SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala...

22
1/22 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ SULIT SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (10) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 5 TAHUN 2017 Tarikh : 24 Mei 2017 (Rabu) Masa : 10.30 Pagi 12.14 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 15 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan April dan Mei 2017. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnia-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Majlis pada kali ini. Beliau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada Majlis khususnya di dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program yang dirancang Majlis. Segala pencapaian dan kejayaan pastinya menuntut komitmen yang jitu selain semangat kerja berpasukan.

Transcript of SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala...

Page 1: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

1/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (10)

MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017)

BILANGAN 5 TAHUN 2017

Tarikh : 24 Mei 2017 (Rabu) Masa : 10.30 Pagi – 12.14 Tengahari

Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 15 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan April dan Mei 2017.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnia-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Majlis pada kali ini. Beliau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada Majlis khususnya di dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program yang dirancang Majlis. Segala pencapaian dan kejayaan pastinya menuntut komitmen yang jitu selain semangat kerja berpasukan.

Page 2: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

2/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Beliau juga mengharapkan agar tanggungjawab yang digalas dapat dipertingkatkan seiring dengan visi dan misi Majlis.

3.2 LAPORAN RANKING KEHIDUPAN BERKUALITI MERCER 2017

i. Laporan Kedudukan Kehidupan Berkualiti Mercer 2017

bagi 231 buah bandar yang telah dikeluarkan oleh firma perunding Mercer pada 14 Mac 2017. Syarikat-syarikat multinasional selalu menggunakan tinjauan ini untuk penetapan pampasan dan elaun bagi kakitangan ekspatriat di bandar-bandar. Majoriti bandar-bandar di Eropah Timur mendominasi ranking teratas dengan Vienna di Austria di ranking pertama.

ii. Dalam konteks Asia Tenggara, 6 bandar terbaik adalah

pertama, Singapura (25 global), kedua, Kuala Lumpur (86 global), ketiga, Johor Bahru (103 global), keempat Bangkok (131 global), kelima Manila (135 global) dan ke-enam Jakarta (143 global).

iii. Manakala di peringkat Asia, 5 bandar terbaik adalah

Singapura (25), dan 4 bandar di Jepun iaitu Tokyo (47 global), Kobe (50 gobal), Yokohama (51 global) dan Osaka (60 global).

iv. Kajian Mercer telah menilai bandar raya di seluruh dunia

berdasarkan 10 kriteria, antaranya pengangkutan awam, rekreasi, kemudahan perumahan, ekonomi, perkhidmatan kesihatan, politik dan sosial, pendidikan dan barangan pengguna. Singapura dipilih kedudukan pertama di Asia Tenggara dalam Kehidupan Berkualiti Mercer tahun ini kerana infrastruktur berkelas dunia, mampan, perumahan yang baik dan kurang bencana alam.

v. Salah satu kriteria Mercer yang dilihat sangat relevan

dengan Petaling Jaya adalah pengangkutan awam, rekreasi, perumahan, dan ekonomi (komersil).

vi. Sehubungan dengan itu, Pelan-pelan pembangunan yang

diluluskan dalam Jawatankuasa OSC adalah dengan pertimbangan yang ketat terhadap penyediaan kawasan rekreasi, penyediaan kemudahan awam untuk kawasan kediaman, penyediaan jaringan jalan baru atau menaik taraf jalan dan penyediaan kemudahan pengangkutan awam contohnya syarat Sumbangan Sukarela Perkhidmatan

Page 3: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

3/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Bas Percuma, Perancangan First-Mile Last-Mile Untuk Pengguna Kemudahan Awam dan sebagainya. Selain itu kita juga sentiasa memudahcara dalam pembangunan infrastruktur untuk LRT dan MRT. Pelaksanaan inisiatif ini adalah untuk memacu ke arah Petaling Jaya yang mampan dan sejahtera dengan prasarana dan kemudahan awam yang berkualiti.

