESELURUHAN 2580

UNIT SUKARELAWAN DARUL TA’ZIM

BIL NAMA PROGRAM RINGKASAN SASARAN

PENYERTAAN

1 SDT Khidmat Masyarakat

Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia-belia yang akan menjadi penyambung kepada kerja-kerja kesukarelaan di peringkat akar umbi secara tidak langsung memberikan impak positif kepada sukarelawan bagi terus berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat yang memerlukan.

5600 orang

2

Pelancaran SDT Kesihatan dan Perubatan (Sukarelawan Sokongan Perubatan)

Pelaksanaan SDT Kesihatan dan Perubatan ini diwujudkan bagi memberi pendedahan dan input kepada belia-belia yang akan menjadi penyambung kepada kerja-kerja kesukarelaan bagi pendidikan kesihatan dan perubatan asas di daerah hingga peringkat akar umbi. Pasukan ini berperanan menjadi pasukan yang menjelajah ke akar umbi bagi memberi pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, jantung dan bersesuaian.

500 orang

3 SDT Pendidikan

Pelaksanaan SDT Pendidikan berperanan menjalankan aktiviti di peringkat sekolah dan institusi pengajian awam dan swasta. Menjalankan mini karnival bagi memberi ruang terbuka kepada masyarakat akar umbi untuk mengikuti latihan kemahiran dan pendidikan asas perniagaan dan media sosial

500 orang

4

Program Pembangunan sukarelawan Darul Ta'zim

Pelaksanaan kursus asas kesukarelawan Darul Ta'zim perlu untuk memberi pendedahan dan input kepada belia-belia yang akan menjadi penyambung kepada kerja-kerja kesukarelaan di peringkat negeri dan daerah hingga ke peringkat akar umbi. Kursus ini merangkumi asas pertolongan cemas, ikhtiar hidup, pembangunan jati diri serta pembentukan nilai murni dalam diri peserta kursus agar kesukarelaan menjadi sebagai trend / budaya gaya hidup belia yang bermuafakat dan melahirkan pemimpin kesukarelaan.

500 orang

5

Sukarelawan Kerohanian (Jelajah Surau ke Surau)

Sukarelawan Kerohanian dilaksanakan dengan konsep jelajah surau ke surau dengan penglibatan golongan belia bergerak dari satu surau ke satu surau yan lain bagi tujuan mengimarahkan surau-surau yang lama dan kurangnya jemaah surau supaya dapat menarik minat golongan muda bersama mengimarahkan surau dan secara tidak langsung sukarelawan dapat melakukan aktiviti gotong royong membersihkan surau

1000 orang

Page 205: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

205

6

Sukarelawan Darul Ta'zim Pasca Bencana dan Kesejahteraan Rakyat

Melibatkan persediaan skuad bencana di seluruh daerah di Negeri Johor untuk menghulurkan bantuan apabila berlakunya bencana seperti banjir, kebakaran, serta melibatkan gerakan kerahan tenaga sukarelawan untuk kepentingan masyarakat seperti program kebersihan dan kempen-kempen memupuk kesedaran di kalangan masyarakat untuk di jadikan sebagai budaya yang sihat dan Sukarelawan Darul Ta'zim menjadi sebagai Platform

2000 orang

JUMLAH KESELURUHAN 10,100

UNIT SUKAN & REKREASI

BIL NAMA PROGRAM RINGKASAN SASARAN

PENYERTAAN

1

Merdeka Dipuncak MU 2019 @ SQUEEZE YOUR FITNESS

Program untuk Sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-61 tahun. Menarik lebih ramai belia untuk bersama-sama turut serta dlm program ini bagi diterapkan nilai-nilai patriotisme dalam jiwa belia kini yang akan disalurkan melalui modul aktiviti dirancang. Program lanjutan peringkat negeri yang akan membawa 20 hingga 30 orang peserta yang dipilih melalui saringan di peringkat daerah.

40 Orang

2 Water Rafting Challenge 2019

Program sukan lasak yang dapat membentuk jati diri kerjasama dan semangat dalam kumpulan. 50 orang

3 Ekspedisi Berakit Sungai Johor

Kerajaan telah menggalakkan program dan aktiviti sukan yang melibatkan pelbagai kaum terutama belia Johor. Program ini juga membuktikan bahawa Pusat Pembangunan Belia Johor prihatin terhadap apa yang dimahukan belia Johor sejajar dengan dasar-dasar baru kerajaan yang mahu melihat anak muda maju dalam pelbagai bidang.

