SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN...

20
SULIT 1103/1 (PP) 3 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah] KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang 26 30 atas (28 30) (26 27) bawah Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan) Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Kepujian 20 25 atas (23 25) (20 22) bawah Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

Transcript of SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN...

Page 1: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

SULIT 1103/1 (PP) 3

PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM

KERTAS 1

Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

[30 markah]

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

Cemerlang

26 – 30

atas

(28 – 30)

(26 – 27)

bawah

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan

tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem

Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan

tepat.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan

bervariasi dan menggunakan ungkapan yang

menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan)

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan

dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian

20 – 25

atas

(23 – 25)

(20 – 22)

bawah

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca

betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi

Baru. Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan

bervariasi.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan

dihuraikan dengan jelas.

Page 2: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

SULIT 1103/1 (PP) 4

PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

Memuaskan

15 – 19

atas

(17 – 19)

(15 – 16)

bawah

Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.

Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.

Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.

Penggunaan kosa kata umum.

Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih

bervariasi.

Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan.

Huraian idea masih jelas.

Kurang

Memuaskan

10 – 14

atas

(12 – 14)

(10 – 11)

bawah

Karangan kurang menepati tema bahan

rangsangan.

Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.

Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan

masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi

terdapat kesalahan ejaan yang ketara.

Penggunaan kosa kata terhad.

Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang

bervariasi.

Idea kurang relevan dengan tema bahan

rangsangan

dan huraiannya kurang jelas.

Pencapaian

Minimun

01 – 09

atas

(06 – 09)

(01 –05)

bawah

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran

menulis.

Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.

Page 3: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

SULIT 1103/1 (PP) 5

Bahagian B: Karangan Respons Terbuka

[100 markah]

PERINCIAN PEMARKAHAN

Cara Pemeriksaan

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang

ditetapkan.

2. Jika karangan:

a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa

b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.

4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3

markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

5. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

( ) = Kesalahan isi

_____ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

1103/1(PP) SULIT

Page 4: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

SULIT 1103/1 (PP) 6

KRITERIA

KRITERIA

DESKRIPSI

1. BAHASA

(Mekanis)

Kegramatisan – kata (morfologi)

- ayat (sintaksis)

Tanda baca

Ejaan

2. LARAS

(Dinamis)

Pemilihan kosa kata

3. IDEA (ISI)

Tema

Isi utama

Pengembangan (huraian/ bahasa/hujahan/ contoh)

Kerelevenan

4. PENGOLAHAN

Wacana

Logik

Pemerengganan

Format

5. GAYA BAHASA

Keindahan bahasa

Ungkapan

Peribahasa

1103/1(PP) SULIT

Page 5: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

SULIT 1103/1 (PP) 7

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

CEMERLANG

80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan

tepat.

Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang

gramatis.

Ejaan dan tanda baca betul

Laras bahasa sesuai dengan tugasan

Penggunaan kosa kata luas dan tepat

Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan

dengan jelas dan matang, disertakan dengan

contoh yang sesuai

Pengolahan menarik dan berkesan serta

pemerengganan sesuai.

Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan

idea yang jelas antara perenggan.

Penggunaan unsur bahasa bervariasi

Gaya bahasa menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan seperti

peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

KEPUJIAN

66 – 79

(73 – 79)

(66 – 72)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.

Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang

gramatis tetapi terdapat kesalahan yang

minimum

Ejaan dan tanda baca betul

Laras bahasa sesuai dengan tugasan.

Penggunaan kosa kata luas dan tepat

Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan

dengan jelas, diserta dengan contoh yang sesuai.

Pengolahan menarik dan berkesan serta

pemerengganan sesuai.

Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan

idea yang jelas antara perenggan.

Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.

Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan seperti

peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Page 6: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

SULIT 1103/1 (PP) 8

PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

BAIK

51 - 65

(58 – 65)

(51 – 57)

Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.

Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi

terdapat kesalahan yang minimum.