3.3 SUSTAINABLE PETALING JAYA 2030

Wawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya adalah untuk menjadi sebuah bandar raya mampan dan berdayahuni dengan imej dan urus tadbir baik serta persekitaran yang selamat, harmoni dan sejahtera. Bagi memandu perancangan pembangunan bandar raya Petaling Jaya, Majlis telah menyediakan satu rangka kerja pembangunan mampan jangka masa panjang “Sustainable Petaling Jaya 2030” dengan menetapkan 5 halatuju utama iaitu “Alam Sekitar”, “Ekonomi Berdaya Saing”, “Budaya Dan Komuniti”, “Habitat Berdayahuni” Dan “Urus tadbir Baik”.

Seiring dengan wawasan tersebut, pada tahun lalu Majlis telah melancarkan satu konsep “Smart Engagement” yang dikenali sebagai “PjKita” yang bertujuan untuk menghubung eratkan dan melahirkan nilai-nilai kekitaan di kalangan masyarakat Petaling Jaya dengan warga Majlis melalui aplikasi teknologi digital seperti portal dan laman media sosial.

Pelaksanaan “PjKita” ini adalah berteraskan kepada 5 prinsip utama iaitu Kesukarelawanan (Volunteerism), Jalinan Kerjasama (Engagement), Perkongsian Strategik (Smart Partnership), Budaya & Gaya Hidup (Culture & Lifestyle) Serta Digital Fabrication.

Melalui pelaksanaan 5 teras ini, Majlis telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (Mou) bersama 4 stakeholders iaitu Medan Prestasi Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah anak syarikat Mk Lands Holding Berhad, Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Malaysia Social Enterprise Development Association (Mseda) dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 bagi kerjasama strategik dalam membangunkan Urban Park 1 di Damansara Damai.

Projek Taman Komuniti ini adalah merupakan antara projek-projek yang telah dirancang di bawah segmen #Pjkitapark. Majlis juga bercadang mewujudkan beberapa buah Taman Tema “PjKita” (Series Of PjKita Park) yang mempunyai ciri-ciri keunikan dan identitinya yang tersendiri.

Page 4: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

4/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

PjKita i-Play Park adalah berkonsepkan “Outdoor Classroom” yang mana kanak-kanak dan golongan muda akan menikmati keseronokan bermain sambil belajar terutamanya menjurus kepada teknologi, alam sekitar, kesenian & kebudayaan. Pjkita i-Play Park mengandungi 5 segmen utama iaitu i-Think, i-Grow, i-Fun, i-Ranger dan i-Green. Setiap komponen dan elemen di dalam taman ini nanti adalah merupakan idea dan kehendak kanak-kanak setempat dan masyarakat Damansara Damai seharusnya perlu merasai “Ownership” dan “Self-Belonging” terhadap taman tersebut.

Majlis akan menggunapakai konsep dan pendekatan yang sama bagi tujuan pembangunan Pjkita Park yang kedua iaitu di PJS 6/3b, Kampung Lindungan dan akan bekerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor dan penduduk setempat bagi pelaksanaan projek tersebut.

3.4 PJ CITY FOOD TRUCK DAN PERKHIDMATAN ‘MOBILE SOUP

KITCHEN’

Adalah menjadi tanggungjawab moral sesebuah kerajaan untuk memastikan pembangunan bandar diseimbangkan dengan tanggungjawab sosial demi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Majlis amat prihatin dan memandang serius isu kemiskinan bandar yang merupakan masalah sosial yang wajar ditangani bersama. Berdasarkan rekod Majlis, terdapat 974 buah keluarga miskin tegar di Petaling Jaya yang berpendapatan di bawah RM 1,500.00 sebulan. Golongan ini sangat perlu dibantu terutamanya bagi keperluan makanan dan barangan asas untuk meneruskan kehidupan di bandar raya yang sememangnya terkenal dengan bebanan kos hidup yang sangat tinggi.