40 orang

JUMLAH KESELURUHAN 130

Page 206: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

206

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN B169 Apakah status empat infrastruktur yang dalam fasa pembinaan yang membabitkan Stadium Olahraga, Mount Austin; Stadium Akuatik, Larkin; Stadium Tertutup Arena, Larkin dan Akademi Tenis, Nusa Duta, Iskandar Puteri? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Status pembangunan 3 infrastruktur yang di dalam fasa pembinaan adalah seperti berikut; Kompleks Stadium Mount Austin - Kompleks ini adalah merangkumi stadium olahraga dan padang ragbi dan status

kemajuan pembinaannya adalah seperti berikut;

Perkara Kemajuan Kemajuan Dirancang 44.67 % Kemajuan Sebenar 50.13 % Kelewatan ( - ) / Mendahului ( + )

5.46 % (+ 37 hari)

Pembangunan Arena Larkin – Stadium Tertutup Arena Larkin dan Stadium Akuatik;

Infrastruktur Sukan (SUKMA 2020) Status

Stadium Tertutup Arena Larkin

Jadual : 50.40 % Sebenar : 17.30 % Lewat : - 33.10% (- 20 hari)

Stadium Akuatik Jadual : 16.40 % Sebenar : 17.10 % Lewat : 0.70 % (2 hari)

Pembangunan Akademi Tenis, Nusa Duta Peratusan kemajuan adalah 40% di mana sebahagian komponen telah disiapkan iaitu 5 buah gelanggang tenis terbuka berserta “grand stand”, sebuah gelanggang serba guna dan sebahagian infrastruktur.

Page 207: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

207

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN B170 Apakah inisiatif spesifik yang akan diambil untuk memartabatkan lagi bakat atlet-atlet anak Johor supaya dapat merangkul pencapaian yang cemerlang sebagai tuan rumah? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Bagi mencapai kecemerlangan di SUKMA Johor 2020, satu perancangan khusus perlu dilaksanakan bagi memastikan ianya mencapai tujuan yang dikehendaki. Oleh yang demikian, pihak Majlis Sukan Negeri Johor telah menyediakan satu plan jangka masa panjang dengan mewujudkan satu program iaitu Program Titanium2020. Program ini bertujuan bagi mengenal pasti bakat serta potensi atlet yang akan mengalas cabaran di SUKMA Johor 2020. Program ini mula dijalankan sejak tahun 2017 yang mana ia merangkumi pelbagai aspek untuk memastikan pencapaian serta prestasi atlet di pantau secara terperinci. Program Titanium2020 ini memberi tumpuan khusus kepada beberapa acara sukan yang berpotensi menyumbang pingat kepada kontinjen SUKMA Negeri Johor. Pihak Majlis Sukan Negeri Johor telah meneliti serta memperhalusi sukan-sukan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai sandaran bagi menyumbang pingat di SUKMA Johor 2020. Ia terbahagi kepada 2 kategori tumpuan iaitu Sukan Titanium dan Sukan Sandaran. Sebanyak 6 Sukan Titanium dan 5 Sukan Sandaran yang ditetapkan buat masa sekarang iaitu Sukan Titanium (Renang, Olahraga, Berbasikal, Memanah, Menembak, Tenpin Bowling) Sukan Sandaran (Angkat Berat, Kanu, Judo, Lawan Pedang, Petanque). Kreteria pemilihan sukan ini merangkumi beberapa aspek yang diambil kira oleh pihak Majlis Sukan Negeri Johor iaitu pingat yang bayak dipertandingkan di SUKMA, sukan yang berbentuk objektif tanpa dipengaruhi oleh pengadil serta juri dan sukan yang merupakan kekuatan serta berpotensi menyumbang pingat kepada kontinjen SUKMA Johor. Atlet yang terpilih di bawah program ini perlu melepasi had kelayakan yang ditetapkan oleh Panel Pemilihan iaitu perlu berada di kedudukan 5 terbaik dalam negara yang mana pemantauan di setiap kejohanan diambil kira serta prestasi atlet negeri-negeri lain juga dikenal pasti. Analisis serta prestasi atlet negeri lain juga diambil kira sebagai kelayakan untuk diserapkan di bawah Program Titanium2020. Atlet yang terpilih di bawah program ini akan diberikan sepenuh perhatian serta bantuan untuk meningkatkan prestasi mereka sepanjang berada di bawah program ini. Bantuan bukan hanya terarah kepada kebajikan tetapi bantuan perkhidmatan sains sukan serta jurulatih pakar yang dilantik bagi membantu atlet meningkatkan prestasi mereka. Kemudahan latihan diberikan kepada atlet untuk memastikan sistem latihan dapat dijalankan dengan tahap yang terbaik. Atlet yang berada di dalam program ini tidak boleh berasa selesa kerana sekiranya didapati prestasi atlet merosot, atlet akan dikeluarkan daripada program ini. Pemantauan dibuat setiap 3 bulan sekali untuk memastikan atlet yang berada tahap yang terbaik. Atlet bukan sahaja dipantau dari segi pencapaian kejohanan yang disertai semata-mata tetapi ujian kecergasan umum dan spesifik dijalankan kepada semua atlet dalam memastikan mereka bersedia dari segi fizikal dan mental. Bagi sukan yang berada di bawah program Titanium 2020, kepakaran jurulatih dalam dan luar negara dibawa bagi melatih mereka untuk berada di tahap yang terbaik bagi menghadapi Temasya SUKMA Johor 2020.