Ejaan dan tanda baca masih betul.

Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.

Penggunaan kosa kata umum.

Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian

isi masih jelas dan contoh masih sesuai.

Pengolahan masih menarik, dan

pemerengganan masih sesuai.

Wacana masih lengkap

Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.

Gaya bahasa kurang menarik dari segi

keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan

kurang berkesan.

MEMUASKAN

36 – 50

(43 – 50)

(36 – 42)

Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.

Ayat kurang gramatis.

Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat

kesalahan yang minimum.

Laras bahasa kurang sesuai.

Penggunaan kosa kata umum dan terhad.

Idea masih relevan mengikut tugasan,

huraian isi kurang jelas dan contoh kurang

sesuai.

Pengolahan kurang menarik, pemerengganan

kurang sesuai.

Wacana masih / kurang lengkap

Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.

Gaya bahasa kurang menarik dari segi

keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan

kurang berkesan.

Page 7: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

SULIT 1103/1 (PP) 9

PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

KURANG

MEMUASKAN

21 – 35

(28 – 35)

(21 – 27)

Penggunaan kata kurang tepat.

Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.

Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca

yang ketara.

Idea masih relevan / idea bercampur aduk

dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan

contoh tidak sesuai.

Pengolahan tidak menarik.

Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan

tidak seimbang.

Unsur bahasa tidak bervariasi.

Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan lemah.

PENCAPAIAN

MINIMUM

01 – 20

(11 – 20)

(01 – 10)

Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata

dan ayat yang tidak gramatis.

Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

Idea bercampur aduk dan huraian tidak

jelas/ tidak berkembang dan contoh tidak

sesuai.

Pengolahan tidak menarik.

Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan

tidak seimbang dan tidak sesuai.

Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan lemah serta tidak

menarik.

Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.

Cara menulis K - Peringkat markah Contoh K - 75

- E - Mak 3 markah - E - 03

- F - Mak 2 makah - F - 02

Jumlah - Markah bersih J - 70

Page 8: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2012

BAHASA MELAYU KERTAS 2

SKEMA JAWAPAN

Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi - 20 markah

Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota:

(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- nama khas

- perkataan berulang

- penggunaan kata sendi di dan ke

- tarikh

- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu

diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12

16 (iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20

Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah

Bahasa Huraian

Baik 18-20

15-17

9-10

7-9

- Kesinambungan isi baik

- Struktur ayat/ tatabahasa baik

- Kosa kata luas

- Tanda baca/ ejaan betul

Sederhana 12-14

8-11

6-7

4-6

- Kesinambungan isi masih baik

- Struktur ayat/ tatabahasa masih memuaskan

- Kosa kata masih memuaskan

- Tanda baca/ ejaan juga memuaskan

Lemah 1-7 1-4 - Pada keseluruhannya dalam serba

kekurangan/ tidak memuaskan

Page 9: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

2

Nota

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan

kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

[ Markah bahasa maksimum : 10 markah]

SOALAN 1

Rumusan

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan/ merumuskan/ membincangkan/ menerangkan /

menyatakan/ menjelaskan faktor/ punca berlakunya pencemaran air di negara ini. 2

Rumusan tentang faktor/ punca berlakunya pencemaran air di negara ini. 2

Petikan membincangkan faktor/punca berlakunya pencemaran air. 1

Isi tersurat [4 hingga 12 markah]

(Sebab-sebab berlakunya pencemaran air)