Sejak tahun 2008, Majlis telah tampil dengan pelbagai program bagi membantu golongan miskin, kurang upaya dan ibu-ibu tunggal di seluruh Petaling Jaya. Inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah program menjana pendapatan untuk ibu-ibu tunggal dan golongan OKU, pemberian kad rawatan kesihatan secara percuma, bantuan makanan dan keperluan asas dapur kepada keluarga miskin secara berkala, kemudahan 3 buah van transit OKU, program meningkatkan keupayaan kemahiran di kalangan belia bersama Giat Mara dan lain-lain.

Page 5: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

5/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Majlis telah mendapat tajaan daripada Bank Rakyat kepada PJ City Food Bank sebanyak RM 1.5 juta untuk tempoh 3 tahun yang akan digunakan bagi tujuan program-program di bawah PJ City Food Bank.

Majlis juga telah membeli sebuah lori muatan 5 tan yang diubah suai menjadi sebuah trak makanan (food truck) dan berfungsi sebagai “mobile soup kitchen” bagi aktiviti pemberian makanan secara percuma kepada penduduk Petaling Jaya seperti di kawasan-kawasan flat kos rendah, PPR dan juga beberapa kawasan yang mempunyai sebahagian besar penduduk berpendapatan rendah.

Pada tahun ini Majlis akan memberi fokus kepada kawasan Flat Desa Mentari, Taman Medan, Kampung Lindungan, PPR Taman Putra Damai Lembah Subang, PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan Damansara Damai. Majlis akan ke kawasan-kawasan ini pada setiap hari Sabtu atau Ahad setiap minggu.

Selain itu juga, Majlis turut prihatin terhadap golongan pelajar-pelajar dari keluarga miskin bandar dan berhasrat untuk membantu golongan ini melalui pendedahan dan galakan kepada pengambilan sarapan pagi secara sihat. Bagi tujuan ini, Majlis akan ke sekolah-sekolah di sekitar Petaling Jaya untuk pemberian sarapan pagi yang sihat dan seimbang secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah terpilih. Majlis akan ke 12 buah sekolah terpilih pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat setiap minggu.

Program “free breakfast for school kids” merupakan kesinambungan kerjasama di antara MBPJ dan Jabatan Pendidikan selain daripada pelbagai bantuan bagi penyediaan infrastruktur dan menaiktaraf kemudahan sekolah-sekolah di Petaling Jaya melalui peruntukan tabung pendidikan yang diperolehi melalui kutipan daripada pemaju- pemaju.

3.5 CEGAH AEDES TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Secara keseluruhan, jumlah kes denggi mingguan Majlis pada tahun 2017, menunjukkan penurunan kes sebanyak 34% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016 dengan purata kes mingguan adalah sebanyak 72 kes seminggu.

Jumlah kes kumulatif MBPJ bagi tahun 2017 ini adalah yang terendah berbanding dua (2) PBT lain di daerah Petaling. Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga 13 Mei 2017 (minggu epid ke 19/2017), adalah sebanyak 1,365 kes.

Page 6: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

6/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Sehingga minggu epid. 19, tiada kematian dicatatkan di kawasan pentadbiran MBPJ manakala jumlah lokaliti wabak adalah sejumlah 32.

LOKALITI WABAK JUMLAH WABAK MEI 19/2017

(SEHINGGA MEI 19)

Wabak Terkawal (WT)* 11

Wabak Baru (WB) 1

Wabak Tidak Terkawal (WTK) 6

Hotspot (HS) 4

JUMLAH LOKALITI WABAK 32

Pada akhir minggu epid ke 19/2017 jumlah lokaliti wabak adalah 32. (12 wabak terkawal, 6 wabak tak terkawal dan 4 wabak hotspot) seperti berikut:

Pecahan bilangan kes mengikut ADUN :

ADUN JUMLAH KES

DUN Sri Setia 232

DUN Bukit Lanjan 350

DUN Kota Damansara 219

DUN Damansara Utama 147

DUN Taman Medan 222

DUN Bukit Gasing 125

DUN Kg.Tunku 70

JUMLAH KESELURUHAN 1365

Page 7: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

7/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Bilangan kawasan hotspot terkini dilaporkan (sehingga 18/5/2017)

