Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

38
Wacana Sejarah Melayu /Sulalatus Salatin Dr Fatimah Mohd Dahalan

Transcript of Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Page 1: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Wacana Sejarah Melayu /Sulalatus Salatin

Dr Fatimah Mohd Dahalan

Page 2: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Pentingnya SejarahMempelajari sejarah juga bertujuan

untuk meningkatkan ilmu pengetahuan

melalui sejarah masyarakat mula mengenal erti kehidupan dan melakukan tranformasi untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.

Menurut Lester D. Stephens, sejarah mewujudkan semangat kekitaan kerana sejarah membolehkan kita mengenali siapa diri kita dalam skop individu dan masyarakat.

Page 3: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Pentingnya SejarahSejarah juga membantu dalam

pembangunan bangsa dan negara. Sesebuah bangsa yang menjadikan sejarah sebagai satu keperluan dalam kehidupan, mereka akan lebih menghargai segala keamanan dan kemajuan yang telah dicapai oleh sesebuah negara.

Mengingati perkara-perkara yang mendalam yang berlaku ke atas negara seperti sebab jatuh bangunnya sesebuah kerajaan dan kisah kemerdekaan negara dan sebagainya.

Page 4: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

WACANA SEJARAH MELAYU /SULALATUS

SALATINKupasan persoalan mengikut tema dalam Sejarah Melayu 3.1 Pembinaan Jati Diri Bangsa 3.2 Pembentukan Masyarakat 3.3 Aspek Pendidikan 3.4 Aspek Pemikiran 3.5 Aspek Peranan Wanita 3.6 Aspek Kritikan Sosial

Page 5: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Realiti tentang SM/SS

SM membawa satu gagasan yang lebih besar dalam memahami ruang lingkup Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan-kerajaan lain di Alam Melayu dengan lebih luas dan terperinci kerana SM telah mempamerkan Keunikan Sejarah Melayu dalam pelbagai aspek

Page 6: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Pembinaan jati diri Bangsa yang Taat pada Raja:Jati diri bangsa Melayu dalam

Sejarah Melayu digambarkan sebagai sebuah bangsa yang taat dan patuh kepada rajanya.

Ketaatan orang Melayu kepada Rajanya diikat oleh ikatan konsep daulat yang mana orang Melayu percaya bahawa Raja itu berdaulat dan berasal dari leluhur yang mulia dari Bukit Siguntang dan sesiapa yang menderhaka kepada rajanya pasti akan terkena tulah.

Page 7: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Pembinaan jati diriketaatan orang Melayu kepada Raja

digambarkan dalam pelbagai peristiwa termasuklah peristiwa pembunuhan Tun Besar, Walaupun pengikut Paduka Raja bersedia menuntut bela ke atas kematian anaknya, Tun Perak melarang/ enggan membenarkan anak buahnya menderhaka kepada rajanya disebabkan “adat hamba Melayu tiada derhaka kepada tuannya”, takut tertimpa tulah

Page 8: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Pembinaan jati diri Dalam Sejarah Melayu mengisahkan

pembesar Temasik, bernama Sang Rajuna Tapa dan isterinya telah terkena tulah dan disumpah menjadi batu akibat daripada penderhakaan mereka terhadap Raja Iskandar Syah kerana belot terhadap raja dengan berkomplot bersama angkatan perang Majapahit menewaskan Singapura.

Berdasarkan konsep ikatan daulat dan konsep tulah inilah maka orang Melayu dilihat sangat mentaati rajanya yang dianggap sangat mulia kerana keturunan leluhurnya

Page 9: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Pembinaan jati diri Sejarah Melayu menceritakan bagaimana

raja dan seluruh masyarakat Melaka telah memeluk Islam. Ketaatan mereka tehadap Raja sangat jelas, dimana apabila raja mememluk Islam, ini akan diikuti seluruh rakyat Melaka

Walau bagaimanapun SM tetap menceritakan jati diri bangsa Melayu yang masih berpegang kepada kepercayaan terhadap “semangat” ilmu mistik, dan ilmu ghaib masih dikekalkan walaupun setelah mereka memeluk Islam. Contoh: Kisah Hang Nadim memperdayakan Tun Teja dan Sultan Mansur menundukkan Gajah

Page 10: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Pembentukan MasyarakatPembentukan Masyarakat

berdasarkan hierarki Politik:Pengkelasan struktur masyarakat

pada era KMM dapat dikelaskan kepada susunan hierarki tertentu iaitu hierarki pertama dan teratas iaitu golongan diraja dan kerabat, hierarki kedua golongan bangsawan dan ulama/agamawan, hierarki ketiga iaitu rakyat biasa yang merdeheka serta hierarki keempat dan berada pada lapisan paling bawah iaitu golongan hamba.