1. pembuangan sisa kumbahan (yang tidak sempurna – tiada = 0 markah) 2

2. Aktiviti pertanian sama ada yang berskala kecil(1m) mahupun berskala besar(1m) 2

3. Pembukaan dan penerokaan tanah (yang tidak terkawal – tiada = 0 markah) 2

4. Penggunaan racun serangga(1m) dan baja kimia(1m) dalam bidang pertanian 2

5. Aktiviti penternakan juga menjadi masalah besar / Aktiviti penternakan haiwan /

Aktiviti penternakan seperti penternakan ayam, lembu, kambing, dan babi (mana-

mana dua contoh) 2

6. Sikap ambil mudah masyarakat yang membuang sampah ( terus ke dalam longkang

dan sungai – tiada = 0 markah) 2

7. Pengaliran dan pembuangan sisa perindustrian (secara tidak selamat – tiada 0 markah) 2

8. Kegiatan ekonomi manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata 2

9. Air buangan daripada kegiatan perniagaan (1m) dan industri (1m). 2

Page 10: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

3

Isi Tersirat [ 4 hingga 12 markah]

(usaha-usaha untuk mengatasi masalah pencemaran air )

1. Kerajaan mempergiat kempen Cintai Sungai 2

2. Ibu bapa mendidik anak-anak agar menghargai suber air sejak mereka kecil lagi 2

3. Pihak berkuasa harus mengawal aktiviti penerokaan tanah dan pemusnahan

hutan 2

4. Pihak sekolah memberi penekanan terhadap kepentingan menguruskan pembuangan

sampah dengan baik. 2

5. Peranan NGO mengadakan kempen Cintai Alam Sekitar secara berkala. 2

6. Masyarakat melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada aktiviti yang

Melibatkan pencemaran alam sekitar 2

Kesimpulan

Kesimpulannya, masyarakat perlu menghargai sumber air yang ada agar masalah 2

pencemaran air dapat dibendung.

Page 11: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

4

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

Soalan 2(a) : 9 markah

Soalan 2(b) : 9 markah

Soalan 2(c) : 8 markah

Soalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada

markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2

- Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1

-Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis

3

- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis

- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis

2

- Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis

4

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat kurang gramatis

3

- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2

- Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

Page 12: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

5

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a) :Petikan Umum Markah

(i) Maksud rangkai semakin serius : [Maksimum:2 markah]

bertambah/ meningkat teruk/kronik/kritikal = 2 markah

*[semakin teruk/kronik/kritikal = 1 markah]

[meningkat serius = 0 markah]

(ii) Kesan-kesan yang akan timbul akibat pencemaran air:

memberikan kesan kepada kehidupan akuatik dan keindahan alam

semula jadi

isu seperti air yang berbau busuk dan tidak menyenangkan yang pernah

berlaku di Selangor dan Putrajaya

memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia akibat sisa buangan

industri yang mengandungi bahan keluli, bakteria, bahan-bahan organik

dan bukan organik yang tidak dirawat dengan betul

[terima mana-mana dua isi] [Maksimum:3 markah]

iii. Kekangan:

masyarakat yang mementingkan diri sendiri/ tidak ambil peduli tentang

keadaan sungai/ membuang sampah ke dalam sungai

tindakan tidak tegas pihak berkuasa terhadap pihak yang mengalirkan

sisa buangan ke sungai/ penguatkuasaan undang-undang yang lemah atau

longgar / tidak mengambil tindakan / kawasan di bawah penguatkuasaan

sungai yang terlalu luas – tidak mampu menguatkuasakan undang-undang

semangat mencintai alam sekitar semakin pudar dalam jiwa orang ramai

/ lebih mementingkan ekonomi dan keperluan hidup

[ terima mana-mana 3 isi ] [Maksimum:4 markah]

Page 13: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

6

Soalan 2(b): Petikan Cerpen Markah

(i) Kejayaan :

Ajam, anaknya yang sulung membuka perniagaan pengangkutan bas

antarkota. 1

Bakar, seorang Sarjana Pertanian yang bekerja sebagai pengurus ladang

di sebuah estet kelapa sawit. 1

Melati, anaknya yang bernombor tiga. Dia seorang pensyarah di sebuah Institut Pengajian

Tinggi. 1

[Maksimum:2 markah]

(ii) Tiga cadangan :

Penanaman semula pokok .

Membuat pengaduan kepada Jabatan Hutan.