Bil Senarai Nama Lokaliti Wabak Jumlah

Kes

Tarikh Wabak Di Jangka

Tamat

1

BL PJU 8 APT FLORA DAMANSARA 1 ( BLOK A, B )

18 30/5/2017

2

BL PJU 9 SD 13 APT SRI MERANTI 1 ( BLOK A – G )

8 28/5/2017

3 BL PJU 9 SD 7 12 23/05/2017

JUMLAH 36

Sebanyak 88 pasukan SEDAR telah di tubuhkan di kawasan MBPJ dengan kerjasama Ahli Majlis, JMB dan ahli-ahli komuniti. Keadaan ini dilihat banyak menyumbang kepada penurunan kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis. Selain itu, 5 pasukan SEDAR sekolah juga telah ditubuhkan.

3.6 IKRAR BEBAS RASUAH

Pada 16 Mei 2017 yang lalu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah selesai menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor.

Majlis merupakan Majlis Bandaraya pertama di Selangor dan PBT Negeri Selangor yang ketiga melafazkan IBR sebagai tekad dalam memerangi sebarang bentuk amalan rasuah di kalangan warga kerja dan kakitangan Majlis.

MBPJ akan sentiasa memberi kerjasama dengan SPRM dalam segala aspek berkaitan peningkatan kualiti perkhidmatan, amalan integriti dan pencegahan jenayah rasuah. Majlis juga akan sentiasa melihat kepada aktiviti berisiko yang terdedah kepada sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah.

Page 8: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

8/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Selaras dengan 5 nilai bersama yang telah menjadi teras sepunya iaitu setia, integriti, professionalisme, utamakan pelanggan dan kerja berpasukan, beliau berharap ia dapat diamalkan dan dihayati bersama sekaligus dapat dijadikan sebagai perisai kawalan dalaman untuk mengelakkan daripada perlakuan yang tidak berintegriti, penyelewengan dan salahguna kuasa. Di dalam usaha untuk membanteras rasuah ianya berkait rapat dengan integriti seseorang khususnya penjawat awam yang berurusan dengan rakyat.

Justeru, Majlis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan punitif yang tegas dan serius terhadap mana-mana pegawai dan kakitangan Majlis yang terlibat khususnya kepada mereka yang menguruskan perolehan kewangan jabatan.

3.7 OPERASI PUSAT CUCIAN KERETA / CARWASH (OPS SABUN)

Majlis sentiasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas pengusaha dan premis yang menjalankan aktiviti perniagaan pusat cucian kereta / car wash tanpa lesen yang sah oleh Majlis di kawasan Petaling Jaya. Sepanjang tahun 2017 sehingga kini, sebanyak 116 premis telah disita dan sejumlah 40 tindakan kompaun telah dikeluarkan kepada pengusaha pusat cucian kereta di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBPJ 2007. Di samping itu, sebanyak 30 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Akhir sekali beliau mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Karim kepada semua muslimin dan muslimat. Di harap, pada bulan yang penuh keberkatan ini dapat memberikan kita sebanyak ganjaran yang

dijanjikan oleh Allah swt.

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:-

4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BILANGAN 4 TAHUN 2017 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 4 Tahun 2017 bertarikh 25

April 2017 telah diluluskan tanpa pindaan.

Page 9: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

9/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 4 TAHUN 2017 YANG TELAH DIADAKAN PADA 25 APRIL 2017.

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

7.2

7.2.2

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DANIEL LEE MARN ZHI

- Kajian Penggunaan Rizab Tanah TNB Dan JPS

Jabatan Kejuruteraan hanya melaksanakan projek sekiranya ada perancangan dengan jabatan yang berkaitan.