Page 11: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Pembentukan MasyarakatGolongan keempat pula terdiri

daripada golongan hamba yang terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang, hamba abdi dan lain-lain.

Hamba merupakan golongan terbawah dalam hierarki masyarakat di Melaka. Hamba bukan sahaja dimiliki oleh Raja tetapi turut dimiliki oleh para pembesar dan orang-orang kaya. Hamba juga melambang status kekayaan seseorang dalam masyarakat

Page 12: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Pembentukan masyarakat Kewujudan Masyarakat Majmuk:

kewujudan kegiatan perdagangan di Melaka telah mewujudkan sebuah masyarakat majmuk di Melaka. Selain masyarakat Melayu yang hebat berniaga diceritakan dalam Sejarah Melayu seperti nama-nama Hang Isap, Tun Biajid, Tun Mai Ulat Bulu dan lain-lain, masyarakat Melaka pada ketika itu juga terdiri daripada masyarakat Keling (India Muslim), Arab dan Cina.

Page 13: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Pembentukan masyarakat Masyarakat Keling misalnya terdiri

daripada watak-watak seperti Mani Ali Purindam, Si Kitul, Raja Mendeliar, Tun Mutahir dan Tun Tahir. Selain menjadi pedagang, mereka ini juga turut diberi tempat dalam pentadbiran Melaka seperti Tun Mutahir yang dilantik sebagai Bendahara.

Masyarakat Arab di Melaka pula terdiri daripada golongan pedagang dan pendakwah seperti Syeikh Abdul Aziz, Maulana Sadar Jahan dan Maulana Abu Bakar.

Page 14: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek PendidikanSejarah Melayu menceritakan

bagaimana Melaka muncul sebagai pusat pendidikan Islam terkemuka di Alam Melayu dengan kehadiran ulama-ulama dari Tanah Arab termasuklah Makhdum Saiyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadzi Yusuf, Kadzi Menua, Kadzi Menawar Syah, Makhdum/Maulana Sadar Jahan dan Maulana Jalaludin

Page 15: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek PendidikanBeberapa orang Sultan seperti

Sultan Mansur Syah sangat mencintai ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, baginda berguru dengan Maulana Abu Bakar dan mengutus permasalahan agama ke Pasai.

Melaka juga muncul sebagai pusat keilmuan Islam terkemuka apabila Kitab Darul Manzum karangan Syeikh Abu Ishaq di bawa oleh Maulana Abu Bakar ke Melaka dan diajar kepada masyarakat.

Page 16: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek PendidikanSejarah Melayu juga mencatatkan

bagaimana masyarakat Melaka belajar dengan para ulama seperti kisah Tun Mai Ulat Bulu yang belajar menyebut perkataan Arab dengan Maulana Sadar Jahan serta kisah Sultan Mahmud Syah yang berguru dengan Kadi Yusof

Page 17: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Pemikiran

Antara aspek pemikiran yang dimuatkan Dalam SM termasuklah pemikiran masyarakat Melayu dalam bernegara.

Menurut Muhammad Haji Salleh (2004), KMM yang dikisahkan dalam SM ditegakkan oleh beberapa asas dalam bernegara, termasuklah susun atur kerajaan, hubungan pemerintah dan rakyatnya serta nilai dan moral seperti ketaatan dan keadilan.

Page 18: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Asas pemikiran Pertamanya, dilihat pada susun atur

kerajaan yang telah dibentuk oleh KMM telahmenggambarkan betapa telitinya pemikiran golongan bangsawan Melayu dalam memastikan sebuah struktur kerajaan yang kompleks dan tersusun, dengan peranan raja dan para pembesarnya yang tersusun dan saling lengkap melengkapi

Page 19: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Pemikiran

Muhammad Yusoff Hashim (1989); SM secara jelas telah mencatatkan mengenai peranan seorang Raja Melaka dalam memastikan negeri berada dalam aman dan harmoni.