Page 208: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

208

Temasya SUKMA ke 19 Perak 2018 kali ini merupakan penanda aras keberkesanan program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2017 yang memasuki fasa ke 2 pelaksanaannya. Atlet yang mewakili negeri Johor bagi sukan-sukan Titanium ini hampir 80% boleh mewakili negeri Johor di SUKMA Johor 2020. Perancangan yang spesifik ini dapat menjadikan negeri Johor salah satu kuasa besar sukan di negara selepas ini.

Page 209: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

209

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN B171 Apakah kaedah yang digunakan untuk penyampaian maklumat yang jelas kepada rakyat luar bandar tentang dasar dan aktiviti menyeluruh yang telah dan akan dilaksanakan di bawah kerajaan Johor? JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agensi di peringkat negeri dan persekutuan dalam memastikan penyampaian maklumat yang jelas kepada rakyat luar bandar tentang dasar dan aktiviti kerajaan negeri Johor. Ini adalah kerana jabatan dan agensi di peringkat negeri dan persekutuan mempunyai pelbagai medium dalam membantu kerajaan negeri bagi memastikan penyampaian maklumat perancangan, pembangunan dan pentadbiran berkepentingan negeri dapat disampaikan kepada rakyat. Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan lain-lain digunakan sebagai medium utama perkongsian dan penyebaran maklumat. Kadar penembusan Internet dan bilangan pengguna media sosial yang tinggi di Malaysia menunjukkan bahawa jurang maklumat antara masyarakat bandar dan luar bandar tidak lagi sebesar berbanding kira-kira 10 – 15 tahun yang lalu. Rata-rata pengguna dari pelbagai demografi umur kini mempunyai akses kepada media sosial dan boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini dengan mudah di telefon pintar masing-masing, justeru kerajaan negeri akan memastikan saluran-saluran media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan Instagram akan dimaksimumkan penggunaannya. Dalam mendekati masyarakat luar bandar, kaedah konvensional komunikasi secara bersemuka seperti ceramah, taklimat, pameran dan gerakan turun padang akan terus digunakan untuk menyampaikan maklumat. Dengan menggunakan kaedah ini, pihak kerajaan akan dapat mendekati secara langsung masyarakat luar bandar dalam menterjemahkan usaha serta perancangan yang telah digembleng oleh Kerajaan Negeri serta mendapat maklum balas secara langsung di peringkat akar umbi. Ini secara langsung akan mewujudkan satu hubungan yang erat serta mengurangkan birokrasi bagi masyarakat luar bandar menyampaikan aduan ataupun permasalahan yang berlaku di kawasan setempat. Di samping itu, kaedah media massa seperti media cetak (surat khabar, majalah & buletin) dan media elektronik (radio & televisyen) turut digunakan untuk menyampaikan maklumat perancangan, pembangunan dan pentadbiran berkepentingan negeri Johor. Sebagai cadangan, khususnya surat khabar, kerajaan negeri sedang dalam perancangan untuk mengadakan sebuah akhbar untuk menyampaikan maklumat dan inisiatif kerajaan negeri kepada rakyat. Kita maklum akan akhbar Jauhar yang diedarkan pentadbiran sebelum ini, namun kita akan menambah baik akhbar ini untuk penyampaian maklumat yang lebih berkesan.