7.3

7.3.2

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH CIK JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN

- Isu penutup `Manhole’ di Petaling Jaya

Aduan yang diterima oleh pihak majlis mengenai kerosakan penutup manhole melalui sistem aduan dan pegawai rodaan hanyalah lebih kurang 20 aduan setiap bulan. Kebiasaannya pihak Jabatan akan memaklumkan kerosakan penutup ’manhole’ disekitar Petaling Jaya secara terus melalui email kepada pihak utiliti. Mesyuarat bersama pihak utiliti akan diadakan lebih kerap bergantung kepada isu semasa yang berbangkit. Cik Jamaliah binti Jamaluddin berharap agar tindakan yang diambil bukan berdasarkan kepada aduan semata-mata akan tetapi berdasarkan pemantauan ke atas perkara ini.

Page 10: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

10/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER

BERTARIKH 2 MEI DAN 17 MEI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (44) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (48) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ. 6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK

BERTARIKH 8 MEI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (36) 6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, Sumber Manusia, MBPJ. 6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT

SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 27 APRIL 2017, 8 MEI 2017 DAN 18 MEI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 4 (95) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 4 (97) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 4 (99) 6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ. 6.3.2 Encik Derek John Fernandez memaklumkan bahawa terdapat

kesilapan teknikal bagi perkara 4.2 di muka surat 13 bertarikh 18 Mei 2017. YBhg. Tuan Pengerusi memaklumkan agar perkara ini hendaklah dibangkitkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat bulan hadapan.

Page 11: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

11/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 9 MEI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (76)] 6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

6.4.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan:- a) Berikutan keputusan mesyuarat bagi perkara 4.2 di

muka surat 11, Cik Lim Yi Wei memohon agar `banner’ pemberitahuan penutupan Jalan 14/19 Seksyen 14 dipasang bagi pemakluman kepada pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa majlis akan mengeluarkan notis makluman 14 hari sebelum pelaksanaan penutupan jalan tersebut.

b) Pertanyaan daripada Cik Lim Yi Wei berkaitan jumlah

`smart trak’ di kawasan tersebut. Pengarah, Jabatan Pelesenan memaklumkan bahawa

buat masa sekarang terdapat empat (4) `smart trak’ dan perancangan untuk menambah dua (2) `smart trak’ lagi memandangkan ianya projek perintis yang mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk.

Cik Lim Yi Wei berharap agar beliau dilibatkan secara

langsung berkaitan sebarang keputusan berkaitan kawasan tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa penutupan jalan 14/19 menimbulkan masalah kekurangan tempat meletak kenderaan kepada orang awam.

Page 12: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

12/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN PENGURUSAN KORPORAT BERTARIKH 11 MEI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/15 JLD. 2 (20) 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Audit Dalam, MBPJ.

6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 11 MEI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 3 (4)] 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan seperti berikut:-

Pindaan bagi muka surat 8 perkara 5.4.1 b).

b) Encik Terence Tan Teck Seng membuat aduan berkenaan kerosakan kabel mesin pembakar di Krematorium Majlis.

Pindaan bagi muka surat 17 perkara 7.2.3 7.2.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Bahagian

Khidmat Komuniti dan Pembangunan Modal Insan kerana menguruskan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Beliau turut memaklumkan bahawa salah seorang daripada penerima sumbangan baru sahaja meninggal dunia selepas menerima sumbangan tersebut.

Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ.

6.6.2 Mesyuarat turut mengambil maklum bahawa hanya satu (1)

mesin sahaja yang beroperasi dan pembakaran kurang sempurna. Pengarah Jabatan Kejuruteraan diminta untuk meujuk kepada Tenaga Nasional Berhad dan menggantikan atau menaiktaraf kabel sedia ada.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

Page 13: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

13/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 12 MEI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (99)]

6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara 7.4 ii) di muka surat 22 iaitu:- ii) Encik Halimey memaklumkan, Pasar Pagi di Kg.

Lindungan sangat kotor dan minta tindakan diambil. DIPINDA ii) Encik Halimey bin Abu Bakar meminta agar tindakan

diambil ke atas seluruh Pasar Pagi di Petaling Jaya yang kotor sebagaimana tindakan menutup pasar-pasar malam yang tidak menjaga kebersihannya di Petaling Jaya.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ.

