SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A....

10
SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 2 BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF 1. Istilah Tamadun telah diperkenalkan oleh ___________. A. Jurji Zaidan B. Ibn Khaldun C. Muhammad Abduh D. Muhammad Farid Wajdi 2. Kitab ____________ merupakan kitab karangan Ibn Khaldun yang membincangkan ketamadunan manusia dan Islam. A. Al-Hadharah B. Al-Madaniah C. Al-Muqaddimah D. Tarikh al-Tamaddun al-Islami 3. Menurut tamadun Islam, peranan UTAMA seseorang manusia ialah __________. A. membangunkan dunia B. beribadah kepada Allah C. menguasai sains dan teknologi D. menguasai makhluk-makhluk lain 4. Mengapakah Syariah Islam begitu penting untuk dilaksanakan? I. Mengekalkan kuasa pemerintahan II. Mengawal berleluasanya kemungkaran III. Mengimbangi urusan dunia dan agama IV. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 5. Kenapakah Islam menolak kepercayaan berunsur tahyul dan khurafat? A. Menjadikan manusia malas B. Mewujudkan banyak perbalahan C. Berlawanan dengan konsep tauhid D. Menyebabkan ilmu sains tidak berkembang

Transcript of SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A....

Page 1: SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Manakah langkah

SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123

2

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF

1. Istilah Tamadun telah diperkenalkan oleh ___________. A. Jurji Zaidan B. Ibn Khaldun C. Muhammad Abduh D. Muhammad Farid Wajdi

2. Kitab ____________ merupakan kitab karangan Ibn Khaldun yang membincangkan ketamadunan manusia dan Islam.

A. Al-Hadharah B. Al-Madaniah C. Al-Muqaddimah D. Tarikh al-Tamaddun al-Islami

3. Menurut tamadun Islam, peranan UTAMA seseorang manusia ialah __________.

A. membangunkan dunia B. beribadah kepada Allah C. menguasai sains dan teknologi D. menguasai makhluk-makhluk lain

4. Mengapakah Syariah Islam begitu penting untuk dilaksanakan?

I. Mengekalkan kuasa pemerintahan II. Mengawal berleluasanya kemungkaran III. Mengimbangi urusan dunia dan agama IV. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

5. Kenapakah Islam menolak kepercayaan berunsur tahyul dan khurafat? A. Menjadikan manusia malas B. Mewujudkan banyak perbalahan C. Berlawanan dengan konsep tauhid D. Menyebabkan ilmu sains tidak berkembang

Page 2: SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Manakah langkah

SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123

3 SULIT

6. Apakah ukuran jangka hayat sesebuah tamadun dari perspektif Islam?

A. Semua tamadun akan berakhir dan tiada tamadun yang akan kekal B. Hayat sesebuah tamadun adalah sama dengan kitaran organisme hidup C. Penguasaan ilmu dan teknologi menjamin ketahanan sesebuah tamadun D. Tamadun yang membawa kebaikan akan kekal manakala yang membawa

kerosakan akan musnah

7. Apakah konsep Melayu? I. Memiliki ciri genetik yang sama II. Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan III. Mengamalkan budaya berteraskan agama Islam dan adat IV. Menguasai kegiatan perdagangan di seluruh kepulauan Melayu

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

8. Melayu Diaspora ialah __________.

A. Orang Melayu yang tinggal di desa B. Orang Melayu yang melakukan aktiviti pertanian C. Orang Melayu yang terlibat dengan aktiviti perdagangan D. Orang Melayu yang merantau ke luar kepulauan Melayu

9. Pusat ibadat dan kegiatan sosial masyarakat Melayu di Alam Melayu ialah __________.

A. Rumah B. Balai raya C. Madrasah D. Masjid dan surau

10. Manakah hujah berikut dikaitkan dengan teori kedatangan Islam ke Alam Melayu dari

arah India?

I. Amalan budaya yang sama II. Terdapat persamaan batu nisan III. Persamaan amalan mazhab Syafei IV. Penemuan batu bersurat di Terengganu

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

Page 3: SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Manakah langkah

SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123

4 SULIT

11. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca?