Page 210: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

210

Peranan Jabatan Penerangan Negeri juga akan ditambah baik dengan mengguna pakai kaedah-kaedah penyampaian yang lebih berkesan secara langsung kepada rakyat. Road show Penerangan, contohnya, boleh diadakan secara berkala bagi membawa maklumat-maklumat terkini kepada masyarakat.

Page 211: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

211

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN B173 Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah bilangan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) di bawah kerajaan negeri memandangkan permintaan untuk penempatan pelajar sentiasa bertambah setiap tahun sehingga melebihi sekali ganda kemampuan sekolah-sekolah yang sedia ada? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Kerajaan bertekad untuk terus memperkasakan sistem pendidikan Islam negeri Johor bagi memastikan ia tetap unggul dan tetap menjadi keperluan utama masyarakat Islam negeri untuk mempelajari agama di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi. Kerajaan telah pun bergerak bagi menggariskan kerangka besar sistem pendidikan Islam negeri yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan mendalam bersama para cendekiawan dalam bidang pendidikan, strategi dan pentadbiran. Di peringkat sekolah rendah, Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan seterusnya memasuki era Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu mauduk yang turut dibincangkan di dalam kerangka pendidikan tersebut. Secara umumnya buat masa ini kerajaan bersedia untuk menambah bilangan SRAB terutama di daerah-daerah besar seperti Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat di samping dua daerah yang masih belum mempunyai SRAB iaitu Tangkak dan Kulai. Asasnya ialah rekod menunjukkan sambutan masyarakat terhadap sistem SRAB ini yang amat menggalakkan di samping rekod pencapaian akademiknya yang memberangsangkan. Penelitian lebih lanjut akan cadangan ini dari berbagai aspek akan terus dijalankan supaya apa jua projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan benar-benar memberi pulangan optimum dan impak yang berkesan untuk manfaat dan maslahat rakyat dan kerajaan.

Page 212: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

212

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN B174 Berapakah kos setahun yang ditanggung oleh kerajaan negeri Johor bagi mengendali Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Sedia maklum bahawa SRAB telah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada 16 Ogos 2012. Sebelum pendaftaran tersebut, pengendalian SRAB adalah sepenuhnya diurus dan ditanggung oleh kerajaan negeri. Namun setelah pendaftaran SABK, kerajaan negeri hanya mengurus dan mengendalikan beberapa item sebagaimana berikut: 1. Emolumen guru-guru dan kakitangan yang masih kekal di bawah lantikan kerajaan negeri serta guru-guru yang ditempatkan oleh kerajaan negeri di SRAB selepas pendaftaran SABK bagi mengajar mata pelajaran agama Kurikulum Standard Sekolah Agama Johor. Ini melibatkan kos tahunan beranggaran sebanyak RM648,000.00 setahun. 2. Bekalan Pejabat seperti kertas putih A4, alat tulis dan dakwat mesin cetak berjumlah RM8,000.00 setahun. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kos-kos bagi emolumen guru dan kakitangan lantikan kerajaan pusat, utiliti, pengawal keselamatan, pembersihan kawasan sekolah, bekalan pejabat dan peralatan pembelajaran kini telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat. Bagi kes-kes penyelenggaraan dan baik pulih, bekalan perabot serta pembinaan bangunan tambahan, ini adalah berdasarkan perundingan dan persetujuan di antara kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan negeri dan pusat untuk menentukan penyaluran bantuan serta kos-kos yang terlibat melalui sumber peruntukan masing-masing.