6.7.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan perkara 7.3

i) di muka surat 21 di mana Encik Ariffin bin Mahayuddin meminta agar promosi gerai lemang di PJCC disegerakan. Pengarah Jabatan Pelesenan memaklumkan bahawa promosi akan dibuat dua (2) minggu sebelum raya dan turut memaklumkan buat masa sekarang masih belum ada permohonan lagi.

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 15 MEI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 JLD. 2 (10)] 6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

Page 14: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

14/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN BERTARIKH 15 MEI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 4 (4)] 6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

6.9.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan perkara 7.1.1 di muka surat 13 di mana Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik memohon agar kenaikan bajet peruntukan diluluskan pada tahun ini. Bagi kenaikan bajet peruntukan tahun 2017, YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa perkara ini perlu dianalisa bergantung kepada perbelanjaan oleh ahli majlis.

Tindakan : Timbalan Setiausaha, MBPJ.

6.10 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 19 MEI 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (81)]

6.10.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan

Pembangunan, MBPJ.

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN

FERNANDEZ

7.1.1 Tanah Lapang di Petaling Jaya

Beliau tertarik dengan ucapan daripada YBhg. Datuk Pengerusi berkaitan Taman Pendidikan di hutan-hutan yang boleh dikatakan bekas-bekas hutan di Petaling Jaya. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar dua (2) perkara dapat dijayakan iaitu:- a) Tambahan kawasan hijau kerana Majlis banyak

meluluskan pembangunan dengan kepadatan tinggi disetengah tempat. Walaupun diperingkat Mesyuarat

Page 15: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

15/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Jawatankuasa OSC perkara ini dapat dikawal namun kekurangan kawasan padang amat ketara di Petaling Jaya. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar kajian dasar untuk `green area’ di Petaling Jaya dibuat. Kawasan rekreasi amat penting bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk Petaling Jaya untuk beriadah.

b) Beliau turut berharap agar Majlis membuat kajian berkaitan `Security Plan’ di taman rekreasi di Petaling Jaya memandangkan kawalan keselamatan adalah amat penting bagi melindungi aset majlis. Majlis telah banyak membelanjakan peruntukan untuk menyelenggara kawasan rekreasi di Petaling Jaya, sehubungan dengan itu kawalan keselamatan adalah penting untuk meningkatkan keselamatan kepada pengunjung dan aset Majlis. Beliau berpendapat, kawalan keselamatan yang dikendalikan oleh Majlis adalah lebih baik dan berkesan dari menggunakan khidmat syarikat swasta atau badan sukarela.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan,

MBPJ, Pengarah, Landskap, MBPJ,

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ.

7.2 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PUAN ERMEEMARIANA BINTI SAADON 7.2.1 Cadangan Tempat Letak Kereta Ibu Hamil

Sebagai mana yang kita maklum MBPJ adalah nadi kepada masyarakat/rakyat di Petaling Jaya dalam mengurus tadbir pelbagai aspek dan kemudahan lain seperti `PJ Free Bus’, `PJ CITY FOOD BANK’ dan sebagainya serta sentiasa menjadi PBT pertama di dalam apa-apa program. Sebagai seorang Ahli Majlis wanita, beliau mencadangkan agar majlis menyediakan kemudahan petak letak kereta untuk ibu hamil. Ini merupakan Inisiatif Hormat Wanita (IWH) yang memberikan satu penghormatan kepada golongan wanita. Inisiatif kemudahan tempat meletak kenderaan ibu hamil ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan

Page 16: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

16/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

keselesaan kepada golongan ibu yang bekerja terutama daripada kalangan kakitangan kumpulan sokongan. Beliau turut memaklumkan “KEMPEN HORMAT WANITA“ ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 27/4/2017 dan sebanyak 12 parkir ibu hamil telah disediakan dan mula berkuatkuasa pada 1 Mei 2017 sebagai usaha mengangkat martabat wanita demi kepentingan keadilan sosial. Beliau mewakili golongan wanita di Petaling Jaya berharap agar perkara ini diambil tindakan dan seterusnya majlis dapat menyediakan sekurang-kurangnya 6 petak parkir ibu hamil yang perlu dilaksanakan sebelum akhir tahun 2017 di lokasi seperti berikut : a) Tiga (3) di kawasan sekitar menara b) Dua (2) di kawasan Ibu pejabat MBPJ c) Satu (1) di Perpustakaan MBPJ Jalan Selangor. Ianya

perlu di diadakan sebelum berlabuhnya tahun 2017. Beliau juga menyeru agar Ahli Majlis menyokong perkara yang dibangkitkan oleh beliau demi menghormati wanita dan menjaga keselamatan dan kesejahteraan di Petaling Jaya.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

7.3 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK HALIMEY BIN ABU BAKAR Beliau mengucapkan terima kasih dan memohon untuk berdiri semasa menyampaikan ucapan kali ini. 7.3.1 Promosi `Pjkita’

Beliau mencadangkan agar Majlis mempromosikan `Pjkita’ dikawasan pentadbiran MBPJ. Menurut beliau Majlis boleh mempelbagaikan cara untuk mempromosikan `Pjkita’ seperti melibatkan syarikat. Lambang `Pjkita’ juga boleh diletakkan di banner-banner program yang dianjurkan oleh Majlis serta lambang `Pjkita’ diletakkan di Menara dan Ibupejabat MBPJ. Cara ini dapat mempromosikan pelaksanaan `Pjkita’ kepada orang awam terutama penduduk Petaling Jaya.

Tindakan : Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ.

Page 17: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

17/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

7.3.2 Masalah Miskin Bandar di Petaling Jaya Beliau mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Bandar kerana mengambil berat berkaitan kemiskinan Bandar di Petaling Jaya. Menurut beliau salah satu sebab yang menyumbang masalah miskin bandar adalah gaji yang tidak mencukupi, diberhentikan kerja serta keluarga ramai. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar Majlis dapat memudahkan dan mempertimbangkan permohonan lesen oleh golongan tersebut bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat yang menaja `PJ City Food Bank’ yang digunakan untu tujuan program-program di bawah PJ City Food Bank. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah pemberian makanan secara percuma setiap hari Sabtu dan Ahad kepada penduduk Petaling Jaya seperti di kawasan-kawasan flat kos rendah, PPR dan juga beberapa kawasan yang mempunyai sebahagian besar penduduk berpendapatan rendah. Selain itu, beliau turut menyokong program pemberian sarapan pagi yang sihat dan seimbang secara percuma kepada pelajar di sekolah terpilih setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Secara keseluruhan program seperti ini dapat mengurangkan bebanan penduduk miskin bandar.

7.3.3 Penurunan Kes Denggi di Petaling Jaya Beliau mengucapkan terima kasih kepada jabatan yang telah bekerjasama menjayakan program gotong royong yang dianjurkan di kawasan pemantauan beliau. Menurut beliau program gotong royong ini memberi kesan positif terhadap penurunan kes denggi seperti berikut:- a) Jabatan Penguatkuasaan mengambil tindakan menarik

kereta lama/rosak yng mana kenderaan buruk menjadi tempat pembiakan nyamuk.

b) Jabatan Kesihatan pula memberi taklimat kepada orang awam tentang bahayanya nyamuk aedes yang menyebab denggi.

c) Jabatan Sisa Pepejal pula menguruskan sampah sarap.

Page 18: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

18/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

7.3.4 Teguran Memasuki Kawasan Ahli Majlis Beliau membangkitkan terdapat sesetengah Ahli Majlis membuat program bantuan di kawasan pemantauan beliau tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada beliau. Beliau hanya mengetahui perkara tersebut melalui banner yang dipasang. Menurut beliau adalah lebih manis sekiranya Ahli Majlis yang ingin membuat program di kawasan beliau memaklumkan kepada beliau agar tidak timbul salah faham sesama sendiri atau prasangka buruk dikalangan penduduk tempatan. Beliau turut menegur jabatan yang melakukan kerja-kerja/projek-projek tanpa memaklumkan kepada Ahli Majlis kawasan yang menyukarkan penyebaran maklumat kepada orang awam.