Menjaga kebersihan hutan sebagai tempat rekreasi.

Melaporkan aktiviti penebangan hutan secara haram kepada pihak berkuasa.

Menyertai/menyokong kempen cintai alam sekitar yang dijalankan.

Menyertai kelab/ persatuan NGO cintai alam sekitar yang sedia ada.

Menubuhkan kelab/persatuan cintai alam sekitar.

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Perwatakan dalam petikan: Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga – contoh:

Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya. 1+1

Seorang yang mementingkan pendidikan/ ilmu contoh: Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi.

Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan

pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja

sebagai pengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang

ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT. 1+1

Seorang yang mempunyai wang/kaya – contoh: perniagaan pengangkutan bas antarkota

anaknya melalui hasil daripada modal ribuan ringgit yang diberikan oleh bapa. 1+1

Perwatakan dalam keseluruhan cerpen:

Seorang yang bersyukur dengan pembangunan – contoh: Pembangunan yang

telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan

yang sempurna. 1+1

Seorang yang mementingkan harta/materialistik – contoh: sanggup

memusnahkan hutan semata-mata mahu mendapatkan wang yang banyak. 1+1

Seorang lelaki yang penyayang – contoh: Pak Tua membelai manja

seorang cucu lelakinya yang paling kecil dan sudah terlelap di lengannya. 1+1

Seorang yang mempunyai kesedaran – contoh: Kesal atas pencerobohan

hutan. Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan

aktiviti pembalakan. 1+1

[Maksimum: 4 markah]

Page 14: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

7

Soalan 2(c) : Petikan Prosa Klasik Markah

(i) Maksud

terpesona yang amat sangat

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Tiga sebab Awang Sulung enggan menghadap Tuanku Nakhoda Tua:

Nakhoda Tua pernah mengnyahkan Awang Sulung.

Awang Sulung mengatakan bahawa beliau anak sakai yang tidak layak datang

menghadap.

Awang Sulung berkecil hati dengan Tuanku Nakhoda Tua.

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Dua cadangan:

menawarkan pangkat / kedudukan

menawarkan harta / wang

menawarkan diri untuk berkahwin dengan Awang Sulung

menawarkan sebuah negeri / tempat tinggal / istana

[Maksimum: 3 markah]

Soalan 2(d) : Puisi

(i) Latar tempat luar negara

Beirut, London, Washington, Australia, Afrika

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Cadangan [ 3 isi ]

Toleransi dalam kehidupan

Kerjasama dan saling membantu untuk menjayakan sesuatu

Menghormati hak dan kebebasan negara lain

Melalui sukan / kebudayaan / kesenian

Kempen kesedaran sedunia

[Maksimum: 3 markah]

(iii) Dua nilai : [ 2 isi ]

Nilai menghargai keindahan alam.

Nilai hormat- menghormati sesama manusia.

Nilai bertoleransi antara masyarakat.

Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.

[Maksimum: 4 markah]

Page 15: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

8

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah

Soalan 3(b) : 6 markah

Soalan 3(c) : 6 markah

Soalan 3(d) : 6 markah

Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.

Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan.

Frasa yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.

Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.

Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.

Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.

Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.

Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah

Jawapan 3(a)

(i) menggulai

- memasak (daging, ikan dan lain-lain) yang berkuah / santan

(ii) menumis

memasak (lauk, sayuran, dll) dgn menggunakan minyak atau lemak: hari itu dia hendak

~ ikan bilis sama petai;

(iii) menggoreng

- memasak dalam kuali kering / minyak

(iv) menyiang

- membersihkan ikan / daging

(v) memotong

- memutuskan / mengerat sesuatu (ikan, pokok, tangan)

- potong / pintas jalan

- mengurangkan gaji

- menoreh getah

(vi) mencantas

- memangkas / memancung hujung dahan@kepala

[Maksimum: 6 markah]

Page 16: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

9

Jawapan 3(b)

(i) Menara Berkembar Petronas itu dari jauh sudah kelihatan.