Menurut Sejarah Melayu, “adapun pada segala raja-raja itu, pertama-tama menjadikan bendahara, kedua menjadikan temenggung, ketiga menjadikan penghulu bendahari, keempat menjadi syahbandar, maka terpelihara segala raja-raja itu dengan segala rakyatnya.”

Page 20: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Pemikiran

Selain itu, Muhammad Yusof Hashim ( 1989); SM juga turut memuatkan mengenai peri pentingnya peranan raja terhadap rakyat dan peranan rakyat kepada rajanya dalam membangunkan sebuah negara. Sebagai contoh, sebelum kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda telah bertitah kepada anakandanya mengenai tanggungjawab seorang raja ke atas rakyatnya

Page 21: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Pemikiran

SM menyebut “Adapun raja-raja itu umpama api, segala perdana menteri umpama kayu, kerana api itu jikalau tiada kayu tiada akan nyala…ra’ayat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikian raja-raja itu dengan segala ra’ayatnya …jikalau kau bunuh ia (ra’ayatmu) dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa”

Page 22: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Pemikiran Peri pentingnya peranan raja dalam berlaku adil ke atas rakyatnya dalam SM dapat dilihat apabila wasiat tersebut diulang semula oleh Sultan Mansur Syah kepada anakandanya Raja Ahmad, “ dan hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala orang Besar-besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya jikalau tiada muafakat dengan pegawai, di mana akan dapat ia melakukan bijaksananya itu? Dan tiada akan sentosa kerajaannya”Dalam perumpamaan ini, kebijaksanaan raja (api) itu tidak akan terserlah tanpa adanya para pembesar (kayu) yang menyalakan kebijaksanaan tersebut.

Page 23: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek pemikiranKeadaan ini menggambarkan kepada

kita bagaimana Sejarah Melayu telah melakarkan pemikiran golongan pemerintah dan rakyat Melaka yang melihat peranan masing-masing dalam bernegara yang saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain.

Page 24: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Peranan WanitaMuhammad Haji Salleh (2004), tema

feminisme turut diangkat dalam penceritaan Sejarah Melayu

Antara tokoh-tokoh wanita yang diceritakan dalam Sejarah Melayu termasuklah, Puteri Syahrul Bariyah, Wan Malini dan Wan Empuk, Tun Teja, Puteri Gunung Ledang, Puteri Hang Li Po dan Tun Fatimah, di samping beberapa watak lainnya.

Page 25: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Peranan Wanita walaupun wanita seringkali dianggap

sebagai barang dan hiasan lelaki, namun sesekali hak wanita dilatardepankan dalam teks SM. Berdasarkan kisah Tun Fatimah yang telah bertindak menggugurkan kandungannya sebagai tanda protes terhadap tindakan Sultan Mahmud Syah Sultan Mahmud Syah ini cukup ironik. Hal ini menggambarkan betapa seorang raja yang dikenali sebagai suka berfoya-foya dan zalim akhirnya mampu patuh terhadap seorang wanita bernama Tun Fatimah.

Page 26: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Peranan WanitaMenurut Muhammad Haji Salleh

(2004), kisah peminangan Puteri Gunung Ledang ini telah menggambarkan betapa ketinggian harga seorang wanita yang bukan hanya boleh dibeli dengan harta, kuasa dan darjat. Selain itu, kisah ini juga merupakan salah satu bentuk kritikan tersirat pengarang Sejarah Melayu dalam membidas sikap Sultan Mahmud Syah yang menggemari wanita-wanita cantik dan suka berfoya-foya.

Page 27: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Peranan Wanita Bonda Sultan Mahmud membisikkan

kepada baginda supaya melantik adinda bondanya (yakni bapa saudara Sultan Mahmud) iaitu Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka yang baharu. Hal ini menunjukkan wujudnya campur tangan dalam pemilihan Bendahara Melaka pada waktu itu. Secara tidak langsung juga, walaupun diketahui kuasa politik dalam Kesultanan Melayu Melaka dikuasai oleh golongan lelaki, dalam sesetengah keadaan, peranan wanita juga dapat dilihat mencampuri urusan pentadbiran Melaka pada ketika itu

Page 28: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Kritikan SosialKetika Singapura ditimpa bala

apabila dilanggar todak mengakibatkan ramai rakyat mati. Melalui kisah ini, pengarang cuba untuk mengketengahkan soal kezaliman Raja tanpa usul periksa membunuh Tun Jana Khatib berpunca dari cemburu buta dan akibatnya Singapura ditimpa bala akibat pembunuhan seorang ulama yang sangat alim dari Pasai.