Tindakan : Semua Ahli Majlis dan Ketua Jabatan, MBPJ. Akhir sekali beliau mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua ahli mesyuarat yang menyambutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.54 tengahari. YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat dan menjemput ahli mesyuarat untuk menghadiri Jamuan Perpisahan mantan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan iaitu Puan Dr. Chitradavi a/l N. Vadivellu.

Bertarikh : 9 Mei 2017

Page 19: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

19/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

LAMPIRAN KEHADIRAN HADIR: 01. YBhg. Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Terence Tan Teck Seng,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Azri bin Mohamad Arish,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Onn Chong Ling,

Ahli Majlis, MBPJ. 08. Encik Ang Ming Ern,

Ahli Majlis, MBPJ. 09. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 10. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ.

11. Puan Sia Siew Chin, Ahli Majlis, MBPJ.

12. Encik Tang Fuie Koh, Ahli Majlis, MBPJ.

13. Encik Suriase a/l Gengiah, Ahli Majlis, MBPJ.

14. Encik Halimey bin Abu Bakar, Ahli Majlis, MBPJ.

Page 20: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

20/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

15. Encik Shatiri bin Mansor,

Ahli Majlis, MBPJ.

16. Encik Ong Swee Long, Ahli Majlis, MBPJ.

17. Puan Wong Yuet Leng, Ahli Majlis, MBPJ.

18. Cik Jamaliah binti Jamaluddin, Ahli Majlis, MBPJ.

19. Puan Elaine Magdaline Nathaniel, Ahli Majlis, MBPJ.

20. Encik Wong Swee Sang,

Ahli Majlis, MBPJ.

21. Puan Ghandimathi a/p Suppiah, Ahli Majlis, MBPJ.

22. Puan Ermeemarianna binti Saadon, Ahli Majlis, MBPJ.

23. Encik Derek John Fernandez, Ahli Majlis, MBPJ.

24. Encik Sugumaran a/l R Annamalai, Ahli Majlis, MBPJ.

25. Encik Daniel Lee Marn Zhi, Ahli Majlis, MBPJ.

26. Cik Lim Yi Wei, Ahli Majlis, MBPJ.

HADIR BERSAMA: 01. Tuan Haji Ahmad Mohayen bin Haji Said,

Timbalan Setiausaha, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Hajah Sa’diyah binti Khasiman,

Page 21: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

21/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

03. Puan Sharipah Marhaini binti Syed Ali, Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

04. Tuan Ir. Ismail bin Shafie,

Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 05. YBhg. Datin Sr. Amreeta Kaur, MISM,

Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 06. Encik Aznan bin Haji Hassan,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 07. Puan Hamidah binti Ariffin,

Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 08. Puan Zuraidah binti Sainan,

Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 09. Tuan Dr. Abdul Ghalib bin Sulaiman,

Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

10. Encik Mohd Fauzi bin Maarop,

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 11. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. 12. Encik Lee Lih Shyan,

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

13. Puan Norzita binti Mokhtar, Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

14. Puan Haniza binti Abdul Hamid,

Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ. 15. Puan Hajah Norlida binti Md. Isa,

Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ. 16. Encik Mohd Zulhairi bin Johar,

Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ.

Page 22: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN · PDF filedi dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program ... , Perkongsian Strategik (Smart Partnership) ... Bil Senarai

22/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 24.5.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

17. Puan Hairulliza binti Abdul Rahman,

Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ. 18. Encik Samsul Bahari bin Nonchi,

Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ. 19. Encik Mohamad Rosnani bin Haji Hamid,

Timbalan Pengarah (Sumber Manusia), Bahagian Sumber Manusia, MBPJ.

20. Puan Sr. Saliza binti Mohd Masri, MRISM

Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak), Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat,

Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Encik Mohd Sakri bin Mat Zin,

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

04. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.