Menara Berkembar Petronas itu sudah kelihatan dari jauh.

(ii) Pemandangan di Taman Negara sungguh indah.

(iii) Saya mohon penjelasan yang lebih lanjut bagi memudahkan kita membuat perancangan.

[Maksimum: 6 markah]

Jawapan 3(c)

(i) e-mail - e-mel

(ii) berkumunikasi - berkomunikasi

(iii) antara bangsa - antarabangsa

(iv) memberi - memberikan

(v) berapa - beberapa

(vi) diguna - digunakan

[Maksimum: 6 markah]

Jawapan 3(d)

i) rindukan - rindu akan

segan malu - segan silu

ii) Adalah - Dengan ini

Awam - umum

iii) memotong - menyiang

memperbaik - membaiki/membaikkan

[Maksimum: 6 markah]

Jawapan 3(e) Peribahasa

(i) ibarat ketam mengajar anakna berjalan /

(ii) seperti anjing dengan bayang-bayang /

(iii) seperti pinang dibelah dua /

[Maksimum: 6 markah]

Page 17: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

10

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari

ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap

iii) Beri 1 markah untuk setiap latar tempat

iv) Beri 2 markah bagi huraian / contoh yang lengkap / jelas

v) Markah isi maksimum 4 markah

vi) Markah bahasa maksimum 3 markah

vii) Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 3 markah

Sederhana : 2 markah

Lemah : 1 markah

ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

x) Calon tidak menjawab 0 markah

[Maksimum: 7 markah]

(b) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari

ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap

iii) Beri 1 markah untuk setiap teknik plot

iv) Beri 2 markah untuk setiap huraian yang lengkap / jelas bagi setiap

v) Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap teknik plot )

vi) Markah bahasa maksimum 2 markah

vii) Markah bahasa diberi secara impression

Baik : 2 markah

Lemah : 1 markah

ix) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

x) Calon tidak menjawab 0 markah

[Maksimum: 8 markah]

Page 18: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

11

Jawapan Soalan 4

1 Novel Papa..................... (akhirnya kau tewas jua!)

(a) Latar tempat dan peristiwa

i. Di rumah Jeffri di Kelana Jaya – Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik

Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni.

ii. Di Sekolah Menengah Seri Gading – Tempat Julia belajar dan tempat Intan

Maliana menjadi guru Matematik.

iii. Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia – Tempat Intan Maliana melahirkan

anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma.

iv. Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – Tempat Julia dan

rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.

v. Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley – Tempat Julia dan Rasylan

berkunjung untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak dengan papa

Julia minum bersama-sama dengan Aishah sebanyak dua kali.

(b) 3 teknik plot

i. Pemerian

Contohnya: Petang itu cuaca sungguh nyaman. Angin bertiup beralun lembut dan

amat menyegarkan. Dengan rambutku yang ikal dan panjang memcecah bahu dan

diikat ekor kuda, dengan berseluar panjang dan berkemeja T, aku yang tadinya

berbaring sebentar di atas tilam empuk bilikku turun dari tingkat atas menuju ke

ruang dapur di tingkat bawah.

ii. Dialog

Contohnya, “Lia...,” sambil memegang tangan perempuan yang terbaring. ”Ini

Aisyah, isteri abang, adik Lia juga!” Lalu dia mencapai tangan Mak Cik Aisyah

dan menghulurkan kapadanya.

iii. Imbas Kembali

Contohnya, Mak Cik Noraini mengingati akan kisah papa Julia bertugas sebagai

guru.

iv. Suspens

Contohnya, pembaca tertanya-tanya akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana

setelah doktor memaklumkan bahawa Intan Maliana perlu menjalani satu

pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya.

v. Monolog Dalaman

Contohnya, Aku hanya memandang keluar tingkap kereta, ke jalan raya dan

melihat kereta yang banyak lalu lalang. Aku meletakkan diriku di tempat mama

sekarang, apa yang bakal dirasainya kalau dia tahu semua ini?