A. Dituturkan oleh golongan istana B. Dituturkan oleh pedagang antarabangsa C. Dituturkan dengan penuh protokol dan istiadat D. Dituturkan secara meluas dalam urusan rasmi

12. Manakah berikut BUKAN karya persuratan Melayu selepas kedatangan Islam di Alam

Melayu?

A. Sulalat al-Salatin B. Puteri Santubong C. Hikayat Hang Tuah D. Hikayat Amir Hamzah

13. Tamadun Melayu memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia. Manakah antara berikut pernyataan yang BENAR?

I. Institusi raja-raja Melayu terus dikekalkan II. Tamadun Melayu menjadi teras budaya pelbagai etnik III. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia IV. Islam dan adat Melayu adalah struktur utama tamadun Melayu dan tamadun

Malaysia

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

14. Apakah faktor penyumbang kepada kegemilangan tamadun Melayu-Islam pada abad ke 15?

I. Mengekalkan semua adat tradisi II. Masyarakat bersatu dan berakhlak III. Menyemarakkan ilmu pengetahuan IV. Ajaran tauhid mempengaruhi kehidupan

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

Page 4: SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Manakah langkah

SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123

5 SULIT

15. Manakah berikut BUKAN peralatan muzik Melayu?

A. Chenda B. Rebana C. Kompang D. Gambang

16. Masyarakat India terbahagi dua iaitu Indo-Arya dan Dravida. Apakah bahasa UTAMA masyarakat Dravida?

A. Tamil B. Telegu C. Sanskrit D. Malayalam

17. Koleksi mazmur untuk menjauhkan diri daripada penyakit, kematian dan sihir adalah isi kandungan kitab Veda ____________.

A. Rig B. Yayur C. Sama D. Atharva

18. Perbuatan baik akan membawa kesan baik, manakala perbuatan jahat akan membawa kesan buruk. Hukum apakah yang menekankan prinsip ini?

A. Adat B. Karma C. Himsa D. Kanun

19. Manakah berikut sastera klasik Tamil yang membicarakan persoalan sikap manusia terhadap dirinya dan alam?

A. Ettutokai B. Tirukkural C. Pattupattu D. Bhagavadgita

Page 5: SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Manakah langkah

SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123

6 SULIT

20. Siapakah yang berada dalam kategori kasta ksatria dalam tamadun India?

A. Hamba B. Peniaga C. Bangsawan D. Cendikiawan

21. Apakah antara perubahan yang dibawa oleh Islam dalam tamadun India?

I. Menghapuskan amalan sati II. Mengekalkan sistem kasta dalam masyarakat III. Menyatukan pemerintahan di bawah satu kuasa IV. Amalan dowri diteruskan dalam adat perkahwinan

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

22. Manakah berikut BUKAN simbol identiti masyarakat Sikh?

A. Cincin B. Gelang C. Seluar jerut D. Pedang kecil

Alat muzik di India Utara

X

Sahnai

Tabala

23. X ialah _____________.

A. Sitar B. Veena C. Mirdanga D. Natasvaram

24. Peringkat awal, bangsa Cina dikenali sebagai bangsa __________.

Page 6: SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Manakah langkah

SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123

7 SULIT

A. Han B. Tang C. Huaxia D. Mongol

25. Ren dalam falsafah Konfusius bermakna __________. A. ketaatan B. kesusilaan C. kedamaian D. kemanusiaan

26. Berikut adalah fahaman utama masyarakat dinasti Zhou terhadap konsep Tian KECUALI ___________.

A. Mengawal kehendak manusia B. Tian adalah sumber kewujudan C. Penentu nasib sesebuah dinasti D. Mempunyai kuasa mengatasi segala sesuatu

27. Manakah berikut adat tradisi perkahwinan masyarakat Cina?

I. Penetapan tarikh perkahwinan II. Ibu bapa berhak menentukan perkahwinan III. Pertunangan dibuat oleh ibubapa perempuan IV. Pasangan tidak perlu bercinta sebelum berkahwin

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

28. Apakah ancaman utama yang dihadapi oleh masyarakat Islam dan Asia?

I. Globalisasi II. Hegemoni Barat III. Imperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

29. Manakah langkah berikut yang sesuai untuk mengembangkan dialog dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia?