Page 29: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Kritikan SosialRaja tanpa berfikir panjang

menitahkan rakyat untuk berkubu betis bagi menangkis serangan todak tersebut.

Tindakan Raja itu sekali lagi mengundang padah apabila semakin ramai rakyat yang cedera dan mati. Dalam hal ini penulis cuba untuk menggambarkan ketidakmampuan Raja dalam berpandangan jauh dan bersikap terburu-buru.

Page 30: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Kritikan SosialRakyat Singapura telah

diselamatkan oleh seorang kanak-kanak, namun Hang Nadim kemudiannya dibunuh kerana dikhuatiri akan melawan Raja apabila besar nanti. Dalam hal ini kritikan sebenarnya ditujukan kepada para pembesar yang mengampu dan buruk sangka yang mengelilingi dan memberi nasihat pada Raja pada ketika itu.

Page 31: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Kritikan SosialKritikan Terhadap Moral Raja: Secara berterus terang, penulis

Sejarah Melayu tidak menyembunyi-kan keburukan Sultan Mahmud Syah yang dilihat sangat mengikut hawa nafsunya sehingga sanggup untuk bersekedudukan dengan isteri Tun Biajid ketika Tun Biajid dalam satu tugasan ke Morib

Page 32: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Kritikan SosialDemikian gambaran tentang moral raja

terhadap DUA kisah yang diceritakan dalam SM:

Peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang dan peristiwa penculikan Tun Teja dari Pahang ke Melaka bagi dijadikan isteri Sultan Mahmud Syah sehingga hampir memulakan perang di antara Pahang dan Melaka menunjukkan bagaimana sikap Sultan Mahmud Syah yang dikatakan pengarang terlalu mengikut nafsunya.

Page 33: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Kritikan SosialKritikan terhadap Sikap Suka

Termakan Fitnah: Peristiwa pembunuhan Bendahara

Tun Mutahir berserta seluruh ahli keluarganya setelah difitnah oleh Raja Mendeliar (yang disampaikan melalui Laksamana Khoja Hasan) telah menunjukkan kegagalan Sultan Mahmud Syah dan sikap terburu-buru baginda yang menghukum tanpa usul periksa.

Page 34: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Kritikan SosialSultan juga dikritik kerana

tindakannya dipengaruhi perasaan dendam kerana Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan anakandanya Tun Fatimah menjadi isteri Sultan seperti adat-adat Bendahara sebelumnya. Kritikan terhadap Kezaliman Raja: Beberapa kali ditekankan dalam Sejarah Melayu iaitu apabila raja bertindak zalim ke atas rakyatnya, bala akan menimpa negeri itu.

Page 35: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek Kritikan SosialDalam hal ini, pengarang Sejarah

Melayu telah cuba untuk mengkritik Sultan yang melanggar perjanjian di Bukit Seguntang di mana Raja diberi Daulat, Rakyat diberi Keadilan.

Berdasarkan ikatan daulat ini, Sejarah Melayu sebenarnya secara halus cuba menunjukkan betapa Rajalah yang terlebih dahulu melanggar sumpah tersebut

Page 36: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek kritikan sosialketidakadilan Raja terhadap

rakyatnya bermula seawal kisah anak pembesar Singapura Sang Rajuna Tapa yang dijadikan gundik Raja seolah-olah menjatuhkan maruah Sang Rajuna Tapa sebagai Bendahara pada ketika itu. Kemuncak kezaliman terhadap kezaliman Raja terhadap keluarga Sang Rajuna Tapa diceritakan SM dengan sangat sinis / tajam sindirannya.

Page 37: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Aspek kritikan sosial Apabila anak Rajuna Tapa ( bendahara) itu disula di hadapan khalayak ramai kerana anaknya itu difitnah cuba bersekedudukan dengan seorang panglima Kerana rasa terhina dan kecewa, Sang

Rajuna Tapa telah mengutus surat ke Majapahit supaya melanggar Singapura dan beliau sanggup belot dengan membuka pintu kota.

Akhirnya, balasan terhadap negeri Singapura muncul apabila negeri tersebut kalah kepada Majapahit dan Raja dan pengikutnya terpaksa berundur dan melarikan diri ke Melaka

Page 38: Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu

Baca dan baca lagi…