Page 19: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

12

1 Novel Konserto Terakhir

(a) Latar tempat dan peristiwa

i) Kebun Datuk Johari -Hilmi yang sedang mengerjakan kebun bunga telah ditegur

oleh Datuk Johari dan hasil kerjanya dipuji oleh Doktor Nathan.

ii) Rumah Datuk Johari (Bilik Datuk Johari) - Datin Salmah teringat akan kata-kata

kakaknya mengenai rasa malu yang dibawa oleh Hilmi terhadap keluarganya.

iii) Kebun Datuk Johari - Hilmi membunuh kumbang-kumbang yang merosakkan

tanamannya dengan bantuan daripada Hayati.

iv) Rumah Datuk Johari - Datin Salmah berpesan kepada Hilmi untuk menjaga

rumah sepergian keluarga itu ke luar negara.

v) Rumah Encik Bakar - Hilmi mula belajar muzik dengan Encik Bakar setelah

diperkenalkan oleh Mamat.

vi) Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya - Hayati menggantikan Hilmi di

malam konsert Orkes Perdana RTM apabila Hilmi tidak muncul.

vii) Hospital Besar - Pak Karim memberitahu rahsia mengenai Hilmi kepada Datuk

Johari.

viii) Rumah Datuk Johari - Datuk Johari meninggal sejurus mendengar berita kematian

Hilmi

(b) 3 teknik plot

i. Dialog

Contohnya: Dialog antara Hilmi dengan Datuk Johari:

“ Terima kasih.”

“ Kau suka ?”

“ Lebih daripada suka. Saya memang suka berkebun”

ii. Pemerian

Contohnya:

Ada sebuah permaidani yang besar sedikit daripada sejadah

terletak di atas lantai tepi katilnya. Lantainya dari papan berkilat.

Ada juga almari besar yang ditampal di dinding. Ada meja solek,

berserakan dengan barang-barang solekan beraneka jenis yang

sudah dipakai.

iii. Teknik imbas kembali

Contohnya:

Hilmi teringat kata-kata ayahnya sebelum dia ke Kuala Lumpur

apabila dia mendapat layanan buruk daripada Datin Salmah.

Page 20: SULIT 1103/1 (PP) PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA · PDF fileBAHASA MELAYU KERTAS 2 SKEMA JAWAPAN Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi ... Penggunaan racun serangga(1m) dan baja

13

iv. Teknik imbas muka

Contohnya:

En. Bakar yakin bahawa Hilmi akan menjadi seorang seniman

terkenal / Hilmi membayangkan dia sedang berhadapan dengan

para penonton dalam pertunjukannya.

v. Teknik monolog

Contohnya:

Hilmi sering bermonolog sendirian sambil melayani perasaannya

terhadap Hayati.

vi. Teknik monolog dalaman

Contohnya:

Perbualan dalam diri Datin Salmah tentang hubungan Hayati

dengan Hilmi.

vii) Teknik kejutan

Contohnya:

Berita perkahwinan antara Hayati dengan Mohsin membuatkan

Hilmi rasa terkilan. / Kemunculan Hayati secara mengejut

menggantikan tempat Hilmi sebagai pemimpin orkestra. / Datuk

Johari terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hilmi ialah anak

kandungnya.

viii) Teknik saspens

Contohnya:

Hilmi gelisah menanti dipanggil oleh Datin Salmah setelah

merosakkan piano Hayati. / En. Bakar gelisah menunggu

keputusan mesyuarat jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain

Muzik Nasional berkaitan tuduhan melanggar tatatertib persatuan

itu. / Hilmi tidak muncul pada malam Pertunjukan Orkes Perdana

kerana berada di hospital untuk rawatan kecemasan

***terima mana-mana jawapan yang sesuai dalam novel

TAMAT