Page 7: SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Manakah langkah

SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123

8 SULIT

A. mengadakan program realiti tv bercorak hiburan B. menganjurkan majlis keagamaan secara bersama C. memperkenalkan mata pelajaran personaliti di sekolah D. melakukan aktiviti gotong royong di kawasan perumahan

30. Mengapakah Amerika Syarikat dianggap mendominasi kuasa politik dunia?

I. Memiliki kuasa veto II. Pentadbirannya yang telus III. Mempunyai kekuatan tentera IV. Mencampuri urusan negara lain

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

(JUMLAH: 30 MARKAH)

Page 8: SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Manakah langkah

SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123

9 SULIT

BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR

1. Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Tuliskan EMPAT (4) keistimewaan tersebut.

(4 markah) 2. Tamadun Islam tidak menolak ciptaan yang dibawa oleh tamadun lain tetapi perlu

disandarkan kepada beberapa perkara atau syarat. Nyatakan EMPAT (4) syarat tersebut.

(4 markah) 3. Salah satu tujuan syariah Islam adalah untuk memelihara maruah. Kemukakan EMPAT

(4) contoh berkaitan memelihara maruah. (4 markah)

4. Tamadun Islam pernah mengalami zaman kemerosotan. Nyatakan EMPAT (4) sebab

kemerosotan. (4 markah)

5. Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama. Apakah nama-nama tersebut?

(4 markah) 6. Kebanyakan ahli sejarah tempatan menyokong teori kedatangan Islam ke Alam Melayu

dari Arab-Parsi berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan. Kemukakan EMPAT (4) hujah tersebut.

(4 markah)

7. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi kesan dalam tamadun Melayu. Terangkan kesan terhadap akidah dan sosial masyarakat Melayu.

(4 markah)

8. Agama Hindu merupakan anutan majoriti masyarakat India. Tuliskan prinsip utama kepercayaan dalam agama Hindu.

(4 markah) 9. Empat ciptaan teknologi yang penting dalam sejarah tamadun Cina telah dihasilkan.

Nyatakan. (4 markah)

Page 9: SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Manakah langkah

SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123

10 SULIT

10. Latarbelakang tamadun yang berbeza bukan halangan masyarakat berbilang kaum di

Malaysia membina perpaduan. Jelaskan DUA (2) saranan anda untuk memperkasakan perpaduan antara kaum di institusi pengajian tinggi.

(4 markah)

(JUMLAH: 40 MARKAH)

Page 10: SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123 · PDF fileImperialisme baharu IV. Kebangkitan kuasa Cina A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Manakah langkah

SULIT DISEMBER 2016/SET A/MPU3123

11 SULIT

BAHAGIAN C: SOALAN ESEI Jawab SATU (1) soalan sahaja. Soalan 1

a. Perkembangan tamadun Islam adalah berasaskan empat sumber. Huraikan EMPAT (4) sumber tamadun Islam.

(10 markah) b. Pandangan semesta tamadun Melayu yang telah diwarisi sejak sekian lama turut

dipengaruhi unsur-unsur Islam. Huraikan EMPAT (4) pandangan semesta tamadun Melayu.

(10 markah)

Soalan 2

a. Purusharta merupakan empat objektif mulia yang harus diamalkan oleh masyarakat

India. Huraikan (10 markah)

b. Kemunculan pelbagai falsafah dalam tamadun Cina telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Cina. Huraikan EMPAT (4) aliran falsafah tersebut.

(10 markah)

Soalan 3

Bincangkan TIGA (3) bentuk cabaran utama yang dihadapi oleh masyarakat Islam dan Asia kini serta huraikan TIGA (3) langkah bagi mengatasinya.

(20 markah)

(JUMLAH: 40 MARKAH)

KERTAS SOALAN TAMAT