Page 213: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

213

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN B175 Apakah kerajaan berhasrat mengurus semula secara teratur prasarana-prasarana bagi aktiviti-aktiviti belia sebagai contoh gelanggang futsal, takraw dan badminton yang terbiar dan rosak serta tidak digunakan? JAWAPAN YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah membina sejumlah 248 buah gelanggang futsal di seluruh negeri Johor dari tahun 2009 hingga 2014. Terdapat sebahagian besar daripada gelanggang futsal tersebut didapati mengalami kerosakan dan memerlukan penyelenggaraan serta baik pulih secara berperingkat. Bagi tahun 2018, sebanyak 14 buah gelanggang futsal telah di selenggara dan di baik pulih menggunakan peruntukan Kementerian Belia Dan Sukan. Bagi perancangan jangka masa panjang, Kementerian Belia dan Sukan sedang merangka pelan pelupusan berperingkat dengan tujuan untuk menyerahkan gelanggang-gelanggang futsal tersebut kepada pemilik tanah, Pejabat Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan yang dikenal pasti. JADUAL 1 : BILANGAN GELANGGANG DI JOHOR YANG TELAH DIBAIKPULIH (2017-2018) BIL DAERAH JUMLAH

GELANGGANG FUTSAL KBS

2017 2018 JUMLAH YANG DIBAIKPULIH

1 JOHOR BAHRU

44 6 5 11

2 KULAI 10 1 1 2 3. PONTIAN 17 1 1 2 4. BATU

PAHAT 36 5 0 5

5. KLUANG 35 2 1 3 6. KOTA

TINGGI 29 3 2 5

7. MUAR 26 2 1 3 8. TANGKAK 11 2 1 3 9. SEGAMAT 33 3 0 3 10. MERSING 7 1 2 3 JUMLAH 248 26 14 40

Page 214: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

214

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B176 Nyatakan bilangan GLC Johor dan senaraikan nama syarikat GLC Johor. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Pakatan Harapan telah menetapkan sebanyak 14 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang akan beroperasi tanpa campur tangan politik dalam pengurusan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut. Berikut adalah senarai GLC Johor:- 1. Perbadanan Johor. 2. Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor. 3. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( KEJORA ). 4. Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ). 5. YPJ Holdings Sdn. Bhd. 6. Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor Sdn. Bhd. (KPYPJ). 7. Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd. (PDT). 8. Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. 9. J -Biotech Holdings Sdn. Bhd. 10. Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. 11. Digital Johor Sdn. Bhd. 12. Perbadanan Pengangkutan Awam Johor Sdn. Bhd. (PAJ). 13. Perbadanan Islam Johor Holdings Berhad (PIJH). 14. Johor Special Water Sdn. Bhd.

Page 215: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

215

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B177 Nyatakan bilangan kenderaan yang keluar dari Tol Ayer Hitam dari tahun 2013 ke 2017, dan Jan-Jun 2018. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jadual di Lampiran B177 berikut menunjukkan bilangan kenderaan yang menggunakan plaza Tol Ayer Hitam dari tahun 2013 hingga 2017 dan Jan hingga Jun 2018.

Page 216: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 9 OGOS 2018 HINGGA 19 OGOS 2018

UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis 9 Ogos 2018 hingga 19 Ogos 2018

216

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B179 Nyatakan bilangan warganegara asing yang mendapatkan lesen perniagaan melalui perkahwinan dengan warganegara Malaysia, dari 2013 ke 2018. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor hanya mengeluarkan lesen kepada warga asing bagi aktiviti tred, perniagaan dan perindustrian sahaja. Ianya adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur asing yang datang dari luar negara menjalankan perniagaan di negeri ini. Pihak pelabur atau peniaga perlu mengemukakan salinan pasport apabila membuat permohonan lesen di PBT dan syarikat mereka perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Manakala bagi lesen penjaja pula, PBT telah menetapkan syarat permohonan lesen adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan pemohon juga mestilah menyertakan salinan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan ketika membuat sesuatu permohonan. Selaras dengan pengumuman larangan penjaja dan peniaga warga asing diberi lesen sebelum ini, pihak PBT telah mengambil langkah menyemak dan membatalkan lesen kepada mana-mana pelesen yang telah menyewakan lesen mereka kepada warga asing bagi memastikan tiada penyalahgunaan lesen berlaku. PBT juga dari semasa ke semasa menjalankan pemantauan dan menjalankan tindakan penguatkuasaan melalui operasi penguatkuasaan secara bersepadu ke atas peniaga dan penjaja tidak berlesen yang melibatkan warga asing.